Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
It is possible to fail in many ways...while to succeed is possible only in one way.
-- Aristotle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 163
Ahli: 0
Jumlah: 163




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 18 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Syiah bukan Muslim!


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Syiah bukan Muslim!

Please Mendaftar To Post


Oleh Syiah bukan Muslim!

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 01:15


Catatan Dari Seorang Muslimah UIA -

tomatosyakira.blogspot.com/

Iraq vs Palestin


“Puak-puak Syiah membunuh kami orang-orang Sunnah. Mereka bukan membunuh secara biasa, tetapi mereka menyeksa kami dengan seksaan yang dahsyat. Mereka mencungkil mata kami, menggerudi tubuh kami sehingga kami mati.”

Aku beristighfar. Aku keliru. Apakah Syiah ini Muslim?

Semasa semester satu tahun lepas, Syiah ialah tajuk assignment yang aku pilih untuk subjek Introduction to Fiqh. Mungkin 5 buah buku rujukan yang aku baca masih tidak mencukupi untuk aku memahami situasi sebenar. Aku maklum dengan firqah mereka. Zaidiyyah, Ismailiah, Fatimiyah dan lain-lain lagi, serta 12 imam mereka. Aku maklum dengan ajaran-ajaran mereka yang aneh-aneh lagi gharib itu. Rupanya apa yang aku maklum itu hanyalah makluman yang secebis cuma. Rupanya apa yang aku maklum itu hanya serba berdikit sahaja.

“Tidak. Mereka bukan Muslim. Asalnya mereka adalah agama dari Parsi” jawab Ameerah menghilangkan kegusaranku.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-12-08 21:44


Menghina dan menyesatkan ulama.

Di antaranya, mereka telah menghina Ibnu Hajar al Asqalani, Imam Abu Hanifah, Imam Syarani .a dan lain-lain.

Salah seorang daripada pemuka puak pelampau wahabi yang mengarang kitab Akhto' Asasiyyah fi Tauhid al Uluhiyyah fi Kitab Fath al Bari, mentohmah aqidah dan ketauhidan Amirul Mukminin (kedudukan ulama ilmu hadith) Ibnu Hajar al Asqalani .a. salah seorang pengikut puak pelampau ini, yang bernama Muhammad al Haddad al Misri mengeluarkan tohmahannya terhadap Syarah Sohih al Bukhari dengan menyatakan "Moga-moga Allah mempermudahkan seorang alim dari kalangan Ahli Sunnah untuk mensyarahkan Sohih al Bukhari."

Dapat difahami daripada kata-katanya bahawa beliau menganggap al Hafiz Ibnu Hajar dan puluhan pensyarah kitab Sohih al Bukhari dari kalangan ulama besar hadith bukan dari kalangan Ahli Sunnah.

Oleh yang demikian, beliau bersama kumpulan pelampaunya mengumpul kitab Fath al Bari lalu membakarnya di hadapan orang ramai.*

Salah seorang pendokong kuat fahaman wahabi yang memimpin persatuan Ansar Sunnah iaitu salah satu persatuan wahabi di Mesir menghina golongan ulama dengan menamakan Imam Abu Hanifah sebagai Abu Jifah (Bapa Bangkai), Imam al Syarani dengan al Ba'rani (tahi) dan menulis di bahagian tandatangan namanya dengan perkataan,"Ditulis oleh Abdul Mustawi 'ala 'Arsyihi bizatihi, Hamid al Faqi(Hamba Allah yang duduk di atas 'Arasy dengan zatNya,Hamid al Faqi)**

Ini menunjukkan bahawa ia tergolong dari kalangan Ahli Mujassimah yang terkenal sebagai golongan yang menyerupakan Allah Azzawajalla dengan makhluk

*Al Salafiah al Mu'asarah, al Sayyid Abu al Hasanain H:165
**Ilqam al Hajar li al Mutoili 'ala al 'Asyairah min al Basyar karangan Sayyid Hassan ibn 'Ali al Saqqof H:5

Ramai dari kalangan ulama mazhab yang empat menulis di dalam kitab-kitab mereka tentang penolakan mereka terhadap golongan wahabi kerana mengikut anjuran Rasulullah S.A.W yang pernah bersabda

"Apabila terserlah perkara-perkara bidaah dan orang alim mendiamkan diri, maka ke atasnya laknat Allah,malaikat dan seluruh manusia"

"Tidaklah zahir ahli bidaah melainkan Allah menzahirkan kepada mereka hujahNya di atas lisan sesiapa yang dikehendaki dari kalangan makhlukNya"*

*Al Durar al Saniyyah fir Raddi 'ala Wahhabiyyah, karangan al Alim al 'Allamah min Aali Bait al Nubuwwah Sayyid Ahmad ibn Sayyid Zaini Dahlan H:159-166

wallahu'alam


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 16:43


hari rabu lepas Dr. Wahbah al-Zuhayli ada menyampaikan ceramah di ILIM, Bangi berkenaan dengan "Fatwa-fatwa Semasa" (fatawa mu`asirah).

ketika sesi soal jawab, beliau ada ditanya berkenaan hadith 73 golongan, semua dalam neraka kecuali hanya 1 yang selamat iaitu ahli sunnah wal-jama`ah, beliau ditanya tentang fatwa2 semasa dari beliau sendiri, syeikh qaradawi dll yang mengiktiraf mazhab2 lain seperti zaidiyyah, jaafariyyah, salafiyyah, asya`irah dll.

Dr. Wahbah menjelaskan bahawa, kita tak boleh mengkafirkan seseorang pun dari ahli2 kiblat dan perkara ini disepakati (muttafaqun `alayh). bila ada orang nampak dia bersolat, puasa, dan laksanakan rukun2 islam, kita tak boleh mengkafirkan mereka. kita sepatutnya tinggalkan takfir itu kepada Allah s.w.t. kerana itu hak Allah s.w.t. yang lebih tahu apa yang ada dalam diri dan dalam hati manusia - itulah prinsip kesatuan Islam.

melainkan perkara2 cabang yang ada khilafnya kita tak boleh terima seperti nikah mut`ah yang orang syiah mengharuskannya, kita tolak kerana ada dalil yang qat`i melarangnya, yang mana mut`ah tak beza pun dari zina, dan kita tak boleh kita ambil pandangan tersebut.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hidayatul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.04.2005
Ahli No: 15840
Posting: 42
Dari: Kulim

Kedah  


posticon Posting pada: 02-01-09 17:13


ye...tak baik suka-suka saja kafirkan orang... erhmm...soal syiah ini...kadang-kadang terasa rumit...da lama saya tertanya2 tentang golongan ini...sampe sekarang tak ada jawapan yang menyenangkan hati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayatulProfil   Hantar PM kepada hidayatul   Pergi ke hidayatul's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 19:36


selagi mana mengucapkan 'lailaha illallah'..maka haram darahnya ditumpahkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 22:07


betul tu.tak baik mengkafirkan orang

Polemik Ahli Ilmu dengan Muhammad Ibn Abdul Wahhab

Pada suatu hari Jumaat, Muhammad ibn Abdul Wahhab, pereka bidaah, menaiki mimbar lalu menyampaikan khutbahnya. Antara lain beliau berkata,

"Sesiapa yang bertawassul dengan Nabi Muhammad adalah kufur"

Saudaranya, Sulaiman ibn Abdul Wahhab yang merupakan seorang ulama Ahli Sunnah wal Jamaah tidak bersetuju dengan pemikirannya dan menolak keras terhadap apa yang dilakukannya. Pernah sekali, beliau berdebat dengan Muhammad ibn Abdul Wahhab mengenai persoalan kafir mengkafir ini, Dalam perdebatan tersebut, beliau mengajukan soalan kepada Muhammad ibn Abdul Wahhab:

"Wahai Muhammad ibn Abdul Wahhab!Berapakah rukun Islam?"
"Lima,"jawabnya.
"Kamu telah menjadikan rukun Islam sebanyak enam perkara,kerana kamu telah berfatwa, bahawa barang sesiapa yang tidak mengikuti kamu,maka orang tersebut tidak dikira sebagai seorang Muslim.Ini merupakan rukun Islam yang ke-6 bagi kamu"kata Sulaiman.

Lanjutan daripada peristiwa itu, Muhammad ibn Abdul Wahhab berasa benci terhadap saudaranya itu dan berusaha untuk membunuhnya tetapi gagal. Ketika berada di Mekah, Sulaiman mengarang sebuah buku bagi mendedahkan fahaman sesat yang dibawa oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab yang bertajuk "al Sowa'iq al Ilahiyyah fi al Rad'ala al Wahhabiyyah".

Al Muhaddith al Musnid Syeikh Abdul Hayy al Kattani, ketika menulis biografi Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya Fahras al Faharis (1 : 277) telah menyebut bahawa: Di antara seburuk-buruk perkataan yang pernah dikeluarkan oleh Ibnu Taimiyyah ialah:

"Tuhan turun kepada kami pada sepertiga malam ke langit dunia sepertimana turunnya aku dari mimbar ini."

Perkataan yang dikeluarkan oleh Ibnu Taimiyyah ini, menterjemahkan dasar sebenar beliau yang berprinsipkan bahawa Tuhan adalah serupa makhluk, sebagaimana fahaman kaum Musyabbihah. Kadangkala Ibnu Taimiyyah berfatwa bahawa Tuhan bertangan, bermuka, berkaki, bernafas dan sebagainya tetapi tidak serupa dengan kaki, tangan , mata dan nafas makhluk.

Al Taqiyy al Hisni menyebut mengenai kebatilan Ibnu Taimiyyah yang dikritik oleh ulama:

"Ibnu Taimiyyah mempercayai bahawa neraka akan binasa, Allah menjadikan bagi neraka tempoh tertentu sehingga ia dibinasakan.Beliau juga berpendapat, setiap yang baru (makhluk) tidak ada permulaannya."*

Kenyataannya itu ternyata bercanggah dengan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Ibnu Taimiyyah banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat awam dan kemudian berselindung di sebalik nama Mazhab Salafi sebagai menyembunyikan kejelikan dan kesesatan fahamannya yang sebenar.

Ibnu Taimiyyah sebenarnya tiada kaitan dengan Salaf yang sebenar, bahkan tidak ada mazhab yang bernama Mazhab Salafi. Beliau dikatakan terpengaruh dengan tradisi Ibnu Hazam al Zahiri dalam beberapa aspek. Di antaranya, beliau melakukan kecaman yang hebat terhadap ilmu Kalam (Teologi), Taqlid Takwil, ra'yu (logik akal) dan lain-lain. Namun dalam keadaan tertentu, beliau sendiri dengan keras mengkritik Ibnu Hazam. Di antaranya, Ibnu Hazam telah menaqalkan ijma dari kalangan umat Islam bahawa Allah tidak bertempat. Namun Ibnu Taimiyyah menyangkal pendapat ijma tersebut di dalam kitab Naqd Maratib al Ijma, dengan menyatakan bahawa Allah bertempat.

Syeikh Sirajuddin Abbas pula menulis di dalam kitabnya:

Jika dilihat kepada lembaran sejarah Islam dari zaman Nabi hingga ke zaman sahabat, tabi'in dan tabi' tabien, iaitu sampai ke tahun 300 Hijrah, tidak dijumpai satu mazhab pun yang bernama Mazhab Salafi.

Begitu juga , sekiranya dilihat kepada seluruh kandungan Al-Quran dan Hadis yang tertulis di dalam kitab-kitab hadis seperti Sohih al Bukhari, Muslim dan lain-lain, tidak pernah ditemui tentang kewujudan suatu mazhab di dalam Islam yang bernama Mazhab Salafi.

Bahkan, di antara zaman Salaf dan Khalaf, tidak ada keterangan mengenai mazhab ini,baik di dalam Al-Quran dan Hadis. Cuma yang tertulis ialah mazhab yang empat iaitu Hanafi, Syafi'e, Maliki dan Hanbali sepertimana yang ada pada hari ini. Semuanya ini adalah mazhab dalam furu' (cabang) syarian dalam ilmu Fiqh.

Begitu juga dengan mazhab yang ada pada zaman tabi'en seperti Mazhab Auza'ie di Syam, Mazhab Laith di Mesir, Mazhab Thauri di Iraq dan lain-lain,tetapi semuanya tidak berpanjangan. Oleh kerana itu, dapat dipastikan bahawa tiada suatu mazhab yang bernama Mazhab Salafi. Demikian juga dalam persoalan i'tiqad,tiada disebut tentang Mazhab Salafi. Justeru, orang yang menyeru kepada Mazhab Salafi bererti ia menyeru supaya mengikut imam dan mazhab yang tidak wujud.

Sekiranya kita diseru mengikuti Mazhab Salaf, dengan makna mazhab orang yang terdahulu, maka ini bererti kita bukan sahaja dianjurkan mengikut orang-orang yang baik, tetapi juga mengikut orang-orang yang tidak baik, kerana orang-orang terdahulu ada yang baik dan ada yang tidak baik. Misalnya pada zaman Rasulullah, bukan sahaja terdapat orang Islam, tetapi terdapat juga orang Yahudi, Nasrani, Munafiq dan sebagainya.**

Sekalipun suara Ibnu Taimiyyah tersebar luas, pengikut dan kitab-kitabnya banyak dikeluarkan, namun ramai dari kalangan ulama yang menghukumkannya sesat dan menyeleweng dari landasan Ahli Sunnah wal Jamaah. Al Muhaddith al Hafiz al Faqih Waliyyuddin al 'Iraqi Ibnu Syeikh al Huffaz Zainuddin al 'Iraqi berkata di dalam kitabnya al Ajwibah al Mardhiah 'ala al Asilah al Makkiah:

"Beliau telah mencarik persepakatan ijma di dalam banyak masalah sehingga dikatakan sampai kepada 60 permasalahan. Sebahagiannya di dalam perkara usul dan selebihnya lagi di dalam perkara furu'"

Syeikh Ibnu Hajar al Haitami berkata di dalam Fatawa al Hadithiah (H: 203):

"Hendaklah kamu berhati-hati terhadap kitab-kitab Ibnu Taimiyyah, muridnya Ibnu Qayyim al Jauziyyah, orang-orang yang menjadikan nafsunya sebagai tuhan, orang-orang yang disesatkan dengan ilmunya oleh Allah dan ditutup pendengaran,hati dan pandangannya."

Beliau juga menyatakan di dalam kitab Hasyiah al Idhoh (H: 481):

"Jangan tertipu dengan keingkaran Ibnu Taimiyyah terhadap sunat menziarahi Rasulullah, kerana dia merupakan hamba yang telah disesatkan oleh Allah, sebagaimana yang dikatakan oleh al 'Iz ibn Jama'ah".

Syeikh al Taqiyy al Subki sentiasa menolak pendapat Ibnu Taimiyyah di dalam kitab karangannya. Beliau menyatakan bahawa perbuatan Ibnu Taimiyyah menjatuhkan maruah dan hak Rasulullah tidak perlu dipandang jelik kerana lebih daripada itu, dia telah menjatuhkan hak Allah seperti kenyataannya yang menyatakan bahawa Allah bertempat, berkaki, bertangan, bermata, dan mempunyai sifat-sifat buruk dan keji.

Lantaran itu, ramai dari kalangan ulama yang mengkafirkannya dan celakalah bagi pengikut-pengikutnya yang membantu pembohongan yang di ada-adakan ke atas syariat Islam yang unggul ini.***

*Al Taufiq al Rabbani fir Rad 'ala Ibni Taimiyyah al Harani H: 29
**K.H Sirajuddin Abbas, 40 Masalah Agama Jilid 4 H: 144-148
***Hasyiah al Allamah Ibni Hajar al Haitami H: 481 dan Syeikh Abdullah Al Harari, al Maqaalat al Sunniyyah H: 15-16

Masih terdapat gesaan-gesaan daripada ulama Wahhabi supaya maqam Rasulullah dirobohkan kerana dikatakan menjadi tempat dan punca berlakunya kesyirikan. Di antaranya Nasiruddin al Albani yang menyebarkan kitabnya, Ahkam al Janaiz wa Bid'aha, yang mengandungi gesaan secara terang-terangan supaya kubur Rasulullah dibongkarkan dari dalam Masjid Nabawi.

Begitu juga di dalam risalahnya bertajuk Tahzir al Sajid H: 68-69. Bahkan beliau menambah lagi dengan risalah yang lain, Hajjah al Nabi H: 137 yang menyatakan: Di antara perkara bidaah yang terdapat di Madinah ialah mengekalkan Maqam Nabi di dalam Masjid Nabawi.

Mustahil para sahabat Nabi dan tabi'in semuanya tidak tahu yang maqam Nabi di dalam Masjid Nabawi merupakan perkara bidaah seperti mana mengikut pendapat Nasiruddin al Albani?

Puak Wahhabi telah mengkafirkan orang-orang yang berselawat ke atas Nabi secara terang-terangan selepas azan sebagaimana yang berlaku di Damsyiq, Syam. Seorang muazzin di Jami' al Diqaq berselawat selepas azan sebagaimana yang biasa dilakukan oleh penduduk di tempat tersebut. Melihat perbuatan lelaki tersebut, pengikut-pengikut Wahhabi bertempik di halaman masjid tersebut dengan suara yang kuat:

"Ini adalah haram! Perbuatan ini adalah seperti orang yang berzina dengan ibu sendiri!"

Maka terjadilah pertengkaran di antara puak Wahhabi dan Ahli Sunnah sehingga berlakukan pergaduhan. Lalu perkara tersebut dibawa kepada Mufti Damsyiq ketika itu, Abu al Yusr 'Abidin. Mufti tersebut memanggil ketua puak Wahhabi, Nasiruddin Albani, maka beliau menarik semula tauliah mengajar daripadanya dan memberi ancaman dibuang negeri sekiranya melanggar hukuman yang telah dikenakan ke atasnya.*

*Al Maqalaat al Sunniyyah: 48-48

wallahu'alam


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ah_mad
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2009
Ahli No: 36592
Posting: 15

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 22:59


salam..saya nak konsi pandgan, tak silap saya syiah ni ada bermacam2 pecahan dan tak silap saya lagi perkataan Inggeris 'assasin' adalah mengambil sempena nama sebuah pecahan fahaman syiah yang. kejam dan banyak membunuh golongan sunni dizaman dahulu.
tapi, pecahan fahaman syiah yang memerintah Republik Islam Iran kini diiktiraf ulamak2 sebagai saudara seIslam kita.mungkin sebahagian sahaja yang sesat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ah_madProfil   Hantar PM kepada ah_mad   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 01:06


sekadar nak berkongsi,sekarang ni ramai betul pelajar iran datang ke Malaysia..trend ni ana nampak di UTM Skudai...risau ana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

ah_mad
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2009
Ahli No: 36592
Posting: 15

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 01:20


yup, pelajar-pelajar Iran kat skudai ni ambil master..itu hari masa lab ada jumpa dr libya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ah_madProfil   Hantar PM kepada ah_mad   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 01:23


Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah membincangkan dengan penuh teliti dan keputusannya adalah seperti berikut:

“Jawatankuasa FATWA kali 1/98 memutuskan bahawa fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar”



Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :
a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.
b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.
c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.

2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa
tahun lalu :

a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.

b) Syiah Ismailiah
Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.

c) Syiah saja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah
Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.

3. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR

Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :
a) Pusat Pengajian Tinggi
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.
b) Orang Awam
Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.

c) Menubuhkan Persatuan
Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.

4. PENYELEWENGAN SYIAH

Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

a) Imam Adalah Maksum
Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72

b) Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati
Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.

Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83

c) Berpura-Pura
Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi hanya 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal

d) Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan
Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197

e) Menghalalkan Nikah Mut’ah
Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man lah Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358

f) Menambah Syahadah
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441

pergi) Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.

Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149

h) Menolak Ijmak Ulama’
Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51

i) Menolak Qias
Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:

j) Menziarahi Kubur Saidina Husain Ganjarannya Syurga
Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki syurga, perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Irsyad oleh as-Syeikh al-Mufid halaman 252, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W

k) Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam
Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:

l) Menghina Isteri-Isteri Nabi.
Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330

m) Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(tahun. 1993) hal. 36:

saja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab

dan) Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.
Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :

saja’fari : sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata. Aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: “tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

shafiqah88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2008
Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan

blank  


posticon Posting pada: 03-01-09 03:24


syiah zaidiyah...

syiah rofidhoh...

10muharam.. mereka cucuk badan.. takutnyee..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shafiqah88Profil   Hantar PM kepada shafiqah88   Pergi ke shafiqah88's Website   Quote dan BalasQuote

shezrin
Warga Rasmi
Menyertai: 14.01.2009
Ahli No: 36753
Posting: 9
Dari: klumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-01-09 13:58


jiran berbangsa arab, berfahaman syiah menurut berliau, dia tidak bersolat jumaat, solat waktu hanya 3 waktu sahaja, puasa ramadhan tak di wajibkan malah takperlu mengqada.
mereka ni jiran yang baik cuma bila berbincang agak kasar budibahasanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For shezrinProfil   Hantar PM kepada shezrin   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 15-01-09 14:07


percayalah sahabat..tak semua dari mereka yang seperti itu...ada beberpa ulama dari syiah yang memiliki pemahaman yang xberbeza dengan kita..bahkan sangat membenci karbala...

cuba fahami perkataan muhammad bin abdul wahhab...siapa yang tidak mengikuti ku adalah tidak dikira sebagai muslim..
saya pernah membaca perkattaan muhammad bin abdul wahhab.."saya mengikuti apa yang menjadi sumber/asal empat mazhab.."alqur'an dan sunnah..

betul..kalau xikut alqur'an dan sunnah..maka ia xdikira sebagai muslim..
fahamilah dengan hati..buang prasangka..

saya lebih suka menilai sesuatu dengan membuang segala prasangka orang lain..jika orang kata dia sesat..maka saya akan buang dulu itu dari diri saya..dan barulah saya menilai..semoga ini baik..mohon petunjukMU ALLAH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

hidayatul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.04.2005
Ahli No: 15840
Posting: 42
Dari: Kulim

Kedah  


posticon Posting pada: 27-01-09 11:03


Kenapa hati saya susah nak terima kenyataan yang "syiah ni golongn yang sesat dan menyeleweng" ....???? Astaghfirullahal'azim... A'uzubillahi min dzalik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayatulProfil   Hantar PM kepada hidayatul   Pergi ke hidayatul's Website   Quote dan BalasQuote

hidayatul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.04.2005
Ahli No: 15840
Posting: 42
Dari: Kulim

Kedah  


posticon Posting pada: 27-01-09 11:06


Terima kasih ibnu_musa...mmberi kenyataan yang menenangkan hati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayatulProfil   Hantar PM kepada hidayatul   Pergi ke hidayatul's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 11:26


Syiah...

Dari segi tunjang agama, mereka salah...

TETAPI..,

Lihat sudut SOLIDARITI & PERSAUDARAAN:

Hizbullah dari LUBNAN & Ahmedinijad dari IRAN yang SENTIASA menghulurkan bantuan baik dari segi Senjata & Latihan kepada Mujahidin HAMAS dan bantuan kemanusiaan kepada PALESTIN tatkala AMIR SAUDI, MESIR, JORDAN, dan seangkatannya menutup DUA BELAH MATA kepada saudara seIMAN!

SIAPA YANG "SESAT?"

SIAPA YANG "BUKAN MUSLIM"?



-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.304459 saat. Lajunya....