Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 87
Ahli: 0
Jumlah: 87




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Aku Cintakan Kau


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Aku Cintakan Kau

Please Mendaftar To Post


Oleh Aku Cintakan Kau

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-01-09 18:46


Boboi. Aku cintakan anda aman! biarlah anda nak kata apa. Aku tetap cintakan kau!, jumpa petang ni depan kafeteria depan kolej proton pukul 5 petang ini!

tut..tut..tut..

Talian telefon pun putus. Aman masih menekap telefon di telinganya. Mulutnya sedikit ternganga.. fikirannya merawang-rawang.. memikirkan tentang apa yang di ucapkan oleh si boboi sebentar tadi. Aman memang rapat dengan boboi. Sejak dari kecil, curi buah jambu sama-sama, ponteng mengaji sama-sama, lastik ayam pak mail sama-sama, sehinggalah sekarang belajar di Universiti Utara Malaysia dalam kos yang sama!. Memang pada hakikatnya dia sayangkan boboi.. dia dah anggap boboi macam saudara kandung dia sendiri.. sehari dia tak jumpa boboi.. rasa seperti kekurangan sesuatu dalam harinya.. tapi... just sebagai kawan.. xlebih daripada tu.. tak mungkin dia jatuh cinta dengan boboi.. kaum sejenis dengannya.. tapi boboi?.... argh.. ????

Petang tu, aman turun ke kafe, dia berbaju kuning, berseluar track yang baru dibeli di pekan rabu masa keluar dengan boboi semalam.... dari jauh dia dah nampak kelibat boboi termanggu menongkat dagu di depan kafe proton..... alamak, Kenapa si boboi ni pakai baju dan seluar sama dengan aku ni? mana dia tahu aku nak pakai baju ni?..Dari hujung pakaian hinggalah ke jam tangan.. semua nya sama dengan aman.

Aman: what??? anda cintakan aku??

Boboi: ye. Aku cintakan kau!

Dahi aman semakin berkerut.. dibuang jauh pandangan matanya. Tak pernah dia merasa sebegini tegang ketika berbicara dengan boboi selama dia mengenalinya.

ish.. kau ni buang tebiat ke boboi ? ujar aman dalam nada sedikit keras.
Kenapa pula? jawab boboi dalam keadaan tersengih

ish anda ni degil lah boi... aku cakap tak boleh tak boleh lah boi!

man? salah ke aku cintakan anda? nada boboi agak serius kali ni

memang!.. kau tu laki.. aku pun laki.. gila lah kau ni boi!suara aman semakin meninggi. Merah padam mukannya.

lorr.. habis tu.. apa masalahnya?ujar si boi sambil menggaru-garu keningnya.

ish.. anda ini.. tak faham-paham ke? nabi xngaku umat.. dol!ujar aman sambil menunjukkan mimik muka yang tidak menyenangkan.

Kenapa pula sampai nabi xngaku umat.. cinta aku ni ikhlas.. nabi pun bercinta dengan kaum sejenis apa?jawab si boboi dengan nada sedikit sebak.

woih.. mulut anda ini.. anda jangan sampai aku pecahkan muka kau ni dengan penumbuk aku ni aman menggenggam tangan kanannya lalu ditunjukkan di hadapan hidung si boboi. kali ini aman sudah tidak mampu mengawal perasaan marahnya.

Man? sampai hati anda.. sepatutnya anda tanya dulu apa maksud aku cakap macam ni.. tapi xperlah.... cuma aku tak sangka anda sampai hati layan aku macam ni sekali.... xperlah.. man.. aku minta maaf.. seandainya anda tak dapat menerima cintaku.. tetapi terimalah hadiah dari aku ni semperna hari jadi anda yang ke 25. Maafkan aku kerana buat anda marah Boboi terus menghulurkan satu bungkusan hadiah berwarna merah dan bergegas mendapatkan keretanya.. beberapa minit kemudian.. kereta boi terus meluncur laju meninggalkan kafe proton.

aman terdiam,.. sambil terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. dia akui selama mereka bersahabat, inilah kali pertama aman meninggikan suara kepada boboi. rasa bersalah mula menyelubungi hati aman.

aman melangkah kakinya longlai melangkah kaki ke biliknya. setelah masuk kedalam bilik, aman duduk di hujung katil. tiba-tiba terlihat gambarnya bersama boboi ketika sambutan birthdaynya yang lepas. aman berselang seli menatap gambar tersebut dan hadiah yang masih ditanganya. terdetik hatinya, apa lah hadiah si boi kali ni. jari jemarinya mula mengoyak hujung hadiah tersebut. setelah selesai membuka bungkusan tersebut.. owh.. buku sirah nabawiyyah.. buku yang dah lama aku cari-cari tapi tak jumpa.. bagus jugak si boboi ni tolong belikan.. lalu aman pun membelek buku tersebut. terdapat satu bahagian daripada buku tersebut sudah di tanda dengan penanda buku.. dan terdapat beberapa perkataan yang di highlightkan dengan pen highliter.

begitulah cinta mereka (kaum ansar dan muhajirin), mereka sangup korbankan harta dan nyawa mereka demi cinta dan persahabatan mereka, mereka sangup serahkan harta kekayaan dan sanggup menceraikan isteri mereka demi persaudaraan, persahabatan dan percintaan sesama mereka. Ini membuktikan bahawa cinta itu luas maknanya. cinta seorang sahabat kepada sahabatnya lebih tinggi nilainya dan mengatasi cinta seorang suami kepada isteri.

terdapat beberapa catatan menggunakan pensil di ruang tepi buku tersebut man. Aku harapkan kita pun menjadi seperti ansar dan muhajirin yang dipersaudarkan. mereka saling mencinta dan menyayangi antara satu sama lain."

dengan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi man. Ya Allah. Aku tersalah anggap kat boi..

tiba-tiba telefon man berbunyi,

man ni sepul.., boi... boi.. eksiden man! depan pintu gerbang. lori langgar dari tepi... bomba sekarang tengah usaha keluarkan dia daripada kereta..

astagfirullah... sepul.. anda.. datang a.aambik akuu..

sampai di pintu gerbang, kelihatan pihak bomba sedang memotong bahagian depan badan kereta proton satria biru yang remuk.. Ya Allah...

Maaf encik tak boleh pergi ke sana. Pegawai bomba yang sedang mengawal kawasan kemalangan cuba menghalang aman dari menerpa ke kereta boboi.

Tapi Encik, tu adik saya... saya abang dia... aman terus berlari mendapatkan kereta boboi...

Aman dapat melihat boboi yang terperusuk di dalam kereta yang remuk. aman menghulurkan tangannya lalu memegang tangan boboi. kelihatan boboi masih sedar.. tetapi dalam keadaan yang sangat lemah.. kelihatan darah mengalir di dahi dan telinganya.. aman mendekatkan kepalanya ke bahagian pintu yang sudah terkopak..

Boi... boi... maafkan aku boi... aku menyesal berkasar dengan kau boi... boi... aku cinta kan kau boi!.. demi Allah.. aku mencintaimu seperti cintanya muhajirin dan ansar! maafkan aku boi!....

dari riak wajah boi seperti ingin meluahkan sesuatu... tapi tak terdaya... hanya senyuman di hujung bibir yang mampu boboi ukirkan bagi membalas ucapan aman.. boi semakin lemah..sekit demi sedikit matanya tertutup..

anggota bomba masih cuba mengeluarkan boboi daripada keretanya.
setelah beberapa ketika. boboi tidak lagi bergerak. tangan yang di pegang oleh aman sebentar tadi kini terkulai layu..

air mata semakin deras mengalir di pipi aman... boi... boi.... aman semakin teresak-esak.. beberapa orang pegawai bomba terpaksa mengalihkan aman memandangkan emosi aman semakin tidak terkawal.

Setelah beberapa minit, boboi berjaya di keluarkan daripada kereta. boboi di letakkan di atas usungan... beberapa orang doktor sedang memeriksa keadaan boboi.. aman hanya memandang dari jauh sambil di kawal oleh beberapa orang pegawai bomba. lalu salah seorang doktor yang memeriksa boboi memandang kearah aman... dengan pandangan sayu.... lalu doktor tersebut menggelengkan kepalanya..... boi... boi... tidakkkkkkkk!!!!!...mata aman berpinar.. kemudian menjadi gelap.

*copy


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-10-09 01:12


uiks...
macam pelik sikit baca cerpen ni
tapi ada maksud agaknya yang nak disampaikan

boboi means what?

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-10-09 10:13


sedih....
kasihan boboi...
dia cuma meluahkan apa yang baru dia baca dari buku..
tak sangka begitu singkat saja apa yang dapat diluahkan..
so, kita kena positif thinking..
jangan nak marah tak tentu fasal..


-----------------
Jom masuk syurga...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

miftahul_jannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2008
Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-10-09 23:27


assalamaualaikum...

menarik lah cerita ini..walaupun pada awalnya agak mengelirukan... tapi da faham maksud citernya...

"begitulah cinta mereka (kaum ansar dan muhajirin), mereka sangup korbankan harta dan nyawa mereka demi cinta dan persahabatan mereka, mereka sangup serahkan harta kekayaan dan sanggup menceraikan isteri mereka demi persaudaraan, persahabatan dan percintaan sesama mereka. Ini membuktikan bahawa cinta itu luas maknanya. cinta seorang sahabat kepada sahabatnya lebih tinggi nilainya dan mengatasi cinta seorang suami kepada isteri. "...

berkasih lah di antara kita atas kerana ALLAH...


-----------------
^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^




Bookmark and Share

    


  Member Information For miftahul_jannahProfil   Hantar PM kepada miftahul_jannah   Quote dan BalasQuote

budakbhaik
Warga Rasmi
Menyertai: 20.04.2010
Ahli No: 39698
Posting: 16
Dari: ulu timur tanah air

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-10 02:48


sggh aq amat tertarik dengan cerita ni..
cinta seorabg sahabat kepada sahabatnya..
huhu..harap aq dengan sahabat aq juga begini..
mencintai satu sama lain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For budakbhaikProfil   Hantar PM kepada budakbhaik   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-10 10:33


:-) OoOO.. :-D


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

budakbhaik
Warga Rasmi
Menyertai: 20.04.2010
Ahli No: 39698
Posting: 16
Dari: ulu timur tanah air

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-06-10 14:00


apa yang oo00 2 smna??
he he he...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For budakbhaikProfil   Hantar PM kepada budakbhaik   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091679 saat. Lajunya....