Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 39 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 49 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 50 hari yang lalu
eme86: 50 hari yang lalu
sunan-faqih: 55 hari yang lalu


Kelakar
Topik: Life Is A Fairytale


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelakar
    »» Life Is A Fairytale

Please Mendaftar To Post


Oleh Life Is A Fairytale

sikinshaharudin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2008
Ahli No: 36109
Posting: 87
Dari: zi ji l0ng p0

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 15:09


Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

'Kakkk...masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya...' kata aku 'Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.' Kata kakak itu.

...dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah anda tahu, cukuplah kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan rakyat Malaysia ini. Biasalah kan, anda pun selalu dengar 'mamat tu kurang ajar betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah lah tak bagi signal...' atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway, nasib baik ada Mamat seorang tu berhenti tolong, kalau tidak tak tahulah aku...' atau ' anda ingat aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak anda dengan dia lagi. Aku bagi kat situ jugak..'. Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kalian sehari-hari.

Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai dua sayap. Aku adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di seluruh dunia. Aku berusia 8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan Sampah Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan. Aku singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku singgah sebentar di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memaki hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia. Aku dihina sebegitu rupa seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang. Aku adalah serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus yang merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya aku lebih baik dari dia.

Seberapa ketika kemudian aku melihat dia dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor, lebih celaka !. Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini. Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih hina. Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak. Aku panggil kawan-kawan aku. Kami berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tanganku sebelum menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung tidak membasuh tangan. Apabila hari dah pagi. Aku terbang melata lagi. Itulah kerja aku dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah belakang sebuah
rumah. Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan. Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian. Sudah rezeki aku.

Sambil makan. Aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku membacanya sebaris dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai mata kumpuan yang mampu menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan. (aku pandai membaca ketika usia aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan lalat). Isi beritanya memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar dalam masyarakat aku hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan sadisnya oleh manusia, kematian lalat yang disembur dengan Ridsect atau Sheltox, kematian lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra violet. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan. Kalian memang memualkan aku. Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalianlebih hina sebenarnya.

Sambil terbang. Aku terfikir. Kenapa aku dituduhdengan bermacam-macamtomahan. Aku tidak pernah berak atas badankalian tapi Kenapa titik-titikhitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahiaku?. Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir kalian, itu dikatakan manis?Kenapa bila kalianpening-pening dikatakan sebagai pening-pening aku? Kenapa aku dijadikan perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi maklumat penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian kalian.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang dipipiskan lada' ?. Eh, itu burung, anda jangan nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau. Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata kalian. Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi menyapu awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan. Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya aku melangkaui 40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke 100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal dan kereta kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya. Aku masih dipandang hina dan bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Aku perlu mencaritempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran. Bukan tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu. Aku mampu pengsan selama berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar sekiranya aku dipanaskan balik dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah tempat yang berhawa dingin, sebuah pejabat yang cantik. Aku masuk dengan menumpang seseorang yang membuka pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku menjadi sedikit dingin terkena hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh konsentrasi. Aku singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak menyedarinya. Terlalu asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar pada skrin komputer.

'Ah !, sebuah Blog dengan nama Life Is A Fairytale...terdapat sebuah catatan tentang seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia sedang berpura-pura berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat kerja dan bukannya membaca sebuah ceritatentang entah apa-apa..' bisik hati kecil aku.

Manusia, manusia... Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita lalat. Menarik sangat kah cerita seekor lalat?. Entahlah.......dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

Epilog.

Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada usia 10 hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100 harinya. Mungkin itu sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga 100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia.

He he he. Jangan marah lalat.
(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia
yang membaca cerita ini akan
memandang ke belakang kerusinya dan mencari
agaknya-agaknya ada lalat...)

p/s: ini lah yang ada dalam fikiran lalat jika mereka mempunyai akal.....moral cerita ni.... lu fikir lah sendiri...... :-P :-D ;-)


-----------------
senYum s0km0 =)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sikinshaharudinProfil   Hantar PM kepada sikinshaharudin   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 16:17


!!! QUOTE !!!

Aku sudah menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan Sampah Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong sampah sahaja.

!!! QUOTE !!!

aku pandai membaca ketika usia aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan lalat).

!!! QUOTE !!!


Kalau dia hidup sehingga 100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia.


lalat...lalat.... :lol: :lol: :lucu:


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-01-09 17:06


ada orang kata sayap kiri lalat itu racun dan sayap kanan penawar betul ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

sikinshaharudin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2008
Ahli No: 36109
Posting: 87
Dari: zi ji l0ng p0

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 17:45


Pada 02-01-09 17:06 , sasuke-kun posting:

!!! QUOTE !!!

ada orang kata sayap kiri lalat itu racun dan sayap kanan penawar betul ke???


pernah denga juga pasal niee.....lepas itu denga lagi, kal0 sayap belah yang racun tu masuk air @ mknn, celup saja lalat tu terus dalam tu....sebab neutral kan racun balik..... :berfikir: :berfikir: ye ke??? entah leee.... :-P


-----------------
senYum s0km0 =)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sikinshaharudinProfil   Hantar PM kepada sikinshaharudin   Quote dan BalasQuote

Dna
Warga Rasmi
Menyertai: 31.12.2008
Ahli No: 36574
Posting: 19

PulauPinang  


posticon Posting pada: 02-01-09 19:09


!!! QUOTE !!!


(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia
yang membaca cerita ini akan
memandang ke belakang kerusinya dan mencari
agaknya-agaknya ada lalat...)



aku tak termasuk dalam kalangan 80% 2...
sebab aku tau bilik aku tak budak lalat..
kuang3

Bookmark and Share

    


  Member Information For DnaProfil   Hantar PM kepada Dna   Quote dan BalasQuote

are_dik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2004
Ahli No: 12567
Posting: 93
Dari: student

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 19:17


bila tahi aku berada di penjuru bibir kalian, itu dikatakan manis?


berkenan pada potongan ayat ni...hehehe...
kenapa di panggil tahi lalat? siapa tahu?

cerita dia boleh tahan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_dikProfil   Hantar PM kepada are_dik   Pergi ke are_dik's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111752 saat. Lajunya....