Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 40 hari yang lalu
al-biruni03: 68 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Perutusan MB Perak - Ir Nizar


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Perutusan MB Perak - Ir Nizar

Please Mendaftar To Post


Oleh Perutusan MB Perak - Ir Nizar

ghulam07
Warga Rasmi
Menyertai: 11.02.2009
Ahli No: 37113
Posting: 3
Dari: selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-02-09 12:50


Assalamualaikum. Ini saya dapat dari seorang kawan tentang perutusan dari MB Perak Ir Nizar Jamaludin yang dihantar pada email saya.



Perutusan MB Perak, YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin


nizar


BismilahirRahmanirR ahim.


Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.


Tiga Kaedah 'Lucut Jawatan' Menteri Besar


Berhubung kecelaruan isu 'letak jawatan' atau 'lucut jawatan' saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6)

Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa 'lucut jawatan'

saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :


Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.


Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.


Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato' Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.


Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat


Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.


Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.


Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.


Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya 'menjerit' ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.


Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.


Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.


Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.


Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.


Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.


IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak


-----------------
Ilmu di Cari bukan mencari


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghulam07Profil   Hantar PM kepada ghulam07   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-02-09 13:15


memang dah tahu itu semua kerja UMNO..tak habis-habis memfitnah org...tak tahukah fitnah itu lebih teruk dari membunuh..ke orang-orang UMNO ni buta hati???terlampau mengikut perjuangan duniawi...sedar lah sikit wahai org islam..

Sejak fitnah yang berlaku ke atas DSAI..sampai lah sekarang...Ir Nizar juga di fitnah..benda ini dah menjadi sebagai satu macam cara UMNO untuk mengambil alih tampuk pimpinan..kalau nak cakap pasal hal tabur duit dan rasuah..sampai bila-bila pun tak habis...

renung2kan lah..berkat ke perjuangan kalau intipati tindakannya haram...berkat ke hidup kalau tolak hukum Allah..Fitnah org melata...
Sedarlah UMNO...


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-02-09 14:41


Semua yang dilakukan adalah untuk mendapatkan kuasa... dengan adanya kuasa maka bermacam-macam perkara yang boleh mereka lakukan... baik atau buruk, mengikut undang-undang ataupun sebaliknya...

Propaganda yang dilakukan jika berterusan disiarkan... akan menyebabkan keyakinan seseorang itu boleh berubah.. daripada tidak percaya kepada mempercayainya...

Apa yang mampu kita lakukan adalah teruskan bersabar dalam menegakkan keadilan... jangan mudah terpengaruh dengan dakyah dan propaganda mereka...


-----------------
Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya
http://www.luqiem.my-ads4bucks.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

adzizi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26934
Posting: 177

malaysia  


posticon Posting pada: 11-02-09 14:48


Tapi rasa kelakar lah pula kan...Bubar prarlimen sebelum jumpah sultan...Itu dikira undang-undang ke apa?Nizar sendiri pun tak ikut undang-undang

Bookmark and Share

    


  Member Information For adziziProfil   Hantar PM kepada adzizi   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-02-09 15:30


Pada 11-02-09 14:48 , adzizi posting:

!!! QUOTE !!!

Tapi rasa kelakar lah pula kan...Bubar prarlimen sebelum jumpah sultan...Itu dikira undang-undang ke apa?Nizar sendiri pun tak ikut undang-undang


Tujuan Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri di adakan.Paham tak???

So,bila dah bubar..rakyat ada pilihan untuk memilih dan memberikan mandat baru kepada kerajaan..bukan main suruh org letak jawatan dan lantik MB baru tanpa pilihanraya...kan pengecut tu...

lagipun..Ir Nizar masih lagi MB Perak yang sah...hanya 3kaedah untuk melucutkan jawatan Ir Nizar...copy dr atas..

1.Pembubaran Dewan Undangan Negeri. - yang Sultan dok tak pekenan tu..so..DUN masih belum dibubar..

2.Undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.


3. Ir Nizar meletak jawatan secara sukarela.

Dari segi Perlembagaan dan undang-undang Negeri...Ir Nizar masih MB Perak yang sah...Pilihanraya perlu diadakan bagi setiap Adun yang lompat2 macam beruk tu..


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

ghulam07
Warga Rasmi
Menyertai: 11.02.2009
Ahli No: 37113
Posting: 3
Dari: selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-02-09 16:12


Satu lagi, berlaku kekeliruan dalam memahami perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.

    * Article 43 (4): "If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet."

Perlembagaan Negeri Perak:

    * Article XVI(6): "If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council".

Petikan Kenyataan Media Pejabat DYMM Sultan Perak:

    * "Selepas bertemu dengan semua 31 ADUN tersebut, DYMM Sultan berpuas hati bahawa YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri."

Kenyataan ini boleh dianggap sebagai tafsiran perlembagaan yang betul sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Perdana Menteri oleh Yang DiPertuan Agong. Tetapi ia jadi sebaliknya iaitu sebagai 'tafsiran yang salah' sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Menteri Besar oleh Sultan Perak.
Di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, 'hilang sokongan majoriti' merujuk kepada 'ahli-ahli Dewan Rakyat' manakala sebaliknya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri, ia merujuk kepada 'Dewan Undangan Negeri' dengan tiada perkataan 'ahli-ahli' bersama dengannya.

Ini bermakna 'hilang sokongan majoriti' bagi kes peringkat persekutuan melibatkan Perdana Menteri, penentuannya boleh dibuat di luar sidang Parlimen (seperti dengan kehadiran majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat mengadap Yang DiPertuan Agong).

Hal ini berbeza bagi kes di peringkat Negeri Perak kerana peruntukan perlembagaan menghendaki penentuan 'hilang sokongan majoriti' itu dibuat di dalam sidang Dewan Undangan Negeri melalui undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Kenyataan Media DYMM Sultan menyebutkan perkataan 'hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri' sedangkan Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak menyebutkan 'hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri'.
Ini saya dapat dari blog perisik rakyat. Maklumat lanjut boleh baca di situ.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghulam07Profil   Hantar PM kepada ghulam07   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-02-09 16:33


Beginilah penjelasan ana...bagi Adun2 yang melompat2 parti ni...sebelum mereka melompat..mereka bertanding atas tiket siapa??PKR atau UMNO???ni perlu diambil kira..kerana rakyat mengundi mereka,ada suara rakyat disitu.Dari undian itulah rakyat menunjukkan sokongan mereka kepada kerajaan mana yang layak memerintah...

Kalau suka-suka hati melompat tanpa pilihanraya..rakyat akan marah lah..
kalau semua main lompat2..tabur duit biar mereka lompat parti..tak bergunalah pilihanraya..Itulah undang-undang ciptaan manusia..


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-02-09 20:25


eh,perutusan ni dah pun ada dalam topik nizar ebelum ni.sila ke situ untuk membacanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110107 saat. Lajunya....