Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 39 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 49 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 50 hari yang lalu
eme86: 50 hari yang lalu
sunan-faqih: 55 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Wajar Pemakaian tali pinggang belakang?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Wajar Pemakaian tali pinggang belakang?

Please Mendaftar To Post


Oleh Wajar Pemakaian tali pinggang belakang?

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 02-01-09 12:00


nak tanya rakan-rakan sekalian wajar kah peraturan baru ni dikuatkuasakan. Sebab tengok kurang wajar pelaksanaan tersebut. kasihan bagi keluarga kurang mampu yang mempunyai anak yang ramai. sepatutnya pihak berkenaan mengalakkan penggunaan tali pinggang belakang dan bukan penguatkuasaan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 12:10


Salam..

sebenarnya pemakaian tali pinggang ni dah berkuatkuasa kat negara lain dah..cuma malaysia ni saja lah yang baru nak ikut...lagipun perkara ni semua sebagai satu cara untuk mengelakkan kehilangan nyawa/ kemalangan yang lebih teruk..

memang lah kasihan dengan org yang ramai keluarga..tapi macam mana nak buat..tapi saya kurang setuju sikit dengan nilai saman tu..macam terlalu tinggi jugak... rm300 kalau tak silap...betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 12:12


saya rasa setuju. untuk kebaikan penumpang2 tu jugak... tak apa lah belanja lebih untuk keselamatan. nyawa itu kan lebih penting daripada wang ringgit...


p/s: urm off topic. semalam saya tumpangkan 3 orang kat belakang. semua pakai seat belt tanpa disuruh. kelakar dan nampak macam-macam anak-anak yang comel yang patuh pada peraturan walaupun dah dewasa. huu


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 12:12


.. wajar tak wajar operasi dah bermula.. masa aku turun KL pada mlm tahun baru sudah ada sekatan jalanraya oleh JPJ.. nasib baik makcik aku pakai tali pinggang belakang masa 2(aku paksa makcik aku, walaupun alasan dia tak pandai nak pakai, jadi aku terpaksa pakaikan dia) hehe.. kalau tidak rm300.. hehe.. bagi aku lah.. setiap perkara itu ada baik dan buruknya bila ia dilaksanakan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-01-09 12:12


nak fikir kena saman ke atau nak selamatkan nyawa?

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 12:16


Yup kak sitishairah.. rm300 tu..
tapi kesiannya kalau ada ahli keluarga yang lebih muatan tu ye.. macamana agaknya nak share tali pinggang?
contohnya 1 wira sesuai untuk 5orang termasuk pemandu.. kalau ahli keluarga yang ada 6 tu macamana ye?



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 12:16


!!! QUOTE !!!


nak fikir kena saman ke atau nak selamatkan nyawa?

mestilah selamatkan nyawa, sekaligus dapat ngelak dari kena saman.....betul tak solskjaer...??


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-01-09 12:18


bagaimana dengan family yang ada anak tak reti nak duduk diam? ingat senang ke nak suruh budak-budak duduk diam dalam kereta? setakat 5 - 10 min boleh lah depa diam.. lepas itu mula lah depa rimas kena pakai sit belt belakang ni..

perlaksanaan tu memang WAJAR dan sepatutnya saman hanya di kenakan pada org dewasa yang tak pakai sit belt tu, Kenapa pulak pemandu pun nak di saman? kelakar pun ada bila ada undang-undang jenis macam ni.. dah tak ada duit sangat ke kerajaan kita smpaikan nak cari duit dengan cara begini?

dari segi keselamatan, bukan sit belt belakang tu punca utama..
betulkan dulu jalan-jalan kat malaysia yang teruk dan boleh di katakan gred jalan kat negara kita ni gred 3..

lepas tu cipta lah kereta yang berkualiti...bukan kereta "tin sardin".. yang kalau ditumbuk sikit dah kemek..

so, soalan sepatutnya "adakah WAJAR pemandu kenderaan juga di saman sekiranya penumpang DEWASA di belakang tidak memakai sit belt"?

Bookmark and Share

    


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 12:21


!!! QUOTE !!!

contohnya 1 wira sesuai untuk 5orang termasuk pemandu.. kalau ahli keluarga yang ada 6 tu macamana ye?

ni pun kena saman juga ni kak halesolurun sebab lebih muatan.....

!!! QUOTE !!!

bagaimana dengan family yang ada anak tak reti nak duduk diam?
kalau begini macam mana pulak?? kena saman juga ke?? walaupun kanak-kanak....??

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 12:23


Pada 02-01-09 12:18 , MatBoo posting:

!!! QUOTE !!!

bagaimana dengan family yang ada anak tak reti nak duduk diam? ingat senang ke nak suruh budak-budak duduk diam dalam kereta? setakat 5 - 10 min boleh lah depa diam.. lepas itu mula lah depa rimas kena pakai sit belt belakang ni..

perlaksanaan tu memang WAJAR dan sepatutnya saman hanya di kenakan pada org dewasa yang tak pakai sit belt tu, Kenapa pulak pemandu pun nak di saman? kelakar pun ada bila ada undang-undang jenis macam ni.. dah tak ada duit sangat ke kerajaan kita smpaikan nak cari duit dengan cara begini?

dari segi keselamatan, bukan sit belt belakang tu punca utama..
betulkan dulu jalan-jalan kat malaysia yang teruk dan boleh di katakan gred jalan kat negara kita ni gred 3..

lepas tu cipta lah kereta yang berkualiti...bukan kereta "tin sardin".. yang kalau ditumbuk sikit dah kemek..

so, soalan sepatutnya "adakah WAJAR pemandu kenderaan juga di saman sekiranya penumpang DEWASA di belakang tidak memakai sit belt"?


.. wow:-o.. lu dah berubah ke baiiii:lol:.. wa sokong lu baiiii.. masalah jalan 2 satu.. dan masalah paling utama ialah bagaiman untuk melahirkan pemandu2 yang berhemah:berfikir:.. ini penekanan yang paling utama untuk mengelakkan kadar kemalangan jalan raya yang saban tahun memakan banyak nyawa hanya kerana mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa semasa di atas jalan raya..

p/s: .. baiii.. pemandu tak kena saman baiiii kalau org dah dewasa.. kalau kanak-kanak di belakang tak pakai pemandu yang kena.. kalau org dewasa di belakang tak pakai.. org dewasa 2 lah yang kena saman..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-01-09 12:32


Pada 02-01-09 12:23 , kakisamun posting:

!!! QUOTE !!!


.. wow:-o.. lu dah berubah ke baiiii:lol:.. wa sokong lu baiiii.. masalah jalan 2 satu.. dan masalah paling utama ialah bagaiman untuk melahirkan pemandu2 yang berhemah:berfikir:.. ini penekanan yang paling utama untuk mengelakkan kadar kemalangan jalan raya yang saban tahun memakan banyak nyawa hanya kerana mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa semasa di atas jalan raya..

p/s: .. baiii.. pemandu tak kena saman baiiii kalau org dah dewasa.. kalau kanak-kanak di belakang tak pakai pemandu yang kena.. kalau org dewasa di belakang tak pakai.. org dewasa 2 lah yang kena saman..

nak lahirkan pemandu berhemah? entah lah.. berKHEMAH aku nampak lah banyak kat jalan raya ni sambil "bergayut" kat henpon tanpa pakai handsfree atau main sms sambil memandu..

pemandu tak kena saman kalau org dewasa belakang tak pakai ek? bagus lah begitu...tang kanak-kanak tak pakai pemandu kena saman tu memang tak masuk akal lah... cuba baca kejadian kawan aku ni smalam..

" Polis: ni Kenapa tak pakai tali pinggang belakang ni?
(sambil dia tunjuk pada anak aku yang umur 3 tahun)

Aku: nak gerak tadi saya dah pakaikan dah.. see? tali pinggang tu dok pasang lagi tapi dia dah bolos keluar..
(sambil tunjuk tali pinggang yang terpasang tanpa umat di dalamnya)

Polis: suruh lah dia pakai semula.. kalau kita tak paksa, budak-budak ni tak reti..

Aku: apa pilihan yang saya ada, encik? berhenti tepi highway pun akan kena saman, silap-silap; eksiden pulak kereta lain langgar.. setakat marah, dia buat tak paham saja.. in fact, dia pandai buka sendiri pun belt tu..

Polis: ni yang aku pun tak tau nak buat macam mana ni.. adik, pakai tali pinggang tu karang achik saman karang..
(dia buat muka garang kat anak aku... aku sengih saja lah)

Encik polis yang baik hati tu tolong pakaikan tali pinggang dengan anak aku ada di dalamnya
tapi lepas 2 kilometer jalan semula, budak tu dah lompat keluar balik
dan aku tatau sampai bila lah akan ada encik polis yang baik hati boleh tolong warning anak aku
nak harap aku yang warning, memang wassalam laaaa... dia buat tak reti saja...
"

ada juga polis yang faham masalah yang di hadapi oleh pemandu yang ada anak ni, kalau kena dengan polis yang "keras hati"? entah lah.. peraturan
yang menggelikan hati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 13:10


semalam tengok live acara saman menyaman tali pinggang belakang ni... orang tu anak 4..
tiga pakai seatbelt.. selit seorang kat celah tak pakai seatbelt...
pakcik polis tu kata...
"tiga dah pakai so 4th person ni tak apa..."
tak disaman... dan kereta itu pun berlalu pergi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 13:52


kalau 4 org kanak-kanak kat belakang tu boleh lah agaknya dikecualikan..tapi kalau 4 org besar kat belakang tu...hm...faham-faham saja lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 13:56


Pada 02-01-09 13:52 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

kalau 4 org kanak-kanak kat belakang tu boleh lah agaknya dikecualikan..tapi kalau 4 org besar kat belakang tu...hm...faham-faham saja lah...


ye ke kak sitishairah tak boleh kalau orang besa2? erm kalau 4org duduk berselang seli.. dua duduk menegak.. dua duduk bersandar.. susun memolek.. kalau penat,tukar pula yang bersandar tu menegak dan menegak tu bersandar.. :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 14:06


susah memang susah. kita dah biasa tak pakai. tapi bila fikir keselamatan, memang perlu pakai.

kalau dah pakai, tak perlu fikir tentang kena bayar saman. sepatutnya dah tak ada masalah kan?

menurut web Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
http://www.jkjr.gov.my/akhbar-Soalan-Dan-Jawapan-Terhadap-Isu-Penguatkuasaan-Mewajibkan-Kegunaan-Talipinggang-Keledar.html ...
penumpang ke 4 tak boleh disaman sebab tali pinggang hanya ada 3.

maknanya yang ke 4 boleh duduk belakang dengan risiko tinggi lah (macam selalu).

mendidik kanak-kanak memang bukan semudahnya dengan arahan.

nak seribu daya, tak nak seribu dalih. wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 14:09


hehe...solehah..menegak lah..bersandar lah..macam-macam..tapi org besar memang tak boleh lebih daripada 3 org pun kan..lain lah kanak-kanak..memang dikecualikan..

jadi..sesiapa yang nak naik kereta saya...semestinya lah kena pakai tali pinggang depan dan belakang...kalau tidak..saya nak check dulu..ada bawa rm300 tak...hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 14:17


semua perkara ada pro dan kontranyer....apa pun saya tak ada kereta lagi..motosikal ada lah...tu pun nasib baik tak diusulkan penungang motosikal kena pakai talipingang keledar jugak..hakhakahaj..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

putri_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.11.2008
Ahli No: 35705
Posting: 116
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 14:20


peraturan dah berkuatkuasa... nak tak nak ke, wajar tak wajar ke, biasa tak biasa ke... memang wajib kena pakai. so pakai sajalah.
kepada yang tak biasa tu, biasa-biasakanlah diri anda.

Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_imanProfil   Hantar PM kepada putri_iman   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-01-09 14:24


Pada 02-01-09 14:17 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

semua perkara ada pro dan kontranyer....

pro pada golongan yang ada anak ramai dan MAMPU nak beli kereta besar macam MPV...

kontra pada golongan marhaen ada anak 5 org dan hanya MAMPU pakai kereta "tin sardin" yang harganya mak aiii melampau betul mahal..

jadi?... kalau ada anak yang ramai tu pakat2 lah beli MPV tau, mampu atau tak mampu lain cerita lah.. boleh hutang, riba pun ada.. elok sangat lah tu.. aduh ai... :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 02-01-09 14:38


Pada 02-01-09 14:06 , muslimah_johor posting:

!!! QUOTE !!!

susah memang susah. kita dah biasa tak pakai. tapi bila fikir keselamatan, memang perlu pakai.

kalau dah pakai, tak perlu fikir tentang kena bayar saman. sepatutnya dah tak ada masalah kan?

menurut web Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
http://www.jkjr.gov.my/akhbar-Soalan-Dan-Jawapan-Terhadap-Isu-Penguatkuasaan-Mewajibkan-Kegunaan-Talipinggang-Keledar.html ...
penumpang ke 4 tak boleh disaman sebab tali pinggang hanya ada 3.

maknanya yang ke 4 boleh duduk belakang dengan risiko tinggi lah (macam selalu).

mendidik kanak-kanak memang bukan semudahnya dengan arahan.

nak seribu daya, tak nak seribu dalih. wallahua'lam
bagaimana pula kalau kereta tu hanya ada 2 saja tali pinggang kat belakang contohnya proton iswara. hanya 2 saja so yang ketiga kena saman ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 14:46


kena pasang di workshop tali pinggang di belakang tu sendiri oleh yang empunya kereta

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

solehen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.08.2006
Ahli No: 25686
Posting: 90
Dari: sentul

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-01-09 14:50


salam ukwah...
pada ana, peraturan 2 mmng bagus,
tapi maybe membebankan setengh pihak.
jadi kerajaan kena lah cari jalan mcmmn nak solve masalah ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For solehenProfil   Hantar PM kepada solehen   Pergi ke solehen's Website   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 14:51


hahaha..memang wajar usaha kerajaan untuk mengelakkan kehilangan nyawa..yang kasihan nya kereta lama-lama yang memang tak ada tali pinggang blkang tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 15:10


!!! QUOTE !!!

nilai saman tu..macam terlalu tinggi jugak... rm300 kalau tak silap...betul tak?
kenapa tak rm1000 saja saman nya...rm300 pun ada jugak yang degil tak nak pakai tali pinggang...


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 15:17


Pada 02-01-09 14:51 , lemochi_adachi posting:

!!! QUOTE !!!

hahaha..memang wajar usaha kerajaan untuk mengelakkan kehilangan nyawa..yang kasihan nya kereta lama-lama yang memang tak ada tali pinggang blkang tu...

saya sokong saja benda ni... tapi saya tak sempat nak follow keputusan hari tu, siapa yang kena saman... pemandu ke penumpang? :sopan:

yang saya pelik, tang kereta yang dibuat sebelum tahun 1995 tak perlu pasang tali pinggang keledar kat belakang, pernah dibangkitkan di Parlimen, masuk tv rasanya, soalannya: "Kenapa? adakah kerana kereta yang dibuat sebelum 1995 itu lebih selamat dari kereta sekarang?" gelak saya dengar soalan tu, memang genius orang yang bertanya :sopan:

yang menghampakan, jawapan dari pihak menteri atau timbalannya saya lupa, alasannya: "kementerian anggap kereta2 yang dikeluarkan sebelum 1995 dah tak ada kat atas jalan raya. sebab tu tak diwajibkan."

saya dengar saja jawapan tu, terus saya bisik dalam hati: "bodoh betul jawapan dia tu, tak logik! berlambak kat atas jalan!!!" :sopan:

apa yang baik, kita sokong, apa yang tak baik, kita tak sokong... ;-)

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 02-01-09 15:29


Pada 02-01-09 15:17 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-01-09 14:51 , lemochi_adachi posting:

!!! QUOTE !!!

hahaha..memang wajar usaha kerajaan untuk mengelakkan kehilangan nyawa..yang kasihan nya kereta lama-lama yang memang tak ada tali pinggang blkang tu...

saya sokong saja benda ni... tapi saya tak sempat nak follow keputusan hari tu, siapa yang kena saman... pemandu ke penumpang? :sopan:

yang saya pelik, tang kereta yang dibuat sebelum tahun 1995 tak perlu pasang tali pinggang keledar kat belakang, pernah dibangkitkan di Parlimen, masuk tv rasanya, soalannya: "Kenapa? adakah kerana kereta yang dibuat sebelum 1995 itu lebih selamat dari kereta sekarang?" gelak saya dengar soalan tu, memang genius orang yang bertanya :sopan:

yang menghampakan, jawapan dari pihak menteri atau timbalannya saya lupa, alasannya: "kementerian anggap kereta2 yang dikeluarkan sebelum 1995 dah tak ada kat atas jalan raya. sebab tu tak diwajibkan."

saya dengar saja jawapan tu, terus saya bisik dalam hati: "bodoh betul jawapan dia tu, tak logik! berlambak kat atas jalan!!!" :sopan:

apa yang baik, kita sokong, apa yang tak baik, kita tak sokong... ;-)

wassalam.

hahahah lawaklah jawapan menteri tu. kereta1995 ke bawah tak ada bar untuk tali pinggang keledar di bahagian belakang...sebab tu tak perlu pasang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 15:38


kalau tak silap dalam berita semalam ada cakap,bagi bilangan penumpang yang lebih muatan di belakang, tak akan disaman..tapi yang 3 lagi tu pakai lah..yang lebih tu saja tak pakai..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 15:41


Pada 02-01-09 15:29 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

hahahah lawaklah jawapan menteri tu. kereta1995 ke bawah tak ada bar untuk tali pinggang keledar di bahagian belakang...sebab tu tak perlu pasang.

wah, nampaknya izdham lebih layak untuk jadi menteri/timbalan menteri pengangkutan, kuang3x :sopan:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 02-01-09 15:49


ada kebaikan juga pakai tali pinggang belakang...memang lah macam-macam isu tak mampu, anak ramai dan sebagainya..kala anak ramai tak mampu..pakai sajalah mana yang mampu...

kalau anak degil tak nak pakai paksa lah dia pakai..untuk keselamatan dia jugak...bukan sahaja budak-budak rimas pakai..aku pun rimas pakai benda alah ni...tapi untuk kebaikan apa salahnya..

kita tak nampak benda ni baik sebab kemalangan tak kena pada kita...kalau merungut jugak lagi...kat minta lah benda tu kena kita...baru kita tau langit tinggi rendah..

perlaksanaan ini dibuat atas kajian yang dijalankn...survey yang mereka buat...jadi apa slhnya..kesusahan (pakai tali pinggang saja pun dah merungut susah) ni kat sambut dengan hati yang terbuka

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 16:54


!!! QUOTE !!!

ada juga polis yang faham masalah yang di hadapi oleh pemandu yang ada anak ni, kalau kena dengan polis yang "keras hati"? entah lah.. peraturan
yang menggelikan hati.


betul itu kasihan pada meka yang ada anak ramai,moga-moga pak polisi timbang rasalah sikit ye :berfikir:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 16:57


!!! QUOTE !!!

hahahah lawaklah jawapan menteri tu. kereta1995 ke bawah tak ada bar untuk tali pinggang keledar di bahagian belakang...sebab tu tak perlu pasang.


hahaha memnteri kita memang ramai yang pelawak heheheh
p/s sama macam mentri fasola hehehehe


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-01-09 17:02


Pada 02-01-09 12:00 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

nak tanya rakan-rakan sekalian wajar kah peraturan baru ni dikuatkuasakan. Sebab tengok kurang wajar pelaksanaan tersebut. kasihan bagi keluarga kurang mampu yang mempunyai anak yang ramai. sepatutnya pihak berkenaan mengalakkan penggunaan tali pinggang belakang dan bukan penguatkuasaan....


ana tak fikir itu yang menjadi masalah....
yang penting sekarang keselamatan pengguna di belakang
peratusan menunjukkan penggunaan tali pinggan belakang
more safety.....
takkan lah kerana kos beratus ringgit
anak kita jadi mangsa korban disebabkan tiada seat belt.
so fikiaq2 kan lah.....

p/s- huhuh habis duit pasang seat belt belakang....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 17:04


jumpa pun...: http://www.kpdnhep.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=12649&Itemid=1

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pemakaian tali pinggang keledar belakang dapat mengurangkan risiko kematian bagi penumpang belakang kenderaan sehingga 50 peratus, menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lajim Ukin berkata kajian MIROS bertajuk "An Assesment of Rear Seat Belt Availability and Accessibility in Malaysia" yang diterbitkan tahun ini mendapati pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang belakang dapat mengelakkan kecederaan serius dan kematian. "Pelaksanaan peraturan mewajibkan tali pinggang keledar belakang itu tidak akan membebankan rakyat kerana kajian MIROS mendapati 90 peratus kenderaan di jalan raya siap dipasang dengan tali pinggang keledar belakang dan 85 peratus penumpang di belakang dapat memakai tali pinggang keledar," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Wang Siong Hwee pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. Wong ingin tahu mengenai bilangan kes kecederaan dan kematian yang diakibatkan oleh amalan tidak memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang sehingga tahun ini, selain langkah kerajaan bagi membantu pengguna kereta yang tidak berkemampuan agar tidak terbeban dengan penguatkuasaan polisi itu. Lajim berkata kerajaan berbincang dengan industri permotoran dan mengenal pasti kenderaan-kenderaan yang tidak dilengkapi tali pinggang keledar belakang, antaranya model keluaran Proton, Perodua dan Honda, termasuk bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk memasangnya secara percuma. Beliau berkata MIROS juga melaporkan bahawa daripada jumlah kemalangan maut tahun lepas yang meragut 6,282 nyawa, 350 daripadanya melibatkan penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar. Sehubungan itu, Lajim berkata daripada jumlah 350 yang terkorban, 175 nyawa boleh diselamatkan sekiranya mereka memakai tali pinggang keledar. Mengenai soalan tambahan Senator Heng Seai Kei berkenaan pengecualian kereta buatan sebelum 1995 daripada pemasangan tali pinggang keledar belakang, Lajim berkata kerajaan beranggapan kenderaan di bawah 1995 tidak lagi berada di jalan raya dan kenderaan itu mungkin tidak lagi diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). Undang-undang pemakaian tali pinggang keledar belakang berkuatkuasa mulai 1 Januari ini dan kenderaan yang berdaftar sebelum 1 Januari 1995 dikecualikan daripada peraturan pemakaian tali pinggang keledar di belakang. -- BERNAMA

p/s: betul ke...?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 02-01-09 17:12


pakai sajalah
untuk kebaikan bersama
mula-mula memanglah susah, lama-lama jadi senang sebab dah biasa
macam dulu kcik2, susah betul nak solat, ngaji...
alhamdulillah dah bsar ni, kesedaran tu datang sendiri :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 19:29



JADUAL 1

GOLONGAN YANG DIWAJIBKAN


    * Kenderaan persendirian yang didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 1995, yang sudah pun dilengkapi dengan tali pinggang keledar belakang diwajibkan kegunaannya.
    * Para pemilik kenderaan yang belum dilengkapi dan ingin memasang tali pinggang keledar belakang dinasihatkan agar merujuk kepada pembuat kenderaan bagi tujuan pemasangan tali pinggang keledar belakang.
    * Para pemilik kenderaan dinasihatkan agar tidak memasang tali pinggang keledar belakang di kedai-kedai assessori .


GOLONGAN YANG DIKECUALIKAN

    * Kenderaan persendirian yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995.
    * ü Bagi kenderaan persendirian yang didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 1995 tetapi belum dilengkapi pinggang keledar belakang akan diberikan pengecualian 3 tahun untuk tempoh pemasangan tali pinggang keledar belakang.
    * ü Penumpang ke empat di belakang tidak akan di saman.

Sumber : Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia.



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 00:42


terus terang saya katakan memang tak selesa pakai tali pinggang.. esp. tali pinggang tempat belakang.. lepas saja keluar iklan '' kesan terhadap pemandu kerusi hadapan ..2 kali impak" try juga pakai.. tapi tak sampai 15 minit.. buka balik.. tapi.. bila fkir2 balik.. ada baiknya .. sayangilah,.. mereka yang duduk bahagian depan..

p/s: malang selalu.. tak berbau..( sebab ia bukan benda konkrit..:D)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 03-01-09 06:58


Assalamualaikum
pemakaian tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang ini amatlah disetujui oleh saya..kerana ia berkait rapat dengan keselamatan..sedangkan menjaga keselamatan nyawa merupakan salah satu daripada hak seorang Muslim..insyaAllah penerangan berkenaan sesiapa yang wajib pakai dan pelepasan kepada muatan lebih tu (lebih dari 5 orang) dapat memberikan panduan yang baik buat kita..nampaknya tak ada alasan lagi kan..alah bisa, tapi sakit juga kena sengat dengan bisa serangga ni.. :-D

P/S : tali pinggang belakang kereta Proton tak berapa proper..uhuk..tu yang buat tak selesa tu..beli kereta lama lah..kuikui.. :-P



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 13:06


Pada 02-01-09 17:12 , ibnutuki posting:

!!! QUOTE !!!

pakai sajalah
untuk kebaikan bersama
mula-mula memanglah susah, lama-lama jadi senang sebab dah biasa
macam dulu kcik2, susah betul nak solat, ngaji...
alhamdulillah dah bsar ni, kesedaran tu datang sendiri :-D





betul betul betul...
smlam baru mmpraktikkan undang-undang tu masa balik bangi..
memang rimas sangat-sangat..siap dok tarik sangkut kat lutut lagi..
tapi fikir-fikir balik, semua ni untuk keselamatan kita juga..
da terdengar briter, polis nasihatkan lebih baik pakai, jangan sampai keluar undang-undang kena pakai helmet dalam kereta..
lagi haru..........



Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

mat_chop
Warga Rasmi
Menyertai: 15.10.2008
Ahli No: 35400
Posting: 10
Dari: online

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 14:50


Hmm.. rasanya penguatkuasaan pemakaian tali pinggang penumpang belakang ini memang wajar bagi ana...

Dengan adanye pengecualian & kewajipan tertentu, tidak lah membebankan semua pengguna (Bukan semua kenderaan diwajibkan)..

Bagus lah mereka dah kaji semuanya sebelom 'paksa' kita ikut mereka.. kalau tak, nanti diterwakan orang...

Finaly, bukan saja dapat 'Save Life' malah 'Save MyMoney"... RM300 tuuu... setengah bulan gaji ana.. hehehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mat_chopProfil   Hantar PM kepada mat_chop   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.168984 saat. Lajunya....