Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 39 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 49 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 50 hari yang lalu
eme86: 50 hari yang lalu
sunan-faqih: 55 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Bagaimana cara menegur


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Bagaimana cara menegur

Please Mendaftar To Post


Oleh Bagaimana cara menegur

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 08:36


adakah dengan cara menyindir?
perlukah aibkan orang yang aibkan orang lain?


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 09:06


Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat-nasihat yang baik-baik, dan bertukar fikiranlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik." (An Nahl:125)

Syeikh Muhammad Abduh (dalam Tafsir al-Manar, hanya III) menyimpulkan dari
ayat Al Qur'an di atas, bahawa dalam garis besarnya, ummat yang dihadapi seseorang pembawa da'wah dapat dibahagi atas tiga golongan, yang masing-masingnya harus dihadapi dengan cara yang berbeza-beza pula:

a. Ada golongan cerdik-cendekiawan yang cinta kebenaran, dan dapat berfikir secara kritical, cepat dapat menangkap erti persoalan. Mereka ini harus dipanggil dengan "hikmah": yakni dengan alasan-alasan, dengan dalil dan hujjah yang dapat diterima oleh kekuatan aqal mereka.

b. Ada golongan awam, orang kebanyakan yang belum dapat berfikir secara kritical dan mendalam, belum dapat menangkap pengertian-pengertian yang tinggi-tinggi. Mereka ini dipanggil dengan "mauidzatun-hasanah", dengan anjuran dan didikan yang baik-baik, dengan ajaran-ajaran yang mudah
difahami.

c. Ada golongan yang tingkat kecerdasannya di antara kedua golongan tersebut, belum dapat dicapai dengan "hikmah", akan tetapi tidak akan sesuai pula bila dilayani seperti golongan awam; mereka suka membahas sesuatu, tetapi hanya dalam batas yang tertentu, tidak sanggup mendalam benar.
Mereka ini dipanggil dengan "mujadalah billati hiya ahsan"; yakni dengan bertukar fikiran, untuk mendorong supaya berfikir secara sihat, dengan satu dan lainnya dengan cara yang lebih baik.

Maksud hadis:Kami diperintah supaya berbicara kepada manusia menurut kadar aqal (kecerdasan) mereka masing-masing" (Muslim)

maksud ayat
Maka dengan rahmat Allah engkau menjadi lemah lembut kepada mereka ,sekiranya engkau berakhlak jahat dan keras hati,nescaya larilah mereka dari kelilingmu. (Ali Imran :159)


sikap keras hanya boleh dialakukan dalam dua keadaan

1. di tengah-tengah medan perang, berdasarkan ayat dalam Surah At Taubah yang bermaksud: Perangilah orang kafir disekeliling mu dan hendaklah mereka menemui kekerasanmu.

dan

"Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka Jahannam. Dan itulah tempat kembali yang seburuk-buruknya.” ( At Taubah: 73)



2. dalam pelaksanaan hukum keatas yang berhak menerimanya, seperti pelaksanaan hukuman zina ,sila rujuk Surah An Nur ayat 2.

justeru itu tiada ruang keras dan kasar didlalam ruang dakwah ni

Sesungguhnya Allah Swt. lembut, dan menyukai lemah lembut dalam segala hal." (hari. al-Bukhari)

ok..nak menegur tu...kena lihat peringkatnya, kalau dah tak makan saman baru boleh bersikap keras.
dan kalau perbuatannya memberi kesan besar dan ia kena didedahkan untuk mengelakkan fitnah berleluasa, maka pendedahan itu perlu...kalau setakat masalah peribadi..harap boleh selesai sendirilah.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 10:55


penggunaan perkataan childish - salah sebab childish tu satu yang negatif sptutnye guna pkataan childlike ( refer to posting ukhwah tersesat;wawa_83 )

rasa nya kat ukhwah.com ni, Kalau buat anugerah, pasangan terhangat (atau terhangit ke..) memang wawa dengan mulya lah yang menang,ada saja topik hangat yang diposted..

pls do not be an attention seeker k..please lah.. muak nengok sesama ahli gaduh..erm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 10:56


memang apa yang saya posted tak atas tak ada kaitan dengan tajuk, tapi who cares?? huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 14-01-09 11:26


he..he..hhm..sebetolnya cara memahami dan berfikir positif tu adalah kunci untuk elakkan pergaduhan..berfikir positif dalam bahasa islamnya berbaik sangka..husnuzon..

cara menegur..:hhmm..
1-jangan mengungkit kesalahan or menyalahkan..sebab tak ada orang yang suka disalahkan..
2-pilih kata-kata yang paling lembut dan diiringi kata"maaf"
3-ucapkan or lafazkan kebenaran dari kesalahan(kebaikan yang sebenarnya ada pada diri orang yang kita tegur).contoh.."saya tau..sebenarnya awak tak nak melakukan kesalahan ni..dan saya tau..awak orang yang baik..hhmm..seterusnya.."
4-sampaikan bahwa anda melakukan tu/menegurnya sebab anda menyayanginya..
5-jangan didepan/dihadapan orang ramai...

insyaallah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 11:27


Pada 14-01-09 08:36 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

adakah dengan cara menyindir?
perlukah aibkan orang yang aibkan orang lain?



Pandangan dan syor... jika kurang sesuai abaikanlah

Menegur secara berhikmah

HIKMAH itu ertinya bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Di samping itu, adalah diharapkan teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat.

Sebagaimana maksud ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud bahawa kita dituntut untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar, iaitu mengajak kepada kebaikan (suruhan Allah) serta menjauhi kemungkaran (larangan Allah).

Justeru, membuat teguran berkenaan perkara yang berkaitan tuntutan hukum agama adalah perlu kerana perintah dan larangan Allah itu mengandungi kebaikan buat insan. Apabila hukum agama ditegakkan, maka ia bakal membuahkan kecemerlangan dan kemaslahatan umat.

Di samping itu, teguran juga dibuat berkenaan kesilapan yang tidak disengajakan. Umpamanya guru menegur murid yang melakukan kesilapan pengiraan dalam kerja rumah Matematiknya. Hal ini dilakukan demi mencapai kesempurnaan dalam pelaksanaan sesuatu kerja itu.

Walau bagaimanapun, hakikatnya kita hanya mampu berusaha menyampaikan teguran atau nasihat, manakala hidayah untuk menerima dan berubah itu adalah milik Allah. Allah jua Maha Pemberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya berasa kecewa atau putus asa andainya kumpulan sasaran kita tidak menerima teguran kita. Sebaliknya kita perlu berusaha menilai upaya menegur kita agar lebih berkesan di lain waktu.

Niat teguran untuk penambahbaikan

Dalam pada kita hendak melakukan teguran berkenaan sesuatu kesalahan, perkara pertama yang perlu dinilai terlebih dahulu ialah apakah maksud niat kita untuk melakukan teguran tersebut.

Adakah kita menegur demi menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik, atau adakah untuk membidas seseorang itu demi memalukannya? Dan adakah kita ada maksud tersendiri dalam menegur umpamanya demi memelihara kepentingan diri ataupun melepaskan kesalahan sendiri kepada bahu individu lain?

Andainya niat kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu teguran itu ditakuti bahawa keburukan yang bakal timbul kelak. Misalannya, hubungan menjadi renggang, kumpulan sasaran semakin hanyut dengan kesalahannya, ataupun mungkin menjurus kepada fitnah.

Tegas dalam santun

Santun dalam membuat teguran itu bermaksud kita menggunakan budi bahasa yang baik serta suasana yang kondusif untuk melakukan teguran. Dengan adanya santun, seseorang itu boleh membuka bicara dengan menanyakan keadaan individu sasaran itu, seperti adakah dia sudah makan atau sebagainya.

Kita juga boleh membaca riak muka orang yang ingin ditegur sama ada adakah dia berada dalam keadaan gembira, sedih, keletihan dan sebagainya. Melalui maklumat ini, kita mungkin boleh menilai sama ada ia merupakan waktu yang sesuai untuk menegur.

Namun dalam kesantunan melakukan teguran perlu ada ketegasan. Apa yang ditanggapi sebagai salah tetap salah, walaupun kadang kala pendekatan yang digunakan tidak popular atau tidak disukai oleh orang yang ditegur.

Di samping itu, kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa dapat mengawal emosi apabila menegur. Ini kerana apabila emosi dibiarkan menguasai diri, di kala itu bukan akal yang memandu percakapan atau perbuatan kita, sebaliknya nafsu amarah yang mungkin boleh mendorong kita melakukan sesuatu perkara yang di luar dugaan.

Aspek teguran juga perlu jelas, yakni merujuk kepada isu utama yang diperbincangkan. Teknik teguran XYZ yang dicadangkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Haim Ginott adalah sebuah teknik yang baik untuk dicuba dalam menegur.

Teknik tersebut mencadangkan kepada kita untuk menggunakan frasa berkenaan untuk menegur, "Apabila anda melakukan perkara tak, ia membuatkan saya berasa yang, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z".

Maka apabila sesuatu kesalahan itu ingin diperbetulkan, maka adalah baik untuk kita membincangkan kesalahan tersebut, dan bukannya menyentuh peribadi seseorang itu seperti melabelkannya secara rambang.

Suasana teguran itu juga mungkin bermanfaat jika berada dalam situasi kehadiran individu lain secara minimum, agar keaiban orang yang ditegur itu dapat terpelihara di samping menjaga kehormatannya. Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran tersebut.

Pengajaran buat insan lain

Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana sesuatu teguran itu dianggap akan lebih berkesan sekiranya dilakukan secara terbuka, iaitu dengan kehadiran atau pengetahuan orang-orang lain berkenaan teguran tersebut.

Ini kerana tujuan teguran tersebut turut mempunyai maksud pengajaran bermakna yang boleh diteladani oleh orang-orang lain agar mereka berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang serupa di samping memelihara kemaslahatan masyarakat umum.

Misalnya, seorang anak ditegur dan dimarahi oleh si bapa di hadapan anak-anak yang lain kerana si anak pulang ke rumah pada waktu lewat malam. Di sini anak-anak yang lain turut mendapat pengajaran agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Si bapa juga dapat menjelaskan pendiriannya secara tidak langsung kepada anak-anaknya.

Teguran yang bersifat umum

Sesuatu teguran itu juga boleh dilakukan secara umum yang diuar-uarkan dalam sesuatu perhimpunan atau melalui media tetapi tanpa menyebut secara terperinci berkaitan butiran teguran itu.

Sebagai contoh, nama dan kisah terperinci tidak dijelaskan sebaliknya hanya dibuat teguran bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Adalah diharapkan agar pihak yang ditegur itu dapat memahami bahawa maksud teguran itu ditujukan kepada dirinya serta menerimanya dengan lapang.

Di samping itu, mungkin akan ada individu lain yang pada asalnya bukan merupakan kumpulan sasaran tetapi turut berasakan bahawa teguran tersebut ditujukan kepada dirinya. Maka itu adalah satu bonus dalam mengguna pakai kaedah teguran ini yang boleh juga bersifat serkap jarang.

Bak kata pepatah, "sesiapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya."

Kesimpulan

Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Justeru kita disyariatkan untuk saling mengingati antara satu sama lain. Dalam pada kesediaan kita untuk menegur kesilapan orang lain, kita juga harus bersedia menerima teguran orang lain terhadap diri kita.

Bagi yang menerima teguran, tidak dinafikan ia begitu pahit diterima dan belum tentu benar atau salah sifatnya, namun tidak seharusnya teguran tersebut ditolak secara mentah-mentah hanya kerana tidak selari dengan pendirian kita atau kerana ia datang daripada pihak yang tidak disukai.


Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

Addin_Shah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.01.2009
Ahli No: 36668
Posting: 25
Dari: selangor

thailand   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 11:42


Tegur tanpa berhikmah akan menyebabkan orang yang kena tegur tu, bukan saja tak berubah, tapi lebih 'heart sick'!! So, tak ada di dalam kamus Islam menegur seseorang dengan suara yang tinggi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Addin_ShahProfil   Hantar PM kepada Addin_Shah   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 12:32


Assalamualaikum

Kita nak tegur orang, kita kena puji dia dulu... cakap kebaikan dia, kekuatan dia, keistimewaan dia.. lepas itu baru kita tegur...

Yang ni tips motivasi dari yang pakar dalam bidang tegur menegur...

Example: Awak memang baik, suka tolong orang, pandai ambil hati, bla bla bla (puji dia banyak sikit)... tapi, satu saja yang saya tengok awak ni... (time tu tegur lah apa yang kita nak tegur) ...

Insyaallah, tapi dengan hikmah!!!

;-) ;-)


-----------------
Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya
http://www.luqiem.my-ads4bucks.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 12:32


Assalamualaikum

Kita nak tegur orang, kita kena puji dia dulu... cakap kebaikan dia, kekuatan dia, keistimewaan dia.. lepas itu baru kita tegur...

Yang ni tips motivasi dari yang pakar dalam bidang tegur menegur...

Example: Awak memang baik, suka tolong orang, pandai ambil hati, bla bla bla (puji dia banyak sikit)... tapi, satu saja yang saya tengok awak ni... (time tu tegur lah apa yang kita nak tegur) ...

Insyaallah, tapi dengan hikmah!!!

;-) ;-)


-----------------
Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya
http://www.luqiem.my-ads4bucks.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 14-01-09 12:43


Hihi .. :-D Suka ditegur suami .. Susah nak dapat suami penyabar macam yang Wawa dapat .. :-D ALHAMDULILLAH ..

Cara tegur berhikmah .. Wawa seorang yang keras hati ... dalam kepala pun macam ada batu tapi .. kalau ikut step yang mulya bagi tu .. ALHAMDULILLAH, Wawa rela pendamkn kemarahan d hati @ berdiam diri dari terus2an bergaduh buang masa ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 12:54


Pada 14-01-09 12:32 , Luqiem posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Kita nak tegur orang, kita kena puji dia dulu... cakap kebaikan dia, kekuatan dia, keistimewaan dia.. lepas itu baru kita tegur...

Yang ni tips motivasi dari yang pakar dalam bidang tegur menegur...

Example: Awak memang baik, suka tolong orang, pandai ambil hati, bla bla bla (puji dia banyak sikit)... tapi, satu saja yang saya tengok awak ni... (time tu tegur lah apa yang kita nak tegur) ...

Insyaallah, tapi dengan hikmah!!!

;-) ;-)



ye,saya pun suka bila ditegur begini... hehe.. walaupun ditegur begitu begini tapi bila disusuli dengan ayat-ayat manis.. terus sejuk saja hati.. si penegur tidak risau dan rasa bersalah,dan kita yang ditegur pula tidak berasa malu..maybe semangat balik dan berazam untuk mengubah agar diri menjadi lebih baik..

kalau nak tegur secara perli-memerli ni,tolongla.. sekadar angin lalu saja.. lagipun dilihat tidak berhemah pada pandangan saya. dan paling pentingnya,saya lagi paham bila org tegur secara berdepan daripada sindir menyindir serta perli memerli..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

shezrin
Warga Rasmi
Menyertai: 14.01.2009
Ahli No: 36753
Posting: 9
Dari: klumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 13:46


apa yang kita lakukan di dunia akan mendapat pembalasan....tetapi pembalasan akan di perolehi di dunia dan di akhirat...juga mungkin apa yang berlaku adalah pembalasan dari kesilapan kita,...terimalah dengan reda...ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian....itulah pegangan hidup shez

Bookmark and Share

    


  Member Information For shezrinProfil   Hantar PM kepada shezrin   Quote dan BalasQuote

nur_awatif174
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.03.2008
Ahli No: 32840
Posting: 62
Dari: bangi,selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 14:01


orang yang tegur secara baik,mengatakan tentang kesalahan kita merupakan orang yang berani....terutama jika dia sahabat kita, maka dia merupakan sahabat yang baik...
tetapi jika dia suka mengata tentang kesalahan orang lain, maka jauhilah dia..kerana tidak mustahil dia juga akan melakukan perkara yang sama pada kita...cari lah sahabat yang berani menegur kita andai kita melakukan kesalahan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_awatif174Profil   Hantar PM kepada nur_awatif174   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 14:04


kalau ditegur untuk kebaikan jue, jue tak kisah........bila kita ditegur kita akan tahu dimana kesilapan dan kelemahan kita....dari situ kita akan cuba perbaikinya....

yang menegur biarlah niat itu niat yang betul untuk kebaikan org yang kita tegur , bukan untuk memburukkan atau mengaibkan mereka....


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 14:07


Pada 14-01-09 14:01 , nur_awatif174 posting:

!!! QUOTE !!!

orang yang tegur secara baik,mengatakan tentang kesalahan kita merupakan orang yang berani....terutama jika dia sahabat kita, maka dia merupakan sahabat yang baik...
tetapi jika dia suka mengata tentang kesalahan orang lain, maka jauhilah dia..kerana tidak mustahil dia juga akan melakukan perkara yang sama pada kita...cari lah sahabat yang berani menegur kita andai kita melakukan kesalahan....


betul tu ..kalau ada sesiapa yang nak mengeur saya..tegurlah melalui PM..nak maki pun tak mengapa....


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 14:34


Biasalah kan bila orang ada tegur kita, mesti kita terasa juga... tapi nak buat macam mana... orang tegur kena terima dengan hati yang terbuka... sepatutnya kita ucap terima kasih kat orang yang tegur kita tuu... sebab ada juga yang tegur kita...


:berfikir: so tegur2 lah saya yang hina lagi dhaif ni sekiranya ada salah dan silap yang tak tersengaja di buat... :-(


-----------------
Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya
http://www.luqiem.my-ads4bucks.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 17:13


tegurlah dengan kata-kata yang manis dan sopan..cara yang lembut..jangan sampai org yang kita tegur tu malu atau terasa hati..tegur biar kena pada tempat..mungkin kita dengan dia sahaja..tegur dengan cara tak terus..contohnya ada maksud yang tersirat melalui kata-kata kita tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 18:12


bagaimana kalau ada kes ini seseorang yang membuka keaiban orang lain sedangkan orang2 tahu keaiban seseorang tersebut tapi senyap sajalah sebab "keyakinan" siapa yang tutup keaiban orang lain Allah akan tutup keaiban dia
tapi seseorang tersebut "mengada2", kita tak tahan..cakap begitu begini
kalau hanya dengan buka keaiban dia tu boleh "tutup" mulut dia
bolehke buat begitu demi "menutup" mulut dia?


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 18:15


Pada 14-01-09 12:43 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Hihi .. :-D Suka ditegur suami .. Susah nak dapat suami penyabar macam yang Wawa dapat .. :-D ALHAMDULILLAH ..

Cara tegur berhikmah .. Wawa seorang yang keras hati ... dalam kepala pun macam ada batu tapi .. kalau ikut step yang mulya bagi tu .. ALHAMDULILLAH, Wawa rela pendamkn kemarahan d hati @ berdiam diri dari terus2an bergaduh buang masa ..


alhamdulillah moga berkekalan lah sifat2 macam itu, insyaAllah..



Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

wirrna
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.12.2008
Ahli No: 36544
Posting: 31

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 19:00


adakalanya perlu juga berkasar dalam soal menegur ni terutamanya kepada seseorang yang sanggup menghina bekas isterinya dan tanpa rahsia mendedahkan kisah rumahtangganya kepada orang yang tidak dikenali. semata-mata mahu kisahnya diketahui umum bahawasanya isterinya seolah-olah seorang yang tidak berperikemanusiaan dan hanya dia seorang di pihak yang benar. Wirrna bersimpati dengan bekas isteri seseorang itu, dan tak hairanlah jika isterinya minta diceraikan.

Jika terus dibiarkan tanpa teguran yang sebigini, pasti akan ramai lagi rakan-rakan yang akan mengetahui kisah rumahtangga yang sepatutnya dirahsiakan dari pengetahuan umum, dengan mem"pm" org yang tak dikenali semata-mata nak menceritakan kisah rumahtangganya sendiri., malah menghina wanita lain yang tidak dikenali.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wirrnaProfil   Hantar PM kepada wirrna   Quote dan BalasQuote

srikandi_khaulah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2007
Ahli No: 30520
Posting: 139
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 15-01-09 01:12


tegur? erm...betul tu. tegur seseorang biar dengan cara yang berhikmah.

Tapi kena tengok lah jenis orang juga. Kalau slow talk pun tak reti bahasa, mungkin boleh beralih ke strategi yang lain. Mungkin dengan membuat seseorang itu tersentak lantas mengalirkan air mata di atas teguran yang agak berdesing di telinga, dia bisa mengerti. Allah Maha Berkuasa.

(Adaptasi pengalaman sendiri... semoga Allah merahmati dia yang telah ku biarkan teresak dalam tangisan tertekan....natijahnya dia berubah hampir 80%-kira 'A' lah kan?) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_khaulahProfil   Hantar PM kepada srikandi_khaulah   Pergi ke srikandi_khaulah's Website   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-01-09 09:10


Bismillah..

setiap dari kita punyai kelemahan sendiri...
kadang-kadang kita tak sedar pun apa yang kita lakukan itu adalah kesilapan..
macam tu jugak sahabat kita..
cuma persoalannya macam mana kita nak menegur setiap kesilapan yang dilakukan itu...

perbetulkan niat...
kalau kita nak tegur dia dengan niat nak mngaibkan..lupakan hasrat tu..sebab..ingat..Allah tak pernah 'diam' dalam urusanNya...

niatlah tegur kerana nak sedarkan dia dr kesilapan..demi kebaikan dia..insyAllah...kalau kita tegur dan sampaikan dengan ketulusan hati..akan sampai jugak pada hatinya..dan buatkan dia berfikir...seterusnya berubah ke arah yang lebih baik...

teringat kalimah indah, FirmanNya...

" ajaklah manusia ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan dengan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih Mengetahui siapa yang sesat dijalanNya dan Dialah yang lebih Mengetahui siapa yang mengikut petunjuk"..( Surah an-Nahl : 125 )

wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 12:51


Macam mana ye kalau orang yang kita nak tegur tu memang tak makan saman. Tak boleh ditegur langsung.. Jika ditegur,memberontak lah jawabnya..kita pulak yang dikatanya.. huhu parah juga ni.. nampak mudah tapi susah sebenarnya... :roll:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 12:56


susah juga bab menegur ni

ada masa paling susah menegur kawan baik sebab takut melukakan hati


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 14:34


kadang-kadang nak tegur anak hamba yang kecil pun susah......apalagi nak menegur org dewasa memang payah tapi kalau menegur untuk kebaikan, apa salahnya.....kita sayangkan saudara-saudara kita, jadi tidak salah jika kita membetulakn kesilapannya samaada yang dia sengajakan ataupun tidak.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 15:49


tegur cara baik... selitkan segala hikmah yang ada

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 16:03


Pada 14-01-09 08:36 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

adakah dengan cara menyindir?
perlukah aibkan orang yang aibkan orang lain?



jawapan zulman dah cukup rasanya.

sesuatu teguran itu, perlu berkadar terus dengan suasana pada masa tu dan sifat seseorang. sangat betul.

==

cara nak tegur tu takpa lagi.. tapi, kalau dah ditegur tapi jenis yang tetap nak menegakkan pendiriannya dan tak boleh nak mengalah tu, macam mana pula ye? senang cerita degil lah. dan rasa dia seorang sahaja yang betul....

tak boleh nak mengalah dan degil tu takpa lah lagi kut, tapi tambah lagi yang kalau dah ditegur, di samping tak boleh nak mengalah dan mendengar nasihat orang lain, dia juga kuat menjawab dan berhujah2 lagi selepas itu. ini lagi susah. so macam mana pula ye?

hohoho

p/s: kalau saya, saya tinggalkan jert kut.... huhu


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 18:09


bukan mudah nak cari kekuatan memberi teguran kepada orang lain. Selalu fikir banyak kali. semoga saya dapat kekuatan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

quratulbalqis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30090
Posting: 47
Dari: sErEmbAN

malaysia  


posticon Posting pada: 21-01-09 10:07


SALAM ALAIK..macam kat tempat ana,,fenomena couple makin main jadi2.. satu hari ni,ada seorang sahabat ana menegur dengan cara memerli dengan mbacakan sepotong ayat AL QURAN (JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA)..tapi niatnya hanya 1-amar makruf nahi mungkar-..tiba-tiba ada seorang sahabat ana cakap "bukan ke tegur dengan cara memerli tak cium bau syurga".. persoalannya sekarang,,adakah kita dibolehkan tegur dengan cara begini??

Bookmark and Share

    


  Member Information For quratulbalqisProfil   Hantar PM kepada quratulbalqis   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-01-09 12:27


Mengaibkan org bukanlah caranya hendak menegur,mungkin mesejnya sampai tapi meninggalkan kesan negatif pada psikologi dan kadang-kadang tidak memberi inspirasi,motivasi kearah kebaikan.. Kita kena paham aura yang positif akan menghasilkan tindak balas positif..tegur cara baik akan berikan perubahan yang baik(insyaallah)..tegur cara perli,tengking,sumpah seranah,ungkit mengungkit akan hasilkan perubahan negatif juga....lebih buruk jika org itu tidak berubah,menjadi lebih buruk, atau hilang keyakinan diri(ini lagi bahaya)..elakkan guna kata-kata kesat,sumpah seranah,menghina ketika menegur.gunakan nada suara yang sederhana,lembut(jika boleh),tapi tegas(ehehehe)..jelaskan tujuan,berikan dorongan dan cadangan..bukan setakat menyalahkan saja tanpa memberi jalan penyelesaian....sekian pendapat.. :-)


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-01-09 07:09


uish kalau guna sumpah seranah "menegur" itu dah bukan menegur tu

ada orang yang sangat pedas sindiran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-01-09 09:00


Pada 14-01-09 12:32 , Luqiem posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Kita nak tegur orang, kita kena puji dia dulu... cakap kebaikan dia, kekuatan dia, keistimewaan dia.. lepas itu baru kita tegur...

Yang ni tips motivasi dari yang pakar dalam bidang tegur menegur...

Example: Awak memang baik, suka tolong orang, pandai ambil hati, bla bla bla (puji dia banyak sikit)... tapi, satu saja yang saya tengok awak ni... (time tu tegur lah apa yang kita nak tegur) ...

Insyaallah, tapi dengan hikmah!!!

;-) ;-)



cara teguran seperti ini memang baik...so tak ada lah yang di tegur tu terasa hati sangat kan...dia akan berfikir secara logik tu..memang ok sangat idea ni sahabatku... :welcome:
apapun cara teguran anda gunala pendekatan yang positive...fikir-fikirkan selamat beramal....


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 11:36


Pada 14-01-09 17:13 , adieq85 posting:

!!! QUOTE !!!

tegurlah dengan kata-kata yang manis dan sopan..cara yang lembut..jangan sampai org yang kita tegur tu malu atau terasa hati..tegur biar kena pada tempat..mungkin kita dengan dia sahaja..tegur dengan cara tak terus..contohnya ada maksud yang tersirat melalui kata-kata kita tu..


betul tu...tegurlah secara berhikmah dan tidak menyakiti mana-mana pihak...


-----------------
http://www.dapatwang.com/?id=laila82


Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 11:53


memang payah kita nak tegur org ini... apatah lagi org yang kita nak tegur itu memang kepala besi.. bukan batu lagi da..
apa-apa pun kerja amar maaruf dan nahi mungkar perlu di teruskan..
walaupun pahit bagi kita. kita tidak mahu dipersoalkan...
kadang-kadang kan, masalah kita lagi.. Apabila buat maksiat ni ramai-ramai.. cammana nak tegur??? payah kan.. nak tegur nanti, kita pula yang kena.. macam kita pulak yang bersalah... Jadi tegur lah dengan Tangan, Mulut, Hati.. Kalau kita berkuasa guna lah tangan untuk didikan... kalau tak dengan mulut hanya mampu berkata untuk memberi nasihat.. dan selemah2 iman hanya dengan hati supaya mengeji perbuatan yang meraka lakukan...
wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.145231 saat. Lajunya....