Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 253
Ahli: 0
Jumlah: 253




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bantuan dan Simpati
Topik: Mutiara yang hilang: Perginya Sayyidah Su’ad Tikhkhan rahimahallah


Carian Forum

Moderator: Administrator, sadiqah
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bantuan dan Simpati
    »» Mutiara yang hilang: Perginya Sayyidah Su’ad Tikhkhan rahimahallah

Please Mendaftar To Post


Oleh Mutiara yang hilang: Perginya Sayyidah Su’ad Tikhkhan rahimahallah

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 17-01-09 08:57


Sabtu, 17 Januari 2009 00:38

Bagi setiap dakwah itu ada pembawanya. Di antara contoh mereka itu adalah pembawa dakwah Hizbut Tahrir. Dakwah Hizbut Tahrir telah terbentuk di negara-negara Asia Tengah yang dimulai oleh Uzbekistan. Di sini tempat terbaik berkumpulnya ramai syabab yang ikhlas dan sedar. Pendirian mereka dalam pelbagai hal telah menampakkan kebenaran fikrah yang mereka bawa, kejelasan arah tuju dan perjalanan mereka ke hadapan. Dalam menegakkan pendirian, mereka telah mencatat kedudukan yang hampir menyamai para sahabat yang diredhai Allah Azza wa Jalla. Demikian juga, pendirian mereka boleh disamakan dengan pendirian yang ditampilkan oleh golongan umat yang terdahulu yang disebut oleh Allah Subhanahu wa Taala dalam kitab suci al-Qur’an. Mereka ini merupakan orang yang sabar dalam perkara yang hak. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama membaca kisah kehidupan mereka yang berlumba-lumba untuk mengikuti para sahabat. Ketika disebut riwayat perjalanan hidup mereka, dapat dirasakan seolah-olah kita sedang mencium bauan yang terbaik dalam dakwah. Ya Allah, sesungguhnya kami menyintai-Mu dan kami juga menyintai setiap amalan yang Engkau cintai. Demikian juga kami menyintai setiap orang yang bekerja untuk menghidupkan agama-Mu….Ya Allah, terimalah dari kami, Ya Allah sesungguhnya kami memohon kasih sayang-Mu. Ini adalah biografi ringkas seorang wanita dari Uzbekistan yang memberikan inspirasi dalam dakwah kami.


Sayyidah Su’ad Tikhkhan rahimahallah.

Beliau dilahirkan pada tahun 1935. Mempunyai anak seramai 8 orang. Kesemua anaknya ini telah dididik dengan didikan terbaik berdasarkan pengetahuan yang dimilikinya. Sebaik sahaja mengetahui bahawa Hizbut Tahrir mengajak orang kepada Islam dan belajar dalam halaqahnya, beliau dan anak-anaknya terus mengikuti halaqah tersebut. Beliau sangat terpengaruh dengan dakwah Hizbut Tahrir ini. Semua idea Hizbut Tahrir diterimanya dengan bersungguh-sungguh. Ketika tsaqafahnya telah matang, beliau menyertai saf Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir telah melakukan perubahan yang besar dalam kehidupan beliau dan anak-anaknya dengan penyertaan tujuh orang daripada anak-anaknya ke dalam barisan Hizbut Tahrir. Salah seorang anak lelakinya merupakan Naqib. Demikian juga, salah seorang anak perempuannya menjadi Naqibah. Keluarganya sahaja sudah menjadi satu hizb kecil. Setiap pertemuan keluarga menjadi seperti halaqah syahriyyah (pertemuan bulanan untuk membina tsaqafah-pent.). Setiap bicara antara mereka berkisar tentang konsep-konsep Hizbut Tahrir dan pemikiran-pemikirannya.

Puan Su’ad telah ditimpa penyakit yang menyebabkan kedua-dua kakinya lumpuh, tidak dapat digerakkan. Walaupun, dalam keadaan demikian, beliau terus melakukan muhasabah terhadap anak-anaknya serta memberi galakan kepada mereka untuk berdakwah dan melakukan ziarah maqsudah (terancang) dengan orang lain. Beliau mengirimkan cucu-cucunya kepada para wanita, dikumpul dan didakwahkannya. Dengan cara ini, mereka lah yang datang menziarahi beliau. Beliau mencari seramai mungkin mad’u (sasaran dakwah) dan membentuk halaqah-halaqah. Katanya kepada anak-anaknya: “Jika kedua-dua kaki ibu ini sihat seperti keadaan kaki-kaki kamu, tidaklah ibu akan tinggal dan duduk berdiam diri sahaja, bahkan ibu akan menziarahi orang ramai dan menyeru mereka”. Sekali dalam seminggu beliau akan mengumpulkan anak-anaknya, mengumpul mal (sumbangan terhadap perjuangan dakwah) daripada mereka, meneguh serta mendorong mereka untuk berdakwah. Beliau juga berpesan kepada mereka untuk sentiasa berada dalam kebenaran dan menyerukan kepada kebenaran itu tanpa merasa takut dengan kezaliman orang yang berbuat zalim serta celaan orang yang mencela.

Selepas tahun 1999, ketika si taghut Karimov melancarkan kekejaman ke atas syabab Hizbut Tahrir. Karimov telah menangkap Jaladuh, anak lelakinya dan mengenakan hukuman penjara ke atasnya selama 14 tahun. Anaknya itu sangat sabar menghadapi penyiksaan yang dikenakan ke atasnya di dalam penjara. Kemudian, anak perempuannya pula ditangkap. Ketika pengadilan dijalankan, anak perempuannya itu pergi bersama anak kecilnya (cucu Puan Su’ad) ke mahkamah. Ketika sidang sedang berlangsung, pihak polis bertanyakan kepadanya: “Mengapa kamu datang dengan membawa anak kecilmu?” Beliau menjawab: “Aku datang bersamanya dengan satu tujuan. Aku membawanya supaya dia mengenal si zalim dan si taghut. Apabila dia dewasa kelak, dia akan membalas balik (qisas) kepada si taghut itu”. Beliau sangat berani dalam berdakwah, menyatakan kebenaran serta menghadapi orang-orang yang zalim. Demikianlah pendidikan yang didapatinya dalam keluarganya. Semua anak-anaknya adalah orang-orang yang berani dan benar. Walaupun beliau dihukum penjara namun beliau tetap teguh. Ketika beliau di penjara, anak-anaknya tinggal bersama nenek mereka. Mereka dididik dengan didikan kepahlawanan. Mereka menghafal syair-syair dan idea-idea yang mendorong manusia agar beriltizam dengan Islam, menghadapi orang-orang yang zalim serta kehidupan para pendakwah. Semua itu diajarkan oleh Puan Su’ad kepada mereka. Ketika mereka melagukan syair-syair tersebut di masjid, orang ramai akan mengelilingi mereka kerana merasa kagum dan terkesan dengan mereka ini.

Puan Su’ad tidak pernah berputus asa dengan kebenaran dan tidak juga merasa lemah. Bahkan kehidupannya menjadi contoh keberanian dan contoh perjuangan menegakkan kebenaran di hadapan orang-orang yang zalim. Rahimahallah meninggal dunia dengan meninggalkan di belakangnya para satria yang terdiri dari anak-anak lelaki, anak-anak perempuan serta cucu-cucunya. Tidak tercatat baginya untuk dapat melihat sendiri berdirinya Khilafah. Mudah-mudahan anak-anaknya serta cucu-cucunya yang ada sekarang dapat menyertai penegakan rayah Khilafah serta hidup di bawah naungannya dan menyebarkan risalahnya ke seluruh dunia. Ya Allah, rahmatilah Sayyidah Su’ad Tikhhan dengan rahmat yang luas dan tempatkanlah beliau serta semua ahli keluarganya di syurga-Mu yang luas. Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110145 saat. Lajunya....