Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 81
Ahli: 0
Jumlah: 81




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Cerpen Ringkas BEST: MIMPI....


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Cerpen Ringkas BEST: MIMPI....

Please Mendaftar To Post


Oleh Cerpen Ringkas BEST: MIMPI....

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-02-09 00:31


Kisah ini berlaku beberapa minggu lalu di negeri negarawan....

Jam didinding sudah mendekati nombor 3. Ini menandakan waktu awal pagi dan maksud lainnya aku sudah pulang daripada bermain futsal bersama rakan sekuliahku....menurut jadual kami saban minggu begitulah.

Mataku walaupun sudah layu, minda mulai mamai dan kaki semakin kebas kerana kepenatan dan kesakitan disepak sewaktu merebut bola.....aku sanggup menongkat kayu pada kedua dua belah kelopak mata ini kerana ingin menonton rancangan televisyen pada hari tersebut.

Sebentar lagi, kira kira jam 3.34pagi penonton akan dibawa langsung dari masjid puteeramaju jaya untuk majlis rutin solat tahajjud yang akan dibawa oleh para pemimpin negarawan.

Aku berfikir, jika diikutkan minggu lalu, imamnya adalah pak menteeri di unit perkhidmatan komunikasi. Mungkin hari ini pak menteeri yang lebih besar jawatannya akan mengetuai jemaah tahajjud hari tersebut. ''Best ni''kata aku penuh excited.

Aku ingin luahkan di laman ini, Alhamdulillah, seawal tahun 2009Mashiho inilah, para pemimpin Bee oN telah banyak berubah dan mungkin kerana belajar daripada kesilapan.

Sebagai rakyat. Aku memang maafkan. Sebelum ini pun. Aku sokong benda benda baik yang dibawa mereka......

Kalau ikut flash back tahun 2000Mashiho lah kan, dahulunya hukum ALLAH dipersenda demi kepentingan politik murahan dan keseronokan peribadi. Tetapi pada tahun Mashiho ini, kini merekalah pejuang sejati dan jika digunakan ayat aggresif, para menteeri Bee oN adalah pemerintah berani mati demi menegakkan ISLAM.

Aku suka, semua orang lagi suka. Amanah yang diberi dilaksanakan dengan penuh tawaduk dan berakhlak mulia, semuanya begitu.

Pengalaman lagi. Aku sempat lihat satu majlis beberapa bulan lalu di purlamen. Perlembagaan negarawan milik penjajah digubal bagi merealisasikan tertegaknya Hukum hudud dan Qisas milik ALLAH Subhanahu Wata'ala (SWT) di negarawan ini.

Dan sesungguhnya, segala nostalgia hitam yang pernah dilalui oleh para pejuang ISLAM terdahulu seperti korban untuk demonstrasi aman ditembak gas, kena tangkap dan sebagainya. Aku fikir semuanya sudah pun berbayar. Terima kasih pemerintahku Bee oN.

''Hah dah start nak sembahyang ni, yesss'' aku berhenti makan kerepek sotong. mataku kini tertumpu penuh minat di kaca televisyen.

'ALLAHU AKHBAR' - 'ALLAHU AKHBAR' salah seorang pak menteeri unit adat dan tamadun memulakan iqamah.....dan seorang lagi pak menteeri yang berserban sudah berada di tempat imam.

Tetapi yang aku pelik Kenapa kepala aku sakit pula ni? Makin pedih dikala imam mahu mulakan solat.......

Tiba tiba aku lebih terkejut apabila buku tulisan Sheikh Yusuf Qardawi setebal hampir 400mukasurat betul betul telah hinggap di kepala ku sipi kena hidungku yang tinggi ini.

'ADOI. Aku sepontan teriak membalas tindakan kawanku.

''Ya ALLAH Ya Rabbi''. ''Aman, anda rajin tidur depan televisyen ni Kenapa? seluar futsal yang busuk sangat ni selamba saja bergelumang atas kusyen aku ye'' sergah member aku, si Koboy.

''lepas itu sebut ALLAHU AKHBAR banyak kali.....tapi solat belum!, kami tunggu kat surau anda tak datang''

''Nasib baik nyawa anda panjang Aman dan nasib baik sebut ALLAHU AKHBAR, bukan cakap merapu'' Koboy terus membebel. Koboy tu imam dan merangkap timbalan presiden jemaah di kolej kami belajar.

''Udah udah, pergi solat isya' sekarang juga, selepas itu tidur. Jangan tidur selepas itu qada isya' ye. Esok kita ada kelas, petang usrah dengan Sheikh, lepas itu futsal jemaah!!'' kata member aku tu sebelum belah daripada ruang tamu.

Ya ALLAH, baru aku sedar. Sedar lagi.

Aku bermimpi rupanya. Mimpi ini berulang lagi. Ya ALLAH.....

Hmm, agak agak bila kah ISLAM akan dimartabatkan sebagai AD DIN yang HAQ? Menjadi agama dan cara hidup PALING BENAR di muka bumi ini?....

Bila akan dijadikan sebagai cara hidup PENUH makna pada setiap manusia tanpa mengambil separuh separuh Ya ALLAH?
Semuanya masih menjadi soal bagi ku dan mungkin pembaca.

Yang pasti, kerana dosa dosa aku jugalah telah melembapkan perjuangan ini untuk dikecapi. Aku dan kita semua harus bertaubat dan bersabar demi kepentingan ISLAM.

Sekian....

Wallahu'alam bissowab

--------------------------------------------------------------------

-Nota penulis: Cerpen BEST ini tidak ditujukan kepada mana mana parti (sebab parti ada kekurangan juga) tetapi lebih kepada pandangan dan keinginan peribadi yang mahu melihat Ad Din-ISLAM milik ALLAHU RABBI dimartabat dan dijalankan hukum-hukumNYA di seluruh dunia terutama di muka bumi ini-


-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085633 saat. Lajunya....