Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 81
Ahli: 0
Jumlah: 81




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 16 hari yang lalu
nur_takwa88: 22 hari yang lalu
kismis: 22 hari yang lalu
qaulah_atrah: 33 hari yang lalu
muaz9768: 37 hari yang lalu
Rashdin: 43 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Rahsia air tangan wanita


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Rahsia air tangan wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh Rahsia air tangan wanita

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 09:58


Dalam satu paparan majalah kesayangan semua ini baru-baru ini ialah mengenai harapan seorang suami terhadap isterinya. Banyak harapan suami, semua yang baik-baik, yang menjamin kesejahteraan hidup mereka. Mungkin satu hari nanti, boleh pula dibincangkan tentang harapan isteri terhadap suaminya. Namun, untuk perbincangan kali ini, saya nak sentuh mengenai salah satu harapan suami di dalam perkahwinannya iaitu isterinya adalah seorang yang pandai memasak. Mungkin tak sehebat seorang chef yang handal dalam menyediakan pelbagai jenis juadah tetapi yang penting, si isteri mampu mengenyangkan perut suami. Harapan para suami ini mengingatkan saya kepada kata-kata emak saya: kalau nak suami dekat dengan kita, jaga perutnya jangan sampai lapar dan jaga tidurnya jangan sampai tak lena. Alhamdulillah, menghampiri empat tahun perkahwinan, suami saya yang dulunya memakai pakaian bersaiz M, dah mula mencari saiz L.

Mungkin ada yang pelik, satu masa dulu saya pernah menegaskan bahawa memasak untuk suami dan anak-anak, bukan satu tanggungjawab. Ya betul, memasak bukan satu tanggungjawab atau kewajipan seorang isteri. Harus diingat, selain melayani kehendak batin suami, kewajipan seorang isteri adalah menjaga kebajikan suami. Sebab itu lah saya pernah mengatakan bahawa tugas memasak adalah satu kerja bonus. Bukan sahaja kepada suami tetapi yang paling penting ialah kepada diri isteri itu sendiri. Kenapa? Kerana dengan masakan, seorang wanita mampu menambat hati seorang suami. Pernah dengar kes majikan ada hubungan sulit dengan pembantu rumah? Banyak kes dah kan? Selalunya bila timbul kes-kes sebegini, yang akan disalahkan ialah pembantu rumah kerana tak sedar diri dan berani memikat majikan sendiri. Suami juga disalahkan kerana tidak tahu membezakan antara kaca dan permata. Ramai yang tidak tau, sebenarnya salah satu sebab ialah air tangan pembantu rumah tersebut yang telah melekat di hati si suami.

Ya!!! Air tangan… perkara yang kecil saja kan? Sesungguhnya air tangan wanita mempunyai rahsia yang tersendiri. Rahsia kasih sayang, lebih hebat daripada penangan air guna-guna. Kenapa tidak? Kita ni manusia yang dikuasai oleh akal dan minda. Akal dan minda hanya akan berfungsi sempurna apabila perut terisi sewajarnya. Bila bercakap tentang sewajarnya, bermaksud makanan yang masuk ke tekak itu sedap dimakan dan mengenyangkan. Ya, memang banyak makanan yang sedap dan enak serta mengenyangkan dijual di merata tempat. Apa nak susah? Beli saja, dah tercapai lah hasrat mengisi perut suami dengan sewajarnya. Betul tu… memang betul. Cepat dan segera. Namun, secepat dan sesegera itu juga kasih sayang suami akan pudar. Kenapa? Kerana tiada bezanya bagi si suami sama ada berkahwin atau bujang jika tetap merasa masakan gerai atau restoran. Sememangnya apabila telah bergelar suami, antara perkara yang suami fikirkan ialah: makan pakaiku terjaga.

Bukan memanjakan suami. Bukan juga menghambakan diri isteri. Memasak dan menyediakan makanan untuk suami adalah satu tanda kasih dan sayang seorang isteri kepada suami. Jika suami menghabiskan masakan isteri dengan penuh selera, hati isteri akan gembira dan ceria. Akan semarak lagi kasih dan cinta yang telah sedia ada. Pernah ada satu kes, seorang suami meninggalkan isteri mudanya yang cantik molek, pandai bersolek dan memikat, kembali kepada isteri pertama yang telah diceraikan kerana satu kehebatan bekas isterinya itu yang sukar ditandingi iaitu memasak. Cakaplah apa sahaja, si isteri akan pantas menyediakannya. Saya faham, sebagai wanita bekerjaya, memang susah untuk menyediakan hidangan istimewa setiap hari. Namun, saya menyeru kepada diri saya dan para isteri yang lainnya, demi suami yang kita korbankan harga diri kita kepadanya, marilah kita berusaha untuk mengenyangkan perut suami dengan air tangan kita sendiri.

Tak perlu masakan atau hidangan istimewa setiap hari, cukuplah yang mudah, sedap dan mengenyangkan. Suami pula, jangan pulak bersikap melampau. ‘Order’ itu ini seperti isteri anda itu tukang masak restoran. Kalau sesekali di hujung minggu tu, memang wajar. Kalau hari-hari, memang cari pasal lah. Fahamlah sikit, isteri anda bekerja. Kalau suri rumah pun, bukan memasak sahaja kerjanya. Anak-anak, persekitaran rumah, segalanya nak diuruskan juga. Biarlah bersederhana. Kesihatan terjaga, kewangan pun tak memeningkan kepala.

Paling baik, bukan sekadar isteri yang sibuk di dapur. Suami sepatutnya turut sama membantu isteri ketika menyediakan hidangan. Ya lah, dah isteri lakukan bonus untuk anda. Anda juga, berikan bonus kepadanya. Kalau ada anak-anak, suami boleh membantu menguruskan hal anak-anak ketika isteri sibuk di dapur. Itu juga salah satu cara memberikan bonus kepada isteri anda. Paling penting juga, suami harus bijak mengambil hati isteri. Ingat!! Isteri anda bukan chef terbaik di hotel bertaraf antarabangsa. Malah ada di kalangan wanita yang belajar memasak hanya setelah berkahwin.

Peranan suami amat penting untuk membanggakan isteri anda mengenai masakannya. Jika sedap, pujilah. Jika tidak, jangan diperli apatah lagi dimaki. Bukan berbohong namun tetapi gunakan kaedah yang lebih berhikmah. Jika terlebih garam, katakanlah, makanan ni sedap, tapi lebih sedap jika kurang sikit masinnya. Percayalah, hati isteri takkan terguris dengan komen anda malah isteria kan lebih berusaha menyediakan yang terbaik agar anda selalu memuji kerana pujian anda adalah salah satu tanda, anda menyenangi dan menyayanginya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

SinarNajmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31104
Posting: 40
Dari: putrajaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 10:58


assalamualaikum..............
ana setuju dengan pendapat istisafa.
sesungguhnya wanita bukan hamba tapi pelengkap hidup.
ana bersyukur kerana suami sentiasa ingin menikmati makanan dirumah yang dimasak oleh ana kerana lebih puas berbanding makan di luar.
Alhamdulillah sebelum kahwin berat suami 70kg sekarang 8 bulan kahwin berat badan suami ana mencecah 85kg.Syukur berat badannya saja menunjukkan bahawa ana sentiasa memberi suami ana kenyang dan orang kampung ana dan suami semua terkejut.(hehehehe)tapi nasib baik suami ana tinggi dan sentiasa bersukan.walaupun berat badan suami ana naik tapi yang penting suami ana sihat sejahtera disamping ana dan anak yang ana kandungkan juga 8bulan.
AMIN.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For SinarNajmieProfil   Hantar PM kepada SinarNajmie   Quote dan BalasQuote

shafiqah88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2008
Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan

blank  


posticon Posting pada: 31-12-08 13:04


waaaaa.. bagusnya... air tangan ye.. nanti saya nak buat air teh, bagi org minum, saya celup2 tangan dalam tu, hihihi...

memang selalu lelaki akan gomooookkkk lepas kahwin, kan?? saya pun nak hebat masak ar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shafiqah88Profil   Hantar PM kepada shafiqah88   Pergi ke shafiqah88's Website   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 31-12-08 13:36


hmmm... kalau masak nasi saja ok tak? tak reti lah memasak2 ini. masak nasi pun kekadang keras kekadang lembik... lepas itu beli lauk kat kedai, sampai rumah masak balik masuk dalam kuali... ada seorang makcik itu ana kenal, kena cerai juga dengan husband dia padahal dia power gila masak sampai ada kedai makan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

shafiqah88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2008
Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan

blank  


posticon Posting pada: 31-12-08 13:45


Pada 31-12-08 13:36 , NoZaBiZz posting:

!!! QUOTE !!!

hmmm... kalau masak nasi saja ok tak? tak reti lah memasak2 ini. masak nasi pun kekadang keras kekadang lembik... lepas itu beli lauk kat kedai, sampai rumah masak balik masuk dalam kuali... ada seorang makcik itu ana kenal, kena cerai juga dengan husband dia padahal dia power gila masak sampai ada kedai makan...


maasak tu bukan sebab cerai2 tu, tak kisah lah hebat gila masak ke, lgsung tak reti masak ke, kalau dah jodoh sampai situ, ye cerai... nauzubillah, doa banyak-banyak mntak dijauhkan..

nak kata nya sini, nak ikat suami, ikat perut dia dulu.. mesti nak balik rumah punya untuk makan, walaupn isteri dia masak tak sedap...


-----------------
chayo!


Bookmark and Share

    


  Member Information For shafiqah88Profil   Hantar PM kepada shafiqah88   Pergi ke shafiqah88's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 13:56


Pada 31-12-08 13:04 , shafiqah88 posting:

!!! QUOTE !!!

waaaaa.. bagusnya... air tangan ye.. nanti saya nak buat air teh, bagi org minum, saya celup2 tangan dalam tu, hihihi...

memang selalu lelaki akan gomooookkkk lepas kahwin, kan?? saya pun nak hebat masak ar..


Erk.. haha.. jawapan paling sempoi pernah saya baca.. iye ke? :berfikir: paling memualkan pernah saya baca.. :pint:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 31-12-08 14:45


Nak lagi berkat setiap kali basuh beras, rajin-rajinlah berselawat.Bukan celup tangan dalam air teh tau...itu bukan berkat itu dahsyat..keke!
Kalau nak masak nasi ni kena tengok pada jenis beras jugak....kalau beras biasa air dia kena lebih sikit...kalau beras wangi air lebih nanti dia lembik pulak...so,mula-mula beli beras kenalah try and error...2nd time masak mesti ok!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-12-08 16:07


Ya!!! Air tangan… perkara yang kecil saja kan? Sesungguhnya air tangan wanita mempunyai rahsia yang tersendiri. Rahsia kasih sayang, lebih hebat daripada penangan air guna-guna. Kenapa tidak? Kita ni manusia yang dikuasai oleh akal dan minda. Akal dan minda hanya akan berfungsi sempurna apabila perut terisi sewajarnya. Bila bercakap tentang sewajarnya, bermaksud makanan yang masuk ke tekak itu sedap dimakan dan mengenyangkan. Ya, memang banyak makanan yang sedap dan enak serta mengenyangkan dijual di merata tempat. Apa nak susah? Beli saja, dah tercapai lah hasrat mengisi perut suami dengan sewajarnya. Betul tu… memang betul. Cepat dan segera. Namun, secepat dan sesegera itu juga kasih sayang suami akan pudar. Kenapa? Kerana tiada bezanya bagi si suami sama ada berkahwin atau bujang jika tetap merasa masakan gerai atau restoran. Sememangnya apabila telah bergelar suami, antara perkara yang suami fikirkan ialah: makan pakaiku terjaga.

Bukan memanjakan suami. Bukan juga menghambakan diri isteri. Memasak dan menyediakan makanan untuk suami adalah satu tanda kasih dan sayang seorang isteri kepada suami. Jika suami menghabiskan masakan isteri dengan penuh selera, hati isteri akan gembira dan ceria. Akan semarak lagi kasih dan cinta yang telah sedia ada. Pernah ada satu kes, seorang suami meninggalkan isteri mudanya yang cantik molek, pandai bersolek dan memikat, kembali kepada isteri pertama yang telah diceraikan kerana satu kehebatan bekas isterinya itu yang sukar ditandingi iaitu memasak. Cakaplah apa sahaja, si isteri akan pantas menyediakannya. Saya faham, sebagai wanita bekerjaya, memang susah untuk menyediakan hidangan istimewa setiap hari. Namun, saya menyeru kepada diri saya dan para isteri yang lainnya, demi suami yang kita korbankan harga diri kita kepadanya, marilah kita berusaha untuk mengenyangkan perut suami dengan air tangan kita sendiri.

Tak perlu masakan atau hidangan istimewa setiap hari, cukuplah yang mudah, sedap dan mengenyangkan. Suami pula, jangan pulak bersikap melampau. ‘Order’ itu ini seperti isteri anda itu tukang masak restoran. Kalau sesekali di hujung minggu tu, memang wajar. Kalau hari-hari, memang cari pasal lah. Fahamlah sikit, isteri anda bekerja. Kalau suri rumah pun, bukan memasak sahaja kerjanya. Anak-anak, persekitaran rumah, segalanya nak diuruskan juga. Biarlah bersederhana. Kesihatan terjaga, kewangan pun tak memeningkan kepala.

Paling baik, bukan sekadar isteri yang sibuk di dapur. Suami sepatutnya turut sama membantu isteri ketika menyediakan hidangan. Ya lah, dah isteri lakukan bonus untuk anda. Anda juga, berikan bonus kepadanya. Kalau ada anak-anak, suami boleh membantu menguruskan hal anak-anak ketika isteri sibuk di dapur. Itu juga salah satu cara memberikan bonus kepada isteri anda. Paling penting juga, suami harus bijak mengambil hati isteri. Ingat!! Isteri anda bukan chef terbaik di hotel bertaraf antarabangsa. Malah ada di kalangan wanita yang belajar memasak hanya setelah berkahwin.

Peranan suami amat penting untuk membanggakan isteri anda mengenai masakannya. Jika sedap, pujilah. Jika tidak, jangan diperli apatah lagi dimaki. Bukan berbohong namun tetapi gunakan kaedah yang lebih berhikmah. Jika terlebih garam, katakanlah, makanan ni sedap, tapi lebih sedap jika kurang sikit masinnya. Percayalah, hati isteri takkan terguris dengan komen anda malah isteria kan lebih berusaha menyediakan yang terbaik agar anda selalu memuji kerana pujian anda adalah salah satu tanda, anda menyenangi dan menyayanginya.

hanya itu yang di ingin kan oleh para isteri...


-----------------
ilmu itu penyuluh hidup


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109891 saat. Lajunya....