Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 226
Ahli: 0
Jumlah: 226




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pesta seks kena serbu


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pesta seks kena serbu

Please Mendaftar To Post


Oleh Pesta seks kena serbu

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 10:47


Pesta seks kena serbu
Oleh Nik Sukry Ramli
[email protected]

ANTARA pasangan ditahan dalam pesta seks dan dadah di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam semalam.



Pelakon, pembaca berita televisyen antara 26 ditahan positif dadah

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon wanita dan seorang penyampai berita wanita sebuah stesen televisyen swasta, ditahan bersama 24 orang dalam pesta seks dan dadah yang diadakan sempena sambutan tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 3 pagi di sebuah bilik yang ditempah khas di tingkat 11 hotel berkenaan, polis turut menemui sejumlah dadah pelbagai jenis seperti kokain, syabu, ketamin dan pil ecstacy serta puluhan tin minuman keras dan kondom yang belum digunakan.

Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berumur dalam lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan, tiga minggu lalu.
Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan pesta itu dihadiri kenalan pasangan berkenaan melalui jemputan khas dalam rangkaian laman web friendster.

Menurut sumber, ketika serbuan tiga pasangan didapati berada di atas katil, manakala selebihnya sedang berhibur dalam keadaan separuh sedar.

Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara berumur 21 tahun turut ditahan kerana dipercayai menjadi pembekal dadah untuk pesta itu.

Semuanya 18 lelaki dan lapan perempuan berumur antara 18 dan 31 tahun ditahan. Daripada jumlah itu, enam lelaki dan tiga wanita termasuk pelakon dan penyampai berita itu didapati positif dadah selepas menjalani saringan pertama ujian air kencing.

Penyampai berita itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan, minggu depan, manakala pelakon berkenaan membintangi beberapa drama yang disiarkan televisyen swasta itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, ketika dihubungi berkata sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur serta cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras membuat serbuan itu hasil intipan dan maklumat orang ramai.

Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, 17 orang dibebaskan dengan jaminan polis manakala sembilan lagi yang positif dadah termasuk pelakon dan penyampai berita itu direman dua hari dan akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, sambutan malam tahun baru di Bukit Bintang turut dicemari insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja.

Bagaimanapun, anggota polis bertindak pantas meleraikan pergaduhan itu dan menahan kumpulan terbabit.


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 10:53


!!! QUOTE !!!


Penyampai berita itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan, minggu depan, manakala pelakon berkenaan membintangi beberapa drama yang disiarkan televisyen swasta itu.


siapakah mereka :berfikir:
apa nak jadi dengan manusia sekarang ini???


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 10:53


Beginilah cerita yang saban hari kita dengar dari media masa...dimana mana ada saja cerita kekufuran yang terdedah....lalu langit duni telah gelap dengan awan dosa....inilah kerancakan dari hasrat modal insan yang kita harapkan...islam itu semakin asing.

Bookmark and Share

    


  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-01-09 10:58


Pada 02-01-09 10:53 , unanjaga posting:

!!! QUOTE !!!

Beginilah cerita yang saban hari kita dengar dari media masa...dimana mana ada saja cerita kekufuran yang terdedah....lalu langit duni telah gelap dengan awan dosa....inilah kerancakan dari hasrat modal insan yang kita harapkan...islam itu semakin asing.


dan bumi pun sudah letih menanggung dosa-dosa mereka

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 11:12


Kadang-kadang aku naik benci dan meluat dengan cerita macam ni.. Setiap kali menyambut tahun baru,tak lengkap rasanya kalau tak ada berita macam ni.. 8-) Bila agaknya malaysia ini lenyap daripada berita2 maksiat.. dadah.. Hudud!! hanya itu saja dapat megubahnya.. jika tidak 100%..sekurang2nya dapat mengurangkan jumlah perosak2 bangsa,negara,agama..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-01-09 11:17


Pada 02-01-09 11:12 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Kadang-kadang aku naik benci dan meluat dengan cerita macam ni.. Setiap kali menyambut tahun baru,tak lengkap rasanya kalau tak ada berita macam ni.. 8-) Bila agaknya malaysia ini lenyap daripada berita2 maksiat.. dadah.. Hudud!! hanya itu saja dapat megubahnya.. jika tidak 100%..sekurang2nya dapat mengurangkan jumlah perosak2 bangsa,negara,agama..



rejam sampai mati saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 02-01-09 12:04


Pada 02-01-09 10:53 , Jue_Effendy posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!


Penyampai berita itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan, minggu depan, manakala pelakon berkenaan membintangi beberapa drama yang disiarkan televisyen swasta itu.


siapakah mereka :berfikir:
apa nak jadi dengan manusia sekarang ini???

mlm tadi ada sebut pembaca berita tv berbayar.


biasalah tu kitakan asyik didedahkan dengan hiburan,semua acara nak sambut mesti ada konsert.so tak pelik benda macam-macam ni belaku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 13:41


Pada 02-01-09 11:12 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Kadang-kadang aku naik benci dan meluat dengan cerita macam ni.. Setiap kali menyambut tahun baru,tak lengkap rasanya kalau tak ada berita macam ni.. 8-) Bila agaknya malaysia ini lenyap daripada berita2 maksiat.. dadah.. Hudud!! hanya itu saja dapat megubahnya.. jika tidak 100%..sekurang2nya dapat mengurangkan jumlah perosak2 bangsa,negara,agama..



kalau hukum islam dikuatkuasakan di negara kita,memang takkan jadi perkara2 maksiat macam ni..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 15:16


dunia dah akhir zaman... macam-macam perkara dah berlaku.... yang geramnya individu yang anjur tu baru saja kahwin.. tapi dengan selamber saja anjurkan pesta macam tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 15:24


Pada 02-01-09 15:16 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

dunia dah akhir zaman... macam-macam perkara dah berlaku.... yang geramnya individu yang anjur tu baru saja kahwin.. tapi dengan selamber saja anjurkan pesta macam tu....


ni lah contohnya org yang belum ada kesedaran...siap ajak org buat maksiat lagi.....isk...isk....semoga diberikan hidayah dari ALLAH untuk buka hati mereka dan berubah kearah kebaikan....


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 15:41


Di saat saudara seagama di palestin dibedil, di bom, kanak-kanak mati bergelimpangan....dibunuh dengan kejam...masjid dihancurkan.......................................................Allah...ini pula yang terjadi di Malaysia...sedih..teramat sedih...:-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 15:50


memang patut kena serbu..tahun baru masihi,semua beria-ia sambut..siap berpesta lagi..kat putrajaya pun sesak gila..disebabkan tak ada bunga api,mereka yang tunggu bakar mercun sendiri..lepas itu konvoi ramai-ramai balik..tapi tahun baru islam..sunyi sepi..tak ada sambutan dari anak muda..buat sambutan kat masjid pun,lengang saja..sedihnya mengenangkan orang sekarang ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 16:16


Pada 02-01-09 11:12 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Kadang-kadang aku naik benci dan meluat dengan cerita macam ni.. Setiap kali menyambut tahun baru,tak lengkap rasanya kalau tak ada berita macam ni.. 8-) Bila agaknya malaysia ini lenyap daripada berita2 maksiat.. dadah.. Hudud!! hanya itu saja dapat megubahnya.. jika tidak 100%..sekurang2nya dapat mengurangkan jumlah perosak2 bangsa,negara,agama..



ana cukup malu dengan budaya seperti ini,yang tak sedap anak-anak melayu kita ...entahla apa nak jadi dengan mereka ini hiss


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 18:19


sangat memalukan org Islam saja..

kerajaan pun suka sangat anjurkn konsert ambang tahun baru lah apa lah..

sapa tau ek hotel mana itu?

nak pergi bom pas ini..sebab subahat sama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-01-09 20:14


hehehe ada berani ke nak pergi bom?tahajud malam2 buat lu baru pergi bom..entah lah masalah begini payah nak settle kalau tak ada kerjasama semua pihak...especially GOV

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 20:52


Pada 02-01-09 20:14 , lat-terang posting:

!!! QUOTE !!!

hehehe ada berani ke nak pergi bom?tahajud malam2 buat lu baru pergi bom..entah lah masalah begini payah nak settle kalau tak ada kerjasama semua pihak...especially GOV


cik lat tau ek saya tak buat thjud memlm?


-----------------
~GELITA KERANA CINTA, BERDERANG KERANA KASIH~


Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

affenry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 22:48


salam.......

nampakny bangsa kita dah semakin suka kan bdy yahudi....0
dah makan kurang adb sopan.......
apa akan jadi pada kita masa akan datang?????
entah lah.............
risau betul jadi ny........
adakah anak-anak kita pada masa akan datang xd langsung agama????
renung2 kan.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For affenryProfil   Hantar PM kepada affenry   Quote dan BalasQuote

are_dik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2004
Ahli No: 12567
Posting: 93
Dari: student

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 23:00


ish3..dasyat tol anak-anak mude zaman sekarang...
camnerlah boleh jadi begitu...nak salahkan siaper????

Nauzubillahiminzalik......

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_dikProfil   Hantar PM kepada are_dik   Pergi ke are_dik's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 00:31


31hb tu saya 'lepak' kat KLCC, siang saja lah.dah memang nampak lah psngan2 ni...dah ready agaknya..kat taman tu dah siap da tempat nak buat konsert...entah apa bestnya sambut tahun baru ni.macam-macam ...balik pun naik bus sesak,remaja2 kebnykkannya....nak pergi lah tu ...memang confirm benda-benda macam tu jadi...entahlah...tak ada benda lain ke nak buat smbut.......pening2

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 01:18


pada 31hb tu,ana berada di danga bay,salah satu tempat sambutan di Johor ini..Ni lah first time ana ikut explorasi da'wah ke sana..Masya ALLAH,terkejut ana,dengan jem sebab ramainya orang nak kesana,dengan ramainya orang di sana..Ada lah pulak konsert wings kat situ,headbanging lah budak-budak ni...Seorang sahabat ana yang masuk ke tengah konsert memberi komen "Macam Orang tak ada agama",menunjukkan betapa teruknya masyarakat situ sedangkan semua orang johor mesti masuk sekolah agama punya lah,confirm..Risau juga bala' turun kat situ,tak pasal kena sekali..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 03-01-09 01:25


Salam...

ketika ramai saudara Islam kita di Gaza kena bunuh.. 'mereka-mereka yang tak perihatin' ini berpesta...sungguh memalukan dan menyedihkan!..inikah yang dikatakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara?...

p/s: alhamdulillah dan lega sngt2 bila tiada sambutan tahun baru diraikan di Dubai.. arahan daripada pemerintah UAE!

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 10:28


Penyampai berita kahwin minggu depan

KUALA LUMPUR: Penyampai berita televisyen, Farahrizan Abdul Razak, 22, yang diberkas polis kerana menyertai parti dadah di sebuah hotel, awal pagi kelmarin, dikatakan sudah mengatur persiapan untuk melangsungkan perkahwinannya dengan seorang kakitangan syarikat penyiaran lain, minggu depan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Section/index_html?mysec=Mutakhir

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 10:30


Penyampai berita TV, pelakon positif dadah


Tujuh lagi disah ambil ketamin, Ecstasy dalam pesta seks

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penyampai berita sebuah stesen televisyen swasta dan pelakon wanita sambilan yang ditahan dalam pesta sambutan tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee, di sini, awal pagi kelmarin, positif dadah.

Difahamkan, personaliti televisyen itu, Farahrizan Abdul Razak, 23, serta pelakon sambilan terbabit positif dadah Ecstasy serta ketamin.



Turut disahkan positif dadah adalah tujuh lagi individu ditahan bersama mereka kerana menyertai pesta itu dalam sebuah bilik ditempah khas di tingkat 11, hotel terbabit sempena sambutan tahun baru, awal pagi kelmarin.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, berkata semua 26 diberkas dalam kejadian itu ditahan reman hingga esok untuk siasatan lanjut.

"Hasil ujian air kencing yang dilakukan, tiga wanita termasuk penyampai berita dan pelakon sambilan itu serta enam lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun didapati positif Ecstasy dan ketamin.

"Kes ini disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kita juga mahu mengesan sumber dadah seperti Ecstasy, ketamin dan syabu yang ditemui di tempat kejadian," katanya, ketika dihubungi, di sini semalam.

Semalam, akhbar melaporkan penyampai berita serta pelakon tambahan itu bersama 24 yang lain diberkas anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur yang menyerbu bilik hotel berkenaan, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tiga minggu lalu.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20090102232115/Article/index_html


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 10:27


Memandangkan pihak kafir telah mula mempergunakan demokrasi yang diamalkan serata dunia untuk mengembangkan agama kafir mereka, walaupun pimpinan atau negara itu memilih Islam agama rasmi mereka.

Setiap orang Islam yang mengharap keredhaan Allah setelah mati nanti, yang mempercayai bahawa hidup di dunia ini adalah ujian agar hidup selepas mati dikurniakan syurga, kita perlu berjihad fi sabilillah mulai sekarang dengan penubuhan pasukan penaja Gerakan Jihad Malaysia (Malaysian Martyr Movement {MMM}).

Untuk itu, kami memerlukan minimum RM1.00 daripada setiap muslimin dan muslimat di Malaysia. Sila masukkan ke akaun M Aminjaya di CIMB, Cawangan Pasir Gudang bernombor 0109 0086051 527. Berniatlah dan berdoalah atas setiap pemberian itu akan digunakan untuk tujuan Jihad Fi Sabilillah tanpa ada kaitan dengan mana-mana pemerintahan, kerajaan dan pertubuhan. Maka dengan itu, gerakan ini bebas bergerak di serata dunia untuk melindungi hak Islam yang kian terhakis.

Dengan ini juga, GeJiM membuka permohonan untuk Rekrut Sukarela Laskar Ilahi, Unit GFS, GeJiM. Kekosongan untuk semua pangkat. Semua resume hendaklah dihantar kepada:

M Aminjaya (GeJiM)
No 13, Jalan Serangkai 5
Taman Bukit Dahlia
Pasir Gudang Johor 81700.

Sekian.


-----------------
Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771


Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129554 saat. Lajunya....