Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Pengetahuan Am
Topik: AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

Please Mendaftar To Post


Oleh AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-01-09 08:56


AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1.         Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya
ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi.
Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2.         Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya
setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha
mencari keredhaanNya.
3.         Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam
dirinya.
4.         Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan
fikiran.
5.         ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6.         Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang
lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7.         Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH
akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk
menerokai pelbagai ilmu.
8.         Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga
jumaat berikutnya-Ahmad.
9.         Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan
izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10.         Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk,
beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11.         Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia
makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan
itu pemberian orang lain.
12.         Sahabat meriwayatkan. Aku lihat Nabi SAW makandengan 3
jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan
4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13.         Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali
pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang
dihadapi oleh para nabi
14.         Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali
pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15.         Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat
banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH
catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16.         Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap
selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam
menghadapi apa jua masalah
17.         Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan
doa seketika bersama makmum
18.         Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19.         Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda
makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu
kenyang & mudahkan penghadaman
20.         Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap
selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada
sebarang bencana
21.         Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan hidung
22.         Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim)
tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75
kali sehari
23.         Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari,
ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah
24.         Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan -
Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang
berada di kiri badan) mengepam darah
25.         Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu
membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNYA
26.         Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan
An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon
perlindunganNYA) - Bukhari
27.         Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang
akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
ALLAH
28.         Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub.
Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu
mandi wajib jika ingin tidur
29.         Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin,
akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang
melalaikan
30.         Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat
melihatNabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana
bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31.         Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh
Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada
baginda SAW
32.         Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas
(mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan
sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33.         Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi
SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34.         Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim)
tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar
75 kali sehari
35.         Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi
memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak
bosan (atau tersinggung) - bukhari
36.         Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali
tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan
dosa-dosa kecil seseorang
37.         Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith:
Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana
dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38.         Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39.         Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak
100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya - Abu Naim
40.         Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima
hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41.         Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka
baginya
42.         Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu &
jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43.         Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu
sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda
penghormatan) - Muttafaq Alaih
44.         Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari
tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak
penyakit berbahaya yang lain
45.         Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering
melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur
hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46.         Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat
mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan
hajatnya
47.         Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila
mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya
tak berjawab, beliau beredar
48.         Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya
dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap
selesai solat Maghrib
49.         Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu
itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50.         Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik
dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti
dengan usaha yang berterusan.

Yours sincerely,

Mohd. Hisham Bin Kamal

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.251581 saat. Lajunya....