Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
It is possible to fail in many ways...while to succeed is possible only in one way.
-- Aristotle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 21 hari yang lalu
nur_takwa88: 26 hari yang lalu
kismis: 27 hari yang lalu
qaulah_atrah: 38 hari yang lalu
muaz9768: 42 hari yang lalu
Rashdin: 48 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: saya sedih...jodoh belum sampai


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» saya sedih...jodoh belum sampai

Please Mendaftar To Post


Oleh saya sedih...jodoh belum sampai

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 11:11


saya sedih ..jodoh belum sampai...saya dah ada calon..kami dah berkwan hampir 3 tahun.tapi memang duit kahwin jadi masalah utama. tapi mungkin saya kena lebih bersabar..
Ada apa-apa doa tak..yang saya boleh amalkan...agar hati dan prasaan ni lebih bersabar..
saya selalu menangis.. bila jelous tengok org kahwin, dapat jemputan kawan kahwin..
saya dah 29 tahun ni...


-----------------
puteri_adam


Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 11:20


yina tak perlu bersedih... memang perlu banyak bersabar.. Allah sebenarnya nak uji kita... Insyaallah jodoh yina akan sampai... Banyakkan ibadah kepada Allah... doa dan doa... saya tak sure apa doa-doa khusus.. tapi yang penting doa, usaha dan tawakal...


-----------------
Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya
http://www.luqiem.my-ads4bucks.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 11:27


syukran Luqiem
saya ada terbaca tentang awak nak pergi merisik ek..moga-moga sinar harapan menunggu awak di pihak sana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 11:32


saya ni..dah ada yang nak masuk merisik..tapi hati belum terbuka untuk menerima org lain dalam hidup..
famly pernah nak paksa terima lamaran seorang lelaki.. dr KL ..dia anak org berada (anak datuk) tapi ...saya saya tak terbuka..
dan kini saya masih lagi menunggu lamaran dari calon yang menjadi puluhan hati saya
kadang-kadang buat saya pening ...betul ke tindakan saya...setia dan simpati dan sabar menunggu lamaran dari calon pilihan saya

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 12:47


dah buat solat istikharah... untuk menentukan pilihan yina atau ibubapa yang lebih baik?

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

adeq3101
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.07.2008
Ahli No: 34183
Posting: 45
Dari: S.T.P

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 13:19


sabarlah,kurang-kurang yina dah ada kawan..sama-sama usaha...kalau dia boleh bersama susah senang ok lah...kita pun lebih kurang yina juga...lagilah risau ni,kawan pun xd..papun jodoh d tangan yang kuasa...kita buat mana yang termampu..USHA DOA TAWAKKAL...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adeq3101Profil   Hantar PM kepada adeq3101   Quote dan BalasQuote

nizam_maniz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.02.2008
Ahli No: 32740
Posting: 65
Dari: S'gOr-terGaNu-M'kA

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 13:27


Salam..

Rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan semua adalah dibawah kekuasaan Allah swt..

Kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha, doa dan tawakkal untuk mendapat yang terbaik dalam hidup kita..

Insya Allah..

Janji Allah itu pasti..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nizam_manizProfil   Hantar PM kepada nizam_maniz   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-01-09 14:20


salam
kawan?...

bagaimana tu,boleh ke kawan dulu...
maaflaa ana rasa inila antara faktor2 yang menjadikan at dan perasaan bermain2 saja teringat2 kat kawan saudari..

sedangkan saudari sendiri belumpasti si dia adalah jodoh saudari kan..

kalau tak jadi bagaimana pula..
boleh tak saudari menangggung keadaan tersebut..

Indahnyer ajaran agama yang terlebih dahulu melarang kita daripada bercouple sebelum kawin..

maaf kalau cara ana ni agar kasar
inila reality sekarang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-01-09 15:03


AMbe pun sokong ikrimah tapi bila dah terlanjur kita kena tetapkan hati...cuba buat istikharah..lepas itu tengok mana jodohnya..hmm lagi satu kalau tak ada pun tak ada masalah..tengok macam mana Rabiatul Adawiyah walaupun Hasan al Basri nak masuk minang sebab matanya dia sanggup buang matanya kerana cinta pada Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

cahaya_hearty
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2009
Ahli No: 36619
Posting: 72
Dari: nEgeri adAt pErpatih

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-01-09 16:22


emm...
saya panggil kak yina boleh ek?
sebab saya lagi mude..hehe
kak,kadang-kadang jodoh ni kita tak nampak...
buat apa nak tunggu benda yang belum pasti..
kalau org yang nak merisik akak tu elok imannya dan baik akhlaknye baik akak terime..
tapi sebelum tu buat solat istikharah + doa + tawakal..
bukan apa kak..
sekarang ni perempuan lagi ramai dr laki...
akak beruntung sebab dah ada pun org yang nak merisikkan..
hehe...
sekadar pandangan..Sorry kalau akak tak suka..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_heartyProfil   Hantar PM kepada cahaya_hearty   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-01-09 16:42


hm...k.yina...saya paham kesedihan tu tak boleh nak dikontrol...tapi jangan lah k.yina terlampau layankan sangat sedih tu...akak kena yakin dengan Allah...bila roh ditiupkan didalam jasad kita...4 perkara yang memang telahpun ditetapkan salah satunya adalah jodoh...tak perlu bersedih kerana jodo datang lambat..tiap perkara yang berlaku ada hikmahnya...tak ada jaminan mereka yang kwen awal akan bahagia...betul tak...yang pasti sekarang ni semua jawapan ada pada Allah...so k.yina dekatkan diri dengannya..mudah-mudahan k.yina dapat jawapan dan kepastian tentang hidup ni dengan lebih jelas...insyaAllah ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 00:46


tak tahu nak komen.. keadaannya sedkit sama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 26-01-09 04:27


Pada 22-01-09 11:11 , yina posting:

!!! QUOTE !!!

saya sedih ..jodoh belum sampai...saya dah ada calon..kami dah berkwan hampir 3 tahun.tapi memang duit kahwin jadi masalah utama. tapi mungkin saya kena lebih bersabar..
Ada apa-apa doa tak..yang saya boleh amalkan...agar hati dan prasaan ni lebih bersabar..
saya selalu menangis.. bila jelous tengok org kahwin, dapat jemputan kawan kahwin..
saya dah 29 tahun ni...



kasihan yina..boleh baca kat sini ye http://ukhwah.com/viewtopic.php?topic=39874&forum=75

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 10:03


kalau jodoh tak kemana kan...memang agak jeles bila tengok kawan-kawan kahwin.....tapi apa nak buat kita ada perjalanan hidup yang berbeza...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-01-09 12:20


Pada 22-01-09 14:20 , ikrimah posting:

!!! QUOTE !!!

salam
kawan?...

bagaimana tu,boleh ke kawan dulu...
maaflaa ana rasa inila antara faktor2 yang menjadikan at dan perasaan bermain2 saja teringat2 kat kawan saudari..

sedangkan saudari sendiri belumpasti si dia adalah jodoh saudari kan..

kalau tak jadi bagaimana pula..
boleh tak saudari menangggung keadaan tersebut..

Indahnyer ajaran agama yang terlebih dahulu melarang kita daripada bercouple sebelum kawin..

maaf kalau cara ana ni agar kasar
inila reality sekarang..

:kelip: ana pun sokong ikrimah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 15:14


salam...
syukran..buat kawan-kawan semua..yang sudi bagi pandangan, nasihat untuk akak..
sekarang ni...fikiran makin kliru..
insyaALLAH... solat hajat dan istikharah akan akak buat untuk tentukan semua ni..
syuran semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 15:17


syukran luqiem, yuhada ,ikrimiah,adik, lat-terang, cahaya_hearty, anshu, syemarly, hafeezul, shimaku dan erwina...
syukran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 15:29


.. kadang-kadang aku pun terfikir juga Kenapa jodoh aku belum sampai.. cuma aku berfikiran positif.. pasti ada sebab Kenapa aku belum dipertemukan jodoh lagi.. dan aku berfikiran mungkin sebab utamanya aku masih belum mampu untuk memikul tanggungjwab sebagai ketua keluarga.. kerana diri aku ini masih banyak yang perlu diperbaiki.. jadi kenalah sentiasa bersangka baik dengan ketentuan ALLAH.. insyaALLAH akan sampai masanya nanti.. :malu:.. malu pula aku bila berbicara soal jodoh2 ni.. hehe:lol:.. tapi manusia lumrahnya ingin disayangi dan dikasihi oleh insan yang bergelar suami/isteri..

.. buat saudari yina bersabar ye.. ALLAH suka org yang bersabar.. berdoa banyak-banyak.. biar lambat jodoh asalkan jodoh yang lambat itu akan membahgiakan kita dunia akhirat dari jodoh yang awal tapi tidak menjanjikan kebahagiaan buat diri kita.. jangan sedih2:welcome:..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 11:01


Pada 26-01-09 15:29 , kakisamun posting:

!!! QUOTE !!!

.. kadang-kadang aku pun terfikir juga Kenapa jodoh aku belum sampai.. cuma aku berfikiran positif.. pasti ada sebab Kenapa aku belum dipertemukan jodoh lagi.. dan aku berfikiran mungkin sebab utamanya aku masih belum mampu untuk memikul tanggungjwab sebagai ketua keluarga.. kerana diri aku ini masih banyak yang perlu diperbaiki.. jadi kenalah sentiasa bersangka baik dengan ketentuan ALLAH.. insyaALLAH akan sampai masanya nanti.. :malu:.. malu pula aku bila berbicara soal jodoh2 ni.. hehe:lol:.. tapi manusia lumrahnya ingin disayangi dan dikasihi oleh insan yang bergelar suami/isteri..

.. buat saudari yina bersabar ye.. ALLAH suka org yang bersabar.. berdoa banyak-banyak.. biar lambat jodoh asalkan jodoh yang lambat itu akan membahgiakan kita dunia akhirat dari jodoh yang awal tapi tidak menjanjikan kebahagiaan buat diri kita.. jangan sedih2:welcome:..



hehe...kelakar lah kakisamun ni...malu2 pula... :-D ...tapi hambe still setuju dengan pandanganmu...buat k.yina dunt ever give k...u not alone...we're here with u..cewah..gambate kudadai!! hait :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

miss_zai
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.01.2009
Ahli No: 36672
Posting: 62
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 13:06


Bersabarla yina..akak ni pun tak kahwin lagi ... ehehe cool adik..cool ... semua org nak bahagia..ada pasangan dalam hidup..ada baby ... letakkan sepenuh kepercayaan pada Allah ...perbaiki diri ... sabar ..tabah dan tak putus doa kepada Allah ..kalau nak usaha cari lelaki..kak zai dah tak buat..ehehe...akak pasti andai ada jodoh ..Allah akan buka kan jalan ... kalau ujung tahun ni tak ada jugak jodohnye..akak akan ikhtiar mandi munge ..tapi tak jumpa tok moh lah.. akak pergi Darus salam ...jumpa perawat akak..ehehe lex2...sabar dik ... kuatkan semangat ok ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_zaiProfil   Hantar PM kepada miss_zai   Pergi ke miss_zai's Website   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 13:52


salamun alaik..
bersabarla ye akak.setiap org dah ditentukan Allah jodohnya.cuma lambat atau cepat saja.janganlah bersedih..yang penting banyakkan berdoa,lakukan amalan2 sunat..banyakkan bersangka baik dengan Allah..insyaAllah kalau dah ditakdirkan jodoh akak dengan kawan akak pasti akan kawin juga kalian..lakukan istikharah kalau mahukan kepastian..insyaAllah akak akan lebuh tenang nanti.. :-) 2 yang ana dapat nshtkan..ana pun tak ada pengalaman lagi..muda lagi..huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 16:10


sabola kak ye:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 17:06


apapun banyakkan bersabar dan bertawakal,kalau nak kawin pun buat majlis kecil-kecilan,ataupun nikah dulu, mungkin dapat kurangkan perbelanjaan duit.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 19:21


syukran semua... betul cakap mis zai...mungkin ina kena lebih bersangka baik dengan Allah.. kata-kata semangat dan nasihat kawan-kawan semua...sedikit sebanyak membantu dan menyedarkan saya betapa saya perlu yakin pada Allah.. dan sentiasa melakukan amalan2 yang bantu saya untuk diberi petunjuk..

mungkin ini adalah perjalanan hidup saya ..yang perlu saya lalui dengan tabah kerana Allah..
syukran...syukran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 27-01-09 20:00


Kita kena didik diri kita supaya bersangka baik dengan ALLAH. Sudah pasti ada hikmah ALLAH tetapkan sesuatu untuk kita.

Impian hampir semua org untuk mendirikan rumahtangga. Tak mungkin manusia yang normal tidak mahu berkahwin. Asalkan diri sudah berusaha termasuk berdoa then biarlah ALLAH tentukan.

yang pasti ada sebab Kenapa ALLAH memberi ujian kepada hambaNya. marilah kita belajar didik tabah dan bersangka baik terhadap ujian ALLAH. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 28-01-09 08:57


Assalamualaikum,

Mudah-mudahan dipermudahkan Allah.
Amin.

Apa pun, jangan lupa memohon restu / redha mak ayah,

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 28-01-09 11:37


salam
saya pun ada masalah jodoh tapi saya malas nak pikirkan.yang baik datang dr Allah dan yang buruk dr saya.mungkin sikap saya yang mahu kerja tetap dan membalas jasa ibu bapa saya before kawin..Allah mendengar permintaan saya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 11:43


BERJAYALAH ORANG YANG MEMBERSIHKAN NAFSUNYA

Allah Taala telah berfirman:
Maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan nafsunya dan kecewalah orang yang mengotori nafsunya." (As Syams: 9-10)

Tuhan menyebut di dalam ayat ini, siapa yang dapat bersihkan nafsunya dari mazmumah, dia akan mendapat kejayaan. Dia akan mendapat kejayaan di Akhirat. Tentulah dia juga akan mendapat kejayaan di dunia kerana setelah mendapat kejayaan di dunia dahulu, baru kita boleh dapat kejayaan di Akhirat. Kejayaan di Akhirat tentulah kejayaan mendapat Syurga. Mendapat Syurga itu ditentukan di dunia lagi.

APAKAH KEJAYAAN DI DUNIA?
Kejayaan di dunia itu ialah apabila kita boleh membersihkan nafsu dari mazmumah iaitu dari sifat-sifat batin yang keji. Contoh sifat-sifat batin yang keji itu, yang besar-besarnya adalah seperti syirik, sombong, hasad, pemarah, tamak, bakhil dan lain-lain. Semuanya ada 10 sifat mazmumah yang besar. Lawannya iaitu sifat mahmudah yang besar pun ada 10. Itu sudah selalu kita perkatakan.

Mengapa Tuhan kata siapa yang boleh bersihkan nafsunya maka dia berjaya di dunia? Bagaimanakah yang dikatakan berjaya di dunia itu? Kita tahu berjaya di Akhirat itu akan mendapat Syurga. Berjaya di dunia itu bagaimana pula?
Yang dimaksudkan berjaya di dunia itu adalah:

1. Apabila seorang itu berjaya membersihkan nafsunya dari mazmumah
Siapa boleh membersihkan nafsunya dari mazmumah, dia boleh berjaya di dunia. Tuhan tidak katakan menang tetapi Tuhan sebut, "Qod aflaha... - " yakni berjaya. Asal perkataannya ialah 'falaha - ' (kejayaan). Sebab itu dalam bahasa Arab, petani itu disebut, 'fallah - ' iaitu sangat berjaya dan sangat berjasa. Dahulu, orang tidak berapa pandai berniaga, jadi petani dianggap orang yang sangat berjaya kerana mereka banyak mengeluarkan hasil. Sebab itu petani disebut fallah, menggunakan isim mubalaghah, iaitu sangat berjaya sebab mereka beri makan kepada rakyat. Petani bukan hanya menanam, dia juga bela kambing, kerbau dan ikan. Di zaman moden ini, orang yang berniagalah dianggap yang dapat kejayaan sebab mereka banyak dapat untung.

Jadi dalam ayat Quran ini Allah kata, siapa yang dapat membersihkan nafsunya daripada mazmumah seperti syirik, bakhil, pemarah, hasad dengki, riyak, ujub dan lain-lain, inilah orang yang mendapat kejayaan. Ertinya di dunia lagi sudah dapat kejayaan. Apakah pula kegagalan itu? Bagi yang tidak dapat bersihkan nafsunya, ertinya dia kekal dengan mazmumah. Itulah kegagalan. Oleh kerana dia kotorkan nafsunya dengan mazmumah maka dia dianggap orang yang gagal. Gagal yang bagaimana?
Nafsu ini jahat. Dalam ayat Quran, Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan." (Yusuf: 53)

Tuhan gunakan isim mubalaghah juga. Nafsu itu sangat jahat dan menyeru orang berbuat jahat. Bila nafsu sudah jahat, ia menjadi highway bagi syaitan untuk bergerak. Kalau highway tidak ada, syaitan jalan di tepi-tepi sahaja. Bila ada highway, dia terus masuk ke dalam.

2. Apabila dapat tegakkan syariat
Apabila orang itu dapat membersihkan nafsunya daripada mazmumah kepada mahmudah, maka dia akan berjaya tegakkan syariat. Nafsu yang jahatlah yang menyebabkan orang tidak boleh tegakkan syariat. Nafsu bekerjasama dengan syaitan. Jadi berjaya itu ialah berjaya membangunkan syariat dalam hidup yakni berjaya berkasih sayang, jadi orang yang pemurah, yang tinggi kemanusiaannya, berjaya bekerjasama, berjaya bersatu padu, sanggup berjuang sedangkan nafsu tidak mahu berjuang, berjaya memberi maaf dan meminta maaf serta lain-lain lagi. Kalau mazmumah penuh bersarang di hati, semua ini tidak akan dapat dilakukan.

Jadi bila seseorang itu dapat bersihkan nafsunya maka dia berjaya yakni berjaya tegakkan syariat sebab nafsulah yang menghalangnya menegakkan syariat, dengan kerjasama syaitan.

Sebaliknya kalau kita tidak berjaya bersihkan nafsu, ertinya kita gagal. Gagal di dunia dan di Akhirat tempatnya di Neraka. Gagal berkasih sayang, gagal menolong orang, gagal bersatu padu, gagal simpati dengan orang susah, gagal berjuang dan lain-lain lagi. Rupanya syariat lahir dan batin tidak boleh ditegakkan kerana ada peranan nafsu yakni apabila orang lupa bersihkan nafsunya daripada mazmumah. Ramai orang sembahyang tetapi lupa hendak bersihkan nafsu dari mazmumah. Dia sembahyang hendakkan fadhilat dan pahala. Dia tidak terfikir hendak tumpaskan nafsu. Begitu juga buat haji, umrah kerana fadhilatnya besar. Tidak terfikir hendak tumpaskan nafsu.

Ertinya, walaupun seseorang itu banyak ibadah, wirid zikirnya dan lain-lain lagi tetapi selagi tidak boleh bersihkan nafsunya, dia dianggap gagal kerana gagal untuk bangunkan syariat dalam hidupnya sama ada syariat lahir mahupun syariat batin. Syariat lahir seperti yang dikatakan tadi iaitu berkasih sayang, bersatu padu, bertimbang rasa, suka tolong orang dan suka berkhidmat kepada manusia. Orang gagal untuk bangunkan syariat kerana dia lupa hendak perangi nafsunya, padahal tujuan ibadah-ibadah asas itu ialah untuk perangi nafsu. Soal fadhilat itu tidak perlu kita minta atau kita fikirkan. Itu hak Tuhan. Kalau kita tidak tahu fadhilat sesuatu ibadah, pun tidak apa. Apabila kita tidak tahu fadhilatnya, kita lebih ikhlas. Kalau tahu, nanti bercampur pula niat kita dengan niat hendakkan pahala yang besar. Ini lagi bahaya.

Kadang-kadang ada orang buat ibadah tetapi ibadahnya tidak mengubat nafsu. Tidak jadi ubat untuk buang mazmumah. Jadi orang yang tidak sanggup mengubat nafsu, yang mengotori nafsunya, yang tidak boleh buang mazmumah, dianggap gagal. Orang yang tidak boleh buang mazmumah ini ertinya dia tidak pernah berjuang. Orang fikir berjuang itu jihad Palestin, (melawan musuh lahir). Pernahkah orang yang hendak berpuasa terfikir, "Aku hendak puasa ini untuk tekan nafsu aku?" Yang orang fikir, "Aku nak puasa sunat Isnin Khamis ini untuk dapat pahala dan fadhilat." Dia sudah tertipu. Dia tonjol pahala dan sorok mazmumahnya. Mana orang terfikir buat ibadah itu untuk perangi mazmumah. Dia hanya fikir pahala. Itulah yang diajar oleh tok-tok guru kita. Kalau orang buat ibadah pun tidak ada cita-cita untuk perangi nafsu, lagilah orang yang tidak beribadah.

Lupakan sahaja soal pahala dan fadhilat. Ibarat kita makan gaji. Tidak payah kita fikir selalu tentang gaji. Kalau kita kerja dengan baik, majikan tentu beri gaji walaupun kita terlupa tentang gaji. Begitulah pahala dan fadhilat itu diberi Tuhan. Kalau betul, kena cara dan jalannya, Tuhan mesti beri. Tidak payah kita sebut atau kita fikirkan. Patutnya kita fikir, dengan ibadah itu sama ada wajib atau sunat, adalah untuk perangi nafsu. Sebab Tuhan kata, kalau nafsu tidak dibersihkan, kita dianggap gagal. Kalau gagal, dikira orang yang kecewa dalam hidupnya. Bila kecewa dalam hidup, di Akhirat akan masuk Neraka.

UNTUNGLAH ORANG YANG MEMBERSIHKAN NAFSUNYA

Siapa yang membersihkan nafsunya, inilah orang yang berjaya di dunia dan akan mendapat Syurga di Akhirat. Kejayaannya ialah berjaya bangunkan syariat lahir dan batin. Sebab yang menghalang manusia dari membangunkan syariat ialah nafsu dan syaitan. Bahkan sudah dikatakan tadi bahawa orang yang sembahyang, puasa dan orang yang naik haji pun gagal. Orang berjuang lebih-lebih lagi gagal. Kenapa? Kita lihat orang sekarang berjuang, dia baja nafsunya. Mereka yang militan bukan membersihkan nafsunya sebaliknya mereka suburkan nafsunya. Mereka adalah orang yang gagal melawan nafsu. Ertinya gagal membangunkan syariat.
Itulah yang Allah maksudkan dengan ayat: "Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan nafsunya dan kecewalah orang yang mengotori nafsunya."

Kalau orang Islam yang boleh beribadah, berjuang, boleh belajar pun gagal melawan nafsu, maka apatah lagi orang yang tidak beribadah, tidak belajar dan tidak berjuang. Tentulah lemas dalam nafsunya. Jarang orang berfikir hendak lawan nafsu. Orang hanya fikir pahala dan fadhilat. Tuhan tidak kata, siapa yang tidak dapat pahala itu gagal tetapi Tuhan kata kalau tidak boleh bersihkan nafsu, itu gagal. Orang yang tidak mampu maafkan orang, itu dari nafsu. Tidak simpati dengan kesusahan orang, itu juga nafsu. Tidak mampu hendak minta maaf sehingga rasa hendak minta maaf itu, jatuh wibawanya dan rasa macam hendak tercabut nyawa, itu juga dari nafsu. Padahal ianya mudah sahaja untuk dibuat tetapi kerana nafsu, terasa berat.

Benarlah Tuhan kata, siapa yang bersihkan nafsunya, adalah orang yang berjaya yakni berjaya menegakkan syariat dan berjaya ke Syurga. Siapa yang tidak boleh bersihkan nafsunya dianggap gagal sekalipun kuat ibadahnya. Gagalnya itu bermakna tidak mampu tegakkan syariat dalam hidup sama ada syariat lahir atau batin. Di dunia dia gagal. Tuhan tidak pandang ibadahnya, puasanya, hajinya, jihadnya sebab dia gagal. Dia gagal mendidik nafsu. Di Akhirat, orang gagal akan ke Neraka.

Begitulah lebih kurang tafsiran ayat tadi. Moga-moga kita boleh faham, boleh hayati dan boleh laksanakan dalam hidup kita. Moga-moga kita dianggap orang yang berjaya. Di Akhirat akan dapat Syurga. Sudah begitu cara Tuhan. Orang yang berjaya dapat Syurga. Orang yang gagal bersihkan nafsunya, dianggap gagal di dunia kerana gagal menegakkan syariat dan di Akhirat akan ke Neraka.
Moga-moga dari huraian ini, kita boleh dapat ilmu, boleh laksanakan dalam hidup kita dan moga-moga kita boleh jadi orang yang berjaya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

syift
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.12.2008
Ahli No: 36558
Posting: 49
Dari: Diatas Bumi yang Nyata....

Perak  


posticon Posting pada: 28-01-09 11:50


Pada 27-01-09 20:00 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Kita kena didik diri kita supaya bersangka baik dengan ALLAH. Sudah pasti ada hikmah ALLAH tetapkan sesuatu untuk kita.

Impian hampir semua org untuk mendirikan rumahtangga. Tak mungkin manusia yang normal tidak mahu berkahwin. Asalkan diri sudah berusaha termasuk berdoa then biarlah ALLAH tentukan.

yang pasti ada sebab Kenapa ALLAH memberi ujian kepada hambaNya. marilah kita belajar didik tabah dan bersangka baik terhadap ujian ALLAH. :)




betul-betul..sokong sangat dengan hafeezzul...maybe ada hikmah semua tu..kita saja yang tak tahu..
Kalau ada jodoh tu tak kemana..hanya yang Esa saja yang maha mengetahui... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syiftProfil   Hantar PM kepada syift   Pergi ke syift's Website   Quote dan BalasQuote

izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2006
Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 15:05


Pada 27-01-09 20:00 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Kita kena didik diri kita supaya bersangka baik dengan ALLAH. Sudah pasti ada hikmah ALLAH tetapkan sesuatu untuk kita.

Impian hampir semua org untuk mendirikan rumahtangga. Tak mungkin manusia yang normal tidak mahu berkahwin. Asalkan diri sudah berusaha termasuk berdoa then biarlah ALLAH tentukan.

yang pasti ada sebab Kenapa ALLAH memberi ujian kepada hambaNya. marilah kita belajar didik tabah dan bersangka baik terhadap ujian ALLAH. :)



betul-betul tu sokong sangat..berbaik sangka dengan Allah..jangan mengeluh dan putus asa untuk berdoa.Allah lebih mengetahui bila masa yang sesuai untuk jodoh itu sampai.kalau rasa sedih apa kata bangun qiam malam2..solat taubat,tahajud ,hajat dan istikharah,mengadu padaNya..dia pasti mendengar rintihan kita.bila kita melihat org yang sudah berumahtangga memang rasa sedih tapi bila kita lihat orang yang kurang bernasib baik daripada kita,kita akan jadi insaf dan tabah.sabar ya ukhti

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzahtulsakinahProfil   Hantar PM kepada izzahtulsakinah   Pergi ke izzahtulsakinah's Website   Quote dan BalasQuote

azah82
Warga Rasmi
Menyertai: 31.01.2009
Ahli No: 36983
Posting: 2
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 00:17


bersabarlah sahabat ku, sesungguhnya apa yang terbaik untuk diri kita telah di tentukan oleh Allah.jodoh telah ditentukan.sabar dan terus berdoa ye :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For azah82Profil   Hantar PM kepada azah82   Quote dan BalasQuote

azah82
Warga Rasmi
Menyertai: 31.01.2009
Ahli No: 36983
Posting: 2
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 00:24


" Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu,bila Dia tak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.. Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanya. Selamat menjalani kehidupan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azah82Profil   Hantar PM kepada azah82   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 01:40


salam...
hehe tak habis lagi kan topik ni..
kan..

bagi ana kak Yina tak payah nak runsing sangat bab ni..
kadang-kadang bila kita terlalu memikirkan perkara sebegini..
dalam tak sedar kita akan terlalai daripada tujuan asal kita diciptakan oleh Tuhan...
iaitu untuk beribadat kepada Tuhan..

ana tak nafikan perkara ini adalah fitrah kita sebagai manusia kan....
ana yakin kak yina sudah tau kan jodoh,ajal maut, rezeki kita adalah dalam ketantuan Tuhan kan..

jalan terbaik bagi ana untuk kak yina.. kita jagalah diri kita baik-baik..
patuh pada suruhan Tuhan...
usaha sekadar yang patut dalam landasan agama untuk menyebabkan terjadinya jodoh kita dan bertawakkalla pada Tuhan...
Tuhan itu bersama orang yang bersabar...yakinla kak..InsyaAllah.. ada jalan nanti...senyum sokmo...

wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-02-09 09:24


cadangan saya suruh nikah dulu...then buat kenduri bila dah ada duit...within 1 year pun ok....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

neoryzer
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.12.2008
Ahli No: 36407
Posting: 74
Dari: kelantan

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 16:18


bila dan siapa jodoh kita memang akan membuat kita sedih dan kecewa... Allah jua yang mengetahui.. kita mampu berdoa.. menanti.. dan terus bersangka baik dengan Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For neoryzerProfil   Hantar PM kepada neoryzer   Pergi ke neoryzer's Website   Quote dan BalasQuote

imannoraina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.08.2004
Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH

Kedah  


posticon Posting pada: 07-02-09 17:38


jangan difikirkan sangat..makin dfikirkan makin menyiksa perasaan sendiri.Jalani hidup ini dengan happy, pasti suatu hari nanti jodoh tu akan datang..Itu semua sudah dtakdirkan oleh Allah. :bunga:


-----------------
Tiada yang lebih bahagia dan bernilai selain mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH S.W.T


Bookmark and Share

    


  Member Information For imannorainaProfil   Hantar PM kepada imannoraina   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 21:57


Pada 22-01-09 11:11 , yina posting:

!!! QUOTE !!!

saya sedih ..jodoh belum sampai...saya dah ada calon..kami dah berkwan hampir 3 tahun.tapi memang duit kahwin jadi masalah utama. tapi mungkin saya kena lebih bersabar..
Ada apa-apa doa tak..yang saya boleh amalkan...agar hati dan prasaan ni lebih bersabar..
saya selalu menangis.. bila jelous tengok org kahwin, dapat jemputan kawan kahwin..
saya dah 29 tahun ni...

nasib kita pun sama.sama sangat.he..he..wang juga masalahnya..tapi bukan hantaran.

alhamdulillah,calon dan keluarga calon saya xmmberatkan saya tentang masalah hantaran.alhamdulillah.

semoga awak diprmudahkan ye.bincangla dengan keluarga perlahan-lahan..ubah pemahan masalah hantaran tu.pernikahan tu ibadah..xtajot k kalau anak berbuat dosa?bincang lah baik-baik ye.semoga allah mudahkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

kayu_Manis86
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2008
Ahli No: 35876
Posting: 65
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 08-02-09 09:28


Assalamualaikum

Jodoh tu kan ketentuan Allah..Kenapa perlu rasa gundah?Yakinlah pada takdir dan selalu bersangka baik dengn Allah..Belum tentu apa yang kita sangka baik itu betul-betul baik untuk kita dan belum tentu juga yang kita rasa tak elok 2 mendatangkan kemudaratan pada kita..Allah kan Maha Mengetahui..Anggaplah apa yang berlaku 2 sebagai jawapan dari munajat kita kepada Allah..:-)
Saya nak kongsikan emel yang abang saya bagi kat saya,betul-betul menginsafkan..Renungkan bersama..


untuk tatapan kita bersama...
Renungkanlah sedalam-dalamnya. . .

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka. Aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia ju ga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah
anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`


" Sesungguhnya pelindungku ialah Yang telah menurunkan Al Kitab (Al Quran) dan Dia melindungi orang-orang yang saleh"
- Al A'raaf : 196 -
- Salam Aidil Adha 1429H-
6 Zulhijjah 1429H


-----------------
Setiap mata yang terpejam tidak bererti ia tidur,
Setiap mata yang celik tidak bermakna ia melihat..


Bookmark and Share

    


  Member Information For kayu_Manis86Profil   Hantar PM kepada kayu_Manis86   Quote dan BalasQuote

minnie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-10-09 00:21


salam..
samalah kita..masih menanti jodoh..apapun,prbanyakkan solat hajat dan bsangka baik kepada Allah..insyaallah, Dia akan tunjukkan jalan..


-----------------
bersama meninggikan martabat ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For minnieProfil   Hantar PM kepada minnie   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 11-10-09 00:33


Ramai betul yang masih menunggu jodoh...uhuhuhu...ahahha...yang penting layan...kalau difirkan kan sangat..memang lah sedaih..tak ada org yang nak jadi sesuatu yang tidak baik..semu org mengingini suatu kehidupan yang bahagia,aman tenteram dan sebagai..tapi percayalah pada ALLAH...Dia yang menciptakan kita, dan Dia yang tahu apa yang terbaik pada kita..yang penting jangan putus asa dan berusaha memperbaiki dr sendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

neoryzer
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.12.2008
Ahli No: 36407
Posting: 74
Dari: kelantan

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-09-12 16:05


Pada 11-10-09 00:33 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Ramai betul yang masih menunggu jodoh...uhuhuhu...ahahha...yang penting layan...kalau difirkan kan sangat..memang lah sedaih..tak ada org yang nak jadi sesuatu yang tidak baik..semu org mengingini suatu kehidupan yang bahagia,aman tenteram dan sebagai..tapi percayalah pada ALLAH...Dia yang menciptakan kita, dan Dia yang tahu apa yang terbaik pada kita..yang penting jangan putus asa dan berusaha memperbaiki dr sendiri...


Tingkatkan usaha dan Doa... InsyaAllah dimudahkan...


-----------------
http://neoryzer.blogspot.com/


Daftar Unifi Online


Bookmark and Share

    


  Member Information For neoryzerProfil   Hantar PM kepada neoryzer   Pergi ke neoryzer's Website   Quote dan BalasQuote

helmirohayakassim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22154
Posting: 84
Dari: Setiu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-09-12 21:59


ajal maut jodoh pertemuan semuanya ditangan tuhan. Apa yang kita rancang tidak semua berlaku mengikut perancangan kita.yang penting positive thinking.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For helmirohayakassimProfil   Hantar PM kepada helmirohayakassim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126226 saat. Lajunya....