Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 262
Ahli: 0
Jumlah: 262




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Gaji rm4k tak boleh tanggung mak ayah????


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Gaji rm4k tak boleh tanggung mak ayah????

Please Mendaftar To Post


Oleh Gaji rm4k tak boleh tanggung mak ayah????

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 22-01-09 12:37


‘Gaji saya tidak cukup’
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
[email protected]

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam diberitahu seorang pensyarah sebuah universiti dan suaminya yang sebelum ini bersetuju memenuhi beberapa tuntutan termasuk menyara nafkah sepanjang hayat ibu bapanya, pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan mereka.

Raja Suzana Kassim, 39, berkata pendapatan bulanannya berjumlah RM4,400 tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan menyebabkan kekurangan itu terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank termasuk pinjaman peribadi dan peruntukan gaji yang dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak-anaknya.

Menurutnya, dia memiliki tiga kereta, namun hanya sebuah masih belum selesai bayaran ansuran dengan bank.






Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh, 64, di mahkamah berkenaan pada April 2007 kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.




Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim yang juga plaintif pertama dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, di sini, sekitar Ogos 1971.

Plaintif pertama dan kedua (Fatimah) mendakwa mereka mendirikan sebuah rumah di atas tanah itu dan membesarkan lapan anak termasuk defendan pertama.

Mereka turut memaklumkan defendan pertama dan kedua mendirikan rumah tangga pada 1993.

Pada 2002, plaintif pertama bersetuju untuk memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.

Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu tetapi layanan defendan begitu mengecewakan sebelum mereka diusir keluar oleh defendan pada akhir Ramadan 1425 Hijrah.

Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan berlaku kejadian defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Satu laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.

Dalam pernyataan itu turut menyebut keadaan itu menunjukkan defendan gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab member nafkah kepada plaintif iaitu nafkah furu’.

Plaintif menuntut defendan memberi nafkah sepanjang hayat dan dibenarkan tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru seumur hidup selain diberi kebebasan bergerak secara munasabah serta melakukan aktiviti masing-masing dalam rumah itu serta persekitaran.

Malah, plaintif turut menuntut diberi kebebasan untuk dilawati anak lain dan bersama dengan anak lain di rumah itu pada bila-bila masa yang munasabah selama hayat mereka, defendan menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya pada tahun lalu terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan mereka mendiami rumah berkenaan yang sudah dijual kepada orang lain tetapi disewa semula Raja Suzana.

Hakim Syarie Mohd Nadzri abang Rahman menetapkan 24 Februari ini untuk membuat taksiran sama terhadap suami defendan.





gaji macam tu pun tak boleh nak tggng mak ayah dia ke? dah lah rumah free yang di bagi mak ayahnya..macam-macam sekarang ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

advastrade
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2008
Ahli No: 35882
Posting: 55

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 12:57


salam..jika semua bersatu dan berjihad dengan al quran dan sunnah para rasul untuk mengembalikan kegemilangan empayar islam lagi bagus kalian semua ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For advastradeProfil   Hantar PM kepada advastrade   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 12:59


ada juga orang begini ek?
kemana pergi nya duit dia? mungkin juga dia berbelanja d luar kemampuan..mungkin juga perlu melunaskan hutang2..
dan mungkin juga betul kata pepatah orang2 tua, besar periuk, maka besar lah kerak nya..maksudnya besar gajinya, besarla tanggungannya..
wallahuaklam.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 14:36


salam

tanda-tanda rezeki yang dberkati ialah banyaknyer daripada hasil yang kita perolehi tersebut dihabiskan ke arah perkara yang di redhai Allah, tanda rezeki yang berkat juga ialah sentiasa mencukupi bagi pemiliknya hatta banyak atau sedikit..

bersama2la kita mencari Keberkatan dan Keredhaan Allah....

wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 22-01-09 16:06


Ish2..apa sudah jadi dengan dunia..ibu bapa sampai terpaksa bawa ke mahkamah..anak-anak pula selamba kata tak cukup duit...tak paham den :roll: :-?


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 21:15


Anak apa dah korban harta mak bapak lepas itu halau pulak itu.. Geramnya dengar..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 23-01-09 00:53


panas perut ibu yang mengandungkannya... anak derhaka betul... gaji banyak tapi seolah tak berkat... berbelanja pada benda yang bukan keperluan utama.. contoh kereta 3 biji... buat apa banyak-banyak..sekadar perlu cukuplah... inilah kata org tua2 besar periuk besarlah keraknya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 23-01-09 09:08


Jika benar sebagaimana yang dilaporkan, jelaslah mereka ini bukan anak yang baik. Tetapi, bukan itu yang nak saya ulas.

Saya bukan nak pertahankan si anak kurang ajar tu. Cuma saya nak bawa, adakah pada usia 39tahun, gaji RM4400, besar ke? Katalah campur suami pendapatan isi rumah RM10,000, dengan 3 kereta, rumah, anak-anak, insurans, pinjaman peribadi dsbnya, saya lihat ada kemungkinan tidak cukup. Ini pemerhatian saya sendiri terhadap manusia2 yang suka buat pinjaman bank, lagi besar gaji lebih besar pinjaman mereka. nak renovate rumahlah, tukar kereta barulah, shopping dengan kredit card bla bla bla...

Oleh itu, tinggalkan meminjam dari bank2 ini, tak kiralah bank konvensional atau 'bank islam', dedua sama saja haram. Dan ajar juga kepada anak kita, riba' tu haram. Semoga anak-anak kita menjadi insan yang soleh dan solehah dan kita tak senasib pakcik dan makcik tu.

Memang hari ini kita akan dikatakan pelik, bodoh dsbnya kalau tak buat pinjaman bank. Tapi fikir2 balik siapa sebenarnya bodoh, orang yang menentang hukum Allah atau yang mengikut hukum Allah walaupun perit. Benarlah kata nabi, Islam datangnya asing dan akan kembali asing.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 09:15


assalammualaikum

Kenapa lah dengan si anak itu... ibu bapa membesar dan menjaga kita dari kita lahir hingga lah kita menjadi seorang yang berguna... sekecil mana pun gaji kita... apa salahnya kita hulurkan yang termampu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 09:26


Bagi saya lah..
walaupun gaji kecil tapi penuh berkat... insyaAllah duit akan sentiasa cukup..
Saya rasa mak ayah tak minta harta dan wang ringgit yang banyak..
cukup lah baginya kasih sayang dari anak-anak.. penjagaan dan tanggungjawab yang anak berikan pada mak ayah.. itu yang sebaiknya..
bukan diisuruh tatang bagai minyak yang penuh,tapi cukupla beri kesenangan kepada mak ayah yang sudah tua..
besar ganjarannya dan besar pahalanya..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

amyazma
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.07.2003
Ahli No: 2134
Posting: 78
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-01-09 09:34


Harap pekara macam ini tak berlaku pada warga ukhwah.com.

Kalau dulu orang tua sanggup bersusah nak membesarkan kita
Kenapa bila dah besar kita tak boleh nak jaga mereka pulak
Lagi nak tambah menyusahkan mereka

Duit tak cukup...
Kalau nak dikira memang pun
Tapi kalau pandai ukur baju kat badan sendiri...
insya Allah tak jadi macam ini
Duit kalau sikit pun tapi berkat,
insya Allah cukup

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyazmaProfil   Hantar PM kepada amyazma   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-01-09 10:28


Pada 22-01-09 14:36 , ikrimah posting:

!!! QUOTE !!!

salam

tanda-tanda rezeki yang dberkati ialah banyaknyer daripada hasil yang kita perolehi tersebut dihabiskan ke arah perkara yang di redhai Allah, tanda rezeki yang berkat juga ialah sentiasa mencukupi bagi pemiliknya hatta banyak atau sedikit..

bersama2la kita mencari Keberkatan dan Keredhaan Allah....

wallahua'lam...


betul tu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

ladylolida_aina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2008
Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor

malaysia  


posticon Posting pada: 23-01-09 10:37


Jika sebelum ini kita hanya mendengar sahaja keluh kesah ibu bapa yang dipinggirkan anak-anak. mereka hanya mampu mengalirkan airmata sahaja. tapi kini En. Kasim telah membuat tindakan yang betul dengan mendakwa anaknya yang tidak bertanggunjawab itu. Memang patut raja suzana dan suaminya didakwa. kalau hanya dibiarkan sahaja perlakuan si anak tu maka akan jadi anak derhaka lah.... bila dah didakwa ni sekurang-nya diharap akan mendapat keinsafan. Diharap pihak berkuasa undang-undang dapat mengeluarkan satu akta baru dimana anak-anak yang mengabaikan ibu bapanya akan mendapat hukuman....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladylolida_ainaProfil   Hantar PM kepada ladylolida_aina   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 13:28


" Sembahlah ALLAH dan janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun. Dan berbuatlah ihsan ( berbuat baik ) kepada orang tua ( ibu bapa )

                                                                     ( An - Nisa' : 36 )

* Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapanya dianggap anak derhaka. Anak itu akan menerima balasan seksa ALLAH sejak di dunia lagi. Keadaan ini jelas kalau kita meneliti sabda Rasulullah yang bermaksud: " Dua kejahatan yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini ialah zina dan derhaka kepada ibu bapa ." ( Hadis Riwayat At Tabrani )


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 14:42


Inilah buktinya bahawa sudah ramai orang Melayu (bukan semuanya) kurang (bukan tidak langsung) menjiwai ISLAM. Saya menjangkakan tidak lama lagi ada anak Melayu yang menyaman ibu bapa mereka kerana mereka beragama Islam bukan kristian. Kerana Islam tidak relevan dalam dunia moden ini! Sedangkan ketua negara Islam sekalipun mengharap kepada orang kristian, mengapa kita jadi Islam.

Sistem kebendaan, menyeret mereka ini kelembah hina. Sistem pinjaman yang tidak terancang. Belanjawan peribadi yang tidak seimbang.

Ilmu yang dipelajari di sekolah letak di mana?


-----------------
Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771


Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 15:10


buat malu saja... :-|

Ini lah contoh org yang pentingkan duniawi..mengejar harta dunia..kereta sampai tiga...huh..
kalau duit tu banyak mana pun lah..belanja entah apa-apa..tak berkat,sampai ke mati pun tak cukup...

tapi,kalau berkat...zakat berbayar,sedekah tak tinggal..untuk mak ayah dan adik beradik pun ada...sedikit pun duit tu pasti cukup,sebab keberkatan dari Allah tu ada...

jangan hanya mementingkan duniawi wahai manusia..ukhrawi tu lagi banyak manisnya...

pantang betul den ada org begini..kalau mak ayah dia cakap tak cukup duit nak tanggung anak seorang ni..jangan harapla nak merasa gaji kau sekarang ni wahai manusia...!!
manusia ke.. :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 17:21


Jelas hidup dah jadi tak berkat walau banyak duit mana pun bila derhaka kepada ibu bapa.

WA

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 18:21


bagi saya tak patutlah individu buat macam tu. dia berjaya pun sebab doa dan sokongan ibu bapa juga. bila da berjaya terus lupakan pula. kenapa lah tak terfikir ibu bapa adalah org yang menjaga kita dr kecil sampai lah besar dan akhirnya berjaya. lepas itu dibiarkan dan lebih hina lagi diusir pula...gaji 4 ribu da banyak tu...masa saya kerja dulu pun, gaji tak sampai 1500 pun..belum potong apa-apa lagi..gaji pertama sbahagian da bagi kat ibu bapa....tapi memang terasa juga sebab tak bagi banyak duit tu...kalau boleh bagi mereka rasa semua duit gaji pertama.namun kerana baru kerja dan jauh dr keluarga,belanja lain kena setel dulu juga....setiap bulan pasti bagi, janji bagi walaupun tak banyak...sebab memang tak terbalas jasa mereka tu sampai bila-bila...da sambung study ni, tak dapat bagi duit lagi.......apa pun sayangilah ibu bapa....hormatilah, walaupun banyak mana pun harta tapi ibu bapa disisihkan pasti hidup tak tenang....


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 23-01-09 20:25


biyasa, orang lupakan akhirat memang begitu,
orang kata urban poverty.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

jumjumatonne
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2008
Ahli No: 32561
Posting: 119
Dari: Johor Darul Takzim

Johor  


posticon Posting pada: 23-01-09 22:10


salam....
ana berdoa agar tidak tergolong dalam kalangan
mereka-mereka yang disebutkan itu......
malu betul....
anak apa itu ea?
tak kenang budi langsung.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumjumatonneProfil   Hantar PM kepada jumjumatonne   Quote dan BalasQuote

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 23:55


Memang dasar tak guna punya anak. Barang mahal boleh beli banyak, tapi bila sedekah untuk ibu bapa, macam angkat beban 10 tan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 24-01-09 00:02


tak paham lah..::

-kenapa nama defenden raja suzanna sedangkan nama ayahnya yang juga plaintif kes ini tiada 'raja' di pangkal nama kasim?

-kata anak2nye 8 org? takkan anak-anak lain tak back-up parent mereka before ni sampaikan kes dalaman family jadi isu d mahkamah?

ada sesiapa boleh jawab?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-01-09 09:10


Pada 24-01-09 00:02 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

tak paham lah..::

-Kenapa nama defenden raja suzanna sedangkan nama ayahnya yang juga plaintif kes ini tiada 'raja' di pangkal nama kasim?

-kata anak2nye 8 org? takkan anak-anak lain tak back-up parent mereka before ni sampaikan kes dalaman family jadi isu d mahkamah?

ada sesiapa boleh jawab?


Syemarly..
Rasanya kasim othman ni saja letak raja kat anak dia..
banyak kes dah macam tu..
nama mak ayah biasa saja tapi ada nama anak-anak yang bermula dengan puteri,megat,wan dll..

maybe anak-anak yang 8orang tu sama juga sikapnya dengan raja suzanna agaknya..

sekadar pendapat..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-01-09 12:46


Pada 23-01-09 09:08 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Jika benar sebagaimana yang dilaporkan, jelaslah mereka ini bukan anak yang baik. Tetapi, bukan itu yang nak saya ulas.

Saya bukan nak pertahankan si anak kurang ajar tu. Cuma saya nak bawa, adakah pada usia 39tahun, gaji RM4400, besar ke? Katalah campur suami pendapatan isi rumah RM10,000, dengan 3 kereta, rumah, anak-anak, insurans, pinjaman peribadi dsbnya, saya lihat ada kemungkinan tidak cukup. Ini pemerhatian saya sendiri terhadap manusia2 yang suka buat pinjaman bank, lagi besar gaji lebih besar pinjaman mereka. nak renovate rumahlah, tukar kereta barulah, shopping dengan kredit card bla bla bla...

Oleh itu, tinggalkan meminjam dari bank2 ini, tak kiralah bank konvensional atau 'bank islam', dedua sama saja haram. Dan ajar juga kepada anak kita, riba' tu haram. Semoga anak-anak kita menjadi insan yang soleh dan solehah dan kita tak senasib pakcik dan makcik tu.

Memang hari ini kita akan dikatakan pelik, bodoh dsbnya kalau tak buat pinjaman bank. Tapi fikir2 balik siapa sebenarnya bodoh, orang yang menentang hukum Allah atau yang mengikut hukum Allah walaupun perit. Benarlah kata nabi, Islam datangnya asing dan akan kembali asing.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com


saya setuju jadi Kalau boleh elakkan meminjam dari bank


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-01-09 10:05


Hal ini terjadi bila mana mereka tidak tahu mengenang budi...Tak ingat segala susah payah ibu bapa membesarkan mereka dari sekecil tapak tangan sehingga sebesar gajah...Rezeki yang mereka perolehi tak diberkati kerana itulah hidup sentiasa terbeban....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

_norlidahashim_
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.09.2008
Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-01-09 13:09


MENGARUT dan MUSTAHIL!!!!

WAKE UP PLEASE....
apa nak JADI NI...
moga kita semua tak tergolong dalam golongan yang lupa daratan dan tak bersyukur...amin


-----------------
Terima kasih Allah untuk segalanya


Bookmark and Share

    


  Member Information For _norlidahashim_Profil   Hantar PM kepada _norlidahashim_   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-01-09 17:09


teruklah mereka ni. buat apa kereta sampai 3 biji tu. then tak payah nak pinjam bank kalau tak penting....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 04-02-09 10:20


salam..keredhaan Allah bergantung keredhaan ibu bapa...bagaimana nak dapat keredhaan hidup kalau sampai mak ayah pun tuntut sampai mahkamah..jadi betul lah, seorang anak belum tentu mampu menjaga jasa ibu bapa nya sebagaimana ibu bapa menjaga anak dengn baik walau anaknya 8 orang...

Akal yang dkurniakan oleh Allah tu d jaga dengn berfikir secara baik, hati yang dianugerahkan untuk d nikmati dengn kasih sayang...gunalah akal dan hati dengn baik untuk mencari keredhaan Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-09-09 15:09


:-) Assalamualaikum


    Semoga kita semua dijauhkan dari perkara sebegini....insyaALLAH...apa yang saya nak sentuh adalah penderhakaan kepada kedua ibu bapa...sebagaimana yang kita maklum...redha ALLAH terletak kepada redha kedua ibu bapa kita terhadap kita...dan menderhaka kedua ibu bapa termasuk dalam dosa-dosa besar...nauzubillahimin zalik...

Saya percaya...jika banyak mana pun gajinya..tidak akan cukup tanpa adanya keberkatan dan keredhaan ALLAH dan ibu bapanya...menghalau ibu dan bapa dari rumah...tak bagi nafkah...sedih dengar cerita sebegini....duhai anak-anak...sewaktu kecil dikau ditatang...dibesarkan dengan penuh kasih sayang...tiba waktu dewasa...dikau membuang ibu bapa dan dengan penuh kedaifan mereka menyara hidup....

    Saya nak kongsi satu cerita...kisah ini berlaku depan mata saya...seorang anak membawa si ibu ke tempat mengundi...si ibu ini buta celik...anak ni menyuruh ibunya berlakon seolah-olah tidak buta...kerana anak ni malu bila orang ramai melihat ibunya buta...maka si ibu berjalanlah perlahan-lahan sambil mengikuti langkah anaknya...saya yang melihat terus menyapa dan memimpin tangan si ibu(saya kenal dua beranak ini)...tapi saya ditegur oleh si anak ini supaya jangan memegang tangan ibunya..."biarkan mak jalan sendiri,nanti orang tengok" katanya...saya yang geram terus sedarkan si anak tadi tentang tanggungjawabnya sebagai anak....Kenapa nak malu dengan keadaan ibunya yangg buta...walau dibuat endah tak endah...namun saya puas hati bila dapat menegur perangai si anak yang biadap dan agak kasar dengan si ibu...dalam masa yang sama...saya sedih Kenapa anak-anak zaman sekarang tidak menghargai ibu dan bapa mereka...sedarlah...di luar sana ramai anak-anak yang dahagakan kasing sayang ibu dan bapa....malah ada diantara mereka yang tidak kenal ibu bapa sejak dilahirkan...

     Semoga kita tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh dan solehah....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-11-09 00:12


betul cakap pepatah...
"biar mati anak, jangan mati adat"
yup...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 06-11-09 08:32


Lawak sistem kapitalis ni...

Mereka tidaksebenarnya mengiktiraf tanggungjawab anak menjaga ibu atau bapa. Tidak ada peruntukan undang-undang yang mewajibkan seorang anak menjaga ibu bapa. Dalam kes ini, mahkamah hanya dapat mengambil tindakan berhubung hakmilik tanah dan seolah ada penipuan berhubung isu tersebut. Mahkamah sebenarnya tidak ada hak untuk mengambil tindakan sekiranya seorang anak tidak menyara ibu bapa mereka.

bukti nyata bahawa sistem kapitalis ini tidak mengiktiraf tanggungjawab anak memelihara kedua orang tua mereka adalah mereka tidak membenarkannya pemotongan kos pembiayaan ibu bapa dalam cukai pendapatan. Malah sekiranya seseorang menyara adik-beradik, ia juga tidak diiktiraf dalam cukai pendapatan. Ini kerana pada pandangan kapitalis, ia bukanlah tanggungjawab langsung seorang anak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-11-09 09:21


Pada 22-01-09 16:06 , setanggi_syurga83 posting:

!!! QUOTE !!!

Ish2..apa sudah jadi dengan dunia..ibu bapa sampai terpaksa bawa ke mahkamah..anak-anak pula selamba kata tak cukup duit...tak paham den :roll: :-?



betul...ni lah akibatnya kalau anak-anak tak mengenang jasa ibu bapa..susah sabngat ke nak jaga mereka...tak fikir ke macam mana ibubapa membesarkan mereka dr kecil sampai masuk u...sampai berjaya


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-11-09 09:51


Keputusan mahkamah berkenaan kes ini semln...

Anak Derhaka: Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat

Oleh Hussain Said
[email protected]

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.
Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.


-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

tr_champ
Warga Rasmi
Menyertai: 18.07.2004
Ahli No: 10134
Posting: 1
Dari: disini

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-11-09 10:38


kes seorang pensyarah, bukan orang xngaji.tapi itu salah satu tanda mnunjukkan beberapa perkara sistem pendidikan kita :
1. menggalakkan orang bersijil tapi untuk berilmu belum pasti
2. terpelajar tidak bererti terdidik
3. penekanan aspek kognitif saja tidak mencukupi untuk mendidik insan

Bookmark and Share

    


  Member Information For tr_champProfil   Hantar PM kepada tr_champ   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12984 saat. Lajunya....