MEMBER YANG BERGELAR SAHABAT
Sebuah karya misteri yang tak berapa misteri sangat la.....
Fadzil merupakan anak jati kampung. Ayahnya telah meninggal dunia. Yang
tinggal kini hanyalah ibu dan adik perempuannya. Fadzil dilahirkan
dalam
Keluarga yang serba kekurangan. Senang citer, orang miskin la. Sejak
ayahnya
meninggal dunia, hidupnya sekeluarga semakin menderita. Namun,
semiskin-miskin Keluarga Fadzil, sempat jugak dia menamatkan pengajian
dalam
kursus Diploma Pengajian Perniagaan di Politeknik Ungku Omar.
Kini, masa semakin lama semakin pantas berlalu. Fadzil tidak boleh
berdiam
diri. Baru 2 minggu dia menamatkan pengajian di politeknik. Namun,
kesusahan
keluarganya menyebabkan hatinya mendesak-desak supaya lekas mencari
kerja.
Satu hari, sedang dia membelek-belek majalah memori, terpandang la plak
dia
akan member kamcingnya semasa di politeknik dulu. Yang membezakannya
ialah,
member kamcingnya itu mengambil kursus Sijil Penyamanan Udara. Nama
membernya tu ialah Zahari. So, kalau sijil, 2 tahun je la kalau nak
bandingkan diploma 3 tahun. Maka terpisahla mereka tatkala Zahari telah
menggredkan dirinya terlebih dahulu.
“ Apa khabar la si zahari ni.. lama tak dengar cerita. Baik aku call
dia
satâ€bisik hatinya.
Dengan motor kapcai peninggalan ayahnya, Fadzil keluar untuk mencari
public
phone.
“assalamualaikum… boleh cakap dengan Zahari??†katanya awal bicara.
“walaikumsalam, siapa ni??â€â€¦.suara garau seoarang perempuan tua
menyapa.
“saya Fadzil kawannya Zahariâ€â€¦balasnya
“ooo,kawannya zahari ye.. Zahari dah kerja kat kolumpo nun. Dah dekat
setahun la dia kerja.. Kerja kat dalam opis..â€jawab wanita itu ramah..
“ooo, kalau camtu, macammane saya nak kontek dia makcik?â€Tanya Fadzil.
“nak kontek dia ye… kejab ee, makcik nak carik cermin mata. Nombor
hansetnya
ada ni, tapi makcik tak nampak, sat ye…â€
……………..
“haa, ok, elo, elo, ade lagi ke tu?â€â€¦..
“aaa, ade makcik, saya tengah tunggu la ni…..â€
“ha, hambik nombor dia ni…. 0.1.7.5.9.3.9.2
“eh, kejab-kejab makcik,….0..1..7..5..9..3……..
“01759392..â€â€¦â€dapat??†(nombor dirahsiakan utk keselamatan)
“ok-ok, terima kasih makcik ye…â€
“ha ah, ye lah…
“ok…assalamualaikum…..â€
“walaikumsalam….â€
…………………………………………………………………………………………
Fadzil pun menelepon la plak nombor hanset yang di bagi tadi…..
“assalamualaikum……†kata Fadzil awal bicara.
“walaikumsalam….†Jawab satu suara.
“boleh cakap ngan Zahari??†balas Fadzil.
“ye….Zahari bercakapâ€
“ahaks…wei rie, ni aku la….fadzil….†kata Fadzil
“haa?? Fadzil…..?? Fadzil DPP??â€
“ye la….†Sambung fadzil
“ish. Tak sangka… mana kau dapat nombor aku ni?? Jawab zahari
“mak kau bagi tadi…†sambungnya lagi
“hi hi, apa citer skrg??†tanya zahari
“hebat kau sekarang rie, takde keje kosong ke kat sane…?†soal fadzil
“perkh, memang rezeki kau. Bos aku memang tengah carik pekerja tu.
Lagi2 kau
punya course management kan. Mai la sini..!†pelawa zahari.
“ye ke…err, macam mane aku nak jumpa kau??†tanya fadzil untuk mendapat
kepastian.
“ala, kau sampai pudu je, call aku….†Jawab zahari.
“bila aku boleh datang rie??â€
“sekarang pun boleh dil..â€
Eh, rie, oklah, duit aku dah nak abis ni, insya allah aku akan datang.
Aku
percaya kat kau. Kau tunggu aku tau!†pesan fadzil yang tampak gembira
dengan berita terbaru itu.
“okeh†balas zahari.
Dipendekkan citer, maka si Fadzil ni pun nak berangkat la ke kulumpo
untuk
keje kat tempat Zahari. Setelah mintak izin ngan ibunya, berangkat la
dia ke
kulumpo….
Sampainya di kolumpo, tujuannya yang utama ialah untuk menghubungi
Zahari.
Dipendekkan lagi citer, maka bertemu la diorang di puduraya.
“mantap la kau sekarang rie, jeles aku….†Kata fadzil
“ ala dil, sikit2 je. Akupun lepasan sijil je. Lainla ngko, diploma,
mesti
bos aku nanti bagi gaji tinggi kat ngko…†balas Zahari panjang.
“ala rie….ko ni, yang membezakan kita bukannya diploma ataupun sijil.
Iman
tu yang utama. Kalau aku dapat master sekalipun, kalau tak sembahyang
apa
guna. Takde nilai di sisi allah taala….†Kata Fadzil yang menyebabkan
Zahari
terpinga sebentar.
“erkk, be.. betui tu…..†hihi…eh, jomla pi umah aku dil. Karang kena
saman
plak keta aku kat luar tu….†Pintas Zahari memotong bicara.
“wokehâ€â€¦.
……………………………………………………………………………………………..
“eh rie, sebelum sampai umah ngko, jom kita singgah jab masjid depan
tu. Aku
tak solat lagi la…. Kene jamak ni….†Pinta Fadzil tatkala mereka
melalui
jalan Selayang Baru.
“aaa….err, okeh..okeh†jawab Zahari.
“malunya aku….aku jarang sembahyang ni…..†cetus hati zahari…..
Sememangnya Zahari tak pernah pun menjejakkan kaki kat masjid tu.
Walaupun
rumahnya berhampiran dengan masjid, namun, ambil wuduk di masjid itu
pun tak
pernah. Inilah first time kiranya dia menjejakkan kaki ke masjid itu
atas
ajakan Fadzil.
Maka, mereka pun sama-sama bersolat di masjid tersebut..
Walaupun sekian lama Zahari malas sembahyang selepas keluar poli, tapi
bila
beliau melakukan solat zuhur itu, beliau dapat merasakan sesuatu yang
tidak
pernah dirasai selama ini…. Dan setelah selesai melakukan solat, Zahari
merasakan ketenangan jiwa yang amat sangat…
“ohh, tenang pulak rasanya….†Cetus hatinya…..
Lepas tu, diorang jalan-jalan lagi….
………………………………………………………………………………………………
Maka, setelah menjalani beberapa proses, maka Fadzil diterima bekerja
di
office Zahari. Duduk pun serumah la jugak ngan Zahari…
Setelah beberapa bulan di kolumpo……
“eh rie, aku tengok kau ni, hari minggu ke…hari biasa ke, tak pernah
pun
dating? Kau takde makwe ke hape??†Tanya fadzil suatu hari sedang
mereka
makan malam.
“he he….. kau bukan tak tau Fadzil….aku ni mana la tau nak mengayat
awek…segan la akuâ€â€¦. Jawab zahari.
“he he…tak kisah la tu ye….lagi pun, bukannya elok bawak anak dara
orang ke
hulu ke hilir ye tak?? Tapi….he ..he…serba salah pulak aku nak
cakap……he
he…†kata Fadzil.
“apa he he he pulak kau ni dil??†Tanya Zahari ingin mengetahui
selanjutnya.
“macam ni…err…aku ni sebagai member kamcing kau, jadi aku tau la hati
budi
kau walaupun kita tak lama sangat kenal… sebab tu aku tau..kau ni baik
orangnya….. he ..he..ni bukan nak memuji tau…†kata Fadzil sebagai kata
awalnya.
“so…â€
“sebenarnya aku ada seorang adik perempuan…nak kata cun sangat tu takde
la..tapi kira okey la…itu la satu-satunya adik aku. Ayah aku dah lama
meninggal….jadi sekarang ni, dia la yang jaga mak aku kat kampung. Aku
bagitau kau ni bukan la niat aku nak mengoffer adik sendiri…. Tapi
kalau kau
betul-betul serius nak kat dia, kau pinang je la terus….nak tak??â€
tawar
Fadzil yang menyebabkan Zahari agak terkejut dengan tawaran itu.
“he he…sabor je la dulu….aku fikir dulu la. Lagi pun, cinta ni tak
buleh di
paksa kan?†jawab Zahari yang serba dalam keadaan terkejut.
“terpulang la pada ngko….kalau ko nak, kau kabor la kat aku yek…..â€
pintas
Fadzil.
“he he..â€â€ apa la kau ni dil, yang bukan2 je…..â€
“ntah ntah, adik ngko tak lawa. Sebab tu kau offer kat aku. Hi hi..
cetus
hati zahari.
…………………………………………………………………………………
“ eh..rie, rie!….aku ada emergency kes ni. Aku kena balik kampung hari
ni
jugak. Aku sesaje je call jiran aku tadi. Dia kabor mak aku sakit†kata
zahari suatu hari….
“aa. Err, ye lah……â€
Sudah masuk tiga hari Fadzil balik ke kampung di Batu Pahat. Zahari dah
mula
risau..
“awat lama sangat budak ni kat kampungâ€â€¦â€¦.
Hari keempatnya, Fadzil muncul di pejabat. Zahari pun tak tau ntah bila
masa
Fadzil sampai dari kampung. Alih-alih dah ada kat pejabat. Tak sampai
tiga
hari di kolumpo, Fadzil ambil cuti lagi untuk selama 3 hari. Atas
alasan
menjaga emaknya yang sedang sakit. Zahari yang faham akan keadaan
emaknya
hanya membiarkan membernya itu pulang ke kampung tanpa banyak soalan..
Masuk hari ketiga lagi dalam cutinya, Zahari mendapat panggilan telefon
daripada Fadzil..
“rie, kau kabor pada Encik Marzuki, habaq kat dia, aku mintak cuti lagi
dua
hari. Ada hal penting. Key.†Kata Fadzil melulu ibarat dikejar
keretapi….
“eh, tapi dil………..ktak……tut…tut…tut……telefon diletakkan tanpa sempat
Zahari
menanyakan apa yang terjadi sebenarnya kat Fadzil di kampung.
Tiba hari kedua sambungan cuti Fadzil tadi, maka Fadzil pun pulang
semula ke
Kolumpu. Dia pun sampai tang masa waktu pejabat. Alih-alih je muncul.
Sesampai je Fadzil ke pejabat, dia terus masuk ke bilik bos.
“ape kene dengan Fadzil ni……†cetus hati zahari yang mula mengesyaki
sesuatu..
…………………………………………………………………………………………….
satu jam kemudian, barulah Fadzil keluar dari bilik Encik Marzuki.
Zahari
terus menerpa ke arahnya.
“dil, apa yang berlaku sebenarnya? Tanya Zahari dengan serta merta.
“err, memang akuada masalah. Aku rasa aku nak mintak tolong kau sikit
la
rie.†Jawab Fadzil.
“apa dia??†Tanya Zahari tidak sabar-sabar.
“err, malulah aku nak cakap kat sini. Kita sembang kat rumah je lah
nanti
ye…†kata Fadzil.
“ em..okeylahâ€
Maka selepas waktu pejabat habis, mereka terus pulang ke rumah.
“apa masalah kau sebenarnya ni dil??†Tanya Zahari tidak sabar-sabar
untuk
mengetahui apa sebnarnya yang terjadi.
“macam ni….mak aku kat kampung tengah sakit kuat. Jadinya, untuk
merawat nya
memerlukan kos yang tinggi. Dah puas aku carik ikhtiar untuk dapatkan
wang
tu. Jadinya sekarang, kalau kau tak keberatan, aku nak pinjam duit kau
lima
ribu ringgit. Aku janji aku akan bayar balik la… kata fadzil.
“oo, macam tu. Pasal duit ni aku tak kisah sangat dil. Aku pun percaya
kat
ngko. Ngko bayar ansur-ansur nanti pun takpe. Takpela, kalau macam tu,
aku
bagi la ngko pinjam.†Jawab Zahari menyebabkan Zahari kelihatan ceria.
“terima kasih rie, sememangnya kau lah sahabat aku dalam banyak-banyak
member yang aku ada.†Jawab Fadzil.
Pagi esoknya, Fadzil pulang ke kampung di Batu Pahat bersama wang yang
dipinjamkan oleh Zahari. Agak lama Fadzil di kampung.
Dari hari makan berminggu, dari minggu makan berbulan. Kini sudah masuk
8
bulan Fadzil di kampung tanpa khabar berita. Zahari sudah tak senang
duduk.
Keikhlasannya memberi wang pinjaman kepada Fadzil sudah semakin pudar.
……………………………………………………………………………………………
“aku rasa la rie, fadzil tu kelentong ngko dah. Orang sekarang ni
macam-macam rie. Harap muka je baik, tapi dalam, macam hape ntah. Tentu
dia
nak abihkan duit ngko. Alasan dia je kata mak dia sakit. Ntah-ntah, dia
dah
goyang kaki sekarang.†Kata Malik member sepejabat Zahari sewaktu
mereka
makan tengahari…
“tak guna kau Fadzil.. aku tak sangka kau kencing aku. Harap baik je.
Sia-sia je aku ikut ajakan kau sembahyang. Rupa-ripanya kau penipu
besar.
Abis duit aku. Tak guna kau dillllllllll!!! “ kata Zahari lantang yang
dah
mula terpengaruh dengan hasutan membernya malik tadi. Zahari sudah
berburuk
sangka pada Fadzil. Solat lima waktu yang di ajak oleh Fadzil dulu kini
ditinggalkan. Hatinya sudah remuk dan terbakar akibat terasa dirinya
tertipu.
............................................................................................................................................
Tak lama kemudian, Zahari menerima sepucuk surat dari Batu Pahat. Tak
pernah-pernah dia dapat surat dari Johor. Perlahan dia membuka surat
itu.
Pendek sahaja isinya..
“ zahari sahabatku, kalau engkau nak tau apa yang sedang terjadi, kau
mai la
umah aku kat batu pahat ni. Ala, jenguk-jengukla aku kat sini. Kaupun
bukannya pernah mai johor. Dulu mase study kat poli kau kata nak datang
umah
aku, tapi kau tak datang-datang pun. Ni alamat aku…No 4, Jalan Parit
Lintang, Parit Yaani, 83710, Yong Peng Johor. Susah sangat, kau nengok
la
peta yang aku bagi kat belakang surat ni. Datang tau…!
â€
“hampeh ngko Dil. Nak suruh aku datang umah ngko plak. Okey! Aku
datang! Aku
nak tau betul ke mak kau sakit. “ cetus hati zahari.
............................................................................................................................................
So, Zahari pun pergi ke Batu Pahat seperti mana yang di jemput oleh
Fadzil
di dalam suratnya. Dipendekkan citer, sampaila si Zahari ni kat umah
Fadzil.
Memang serba kekurangan.
“assalamualaikum†“assalamumlaikum†salam Zahari.
“mane plak orang kat umah ni.†Cetus hatinya setelah lama salamnya
tidak
berjawab.
“walaikumsalam†seorang gadis manis bertudung labuh menyapa dari
celahan
pintu.
“er,, alamak, aku salah rumah ke ni....†getus hatinya melihat gadis
cantik
di hadapannya.
“ye....encik nak carik siapa??†tanya si gadis sopan.
“err, betul ke ini rumah Fadzil?? Tanya Zahari..
Si gadis muslimah tadi terdiam seketika. Matanya redup sayu memandang
Zahari
seakan-akan membaca sesuatu di benak sanubarinya...
“ ye betul, ini rumah zahari. Tapi dia takde sekarang†jawab gadis
tadi.
“dia ke mana? Saya datang dari jauh ni nak jumpa dia.†Kata Zahari..
“kalau macam tu, encik naik la rumah saya. Tak kisah. Mak saya ada di
dalam.
Jemputla naik encik...†pelawa si gadis,..
Masuk-masuk je Zahari ke dalam rumah Fazil, maknya sedang solat. So,
dia pun
terpaksa la tunggu sehingga selesai.
“aik, kata sakit, elok je mak dia ni.Ish, musykil2. kalau dia kelentong
aku,
takkan dia boleh jemput aku ke rumahnya ni.?? “ berbagai soalan menerpa
benak Zahari.
....................................................................................................................................
“anak ni Zahari ke? Fadzil dah ceritakan segala-galanya pada makcik.
Syukur
dia dapat sahabat macam kau ni. Baik, pemurah.â€kata makcik timah, emak
fadzil.
“takde la makcik, saya takla sebaik yang di sangka.†Pintas Zahari.
“er,
mana Fadzil makcik?? Dari tadi tak nampak bayang?? Tanya Zahari..
“ermm, ni Fadzil ada bagi kau surat ni. Makcik pun tak tau la apa yang
ditulisnya. Kau bacala sendiri. Makcik nak masuk dalam jab. “ kata mak
timah.
Zahari mengambil surat yang dihulurkan oleh Makcik Timah. Seketika dia
melihat ada air mata jernih berlinangan di mata perempuan tua itu
tatkala
dia ingin meninggalkan ruang tamu itu. Dia kebingungan. Apa yang
terjadi
ni?? Dia membuka perlahan surat itu. Buka sahaja surat itu, terselit
cek
bernilai lima ribu yang diberinya pada Fadzil tak lama dahulu. “eh, dia
tak
gunakan ke duit yang aku bagi?†cetus hatinya.
...........................................................................................................................................
wbt.
Fadzil sahabatku. Tatkala kau tiba di teratak usangku ini, aku sedang
jalan-jalan kejab. Tak lama nanti, kau jumpa la aku. Sebelum tu, aku
nak
story la kat kau sikit.
Aku beruntung dapat bersahabat dengan engkau. Walaupun persahabtan kita
cuma
seketika, namun ikatan ukhwah yang terjalin tak akan aku lupakan.
Ingat lagi sewaktu kita di poli dulu. Indahkan. Semasa kita di sem 1,
kita
berjaya hidupkan blok kita dengan suasana Islam. Kita berjaya membawa
member2 kita yang lain untuk sama-sama menghayati Islam. Ingat lagi
semasa
kita pergi rehlah dulu? Kau menangis-nangis selepas program tazkiyatul
nafs.
Aku respect la kat ko time tu. Memang kau menjiwai sungguh program tu.
Kau
nak tau apa yang aku buat time tu? Hi hi.... aku tido....
Masuk je sem 2, kita terpisah. Kau dok di luar dan aku stay di asrama.
Namun, kita tetap bersahabatkan.
Oklah. Untuk pegetahuan kau, aku ada menghidap sejenis penyakit yang
best.
Ala, kau pun tau penyakit yang popular ni kan. Dia dah serang kat
kepala
aku. Sebab tu dulu aku asyik mc je kan. Mase keje dengan ko satu
pejabat
dulu, kau tentu peningkan sebab aku selalu je balik kampung. Aku pi
check
kat hospital. Sorilah kerana aku bohongi kau. Aku ada tujuan aku
sendiri
yang mengatakan mak aku sakit.
Duit lima ribu yang aku pinjam kat ngko tu aku dah pulangkan balik.
Tujuan
aku buat macam tu bukanlah untuk membayar kos perubatan aku, tapi aku
hanya
ingin menduga sejauh mana kau sanggup berkorban demi seorang sahabat.
Ternyata kau memang best. Dan aku rasa aku tak tersalah pilih..
Dan sekarang satu amanah aku nak berikan pada kau. Selama kita kenal,
aku
tak pernah pun minta pada kau, dan inilah yang satu-satunya yang dapat
aku
mintak tolong kau tunaikan. Kau nikahilah adik aku yang sorang tu. Kau
jagalah dia. Sekarang dia tengah menunggu panggilan untuk ke
universiti.
Tapi takpe, sekuarang-kurangnya, dapatlah kau menjadi ahli keluarga
aku.
Bukannya aku nak menumpang kekayaan kau, jauh sekali tidak, tapi,
mengenangkan kau sahabatku, kau jadikanlah adik aku tu sebagai isteri
kau.
Satu lagi, kita sebagai manusia yang hidup di dunia ini hanyalah
semntara.
Oleh itu, cariklah bekalan secukupnya untuk kita menuju ke jalan ilahi.
Sebab tu aku ajak kau solat jemaah sama-sama dan ke masjid. Insya
allah,
dari pandangan mata kasarku, kau boleh menjadi seorang pejuang agama
yang
hebat suatu hari nanti. Yang penting, kecekalan kau menghadapai dugaan
dan
cabaran.
Oklah, aku dah takde idea dah ni. Sorilah, surat ni aku buat dalam nada
sedih. Saje je. Nak feeling la kononnya. Hi hi. Doktor kata, ada mase
dua
tiga hari lagi ni, sebab tu la aku tulis surat kat ngkau ni.
Oklah rie. Terima kasih kerana menjadi sahabatku.
Walaupun aku bukanlah yang terbaik untuk menjadi sahabatmu, tapi aku
nak kau
tahu bahawa aku akan menganggap kau sebagai sahabat sejatiku dunia dan
akhirat.
Sahabatmu:
Mohd Fadzil Hazwan bin Mustafa.
X-DPP PUO
................................................................................................................................................
Seperti tidak percaya apa yang terjadi. Zahari merasakan yang ia sedang
bermimpi. Perlahan air mata lelakinya berlinangan. Sudah lama dia tak
mengalirkan air mata. Pertama kali ia mengalami perasaan ini.
“dengan nama Allah, aku berjanji, tika dan saat ini, akan kuserahkan
hidupku
untuk jalanMu ya Allah. Sesungguhnya ini adalah petunjuk darimu......
maha
Besar dirimu Ya Allah......ajaibnya sebuah persahabatan.............
abis.....