Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 11 hari yang lalu
wyd1014: 20 hari yang lalu
haykal77: 28 hari yang lalu
Kakngah: 28 hari yang lalu
lidah-penghunus: 29 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: ~Mencari Kebenaran Ahlil Kitab~


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» ~Mencari Kebenaran Ahlil Kitab~

Please Mendaftar To Post


Oleh ~Mencari Kebenaran Ahlil Kitab~

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 05:18


Assalamualaikum w'Allah wb..

saya ingin mengetahui tentang ahli kitab.tentang kitab kitab terdahulu,dan adakah di zaman Rasulullulah ada yang benar benar mengamalkan kitab kitab ini?

Surah An Nisa ayat 159
maksudnya:
Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.

maaf,saya kurang faham sebenarnya.minta jasa baik para ukhwah disini mencari kebenaran di sebalik apa yang dikatakan yang sebenar benar ahli kitab ini.

sebenarnya jika di hayati dengan teliti firman firman Allah Ta'ala ada perbezaan di antara firman kepada manusia,firman kepada manusia yang beriman,kepada ahli kitab,kepada kafir kafir.

silakan perjelaskan perbezaan antara ahli kitab dengan umat islam.

1)umat islam mengikuti ajaran daripada Rasulullah,merujuk pada Al Quran.
2)Yahudi,nasrani juga mempercayai Allah melalui kitab kitab mereka terdahulu.tetapi telah dipesongkan.mereka percaya pada kewujudan,ke esaan Allah tetapi menyekutukan.


(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?
(Baqarah, 2:75).


Rukun Iman ada enam (6) perkara
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

rukun iman yang ketiga.Beriman kepada kitab kitab.beriman kepada Rasul no 4.kitab yang kita ikuti sekarang adalah Al Quran.seperti yang kita semua ketahui maklumnya saudara islamku,ada 4 buah kitab bukan?Taurat,Zabur,Injil,Al Quran.

saya teramat jahil lagi hina,saya hanya mampu membaca Al Quran.itupun terjemahan ke bahasa melayu..jujurnya saya juga membaca Bible yakni kitab Nasrani.tetapi saya kurang faham kerna ayat inggeris yang bersastera,sukar saya ingin fahami.

persoalan saya disini amat sukar untuk dijelaskan.saya jelaskan sekecil mungkin agar saya kurang membuat kontrovesi.
1)adakah wujud lagi kitab kitab taurat,zabur?
2)adakah masih lagi wujud kitab dari Nabi Isa yang asli?
3)saya mencari Bible berbahasa melayu.saya ingin memahami.ada jual,dan dimana?
4)ada sesiapa yang mengkaji lagi kitab kitab ini?silakan beritahu saya.
5)Firman Allah Ta'ala juga berbeza kepada orang yang beriman, kafir dan Ahli kitab.yahudi,nasrani adalah ahli kitab juga bukan?jadi,apa itu sebenarnya maksud kepada manusia kafir?seprti juga kita ketahui ada juga orang islam khususnya saya contohkan kepada bangsa saya melayu,maafkan aku bangsaku:syirik kepada Allah Ta'ala,melakukan kerja kerja berdosa,memuja kubur kubur yang mana meminta pertolongan selain dari Allah Ta'ala.memanggil jin dan syaitan lalu meminta pertolongan.cukup.jangan malu untuk mengaku bangsaku,biar malu disini,jangan malu dan diseksa di Sana kelak.

Surah Al Baqarah Ayat 102

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

teramat jelas ayat ini mengatakan mengamalkan sihir adalah kafir.dan juga ada juga umat islam yang mengamalkan sihir.

firman Allah Ta'ala berbeza,lalu persolan saya sebenarnya Firman Allah Ta'ala jelas kepada kafir kafir yang mana juga datang dari manusia yang mengaku islam tetapi telah mensyririkkan Allah Ta'ala?bagaimana yang dikatakan "orang islam" itu sendiri sedangkan mensyirikkan Allah Ta'ala?


silakan,ajari saya,mudah mudahan hal ini dapat di perindahkan lagi,diperluaskan,di fahami dengan teliti,di ambil yang baik,di buang yang tidak elok.saya mohon pada kalian ajari saya.saya mohon maaf jika ada yang kurang senang.saya mencari rukun iman yang ke3...


-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-12-08 08:56


Assalamualaikum warahmtullah.

{آمن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون كل آمن بالله وملائكته وكتبه ورسله, لا نفرق بين أحد من رسله, وقالوا سمعنا وأطعنا, غفرانك ربنا و إليك المصير}(البقرة 285)

pertamanya terima kasih kepada saudara(?) farfenna untuk soalan yang diajukan . .
agak mencabar sebenarnya soalan ni.

untuk persoaln tuan tentang ahli kitab, mungkin boleh rujuk kepada alim seperti
ustaz zaharuddin :

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=241&Itemid=95

di sini ada penerangan secara ringkas tentang ahli kitab , siapa dan apa.

untuk soalan :
1)perbezaan ahli kitab dan umat islam :
pertamanya , ahli kitab adalah mereka (yahudi dan nasrani) yang berpegang kepada ajaran kitab yang diturunkan kepada mereka,tidak kira sama ada kitabnya telah ditukar isinya atau tidak berdasarkan kepada sirah nabi Muhammad Salllahualaihiwasallam
a) yang ketika mana baginda pergi ke satu tempat untuk berdagang, terdapat seorang paderi nasrani (jika tak salah) yang membenarkan kewujudan Perutusan Allah itu. (antara bukti ahli kitab percaya dengan kerasulan baginda.)
dan kepercayaan ini tidak lagi disebut di dalam bible kerana perkataan 'Muhammad yang ada di dalam tulisan asal Hebrew/Ibrani/bahasa Israel telah ditukar menjadi istilah menjadi satu istilah inggeris (terlupa)
-sumber dari ceramah ahmad deedat-
b) sirah dan alquran juga telah membuktikan injil telah diubah ketika baginda diutuskan( Albaqarah :75 )

soalan berkenaan :
adakah wujud lagi kitab kitab taurat,zabur?

dari apa yang saya tahu,
injil terbahagi kepada dua , perjanjian lama dan perjanjian baru
perjanjian lama ini ialah taurat, manakala perjanjian baru ialah injil
manakal zabur dikhabarkan digunapakai oleh agama kaum sikh.wallahu a'lam

2)adakah masih lagi wujud kitab dari Nabi Isa yang asli?
kitab dari Nabi Isa yang bertulisan di dalam bahasa hebrew itu masih lagi kekal.tetapi isinya dikatakan telah diubah berdasarkan banyak firman daripada Allah swt. contohnya di Albaqarah ayat 75 itu sendiri.

3)saya mencari Bible berbahasa melayu.saya ingin memahami.ada jual,dan dimana?

bible bahasa melayu ada di mana-mana.. mungkin saudara boleh bertnya di gereja2 tentangnya .
akan tetapi , jika saudara sendiri mengatakn yang saudara masih lemah dalam memahami alquran dengan baik, mengapa perlu mencari bible untuk difahami?
adalah lebih baik saudara kenali dahulu alquran dengan baik, dan ia memerlukan bahasa arab untuk difahami dengan sebaiknya .

4)ada sesiapa yang mengkaji lagi kitab kitab ini?silakan beritahu saya.
kajian tentang kitab samawi, taurat dan injil memang ada dilakukan di lapangan universiti, ayah kepada kawan saya di dalam proses mengkaji bible ( untuk thesis beliau di PHD jika xslah saya)

soalan ke5 saya tidak dapat fahm dengan baik. maaf dan jika boleh diringkaskn , apa soalannya? adakah saudara ingin bertanya tentang perbezaan antara kafir dan ahli kitab?

umumnya di sini, kita perlu ketahui beberapa perkara tentang beriman dengan kitab2 ini.
antaranya :

1) kesemuanya kalam Allah subhanahu wataala.
2) beriman dengan kitab2 ini bermaksud beriman tentang wujudnya kitab2 lain sebelum Alquran.
3) segala perintah dan suruhan di dalam setiap kitab adalah untuk kaum tertentu dan zaman tertentu. (al Maidah : 47 menerangkan tentang kitab injil adalah untuk ahli2 injil)
4)Alquran adalah kitab terakhir, dan segala kitab sebelumnya telah dimansuhkan , segalanya ,dari segi suruhan dan larangan . (al a'raf : 157 )
5) Alquran melengkapi segala ajaran yang ada di dalam kitab sebelumnya.
6) kitab2 terdahulu tidak berlawanan dengan kitab Alquran yang ada pada kita sekarang ini.bezanya kitab Alquran dijamin Allah tidak berubah isinya,tidak kitab2 yang lain.

soalan :
bagaimana yang dikatakan "orang islam" itu sendiri sedangkan mensyirikkan Allah Ta'ala?
jika dia mensyirikkan Allah, maka dia itu kafir.

harap dapat menjelaskn sedikit sebanyak .

wallahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 29-12-08 15:25


encik farfenna..rasanya explanation by encik hyekal da jelas dan panjang lebar..jadi silalah respon sepatah dua kata..

rasanya adalah better Kalau dalam setiap topik hanya memautkan satu isu sahaja...drpada statement dan persoalan d atas tu nampak macam 'berserabut'.. anyway sorry atas respon sebegini.. salam muharram 1430h..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-12-08 00:23


Assalamualaikum
Alhamdulillah.moga Allah merahmati kita insyAllah.
bersyukur pada ilmu yang di beri.

saya mencari old testament.benar ada dua version bible.
saya akui memang pertanyaan saya ini berserabut,agak sukar untuk difahami.maaf pada kalian..

Pada 29-12-08 08:56 , hyekal posting:

!!! QUOTE !!!


umumnya di sini, kita perlu ketahui beberapa perkara tentang beriman dengan kitab2 ini.
antaranya :

1) kesemuanya kalam Allah subhanahu wataala.
2) beriman dengan kitab2 ini bermaksud beriman tentang wujudnya kitab2 lain sebelum Alquran.
3) segala perintah dan suruhan di dalam setiap kitab adalah untuk kaum tertentu dan zaman tertentu. (al Maidah : 47 menerangkan tentang kitab injil adalah untuk ahli2 injil)
4)Alquran adalah kitab terakhir, dan segala kitab sebelumnya telah dimansuhkan , segalanya ,dari segi suruhan dan larangan . (al a'raf : 157 )
5) Alquran melengkapi segala ajaran yang ada di dalam kitab sebelumnya.
6) kitab2 terdahulu tidak berlawanan dengan kitab Alquran yang ada pada kita sekarang ini.bezanya kitab Alquran dijamin Allah tidak berubah isinya,tidak kitab2 yang lain.

soalan :
bagaimana yang dikatakan "orang islam" itu sendiri sedangkan mensyirikkan Allah Ta'ala?
jika dia mensyirikkan Allah, maka dia itu kafir.

harap dapat menjelaskn sedikit sebanyak .

wallahu a'lam.


kini saya faham dan jelas sekali.terima kasih Guru.bertambah lagi guru saya.moga Allah merahmati kita insyAllah.

saya cuba jelaskan tentang soalan saya "bagaimana yang dikatakan "orang islam"sedangkan mensyirikkan Allah Ta'ala.
penjelasan saya dari kefahaman saya yang amat lemah.silakan ajari saya,kerna jika saya tahu saya tidak bertanya.

saya pernah melihat,melalui pengalaman melihat saudara islam saya disihir.dan melalui pengamatan dan hasil hasil yang amat sukar dijelaskan disini,yang mana sihir sihir ini di lakukan oleh orang islam.surah Al-Baqarah ayat 102 jelas mengatakan sesiapa yang mempelajarinya adalah kafir.
firman Allah Ta'ala berbeza pada setiap kumpulan.dan,firman Allah Ta'ala kepada kafir ini adakah juga ditujukan pada orang islam yang mensyirikkan Allah Ta'ala?

silakan ajari saya.saya tidak tahu lagi jahil.


-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-12-08 23:33


Pada 30-12-08 00:23 , farfenna posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
Alhamdulillah.moga Allah merahmati kita insyAllah.
bersyukur pada ilmu yang di beri.

saya mencari old testament.benar ada dua version bible.
saya akui memang pertanyaan saya ini berserabut,agak sukar untuk difahami.maaf pada kalian..

Pada 29-12-08 08:56 , hyekal posting:

!!! QUOTE !!!



soalan :
bagaimana yang dikatakan "orang islam" itu sendiri sedangkan mensyirikkan Allah Ta'ala?
jika dia mensyirikkan Allah, maka dia itu kafir.

harap dapat menjelaskn sedikit sebanyak .

wallahu a'lam.





ta'kid :
di bible ada
Old Tastement : taurat
New Tastement : injil
(tolg betulkan kalau info ini sesat, ini hanya kajian saya serba sedikit sahaja)

tentang soalan saudara saya kira ada dua:

1) "bagaimana yang dikatakan "orang islam"sedangkan mensyirikkan Allah Ta'ala.

kita semua mengetahui bahawa syirik terbahagi kepada
syirik kecil dan besar.
contoh syirik besar, maklum : menyembah selain daripadaNYa,
contoh syirik kecil, antranya : jangan nyanyi kat dapur nanti kawin lelaki tua.
sekadar ringkasan.

jadi , jika syirik kecil ini, masih ada para ulama yang berkhilaf tentang nya , sama ada dia terkeluar dari islam atau tidak .
wallahua'lam

imma syirik besar, maklum.. ditolak.

saya akan jlaskn lagi insyaAllh.

2) firman Allah Ta'ala berbeza pada setiap kumpulan.dan,firman Allah Ta'ala kepada kafir ini adakah juga ditujukan pada orang islam yang mensyirikkan Allah Ta'ala?


-----------------
Wallahua'lam.
isLam terbina atas lima perkara,tetapi
mujtamak terbina atas SATU kesepakatan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-12-08 23:49


syukur atas ilmu ini.mudah mudahan kita di rahmati Allah insyAllah.

silakan,luaskan lagi.
saya benar benar ingin tahu.kefahaman saya amat lemah..


-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.1018 saat. Lajunya....