Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 27-03-2025 |
|
Suara Hatiku
|
Moderator: Administrator, zulman |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Kenapa kami di salahkan? |
---|---|
afina010587 ![]() ![]() |
![]() ![]() maap jika ana membuka topik dalam keadaan perasaan yang sangat marah dan geram... ana sedih segelintir dari sahabat dan sahabiah ana terang-terangan mengutuk kami yang bertudung labuh ni... mereka kata kami sama sahaja dengan mereka yang hanya berpakaian biasa-biasa. yang paling menyedihkan bila masa kami cuba mentarbiah mereka, mereka kata tak usah nasihatkan mereka kerana kami sama sahaja seperti mereka... kalau begini cara nya sampai bila proses mentarbiah tidak berjalan... apa salah kami bertudung labuh dan mentarbiah? Allah swt menjaga mereka yang menutup aurat dan menjaga maruah... salah kami di mana? andai sahabat-sahabat ukhwah tahu dimana silap kami... bagi tahu, semoga boleh di baiki... semoga tarbiah boleh berjalan seperti biasa... |
sirat82 ![]() ![]() |
![]() |
afina010587 ![]() ![]() |
![]() |
afina010587 ![]() ![]() |
![]()
Pada 31-01-09 10:44 , sirat82 posting:
!!! QUOTE !!! kami tak ada masalah. ni masalah dunia reality atau dunia online? ukhti ada cara terbaik mentarbiah? kalau ada kongsi lah dengan ana... mungkin cara ana ni yang silap.... mungkin juga kurang berhikmah... |
zainul ![]() |
![]() ![]() |
zainul ![]() |
![]()
Rasulullah dulu pun mndapat banyak tentangan daripada pnduduk skeliling bahkan baginda sampai dilontar batu, bdarah.. Tapi baginda tetapi brsabar.. Sabar benteng utama.. tak salah brtudung labuh. Bahkn itu adalah lebih sempurna dan lebih trjaga..
|
zainul ![]() |
![]()
Cuba muhasabah diri. Mungkin ada yang tak kena dengan diri kita, yang menghijab penyampaian kita dari masuk kedalam hati mereka... Ana tak dapat reply panjang2 terus sebab ana guna henset.
|
swordofdeen ![]() ![]() |
![]()
Pada 31-01-09 10:40 , afina010587 posting:
!!! QUOTE !!!
Tak nampak macam marah pun so ok. Jadi, saya rasa mereka kata begitu sebab ada orang yang bertudung labuh tapi perangai tak serupa dengan pakaiannya. Simplenya, sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Saya juga berkopiah, pernah juga menerima nasib yang sama. Pernah dihina dan dimaki, dipijak2 kopiah dan dipukul, disamakan sebagai penzina dan peliwat oleh bos (tempat saya kerja sekarang)..hanya kerana? kerana saya berkopiah. Jadi, dalam asalah ini, kita boleh tengok dalam dua sudut, sudut yang mengata dan sudut yang dikata (puan/cik afina). Dari sudut yang mengata: 1. Maybe dia ada pengalaman buruk dengan orang tudung labuh 2.maybe dia pernah tengok orang tudung labuh buat benda tak elok (nila setitik tadi lah) 3. Maybe dia ni memang dasar tak suka benda baik. Ala, macam menteri2 wanita berjambul kita lah. Asal ada orang suruh bertudung susah Dari sudut yang dikata (cik puan afina): 1. Mungkin cara yang digunakan untuk 'dakwah' mereka terlalu drastik, elitis dan teoritis? Maksud saya, benda-benda yang biasa kita buat tak semestinya diirong biasa buat sebab maybe mereka tak dapat tarbiyah macam kita. So Kalau sekali kita nasihat terus expect mereka berubah dari gangster jadi malaikat tak bolehlah. Nak hurai panjang ni qowaid da'wah..terlalu subjektif. Simplenya, apa yang saya nak kata dalam hal ini saya dah nukilkan dahulu dalam satu tulisan lain: Pertembungan Dua Dunia Allahu'alam. bagi pendapat saja. kebetulan lalu lalang kat topik ni. |
akhdanie ![]() ![]() |
![]()
Saya setuju dengan pendapat swordofdeen diatas. Saya pun bertudung labuh dan pernah melalui nasib yang sama. Tak dinafikan kadang-kadang ada yang bertudung labuh tapi perangai tak serupa dengan pakaiannya. Pas tu semacam saja pandang mereka yang tak bertudung labuh.
tapi tu time kat ipt saja bila dah kerja ni semua dah ok. Malah ramai kawan-kawan saya tak bertudung labuh pun tapi alhamdulillah kami still hormat menghormati. Boleh keluar dan bergaul seperti orang lain juga dan tudung labuh yang saya pakai tak menjadikan mereka takut untuk mengajak saya ke mana-mana. So bagi saya semuanya bergantung kepada pendekatan yang kita gunakan. Kalau boleh tu jangan lah dok dalam puak kita saja tapi cuba bergaul dan berkawan dengan mereka. InsyaAllah secara perlahan kita mampu menarik merek dengan cara dan akhlak yang kita tunjukkan. So kesimpulannya pertembungan 2 dunia tak menjadikan kita berbeza tapi proses pentarbiahan masih boleh berjalan seiring dengan ukhwah yang telah terbina.. Allahu'alam. |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
salamun alaik.
berjuang memang susah.. Kalau senang tak panggil berjuang..hehee.. hidup ni, memang kena banyak sabar. kita semua akan diUji. pelbagai rentetan hidup, leliku, gegaris yang meniti untuk kita sampai ke kemuncak! nak berdakwah banyak skilss. tapi, memang kena terima yakni hadapi segala apa jua rintangn yang akan diterjah.dihunjam... ramai mata-mata memandang tatkala yang pelik itu akan menjadi 'attraction'. mostly yang bertutup litup..yang berserban ( ni bagi kes yang sedap mata memandang..hehe) bagi sudut lain.. yang sebaliknya. bagus andai kita ada rasa tggjugjawb untuk memikirkan bagaimana nak solve masalah UMAt ni. jadi, apa yang perlu dibuat... menegur.menasihati.tunjuk cara yang betul.. all include dengan hikmah 'way'. pelan-pelan ye ya uktie. insyaallah.. akan rasa nikmat pabila kita berjuang di jalanNya. bukan di jalan TAr.jalan masjid India.. hehe.. hok tu..boleh jalan-jalan shoping ehehe.. ![]() ----------------- ![]() ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum.. |
ANSHU ![]() ![]() |
![]()
hm..betul pendapat kawan-kawan semua...saya pun tegolong betudung labuh...tapi saya sedar banyak lagi yang perlu diperbaiki...cumenye dalam hal mentarbiah oleh saudari afina tadi saya rasa (bedasarkan pengalaman lah) lebih mudah untuk mentarbiah orang-orang yang befikiran sebegini dengan menjadi sahabat mereka dulu...bila da paham mereka sekurang-kurangnya boleh lah kita tunjuk contoh yang baik...mudah-mudahan prasangke negatif mereka pada golongan yang betudung labuh ni akan hilang
saya dulu masa belajar kawan-kawan saya mostly tak betudung labuh...kami ok...saya belajar erti kekurangan diri daripada mereka...ada msnye mereka lebih berilmu dr saya...watkan saya berusahe nak baiki diri...mereka hormat saya...kalau ada Apa hal bekaitan kemusykilan agame mereka akan refer pada saya...masa ni lah sesuai nak bertarbiah...kalau tak banyak pun asalkan ada....tak apa saudari afina Boleh cuba pelan..insyaAllah Boleh tu..Allah besame orang-orang yang benar |
sailormoon ![]() ![]() |
![]()
Pada 31-01-09 11:31 , afina010587 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 31-01-09 10:44 , sirat82 posting: ukhti???akhi lah bukan ukhti... ----------------- ![]() |
ikrimah ![]() ![]() |
![]()
salam....
ana pun suka tengok muslimat yang bertudung labuh... lagipun bagi pemuda muslim kadang pakaian begitu dijadikan kriteria utama nak cari calon... bab persepsi orang ana rasa tak jadi perkara utama kalau kita dalam proses mentarbiah orang ramai..biarlah mereka nak kata apa kat kita kan... kita bukan nak cari redha manusia...nak cari Redha Tuhan kan... manusia ni kita buat perkara baik pun ada yang tak kena pada panmdangan mereka..lagilah kalau perkara tak baik kan.. nasihat ana,... kena perkemaskan niat din hati ...banyak-banyak dalam perjuangan dakwah atau tarbiah orang ni.. wallahua'lam.. |
ikrimah ![]() ![]() |
![]()
kadang-kadang kita rasa ramai yang tak suka nga kita...
tapi pada masa yang sama ramai lagi orang yang suka dengan kita ... dengan syarat... kita mestila hidup dalam Redha Tuhan...nescaya ramai manusia yang sayang nga kita... |
ANSHU ![]() ![]() |
![]()
Pada 01-02-09 15:17 , ikrimah posting:
!!! QUOTE !!! kadang-kadang kita rasa ramai yang tak suka nga kita... betul..betul..betul.... ![]() |
neoryzer ![]() ![]() |
![]()
memang dugaan dan cabaran untuk menegakkan kebenaran dan perkara yang diredhai oleh Allah... kita akan kuat dan dapat kekuatan jika dan bila bersama dengan orang2 yang sama menegakkan kebenaran.......
|
shimaku ![]() ![]() |
![]()
Pada 31-01-09 13:13 , simpLe_sHida posting:
!!! QUOTE !!! salamun alaik. berjuang menuntut kesabaran...macam kata-kata kak shida ni ada benarnya...kalau tak susah bukan berjuang namanya...jadi bersabar lah dalam dugaan dan kutukan yang diterima. Nabi Muhammad pun sentiasa mengalami cabaran dalam menyampaikan kebenaran.. ![]() ----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer** |
afina010587 ![]() ![]() |
![]()
Pada 01-02-09 14:52 , sailormoon posting:
!!! QUOTE !!! Pada 31-01-09 11:31 , afina010587 posting: Owh maap... hheheh tak sengaja... tak tahu lelaki ke pompn.. main belasah saja..asif jiddan ![]() |
erwina ![]() |
![]()
Pada 31-01-09 11:44 , swordofdeen posting:
!!! QUOTE !!! Pada 31-01-09 10:40 , afina010587 posting: Ana sokong sesangat...maybe mereka ada pengalaman buruk dengan orang bertudung labuh.Ana bukan nak mengutuk mereka yang bertudung labuh....tapi ada segelintir yang bertudung labuh tapi tak tau memberi contoh yang baik pada mereka yang bertudung biasa-biasa saja/mereka yang tak bertudung.....pengalaman ana sendiri...masa study dulu ana ada member...dia ni golongan yang bertudung tapi tak lah bertudung labuh..Mula-mula dia berkawan dengan ana dan kawan-kawan yang tak bertudung labuh ni.satu hari dia tiba-tiba berubah...dia tak nak lagi bergaul dengan kami...dia cakap dia dah pun jumpa sahabat-sahabat yang boleh membimbing dia menjadi wanita solehah dengan bertudung labuh dan berjubah....tak sampai satu bulan dia berubah fikiran.Dia bagitau kami...kawan-kawan dia yang bertudung labuh dan berjubah itu rupanya sangat lah pengotor. Bau mereka busuk, mungkin sebab mereka takut nak pakai perfume...dan kalau member saya ni masak air....mereka hanya tau habiskan sahaja dan tak reti nak top up balik....member saya pun bagitau ingatkan mereka yang bertudung labuh ni tak suka bergosip...rupanya mereka pun suka cakap pasal lelaki, tapi lelaki yang satu spesis dengan mereka lah...berkopiah dan berjanggut ala...ala ustazz begitu...siap tanam niat lagi nak pergi sembahyang berjemaah kat surau sebab nak jumpa ustaz tersebut...lepas tu member ana ni terus fikir 2 kali...tapi tak semua mereka yang bertudung labuh begitu ada yang benar-benar ikhlas hanya kerana Allah belum cukup ilmu dada tapi hanya mengikut kawan atau suruhan suami saja...Pengalaman ana sendiri..kenalan ana, pakai tudung labuh dan berjubah.......tapi soal kebersihan, MasyaAllah.Ana tak tau nak cakap macam mana...sangat teruk sahabat sekalian...kadang-kadang ana sendiri ngeri tengok cara dia sediakan makanan untuk suami dan tetamu yang datang kerumah...ana nak cakap banyak-banyak pun takut nanti dituduh mengumpat dan mengata pulak...just nak kongsi pengalam saja... |
afina010587 ![]() ![]() |
![]() ![]() terima kasih di atas pendapat dr ahli ukhwah... terutama kak erwina.. mungkin ada betulnya juga.. tapi saya harap saya dan sahabat-sahabat yang bertudung labuh(mungkin juga bertudung sahaja) dapat menjaga kebersihan... saya terfikir jugak, sebelum kita mentarbiah org lain.. kena juga mentarbiah diri sendiri.. dalam tarbiah ni, saya kena juga banyak bersabar.. mungkin saya seorang yang emosi.. mudah terasa dengan cakap-cakap org... ![]() |
ikrimah ![]() ![]() |
![]()
salam..
ana kalau ada sesiapa yang ingin buat kebaikan ana sokong sokmo.. apalagi yang sentiasa mendorong manusia ingat nga Tuhan..sesungguhnya manusia yang paling baik ialah yang sentiasa menyeru manusia lain mengingati Tuhan... wallahua'lam Allahuakbar.. |
ayukhuwah ![]() ![]() |
![]()
salam...
maaf nak mencelah... berdasarkan pengalaman saya... saya boleh dkategorikan org yang baru-baru saja pakai tudung labuh.. Alhamdulillah... Allah sayang saya... before pakai 2, saya pun nakal juga.. kutuk org yang pakai 2dung labuh ini.. sebab mereka ini tak juga kebersihan... bau pun kurang menyenangkan.. malah ada yang perangai melebihi orang-orang yang tak pakai 2dung labuh.. nauzubillah... depan mata saya mereka buat begitu.. main usha2 lelaki.. Kalau nak kawan 2 pula, dengan org yang sejenis saja (tudung labuh juga)... 2 lah saya dan geng2 kutuk-kutuk... tapi alhadulillah, doa sahabat dan hidayah Kekasih, saya tergerak untuk pakai nya setaun lepas, baru tau bagaimana bestnya tutup aurat dengan sempura.. saudari.. untuk tarbiah orang-orang awam, oleh kerana saya pernah melalui zaman jahiliah, saya boleh dkatakan tao bagaimana nak nasihat orang-orang... kita tak boleh terus guna hadis or cakap "dont do this.. dont do that.. you hv to..." kita guna lah perumpamaan dan pendekatan yang santai... ikut peringkat umur... Kalau macam kanak-kanak kita guna kartoon... macam guna naruto misalnye... bagi yang berpendidikkan contohnya matrik ke.. bagi pendekatan yang berbeza, perumpamaan ke ataupown yang realistik sebab islam itu real, islam itu segalanya... perlu diingatkan... nasihat 2 cakap benda baik-baik... macam Kalau dia tak solat, cakap lah kebaikkan solat, hukum solat, solat 2 sangat baik yang buat nya akan dapat pahalake... dan keistimewaan solat apa... boleh selitkan keburukkan meninggalkannye sikit-sikit sebab, fitrah manusia untuk mendengar benda yang baik-baik saja.... saya harap dapat membantu saudari ye... maaf saya kurang ilmu, Kalau salah tolong tolkan ye wassalam... |
afina010587 ![]() ![]() |
![]()
TERIMA KASIH ayu... saya berterima kasih sangat-sangat. mungkin ada benarnya cakap ayu... perlukan kelembutan dan bercakap benda yang baik-baik sahaja... insyaAllah saya akan practik kan... pasal bertudung labuh ini, pendapat seorang teman, dia kata wanita ni bila pakai tudung biasa bahgian tepi juga boleh nampak bentuk. jadi elok lah dilabuhkan bahagian tepi juga.. biasa lah wanita ni kalau jalan tangan melenggang.. even pakai tudung biasa pun orang kata sudah lengkap menutup aurat, tapi harus di timbang pendapat orang yang melihat. jadi tudung yang boleh membantu menutup bentuk dari tepi ialah tudung labuh... insyaAllah..
pendapat sahaja ye... mungkin boleh kongsi pendapat lain |
sirat82 ![]() ![]() |
![]()
Pada 01-02-09 14:52 , sailormoon posting:
!!! QUOTE !!!
![]() ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman |
sutera_kasih85 ![]() ![]() |
![]()
Pada 01-02-09 23:22 , sirat82 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 01-02-09 14:52 , sailormoon posting: ehem2 ![]() |
ikrimah ![]() ![]() |
![]() |
adieq85 ![]() ![]() |
![]()
Pada 31-01-09 10:40 , afina010587 posting:
!!! QUOTE !!!
sebenarnya masalah orang yang bertudung labuh ni datangnya dari kalangannya juga..maafla cakap, ada segelintir yang memakai tudung labuh ni tak menjaga adab dan kesopanannya sesuai dengan cara pemakaiannya..dia buat apa yang orang biasa buat..yang tak bertudung labuh ni..kadang ada yang buat maksiat @ apa-apa saja yang mencemarkan semua insan yang bertudung labuh..senang cakap, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..so orang2 sekeliling dah tak percaya pada mereka lagi..saya sendiri pun pernah tengok dan alami perkara yang sama..kawan rumah sendiri pun tak percaya dan selalu pertikaikan benda ni..harap-harap saudari bersabar banyak-banyak..ALLAH bersama orang yang berniat baik.. ![]() |
adieq85 ![]() ![]() |
![]()
Pada 31-01-09 11:33 , zainul posting:
!!! QUOTE !!!
betul tu..bila kita nak berbuat baik ke jalan ALLAH, memang susah..macam-macam halangan..kena kutukla..tu semua dugaan untuk mematahkan semangat saudari dalam proses tarbiah ni..teruskan usaha yang baik ni..insyaALLAH nanti jalan yang berliku ni akan menjadi lurus dan lancar.. |
niza_ati ![]() ![]() |
![]()
Pada 01-02-09 23:22 , sirat82 posting:
!!! QUOTE !!! ish abang mun ni. Jangan lah kantoi kan akak. Akak kan muslimah ![]() Salamu'alayk ya ukhti afina010587. betul kata para-sahabat yang lain, nak berdakwah & mentarbiyah... Memang payah... Usahlah berasa marah & geram pada mereka... Mungkin mereka tidak nampak lagi apa yang tersirat... Kita tak boleh salahkan mereka sebab mungkin ada antara mereka yang mengenali someone yang bertudung labuh tapi penampilan hanya diluar...didalamnye pula rambut berkaler bagai... Mungkin ada yang kenal dr sudut perangai... Kita tak boleh salahkan mereka... Manusia ini pelbagai ragam... sama ada yang bertudung labuh atau tidak, masing-masing punya perangai & tingkah tersendir. Usah cepat melatah dengan perkara2 begini... Sabar itu perlu...biarpun perit & pedih...tapi inilah yang perlu kita telan.... perlahan-lahan & berdoalah...insyaAllah satu hari nanti kan terbuka hatinya... p/s: baru perasan...tak boleh justify ea.... ![]() ----------------- ![]() cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku |
afina010587 ![]() ![]() |
![]()
Pada 02-02-09 03:04 , ikrimah posting:
!!! QUOTE !!! salam .. akhi=saudara lelakiku, abang, adik lelaki. ukhti= saudara perempuan ku, kakak, adik perempuan. |
Wawa_83 ![]() |
![]()
... Sekarang ni ..realiti yang berlaku depan mata Wawa ... Bertudung labuh ke, berpurdah ke.. tu bukan petanda yang wanita tu baik..!! (Kecewa..) Cukuplah apa yang Wawa tahu .. tapi adalah tidak adil kalau kita nak blame orang tudung labuh yang baik hati in stead of segelintir mereka yang bertudung labuh/berpurdah melakukan maksiat kan..??
Kasihan mereka .. sebabkan keimanan yang kuat, mereka tak putus-putus diuji dengan ujian yang berat... Bersabanrlah wahai wanita bertudung labuh .. ALLAH SWT bersamamu .. |
yuhada ![]() ![]() |
![]()
APAKAH BERKAT?
Berkat itu ialah bertambah atau tambahan di atas apa yang ada (ziadah). Benda yang tidak ada kemudian jadi ada tidak dikatakan bertambah, oleh itu tidak dinamakan berkat. Benda yang sudah ada datang lagi dua tiga, baru dikatakan bertambah. Itulah berkat. Ini mesti difahami. Kalau tidak diterjemahkan, takut-takut tidak difahami falsafahnya dan seni-seninya. Maksudnya kalau hendak dibantu dibidang pendidikan, kebudayaan dan lain-lain, kita mesti buat asasnya dahulu. Itulah dia usaha 10%. Selepas itu, bila ada iman dan taqwa, baru datang berkat. Tuhan datangkan berkat (tambahan) di bidang-bidang itu dengan syarat ada asasnya. Bila berlaku tambahan yang tidak diduga, itu menunjukkan ia bukan hasil usaha kita lagi. Itulah berkat. Faedah Dan Kebaikan Taqwa Faedah dan kebaikan sifat taqwa bagi diri orang yang bertaqwa ada banyak. Di antara kebaikan taqwa itu: 1. Menghapuskan dosa 2. Memberi syafaat 3. Benteng dari maksiat 4. Pemangkin dan kekuatan untuk membangunkan syariat 5. Membunuh rasa `Hubbud Dunia` atau cinta dunia 6. Membakar dan mencairkan mazmumah 7. Menyuburkan mahmudah Kesan Jika Tidak Ada Orang Bertaqwa Yang ada dan yang ramai di seluruh dunia hari ini sebenarnya ialah orang Islam. Sebab itu berlaku huru-hara, kacau-bilau, berzina, krisis, rasuah, minum arak dan tidak ada kasih sayang. Sebab orang mukmin dan orang bertaqwa belum wujud. Kalau ada pun, mereka itu minoriti. Jumlah mereka belum dapat memberi kesan. Kalau kita baca Quran dan Hadis, kita akan dapati bahawa orang Islam tidak ada jaminan dia akan dibantu Allah. Tidak ada jaminan Syurga. Yang dijamin itu hanya orang mukmin dan orang bertaqwa. Kita semua sudah baca ayat Quran bagaimana Allah akan tolong orang bertaqwa. Diantaranya, orang bertaqwa itu akan dilepaskan dari masalah hidup, diberi rezeki, dipermudahkan urusan, dibela dan dibantu, diajar oleh Allah dan lain-lain lagi. Dalam ayat lain, Allah berfirman: "Walau anna ahlalqura amanu wattaqau lafatahna `alaihim barokatim minassama iwal ardhi." Maksudnya:"Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi." (Al A`raf:96) Orang bertaqwa akan diberi keamanan, dijauhkan dari ketakutan, dihindarkan dari bala bencana, dimakmurkan, diikat dengan kasih sayang hingga boleh bersatu padu. Sebab itu, Allah dalam ayat yang lain menyebut: "Wakana haqqan `alaina nasrul mukmininn" Maksudnya: "Berhak atas Kami membantu orang mukmin." (Ar Rum:47) Allah menyebut bahawa Dia hendak bantu orang mukmin. Tidak ada satu pun ayat yang Tuhan kata, Dia hendak bantu orang Islam. Baru kita faham mengapa umat Islam hina. Bagi orang Islam, tidak ada jaminan untuk dapat apa-apa bantuan dari Tuhan walaupun sudah beribadah 24 jam sehari. Umat Islam hina sebab orang mukmin dan orang bertaqwa tidak ada. Kalau ada pun, sedikit. Kalau kena bala, sama-sama akan kena, tidak kira Islam, mukmin atau orang bertaqwa. Orang bertaqwa dikatakan orang Tuhan. Bila jadi orang Tuhan, maka Tuhan jamin kemenangan, keselamatan, kesihatan, makan minum dan lain-lain. Tuhan akan beri kejayaan. Tuhan akan datangkan malaikat, jin-jin Islam dan roh-roh muqaddasah untuk membantu perjuangan, dakwah, ekonomi, pendidikan dan dalam semua hal dan urusan. Kalau ada sekelompok orang yang bertaqwa, walaupun tidak ramai, dunia ini Tuhan akan serahkan kepada mereka. Allah SWT berfirman: " Annal ardho yarithuha `ibadiyassolihun." Maksudnya: "Akan Aku wariskan bumi ini kepada hamba-hamba-Ku yang soleh (bertaqwa)." (Al Anbiya:105) Di sisi Tuhan, hanya ada dua golongan sahaja yang diberi kuasa besar (super power) yang menguasai muka bumi ini yang mengatasi kuasa-kuasa yang lain. Dua golongan ini ialah golongan kafir dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Selain dari dua golongan ini, tidak ada golongan lain yang diizinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini. Termasuk golongan yang tidak diizinkan Tuhan ialah golongan orang-orang Islam kerana keimanan dan pengalaman syariat mereka lemah. Mereka beriman dengan sesetengah ayat Quran dan kufur dengan sesetengahnya. Mereka mencampur-adukkan ajaran Islam dengan ajaran-ajaran yang batil. Mereka lemah bermujahadah dan tidak mampu melawan hawa nafsu mereka. Oleh itu, mereka tidak dapat menyucikan hati-hati mereka dari segala sifat-sifat mazmumah. Yang lebih penting, hubungan mereka dengan Tuhan longgar. Mereka kurang cinta dan kurang takut dengan Tuhan. Mereka kurang berharap dan kurang menyerah kepada Tuhan. Kalau mereka berkuasa, mereka tidak akan menjalankan hukum-hakam dan syariat Tuhan. Mereka tentu akan berlaku zalim. Yang beratnya, mereka akan berlaku zalim atas nama Islam dan atas nama Tuhan. Apabila golongan orang-orang bertaqwa tidak wujud di muka bumi, Allah akan serahkan kuasa di dunia ini kepada golongan kafir. Akan tetapi, jika golongan orang-orang bertaqwa sudah muncul, maka Allah akan pindahkan kuasa di dunia ini dari golongan kafir kepada golongan orang-orang bertaqwa. Golongan bertaqwa lebih berhak menguasai dunia ini daripada golongan kafir. Oleh itu, jika umat Islam mahu menguasai dunia dan mahu menaungi bangsa-bangsa lain, hanya satu jalan sahaja yang ada iaitu dengan mengusahakan taqwa. Bukan dengan mengusahakan kekuatan lahir seperti ekonomi, teknologi, pembangunan, kekuatan tentera dan lain-lain. Golongan kafir lebih hebat dan lebih maju dalam bidang-bidang itu. |
Nurizmi ![]() ![]() |
![]()
Bismillah...
ana teringat kata-kata nasihat dr ustaz ana...merujuk kepada Sabda Nabi SAW: "pada akhir zaman, orang yang beramal dengan islam ibarat memegang bara api yang panas" : jadi kalau antum semua beristiqamah dengan tatacara hidup Islam tanpa dicemari dengan pandangan jahiliyah orang sekarang, BERSABARLAH... hmm...benarlah peringatan itu..sebab ana telah dan sedang melalui situasi yang sama.. kalau di kampus dulu..bila kami2 yang bertudung labuh ni berkumpul sama-sama di masjid, akan ada jelingan atau cakap-cakap yang kurang sedap didengar..tapi kami saling kuatkan satu sama lain..bahawa itulah cabaran bila ingin mengenggam 'ISLAM'... Timbul persoalan... "habis tu org yang xbrtudung labuh ni tak elok lah ye".. bukan macam tu... pada ana..sejujurnya..sama saja antara tudung labuh atau tudung biasa... sebab islamnya seseorang tu bukan hanya pada pkaian tetapi pakaian adalah salah satu lambang keislaman... pada ana, soal tudung berkait dengan tahap keinginan seseorang muslimah itu tentang sejauh mana dia ingin melakukan yang terbaik dihadapan Allah..ana berbicara atas dasar pengalaman ana sendiri..tapi ana tak kata brtudung labuh ni semuanya sholehah...hmm.. ![]() kalau dulu masa ana bertudung biasa (kecik+nipis)..ana selalu fikir..kenapa org pakai tudung besar-besar sangat..xpanas ke? tapi bila Allah tempatkan ana bersama dengan sahabat yang ramai brtudung labuh..dan membaiki ilmu agama dalam diri..dengan sendiri nya ana mula faham Kenapa bertudung labuh...sehinggakan ana merasakan..ana perlu promote'kan hikmah brtudung labuh ni pada kawan-kawan yang lain.. ![]() benar..agak sukar mntarbiyahkan orang bila berpenampilan dengan tudung labuh..sebab memang persepsi masyarakat sekarang macam tu...xhairan lah bila golongan tudung labuh bagai 'ditolak' sebab anasir jahiliyyah yang memperkenalkan fesyen2 busana muslimat yang agak 'songsang' (xikut syariat) banyak sangat dipromote'kan sehingga brtudung lbuh dianggap syadid ataupun kuno..na'uzubillah... disini lah cabarannya... teruskan mentarbiyah...bagi ana..tak perlu ubah penampilan...cuma..KUATKAN KESABARAN dan DOA.. insyAllah..Allah bersama dengan mereka-mereka yang sabar... ![]() teruskan perjuangan... |
Ninja85 ![]() |
![]()
assalamualaikum.
bukan senang untuk mentarbiah manusia, tapi tulah kerja rasulullah untuk umatnya. lebih-lebih lagi,pada akhir zaman. banyak cabaran. mulakan dengan mentarbiah benda yang kecil2 dulu supaya mereka dapat rasakan keindahan islam. |
mulukhiyyah ![]() ![]() |
![]()
anda kena bersabar,memang akan ramai yang akan nasihatkan anda bersabar,dalam dunia yang mencabar ini anda kenala banyak melakukan berbagai cara untuk mentarbiah mereka...
kutukan,perlian,umpatan...mereka ambil contoh yang dah mereka tengok,dia cakap org pakai tudung pun buat maksiat...ok saudari semua, tabahkan iman anda. |
Mulya ![]() |
![]()
salam..
pilihlah cara yang paling hikmwah untuk mentarbiyah.. jangan bincang masalah kekurangan orang(misalnya tudung tak labuh).. berkawanlah dengan baik..tunjukkan hikmah2 dan manfaat bertudung labuh...dalam sudut agama dan sudut kesihatan.. bukankah orang yang tertutup tubuhnya lebih selamat dari sinar matahari yang terlalu panas dan kurang baik untuk kulit..??dan terhindar dari debu2..??buktikan itu... masalah bertudung labuh tapi bermaksiat.. ini semua sudah dalam aturan dan takdir ALLAH...sekurang2nya mereka sudah berusaha untuk menjalankan apa yang ALLAH perintahkan..yang pasti ketaatan tu jauh lebih baik.. seperti yang mengatakan..saya memangla xsolat..tapi saya juga tak mencuri xberzina dlll...xmacam dia,dia solat tapi bermaksiat.. yang pasti, yang solat jauh lebih baik dr yang xsolat..yang xsolat tu jelas2 berdosa walau tak buat salah yang lain.. macam pakai tudung juga...sekurang2nya mereka sudah berusaha untuk sesuaikan pakaian mereka dengan apa yang ALLAH perintahkan kepada mereka... tetaplah dalam kesabaran dan ketakwaan.. |
ikrimah ![]() ![]() |
![]()
salam
ana sokong pendapat mulya tu... sesungguhnya kebaikan jua yang dapat merubah kejahatan seseorang.... wallahua'lam |
wafie ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! mereka kata tak usah nasihatkan mereka kerana kami sama sahaja seperti mereka... kalau begini cara nya sampai bila proses mentarbiah tidak berjalan... apa salah kami bertudung labuh mungkin mereka bilang begitu sebab zaman sekarang ini sebahagian perempuan walaupun bertudung tetapi berperangai tak senonoh....(berpura-pura baik untuk menutup kejahatan) apa-apapun banyakkan bersabar dan teruskan niat murni itu..biasalah mesti ada dugaan dalam berdakwah ini..... ![]() ----------------- ![]() |
erwina ![]() |
![]()
Pada 01-02-09 22:13 , afina010587 posting:
!!! QUOTE !!!
jangan bimbang fina...akak doakan semoga terbukak pintu hati mereka untuk mendengar nasihat fina dan kawan-kawan....fina kuatkan semangat....kalau dengan nasihat tak menjadi,mungkin fina boleh doakan semoga mereka dapat hidayah dari Allah....lagi pun orang bertudung labuh pun still manusia yang tak lari daripada godaan syaitan dan iblis laknatullah....sebab makin kukuh dan teguh iman seseorang....makin tinggi lah pangkat si syaitan dan iblis yang ditugaskan mengoda dan menghasut mereka...bergantunglah pada individu bagaimana nak menahan diri dari termakan godaan syaitan... |
afina010587 ![]() ![]() |
![]()
Pada 02-02-09 19:08 , erwina posting:
!!! QUOTE !!! Pada 01-02-09 22:13 , afina010587 posting: semoga saya kuat hadapi nya.. sahabat semua doakan saya ye... supaya saya tabah |
erwina ![]() |
![]()
InsyaAllah....semoga berjaya menyedarkan mereka-mereka yang keras hati......usaha tangga kejayaan....sabar separuh dari iman
|
Mulya ![]() |
![]()
cuba ingat...dakwah pada zaman nabi jauh lagi berat..sumayyah syahidah pertama,,mati dibunuh,,bilal disiksa,,nabi sendiri dikatakan orang gila...dihina..dilempar batu..sabar..
kita tak ada apa pun dibandingkan dengan dakwah sahabat dan nabi... bersabarlah ye..kalau terasa sedih orang buat dan kata kita macam-macam..,cuba ingat rasul dan sahabat dalam dakwah...rasul jauh lebih baik akhlaknya dr kita..masih ada yang tak suka padanya..wajar kalau ada yang tak suka dengan dakwah kita..yang penting..,tetaplah dalam jalan ALLAH...gunakan petunjuk yang benar..ALQUR'An dan SUNNAH...pendapat manusia boleh berbantah dan tak sama..alqur'an tetaplah yang paling benar... |
Luqiem ![]() ![]() |
![]() ![]() Proses tarbiah atau dakwah memang memerlukan pengorbanan… jika tiada pengorbanan maka tiadalah kemanisan dalam berdakwah… Benar apa yang dikongsikan oleh saudara Mulya… Nabi kita sendiri dan nabi-nabi yang lain semunya melalui proses tersebut.. sentiasa diuji dan diuji dan diuji sampai ada yang wafat… Semuanya memerlukan kesabaran yang tinggi… Kita umat Muhammad SAW dihantar adalah untuk meneruskan usaha dakwah Baginda… Menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran… Sentiasa wujudkan dalam diri kita kebesaran Allah dan yakin dengan Allah segala ujian dan dugaan dalam dakwah adalah untuk tarbiah diri kita sendiri sebenarnya… Allah hanya akan bantu kita bila kita bantu Agama Allah… Kita ambil pengajaran dala surah Al-Asr..( Demi Masa)… Allah menyuruh kita bersabar dalam perkara Dakwah… dalam mencari iman yang sempurna… Jika kita cepat mengalah dan putus asa dengan kutukan dan ejekan manusia disekeliling kita, maka kelak kita sendiri akan binasa… ejekan dan kutukan tersebut tidak lama… yang penting kita sentiasa bersabar… tiada orang lain yang sepatutnya meneruskan usaha dakwah melainkan diri kita sendiri, saya, awak, engkau, anda… Kita semua… Azam Insyaallah ----------------- Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya http://www.luqiem.my-ads4bucks.com |
naya91 ![]() ![]() |
![]()
salam buat sahabat ukhwah semua. maaf kalau mencelah...tudung labuh? tudung biasa ni tak tutup aurat ke?
bukan ke 'tudung' adalah sesuatu yang digunakan untuk menutup sesuatu. buat wanita nak tutup aurat so, kalau tak tutup aurat still boleh panggil tudung ke? |
amilyn ![]() |
![]()
Salam
kadangkala kita merasakan diri kita betul tapi tidak pada pandangan orang lain.seorang kawan pernah berkata kepada saya u sentiasa merasakan u baik,tapi satu hari bila u kenal dengan lelaki,u boleh jadi tak baik.saya mengucap mendengar perkataannya tapi saya sematkan dalam hati kerna itu pndngnnya dan mungkin ada kebenaran. kebenaran itu pahit tapi pahit itu ubat.bagi saya,afina perlu menjadi flexisble means bergaul dengan ramai org tak kira tudung labuh ke tak,kenali character mereka kerana itu yang saya amalkn. Ramai kawan-kawan yang berkawan dengan saya dari segala latar belakang selalu meminta nasihat daripada saya kerana merasakan saya terlalu dekat dengan mereka.Mereka selalu merasakan saya seorang yang sporting dan open minded.Saya tidak bertudung labuh tapi berstokin hitam.Mereka tidak melihat itu satu daripada keanehan dan menghormati saya dengan prinsip saya.jangan merasakan ada gaps antara mereka kerana kita sama.makhluk Allah dan kita tidak tahu di mana kedudukan kita di akhirat kelak.itu yang saya selalu amalkan kerana Allah bisa mengubah diri saya jika DIA berkehendak. Bagi saya,banyak kata-kata yang betul daripada sahabat-sahabat ukhwah.Ramai org yang memakai tudung labuh merasakan mereka terlalu baik dan perfect.semua org tak betul kecuali mereka,sdgkan kadangkala perbuatan mereka lagi teruk daripada yang tidak bertudung labuh. Mentaliti dan perspective sudah ada terhadap golongan ini,it is hard to change the reality but at least we try to change it. kalau saya apa jua kekurangan diri yang di komen orang,saya terima dengan lapangan dada.Saya akan buat research bagaimana menghadapinya dengan membaca artikel,membetulkan kembali apa yang kurang dalam diri.kalau kita nak tarbiah orang,biarlah secara perseonally,jangan sound dpn2.dia malu.kalau afina,di sound depan2 malu tak.cari dan buatlah kajian untuk mendekati golongan ini.jika kita ikhlas Allah akan membantu kita.Golongan ini memerlukan seseorang yang open minded dan juga seorang yang sporting.Paling penting,janganlah pandang mereka seperti orang hina dan bersalah hanya kerana tudung kerana saya pernah merasakannya. Makcik saya seorang yang brtudung labuh tapi dia berupaya berdakwah dan mentarbiahkan ramai golongan remaja yang berzina dengan approach2 tertentu. |
afina010587 ![]() ![]() |
![]()
Pada 03-02-09 16:59 , naya91 posting:
!!! QUOTE !!! salam buat sahabat ukhwah semua. maaf kalau mencelah...tudung labuh? tudung biasa ni tak tutup aurat ke? saya pos balik ye apa yang saya dah tulis arituh posticon Posting pada: 01-02-09 22:52 TERIMA KASIH ayu... saya berterima kasih sangat-sangat. mungkin ada benarnya cakap ayu... perlukan kelembutan dan bercakap benda yang baik-baik sahaja... insyaAllah saya akan practik kan... pasal bertudung labuh ini, pendapat seorang teman, dia kata wanita ni bila pakai tudung biasa bahgian tepi juga boleh nampak bentuk. jadi elok lah dilabuhkan bahagian tepi juga.. biasa lah wanita ni kalau jalan tangan melenggang.. even pakai tudung biasa pun orang kata sudah lengkap menutup aurat, tapi harus di timbang pendapat orang yang melihat. jadi tudung yang boleh membantu menutup bentuk dari tepi ialah tudung labuh... insyaAllah.. pendapat sahaja ye... mungkin boleh kongsi pendapat lain |
Prof_Muslim ![]() ![]() |
![]()
Allahu Akbar...Allahu Akbar..
Mula-mula hangat tengok afina meluahkan rasa hatinya tentang orang mengatakan soal tudung laboh.. ![]() Sekarang nampak sejuk dah dan ada semangat dengan iltizam baru hasil sokongan dan pendapat sahabat-sahabat yang baik disini... Prof pun seronok mengikuti perbincangan dan perkongsian pengalaman. Wallahualam.. Alhamdulillah ----------------- ![]() ::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama |
afina010587 ![]() ![]() |
![]()
Pada 04-02-09 08:15 , Prof_Muslim posting:
!!! QUOTE !!! Allahu Akbar...Allahu Akbar.. alhamdulillah saya dah mula aktif semula... semangat pun dah bekobar-kobar.. terima kasih pada sahabat ukhwah yang banyak sangat membantu... Allah jua yang membalas....doakan saya ya... saya akan cuba yang terbaik insyaAllah |
afina010587 ![]() ![]() |
![]()
Pada 04-02-09 08:15 , Prof_Muslim posting:
!!! QUOTE !!! Allahu Akbar...Allahu Akbar.. alhamdulillah saya dah mula aktif semula... semangat pun dah bekobar-kobar.. terima kasih pada sahabat ukhwah yang banyak sangat membantu... Allah jua yang membalas....doakan saya ya... saya akan cuba yang terbaik insyaAllah |
Mulya ![]() |
![]()
masalah tudung..
mengapa harus labuh..?? cuba baca aturan dalam surah an nur ayat 31... diperintahkan untuk menutup hingga batas dada...menutup tu bukan bermakna macam menutup makanan dengan plastik yang tembus pandang..or menutup seperti nangka yang dibungkus.. menutup agar tidak terlihat bentuknya... pakailah tudung dengan niat dan cara yang betul..insyaallah dapat manfaat dunia akhirat.. |
akil78 ![]() ![]() |
![]()
Alhamdulillah salam bikhair kepada semua..
jangan kita pertikaikan solal tudung labuh atau tak.. dalam agama, Allah sudah menetapkan cara berpakain bagi orang Islam.. jadi nak tak nak kita kena ikut Kalau nak mendapat redha dari Allah... bila kita ikut suruhan Allah, dengan sendirinya kita akan tingglkan larangan Allah supaya kita menjadi org yang bertakwa.. zaman sekarang sudah banyak berlaku gejala sosila di sebabkan tak ikut perintah Allah.. bila tak pakai tudung labuh, macam-macam boleh berlaku.. itulah sebabnya kita sebagai org yang prihatin selalu mengingati sesama org islam dengan tarbiyah mereka, bawa mereka ke majlis ilmu agama.. mudah2n mereka mendapat taufik dan hidayah dari Allah.. ana rasa Kalau semua muslimah di dunia ni pakai tudung labuh, tentu tak ada maksiat yang berlaku.. |
Nurizmi ![]() ![]() |
![]()
b]
!!! QUOTE !!! ana rasa Kalau semua muslimah di dunia ni pakai tudung labuh, tentu tak ada maksiat yang berlaku.. Bismillah.... hmm..ana kurang setuju dengan pendapat ni....tapi xbermakna ana mnyangkal terus.... sebab...kita semua tahu, Allah dah anugerahkan nafsu...dan setiap org akan diuji dengan nikmat yang telah Allah anugerahkan ini...semuanya xtrlepas, trmasuklah mereka yang brtudung labuh.... contoh yang jelas..pernah dengar tak berlakunya maksiat di sekolah agama? walhal boleh dikatakan semua pelajar muslimat brtudung labuh...hmm?..macam mana? iman itu didada...bukan hanya pada luaran.. ana seorang yang memang brtudung labuh..dan personally...pada ana, selabuh mana pun tudung itu, tapi kalau kita xmnghayati erti ' kenapa perlu bertudung'...kita akan fail...sebab itulah basicnya.... faham dulu kenapa perlu brtudung... bukan sekadar menjadi hijab fizikal..tapi menghijab hati... tujuan asas ni perlu betul-betul kena pegang..kalau tak sampai bila kita tak mampu 'selamat' walaupun brtudung.. muslimah... pakai lah tudung yang Islam anjurkan...kalau tak nak yang labuh..biarlah menutup dada....tutup yang boleh mmbuatkan muslimin memandang 2 kali pada kita... dan ana yakin....bila kita faham kenapa perlunya brtudung..dan seronok menjaga diri dari menjadi perhatian...pasti dengan sndirinya kita teringin nak cuba pakai tudung labuh.. ![]() wallahu'alam... ----------------- “muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata” |
umar_khalil ![]() ![]() |
![]()
Pada 31-01-09 10:40 , afina010587 posting:
!!! QUOTE !!!
perjuangan dakwah,bukan kerja mudah,,tapi jangan risau Allah memujuk kita dengan dalilNYA.. ‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang beriman’ (Ali Imran:139) disamping itu,,kita harus sedar,malah setiap insan wajib ambil tahu hakikat ini sebagai tanda mensyukuri nikmatnya, ‘Sesungguhnye Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian’ (Surah al-Tin:4) Jangan biarkan emosi kita membelanggu diri tetapi carilah jalan yang lebih rasional. Kita tahu akan gagal demonstrasi jika kita anjurkan bagi membantah sesuatu perkara malah mungkin ia akan mencalar imej kita sendiri khususnya imej Islam di kaca mata bukan Islam. Maka carilah alternatif lain yang lebih sesuai. Usah jadi ‘pak turut’ pada nafsu dan emosi sendiri. Biarlah mereka begitu teruja untuk berdebat ala kebodohan (stupid debate), namun biar kita anjurkan debat akademik. |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |