Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 318
Ahli: 0
Jumlah: 318




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Ya Allah, Perjuangan Ini MEMERITKAN!


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Ya Allah, Perjuangan Ini MEMERITKAN!

Please Mendaftar To Post


Oleh Ya Allah, Perjuangan Ini MEMERITKAN!

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-12-08 15:03


Assalamualaikum w.b.t para Ikhwan Ukhwah.

Hamba mulakan topik ini untuk pengakhiran 1429 ini dengan sebuah puisi yang bukan tulisan hamba:

Perjuangan itu gerun dan mengerikan,
Hebat dan dahsyat menggerunkan hati,
Bagi Mukmin, di sini harga & nilainya.

Perjuangan itu bagai sampan di laut,
Di atas lapang tiada perlindungan,
Di bawah air melambung dan menggulung,
Menongkah gelombang yang datang melanda.

Kiri, kanan, depan, dan belakang,
Angin yang menderu tidak tahu bila datang,
Hujan badai yang datang menyerang,
Bak singa lapar yang garang.

Kadang-kadang terdampar di batu karang,
Penumpang menerima nasib berlainan,
Ada yang jatuh ada yang tenggelam,
Yang pandai berenang berpaut ke sampan.

Ada yang berjaya berenang ke tepian,
Sekali lagi ia melayar sampan,
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya,
Namun harapnya hanya pada Yang Esa...



-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-12-08 15:07


Antum masih belum dapat menghayati bait-bait diatas? Sudi-sudikan mendengarkannya dalam bentuk nasyid dibawah.

Suka diingatkan, usah diambil pusing imej video yang mengiringi jika ianya 'menjentik' sensitiviti antum lantaran tariqah yang berbeda, cukup sekadar mendengar dengan tulus hati:

--->PERJUANGAN


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-12-08 15:50


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikanlah selawat kepada Rasulullah dan keluarganya...

Ya Allah, Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui

Sesungguh kezaliman hamba-hamba-Mu
telah tegak di negeri-Mu,
sehingga keadilan dimatikan,
jalan-jalan kebaikan diputuskan
kebenaran dihapuskan,
kejujuran disia-siakan
kebajikan disembunyikan,
keburukan ditampakkan
ketakwaan direndahkan,
petunjuk dihilangkan
kebaikan dimusnahkan,
keburukan ditegakkan
kerosakan dikembangkan,
kekufuran dikuatkan
kezaliman dihalalkan,
perubahan dimusuhi

Ya Allah, Tuhanku, Tuhan yang menguasai Alam dan seluruh isinya

Tidak ada yang dapat melepaskan kami dari semuanya kecuali kekuasaan-Mu
Tidak ada yang dapat melindungi kami dari semuanya kecuali anugerah-Mu

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar,

Hancurkan kezaliman. Putuskan belenggu penindasan. Hancurkan pusat kemungkaran. Muliakan orang yang menghindari kezaliman. Hancurkanlah akar-akar para pelaku kezaliman dan penindasan.Tutupkan kepada mereka kekurangan setelah mereka berlebihan. Dilepaskan orang yang terkurung.

Ya Allah, Ya Azim, Ya Maliki Yaumiddin

Segerakan kepada mereka kebinasaan.Porak-porandakan mereka dengan perpecahan. Turunkan kepada mereka hukuman. Ambil nyawa kemungkaran. Sehingga tenanglah orang yang ketakutan. Tenteramlah orang yang kesulitan. Kenyanglah orang yang lapar. Dipelihara orang yang terlantar. Dilindungi orang yang terusir. Dikembalikan orang yang terbuang.

Supaya orang fakir dikayakan.
Orang yang meminta perlindungan dilindungi.
Orang besar dihormati, orang kecil disayangi.
Orang teraniaya dimuliakan,
Orang zalim dihinakan.
Orang kesusahan dibahagiakan.

Allahumma Yazaljalali wal Ikram

Lepaslah segala derita, dan hilanglah segala duka nestapa,
Matikanlah pertikaian dan hidupkanlah kasih sayang,
Pengetahuan menjulang tinggi dan perdamaian menyebar luas,
Perpecahan disatukan dan ketenangan dikukuhkan,
Iman diperkuatkan dan Al-Qur’an dibaca dan diamalkan,
Sesungguh, Engkaulah Maha Pembalas, Pemberi nikmat, Penabur kurnia.

Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

murnie_cikgu84
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.06.2003
Ahli No: 1747
Posting: 60
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-08 16:33


:berfikir:

perjuangan...
suatu yang memeritkan...
andai dihadapi berseorangan.....
kadang-kala...
pada 1 tahap...
seperti mahu berhenti berjuang...
tetapi...
kesedaran datang mengetuk....
tafsir Quran memberi keyakinan dan kekuatan...
bahawa...
diri tidak berseorangan....
ALLAH sentiasa ada...
memberi petunjuk..memberi hidayah...
Kenapa harus ku mengalah?
perjuangan harus diteruskan..
kerana..
di depan...
jauh lagi perjuangan....
hanya tamat apabila ajal menjemput....
tetapi...
diri jangan terlalu gembira...
kerana nafas di dunia ini...
ada perhitungan di alam sana......


hanya 1 penguat perjuangan ku....
iaitu keyakinanku....
bahawa...
ALLAH TIDAK AKAN MENZALIMI HAMBANYA. :-)


-----------------
diriku....HAMBA ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan....

~wahai murni...bersangka baiklah kamu pada semua insan~


Bookmark and Share

    


  Member Information For murnie_cikgu84Profil   Hantar PM kepada murnie_cikgu84   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-01-09 00:04


Pada 28-12-08 15:03 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum w.b.t para Ikhwan Ukhwah.

Hamba mulakan topik ini untuk pengakhiran 1429 ini dengan sebuah puisi yang bukan tulisan hamba:

Perjuangan itu gerun dan mengerikan,
Hebat dan dahsyat menggerunkan hati,
Bagi Mukmin, di sini harga & nilainya.

Perjuangan itu bagai sampan di laut,
Di atas lapang tiada perlindungan,
Di bawah air melambung dan menggulung,
Menongkah gelombang yang datang melanda.

Kiri, kanan, depan, dan belakang,
Angin yang menderu tidak tahu bila datang,
Hujan badai yang datang menyerang,
Bak singa lapar yang garang.

Kadang-kadang terdampar di batu karang,
Penumpang menerima nasib berlainan,
Ada yang jatuh ada yang tenggelam,
Yang pandai berenang berpaut ke sampan.

Ada yang berjaya berenang ke tepian,
Sekali lagi ia melayar sampan,
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya,
Namun harapnya hanya pada Yang Esa...




baru saja mendengar lagu ni.. terima kasih sebab mmberitahu akan kewujud lagu ni..


-----------------
Surah Muhammad: 7


Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107053 saat. Lajunya....