Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 145
Ahli: 0
Jumlah: 145




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 29 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Keluhan Teruna & Dara


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Keluhan Teruna & Dara

Please Mendaftar To Post


Oleh Keluhan Teruna & Dara

zamkri8171
Warga Rasmi
Menyertai: 23.12.2008
Ahli No: 36474
Posting: 13
Dari: Johor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 15:27


Keluhan si Teruna....


Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku !
Aku ingin kahwin, Tapi tak mampu!
Nak buat kecil-kecilan, Ibu tak setuju.
Apa nak buat, sudah nasibku.
Despatch rider, pekerjaanku
Gajiku pulak, tak sampai seribu..
Tapi bakal isteriku tu, cikgu
Mak dia minta hantaran, sampai sepuluh ribu !!
Hai.. Aku pun tak tahu..
Apa nak jadi, dengan bangsaku.
Makin jauh dan tenggelam,
Dalam keduniaan dan pembaziran.
Sampai nak kahwin pun, Jadi satu kesusahan.

Aku bukan pelokek. Aku bukan kedekut,
Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut !



Bersanding kan adat Hindu,
Apasallah kita ni, dungu ?
Kitakan dah Islam..
Beratus tahun dahulu ?
Kenduri kahwin tu, bukannya salah
Asalkan dibuat, mengikut sunnah
tak ada pembaziran, tak ada bid'ah
Lebih gembira, lebih meriah !
Kalau duit tu, kita buat sedekah
Dirikan masjid ke, atau madrasah
Kan lebih baik, dan barakah ?
Mendekatkan kita, kepada Allah ?
Aku nak kahwin, dan merasa bahagia..
Nikmat bekeluarga, ingin kurasa
Tapi kalau begini, macam mana ?
Boleh jadi papa kedana !
Hai Muslim.. Hai Muslimah..
Bilakah kita, akan berubah ?
Ikutilah cara Rasulullah..
Kan lebih baik, dan diberkati Allah ?


KELUHAN SI DARA.....

Ayah ! Ibu !
Ampunkan Daku !
Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu !
Kahwin itu besar pengertiannya
Bukan sekadar suka-suka
Semua orang kahwin minta bahagia
Aku pun mahu berteman juga
Bukan harta benda ataupun rupa
Mahupun bujang atau yang duda
Aku tak kisah tua ke muda
Asalkan baik hati budinya
Ku cuba cari teman sejati

Yang memahami hati ini
Seorang yang berjiwa murni
Teguh peribadi dan positif personaliti
Seorang Muslim yang solehah
Gaya hidup mengikut Sunnah
Menjadi contoh anak isteri
Membimbing keluarga yang mithali
Duit hantaran dan persandingan
Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan aman
Yang penting pernikahan
Adat resam mesti dijaga
Asal tidak melanggar Aqidah
Ramai Melayu masih lupa
Bersanding - dalam Islam memang bercanggah
Buatlah majlis yang sederhana
Ijab kabul biar sempurna
Pasangan mempelai diraikan bersama
Sebagai pengumuman pada semua
Duit hantaran jangan dibazirkan
Buat simpanan masa hadapan
Suami isteri harus muafakat
Agar ekonomi keluarga terselamat!

Wahai Ayah ! Wahai Ibu !
Ku mohon doa ku mohon restu
Biar pun lambat jodoh ku temu
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku

Bookmark and Share

    


  Member Information For zamkri8171Profil   Hantar PM kepada zamkri8171   Quote dan BalasQuote

leeya89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34493
Posting: 44
Dari: seremban

Johor  


posticon Posting pada: 24-12-08 13:45


salam...
ana sokong betul si zamkri ni.....
org sekarang ni kalau kawin mesti membazir....
kekadang tu....maka ayah yang lelebih.....
tapi ana tak kata semua lah.....
hihihi........
siapa yang terasa mohon ampun ya......

Bookmark and Share

    


  Member Information For leeya89Profil   Hantar PM kepada leeya89   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 14:51


Ooo mendalam sungguh makna keluhannya.. :sopan:
Tak baik mengeluh tau.. :jangan:

Erm kena bincang bebaik ini.. Pentingkan mana yang penting dan kemudiankan mana yang kendian.. InsyaAllah nak buat benda baik tentu saja Allah berikan jalan yang mudah..

p/s: tak setuju dengan personal loan untuk nak kawin.. :hammer:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

ladylolida_aina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2008
Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor

malaysia  


posticon Posting pada: 24-12-08 15:20


Aina setuju dengan halesolurun_84. jangan lah buat personal loan semata-mata untuk kawin. Menyusahkan diri saja. kalau rasa mampu kahwinlah. kalau rasa hantaran yang diminta mahal sangat cuba adjust bagi kurang sikit. tak pun cari sajalah org lain. kan senang. tak payah susah2 buat pinjaman. esok2 bila anak dah dua tiga hutang kawin masih tak habis bayar lagi.


-----------------
About Me Myspace Comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For ladylolida_ainaProfil   Hantar PM kepada ladylolida_aina   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-12-08 16:09


kawin lah dengan orang kelantan...
biasa nya kat kelantan majlis kawin orang buat simple2 saja...
ehhehehh

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 16:49


personal loan untuk kahwin?? rasanya baik dielakkan...kalau dah memang tak mampu untuk buat besar2an kena lah jelaskan...kadang-kadang tu buat majlis besar2an semata-mata nak menunjuk2...kalau memang dah tak mampu buatla cara tak mampu..jangan paksa diri nanti lain pula jadinya kan...waulahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

nur_awatif174
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.03.2008
Ahli No: 32840
Posting: 62
Dari: bangi,selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 22:43


Pada 24-12-08 16:09 , sasuke-kun posting:

!!! QUOTE !!!

kawin lah dengan orang kelantan...
biasa nya kat kelantan majlis kawin orang buat simple2 saja...
ehhehehh



ye lah sasuke_kun...
mentang-mentang lah dia org kelate....
hehehe.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_awatif174Profil   Hantar PM kepada nur_awatif174   Quote dan BalasQuote

nailofar_hamidah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.11.2008
Ahli No: 35797
Posting: 43
Dari: jb

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 23:15


tak kesahlah asal negeri mana pun...yang penting utamakan KESEDERHANAAN. perkahwinan itu untuk melahirkan ketenangan bukan menghamparkan kesusahan dan pembaziran...

WALLAHUA'LAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For nailofar_hamidahProfil   Hantar PM kepada nailofar_hamidah   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 09:46


Impian Hamba...

BerkatNya dihasratkan, RedhaNya diidamkan, RahmatNya mengiringi, Jalannya dimudahkan...mudah-mudahan... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

solehen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.08.2006
Ahli No: 25686
Posting: 90
Dari: sentul

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-12-08 20:26


kesabaran dan ketaatan pasti membawa hikmah di sebalik kejadiaan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solehenProfil   Hantar PM kepada solehen   Pergi ke solehen's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.132074 saat. Lajunya....