Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 15 hari yang lalu
al-biruni03: 44 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Pakaian punca dirogol


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Pakaian punca dirogol

Please Mendaftar To Post


Oleh Pakaian punca dirogol

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 15:36


Pakaian punca dirogol
Oleh Hidayah Mohammad
[email protected]

Peningkatan kes keganasan terhadap wanita perlu dibendung pada peringkat sekolah

KEGANASAN terhadap wanita tidak akan berhenti selagi tiada kesedaran sivik dan simpati dalam diri setiap individu. Baik lelaki mahupun wanita seharusnya memainkan peranan menangani masalah berkenaan tanpa menuding jari antara satu sama lain.

Statistik yang dilaporkan oleh pertubuhan Keganasan ke atas Wanita (VAW) menunjukkan kes itu semakin meningkat dengan 3,756 kes keganasan wanita dilaporkan berlaku pada 2007 berbanding 3,264 kes pada 2006.

Antara bentuk keganasan terhadap wanita yang utama ialah kes rogol yang bukan lagi asing di kalangan masyarakat. Menerusi statistik yang dikeluarkan di VAW, sebanyak 2,431 kes dilaporkan berlaku pada 2006, tetapi meningkat kepada 3,098 kes pada 2007.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah, berkata bukan saja wanita, remaja perempuan dan pelajar menjadi mangsa, tetapi bayi di bawah usia setahun juga pernah dilaporkan dirogol oleh bapa, abang, datuk, teman lelaki ibu dan sebagainya.

“Bagi mengelak kejadian yang boleh mencalar maruah wanita itu, kesedaran perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi kerana pendedahan mengenai isu seksual menerusi pendidikan moral sekali gus membantu pelajar menangani cara berkesan mengelak daripada menjadi mangsa rogol,” katanya pada majlis pelancaran kempen pendidikan awam, ‘Kembali ke Sekolah’ di Petaling Jaya, baru-baru ini..

Beliau berkata, walaupun ramai wanita yang enggan menerima hakikat cara berpakaian antara punca utama yang membawa kepada jenayah rogol, kajian dijalankan mendapati sebaliknya.

“Antara perkara yang mendorong kepada kejadian ini ialah pakaian seragam sekolah yang ada kalanya terlalu jarang. Pakaian sekolah yang nipis sehingga boleh menampakkan bahagian dalam wanita dikategori sebagai seksi yang secara tidak langsung ia nampak berahi dan menggalakkan kepada kes rogol terhadap pelajar.

“Selain itu, faktor pemakaian wanita dewasa juga seharusnya diambil kira. Mengenakan pakaian jarang, ketat atau pendek sehingga mendedahkan bahagian dada, kaki dan perut juga boleh mendorong kejadian rogol,” katanya.

Ivy berkata, bagi permulaan tahun baru dan bermulanya musim sekolah ini, VAW memperkenalkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’. Menerusi kempen itu, WAO mengeluarkan lebih 1,000 poskad yang memaparkan gambar pelajar sekolah menengah yang dikaburkan pada bahagian dada untuk diedarkan di kedai buku MPH seluruh negara. Selain itu, WAO turut mengeluarkan poster daripada gambar sama dan digantung di kedai buku berkenaan.

“Pada 2009, kita mahu isu keganasan terhadap wanita terutama kes rogol ditangani segera. Dengan sekolah kini dibuka, kami berharap pengedaran poskad berkenaan secara tidak langsung memberi gambaran sebenar Kenapa kejadian rogol berlaku.

“Bagaimanapun, ia turut meningkatkan kesedaran bahawa corak pemakaian memainkan peranan. Mengenakan pakaian nipis ke sekolah sangat tidak bersesuaian dan ia agak tidak bermoral di kalangan pelajar yang seharusnya menimba ilmu bukannya mendorong kepada kejadian yang mereka sendiri tidak mahu terjadi ke atas diri mereka,” katanya.

Ivy berkata, memperkenalkan kempen ‘Kembali ke ‘Sekolah’ itu, WAO turut menyebarkan maklumat dan panduan mengenai keganasan wanita menerusi laman web baru iaitu www.wao.org.my/censored yang di taja oleh Arc Worldwide Malaysia.

“Masyarakat boleh membuat rujukan dan menambah pengetahuan mengenai kejadian kes keganasan wanita secara keseluruhan,” katanya.

Laman web berkenaan juga menyediakan borang muat turun terhadap isu itu serta panduan kepada mangsa kes gangguan seksual, penderaan, penyalahgunaan kewangan, gangguan psikologikal dan emosional, penyalahgunaan sosial serta penyalahgunaan fizikal.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ratu/20090125133645/Article/index_html


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

cahaya_hearty
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2009
Ahli No: 36619
Posting: 72
Dari: nEgeri adAt pErpatih

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 16:12


pakaian melambangkan keperibadian..
tapi kadang-kadang atas tuntutan kerja pakaian yang dipakai tak memenuhi tuntutan agame sepenuhnya..
bagaimana ek? :-( :berfikir:


-----------------
Bangkitlah kembali...
Tabahkan hatimu..
Lembutkan hatimu..
Moga jiwamu lunak mendekati Allah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_heartyProfil   Hantar PM kepada cahaya_hearty   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 16:13


tau tak apa..

atleast sedar jugak yang pakaian tu antara punca utamanya erlaku sedemikian..

yang peliknya, pertubuhan yang menyatakannya bukanlah satu ptubuhan or badan islam mahupun sister in islam...tapi dr seorang aktvs berbangsa cina..adohaii.....mana cik2 ct kita ek?

memang d akui pun pakaian uniform sekolah yang color putih kadang-kadang memang nampak seksi.. bagi yang bertudung labuh mungkin tak ada hal..boleh cover..tapi yang pakai tudung setakat leher tu apacite? lagi-lagi yang tak pakai tudung tu..erm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 16:14


So, dulu masa kerajaan kelantan nak buat kod etika pemakaian etc..ramai bising..sekarang orang non muslim pun akui benda ini benar..Islam dah lama suruh tutup aurat..

ehehe..nak tengok komen pemimpin-pemimpin hadhari

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 17:18


rasanya tak ada sesiapa dr kalangn pemimpin nak komen..pasalnye artikel ni dtulis pun kat dalam paper bhagia sisipan bharian..bukan yang main page..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 17:24


Pada 26-01-09 16:12 , cahaya_hearty posting:

!!! QUOTE !!!

pakaian melambangkan keperibadian..
tapi kadang-kadang atas tuntutan kerja pakaian yang dipakai tak memenuhi tuntutan agame sepenuhnya..
bagaimana ek? :-( :berfikir:



7-10 tahun yang lalu saya amat memerlukan pekerjaan. Terutama selepas habis diploma. Masa tu saya tak kisah walaupun kerja yang tak setaraf kelayakan akademik.

Masalahnya banyak peluang tu saya anggap tertutup sebab syarat pemakaiannya yang tak memenuhi syara'.

Walaupun rasa susah masa itu, alhamdulillah saya syukur kerana sekarang saya dimudahkan pekerjaan yang sesuai dengan jiwa dan keadaan saya.

Pengorbanan kita mematuhi syariat tidak akan sia-sia. Percayalah.

Semoga saya sentiasa ingat pengalaman ini. Amin



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 26-01-09 22:06


Pada 26-01-09 15:36 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!



Ivy berkata, bagi permulaan tahun baru dan bermulanya musim sekolah ini, VAW memperkenalkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’. Menerusi kempen itu, WAO mengeluarkan lebih 1,000 poskad yang memaparkan gambar pelajar sekolah menengah yang dikaburkan pada bahagian dada untuk diedarkan di kedai buku MPH seluruh negara. Selain itu, WAO turut mengeluarkan poster daripada gambar sama dan digantung di kedai buku berkenaan.





Maha Suci ALLAH, akhirnya selepas mereka mengkaji secara medalam...jawapannya ialah kembali kepada jalan Islam. Islam dan bagi guide 1430 tahun yang lalu lagi pasal pakaian. Apa seharusnya pakaian wanita dalam mebendung isu kerosakan akhlak.

Kalau lah mereka tahu kehebatan Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

cahaya_hearty
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2009
Ahli No: 36619
Posting: 72
Dari: nEgeri adAt pErpatih

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 23:12


Pada 26-01-09 17:24 , muslimah_johor posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-01-09 16:12 , cahaya_hearty posting:

!!! QUOTE !!!

pakaian melambangkan keperibadian..
tapi kadang-kadang atas tuntutan kerja pakaian yang dipakai tak memenuhi tuntutan agame sepenuhnya..
bagaimana ek? :-( :berfikir:



7-10 tahun yang lalu saya amat memerlukan pekerjaan. Terutama selepas habis diploma. Masa tu saya tak kisah walaupun kerja yang tak setaraf kelayakan akademik.

Masalahnya banyak peluang tu saya anggap tertutup sebab syarat pemakaiannya yang tak memenuhi syara'.

Walaupun rasa susah masa itu, alhamdulillah saya syukur kerana sekarang saya dimudahkan pekerjaan yang sesuai dengan jiwa dan keadaan saya.

Pengorbanan kita mematuhi syariat tidak akan sia-sia. Percayalah.

Semoga saya sentiasa ingat pengalaman ini. Amin



betul tu..
emm tapi bagaimana ek kalau time kerja kita takdpt tutup aurat sepenuhnya..tapi habis waktu kerja kita berpakaian mengikut tuntutan agame?? :-?


-----------------
Bangkitlah kembali...
Tabahkan hatimu..
Lembutkan hatimu..
Moga jiwamu lunak mendekati Allah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_heartyProfil   Hantar PM kepada cahaya_hearty   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-01-09 23:53


Islam dah lama prevent benda ini.....malangnya ramai orang tidak yakin dengan saranan Islam....lebih malang....apabila orang Islam sendiri tidak yakin dengan saranan & suruhan Islam dalam menjaga batas-batas aurat.

orang zaman sekarang lebih suka berpegang kepada ideologi BILA SUDAH KENA BARU BERTINDAK...maksudnya....kalau si mangsa bukan dari kalangan ahli keluarga, mereka tidak akan insaf....tapi....hanya bila ada ahli keluarga terdekat or diri sendiri yang terkene...contohnya kena rogol, kena raba, gamba diri tersebar di internet..... maka barulah semua akan insaf...barulah lepas tu ambil langkah berjaga2....padahal nasi dah jadi bubur.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

affenry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 03:49


salam.......

pada saya,
ia nya bukan saja plu didikan kesedaran dari peringkat rendah,
tetapi juga plu didikan agama yang mantap.
didikan agama bukan saja untuk lulus peperiksaan tetapi sebagai panduan hidup.
kalau kita kaji zaman sekarang ni,
pendidikan agama Sekadar di pandang enteng (ringan) oleh sesetengah ibu bapa.
dimana didikan sekolah agam seperti mlepaskan batuk ditangga.
saya pernah bkhidmat sebagai guru smntara di sebuah sek ren di selatan tanah air.
pernah terjadi padfa saya sendiri dimana saya dimarah oleh seorang bapa kerana saya mngur anak nya yang ponteng sek agama.
alasan si bapa, anak ny letih dan peperiksaan sek agama lama lagi.....
beginikah keprihatinan seorang bapa (pemimpin keluarga) dalam mencorak pemimpin dunia masa depan????
renung2 kan.....'
'
[email protected]
mohd affendi


-----------------
hidup xp gurauan ibarat pokok xp buah nya.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For affenryProfil   Hantar PM kepada affenry   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 05:12


Pada 26-01-09 23:12 , cahaya_hearty posting:

!!! QUOTE !!!



betul tu..
emm tapi bagaimana ek kalau time kerja kita takdpt tutup aurat sepenuhnya..tapi habis waktu kerja kita berpakaian mengikut tuntutan agame?? :-?



Saya just nak bagi contoh...


Saya nak tanya cahaya_hearty...macam mana pula kalau kita masa kerja tak solat dan lepas kerja baru solat? katakan kita kerja pukul 8am-8pm..kira solat isya dan subuh saja lah ye? apa hukumnya?

Jawapan:________________

Begitulah juga dengan tutup aurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

cahaya_hearty
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2009
Ahli No: 36619
Posting: 72
Dari: nEgeri adAt pErpatih

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 09:17


Pada 27-01-09 05:12 , swordofdeen posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-01-09 23:12 , cahaya_hearty posting:

!!! QUOTE !!!



betul tu..
emm tapi bagaimana ek kalau time kerja kita takdpt tutup aurat sepenuhnya..tapi habis waktu kerja kita berpakaian mengikut tuntutan agame?? :-?



Saya just nak bagi contoh...


Saya nak tanya cahaya_hearty...macam mana pula kalau kita masa kerja tak solat dan lepas kerja baru solat? katakan kita kerja pukul 8am-8pm..kira solat isya dan subuh saja lah ye? apa hukumnya?

Jawapan:________________

Begitulah juga dengan tutup aurat


ye saya faham apa yang swordofdeen cuba sampaikan..
tapi maksud saya dalam kes menyelamatkan nyawa manusia..
contohnya kerjaya seperti doktor, nurse, bahkan bidan kg sekalipun..
di dalam wad misalnya nurse2 ni tpakse menyingsing lengan baju kat depan patient laki jika prosedur yang dilakukan memerlukan keadaan macam tu...
hurmm... :oops: :berfikir:


-----------------
Bangkitlah kembali...
Tabahkan hatimu..
Lembutkan hatimu..
Moga jiwamu lunak mendekati Allah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_heartyProfil   Hantar PM kepada cahaya_hearty   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 15:23


Mencegah lebih baik dari mengubati...Masalah ni takkan selasai jika hanya mementingkan aspek hukuman tanpa mengambil berat punca masalah ni berlaku...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 16:05


tahun lepas guru JQAF di sarawak kena Rogol.......

apa puncanya ye? ke seksi ustazah tu?

tapi kesimpulan paling tepat ialah umat telah tinggalkan satu perkara yang paling besar..... nak tahu ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 17:01


Pada 29-01-09 16:05 , Addey posting:

!!! QUOTE !!!

tahun lepas guru JQAF di sarawak kena Rogol.......

apa puncanya ye? ke seksi ustazah tu?

tapi kesimpulan paling tepat ialah umat telah tinggalkan satu perkara yang paling besar..... nak tahu ke?


nak tahu... apa dia?

pada pendapat saya, kalau pun mungkin ustazah tu tak seksi, mungkin wanita lain yang seksi. Penjenayah akan ambil kesempatan pada mangsa yang lemah di saat peluang yang ada dan sesuai.

Pakaian masih lagi antara faktor berlaku jenayah ini.



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 17:03


betul juga..kadangkala pakaian tu jadi penyebab juga yang mendorong nafsu si perogol..tapi ada juga bukan sebab pakaian..orang yang pakai tudung labuh..jubah @ pakaian longgar pun boleh kena rogol..tu masalah pada perogol tu lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 17:11


Cara Menangani Rogol

Kejadian rogol hari ini sangat di luar batas kemanusiaan.
Daripada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun
hinggalah kepada isteri orang menjadi mangsa. Nafsu
syahwat sudah menguasai pertimbangan akal manusia. Ada
yang melakukan satu gejala sosial yang lain tetapi diakhiri
dengan perbuatan merogol.

Di dalam masyarakat yang sudah rosak ini perlulah anak-anak
perempuan dijaga dan tidak dibiarkan berseorangan
walau di mana pun. Keselamatan mereka perlu diawasi
selalu. Hatta dalam keluarga sendiri juga tidak selamat.
Untuk menyelamatkan diri, kembalilah kepada syariat.
Jangan dibiarkan anak-anak perempuan be rjalan seorang
diri, ditinggalkan seorang diri di rumah dan sebagainya.
Hati mesti sentiasa bimbang, cemas dan curiga terhadap
keselamatan anak-anak perempuan kita.

Mekanisma ke arah kesempurnaan langkah-langkah yang
dibentang tadi hendaklah dilaksanakan oleh semua peringkat
masyarakat secara beransur-ansur, langkah demi langkah. Dari
individu, keluarga, masyarakat, pemimpin negara termasuk
para ulama perlu berperanan untuk mendidik, menasihat,
memberi ilmu dan membentuk masyarakat yang baik dan
harmoni, bebas dari segala gejala sosial yang sangat mencemaskan
ini. Individu dan keluarga hendaklah ditangani oleh
individu dan keluarga itu sendiri. Cuma, ulama dan pemimpin
hendaklah berperanan memimpin masyarakat.

Tirulah langkah Rasulullah SAW dari awal hingga akhir.
Kita tidak boleh terus lompat ke langkah yang terakhir. Bila
merempuh, ada kemungkinan rakyat akan tunjuk perasaan,
merusuh dan memprotes tindakan pemerintah. Ini akan mengganggu
kestabilan kerajaan. Proses dahulu jiwa-jiwa manusia
dengan kesedaran dan kefahaman, kemudian sekat segala peluang
dan jalan-jalan gejala maksiat dari berlaku dan merebak.

Pihak pemimpin perlulah bergabung dengan ulama dan
hendaklah banyak menganjurkan program-program motivasi
dan ceramah untuk membimbing masyarakat ke arah masyarakat
yang harmoni. Ia hendaklah dimulakan segera bagi
mengelakkan keadaan bertambah teruk.

Pihak kementerian dan para ulama boleh menyelamatkan
keadaan sekiranya boleh bekerjasama. Panggil pihak yang
terlibat untuk sesi kaunseling dan buat motivasi secara umum
untuk tujuan memberi ilmu dan panduan kepada masyarakat.
Jika sesi kaunseling itu melibatkan dua pihak, panggillah
kedua-dua pihak untuk diajak ke meja rundingan. Sesi kaunseling
dan motivasi itu hendaklah positif. Jangan diapi-apikan
kedua-dua pihak sehingga boleh memburukkan keadaan. Kesalahan
mesti diletakkan di atas bahu kedua belah pihak. Sebaik-
baiknya setiap pihak yang bersalah itu menyalahkan diri
sendiri kerana menyebabkan tercetusnya gejala sosial tersebut.

Yang paling penting pemimpin mestilah faham tentang
Tuhan dan masalah kemasyarakatan supaya dapat membawa
rakyat kembali ke jalan yang harmoni dan bermakna di dunia
dan Akhirat. Bila Tuhan dibesarkan dalam kehidupan banyak
masalah dapat diselesaikan. Manusia akan menjadikan Tuhan
sebagai pendorong utama untuk berbuat baik. Maka tidak timbullah
gejala sosial yang sangat mengancam keselamatan manusia
lain.

Pemimpin mesti berwibawa. Mesti kenal akan Tuhan dan
boleh membawa orang lain kepada Tuhan. Pemimpin juga
mesti bijak dalam memimpin masyarakat dan sangat berstrategi
dalam bertindak, sehinggakan aktiviti dunia boleh dijadikan
saham ibadah dan sebagai pengabdian kepada Tuhan yang
Maha Esa. Barulah masyarakat akan aman damai dan bahagia,
bukan sahaja bebas dari gejala sosial tapi dapat menjadi hamba
Tuhan yang baik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 12:45


Pada 29-01-09 17:01 , muslimah_johor posting:

!!! QUOTE !!!


nak tahu... apa dia?

pada pendapat saya, kalau pun mungkin ustazah tu tak seksi, mungkin wanita lain yang seksi. Penjenayah akan ambil kesempatan pada mangsa yang lemah di saat peluang yang ada dan sesuai.

Pakaian masih lagi antara faktor berlaku jenayah ini.



Hmmm...Betul tu...Bila penjenayah tu dah tak dapat kawal diri dia lagi dia tak peduli dah ustazah ke, bini orang ke, anak dara orang ke...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 15:38


Pada 29-01-09 17:01 , muslimah_johor posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-01-09 16:05 , Addey posting:

!!! QUOTE !!!

tahun lepas guru JQAF di sarawak kena Rogol.......

apa puncanya ye? ke seksi ustazah tu?

tapi kesimpulan paling tepat ialah umat telah tinggalkan satu perkara yang paling besar..... nak tahu ke?


nak tahu... apa dia?

pada pendapat saya, kalau pun mungkin ustazah tu tak seksi, mungkin wanita lain yang seksi. Penjenayah akan ambil kesempatan pada mangsa yang lemah di saat peluang yang ada dan sesuai.

Pakaian masih lagi antara faktor berlaku jenayah ini.



manusia telah tinggalkan sunnah no.1

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 16:23


sebenarnya manusia tu sendiri yang memang bertuhankan nafsu..apa saja depan mata,dia akan sambar walaupun perempuan tu tak seksi..hatta orang2 tua @ nenek sekalipun kena rogol juga..jadi pakaian bukanlah sebab 100%..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

NizamYangBiasa
Warga Rasmi
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36818
Posting: 4

Selangor  


posticon Posting pada: 30-01-09 17:47


Sunnah No. 1 : Dakwah/usaha atas Iman Yakin

Bookmark and Share

    


  Member Information For NizamYangBiasaProfil   Hantar PM kepada NizamYangBiasa   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 18:13


pakaian mencermin kan keperibadian seseorang muslim...
Berhati hatilah setiap apa yang kita pakai... banyak-banyak bertawakkal kepada Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 18:14


Pada 27-01-09 05:12 , swordofdeen posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-01-09 23:12 , cahaya_hearty posting:

!!! QUOTE !!!



betul tu..
emm tapi bagaimana ek kalau time kerja kita takdpt tutup aurat sepenuhnya..tapi habis waktu kerja kita berpakaian mengikut tuntutan agame?? :-?



Saya just nak bagi contoh...


Saya nak tanya cahaya_hearty...macam mana pula kalau kita masa kerja tak solat dan lepas kerja baru solat? katakan kita kerja pukul 8am-8pm..kira solat isya dan subuh saja lah ye? apa hukumnya?

Jawapan:________________

Begitulah juga dengan tutup aurat


yang salah tetap salah(berdosa) memang dah hukum ...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126129 saat. Lajunya....