Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ngampu.
-- -- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 16 jam 26 saat yang lalu
wyd1014: 8 hari yang lalu
haykal77: 17 hari yang lalu
Kakngah: 17 hari yang lalu
lidah-penghunus: 18 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Islam memuliakan wanita


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Islam memuliakan wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh Islam memuliakan wanita

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 18:34


WAHAI orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian daripada apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (An-Nisa': 19)

Huraian

Islam mengharamkan perbuatan mewarisi perempuan seperti mewarisi barang-barang dan binatang-binatang, begitu juga Islam mengharamkan perbuatan menyusahkan dan menyakitkan perempuan untuk memudaratkan mereka, kecuali jika ia melakukan perbuatan yang keji.

Islam memberi kebebasan kepada perempuan di dalam memilih teman hidupnya dari awal, iaitu sama ada dara atau janda , sama ada yang ditalak atau yang kematian suaminya.

Islam juga menyeru kepada kaum lelaki supaya tidak mudah terburu-buru emosi mengambil keputusan bertindak memutuskan hubungan suami isteri sekiranya terjadi sesuatu perbalahan dan persengketaan suami isteri.

Apabila berlaku keadaan sedemikian, suami hendaklah berusaha mengawal kemarahan dan kebencian yang memuncak. Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu amat besar pahalanya di sisi Allah SWT.

Allah SWT memerintah setiap suami menjaga kebajikan isteri masing-masing dengan baik, melayan isteri-isteri dengan penuh kemesraan dan kasih sayang, mendidik isteri dengan penuh hikmah, seterusnya memperlakukan mereka sebagaimana selayaknya seorang insan.

Kesimpulan

Islam mengangkat martabat kaum wanita di tempat yang tinggi yang selayaknya mengikut fitrah kejadian dan penciptaan mereka oleh Allah SWT.

Golongan suami hendaklah menghormati isteri-isteri mereka dan melayan mereka dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.

Sesungguhnya peranan seorang isteri amat penting dalam sesebuah rumah tangga , oleh itu muliakanlah dan hormatilah kaum hawa seperti sepatutnya.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-01-09 20:21


kalaulah semua lelaki faham konsep ini pasti tak kan berlaku penderaan dan pengainiayaan keatas wanita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 23:38


islam itu indah...thank you Allah...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 08:22


ISTIMEWANYA WANITA

Antara wanita dengan lelaki memang banyak bezanya, sama ada lahir mahupun batin. Tenaga lahir wanita jauh lemahnya daripada lelaki. Manakala kekuatan nafsu wanita umumnya sembilan kali lebih kuat `power`nya daripada lelaki. Sebaliknya, ketajaman akal wanita umumnya cuma satu jika dibandingkan dengan lelaki yang punya sembilan ketajaman akal. Hal ini meletakkan wanita di satu kedudukan yang jauh jaraknya daripada lelaki. Ertinya kedudukan wanita sebenarnya tidak boleh setaraf dengan lelaki. Gelanggang perjuangan wanita tidak boleh sama dengan gelanggang lelaki. Tugas wanita juga sepatutnya jauh ber-beza dengan tugas lelaki. Justeru itu dalam pandangan Islam, wanita tarafnya makmum, manakala lelaki adalah imamnya. Haram hukumnya jika wanita menjadi imam kepada lelaki. Dengan kata lain wanita adalah pengikut, manakala lelaki adalah pemimpin atau pemerintahnya.

Firman Allah:
Terjemahannya: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum uianita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebohagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menaf-kahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah telah tetapkan. (An Nisa`: 34)

Justeru demikianlah fttrahnya, maka sepanjang umur dunia hinggalah ke saat ini wanita secara umum memang tidak kelihatan menonjol sebagai pemimpin masyarakat sama ada dalam urusan politik, ekonomi, keagamaan atau lain-lain lagi. Sekalipun memang diperjuangkan oleh sete-ngah-setengah orang agar wanita disetarafkan dengan lela-ki namun bilangan kaum lelaki yang jadi pemimpin masih jauh lebih ramai dibandingkan dengan kaum wanita. Ini bererti kuasa memerintah atau memimpin masyarakat serta rumahtangga pada lahirnya kelihatan sentiasa berada dalam tangan lelaki. Wanita seolah-olah tiada peranan atau kecil sekali peranannya dalam pemerintahan dan kepimpinan.

Namun Allah SWT telah menciptakan wanita dengan suatu daya tersembunyi yang begitu kuat pengaruhnya pada kaum lelaki. Hingga kerana pengaruh inilah lelaki akan bersedia memberikan segala haknya kepada wanita.

Dalam masyarakat yang ramai wanita, biasanya kerajaan demokrasi akan mengikut kehendak dan desakan daripada persatuan wanitanya kerana mengharap undi wanita-wanita tadi. Ertinya suara wanita tadi begitu penting terutama dalam pemerintahan demokrasi.

Dalam rumahtangga, umumnya setiap program ditentu-kan oleh perempuan. Suami menurut saja walaupun tidak setuju demi menjaga hati atau tidak mahu bergaduh atau tidak sanggup menanggung malu atau hilang harta, sebab semua harta sudah dinamakan atas nama isteri, kerana pandainya isteri memujuk sewaktu memadu cinta. Isteri biasanya merayu-rayu agar hajatnya ditunaikan. Kalau tidak dapat, dia mengugut-ugut seperti minta cerai. Hal ini membuatkan suami terpaksa mengikut. Tapi sering juga berlaku, suami mengikut semua kata isterinya kerana sayang dan cinta.

Misalnya pada waktu mahu mengadakan kenduri kahwin anak mereka, suami suka kalau kenduri itu sederhana saja. Tapi kerana isteri mahu kenduri besar, suami ikut saja. Begitu juga sewaktu hendak menerima menantu dan menentukan hantaran. Suami ikut saja kehendak isteri. apa-nah terjadi, suami sudah berjanji untuk berceramah dan merasmikan sebuah majlis di satu tempat. Tapi kerana dihalang oleh isteri, maka suami batalkan. Maknanya suami sanggup mungkir janji dan sanggup malu kerana menurut-kan kata isteri atau mungkin kerana takut pada isteri. Dalam rumahtangga hari ini, hakikatnya isteri yang catur program hidup harian termasuk program kerja suami. Orang yang tidak tahu menyangka program itu daripada lelaki atau suami.

Firman Allah:
Terjemahannya: Di hiasi.dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita. (Ali Imran: 14)

Wanita yang disebut dulu oleh Allah. Ertinya Allah SWT telah menetapkan bahawa kecintaan atau tarikan paling utama yang ada di dunia ini ialah pada wanita. Dengan kata lain, cinta paling besar ialah pada wanita. Wanita paling kuat pengaruhnya pada lelaki, kerana selain daripada cantik dan menarik, ia penting pada lelaki. Wanita juga makhluk yang hidup, bercakap, dan berfikir. Gerakan, kata-kata dan fikirannya boleh menambahkan tarikan dan pengaruhnya pada lelaki. Apabila lelaki sudah terpengaruh, cinta, sayang, sudah beri hatinya pada wanita, waktu itu wanita boleh buat apa sahaja, boleh kata apa sahaja dan boleh minta apa sahaja manakala lelaki menyerah dan mengikut sahaja, kecuali lelaki beriman. Itulah kuasa wanita. Kuasa tersembunyi yang mampu menguasai pemerintah-pemerintah dunia.

Tidak keterlaluan rasanya kalau dikatakan, dunia hari ini berada dalam tangan wanita. Pengaruh wanita dalam politik, ekonomi, sosial dan lain-lain aspek hidup begitu besar dan penting. Wanita berkuasa mencatur dunia mengikut seleranya. Oleh kerana lelaki sudah meletakkan wanita begitu istimewa sekali, maka tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menyelamatkan dunia daripada cengkaman nafsu wanita.

Sebenarnya kita bukan bermaksud memperkecilkan wanita. Sekiranya wanita itu ialah wanita solehah yang kekuatan nafsunya sudah dilemahkan daripada sembilan menjadi satu dan kalau ketajaman akalnya dapat ditingkatkan daripada satu kepada sembilan, menyamai apa yang ada pada lelaki (lelaki yang beriman) maka sumbangan wanita akan jadi besar nilainya. Lihat sejarah Siti Khadijah Ummul Mukminin. Adanya ia di sisi Rasulullah telah memberi satu kekuatan unggul pada perjuangan Islam itu sendiri. Kata-katanya, dorongannya dan perangsangnya mengembalikan semangat Rasulullah serta menjadikan jiwa baginda segar dan kuat sewaktu-waktu baginda diusir, ditekan dan dihina oleh kaumnya.

Kekuatan jiwa Siti Khadijah tiga kali lebih tinggi dari-pada kekuatan jiwa lelaki biasa, kata Rasulullah. Hal itulah yang meletakkan beliau begitu penting bagi perjuangan Islam. Dia boleh tenang pada waktu keadaan kacau. Dia masih boleh memberi nasihat dan dorongan dalam suasana orang lain sudah hilang pertimbangan. Dia berasa boleh mewakafkan semua kekayaannya demi membela Islam. Dia cukup dengan Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya ada wanita sedemikian yang dapat mempengaruhi semua lelaki, maka dunia akan selamat. Kerana kemahuannya itu bukan didorong oleh nafsu, tapi oleh iman dan taqwa.

Tapi hari ini wanita dikuasai oleh nafsu dan syaitan. Wanita solehah hampir tidak ada. Justeru itu tercoraklah dunia menurut nafsu dan syaitan.

Hanya lelaki yang beriman dan bertaqwa yang boleh menyelamatkan keadaan ini. Sebab orang beriman boleh mengawal kecintaan atau pengaruhnya pada wanita. Sebab hati mereka lebih cinta dan takutkan Allah daripada cinta dan takutkan perempuan. Walau bagaimana bijaknya perempuan itu menggoda, mereka tidak akan tergoda. Mereka lebih dengar kata Allah daripada kata perempuan. Dan mereka boleh mengutamakan perjuangan menegakkan hukum Allah daripada melaksanakan kehendak perempuan. Rayuan atau ugutan perempuan mampu dihadapi dengan berani dan tegas. Hingga merekalah yang memerintah, bukannya perempuan. Dan mereka (lelaki beriman) yang menghukum dengan kuasa yang ada di tangannya dan bukannya di tangan perempuan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

nizam_maniz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.02.2008
Ahli No: 32740
Posting: 65
Dari: S'gOr-terGaNu-M'kA

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 08:56


..Salam..

..Pengalaman mengajar kita untuk terus tabah dan sabar dalam setiap perkara yang kita lakukan untuk keluarga kita..
..Walau macamana sabar sekalipun, kita tak sanggup untuk menempuh hidup bersama jika tiada sefahaman..
..dengan sifat memberontak dan kebebasan yang diminta, lepaskanlah dia pergi..

................................................................................................................................
Diantara hiburan seorang suami selain daripada kesolehan isterinya boleh bertukar buah fikiran dengan isterinya, boleh mengingat buah fikiran suaminya, boleh menerima ilmu yang diberi, dapat menyampaikan sebagaimana yang diterima, boleh memberi semangat kepada suaminya di saat suaminya kena uji.
''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Wallahu a'lah,

Bookmark and Share

    


  Member Information For nizam_manizProfil   Hantar PM kepada nizam_maniz   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 09:19


KASIHNYA TUHAN KEPADA WANITA

Petikan:
" Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim.
Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud Maha Penyayang. Kemuliaan dan ketinggian darjat seseorang di sisi Tuhan bergantung kepada taqwanya , sama ada lelaki atau perempuan. "

Kasihnya Tuhan kepada wanita!
Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan layanan istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, ism atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang dikenakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam.

Contohnya, dalam soal lalu lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka.

Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada secara langsung atau pun tidak.

1. Gelaran bagi isteri di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri adalah dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah husband manakala perkataan untuk isteri ialah wife. Dalam bahasa Perancis, perkataan untuk suami ialah mari manakala femme untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza zaujuh dan zaujati. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu zaujuh yang bermakna pasangan. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya . Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut imraah, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya

2. Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam.

Antaranya:-
a. Syurga di bawah telapak kaki ibu.
Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan di bawah telapak kaki dan bukan di dalam tangan atau di sisi seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.

c. Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina perempuan-perempuan melainkan orang yang hina. (Hadis riwayat Ibnu Asakir)

d. Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

e. Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

3. Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama Yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim . Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud Maha Penyayang . Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Tuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

4. Diberi Pahala Yang Berterusan
Wanita disebut kurang dari sudut agama , tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas . Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaklah pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 09:52


Pada 28-01-09 20:21 , erwina posting:

!!! QUOTE !!!

kalaulah semua lelaki faham konsep ini pasti tak kan berlaku penderaan dan pengainiayaan keatas wanita...


haah...
masalah nya macam mana nak bagi mereka faham/???
susah2...
org yang tak faham-faham ini.. :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 31-01-09 20:16


Pada 30-01-09 09:52 , as-syafie posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-01-09 20:21 , erwina posting:

!!! QUOTE !!!

kalaulah semua lelaki faham konsep ini pasti tak kan berlaku penderaan dan pengainiayaan keatas wanita...


haah...
masalah nya macam mana nak bagi mereka faham/???
susah2...
org yang tak faham-faham ini.. :berfikir:


tu lah pasal as-syafie...bukan senang nam fahamkan orang yang saja-saja buat tak paham ni... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 02:11


salam..
mulianya wanita itu apabila mereka yang memuliakan Islam..
dengan melaksanakan apa yang agama suruh dan meninggalkan yang dilarang...realiti sekarang ramai yang rosak...kesiannya wanita..
siapa yang salah...

wallahua'lam/...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 09-02-09 18:49


mashaALLAH, tak perasan selama ni akan kalam ALLAH ni.. nau'zubILLAH.. moga beriman dengan Quran sebagaimana Umar beriman dengan surah al-Baqarah, taat & laksanakannya selama 10 tahun dengan supervision by RasuLULLAH sebelum beliau baca surah seterusnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

rindufisabilillah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35853
Posting: 19
Dari: Dungun Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 12:44


tanpa wanita...tiadalah aku di dunia ini..thank you mama

Bookmark and Share

    


  Member Information For rindufisabilillahProfil   Hantar PM kepada rindufisabilillah   Quote dan BalasQuote

rindufisabilillah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35853
Posting: 19
Dari: Dungun Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 12:45


and setinggi-tinggi syukur hanya untuk Allah yang berkuasa menjadikan sesuatu makhluk dengan kehendaknya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rindufisabilillahProfil   Hantar PM kepada rindufisabilillah   Quote dan BalasQuote

gurutajwid
Warga Rasmi
Menyertai: 17.11.2009
Ahli No: 38285
Posting: 12
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-11-09 22:09


Pada 01-02-09 02:11 , ikrimah posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
mulianya wanita itu apabila mereka yang memuliakan Islam..
dengan melaksanakan apa yang agama suruh dan meninggalkan yang dilarang...realiti sekarang ramai yang rosak...kesiannya wanita..
siapa yang salah...

wallahua'lam/...


Betul tu ikrimah,

Wanita akan mulia apabila mereka menjadikan Islam sebagai ikutan dan amalan di dalam setiap lapangan kehidupan. Tetapi sedih. Islam datang untuk memuliakan mereka, tetapi mereka sendiri telah menjatuhkan martabat maruah mereka yang cukup tinggi nilainya dengan meninggalkan Islam.

Apa yang ingin saya fokuskan di sini berkaitan dengan penutupan aurat mereka. Tidakkah kaum wanita sedar bahawa aurat mereka terlalu bernilai hinggakan tak seorang pun lelaki yang bukan muhrimnya boleh melihat. Sebab itulah Allah menyuruh mereka menjaga aurat mereka dengan mewajibkan pakaian yang kita semua sudah sedia maklum.

Tetapi wanita hari ini berlumba-lumba, rasa bangga bila auratnya dapat dilihat oleh sebanyak mungkin lelaki. Sayang seribu kali sayang, sesuatu yang tinggi nilainya tidak dapat dihargai dan dijaga serapi mungkin oleh wanita.


-----------------
Rahsia Menguasai Ilmu Tajwid!!!
http://abdullahidris.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For gurutajwidProfil   Hantar PM kepada gurutajwid   Pergi ke gurutajwid's Website   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-11-09 23:00


daripada konteks pembahagian harta faraid, islam memuliakan kaum wanita.....
walaupun terdapat segelintir pihak yang merasakan pembahagian harta faraid ini tidak adil, percayalah ianya sebenarnya lebih menguntungkan kaum wanita....

walaupun lelaki mendapat lebih bahagian dari wanita, sebenarnya di dalam hak lelaki tersebut, mempunyai hak wanita....lelaki dipertanggungjawabkan untuk menyara kehidupan saudara perempuannya, manakala hak perempuan adalah hak untuk dirinya sendiri...

jadi, sesiapa yang salah sangka tentang hukum faraid ini, renung2 kanlah...........:-) :-)

:kalau salah, harap diperbetulkan...wallahua'alam


-----------------
ISLAM is my life, my life is for ISLAM.... takbir!!! ALLAHUAKBAR


Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-11-09 10:33


Pada 19-11-09 23:00 , nisa_iman posting:

!!! QUOTE !!!

daripada konteks pembahagian harta faraid, islam memuliakan kaum wanita.....
walaupun terdapat segelintir pihak yang merasakan pembahagian harta faraid ini tidak adil, percayalah ianya sebenarnya lebih menguntungkan kaum wanita....

walaupun lelaki mendapat lebih bahagian dari wanita, sebenarnya di dalam hak lelaki tersebut, mempunyai hak wanita....lelaki dipertanggungjawabkan untuk menyara kehidupan saudara perempuannya, manakala hak perempuan adalah hak untuk dirinya sendiri...

jadi, sesiapa yang salah sangka tentang hukum faraid ini, renung2 kanlah...........:-) :-)

:kalau salah, harap diperbetulkan...wallahua'alam



Ajaran Islam memang sudah adil tetapi perlaksanaan yang tak sepenuhnya dan juga segelintir lelaki yang mengabaikan tanggungjawab pada keluarga dan juga lelaki yang tidak membayar nafkah pada anak bagi yang telah bercerai membuatkan terdapat wanita merasa tertindas dan dianiaya.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-11-09 10:53


Alhamdulillah

mulia manusia kerana Islam
mulia wanita kerana Islam


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111045 saat. Lajunya....