Oleh |
Patik Bermuram Durja |
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 06-02-09 21:26
As salamualaikum wbt dan salam Ukhwahfillah, Sekadar luahan perasaan, saya berasa sedih ibarat cuaca suram di Perak Darul Ridzuan. Langit gelap disulami hujan dari pagi hingga ke petang. Sedih kerana Duli Sultan dihina. Sedih kerana keadaan mendesak rakyat yang tidak mengetahui. -----------------
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 07-02-09 01:24
Pada 06-02-09 21:26 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Sedih kerana Duli Sultan dihina. Sedih kerana keadaan mendesak rakyat yang tidak mengetahui.
wasalam Tang mana kena hina tu?
|
ANSHU
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.01.2009 Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak
|
Posting pada: 07-02-09 09:07
melawan sultan kan ke berupe penghinaan...mungkin sultan dipihak yang salah...tapi memang tenggungjawab dia menjaga hak2 org melayu...melawn sultan terang-terangan serupa dengan mencabuli daulat tuanku...salah satu kewajipan org islam ialah taat pada pemimpin...temasuklah sultan...teringat cerita dolu2.. "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 07-02-09 09:28
da beberapa hari tak 'jumpa' tv dan paper.. tetiba smalam dapat berita 'patik mohon murka'..aik.. boleh lulus ke?? erm..kesianne pada rakyat perak yang memilih PR sebagai kerajaan mereka.. sedangkan pada masa sama tersepit antara kerajaan PR (yang saya yakini masih sah) dengan titah sultan (yang tentunya ada alasan tersendiri bertitah)... yang PR mendukung cita-cita keadilan dan demokrasi (serta orang-orang islam?)..kesultanan pula..mendukung amanah kesejahteraan bangsa melayu islam.. erm... poning2...
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 07-02-09 10:37
 ukhwahian. PEMIMPINPemimpin ditakrifkan sebagai orang yang berkuasa seperti Khalifah, Raja, Presiden, Perdana Menteri, Ulama, Suami, & yang sewaktu dengannya. Mereka inilah yang akan berada di saff pertama dihisab oleh Allah s.w.t mengenai pelaksanaan Tanggungjawab mereka sewaktu memerintah. Jika baik ke Syurga, jika buruk pasti ke Neraka tidak kira taraf pemimpin sama ada Khalifah mahupun Sultan. Persoalan akbar yang bermain pada setiap Pemerintah tersebut adakah mereka ADIL terhadap umat/rakyat yang diperintah olehnya? Adakah kerana asbab perkiraan Matematik Demokrasi menjadi dinding penghalang untuk Pemerintah membuat perhitungan sudut lain yang tidak kurang pentingnya seperti AKHLAK, PRINSIP, KEPERIBADIAN & sewaktu dengannya dalam melantik pembantu-pembantu sang Pemerintah untuk menjalankan tugas pemerintahan atas mohor Pemerintah? Dewa @ Hamba?Maaf kata, umat Islam tidak kira dimana mereka berada terutama yang mempunyai akar budaya Pemerintah seperti Raja & Sultan sering mensalah tafsir keberadaan Pemerintah mereka bagaikan Dewa yang tiada cela, penuh mistik & mukjizat setaraf Rasul utusan Tuhan.Sedarkah kita bahawa mereka (Pemerintah) adalah dari kalangan kita yang paling 'malang' kerana terpilih untuk menjalankan mandat Allah s.w.t di muka Bumi: satu tugasan yang BERAT, tidak terpikul oleh kebanyakan manusia. Betapa indahnya jika Pemerintah mengenang kembali bagaimana tulusnya Saidina Umar Al-Khattab disaat menerima bye'ah rakyatnya, beliau telah diberi 'amaran' oleh salah seorang rakyatnya bahawa akan meluruskan Umar dengan pedangnya! Umar tidak melenting bahkan menerima dengan bangga kerana mempunyai rakyat yang berani menegurnya. Simpul TersimpulBenar, menjadi kewajiban rakyat patuh kepada Pemerintah, tetapi jenis kepatuhan yang Membuta Tuli atau saling Ingat-Mengingati? Pemimpin, tidak kira Darjat mereka dalam hieraki kuasa, wajib sentiasa Muhasabah diri dengan peringatan Allah s.w.t ini: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai pemerintahan! Engkaulah yang memberi pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau jualah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. - Ali 'Imran:26 -RAKYAT ADALAH AKAR, RAJA BAGAIKAN BATANG POKOK, TIADA RAKAR TUMBANGLAH POKOK------------------ WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 07-02-09 22:12
Pada 07-02-09 01:24 , swordofdeen posting:!!! QUOTE !!! Pada 06-02-09 21:26 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Sedih kerana Duli Sultan dihina. Sedih kerana keadaan mendesak rakyat yang tidak mengetahui.
wasalam
Tang mana kena hina tu? Penghinaan yang mencarut dan mencela di dalam internet. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 07-02-09 22:14
Dan Peristiwa bersejarah ini amat signifikan bagi diri saya sebenarnya. Malah 'Pangkor' itu memberikan satu penceritaan yang tersirat, signifikan Perjanjian Pangkor. Dan juga beberapa Perjanjian-Perjanjian ratusan tahun dahulu.
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 18-02-09 18:20
Pada 07-02-09 09:07 , ANSHU posting:!!! QUOTE !!!
"raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"
prinsip saya seperti diatas... tapi kena ingat adil pada pandangan siapa.... kalau tanya Sultan sudah tentu baginda cakap baginda adil, kalau tanya Dr zambry...mungkin konsep adilnya lain kalau tanya Nizar pasti konsep adilnya lain. biar mahkamah yang menentukan..seterusnya terserah kepada perancangan Allah. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|