Oleh |
Pelancaran Himpunan bantah PPSMI di Sogo HARI INI! |
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 31-01-09 11:19
Himpunan bantah PPSMI di SogoJimadie Shah Othman | Jan 30, 09 11:13am | malaysiakini.com Kira-kira 500 pencinta bahasa dijangka memenuhi ruang depan kompleks membeli-belah Sogo membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) esok (hari ini 31 Jan 2009).Beberapa tokoh utama bahasa seperti bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad, penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan penulis Ainon Mohd akan turut serta.Keempat-empat mereka menganggotai jawatankuasa Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), penganjur tunjuk perasaan itu yang dinamakan majlis pelancancaran perhimpunan besar 100,000 rakyat. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut diura-urakan akan menyertai majlis pelancaran itu.Dihubungi hari ini, beliau bagaimanapun masih berteka-teki dengan berkata: "Awak tengoklah esok."Setiausaha GMP Hasni Abas (foto kiri) memberitahu Malaysiakini, tokoh-tokoh itu akan berucap menolak PPSMI dan program ringkas ini yang bermula jam 3 petang diakhiri dengan acara pelancaran oleh Dr Hassan sebagai pengerusi jawatankuasa induk GMP. GMP merancang menganjurkan perhimpunan besar-besaran awal Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 (foto kanan) - untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Majlis pelancaran itu yang turut disertai beberapa ahli politik PKR dan PAS akan dimeriahkan dengan bacaan sajak bertemakan perjuangan bahasa. Hasni, juga presiden Kesatuan Pekerja-pekerja DBP berkata, sebanyak 2,000 risalah menentang PPSMI akan turut diedarkan kepada orang ramai di sekitar kompleks tersebut. Mengulas sebab Sogo dipilih sebagai tapak pelancaran perhimpunan GMP dua bulan lagi, beliau berkata: "Tempat itu ramai orang. Perjuangan kita perjuangan rakyat. Kita kena pergi kepada rakyat."Tambahnya, majlis pelancaran itu tetap dilangsungkan walaupun tanpa permit polis. "Polis kena lebih faham. Kita pun warganegara juga yang ada hak (berhimpun)," katanya. Ahad ini, PAS yang bergabung dalam GMP akan mengadakan ceramah berhubung isu PPSMI di Markaz Tarbiyyah, Gombak. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 31-01-09 11:24
Samad Said: Jika demo gagal, undi protes PPSMIJimadie Shah Othman | Jan 30, 09 1:00pm | malaysiakini.com kemaskini 4:07pm Jika demonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh dijadikan penentuan akhirnya, kata seorang tokoh sasterawan. "Jika masih gagal, ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir.
"Gunalah undi secara bijaksana," kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said kepada Malaysiakini hari ini. Beliau diminta mengulas tindakan lanjut yang perlu diambil sekiranya perhimpunan raksasa 100,000 rakyat – ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) – anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) masih tidak dihiraukan kerajaan. GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad merancang mengadakan perhimpunan itu pada 7 Mac bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung isu itu. Sebuah lagi perkumpulan aktivis bahasa Gabungan Penulis Nasional (Gapena) yang dianggotai 24 persatuan penulis di seluruh negara turut mengancam mengadakan "Perarakan Keranda" – dinamakan Keranda 152 – bagi tujuan yang sama, dijadual pertengahan bulan depan.Gapena juga tetap dengan pendiriannya mengheret kerajaan ke mahkamah berhubung pelaksanaan dasar itu sejak tujuh tahun lalu yang didakwanya melanggar Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan – yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Berhubung rancangan GMP berhimpun besar-besaran, A Samad berkata tindakan generasi muda daripada pelbagai kumpulan bagi tujuan menyatakan bantahan terhadap dasar itu memang wajar. "Wajar kerana semua sumber lain telah digunakan, tetapi tidak dihiraukan," katanya, yang lebih mesra dipanggil Pak Samad. Bekas editor kanan Berita Harian dan pengarang pelbagai genre kreatif itu juga menyangkal tanggapan bahawa tindakan berdemonstrasi seperti GMP atau Gapena sebagai "tidak rasional". Mengulas sama ada aktivis bahasa dan sastera veteran wajar sama-sama turun padang berdemonstrasi, A Samad berkata: "Orang tua berjuang daripada sisi yang lain. Tetapi tidak bererti tidak berjuang. Sekarang giliran angkatan muda."Generasi muda sekarang, tambahnya, daripada pelbagai organisasi dan parti politik termasuk Umno mendukung perjuangan bersama itu. Selasa lalu, A Samad hadir dalam mesyuarat GMP bagi membincangkan siri bantahan terhadap PPSMI di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor. Turut terlibat dalam perbincangan itu beberapa tokoh sastera dan politik, termasuklah Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang menganggotai jawatankuasa induk GMP. Ditanya sama ada kemunculannya itu boleh menjejaskan imejnya sebagai tokoh sasterawan yang tidak partisan selama ini, A Samad menjelaskan, kehadiran beliau berdasarkan isu, bukan pihak yang mendukung gerakan tersebut. "Saya tidak boleh terlepas daripada apa yang bergelora (dasar PPSMI)," jelasnya. "Orang kiri jemput saya pergi (hadir), orang kanan jemput saya pergi."Esok, kira-kira 500 pencinta bahasa dijangka memenuhi ruang depan kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman membantah pelaksanaan PPSMI. Beberapa tokoh utama bahasa seperti penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan penulis Ainon Mohd akan turut serta. Pak Samad diura-urakan akan turut serta buat pertama kali dalam program sebegitu. Sewaktu ditanya penyertaannya esok, sasterawan kelahiran Singapura itu bagaimanapun masih mahu berteka-teki. "Awak tengoklah esok," katanya, sambil ketawa kecil. A Samad menerima gelaran tertinggi dalam dunia kesusasteraan tanah air pada 1986. Selain itu, beliau yang terkenal dengan novel Salina – mengisahkah keperitan hidup seorang pelacur di Singapura akibat perang – turut dianugerahkan SEA Write Award daripada kerajaan Thailand. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Kang
Menyertai: 09.05.2003 Ahli No: 2
Posting: 1921
|
Posting pada: 31-01-09 21:18
TV3 kata hambar.... (biasalah TV3 sentiasa negatif dan berat sebelah). Lihat sendiri hambar atau tidak, lingkungan pukul 4 petang: Dikatakan berjaya kerana berjaya membuka mata orang ramai... -----------------
|
ikrimah
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.12.2008 Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-02-09 02:26
bahasa sendiri dirosakkan oleh bangsa kita sendiri... pening-pening
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 01-02-09 16:50
Buletin uTAMAK PENIPU. Kehadiran Sasterawan Negara juga tidak dilaporkan: A Samad Said angkat sepanduk 'Jangan bunuh bahasa ibunda'Harakahdaily | Foto Nasir Sudin Sun | Feb 01, 09 | 11:01:42 am MYT KUALA LUMPUR, 1 Feb (Hrkh) - Selain kehadiran pejuang bahasa dan lebih 500 orang dalam program pelancaran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) petang semalam di Sogo dekat sini, kedatangan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mencuri perhatian ramai akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu. Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, sebaliknya hanya bergambar sambil memegang sepanduk kecil bertulis "Jangan bunuh bahasa ibunda".Beberapa tokoh utama bahasa seperti Prof. Awang Sariyan, Dato' Dr Anwar Ridhuan,penyair Dinsman, Profesor Bahasa Melayu di UPSI Dr Abdullah Hassan dan bekas profesor falsafah sains Dr Shahrir Md Zain, Hasni Abas serta penulis Ainon Mohd turut serta seperti dijadualkan. Penyair popular Pyanhabib, ahli jawantkuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar dan aktivis popular teater Khalid Salleh turut hadir.Bercakap kepada Malaysiakini selepas acara pelancaran itu, Khalid berkata hari ini ramai aktivis bahasa yang tidak pernah muncul dalam program seumpama itu tampil buat kali pertama menyatakan bantahan mereka kerana keadaan "sudah terdesak sangat". Tambahnya, bukan sahaja bahasa, tetapi dalam pelbagai segi hak-hak orang Melayu mulai terhakis. Khalid mendakwa selama tujuh tahun apabila PPSMI diperkenalkan, orang tidak turun memprotes kerana "orang tidak ada asas budaya dan bahasa".Pemimpin politik yang kelihatan termasuklah Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.Majlis bermula kira-kira 2.45 petang, kira-kira 15 minit lebih awal daripada yang dijadualkan. Pengerusi jawatankuasa induk GMP Dato' Dr Hassan Ahmad memberikan ucapan ringkas kira-kira lima limit sebelum melancarkan kempen berkenaan. Dalam masa yang sama, kita-kira 30 polis berpakaian seragam cuba menyuraikan keadaan dan orang ramai dan wartawan mula bersurai kira-kira 4.30 petang. Majlis pelancaran ini diadakan dalam rangka GMP menganjurkan perhimpunan besar-besaran 7 Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 - untuk menyerahkan memorandum isu PPSMI kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. - azm_ ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 01-02-09 17:08
sebelum ni saya pernah mempertahankan PPSMI. Tapi setelah mengajar setahun, berfikir, melihat... saya rasa hari ini saya harap PPSMI dimansuhkan. Namun... saya melihat harapa ini agak sukar terlaksana memandangkan pihak2 yang ada dalam kementerian masih tak berubah pendirian. Saya rasa sistem pengajaran berteraskan ICT yang lebih tepat berbanding PPSMI untuk meningkatkan kemajuan pelajar. Erti kata lain ia bukan kerana bahasa tetapi kerana cara.
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 01-02-09 17:38
entahla.ketuanan melayu mana ada.yang ada ketuanan Islam.lantas mengapa sibuk dengan mempertahankan bahasa melayu sendiri?bagaimana pula dengan bahasa mandarin,tamil dan yang lain.bukankah dalam Islam tidak ada assobiyah.cadangan saya keseluruhan sistem pendidikan yang perlu dirombak semula. ajar dalam english memang bagus,tetapi lebih bagus kalau pelajar sendiri dididik dengan tatabahasa english dan pengajaran dalam english dalam peringkat tinggi. Prof Khoo Khay kirim berkata,sistem pendidikan lebih ke arah melahirkan berapa ramai dapat 'A' berbanding ke arah kreativiti pelajar sendiri.suasana zaman sekarang berbeza dengan zamannya iaitu pelajar itu dianggap berjaya dengan hasil kreativitinya sendiri berbanding hanya setakat lulus cemerlang tetapi tidak mengeluarkan buah idea yang menarik.beliau telah mengeluarkan pandangan yang menarik dalam sebuah rancangan di NTV 7 mengenai sistem pendidikan satu aliran. ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 01-02-09 19:18
pada saya,elok dikekalkan saja bahasa ibunda kerana kemajuan bukan sebab kita belajar english tapi azam yang ada pada kita.lihat jepun sudah jauh tinggalkan kita dan tolonglah kita maju sekali.
|
mazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.07.2008 Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah
|
Posting pada: 01-02-09 20:33
Hapuskan PPSMI! Jangan tunggu bila sudah terhantuk baru hendak terngadah.
|
nie_nadia
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang
|
Posting pada: 01-02-09 21:32
Pada 01-02-09 19:18 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! pada saya,elok dikekalkan saja bahasa ibunda kerana kemajuan bukan sebab kita belajar english tapi azam yang ada pada kita.lihat jepun sudah jauh tinggalkan kita dan tolonglah kita maju sekali. sokong...sokong... bahasa jiwa bangsa....
|
Violet-8
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.12.2008 Ahli No: 36178
Posting: 74
|
Posting pada: 01-02-09 23:06
Entahlah no komen..... Sebab ada pengalaman saya pernah terjumpa dengan seorang sasterawan dalam kedai buku di Jalan TAR menanyakan tentang buku kepada penjual buku itu dengan bercakap dalam bahasa Inggeris. Yang kedua, ada juga pengalaman saya pernah pergi ke perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka juga menanyakan berkenaan dengan pinjaman buku. Yang terkejut kakitangan di sana siap menjawab dengan rojak Inggeris. Inilah yang dikatakan zaman sekarang susah benar mencari orang yang benar-benar amanah..
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 03-02-09 06:39
alah, orang sekarang pun becakap you-I you-I. nanti kalau you dah siap isi, you panggil I lah.
|