Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 6 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 16 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 17 hari yang lalu
eme86: 17 hari yang lalu
sunan-faqih: 22 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Hentikan Kenduri Kawin Yang Menyusahkan


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Hentikan Kenduri Kawin Yang Menyusahkan

Please Mendaftar To Post


Oleh Hentikan Kenduri Kawin Yang Menyusahkan

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 24-12-08 14:41


Assalamualaikum

Saya pun tak tahulah Kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih sangat. Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan “simple” , makanannya sedap dan berselera. Tak macam kita di dan.Sembilan dan lain-lain negeri yang kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik.

Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun pelbagai bentuk , telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad kahwin berlapis-lapis macam-macam style.

Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa sangat. Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin yang masak sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal belacan , ada ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang berwarna warni.

Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter Besar Kelantan di rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. Tiada muzik, tiada Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, bertanya khabar. Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi kenduri kahwin kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA KHAABAAR ? Baru dengar.

Masa kenduri kahwin inilah kita nak jumpa saudara mara yang jauh. Tapi kalau dah bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara.

Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat dari kenduri kahwin anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak tapi bila bab kenduri kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan.

Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang Melayu ni yang buat kenduri kahwin yang melampau-lampau.

Senang saja Datuk , suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh MB Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang bermasalah untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan.

**********Jangan dikomersialkan kenduri kahwin*********

Utusan Malaysia 24 Dis 08
JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar diadakan majlis itu. Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah.

Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.

Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.

"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan. "Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 24-12-08 14:49


Setu ju .. :-) Buat yang wajib sahaja .. tak payah nak meninjuk2 .. Penat nak kena kemas rumah lepas kenduri .. Aduhai ..! :-D kasihan kat Pengantin nanti ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 14:54


Kenapa saya rasa pedas pulak ek...Siapa yang makan cili dia lah yang terasa pedasnya...:lol:

p/s:Katakan tidak kepada benda-benda yang mengarut lagi menyusahkan...Ingatlah orang tersayang...Anda mampu mengubahnya...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 14:54


Ya, teman setuju dengan pendapat ini. Jangan komersial dan menyalahgunakan kenduri kawin yang sememangnya dah salah secara tidak nampak. Dalam bahasa saintifiknya disebut sebagai 'Systematic Error' kerana 'error' yang sepatutnya salah menjadi tak salah dengan kepelbagaian sebab. eheheheh

Pastinya pendapat dari sailormoon dan naruto bersifat radikal sikit.

p/s

Teman suka heboh2kan keluarga teman. contohnya macam kat Ukhwah ni, dah banyak gambar kaum kerabat teman teman bubuh. saja nak berkongsi dengan kalian semua yang teman gembira dan bersyukur. Dan pula berpegang ugame dan adat pula tu. Keluarga pun bervariasi bangsa. Melayu, India dan cina. Kalau melayu tu etnik dah pelbagai dah... Aceh, Jawa, Bugis....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 14:59


kalau ada masa dan kesempatan dan jumpa gambar2 kenduri kaum kerabat teman, teman nak kongsi kat Ukhwah.com ni untuk menunjukkan adat ugame kami kat Lekir, Perak Darul Ridzuan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 15:04


rasanya kalau buat fatwa pasal ni....siapa yang bising dulu ek???

kes kawin ni bukan dah jadi bab merai pengantin, tapi dah masuk kes boros serta kes riak........

rasanya Mufti2 patut ambil inisiatif untuk keluarkan resolusi atau fatwa yang berpadanan.............

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-12-08 16:00


betul...betul..
Kalau kawin, majlis buat lah simple2 saja
duit jimat...
tapi yang jadi problem nya orang kata kawin sekali seumur hidup
so kenalah buat gempak2...besar-besar begitu...
tapikan pada ana lah better buat yang patut saja tiru macam MB kelantan..
simpleeeeee

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 16:16


Niat di hati memang nak buat kenduri simpel saja..tapi tu lah yang lebih-lebih nya kaum keluarga...entah lah apa nak kata... :berfikir:


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-12-08 16:20


Pada 24-12-08 16:16 , shimaku posting:

!!! QUOTE !!!

Niat di hati memang nak buat kenduri simpel saja..tapi tu lah yang lebih-lebih nya kaum keluarga...entah lah apa nak kata... :berfikir:



ala cakap elok-elok dengan mak bapak...
bagitau begini...
mak bapak yang nak kawin saya so saya nak simple2 saja...
contoh nya begitu lah kan....

p/s- xpasal2 kena pelempang bapak kang ehehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 16:25


Pada 24-12-08 16:20 , sasuke-kun posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-12-08 16:16 ,



ala cakap elok-elok dengan mak bapak...
bagitau begini...
mak bapak yang nak kawin saya so saya nak simple2 saja...
contoh nya begitu lah kan....

p/s- xpasal2 kena pelempang bapak kang ehehhe

rasanya kurang berkesan agaknya..sebab akak saya sebelum ni pun kata nak buat simpel2 saja..yang sibuk bukan my parents tapi makcik2...mereka jadi jarum pula...kata kalau buat simpel2 saja tak ada kenangan...huhu..mengarut saja lah..kakak terpaksa buat lah....tapi tak adalah sampai habis berpuluh2 ribu kan....sebab akak letak syarat...kalau saya kelak...kena cari ayat2 power lah untuk dijadikan pengukuh dan penyedap alasan.. :sopan:



-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 16:27


Pada 24-12-08 14:54 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa saya rasa pedas pulak ek...Siapa yang makan cili dia lah yang terasa pedasnya...:lol:

p/s:Katakan tidak kepada benda-benda yang mengarut lagi menyusahkan...Ingatlah orang tersayang...Anda mampu mengubahnya...


Salam..

akhi... bila nak mulakan rancangan yang telah dibuat dulu tu??

nak kata sabar, boleh lagi agaknya... :-D


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-12-08 16:33


buat sekadar yang mampu saja, memang kawin ni( kalau boleh)sekali saja seumur hidup, tapi jangan pula buat kenduri sakan sampai lepas kawin jadi bankrup pula, takut nanti tak aman rumah tangga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

ann_1
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor

Selangor  


posticon Posting pada: 24-12-08 16:49


salam
pernah suarakan nak buat majlis doa selamat saja kat mak...huuuu terkedu jugak lah mak...heeeee

Bookmark and Share

    


  Member Information For ann_1Profil   Hantar PM kepada ann_1   Pergi ke ann_1's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-12-08 16:52


ana teringgat orang kampung ana kawin...
very2 simple....
akad nikah kat masjid, then just buat doa selamat....
dah jadi suami isteri...tak ada majlis sanding2
kini anak dah 4 orang agak nya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 17:00


Pada 24-12-08 16:49 , ann_1 posting:

!!! QUOTE !!!

salam
pernah suarakan nak buat majlis doa selamat saja kat mak...huuuu terkedu jugak lah mak...heeeee


so bagaimana? respon mak ann_1???


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 17:56


salam....

stuju2 dengan cara orang pantai timur buat walimatul urus...
senang.. tak payah pening2.. saya pun tak berkenan kenduri ada deejay.. karaoke bagai.. lagi-lagi kalau duduk taman kasihan lah jiran sebelah nak tidur pun susah... kalau nak buka lagu pun tak hendak sunyi2 sangat buka lah lagu2 nasyid ke.. selawat ke... tapi saya nak lah juga sanding.. tapi tak hendak lah grand2 sangat... goody bags yang biasa dapat tu bukan tak boleh.. kalau terlebih berkemampuan may be its ok.. tapi kalau bajet cukup-cukup elok lah tak payah.. harga beg saja dah berapa.. jajan tu, jajan ini.. hmm... saya setuju juga kenduri kahwin buat nasi putih..masak lmk cili api ke, asam pedas ke, sambal belacan, ulam2, sayur lemak nangka.. lagi sedap.. nasi minyak macam muak sikit...=).. simple, senang, tak berhutang sana sini.. hati pun tenang lepas kahwin

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

fiq2901
Warga Rasmi
Menyertai: 24.11.2008
Ahli No: 36056
Posting: 20
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 19:20


hahahahahha...gua rasa betul lah siapa nya pendapat tentang kahwin2 ni...gua pernah juga dengar cara org pantai timur smbut kedtgn pengantin...memang simple saja...yang penting makan sedap, xmembazir dan semestinya yang penting adalah memperkenalkn sanak saudara kepada saudara yang baru dalam keluarga 2...gua pernah juga tanya beberapa org dan keluarga dr kaw yang anggp kenduri kahwin ni perlu buat besar2an...jawapan mereka snng saja...bukan selalu pun...sekali seumur hidup...gua pelik dengar...kalau kahwin sekali seumur hidup. kenapa da yang kahwin 2-4 kali, xpn yang kahwin berkali2 iaitu yang bercerai kahwin lagi...tak ada kerja ke manusia sekarang ni...uhuhuhuhu...gua ni belum lah kahwin lagi tapi gua tak faham, duit bebanyak membazir macam itu saja...lagi 1 jawapan mereka bunyi kuang saja sikit lah...DUIT AKU!PEDULI lah....gua sengih saja...gua bayangkan org macam itu memang niatnyer nak menunjuk2...gua sengih saja...kadang-kadang ketawa terbahak2...

gua komen ni based pada pengalaman bermain kompang untuk meraikan ramai pengantin melayu sekitar kaw yang mengaggap kenduri ni perlu dibesar2kn...hahahahaha....daa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiq2901Profil   Hantar PM kepada fiq2901   Pergi ke fiq2901's Website   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 20:45


entahla ana pun tak tau lah macam dah jadi semacam budaya di malaysia ini yang gemar berlebih-lebih dalam majlis kenduri kawin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

nie_nadia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 23:24


setuju sangat kenduri kahwin sekarang dah terlampau membazir. kad kawin saja dah mahal. tu belum lagi nak bagi cenderahati. cenderahati pun dah macam-macam jenis sekarang ni. bab makan lagi. aduhai..... alamat tak kahwin lah kalau nak puaskan hati semua pihak


impikan majlis kawin yang simple saja dan penuh barakah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nie_nadiaProfil   Hantar PM kepada nie_nadia   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 13:54


nak kahwin sekarang pun susah..
susah sebab banyak duit yang keluar..
tu baru pasal kenduri,lepas kenduri nak bina hidup berdua pulak..
duit dah habis guna untuk kenduri..
alamatnye berhutang sana sini..hehehe...
bagi aku,buat lah sederhana tak payah nak lawan macam kenduri artis2..
kad kahwin . Aku cadang buat sendiri saja,taip sendiri then print sendrik..jimat..
buat kad kahwin mahal2 pun t buang juga..
biar lah org kata aku kedekut pun..memang kedekut pun..hehee

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 15:01


kebanyakan pengantin mesti nak buat simple..
bagi yang faham agama,hujahnya tak nak membazir,nak redha dan keberkatan dan macam-macam lah..
bagi yang kurang faham,juga nak buat simple,sebab .... jimat lah,huhu
tapi yang menjadi masalah sekarang ni,parents yang-kadang-kadang nak sangat buat besar-besar..bagaimana?

p/s: kalau tak kerana ni,dah kawin dah ana,hu...sedih

Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

wirdatulsumayyah
Warga Rasmi
Menyertai: 18.02.2007
Ahli No: 28784
Posting: 15
Dari: depan comp

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-12-08 15:23


Assalamualaikum

ana pun kurang setuju lah dengan knduri kahwin yang melampau2 ni..
sebab parents boleh sana nak yang besr2n gnila,tpkse tanda lagi..
xstuju tol lah..nasib baik maka dan ayah ana nak yang simple saja untuk adik badik ana..
along ana nak kwen pun,maka kata nak buat yang rgkas saja..
alhamdulillah dapat parents yang faham agama gni..
syukur sgt5...
kalau mkck dan pkck memang nak sangat nak buat besr2n tapi mak ayah ana xstuju dan xbnrkan..
maka ana cakap..kalau nak buat walimah kat rumah ana,dilarang bersanding..
alhamdulillah..ana pun xteringin nak bersanding tu..
kalau ada muzik2 dan karoake apa tah lagi..
mengamuk lah maka ayah ana..
alhamdulillah..sayang sangat maka dan ayah...


-----------------
andai pertemuan bermakna kebahagiaan biarlah selamanya kita bersua...
andai kebahagiaan itu berupa ketenangan biarlah kubajainya dengan kerinduan....


Bookmark and Share

    


  Member Information For wirdatulsumayyahProfil   Hantar PM kepada wirdatulsumayyah   Quote dan BalasQuote

yoma
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14789
Posting: 60
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 15:26


berbalik kepada pemikiran individu...

dan juga fahaman agama masing-masing...

apabila terlalu jaga adat maka inilah yang berlaku...

kalau tak bersanding adat mati...tak ada tepung tawar...

padahal saya ada dengar ceramah agama..

apa yang saya faham upacara tepung tawar ini kalau silap gaya berdosa...seoalah2 ia akan tentukan bahagia pengantin...

padahal Patutnya semua yang hadir memanjatkan doa cara islam..

tapi Kalau dah pasang dangdut....deejay berceloteh tak ada manfaat macam mana tak jadi keruan....

setakat kenduri kahwin yang saya hadiri tiada satu pun yang benar-benar lepas daripada apa yang tidak sepatutnya...

mesti ada sanding...renjis2...silap-silap; bersalaman yang tak sepatutnya...

tak cukup pasang lagu siap karaoke lagi...

bab-bab bunga telur tak usah kata lah...

kad kahwin nak yang tercantik.

saya balum temu jodoh..maknanya tiada perancangan lah..

tapi saya mengharapkan kenduri saya nanti biarlah yang terlepas dari apa yang tak patut baik d rumah saya mahupun rumah bakal suami...

jika kita mulakan perkahwinan dengan menjaga adab2 yang sepatutnya....INSYA ALLAH...lebih muda kita layari hidup ddengan kehendak Islam...

semoga mereka yang nak berkahwin itu rujuklah org alim spy kenduri itu tidak memberikan mudarat kepada kita...

saya tak pernah pergi kursus kahwin...jika tiada adalah lebih baik dibincangkan hal ini supaya yang tak tahu menjadi tahu & lebih faham konsep perkahwinana yang sebenar.....

kepada yang bakal kahwin....fikir-fikirkanlah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For yomaProfil   Hantar PM kepada yoma   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 19:27


:berfikir: Teringat majlis kahwin abang saya bebaru ni...simpel tapi cukup meriah juga..tak ada lah belanja kahwin sampai ribu-ribu...
kalau pasal kad kahwin pula saya yang reka spesel untuk abang saya tu...untuk barang hantaran dia pun saya seorang yang siapkan...bila siap saya tengok kreatif juga saya ek.. :sopan: tak payah nak tempah2 kat kedai...buat sendiri pun boleh jadi juga kan...asalkan nekad nak buat untuk abang tersayang... :-)


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

solehen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.08.2006
Ahli No: 25686
Posting: 90
Dari: sentul

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-12-08 20:21


kenduri kawin mmng lah buat besar-besaran sebab nak beritahu about perkawinan mereka tapi tak lah perlu berlebihan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solehenProfil   Hantar PM kepada solehen   Pergi ke solehen's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 20:56


Pada 24-12-08 14:41 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Saya pun tak tahulah Kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih sangat. Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan “simple” , makanannya sedap dan berselera. Tak macam kita di dan.Sembilan dan lain-lain negeri yang kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik.

Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun pelbagai bentuk , telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad kahwin berlapis-lapis macam-macam style.

Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa sangat. Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin yang masak sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal belacan , ada ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang berwarna warni.

Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter Besar Kelantan di rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. Tiada muzik, tiada Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, bertanya khabar. Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi kenduri kahwin kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA KHAABAAR ? Baru dengar.

Masa kenduri kahwin inilah kita nak jumpa saudara mara yang jauh. Tapi kalau dah bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara.

Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat dari kenduri kahwin anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak tapi bila bab kenduri kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan.

Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang Melayu ni yang buat kenduri kahwin yang melampau-lampau.

Senang saja Datuk , suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh MB Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang bermasalah untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan.

**********Jangan dikomersialkan kenduri kahwin*********

Utusan Malaysia 24 Dis 08
JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar diadakan majlis itu. Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah.

Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.

Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.

"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan. "Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya.


alhamdulillah sekiranye dapat dihentikan... :welcome:


-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

fiq2901
Warga Rasmi
Menyertai: 24.11.2008
Ahli No: 36056
Posting: 20
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-08 10:38


Pada 25-12-08 19:27 , shimaku posting:

!!! QUOTE !!!

:berfikir: Teringat majlis kahwin abang saya bebaru ni...simpel tapi cukup meriah juga..tak ada lah belanja kahwin sampai ribu-ribu...
kalau pasal kad kahwin pula saya yang reka spesel untuk abang saya tu...untuk barang hantaran dia pun saya seorang yang siapkan...bila siap saya tengok kreatif juga saya ek.. :sopan: tak payah nak tempah2 kat kedai...buat sendiri pun boleh jadi juga kan...asalkan nekad nak buat untuk abang tersayang... :-)




berminat pula gua dengar ayat lu 2....hahahaha...bagus lah idea lu tu...ini dapat menjimatkn juga tapi kalau hantaran tak mahal boleh tak????tetapkn sendiri hantaran 2....huhuhuhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiq2901Profil   Hantar PM kepada fiq2901   Pergi ke fiq2901's Website   Quote dan BalasQuote

fiq2901
Warga Rasmi
Menyertai: 24.11.2008
Ahli No: 36056
Posting: 20
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-08 10:38


Pada 25-12-08 19:27 , shimaku posting:

!!! QUOTE !!!

:berfikir: Teringat majlis kahwin abang saya bebaru ni...simpel tapi cukup meriah juga..tak ada lah belanja kahwin sampai ribu-ribu...
kalau pasal kad kahwin pula saya yang reka spesel untuk abang saya tu...untuk barang hantaran dia pun saya seorang yang siapkan...bila siap saya tengok kreatif juga saya ek.. :sopan: tak payah nak tempah2 kat kedai...buat sendiri pun boleh jadi juga kan...asalkan nekad nak buat untuk abang tersayang... :-)




berminat pula gua dengar ayat lu 2....hahahaha...bagus lah idea lu tu...ini dapat menjimatkn juga tapi kalau hantaran tak mahal boleh tak????tetapkn sendiri hantaran 2...bukan org lain tetapkn...huhuhuhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiq2901Profil   Hantar PM kepada fiq2901   Pergi ke fiq2901's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-08 12:53


buat kenduri doa selamat cukup..kalaupon aku kaya raya...
hantaran tak perlu...

masalah berkaitan ibubapa, makcik pakcik dan etc..pandai2la setel sendiri..huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-12-08 13:30


bismillah...

hmm..betul..ada baiknya kalau kenduri kawin tu xmendatangkan pembaziran..cukuplah sekadar orang dapat tahu bahawa pasangan tersebut sah sebagai suami isteri untuk elakkan kecelaruan dan kekeliruan identiti..disamping buat kenduri tu atas niat untuk majlis kesyukuran...

tapi macam mana ye..kalau itu dah tuntutan family...yelah..kadang-kadang ada ibu bapa yang nak buat majlis yang grand...

hmm..susah jugak macam ni ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 27-12-08 16:38


ramai kat sini yang menyalahkan ibu bapa dan makcik2 yang masuk campur dalam tatacara mengadakan kenduri kahwin.

satu pertanyaan:
kalau antum semua nanti dah bergelar sebagai ibu bapa or bergelar makcik (mungkin 20 tahun akan datang), dah ada anak gadis yang dah sampai waktu untuk dinikahkan.....adakah antum akan menyusah-nyusahkan urusan perkahwinan anak sendiri atau anak saudara antum semua???....adakah antum akan mencontohi/mengulangi tabiat buruk ibu bapa, makcik2 zaman sekarang yang mengikut adat hantaran yang mengarut dan adat yang menyusah-nyusahkan perkahwinan???


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 27-12-08 18:14


salam aleiyk,

siapa sini ada bakat jadi wedding planner berlandaskan Islam?,..

bukan setakat planning saja baik, even akhlak pun baik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 28-12-08 17:14


Pada 27-12-08 16:38 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

ramai kat sini yang menyalahkan ibu bapa dan makcik2 yang masuk campur dalam tatacara mengadakan kenduri kahwin.

satu pertanyaan:
kalau antum semua nanti dah bergelar sebagai ibu bapa or bergelar makcik (mungkin 20 tahun akan datang), dah ada anak gadis yang dah sampai waktu untuk dinikahkan.....adakah antum akan menyusah-nyusahkan urusan perkahwinan anak sendiri atau anak saudara antum semua???....adakah antum akan mencontohi/mengulangi tabiat buruk ibu bapa, makcik2 zaman sekarang yang mengikut adat hantaran yang mengarut dan adat yang menyusah-nyusahkan perkahwinan???



InsyaAllah saya tak akan ikut benda yang mengarut lagi menyusahkan ni bila dah bergelar bapa...

p/s:Ingatlah orang tersayang...Anda mampu mengubahnya...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-12-08 19:26


Pada 27-12-08 16:38 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

ramai kat sini yang menyalahkan ibu bapa dan makcik2 yang masuk campur dalam tatacara mengadakan kenduri kahwin.

satu pertanyaan:
kalau antum semua nanti dah bergelar sebagai ibu bapa or bergelar makcik (mungkin 20 tahun akan datang), dah ada anak gadis yang dah sampai waktu untuk dinikahkan.....adakah antum akan menyusah-nyusahkan urusan perkahwinan anak sendiri atau anak saudara antum semua???....adakah antum akan mencontohi/mengulangi tabiat buruk ibu bapa, makcik2 zaman sekarang yang mengikut adat hantaran yang mengarut dan adat yang menyusah-nyusahkan perkahwinan???



insyaAllah kalau masa akan datang bila saya bergelar seorang ibu kepada seoarang anak..saya akan mengelak dari segala perkara yang akan menyusahkan perkahwinan mereka kelak....biar mereka bersatu bukan kerana keterpaksaan....


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 13:49


saya pernah membincangkan tentang isu ini di web lain.. dengan adanya perkahwinan yang menimbulkan banyak kontroversi, maka banyaklah pihak yang mengata itu dan ini..
antara komen yang saya baca:
suka hati dia lah.. nak buat majlis macamana pun,bukan pakai duit anda.. bukan luak pun kudrat anda.. hakikatnya tiada kaitan dengan anda

setakat silat2 tu ok lah.. tapi kalau dah buat konsert,kuda kepang..siap ada barongan lagi..joget lambak.. hurmm.. :roll:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 14:18


maaf kalau ada yang terasa.

memang selalu saya dengar alasan pasangan yang kata dia pun tak suka sesuatu cara, tapi terpaksa mengalah dengan kehendak keluarga.

sama-sama lah kita muhasabah diri, cukupkah usaha kita untuk mempertahankan sesuatu kebenaran itu kalau dengan ahli keluarga dan saudara mara pun kita dah kalah.

yang betul tetap betul, yang salah tetap salah.

ya Allah, kuatkanlah iman kami. Amin



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126272 saat. Lajunya....