Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 25 hari yang lalu
nur_takwa88: 31 hari yang lalu
kismis: 31 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 46 hari yang lalu
Rashdin: 52 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Cerpen santai :: Paus dan Buntal


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Cerpen santai :: Paus dan Buntal

Please Mendaftar To Post


Oleh Cerpen santai :: Paus dan Buntal

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 23:21


"woi Paus! Cepatlah. Dah nak melekat punggung aku kat sini. Lambat betul!" Buntal terus menanti dengan perasaan yang bengang disebabkan bangang sekor ni..

Bersiap mengalahkan perempuan. Aku yang sememangnya cantik lagi comel ni pun tak make up macam dia. Menyusahkan betul!

Paus keluar dari rumah majikannya. Dah memang adat.. anak tukang kebun hanya boleh pergi dengan anak tukang gaji saja ke sekolah. Sementara tu, anak bos pulak akan pergi naik kereta setiap pagi.. hmmm.. kalau aku kawin dengan orang senang kan bagus. Tapi tak nak lah anak bos ni.. sombong nak mampus..

Kami berbasikal menyusuri jalan yang dah biasa kami lalu.. Paus ni seorang yang pendiam. Harap badan saja macam ikan paus tapi kalau orang ugut sikit.. dah kecut.. nak tak nak aku jugak yang kena defence dia.. sebab kalau dia balik rumah dan mak tengok ada lebam sana sini.. aku jugak yang kena.. apalah mak aku ni.. dia buat macam aku ni anak angkat pula padahal Paus tu cuma anak saudara dia saja.. tension aku..

"wei gemuk! Cepat lah sikit. Kayuh basikal macam tolak bas saja.. lambat nak mampus!"

"kejap lah Buntal. Aku rasa tayar basikal ni nak pancit lah. Angin dia macam kurang saja.."

Paus terus berhentikan basikal. Aku yang dah ada jauh dari dia ni pun kena turun dari basikal.. tayar basikal dia memang dah pancit lah..

"ha! Tu lah.. aku kata jangan makan banyak-banyak tapi kau degil. Sekarang tayar dan pancit. Nanti kalau aku kena denda sebab sampai lewat. Aku belasah kau balik rumah nanti".

Dengan muka yang kasihan, Paus terus menyeret basikal dia. Dia mula menyanyikan lagu nasyid 'Wanita' yang dinyanyikan oleh kumpulan Deharty.. dalam banyak-banyak perkara yang Paus buat, satu ni saja yang dia memang pandai. Menyanyi. Dan aku paling kagum dengan bakat dia mengaji. Merdu sungguh lagu yang dia alunkan bila mengaji.. kalau aku pulak, tak kena rotan tak sah. Mak cakap suara aku macam katak kalau aku menyanyi.. tapi taklah teruk sangat bila mengaji.. hehe

Kami sampai lewat pagi tu.. yang makin menyakitkan hati aku lagi adalah nama kami dicatat oleh si hidung tinggi iaitu anak bos.. actually, hidung dia tak tinggi pun, saja nak bagi perumpamaan saja.. hua3

"hari ni akan diadakan perhimpunan mengejut. So anda berdua akan didenda di hadapan semua pelajar. Hahaha" meluatnya aku tengok si hidung tinggi ni. Dah lah kering campur ketot. Sekali aku tendang karang melayang sampai tergantung kat pokok ketapang tu..

Mulut aku gatal saja nak melawan si ketot ni. Tapi belum sempat aku buka mulut, tangan si Paus dah menahan aku. Aku berpaling tengok dia.. dia senyum saja..

"kami minta maaf. Kami tau kami salah hari ni. Tapi tayar basikal aku pancit lah tuan muda yang handsome. Sorry ek.." aku tengok kasihan betul muka si Paus time tu.. nak gelak pun ada sebab tak pernah aku tengok dia berlakon seserius macam ni.. lagi satu kehebatan si Paus ni, dia memang pandai berlakon.. aku lupa nak bagi tau.. dia ni berapa kali dah menang dalam pementasan sekolah.. kagum aku sekali lagi.. hehe..

"ok lah kalau macam tu. Tapi ingat, lain kali jangan lewat lagi. Kalau tak aku bagi nama anda kat cikgu disiplin."

Paus terus mengheret basikal dia ke dalam sekolah. Tapi aku still berdiri kat depan budak sombong tu.

"anda apahal? Nak cari gaduh ke?"

" ishq.. mana ada. anda kan anak bos tapi aku rasa macam nak…" aku tengok kiri dan kanan. Line clear.. aku terus pijak kaki budak tu.. hahaha.. malang lah nasib dia pagi ni.. aku pakai kasut sukan yang tapak keras sebab ada pendidikan jasmani hari ni.. muka budak tu sebijik macam tempoyak basi waktu aku pijak kaki dia. Tapi yang herannya, Kenapa dia tak menjerit.. mungkin dah sakit sangat agaknya sampai suara pun dia telan sekali.. hahaha

Aku terus berjalan masuk ke kelas. Paus dah lama tunggu aku kat tepi tangga sebelum masuk ke kelas. Aku senyum saja bila dia tanya Kenapa lambat.. lepas ni aku nak lancarkan projek yang lagi besar.. tunggulah wahai dunia..

Waktu rehat baru saja bermula. Paus ajak aku pergi ke kantin untuk makan. Tapi aku malas. Lebih baik aku buat projek juta-juta aku.. hehe

Mula-mula sekali, bahan yang diperlukan adalah sepuluh ekor lipas, kemudian dicampur dengan lapan ekor cicak yang sudah dikeringkan bersama-sama tujuh ekor cacing dan akhir sekali kita akan letakkan di bawah meja Ariana, iaitu anak orang kaya yang berlagak merangkap awek kepada si hidung tinggi iaitu anak bos aku dan yang paling penting sekali adalah diletakkan di bawah meja Izwan iaitu si hidung tinggi tu..

Aku bukan apa, budak dua ekor ni suka hina aku dan Paus sebab kami menumpang kat rumah si hidung tinggi tu.. kalau ikut hati mak bapak aku, kami memang nak tinggal kat rumah lain tapi bapak high nose tu yang larang.. so kami ikut saja lah.. tapi lain dengan Paus, dia mana ada tempat tinggal lain. Mak dia pun dah uzur. So mak aku lah yang jaga mereka. Tapi monyet dua ekor ni tak paham.. main suka-suka saja hina orang..

So sekarang aku pun main suka-suka lah letak binatang-binatang kesayangan aku tu kat bawah meja mereka. Budak berdua tu patutnya berterima kasih kat aku sebab dapat hadiah hari valentine yang special macam tu. Susah-payah aku kumpul binatang-binatang tu semua tau..kah3

"arghhhh… apa ni Iz! Kenapa bagi hadiah macam ni kat Anne" air mata budak gedik tu terus mengalir. Takut agaknya. Ek eleh.. benda macam tu pun nak takut.. aku tengok Izwan masih pujuk si gedik tu. Aku rasa nak gelak berdekah-dekah saja tapi aku tahan sebab nanti kena syak pulak. Si Izwan tu belum tengok lagi kat bawah meja dia tu.. aku rasa dia pun menjerit juga nanti sebab dia ni takut cacing.. hehe

Cikgu mata pelajaran Bahasa Melayu masuk lima minit selepas tu.. Izwan terpaksa balik ke meja dia. Ni lah saat-saat yang memang dinantikan.. tiba-tiba..

"arghhhh.. tolong! Ada cacing.." Izwan lari lintang-pukang keluar dari kelas. Satu kelas gelak kat dia. Aku yang dah memang tahan gelak dari tadi terus gelak macam pontianak.. Cikgu pun tergelak sekali.. Cuma si Paus saja yang senyum dah asyik tengok muka aku. Aku rasa dia dah tau lah yang ni memang kerja aku.. tapi tak kisah, sebab dia bukan kaki report..

Memang lah Paus bukan kaki report, tapi si budak Izwan tu yang hidung tinggi tu pulak yang pergi report kat mak dia. Tak malu betul. Dah lah umur nak masuk lapan belas tapi still tingkatan empat. Tu lah.. aku rasa mak dia bagi makan semut agaknya kecik-kecik dulu, tu yang bodoh bertingkat-tingkat lebih daripada kami.. walaupun Paus sama umur dengan dia juga.. tapi Paus pandai.. Cuma Paus lambat masuk sekolah saja..

Mak dia, si Datin berlagak tu marah aku dan suruh aku minta maaf kat budak bangang tu. Malas aku. Mak bapak aku pun kena marah juga. Aku diam saja. Last-last si Paus yang mengaku dia yang buat projek juta-juta aku tu. Ni lagi satu.. pandai tak bertempat..

Mak Paus meninggal keesokan hari. Aku rasa bersalah sangat. Mungkin dia tak percaya yang anak dia ni nakal sampai sanggup malukan anak majikan dia.. dah lah Dato' yang bagi makan kat mereka tapi anak dia bagi malu Dato' pulak. Last-last Dato' hantar Paus pergi maktab tentera. Mak ayah aku pulak bawa aku balik kampung. mereka suruh aku sekolah kat kampung saja.

Selepas sembilan tahun….

"wei budak bisu! Cepatlah baiki motor aku. Lembap betul!" Amna hanya menganggukkan kepalanya. 'Aku tak bisulah bodoh!' marah Amna dalam hati.

"assalamualaikum. Boleh tolong tengok kereta saya. Saya tak tau Kenapa tak boleh start" kata Firdaus kepada seorang jejaka yang sedang membaiki sebuah kereta. Jejaka itu terus berpaling dan ambil sebuah buku nota kecil lalu menulis sesuatu.

'kereta kat mana?' buku tadi ditunjukkan kepada Firdaus.

"kat seberang jalan sana" kata Firdaus sambil menunjukkan jarinya ke kereta Nissan tak-Trail. Jejaka tersebut terus mengambil peralatan dan buku yang digunakannya sebagai perantaraan untuk dia menyuarakan sesuatu.

'kereta awak tak ada bateri. Lagipun ada benda dah rosak kat dalam ni. Kalau nak baiki, kena ambil masa. Mungkin esok baru siap.' Kata jejaka yang memakai cap merah tu..

"hmm.. tak apa lah kalau macam tu. Esok saya datang ambil"

Firdaus terus keluar dari situ sambil menelefon seseorang.

"Assalamualaikum Pak Lang. ni Firdaus. Saya dah sampai ni. Tapi kereta rosak lah. Saya ada kat bus stop ni. Boleh tolong ambik tak?"

Selepas lima belas minit baru Pak Lang sampai. Hmm.. lega aku. Dah lah panas ni..

"Pak Lang, ada tak budak lelaki yang bisu kat kampung ni?". Pak Lang terus mengalihkan kepalanya daripada menonton tv.

"setahu Pak Lang, tak ada. Tapi kalau perempuan tu adalah. Sepupu kamu. Amna. Dia kerja sekarang ni. Petang nanti dia balik. Kamu boleh lah jumpa dia"

'Ha! Amna bisu? Bila pulak? Setahu aku sebelum kami berpisah dulu dia masih boleh bercakap. Macam mana boleh bisu pulak? Tak apa, petang nanti aku jumpa dia'.

Usai solat Asar, Firdaus duduk di ruang tamu sambil membaca surat khabar.. 'hmmm apa dah jadi kat Malaysia ni.. sat-sat gaduh' keluhan terkeluar dari mulut Firdaus bila terbaca tentang HINDRAF. Tiba-tiba..

'prangg..' bunyi pinggan pecah di dapur. Firdaus terus pergi ke dapur untuk melihat. Mana tau agaknya Mak Lang pengsan ke..

"hish.. budak ni. Berapa kali aku nak cakap jangan bagi pecah pinggan kat rumah ni. Kalau macam ni perangai hang, nanti kita semua makan dalam tempurung tau! Dah lah bisu, menyusahkan orang pulak tu. Aku rasa mak bapak hang mati dulu pun sebab hang jugak!"

Aku tengok budak tu selamba saja kutip pinggan yang pecah dan dibuang ke dalam tong sampah. Dia terus masuk ke bilik di tepi dapur.

"Ha, Firdaus buat apa kat sini? Nak minum air ke?"

"tak lah. Saya nak tengok Mak Lang tadi. Ingat jadi apa-apa kat Mak Lang. sapa tadi tu?"

"tu lah sepupu hang. Amna. Dah bisu budak tu. Dulu boleh bercakap, tapi lepas mak ayah dia meninggal dalam kemalangan nak hantar dia mai sekolah kat sini, bila dia sedaq saja, dah tak boleh cakap bila kami kata kat dia yang mak ayah dia dah tak ada"

'Firdaus terdiam. Pak Ngah dan Mak Ngah dah meninggal? Bila?'

Malam itu Firdaus tidak boleh melelapkan mata. Fikirannya dipenuhi tentang Amna. 'macam mana rupa dia sekarang? Macam dulu lagi ke? Bulat macam ikan buntal? Ketot tapi lebih tinggi dari Izwan. Ala bukan tinggi sangat pun. Dia cuma duduk kat ketiak aku saja.. hehe

Firdaus bangun dari katilnya dan melangkah keluar dari bilik. Panas lah pulak malam ni..

Tiba-tiba dia terdengar macam suara orang menangis. Sapa pulak yang menangis pukul tiga pagi macam ni? Takkan hantu agaknya?

Suara tangisan tu macam datang dari dapur. Takkan budak lelaki tadi agaknya. Aku tak jumpa pun Amna petang tadi. Yang ada, macam budak yang kerja kat bengkel tempat dia hantar keretanya saja. Tapi yang tu macam lelaki. Siap pakai cap lagi. Tinggi pun tara ketiak aku juga. Firdaus mengintai dari pintu bilik yang terbuka sedikit. Budak perempuan tu membelakanginya. Rambutnya yang lurus hingga ke pinggang tu dilepaskan bebas.

'cantik rambut dia. Tapi Kenapa dia menangis?'

" mak, ayah.. Kenapa tinggalkan Amna? Paus pun pergi juga. Kenapa anda semua mungkir janji… kata nak jaga Amna sampai Amna tua.. sekarang Amna rasa sunyi.. Kenapa mak dengan ayah pergi cepat sangat. Amna selalu kena marah kat sini. Amna nak sambung belajar tapi Mak Lang tak kasi.. semua harta yang mak dan ayah tinggalkan untuk Amna mereka ambik.. mereka sara anak-anak mereka dengan duit Amna.. Amna nak belajar lagi…"

Firdaus terus membuka pintu bilik tu luas-luas..

"Amna?"

Amna terus berpaling. Mukanya yang merah kerana menangis makin cantik bila dia terkejut. Hmm.. makin lawa si Buntal ni..

"anda sapa? Kenapa masuk bilik aku ni?"

"Pak Lang kata Amna bisu? Tapi Kenapa sekarang boleh bercakap?"

"ikut suka hati aku lah. Mulut aku. anda sibuk Kenapa? Lagipun aku benci kat mereka!"

"tak baik macam tu. mereka yang bela Amna tau sampai besar.."

"mana ada. Aku yang bela diri aku sendiri. Ni rumah yang mak dan ayah buat untuk kami bukan untuk mereka. Depa datang menumpang saja tau. Lagipun selama ni aku kerja tau untuk makan!"

Muka firdaus terkejut. Tapi dia diam saja. Sekarang bukan masanya nak bertekak pasal rumah ni atau pasal kerja Amna. Tapi sekarang aku nak bawah si Amna ni pergi jauh dari sini dulu..
"ok.ok.. aku Paus. anda ingat tak kat aku?"

Muka Amna terkejut sekali lagi. Dia terus berlari dan memeluk Firdaus..

"Paus, anda pergi mana? Lama aku tak jumpa anda. anda mungkir janji.. anda kata nak jaga aku. Sampai hati anda tinggal aku kat sini.."

Amna terus menangis sambil menceritakan apa yang dah lama terbuku dalam hati dia selama ni. kasihan kat dia. Aku tak tahu pun yang selama ni dia menderita sampai macam ni. Dia kata kalau dia tak bagi duit kat Mak Lang, dia tak dapat makan.. petang tadi pun dia baru dapat makan sebab baru dapat gaji lalu diserahkan kepada Mak Lang.

"Kenapa anda tak lari saja dari sini? Kan mak dan ayah anda tinggalkan wang simpanan tu kat anda?"

"tak boleh. Sekarang buku tu ada kat Mak Lang. Dia simpan semua dokumen pasal harta mak dan ayah.."

Lama selepas tu Amna tertidur kat dalam pelukan Firdaus.. hmm.. budak ni.. macam dulu jugak. Mata tu boleh saja pejam kat mana-mana pun..

Keesokan harinya Firdaus bertemu muka dengan Pak Lang dan Mak Lang. mereka menafikan apa yang telah mereka lakukan kepada Amna selama ni. Firdaus tak puas hati. Takkan mereka ni tak tau dosa yang mereka akan dapat kalau makan harta anak yatim..

"oklah kalau Mak Lang dan Pak Lang tak nak mengaku. Tapi saya nak ambik Amna jadi isteri saya. Saya nak bawa dia pergi Kuala Lumpur. Kalau Mak Lang dan Pak Lang nak sangat harta tu.. Ambik lah tapi saya nak bawa Amna pergi jauh dari sini dan lepas ni jangan cari kami lagi"

Firdaus merenung muka kedua-dua orang tua tu sebelum berlalu pergi ke kedai yang Amna bekerja dan menceritakan rancangannya.

bersambung..


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 05-01-09 23:35


Apo eh?? poning kpale den baca. tak faham betul.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

are_dik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2004
Ahli No: 12567
Posting: 93
Dari: student

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 00:14


macam ada kucar lana sikit..hehehe..kenapa tak abeskan saja..manerlah tau boleh paham..hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_dikProfil   Hantar PM kepada are_dik   Pergi ke are_dik's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 10:08


sambungan lagi....
*lepas ni,tunggu den habis jawab exam dulu..baca rerelax saja,tak payah fikir complicated sangat..hehehe

********

"anda gila ke apa? Ada nak aku kawin dengan anda. Aku tak cintakan anda"

"bab cinta kita tolak tepi dulu. Sekarang ni anda jadi isteri aku dulu. anda ingat mereka nak lepaskan anda kalau anda tak ada ikatan apa-apa dengan aku. Lagipun lepas ni anda boleh sambung belajar. anda minat law kan? Nanti aku masukkan anda kat universiti yang aku kerja sekarang ni. Macam mana?"

"kita ada ikatan apa.. anda kan sepupu aku.. kira ada ikatan lah tu.."

"hish! Bengap lah anda ni. Aku maksudkan ikatan yang sah. Lepas ni kita pasang lawyer untuk ambik balik semua harta-harta anda? Nak tak?"

"ok lah kalau macam tu. Nasib baik aku ambik kursus kawin dulu.. tak sangka pulak berguna untuk emergency yang macam ni"

"ha! Bagus lah. Malam ni kita nikah. Aku pun dah buat balik semua dokumen yang penting untuk kita kawin ni"

"wow! Cepatnya anda. Mana anda tau kita memang ditakdirkan untuk kawin ni?"

"aku dah buat solat Istikarah lah. Muka anda yang keluar. Hehe.. lagipun aku tak nak anda jauh dari aku dah.. malas nak tanggung rindu yang membara kat dalam ni" kata Firdaus sambil menunjukkan tangan di dadanya.

"hah sudah! Jangan dok merapu. anda ni kalau mengarut mengalahkan orang tua yang dah nyanyuk"

Amna terus meninggalkan Firdaus yang masih gelakkan dirinya. Hisy.. dia ni pun, jangan lah usik aku sampai macam tu. Kalau kecik-kecik dulu lainlah. Sekarang aku dah besar lah.. dah tau malu bila orang cakap macam tu.. bengong betul!

"woi bisu! Hang dah boleh cakap ke? Bila hang kena sampuk ni? Macam mana boleh cakap?" tanya Budi, bos aku yang sememangnya mulut lancang tapi berhati baik. Cuma dia saja yang sanggup jadi kawan aku sejak aku tak nak cakap dengan orang kat kampung ni..

"aku tak bisulah selama ni. Cuma aku malas nak bercakap. Lagipun aku jumpa dracula malam tadi.. ni yang boleh bercakap dah ni. Aku cakap kat dia yang hang tengah tunggu perempuan cantik untuk dijadikan isteri. Dia kata malam nanti dia pos pontianak dia yang paling cantik untuk hang. Kalau hang dengar ada orang ketuk pintu hang 12 tengah malam nanti.. hang buka lah. lepas itu hang kirim salam aku kat dia tau… hahaha"

"cinabeng punya budak! Jaga hang. Malam nanti aku pergi rumah hang ketuk pintu bilik hang"

"Mai lah.. aku tak ada dah malam ni. Nak pergi KL. Jangan hang pergi ketuk pintu bilik Mak Lang aku dah.. hehe.. wei. Aku nak berhenti kerja tau. Aku minta maaf semua salah dan silap sejak aku kerja kat sini. Terima kasih atas semua yang dah hang ajarkan dekat aku.."

"hang nak pergi mana? Tak pa.. hang tak pernah buat silap apa pun kat aku.. aku halalkan semua ilmu yang aku dah ajarkan kat hang.."

"aku nak kawin malam ni. lepas itu aku nak sambung belajar kat KL. Nak ikut laki aku.. hehe"

Amna terus berlalu. Dia ingin segera pulang ke rumah dah menyiapkan apa yang patut untuk malam ni.. Firdaus kata mereka akan bertolak terus ke KL selepas akad nikah yang akan diadakan lepas Isyak ni. Amna membuka capnya dan uniform yang dipinjam untuk membaiki kereta selama ni. Sewaktu keluar dari stor selepas menyalin pakaian, Amna melepaskan rambut yang selama ini disembunyikan daripada pandangan orang lain.. bukan apa, takut ada yang berkenan nanti.. hehe

"woi, cantiknya rambut hang! Kenapa aku tak tau yang rambut hang panjang selama ni?"

Amna hanya berlalu sambil tersenyum sahaja. Hahaha. Aku bakal tinggalkan kampung yang banyak menyeksa aku ni.. bye bye wahai kampung yang aku memang tak pernah suka..

Firdaus terus memandu dengan laju malam tu. Aku tak sedar pun bila masa dah sampai kat kondo milik Firdaus ni. Yang aku sedar. Aku dah ada dalam bilik.. ishq.. macam mana dia boleh angkat aku? Tak berat ke? Ala.. tak kisah, badan dia memang besar dari aku, so tak hairan lah kalau dia boleh angkat aku sampai ke tingkat lima ni.. hehe

Firdaus balik ke rumah tengah hari tu. Dia membawa balik dua nasi bungkus. Aku telan dua-dua sampai habis.. lapar wei.. semalaman aku tak makan apa pun..

"woi! anda balun nasi aku sekali ke? anda ni memang tak berhati perut lah.. aku lapar gila ni.."

"lah.. anda punya ke. Aku ingat anda beli kat aku. Aku makan lah dua-dua. Tak apa nanti aku muntahkan balik.. hahaha"

"ee.. pengotor!" Firdaus yang baru keluar dari bilik air dengan bertuala sahaja terus berlalu ke biliknya.

"wei Buntal! Pergi siap cepat. Aku nak keluar makan. Kali ni anda tengok saja aku makan."

"tak nak. Aku nak order nasi ayam juga. anda belanja lah.. nanti aku pergi siap"

Amna hanya mengenakan seluar steng berwarna hitam yang panjangnya hanya atas sedikit daripada buku lali dan t-shirt lengan panjang berwarna putih dan diluarnya baju tanpa lengan berwarna merah. Rambutnya diikat ekor kuda di sebelah kiri kepalanya. Sebijik dan sejibik ditiru style pelakon korea. Firdaus pula mengenakan t-shirt berwarna putih dah seluar jeans hitam. Mereka berjalan beriringan ke McD.

"wei, anda nak makan apa. Aku malas nak makan nasi ar.. kita pesan burger lah.." kata Firdaus sewaktu beratur di hadapan kaunter.

"ikut anda lah. Aku tak pernah makan kat sini ar."

Keadaan menjadi senyap bila kedua-duanya bertemu dengan makanan.

"woi, makan elok-elok lah.. buat malu aku saja. Kalau student aku nampak aku keluar dengan anda, malu aku.. Ada ke bini aku makan comot macam anda ni" kata Firdaus sambil menyapu cili sos yang tertinggal di tepi mulut Amna.

"anda lecturer ke? Bila? Bukan anda tentera ke? Ala aku bukan nampak pun ada cili sos kat muka ni"

tiba-tiba..

"assalamualaikum sir. buat apa kat sini?" dua orang perempuan muda dalam umur belasan datang menegur Paus. Sapa ni? Anak murid Paus ke? Lawa lah jugak.. make up mengalahkan mak janda..hehe

"wa'alaikumussalam. Saya datang bawa adik saya ni jalan-jalan.. kenalkan ni Amna, adik saya.."

"hah! Bila Sir ada adik? Tak bagitau kami pun.. hai saya Suhana dan ni kawan saya, Zulaikha.."

"Ni adik sepupulah.. dia nak datang study kat sini" Firdaus cuba berbahasa.. nak tergelak pulak aku bila tengok dia jadi serius macam ni.. ye lah.. tadi perangai macam budak-budak sebab berebut burger dengan aku. Dia kata aku dah makan banyak dan burger ni tak elok untuk perempuan. Kepala hotak dia.. mana dia ambik falsampah yang mengarut tu pun aku tak tau..

Kedua-dua perempuan tu berlalu selepas bertegur-sapa. Paus terus menyambung perjalanan burger yang berada di dalam talam ke dalam mulutnya.

"Kenapa anda kata aku adik anda? Tadi bukan main kata nak cakap yang aku ni bini anda? Kenapa tak bagitau mereka?"

"malas lah.. nanti jatuh saham aku kat u tu.. sekarang ni aku dah jadi antara lecturer favourite tau.. kalau aku dah kawin, student-student aku mesti segan nak sembang dengan aku dah.. hehe"

"gatal! Cermin bilik anda pecah ke. Aku rasa student-student anda tu rabun tahap kronik ar.. anda suruh mereka pergi jumpa Dr. Kronik.. baru mereka tau yang anda ni sebenarnya lecturer yang menyampahkan bukan favourite.. kah3"

"amboi mulut.. dah beli insurans ke mulut anda tu? Nak aku tolong belikan? Ada ke patut kata aku yang kacak lagi macho ni menyampahkan. anda tahu, punya ramai yang beratur nak isi borang jadi pasangan hidup aku tau! Cuma aku saja yang baik hati sebab pilih anda.. berterima kasihlah sikit.. bukan apa. Aku kasihan kat anda.. aku rasa tak ada lelaki nak perempuan yang kasar macam anda ni.. dah lah tak tahu masak, kerja tidur saja.."

"woi mulut. Aku bukan tak tahu masak tau! Rumah anda yang tak ada apa-apa yang boleh dimasak"

"ok.ok.. lepas ni kita pergi beli barang-barang dapur"

Mereka terus pulang ke rumah selepas membeli barang-barang dapur. Malam tu, Amna hanya memasak gulai ikan masin serta sayur goreng kangkung dan sambal belacan. Mereka makan bersama-sama selepas selesai solat Isyak berjemaah. Malam tu kami bercerita pasal kecik-kecik dulu. Kata Paus, anak bos kami yang dulu tu and si Anne tu pun dah menikah juga.. dah ada anak dua orang lagi.. tak sangka mereka betul-betul bercinta. Aku ingat mereka tu memain saja..

"wei, anda masuk u yang tempat aku kerja minggu depan tau. anda masuk sekali dengan budak-budak yang berumur 18 tahun.. so buat-buat ar yang anda tu matured dah. Jangan buat perangai budak-budak juga.."

"ok apa perangai aku"

"ok apa?! Kalah anak dara. anda tu budak boleh jadi mak budak dah tau."

"kira ok lah macam ni.. kalau aku dah matured sangat, nanti kasihan kat anak aku, tak ada kawan.. kena kawan dengan orang tua bangka macam anda"

"ishq.. anda ni. Perangai teruk macam ni anda cakap ok? Ha tengok tu! Ada ke rampas ais krim aku. Tak elok tau. Kalau nak makan pergi lah ambil kat dapur. Ni tak.. nak ambil malas tapi makan nak!"

"anda ni kedekut lah.. ala.. aku gosok gigi lah hari ni.. lagipun aku ambil sikit saja..nah ambil balik!"

Amna memulangkan bekas ais krim itu kepada Firdaus dan terus berlalu ke biliknya.. mulutnya tak berhenti tersengih macam kerang busuk waktu tu.. hehe

"woi mangkuk! Sikit apa macam ni? anda telan sampai habis ais krim aku.. dah lah yang ni scoop paling last!"

"kira ok lah tu.. aku bagi balik bekasnya..hahaha" Amna terus menyambung gelaknya di dalam bilik.

Amna dimestikan untuk tinggal di asrama kerana dia adalah pelajar tahun satu.. Hmmm.. boring lah aku kalau macam ni.. tak ada orang yang nak gaduh dengan aku dah.. keluhan Paus tetap tidak mendatangkan apa-apa faedah.. hah! Apa kata aku pergi melawat dia? Tapi dia dah warning awal-awal jangan jumpa dia tiap-tiap minggu.. ishq, boring betul.. lagipun aku baru jumpa dia minggu lepas..

Tu lah budak ni.. yang pergi minat kos undang-undang tu Kenapa.. kalau dia minat kos farmasi kan senang.. tiap-tiap hari aku boleh jumpa.. ishq.. rindu lah. Hah.. jom kacau dia lah.. hehe

Lagu Separuh Masa nyanyian The Lima berkumandang di dalam bilik Amna. Tertera perkataan 'soulmate' di skrin telefo bimbitnya.. Ishq.. mamat ni lagi.. kacau betul! telefon lah petang-petang sikit.. ni baru kol sepuluh pagi.. Amna terus membiarkan telefonnya menjerit..

"woi Am! anda tak nak angkat ke telefon tu? Memekak saja. Kalau tak nak angkat, bagi aku cakap.. mana tau agaknya Shah.. boleh aku sembang.."

"anda angkat lah.." Amna terus menarik selimutnya menutup kepala..

"woi buntal! anda buat apa. Aku boring lah.. jom lah keluar.. aku belanja anda.. kalau anda nak baju yang aku tak kasi beli hari tu pun aku sanggup beli kat anda.. jom lah wei.. aku bosan tahap cipan ni.."

"hmmm.. assalamualaikum.. ni bukan buntal.. ni Siti.."

"oh ye ke? Sorry-sorry.. Amna ada?"

"wei Am, 'soulmate' telefon"

"anda kata aku tengah berak.. malas lah nak layan.."

"sian dia wei.. dia nak cakap dengan anda juga ni" Siti terus meletakkan telefon di telinga Amna..

"hello.."

"assalamualaikum sayang.. tak bangun tidur lagi? Sayang tidur kol berapa semalam?" suara romantik Paus berkumandang di telinga Amna.. dia ni apa hal? Gila ke?

" aku tidur kol tiga pagi lah.. anda nak apa ni?"

"woi buntal! Bangunlah.. temankan aku pergi jalan-jalan.. aku boring lah.. kali ni anda minta lah apa pun.. aku bagi.. lagipun aku baru dapat gaji ni.. jomlah.. please.."

"malas lah wei.. aku nak tidur ni.. badan aku penat lah.. macam nak demam saja?"

"hah! anda nak demam! anda siap sekarang. Nanti aku datang ambil. Kita pergi jumpa doktor." Paus terus meletakkan telefon. Aku tau anda tipu.. tu pasal aku cakap nak bawa anda jumpa doktor.. hehe

Amna terus terbangun dari tidurnya. Kacau betullah.. aku cakap aku demam pun nak kaco juga.. dasar tak reti bahasa..

********


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-01-09 11:01


Hmm..
ok lah juga cerita ni..
tapi kan.. sikap 'Amna' tu, tak menunjukkan kelembutan langsung, kurang ciri-ciri kewanitaan...hehee.. dia cakap pun guna 'aku' & 'kau'..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-01-09 06:51


Kereta milik Firdaus terus meluncur laju selepas Amna memasuki kereta itu.. Mereka menuju ke pusat membeli-belah. Usai menemani Firdaus bermain bowling, Amna terus menuju ke tandas serta memuntahkan makanan yang dimakan tadi. Wajahnya kelihatan pucat dan tidak bermaya.

"anda ok tak? Jom lah aku bawa pergi jumpa doktor. Teruk sangat ar keadaan anda ni.."

"tak apa lah.. jom lah pergi jalan lagi. Aku tak apa-apa ni. Cuma pening sikit saja. Tak cukup tidur agaknya.. lagipun aku tak beli lagi baju yang aku nak tu. Bukan senang anda yang kedekut ni nak belanja aku. Hehe"

Ketawa Amna kedengaran begitu tidak bermaya.. sedang dia melangkah meninggalkan Firdaus, badannnya terasa begitu lemah dan dia terus pengsan. Nasib baik Firdaus sempat menyambutnya dan terus membawanya ke klinik berdekatan..

"woi Firdaus! anda bawa sapa ni?cute lah" kata Saiful, doktor muda yang kebetulannya kawan seuniversiti Firdaus.

"Epol.. anda tolong rawat dia sekarang. Nanti aku story kat anda siapa dia ni.. anda jangan pegang lebih-lebih pulak.."

"ala jangan risau. Kalau ni awek anda. Aku tak kacau lah.." Saiful terus memulakan rawatan selepas Firdaus keluar.

Ishq.. budak ni. Aku ingat dia main-main saja demam tadi. Rupa-rupanya sungguh.. kasihan dia, dah lah aku dera suruh bawa banyak barang tadi..

Nama Firdaus dipanggil oleh jururawat yang berada di dalam bilik Saiful tadi. Wajahnya terlukis seribu tanda kerisauan..

"duduk Firdaus. Keadaan budak tu ok.. Cuma demam sikit saja. Aku bagi dia cuti dua hari. Kalau makin melarat, anda bawa dia datang balik. Aku takut dia kena denggi.. anyway, tu sapa? Risau bebenor anda kat dia? Tak pernah pun anda risau pasal perempuan sampai macam ni sekali.."

Pertanyaan Saiful hanya dijawab dengan senyuman Firdaus. Bukan dia tak tahu yang Firdaus ni boleh dikira sebagai golongan yang kuat iman bila kena goda dengan perempuan.. ni sah orang istimewa dalam hidup dia ni..


"adik sepupu aku lah.. dia datang study kat sini. Aku yang kena jaga dia sebab mak ayah dia dah tak ada dah.."

"ye ke.. tapi cara anda risau ni tak macam abang sepupu pun. Macam dia tu bini anda adalah.."

"ikut anda lah nak fikir apa.."

"ok lah. pergi tunggu kat luar. Nanti nurse panggil bagi ubat"
Firdaus terpaksa mendukung Amna sehingga ke kereta. Lena betul dia ni tidur..
Geram pulak aku tengok.. rasa macam nak cium saja.. hehe.. tapi terpaksa ditahan kerana tuan yang empunya badan belum bagi green light lagi.

Amna terkejut pada waktu petang.. 'kol berapa ni? Hah! Dah pukul enam? Alamak. Aku tak solat Asar lagi.. Zohor pun dah terlepas..'

Badan yang lemah dikuatkan juga untuk bertemu yang Satu.. Aku mohon maaf pada-Mu Ya Allah kerana terlepas satu waktu daripada appointment kita..

Amna meneruskan tidurnya lagi selepas selesai solat Asar dengan telekungnya sekali. Niat di hati nak tunggu solat magrib, namun badan yang kepenatan memaksa dirinya untuk tidur dahulu.. dan dia hanya sedar apabila bahunya digoncang oleh seseorang.

"Amna.. bangun.. makan. Aku dah masak kat anda ni. Makan lah sikit. Nanti anda kena makan ubat pulak" lembut suara Firdaus menyapa di telinganya.

"aku tak lalu lah.. kol berapa dah wei?"

"kol lapan malam.. makan lah sikit.."

"aku nak solat dulu. kejap lagi aku makan"

Firdaus sabar menuggu Amna selesai solat dan menemani Amna makan walaupun puas dipujuk Amna agar menghabiskan makanan.. namun yang kelihatan hanya gelengan..

Amna terkejut pada tengah malam dan termuntah di penjuru katilnya.. Firdaus yang terkejut dengan keadaan itu terus mendukung Amna ke bilik air.. ditemani Amna menghabiskan sisa-sisa makanan yang dimuntahkan.

"anda ok dah? Nak muntah lagi ke. Aku bawa anda tidur bilik aku lah.. senang sikit. kat situ ada bilik air terus. Dekat sikit kalau anda nak lari.."

Amna hanya mengangguk.. tak larat nak membantah..

Suhu badan Amna kebah sedikit pada keesokkan hari. Firdaus yang sedang memasak di dapur terkejut dengan kehadiran Amna yang sedang memangku kepala dan melihat ke arahnya.

"anda dah ok? Nak muntah lagi tak? Nak makan?"

"dah kurang sikit. anda masak apa? Pandai ke anda masak?"

"see the leg lah.."

"Kenapa? Kurap ke?"

"anda ni teruk lah.. baru baik demam sikit dah nak cari gaduh dengan aku.."

Amna hanya ketawa dan terus berlalu untuk mandi.. tiba-tiba dia memusingkan semula badannya dan menuju ke Firdaus lalu mencium pipi Firdaus yang sedang memasak..

"thank you.."

Firdaus yang tergamam terus berpaling namun Amna terlebih dahulu berlari ke bilik mandi..

"hantu punya budak.. busuk muka aku.. dah lah tak gosok gigi lagi.." kata Firdaus untuk menutup debaran di dada yang dapat dirasakan semakin kuat..

Di meja makan, Amna menyatakan hasratnya untuk pulang ke asrama. Katanya sudah banyak kelas yang tertinggal.

"tak boleh! anda rehat untuk sehari lagi. Esok aku hantar anda ke kelas" nada suara Firdaus terus berubah tegas apabila Amna tidak berhenti merengek nak pulang ke universiti..

Amna ke kelas seperti biasa. Badan yang lemah terasa semakin bertenaga apabila menghadiri kelas Mr.Cool iaitu Sir Azam.. Sir ni kacak dan tak pernah marah.. ni yang aku suka kat dia ni.. hehe.. bukan macam Paus.. selalu cari gaduh dengan aku.

*****


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

SinarNajmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31104
Posting: 40
Dari: putrajaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-01-09 16:40


assalamualaikum.....
wooo bestnya cerita.dah habis ke?
takkan agaknya.sambung lah lagi tak sabar nak baca ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SinarNajmieProfil   Hantar PM kepada SinarNajmie   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 00:32


Sedar tak sedar, sekarang ni dah masuk sem last aku duduk kat universiti ni.. umur pun dah lewat.. last week aku ada jumpa kawan time sekolah dulu.. semua dah kelek anak… Cuma aku saja yang still seorang.. aku bukan tak nak anak.. tapi nak minta kat sapa? Takkan Paus agaknya.. umur dia pun dah nak masuk tiga puluh satu.. tapi Paus memang suka budak-budak..

Tafsiran aku tersilap tentang Paus.. aku ingat dia memang tak suka kat aku dan cuma anggap aku sebagai adik dia.. tapi peristiwa dua hari lepas masih bermain-main di dalam ruang legar fikiranku.. dia menyatakan hasrat untuk menjadikan aku sebagai isterinya yang sebenar.. Cuma aku saja yang kata nak fikirkan dahulu..

"Amna.. aku dah dapat harta-harta yang mak ayah anda tinggalkan untuk anda.. sebenarnya aku. Aku…nak jadikan anda isteri aku yang sebenar selepas aku dapat balik harta-harta ni.. lagipun ni sem last anda.. aku teringin nak anak sendiri.. anda paham tak apa yang aku nak cakap ni?"

Aku tengok muka dia serius semacam saja.. actually.. aku tak paham apa yang dia cakap..hehe. Aku cuma gelengkan kepala..

"Ya Allah.. lembabnya anda ni.. macam ni.. lepas ni aku tak nak anda tidur asing-asing dah dengan aku.. aku nak minta tolong anda satu benda.. tolong benarkan anak aku hidup dalam perut anda tu.. macam mana? Paham tak lagi?"

Aku terus beliakkan mata.. mak aih.. berterus-terangnya mamat ni.. muka aku terasa panas gila waktu tu. Aku cuma angguk saja.. tapi aku cakap kat dia supaya bagi aku masa.. nasib baik dia cakap benda ni kat restoran, kalau kat rumah, dah lama aku lari masuk bilik dan kunci pintu.. tak keluar dah aku..hehe.. takut lah..

Hujung minggu tu Paus minta aku pulang ke kondonya. Dia cakap nak meraikan sesuatu.. tapi aku rasa bukan hari lahir aku dan dia.. sebab hari lahir kami lambat lagi. Aku sampai di rumah tepat pukul tujuh setengah malam.. hujan lebat petang tu.. bas pulak rosak.. aku malas nak susahkan Paus. So aku tunggu jugak bas yang lain datang.

Usai solat isyak, Paus panggil aku makan malam.. hmmm.. macam tau-tau saja yang perut aku lapar tahap cipan.. bagus betul mamat ni.. sedang menikmati hidangan malam itu.. Paus menyatakan hasratnya yang sudah lama dipendamkan..

"Amna.. Abang nak minta kebenaran Amna malam ni.."

Uhuk!uhuk!... tersedak aku.. Ya Allah.. bala apa pulak malam ni.. apahal dengan mamat ni.. tak pernah-pernah bahasakan dirinya 'abang'.. Kenapa tiba-tiba saja malam ni... otak aku ligat terfikir akan sebabnya. Adakah dia kena sampuk dengan apa-apa lepas balik dari uni tadi?

"hari ni genap empat tahun kita kawin. So abang nak Amna jadi isteri abang yang sebenar-benarnya malam ni dan lahirkan anak untuk abang.. boleh tak?"

Aku terus minum air dan berlari ke bilik aku. Pintu bilik ku tutup serapat mungkin lalu menguncinya.. lama aku berfikir.. Paus tak kejar aku pun tadi.. aku rasa dia main-main agaknya.. tapi Paus bukan yang jenis memaksa. Aku rasa dia bagi aku masa agaknya..

Hujan turun dengan lebat tengah malam itu.. fikiranku bercelaru.. separuh dari jiwaku menyuruh aku pergi kepada Mohamad Firdaus Azri, iaitu insan yang sudah lama bersabar dengan diriku ini.. separuh lagi mengatakan agar jangan pergi.. takut..

Akhirnya, bertemankan hujan dan angin pada malam itu. Aku beranikan diri untuk menyerahkan apa yang kujaga selama ini kepada suamiku..

Keesokkan harinya aku lihat Paus senyum saja sepanjang kami bersarapan.. seronok sangat lah tu..

"Abang nak roti tu.." kata Paus sambil menunjukkan tangannya ke arah roti bakar. Apahal dia ni.. bukan tak boleh ambil sendiri.. aku bagi jugak apa yang dia minta.. karang merajuk pulak..

Tengah hari itu kami keluar untuk membeli barang-barang dapur. Firdaus mengajak aku ke sebuah butik dan membelikan aku beberapa helai tudung dan selendang..

"kalau boleh abang nak Amna pakai tudung dan tutup aurat.. sebab abang rasa itu semua hak abang dan bukan untuk tatapan orang lain. Tapi kalau Amna tak bersedia lagi, tak apa. Abang tak paksa. Abang nak Amna berubah ikhlas sebab Allah dan bukan sebab abang"

Lembut suaranya ketika menegurku.. tipulah kalau aku kata tak terasa dengan teguran tu.. tapi tengoklah macam mana..

Hari Isnin tu, Paus terkejut melihat aku yang memakai baju kebaya hijau pucuk pisang dan tudung yang dia belikan hari Sabtu lepas. Aku hanya berjalan terus ke kereta dan menunggunya di dalam kereta.

Sampai di fakultiku. Aku terus membuka pintu dan ingin melangkah keluar.. tiba-tiba Paus memanggil namaku.

"tak nak salam dengan abang ke?"

Aku terus bersalam dengannya dan ingin segera berlalu.. lemas perasaanku bila melihat pandangannya.. aku dapat rasakan yang ada kelainan dalam lirikannya.. yang membuatkan aku berdebar-debar.. jatuh cintakah aku?

"cantik isteri abang hari ni.."

Hah sudah! Kan aku dah kata.. memang sah dia ni angau.. tapi tak apa.. aku suka.. hehe.

Seminggu selepas itu aku terima ajakan untuk makan malam oleh Mr.Cool kelas aku.. hai, tak pernah-pernah dia ni ajak aku makan, Kenapa tiba-tiba saja ni..

Ajakan itu aku khabarkan kepada Paus dan aku dapat rasakan yang dia berat hati untuk melepaskan aku pergi dengan Mr.Cool. tapi aku cakap, takkan nak tolak pulak sebab macam tak hormat kat dia pulak.. ye lah dia kan lecturer aku..

Malam itu aku cuma memakai blaus berwarna purple dan skirt labuh berwarna hitam serta tudung yang sedondong dengan baju. Aku tak sangka pulak dia nak bawa aku makan kat hotel lima bintang. Mr.Cool meluahkan rahsia hatinya kepada aku.. alahai.. Kenapa dengan aku dalam bulan ni.. aku rasa macam nak gila saja.. seorang budak kelas ada jugak cakap kat aku yang dia suka kat aku.. ni Mr.Cool pulak.. dah lah tu.. si Paus pulak setiap malam telefon aku.. kata rindu kat aku lah.. dan macam-macam lagi.. heeeee… tolonglah bagi aku aman dalam sem last ni. Aku takut tak boleh tumpu study dan kena repeat pulak nanti..

Last-last aku cakap kat Mr.Cool yang aku dah kawin. Mula-mula dia ingat aku main-main.. tapi bila dia tengok muka aku serius terus dia minta maaf sebab selama ni dia tak tahu pun yang aku dah kawin dan aku cakap memang tak ada seorang pun yang tahu aku dah kawin. Dialah orang pertama yang aku bagitahu.

Musim periksa dah tiba. Aku tak boleh nak duduk dekat asrama dah.. si Paus ni nak aku duduk rumah jugak. Dia cakap dia boleh ajar aku.. apa yang dia nak ajar. Aku pun tak tau.. subjek yang dia mengajar tak sama langsung dengan apa yang aku belajar.. hampeh betul.. aku rasa dia ni rindu kat aku agaknya.. hehe

Hari last periksa aku rasa macam pening dan nak muntah.. tapi aku gagahkan juga badanku ke dewan peperiksaan. Paus menungguku sehingga habis periksa.. sedang aku melangkah untuk keluar dari dewan peperiksaan aku dapat lihat wajah Paus yang menungguku di kerusi berhampiran dengan dewan. Aku berjalan ke arahnya. Tiba-tiba aku rasa pandanganku berpinar-pinar dan dapat kurasakan badanku disambut oleh seseorang..

"sayang.. sayang.. bangun sayang.." kedengaran suara Paus di telingaku..

Aku buka mata perlahan-lahan. Aku lihat ramai budak-budak sekelas denganku di sekeliling dan Paus sedang memegang tanganku.. macam ada air mata saja kat mata dia. Kenapa mereka kat sini.. aku rasa ni macam bilik sakit hostel.

"tahniah Amna. Kamu pregnant sekarang. Dah dua bulan."
Semua yang ada kat situ terkejut beruk termasuk aku sekali.. alamak.. masalah dah datang.. habislah aku kali ini..

"hah! Am pregnant? Bila anda kawin?" tanya Faizal, budak yang meluahkan perasaan kat aku tu.. aku tengok Mr.Cool pun terkejut juga.. muka dia macam tertanya-tanya saja siapa suami aku..

"sebenarnya Amna dah kawin dengan saya empat tahun lepas" kata Paus bila dia lihat muka aku macam serba salah saja..

Semua yang ada kat situ terkejut sekali lagi..

"so inilah 'soulmate' anda?" tanya Siti.. aku hanya menganggukkan kepala..
Selepas Paus menerangkan apa yang berlaku selama ini kepada mereka semua, kami terus balik ke rumah. Firdaus macam puas hati saja bila tahu aku pregnant.. kerja-kerja rumah semua dia yang buat.. bagus jugak pregnant ni kan.. boleh jadi permaisuri betul-betul.. hehe..

Amna melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan. Firdaus memberi nama Nazran dan Nazrah.. comel. Macam muka aku.. kalau nak harap ikut muka Paus alamatnya anak-anak aku buruk lah sebab ikut muka ayah mereka.. Paus mesti marah kalau aku cakap macam ni kat dia.. dia kata budak-budak tu comel sebab ikut muka dia yang handsome bukan sebab muka aku yang hodoh ni.. hantu betul..

Sedar tak sedar.. dah tiga tahun umur budak-budak tu.. Paus ada juga cakap nak tambah bilangan anak lagi.. aku kata tak larat dah sebab letih betul jaga budak-budak dua orang tu.. nakal macam aku masa kecik-kecik dulu.. ye lah.. Nazrah asyik usik saja Nazran, si abangnya tu.. ni ikut perangai Paus lah.. lembik saja.. asyik nangis. Tapi kalau ada budak-budak lain kacau Nazrah dia boleh pulak marah budak-budak yang kacau tu..

Tanggal 17 November 2007.. Firdaus mengadakan majlis anniversary kami di sebuah hotel.. dah lah dia tak cakap kat aku pun ada majlis malam tu.. tup-tup dia telefon suruh aku datang kat hotel dan pakai pakaian yang dia sediakan di atas katil dalam bilik kami.. kedua-dua budak tu pun dia dah angkut awal-awal lagi..

Aku tiba di hotel yang Paus cakap.. aku mengenakan baju kebaya berwarna putih yang disediakan oleh Paus.. cantik.. majlis apalah yang special sangat ni.. aku membuka pintu dewan itu dan mukaku terus menjadi panas kerana semua tetamu yang ada pada malam itu beratur menantikan kedatanganku.. arggggh.. hantu punya Paus.. saja nak kenakan aku. Dia memang tahu aku akan malu kalau berjalan di tengah-tengah orang ramai macam ni.. rasa macam aku ni sedang berbogel saja.. ye lah, mereka asyik tengok saja aku jalan..

Aku cuba tenangkan diri dan berjalan menuju ke arah Firdaus dan anak-anak yang memakai pakaian sedondon dengan aku.. sesampainya aku di hadapan Paus dia terus mencium dahiku dan mengatakan..

"tahniah! Abang bakal dapat anak lagi dan Nazran serta Nazrah akan dapat adik lagi.."

Aku beliakkan mata.. patut lah dia beria-.a menyuruh aku pergi ke klinik Epol minggu lepas.. rupa-rupanya dia dah tahu awal-awal yang aku pregnant sekali lagi.. tapi aku tak muntah atau pening pun kali ni.. yang muntah dan pening adalah Paus semenjak-dua menjak ni..

Abislah aku.. Paus betul-betul nak kotakan janjinya kepadaku.. dia cakap yang dia akan bagikan kat aku anak satu team bola sepak supaya senang dia nak jadi coach nanti.. hampeh betul..

Majlis malam itu berlangsung dengan meriah sekali.. Firdaus cakap ini adalah majlis untuk gantikan majlis perkahwinan yang dia tak dapat sediakan sewaktu dia mula-mula kahwin dengan aku dahulu.. tapi aku tak kisah.. majlis ni tak penting pun.. yang penting adalah dia sayangkan aku dan anak-anak..

Sebut pasal anak-anak.. hmm.. pening lagilah kepala hotak aku dengan kerenah budak-budak tu nanti.. alamatnya, PhD yang aku nak buat tak jadi lagilah tahun ni.. makin seronok lah si Paus tu.. ye lah, dia yang tak bagi aku pergi buat PhD sebab jauh sangat katanya.. kalau kat Malaysia tak apa lah jugak ni kat London.. dia cakap nanti dia tak boleh tidur kalau aku tak ada malam-malam.. hish.. macam- macam kan kalau dah kawin ni…

Tapi, apa yang pasti, hidup yang aku impikan dah pun terjadi sekarang ni..aku harap kebahagiaan sentiasa singgah di dalam hidup kami..

Dan untuk cerita Paus dan Buntal ni.. aku rasa sampai di sini sajalah.. malas dah nak fikir lepas ni.. satu saja yang aku tak puas hati lagi.. ada ke si Paus tu pergi ajar anak-anak aku panggil aku Mak Buntal.. jaga anda nanti.. aku suruh anak-anak kita yang bakal keluar ni nanti panggil anda bapak dinasour.. hish.. geram aku!!!

tamat


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

srikandi_khaulah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2007
Ahli No: 30520
Posting: 139
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 09-01-09 01:09


comel.comel lah cerita ini. kirim salam ek pada pengarang dia wahai encik trouver.

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_khaulahProfil   Hantar PM kepada srikandi_khaulah   Pergi ke srikandi_khaulah's Website   Quote dan BalasQuote

simi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.08.2008
Ahli No: 34474
Posting: 119
Dari: bumi ciptaan Ilahi

bahrain  


posticon Posting pada: 09-01-09 02:16


salam
cerita yang selamba dan spontan...sedap, sedap...ana suka

Bookmark and Share

    


  Member Information For simiProfil   Hantar PM kepada simi   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 11:39


cerita yang menarik.. sempoi saja... :-D
best sebab plot cerita yang tak beratkn pembaca...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 11:50


Dah habis baca,baru lah nak komen.. memang menarik sangat.. slot cerita yang ringkas,mudah dan tiada mood jiwang karat.. Agak brutal pulak tu.. :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

ilahnurani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.12.2005
Ahli No: 21425
Posting: 164
Dari: Kuantan,Pahang Darul Makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 13:21


mula-mula tak berapa nak faham sangat..tapi bila dah baca sampai hbis,memang seronk cerita ni.ada ke patut ajar anak panggil mak buntal.hehehe...:):)tahniah kepada pengarang cerita ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilahnuraniProfil   Hantar PM kepada ilahnurani   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 13:44


alahai si paus dan si buntal...........
best ceritanya....menarik dan ringkas.......
thanks trouver........

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 23:58


salam..


oo ni lah ceritanya yang srikandi_khaulah kata best tu..hehe..memang best pun...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

sikinshaharudin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2008
Ahli No: 36109
Posting: 87
Dari: zi ji l0ng p0

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-01-09 05:40


best bangat sih cerpen niee..... ;-) :welcome: 8-) :terliur:


-----------------
senYum s0km0 =)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sikinshaharudinProfil   Hantar PM kepada sikinshaharudin   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 12-01-09 17:10


huhuh macam dah nak mereng saja baca...
xsgka trouver boleh karang cerita ni..tahniah3 heheh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101162 saat. Lajunya....