Oleh |
:: Nurul Iman :: |
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 23-10-03 15:49
Assalamualaikum..... Sekarang ni, telah muncul sebuah lagu nasyid hits yang sering berkumandang kat radio Era...dinyanyikan oleh artis Telaga Biru dan yang menariknya, ianya dinyanyikan oleh artis solo yang bernama Amar....memang best sesangat lagu beliau...sesiapa yang ada info tentang lagu dan artis ni, bolehlah dibincangkan di sini.... wassalam.. ----------------- :: Salam Persaudaraan Untuk Semua ::
|
Maricella
Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas
|
Posting pada: 23-10-03 18:16
mmg betul tu zam_rizal...lagu tu mmg bess..sampai ku jatuh cinta pd lagu tu....
|
fi_amaanillah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB
|
Posting pada: 23-10-03 20:34
lagu ape tuh?? nurul iman ke?? dh lame sebenarnye x dgr ikim..rindunyer...kt sini ikim x clear.. ----------------- "jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar dgn batu,tetapi dibalas dgn buah"---Saidina Abu Bakar
|
Maricella
Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas
|
Posting pada: 24-10-03 16:00
bukan ikim la...ikim rasenye lum kua agi lagu tu..tp era.fm ..hmmm
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 24-10-03 17:13
Assalamualaikum... sedikit info tentang Amar.... 'AMAR'.. ARTIS SOLO BARU TELAGA BIRU. AMAR atau nama sebenar beliau Ariff Muazzim Abdul Rahman, 21, merupakan pelajar tahun dua Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Undang-undang Sivil dan Syariah. Berasal dari negeri Kedah Darul Aman dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga seni membuatkan beliau sering terdedah kepada pelbagai unsur kesenian yang bukan sahaja terhad kepada seni muzik dan seni suara, bahkan seni lukisan, seni tangan dan sebagainya. Selain statusnya sebagai pelajar dan penyanyi, beliau juga merupakan seorang produser album, music programmer dan komposer lagu di mana sebelum ini beliau telah menerbitkan 5 buah album yang dipasarkan secara tidak global, antaranya ialah Sabda, Al-Amin, Al-Faradis dan Impian. Beliau juga merupakan music programmer bagi montage-montage dan lagu-lagu latar rancangan televisyen seperti Salam Nusantara, Salam Timur Tengah, rancangan TV Pendidikan , lagu-lagu tema jabatan-jabatan korporat seperti Lembaga Akreditasi Negara, Jabatan Tanah, iklan-iklan radio dan lagu-lagu tema sekolah selain menjadi kartunis sambilan majalah Asuh. Kemunculan album KIASAN NALURI ini adalah sebagai titik permulaan bagi beliau untuk mengetengahkan konsep Simple Islamic Entertainment yang dipilih oleh beliau iaitu ‘Cool Listening’ sekaligus tidak melampaui batasan syarak. Secara ringkas, KIASAN NALURI adalah sebuah tajuk yang telah disimpulkan daripada kesemua lagu yang terdapat di dalam album ini untuk menjadi tajuk utama album yang penuh dengan kiasan. Semoga dengan kehadiran beliau menjadi kiasan naluri kepada semua. wassalam... ----------------- :: Salam Persaudaraan Untuk Semua ::
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 27-10-03 00:28
ya mmg best ni zam rizal macam kenal je amar tu kawan ke? -semua tahu tu -----------------
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 29-10-03 14:25
Assalamualaikum... ooo...info tu ana ambil kat laman web rasmi Telaga Biru....ana pun tak kenal siapa Amar tu...tapi, kalau boleh jemput dia ke ukhwah kan best.. wassalam...
|
sinarshams
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2003 Ahli No: 3491
Posting: 200
Dari: kmns
|
Posting pada: 29-10-03 15:30
Ana tak pernah dengar saudara Amar nyanyi tapi..ana ada terbaca ttg beliau dalam sebuah majalah...hebat juga beliaukan... ----------------- ikan Di LaUt, AsAm di DarAt, DalaM pEriuK, Bikin MuafAkAT. SALAM UKHWAH FILLAH...
|
raul_gonzalez
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1321
Posting: 396
Dari: .::Kuala Terengganu::.
|
Posting pada: 15-11-03 14:20
kalau tak silap ana Ustaz Amal pernah muncul bersama Raihan dalam lagu Puji-pujian...(kalau salah tolong betulkan) ----------------- ~MEMBANGUN MENURUT ISLAM~
|
AdAwiAh_1210
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 649
Posting: 120
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 15-11-03 14:45
assalamualaikum... amar bukan ustaz amal... dulu amar ni solo kump sabda...kumpulan nasyid dari kedah... sekarang ni dia bergerak solo dgn Telaga Biru... mmg best lagu Nurul Iman tu... rasanya dah ada kat ikim..kalau tak silaplah...
|
j-a-j-a
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1355
Posting: 119
Dari:
|
Posting pada: 15-11-03 14:56
penah tengok gambar dia kat telaga biru..tp suara dia tak penah dengar lagi... ----------------- Siang.......
Disuluhi mentari,
Menyinari seluruh alam.
Malam.......
Dihiasi bintang-bintang,
Keindahan tiada taranya.
|
wani_sopan
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1338
Posting: 102
Dari: uum
|
Posting pada: 16-11-03 17:43
amar tuh senior skolah adik saya..smka baling..dier mmg aktif dr skolah lagi..
|
mawarkasih
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 41
Posting: 519
Dari: kuantan
|
Posting pada: 18-11-03 03:42
em......Amar nie bukan ke x kumpulan sabda.......
|
jilul_QURAN
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 112
Posting: 213
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 18-11-03 15:28
ana xdengar lagi lagu beliau...sedap ye?nnt ana dengar
|
sahabat_amin
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman
|
Posting pada: 21-11-03 14:59
Penyanyi nasyid solo Amar??...ooo... dulu ada skali keluar video klip lagu Cebisan Kenangan kat TV3.... lagu tu memang best....kat IKIM.fm dah banyak kali keluar..siap ada promote lagi sekarang.... Nurrul Iman pun ana dah dengar... boleh tahan...best.. Ukhwah yang terbina persis Sekuntum bunga meskipun kini kita berpisah demi kasihnya namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku... (sebahagian lagu Cebisan Kenangan...)
|
adeq_shiFa
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 410
Posting: 315
Dari: BuMi
|
Posting pada: 27-11-03 12:48
hmmzz...ikim dah pernah kluar..lagu tu mmg sedap..tp sayang..spore pon tkleh dgr sgt.. ----------------- « Allah knows what's the best for us » ^_^
|
Maricella
Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas
|
Posting pada: 27-11-03 15:10
alah..kesiannyer...
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 27-11-03 18:55
ala beli je kaset or cd dia, dapat dengar slalu kan... -----------------
|
fizah84
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.11.2003 Ahli No: 4915
Posting: 34
Dari: malaysia
|
Posting pada: 28-11-03 13:25
best sesangat....
|
ieda
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.10.2003 Ahli No: 4797
Posting: 226
Dari: pontian
|
Posting pada: 02-12-03 23:54
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 12-01-04 11:16
erm..lagu tu mmg best........
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 12-01-04 12:05
Quote:
| On 2003-11-27 18:55, kaze wrote: ala beli je kaset or cd dia, dapat dengar slalu kan...
|
| hari tu try nak beli kat kedai kaset di kelantan ni, tapi jurujual tu kata dah sold out. uikss... ana rasa album Amar ni sekarang tengah meletup. Susah betul nak dptkan album dia ni. Di carta ikim.fm.. lagu Nurul Iman semakin melompat ke tangga ke atas. Jom kita undi dan nantikan adakah lagu ni boleh menjadi juara mingguan..? tunggu jgn tak tunggu. wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
IrSyA_IsYqI
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 437
Posting: 134
Dari: Batu Pahat & IIUM
|
Posting pada: 12-01-04 12:57
ana pun ada dgr lagu tuh dekat ikim. fm... sedap betul lagu tuh... sekali dengar nak dengar lagi, ingat kan nak beli jugak albumnya nanti.... terima kasih pada akhi zam_rizal sbb bagi information pasal amar tuh.. sebab sebalum ni, cuma kenal nama je....
|
puteri_sya
Warga Rasmi Menyertai: 22.01.2004 Ahli No: 6681
Posting: 10
Dari: batu pahat,johor
|
Posting pada: 25-01-04 15:07
amar telah membawa satu lagi konsep nasyid yg baru.tahniah amar.kiasan naluri memang best. ----------------- ratu syahadah lalu bermadah
oh tuhan binakan istana untukku
walaupun di dunia ku diseksa
namun tak terbayar nikmt di syurga
|
raul_gonzalez
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1321
Posting: 396
Dari: .::Kuala Terengganu::.
|
Posting pada: 25-01-04 18:18
betul tu.... lagu ni memang sedang top skrg ni..... kaset dia ana dah cari merata2 tp dah habis.... P/s:semoga lagu ni dpt mengekalkan status sbg juara carta IKIM.fm... ----------------- ~MEMBANGUN MENURUT ISLAM~
|
aza
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 25-01-04 18:41
memang tak dinafikan lagu ni memang best sangat...dekat carta ikim.fm mula2 dapat no. 10 pastu naik anak tangga ke no.9 pastu ke no. 5 kot...pastu terus jadi juara...hebat...tapi yang ana nak tau...lagu ni..'nurul iman' tu nama orang ke nama tokoh islam??
|
sampanburuk
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.02.2004 Ahli No: 7069
Posting: 257
Dari: kedah
|
Posting pada: 19-02-04 02:21
::. NURUL IMAN .:: Rindu kekasih yang syahdu nian Bertemankan kau dikamar hati Nurul Iman oh dikau penyeri Kegelapan dikala mencari Gemersik alunan cinta bersemi Mengharap persimpangan idaman hati Memenuhi fitrah insan sejati Keayuan anugerah Illahi Nama yang terukir di pohonan suci Bernaung sebuah keikhlasan Engkau tersenyum ceria ku keharuan Dan bersemi cinta selama-lamanya Dia milik insan yang mendamba kebahagiaan Sebelum sesudahnya tercapai impian murni Kekasih hati cinta yang diredhai Ucapkanlah kalimah yang kurindu Lagu/lirik: AMAR ***Kebanyakkan lagu-lagu dalam kaset solo terbaru AMAR(KIASAN NALURI) ni, dia yang cipta sendiri. Memang berbakat sungguh.Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Yang bestnya ayah AMAR pun ada sumbang satu lagu...tajuknya MADAH PEDOMAN. Lagu lain yang BEST kat dalam album AMAR ni macam lagu CEBISAN KENANGAN, HARAPAN n ada la lagi. Lagu DUET pun ada,dgn adik Mohd. Amir Shakirin. Beli la kaset AMAR. tak rugi punya.*** ----------------- "::"Buat Apa Yg Kamu Perkatakan Kerana ALLAH Benci Kepada Orang Yg Memperkatakan Sesuatu Yg Tidak Ia Perbuat"::"
|
sampanburuk
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.02.2004 Ahli No: 7069
Posting: 257
Dari: kedah
|
Posting pada: 19-02-04 02:28
Quote:
| Gemersik alunan cinta bersemi Mengharap persimpangan idaman hati Memenuhi fitrah insan sejati Keayuan anugerah Illahi |
| ***notes: bukan bersemi tapi berputik salah lak.sori ----------------- "::"Buat Apa Yg Kamu Perkatakan Kerana ALLAH Benci Kepada Orang Yg Memperkatakan Sesuatu Yg Tidak Ia Perbuat"::"
|
ieda
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.10.2003 Ahli No: 4797
Posting: 226
Dari: pontian
|
Posting pada: 19-02-04 04:00
, punye suke ngan lagu nie..sampai beli 2 cd dan 1 kaset.baru puas hati!!! ----------------- buat apa saja.. janji tidak menyalahi syariat agama..
|
haff
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6251
Posting: 253
Dari: Darul Aman
|
Posting pada: 19-02-04 23:18
ieda:banyaknye ante beli nak buat pekasam ke...he....he.....oooo... 1 letak dalam kete...1 letak kat bilik..1 letak kat bilik audio kat skool.....betul tak
|
IrSyA_IsYqI
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 437
Posting: 134
Dari: Batu Pahat & IIUM
|
Posting pada: 19-02-04 23:37
lagu NURUL IMAN tuh ade maksud yang tersirat kan...? isk sedih pulak biler dgr lagu tuh....
|
haff
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6251
Posting: 253
Dari: Darul Aman
|
Posting pada: 19-02-04 23:44
|
nawwal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.
|
Posting pada: 23-02-04 09:41
warahmatullahi wabarakatuh Hmm...pasal Amar ni...ana ada la jugak dengar lagu beliau ni..tapi, lagu Nurul Iman ni, ana baru je dengar sekali..tu pun sekejap je....(sebab tetiba je ayah ana tutup radio...hehe... ..so, takleh nak buat apa dah....) Kat bilik ana tu pulak, siaran IKIM not very clear..so, tak dapat la nak dengar.. Tapi, lagu Cebisan Kenangan tu memang best.... *nampaknya seorang lagi warga UIAM melangkah ke arena nasyid...semoga Allah merahmati usaha beliau...amin.... Sekian.. Wassalam [ Posting ini telah di edit oleh: nawwal pada 2004-02-23 09:43 ]
|
puteri_qistina
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.02.2004 Ahli No: 7091
Posting: 137
Dari: uum sintok
|
Posting pada: 07-03-04 14:17
amar tu dulu group nasyid Sabda...kenal tak?ala lagu sahabat tu...best lagu tuh...diorang ni bekas budak smka kedah...lagu Nurul Iman tu dah main la kat ikim...siap jd juara carta lagi kalahkan Demi Cinta Suci aritu...la ni yg baru tak pasti sape juara...kat era pun dah kuar ker...tu tak tau la pulak...tp kire bestla camtuh...makin berkembang la lagu tuh...best...saper tak dengar ...cube la dgr mesti tak menyesal.... ----------------- "straight from our heart we cry...searching 4 a perfect life...so stand up and cry for freedom..." MIRWANA best...
|
fadhluljannah
Warga Rasmi Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3881
Posting: 3
Dari: utara johor
|
Posting pada: 07-03-04 16:40
assalamualaikum... bole saya tahu lagu nurul iman ni mengisahkan apa ye?...individu tertentu atau mengisahkan perihal keimanan?...kompius le....anyone yg bole terangkan?.......
|
cassia
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.12.2003 Ahli No: 5605
Posting: 25
Dari: aucKland
|
Posting pada: 07-03-04 17:24
thanks for da info http://nasheed.no-ip.com/
|
alfaqierah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 274
Posting: 400
Dari: bumi Allah-mciium
|
Posting pada: 08-03-04 00:23
Assalamu'alaikum wrt wbt lagu Nurul Iman.. alhamdulillah..emmang indah sekali liriknya,melodinya pun ok. lagu ni punya maksud yang tersirat..ana pun masih tercari-cari makna sebenar..siapa yg dimaksudkan dalam lagu ni..wallahu'alam.. moga kehadiran akh Amar dlm bidang nasyid ni menambakan lg seri seni hiburan islam..insyaAllah.. jumpa lg!
|
IrSyA_IsYqI
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 437
Posting: 134
Dari: Batu Pahat & IIUM
|
Posting pada: 08-03-04 03:18
sorry la, akh haff, ana tak tengok pun telebriti ari tuh ... ade keluar ke? tak tahu pula... kalau tak mesti nak tengok amar nyanyi live... bagi ana la kan... seperti yang pernah amar cakap masa ditemubual kat IKIM.FM tuh, dia kata lagu tuh menunjukkan perihal keimanan, kalau nak tengok dari segi maksudnya , cahaya keimanan.... entahlah, semua ada pendapat sendiri kan... cuba fahami lirik lagu tuh, tersirat....! dan bersemi cinta selama-lamanya..... selama-lamanya hanya cinta untuk Illahi [ Posting ini telah di edit oleh: IrSyA_IsYqI pada 2004-03-08 03:21 ]
|
pLatipus
WARGA SETIA Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:
|
Posting pada: 08-03-04 08:06
memang best...... ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata detik waktu yg berlalu menjadi memori kau dan aku sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu tanpa mengeal erti penat jemu igatkah kau lagi kita bersama memijak onak duri ditanah gersang mengutip semangat suci kini segalanya tersurat dalam sanubari bersabarlah dengan ketetentuan-Nya ada rahmat yg tersembunyi bertemu berpisah kerana Allah lumrah kehidupan insan beriman moga saat nan indah ku harap berulang lagi
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 08-03-04 08:17
|
selembut_salju
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.07.2003 Ahli No: 2674
Posting: 121
Dari: damansara utama
|
Posting pada: 08-03-04 11:51
mmm....lagu amar memang best...ana suka lagu cebisan kenangan tu..memang best sesgt.
|
ain_mardziah
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.01.2004 Ahli No: 6659
Posting: 188
Dari: kedah
|
Posting pada: 08-03-04 13:30
ana ada kawan nama nurul iman.... nak tanya sikit....nurul iman tu habibah amar ker? sebab an tercari2 tokoh yg namanya nurul iman
|
HajarAswad
Warga Rasmi Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 77
Posting: 12
Dari: J S T
|
Posting pada: 21-05-04 18:37
|
Pdaus
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan
|
Posting pada: 09-09-04 20:05
ni apa yang tersirat di sebalik Nurul,Nurul Iman.... Mari kita meresapi tafsiran sebuah nasyid berjudul Nurul Iman, sebuah nasyid dari Amar atau nama sebenar beliau Ariff Muazzim Abdul Rahman, yang terdapat dalam album pertamanya berjudul Kiasan Naluri. Ternyata maknanya sungguh dalam. RINDU KEKASIH YANG SYAHDU NIAN Syahdu nian bermaksud - mulia, indah, elok dan sebagainya. Kekasih di sini bermaksud Allah SWT, sebab cinta kepada Allah adalah setinggi-tinggi cinta. Apabila ada iman yang sejati kita akan merindui Yang Maha Pencipta. Maka, cinta kepada Allah adalah sebaik-baik cinta. BERTEMANKAN KAU DI KAMAR HATI Kau di sini bermaksud iman karena lagu ini berkisarkan iman. Iman yang sempurna ialah iman yang apabila dibenarkan di dalam hati. Definisi iman :membenarkan di dalam hati, melafazkan dengan lisan, melaksanakan dengan anggota badan. Yang paling penting ialah penerimaan dalam hati karena jika kita sekadar melafazkan dan melaksanakan, ramai orang munafik pun boleh berbuat demikian. NURUL IMAN OH DIKAU PENYERI KEGELAPAN DIKALA MENCARI Cahaya keimanan adalah penyuluh/penyeri hidup yang mencari kebenaran apabila kita mengharapkan petunjuk dari Allah. GEMERSIK ALUNAN CINTA BERPUTIK Alunan cinta ialah zikrullah. Zikrullah sekurang-kurang adalah tanda kita cintakan dan dambakan rahmat Allah. MENGHARAP PERSIMPANGAN IDAMAN HATI Dalam hidup kita ada dua persimpangan iaitu simpang ke arah kesesatan atau cahaya ilahi. Diambil dari ayat Al-quran, surah Al-insan;3 "Sesungguhnya kami menyediakan jalan kepada manusia samada ingin bersyukur atau kufur. Maksudnya ada 2 simpang yang besar perbezaannya. Apabila ada iman, kita akan mengharapkan simpang yang baik dan diredhaiNya. MEMENUHI FITRAH INSAN SEJATI Apabila ada iman yang sempurna, seseorang itu akan menjadi insan yang kamil. Ciri-ciri kemanusiaan/hamba Allah yang sebenar akan wujud dalam diri bila iman bertakhta di hati. KEAYUAN ANUGERAH ILAHI Ayu terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama berkenaan dengan tingkah laku yang lemah lembut. Kedua berkenaan dengan menariknya seseorang perempuan. Saya memilih bahagian yang pertama iaitu berkenaan tingkah laku yang lemah lembut. Lemah lembut mengikut kamus ialah elok perangai, baik budi pekerti dan lain-lain. Maka apabila ada cahaya iman dalam diri, seseorang itu akan miliki segala ciri-ciri sifat mahmudah seperti elok perangai dan baik budi pekerti. NAMA YANG TERUKIR DI POHONAN SUCI Nurul iman adalah sejenis 'kata nama' mengikut nahu arab, maka tak salah jika kita menyebutnya sebagai NAMA. Terukir di pohonan suci ialah sebagai kiasan yang melambangkan iman adalah setinggi-tinggi perkara. Ini karena pohon adalah sesuatu yang sinonim dengan sesuatu yang tinggi, apatah lagi pohon itu adalah pohon yang suci. Barulah boleh dikiaskan kepada iman yang suci dan murni. BERNAUNG SEBUAH KEIKHLASAN Iman yang sempurna tak akan terbentuk tanpa keikhlasan hati. ENGKAU TERSENYUM CERIA KU KEHARUAN 'Engkau' di sini maksudnya Allah. Tuhan yang tersenyum adalah bahasa kinayah yang menandakan bahawa Allah meredhai segala amalan kita. Ini adalah seperti bahasa dalam al-quran yang menyebut 'tangan Allah' yang bermaksud 'kekuasaan Allah' yang juga bahasa kinayah karena Tuhan tidak sama dgn makhluk. 'ceria' adalah penegasan kepada senyum yang sebenar-benarnya karena senyum ada pelbagai jenis seperti senyum mengena,senyum jahat dll. Maka apabila Allah meredhai kita,itu adalah setinggi-tinggi pengiktirafan kepada makhluk dari Tuhan dan semestinya kita akan terharu. DAN BERSEMI CINTA SELAMA-LAMANYA (verse ini adalah kata kunci lagu nurul iman yg membuktikan ianya membawa maksud cahaya keimanan). Cinta kepada makhluk tidak akan kekal abadi. Maka cinta yang selama-lamanya/kekal abadi hanyalah cinta Allah. DIA MILIK INSAN YANG MENDAMBA KEBAHGIAAN 'dia' bermaksud iman. Iman adalah milik insan yang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat. SEBELUM SESUDAHNYA TERCAPAI IMPIAN MURNI 'sebelum' bermaksud di dunia. 'sesudahnya' bermaksud di akhirat. Maka, di dunia dan akhirat kita akan beroleh kemenangan. KEKASIH HATI CINTA YANG DIREDHAI Allah adalah kekasih dalam hati apabila ditemani iman dalam hati. Inilah cinta yang diredhai. UCAPKANLAH KALIMAH YANG KU RINDU Seseorang itu mengesa hatinya supaya mengucapkan kalimah yang berkenaan dengan iman, dan kalimah yang berkenaan dengan iman itu tak lain tak bukan ialah 'kalimah syahadah'. (nasyid.com/dari Forum Telaga biru by amar)
|
itsjustme
WARGA SETIA Menyertai: 22.08.2004 Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL
|
Posting pada: 09-09-04 20:12
AMAR memang best.. ----------------- Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai
|
setanggisyurga
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11892
Posting: 78
Dari: parit buntar
|
Posting pada: 17-10-04 11:35
nurul iman.... oh dikau penyeri... kegelapan dikala mentari....
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 10-11-04 16:22
-best lagu tu !!! -da jumpa ke nurul iman anda...?? -ada-ada jer !!! ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|