Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: PhoebeGordon
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43142

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
lizawati2302: 7 hari yang lalu
Kang: 7 hari yang lalu
sahabat_sejati: 13 hari yang lalu
sadiqah: 17 hari yang lalu
eme86: 21 hari yang lalu
al_hafizahgirl: 25 hari yang lalu
nice_pesan: 28 hari yang lalu
umy_1510: 33 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik

Please Mendaftar To Post


Oleh Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 12:19


As salamualaikum wbt dan salam ukhwafillah,

Saya ingin berkongsi artikel berkenaan Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik. Artikel yang membicarakan isu-isu berkenaan Metafizik dan perbezaan idea dan pendapat dikalangan itelektual Muslim dan bukan Muslim.

Saya petik ini dari Ummahonline

Pendahuluan

Oleh: Aqil Fithri

Istilah falsafah kuantum bermuasal dari rangkuman dua perkataan; falsafah dan kuantum. Sehubungan dengan itu, mendefinisikan dua perkataan ini terlebih dahulu merupakan langkah awal yang baik sebelum kita menjelajah dinamika falsafah kuantum dari fizik ke metafizik.

Fizik kuantum, atau juga turut dikenali sebagai mekanik kuantum, merupakan suatu penyelidikan sains fizik yang melibatkan lelaran antara jirim-jirim yang wujud dalam alam semesta. Dalam ungkapan mudah, fizik kuantum merupakan penyelidikan terhadap zarah-zarah yang terdapat dalam alam mikroskopik. Sementara, falsafah dalam kata aslinya ialah philosophia pula merupakan kata majmuk dari philo dan sophia. Di sini, philo mendekati makna cinta, manakala Sophia merujuk kepada kebijaksanaan atau kebenaran.

Maka, apabila mendekatkan dan membicarakan istilah falsafah kuantum, ia sendiri dianggap sebagai subset kepada perbincangan yang terangkum dalam ruang lingkup wacana falsafah sains. Sepertimana yang tercatat dalam catatan sejarah, falsafah sains sebenarnya telah lama dibincangkan, bahkan ketika zaman sebelum Sokrates lagi, iaitu dalam Tamadun Greek. Hal ini boleh kita tinjau menerusi perbahasan tentang alam tabii yang pernah diungkapkan oleh Thales, Dimokritos, Pitagoras, dan Aristotles.

Di samping itu, selain daripada falsafah, terdapat dua lagi induk pengetahuan yang saling bersaing, iaitu sains dan agama. Maka, daripada rangkaian sains, agama, dan falsafah inilah, ketiga-tiga domain ini sering berlumba-lumba untuk menarik perhatian serta pengaruh manusia hingga dewasa ini.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 12:22


Penerokaan fizik kuantum

Berkaitan falsafah kuantum, bidang ini dirangsang menerusi penemuan saintifik oleh sekumpulan fizikawan Barat, terutamanya dari kalangan fizikawan Jerman. Antara yang terawal meletakkan asas fizik ini ialah Max Planck melalui makalahnya pada tahun 1901. Di sini, Planck percaya bahawa dalam sesebuah jasad hitam, cahaya yang terpancar mahupun yang meresap sebenarnya berbentuk diskrit, bukannya selanjar sepertimana yang kental dipercayai oleh fizik Newton. (Meminjam sifat diskrit inilah, perkataan kuanta (ketul-ketulan) mula menjadi popular. Kemudian, setelah dijamakkannya maka lahirlah perkataan kuantum).

Walau bagaimanapun, penemuan revolusioner Planck ini pada peringkat awal tidak diberi perhatian, meskipun ideanya itu telah merombak perspektif Newtonian. Sambutan sepi dari kalangan komuniti sains ini berterusan, sehinggalah pada tahun 1905 Albert Einstein yang ketika itu bertugas sebagai pemeriksa paten di Berne julung kalinya menghargai aksiom serta postulat Planck tersebut menerusi ujikaji terhadap kesan fotoelektrik. Menariknya, melalui makalah Einstein yang termuat dalam Annalen ada Physik itulah yang melengkapkan tahun ajaibnya, hingga membawanya ke anugerah Nobel Fizik pada tahun 1921.

Selepas itu, penyelidikan tentang sains Jerman (baca: fizik kuantum) ini mulai rancak. Ini dibuktikan sepanjang 30 tahun pertama pada abad ke-20, di mana banyak penemuan baru yang telah berjaya diteroka. Ini termasuklah menerusi penyelidikan yang diusahakan oleh Neils Bohr tentang teori spektra kuantum, Arthur Compton menerusi penyerakan foton oleh elektron, Wolfgang Pauli menerusi prinsip pengecualian, dan tidak ketinggalan juga Louis ada Broglie menerusi penjelasannya tentang gelombang zarah.

Malah, keghairahan terhadap fizik kuantum ini diteruskan lagi oleh Erwin Schrödinger dengan rumusan persamaan gelombang, manakala Werner Heisenberg pula mengemukakan prinsip ketakpastian, dan Davisson & Germer melakukan ujikaji mengenai kegelombangan zarah elektron, sebelum Max Born pada tahun 1927 menafsirkan fungsi gelombang.

Menerusi kegigihan yang diserlahkan oleh fizikawan kuantum dalam tiga dekad terawal inilah, William H. Cooper dalam The Quantum Physicist menyifatkan detik tersebut sebagai 30 tahun yang sangat heroik buat dunia sains! Buktinya, kesemua fizikawan yang dinyatakan tersebut akhirnya meraih anugerah Nobel atas sumbangan masing-masing. Itulah episod bersejarah bagaimana kemunculan dan awal pengukuhan salah satu bidang fizik moden ini (selain fizik kuantum, fizik kenisbian turut dianggap sebahagian dari bidang fizik moden, yang mula-mula sekali diperkenalkan oleh Einstein, menerusi makalah On the Electrodynamics of Moving Bodies).

Walau bagaimanapun, arus revolusi fizik ini masih belum terhenti setakat itu. Ini kerana, fizikawan kuantum masih lagi gagal untuk menerangkan hasil cerapan ujikaji yang di dapati mempunyai ciri-ciri tidak mantik, bersifat kedualan gelombang-zarah, serta tak-tentuisme. Malah, semua sifat-sifat ini kemudiannya di dapati telah berseberangan dengan pencirian fizik Newton yang selama ini kuat dipercayai oleh komuniti sains. Maka, usaha untuk memberi tafsiran terhadap fizik kuantum mula dibahaskan, terutamanya selepas 1930-an. Neils Bohr, yang pintar berbahas itu, umpamanya adalah antara mereka yang terawal memimpin perbincangan ini sehingga melahirkan mazhab Copenhagennya

Selain mazhab Copenhagen yang dipimpin oleh Bohr tersebut, banyak lagi tafsiran-tafsiran yang lain yang telah dikemukakan untuk menjelaskan tentang fenomena fizik kuantum ini. Dan, antara tafsiran yang memberi saingan kepada Copenhangen ialah tafsiran Banyak Alam yang diperkenalkan oleh Hugh Everett III sebelum diperkemaskan oleh John A. Wheeler, tafsiran Bohm yang holisme, teorem ketaksamaan Bell, tafsiran Kochen, tafsiran Healey, dll. Malah, penafsiran tunggal tidak pernah diselesaikan, sampai kini sekalipun!

Di satu sisi yang lain, Einstein dan sekelompok kecil fizikawan lain memilih untuk menolak fizik kuantum kerana sifatnya yang tak-tentuisme serta kegagalannya untuk mematuhi prinsip kebersebaban. Pada tahun 1935, menerusi jurnal The Physical Review, bangkangan Einstein—bersama-sama Boris Padolsky dan Nathan Rosen—dibentangkan menerusi makalah mashyurnya yang bertema, Can Quantum-Mechanical Description of Physical Reality be Considered Complete. Dalam makalah EPRnya tersebut, mereka bertiga memberikan formulasi yang tajam untuk memaparkan paradoks serta betapa tidak lengkapnya fizik kuantum seperti saranan Copenhagenisme.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 12:27


Di manakah metafiziknya fizik kuantum?

Kini, sampailah kita kepada pertanyaan, di manakah metafiziknya fizik kuantum itu? Bagaimana dalam tema ini, wacana fizik boleh beralih kepada wacana metafizik? Justeru, adalah elok sekiranya kita terlebih dahulu mendefinisikan apa itu metafizik?

Secara umumnya, metafizik merupakan suatu istilah yang merujuk kepada kegagalan kita untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku secara secara emperikal, mantik dan bersistem, yang mana kaedah ini telah menjadi asas kepada pembentukan sains moden sepertimana anjuran Francis Bacon. Dalam kata mudah, metafizik itu bermakna melampaui fizik.

Bertitik tolak dari sini definisi mudah inilah, Ian pergi. Barbour, seorang fizikawan-teologian menerusi bukunya, When Science Meets Religion: Enemies, Strangers or Partners? menyatakan bahawa penemuan fizik kuantum ini pada hakikatnya telah mengangkat dua perkara yang sangat akrab dengan wacana metafizik. Pertama, paradigma holistik, dan kedua penglibatan peranan pencerap.

Merujuk kepada rumusan holistik Barbour ini, ia akan menghubungkan kepada sifat agama yang universal. Hal ini lebih terkesan terutamanya jika kita menyemak konsep-konsep yang terdapat dalam agama-agama Ibrahimik, yang didapati mendukung kosmologi pada penciptaan alam semesta ini, sekaligus mengesahkan kedaulatan Tuhan.

Beransur dari itu, sekarang cuba kita bandingkan konsep tersebut terhadap prinsip ketakpastian Heisenberg. Menurut Heisenberg, seseorang pencerap tidak akan dapat menentukan halaju dan kedudukan setiap zarah (objek) yang dicerap secara serentak. Ini berlaku ekoran gangguan mekanisme penyukatan (cahaya), yang sekaligus menunjukkan kerawakan pergerakan zarah (elektron) sukar untuk kita ditentukan magnitudnya.

Maka, timbullah persoalan, bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku? Apa hubungannya dengan agama? Lantaran kegagalan ujikaji ini untuk menjelaskan fenomena ini secara saintifik, maka kita terpaksa menghubungkan kembali pengaruh metafizik yang terhimpun dalam agama dan mana-mana kepercayaan tradisi.

Justeru, tidak hairan jika kita melihat wujudnya kecenderungan di kalangan fizikawan untuk menyelesaikan ketidaklengkapan fizik kuantum dengan menoleh kepada pengalaman agama, sepertimana yang banyak dilakukan oleh fizikawan muslim. Malah, terdapat juga sebahagian fizikawan Barat sendiri yang berusaha meneroka mistisme timur bagi mencari jawapan, seperti yang diusahakan oleh Gary Zukav, Fritjof Capra, Michel Talbot, dll.

Kemudian, persoalan seterusnya, bagaimanakah peranan pencerap boleh memunculkan persoalan metafizik dalam fizik kuantum? Seperti yang telah ditemui dan diterangkan oleh Louis ada Broglie, salah satu dilema dalam fizik kuantum ialah untuk menentukan sesuatu objek yang dicerap itu sama ada bersifat zarah atau bersifat gelombang.

Ini kerana, dalam fizik kuantum objek cerapan yang sama boleh bersifat zarah atau bersifat gelombang dalam waktu yang berbeza. Bermuara dari dilema inilah, John A. Wheeler—seorang fizikawan yang berjiwa penyair itu—menyatakan bahawa si penceraplah yang seharusnya menentukan, malah menciptakan rupa bentuk alam semesta ini.

Bersandarkan kepada kenyataan Wheeler ini, kita dapat memerhatikan bagaimana sains moden yang mendukung emperisme kini digugat oleh kegagalan pencerap dalam ujikaji fizik kuantum bagi menentukan sifat objek yang sedang dicerap. Walhal, hal sedemikian tidak pernah berlaku dalam fizik Newton. Maka, bukankah dari apa yang dirumuskan ada Broglie dan Wheeler ini lantas membuktikan wujudnya dimensi metafizik dalam fizik kuantum itu sendiri?

Malah, pandangan Morris Berman dalam The Reenchantment of The World tidak kurang menarik untuk dipertimbangkan. Menurut Berman, kesedaran kitalah (yakni perilaku fikiran kita) merupakan sebahagian daripada elemen yang menentukan hasil ujikaji dalam fizik kuantum.

Ini bermakna, terserah kepada kehendak kita, bagaimana mahu menerangkan sifat sesuatu objek yang sedang dicerap, sama ada ia bersifat zarah atau ia bersifat gelombang. Jadi, bukankah dengan memasukkan pengaruh kesedaran menyebabkan kita terpaksa mempertimbangkan aspek-aspek metafizik dalam ujikaji fizik kuantum tersebut?

Malah, seperti yang cuba diswatekalkan oleh Roger Penrose dan kalangannya, kesedaran itu sendiri merupakan suatu wilayah metafizik. Sebaliknya, dalam fizik Newton sebelum ini, mereka awal-awal lagi sudah menolak pengaruh kesedaran dalam ujikaji seolah-olah ia merupakan terra incognita. Akhirnya ternyata, dakwaan ini bertentangan sama sekali dengan penemuan fizik kuantum!


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 12:32


Debat falsafah Barat dalam fizik kuantum

Selain kerana kegagalan fizikawan kuantum untuk menjelaskan saratnya unsur-unsur metafizik dalam hasil ujikaji, fizik kuantum juga membuka ruang kepada wacana falsafah, lebih-lebih lagi dalam lingkungan kefalsafahan Barat. Ini kerana, kehadiran fizik kuantum dipercayai telah merombak weltanschauung sains moden yang sebelumnya sering disekutukan dengan sumbangan Bacon-Descartes-Newton.

Hal ini boleh disemak dengan menelaah pertentangan ciri antara fizik kuantum dengan fizik Newton. Dan, salah satunya termasuklah soal subjektivisme. Dalam fizik Newton, mereka menganut dualisme minda dan jirim—yang masing-masing merupakan entiti terpisah—sepertimana penegasan René Descartes dalam Discours ada lah Méthode.

Manakala, dalam fizik kuantum pengaruh kesedaran dan peranan pencerap didapati telah mengemburkan peranan yang sangat signifikan sekali. Sebab itu, Davies & Brown dalam The Ghost in the Atom, menyatakan bahawa pencerap tidak mungkin dapat memahami alam ini sehinggalah perilaku zarah dapat dirungkaikan terlebih dahulu.

Demikian juga dalam soal mekanisme, yang satu ketika falsafah ini kental dicanangkan oleh Pierre-Simon Laplace ketikanya menolak sebarang hipotesis pengaruh Tuhan dalam kerja-kerja ilmiahnya. (Falsafah mekanisme ini juga merupakan gugusan idea yang bermuara dari Descartes, sebelum Thomas Hobbes buat pertama kali mengistilahkannya dalam Leviathan).

Memang, sebelum penemuan fizik kuantum, kalangan komuniti sains Barat percaya bahawa daerah fizik sudah beres dan lengkap, di mana menurut mereka setiap tabii alam ini telah mematuhi prinsip kebersebaban dan segala-galanya bersifat tentuisme. Namun, kepercayaan ini ternyata tidak tekal setelah Heisenberg membentangkan Prinsip Ketakpastiannya pada awal kurun ke-20 yang jelas membentangkan percanggahan dengan kepercayaan sebelumnya.

Di samping itu juga, fahaman alatisme yang menafikan pertimbangan terhadap keunsuran lain di sebalik pembuktian matematik, turut tidak lagi relevan untuk disesuaikan dengan fizik kuantum. Ini kerana, dalam fizik Newton ia hanya berminat untuk mengetahui persoalan 'mengapa' dan 'kuantiti', bukannya persoalan 'bagaimana' dan 'kualiti'.

Namun, menerusi fizik kuantum, ia telah yang membuktikan perkara yang sebaliknya lantaran kegagalannya untuk menghuraikan secara matematik bagaimana berlakunya keruntuhan fungsi gelombang sepertimana yang dianuti kalangan Copenhangenisme. Lebih naif lagi, fizik kuantum sekadar membuktikan tingkat-tingkat tenaga sahaja, bukannya magnitud tenaga pada keadaan-keadaan tertentu.

Demikian juga pengaruh fahaman turunisme yang menjadi citra kepada fizik Newton. Falsafah ini juga dikatakan antara yang boleh dibahaskan kembali ekoran pandangan holistik yang dikemukakan oleh David Bohm dalam magnum opus-nya, Wholeness and the Implicate Order.

Dalam karya tersebut, Bohm menyatakan bahawa teknik yang mahu menurunkan alam tabii ini kepada zarah-zarah tertentu secara atomistik sudah tidak lagi dapat diiktiraf. Ini memandangkan semua pecahan alam tabii didapati mempunyai jalinan akrab antara satu sama lain. Malah, Bohm turut mengemukakan idea tatanan yang tersurat dan tatanan yang tersirat bagi memberi gambaran yang tuntas terhadap kelemahan fahaman turunisme ini.

Maka, bertitik-tolak dari pemaparan ini, jelas membuktikan bahawa terdapatnya idea mengkal dan wacana yang masih belum selesai dalam displin fizik. Justeru, komuniti sains harus prihatin, bahawa wacana falsafah dalam fizik tidak seharusnya ditoleh secara sinis. Sebaliknya, falsafah wajar sekali diizinkan untuknya meneroka kebenaran abadi, meskipun dalam daerah 'musuhnya' sendiri!


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 12:38


Reaksi ilmuan Islam terhadap fizik kuantum

Selain kehangatan debat falsafah yang terdapat dalam dunia Barat, dunia Islam juga tidak terkecuali untuk mengambil bahagian. Arus ini jelas dapat dilihat menerusi buah fikiran beberapa ilmuannya.

Ini termasuklah menerusi pemikiran Mehdi Golshani, Sayyed Hossein Nasr, Shaharir Mohammad Zain, Shahidan Radiman, Bruno Guiderdoni dan Osman Bakar. Lazimnya, kalangan yang mempunyai latar belakang sains ternyata dapat menerangkan fizik kuantum menerusi perspektif dengan lebih baik, apatah lagi jika mereka turut mempunyai asas pandangan agama yang molek.

Umpamanya pandangan yang ditampilkan oleh Mehdi Golshani, menerusi bukunya, The Holy Quran and The Sciences of Nature, harus diberi pujian yang selayaknya. Menerusi karyanya ini, Golshani cuba membawa kita kepada khazanah yang terhimpun dalam tradisi Islam bagi mencari jawapan terhadap fenomena fizik kuantum.

Antaranya, Golshani cuba membandingkan pemikiran tentang alam tabii menerusi dua ilmuan klasik Islam, iaitu Ibn Sina dengan Imam al-Ghazzali. Sembari cenderung menyebelahi gagasan Ibn Sina, Golshani menolak terang-terang terminologi kebersebaban yang dirumuskan oleh Imam Al-Ghazzali, di samping mengangkat pandangan tentuisme Ibn Sina.

Walau bagaimanapun, pandangan Golshani ini banyak dipersoalkan secara tidak langsung oleh dua lagi fizikawan Islam, iaitu Shahidan Radiman dan Bruno Guiderdoni. Dengan mewar-warkan kelebihan pemikiran Imam Al-Ghazzali, mereka bersama-sama secara terpisah menyakini dan mempercayai bahawa sebarang objek yang wujud dalam realiti tidaklah mempunyai sebarang tabii mereka sendiri. Bagi mereka, pencirian taktentuisme yang terdapat dalam fizik kuantum adalah semata-mata bertujuan untuk memastikan kelangsungan alam agar ia sentiasa berkeadaan baru.

Namun begitu, Osman Bakar—yang berlatarbelakang matematik, tetapi akhirnya memilih berkecimpung dalam metafizik—menampilkan sikap simplex veri sigillum, serta tidak memihak secara tajam kepada mana-mana aliran dalam tradisi Islam.

Dalam sebuah buku lamanya terbitan ASASI, Islam dan Pemikiran Sains Masa Kini, Osman Bakar cuba menerangkan secara mendasar tentang anomali sains yang timbul ekoran fenomena fizik kuantum. Sambil menolak usaha untuk mencantumkan fizik kuantum dengan mistisme Timur sepertimana yang aktif dilakukan oleh sesetengah fizikawan Barat, Osman Bakar sebaliknya memberi menekankan keperluan fizik kuantum untuk diamati menerusi perspektif yang lebih luas, bukannya terbatas dalam kerangka sains moden.

Apa yang disaran oleh Osman Bakar ini sebenarnya sesuai dengan padangan gurunya, Sayyed Hossein Nasr yang termuat dalam buku Falsafah Sains Daripada Perspektif Islam. Sambil menempelak turunisme, Nasr turut mempersoalkan pendekatan fizik Newton yang hanya mahu memusatkan alam kepada dunia, walhal bahagian-bahagian lain, selain dari tarikan daya graviti terhadap zarah juga, juga sewajarnya diberi perhatian yang serupa.

Malah, bagi Nasr lagi, dengan memakai pendekatan fizik Newton ini, kita telah mengabaikan tarikan zarah dalam medan graviti tersebut yang hakikatnya adalah berhubungan dengan semua zarah dalam alam semesta ini menerusi suatu daya yang dikenali oleh Plato sebagai eros dan Ibn Sina sebagai ’ishq.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 12:42


Kesimpulan

Menurut Shaharir Mohammad Zain dalam makalah menariknya, Simbiosis Antara Sistem Nilai dengan Tabii Matematik, terdapat tiga dampak revolusioner menerusi fizik kuantum terhadap komuniti sains.

Pertama, ialah kewujudan sesuatu benda atau fenomenon dalam alam ini tiada yang bersifat mutlak, iaitu semuanya mengikut satu hukum kebarangkalian yang khusus. Kedua, setiap benda bersifat dual, iaitu dalam keadaaan gelombang dan keadaan jirim (zarah). Manakala ketiga, wujud interaksi antara pengkaji dengan benda yang dikaji, iaitu sebarang peranti yang digunakan atau direka untuk mencerap dan menyukat sesuatu kuantiti didapati akan mengusik tabii sebenar kuantiti tersebut.

Berasaskan rumusan ini, maka kita dapat melihat bagaimana kehadiran fizik kuantum akhirnya telah mendorong komuniti sains untuk memikirkan kembali suatu bentuk sains alternatif yang boleh mengantikan kelemahan yang terhimpun dalam pandangan sains moden. Ini kerana pencirian sains moden (yang kuat menganut faham tentuisme, hukum kebersebaban, mantikisme akhirnya mendorong penolakan metafizik) sebenarnya telah diruntuhkan oleh fizik kuantum.

Malah, kehadiran fizik kuantum itu sendiri sekaligus bermakna pemugaran semula wacana antara, agama, sains dan falsafah, setelah demikian lama domain sains mendominasi fikiran komuniti sains, malah fikiran manusia umumnya.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-12-08 13:12


formula aura
E=mc˛
dimana
pemalar cahaya , c= 277 million meter apa saat cahaya bergerak dalam vacum


kuantum adalah kajian pergerakan gelombang electron...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-12-08 13:19


apa kaiatan cakura dalam filem animasi naruto...bagaimana ninja yang ada pandangan cakura boleh tembus pandangan melihat apa yang tersembunyi...


pada pandangan saya memang pandangan cakura tersebut ada di anugerahkan kepada sebahagian Insan yang hidup di alam ini...



pandangan cakura seperti melihat di dalam suatu dimensi...dimana insan yang di anugerahkan pandangan cakura tersebut seperti boleh melihat tembus ke dalam suatu jirim termasuk melihat ke dalam tubuh seseorang...


tumpuan yang tinggi akan menembusi pandangan tembus ke tubuh seseorang insan sehingga dapat meng observe apa yang di dalam jirim tubuh seseorang insan...


saya bila menonton filem naruto ...suka melihat apabila ninja yang ada kebolehan pandangan cakura...melihat ke dalam apa yang "di scan" menggunakan anugerah pandangan cakura...


ainul basyirah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 07:27


Kajian Fizik

Kajian Fizik adalah satu proses mencerap , mentaakul dan menghuraikan sesuatu fenomena alam fizikal berdasarkan kepada hukum-hukum tabii yang ditemui atau dipostulatkan. Hukum-hukum ini ditulis dalam bentuk persamaan , ketaksamaan atau lain-lain pernyataan matematik dan huraian hukum itu didapatkan berdasarkan selesaian persamaan tersebut . Soal interpretasi hasil selesaian dan wujudnya selesaian yang banyak sering ditimbulkan sebagai salah satu masalah “songsangan” yang inheren dalam sains tabii. Ini menjadi begitu jelas dalam Mekanik Kuantum sehinggakan masalah “interpretasi” yang asalnya hanya dikhasnya bagi selesaian persamaan Schrodinger sekarang ini menjalar kepada masalah “pengukuran” dan masalah “kewujudan pencerap”.

Metafizik

Metafizik pula adalah kajian tentang alam ghaib , fenomenanya yang dicerap di alam nyata ( secara langsung atau tidak) dan kaitannya dengan hukum-hukum tabii alam fizikal. Disebabkan alam ghaib itu lebih luas, lebih tidak diketahui dan sukar diketahui atau kita katakan bahawa alam fizikal (tabii) ini tertanam (embedded) dalam alam ghaib ini dalam topologi yang kita masih tidak ketahui , maka sudah pastinya kajian metafizik menjadi begitu “sukar” mungkin untuk disaintifikkan.

Sumber: Prof. Dr. Shahidan Radiman, UKM


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 07:32


Saifuddin, Kuantum hanya spesifik untuk gelombang saja ke? rasanya Kuantum satu kajian saintifik yang meneliti sifat2 dan keadaan jirim, atom yang kecil...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 07:38


Izinkan saya memetik maklumat dari seminar Wacana Hadhari yang telah disampaikan oleh Prof Dr Shahidan Radiman, UKM dalam tajuknya:

Fizik dan Metafizik: Jembatan Yang Dihurai oleh Sufisme dan Mekanik Kuantum

Bagi umat Islam jelas bahawa alam ghaib ini menjadi sebahagian daripada rukun keimanan dan oleh itu pandangan alam mereka tidak akan lari daripada perspektif metafizik betapa hebatnya penyelidikan fizik atau biologinya . Malah disebalik setiap penemuan baru sains dan disebalik semua penemuan dan pengetahuan baru kita dapati persoalan yang semakin mendalam timbul - di manakah akhirnya , apakah hukum dan model yang lebih tepat dan menyeluruh dan Siapakah yang merancang dan membuatnya sebegitu rupa?

Kalau dulu cerita tentang ulamak Melayu, Tok Kenali boleh berada dilebih dari satu tempat pada sesuatu masa membuatkan masyarakat merasa begitu pelik , penemuan baru dalam Mekanik Kuantum membuktikan bahawa satu ion beryllium boleh berada dalam dua tempat - paket gelombang terpisah sebanyak 80 nanometer sedangkan saiz ion beryllium itu sendiri bersaiz 0.1 nanometer. Ujikaji lain (dilakukan oleh Alain Aspect di Institut d’Optique , Paris pada tahun 1980an) terhadap apa yang dipanggil sebagai teori lokal objektif menunjukkan bahawa bagi sesuatu ensembel (kumpulan) zarah , sifat keterikatan (entanglement) zarah-zarah boleh menyebabkan sifat individu zarah tidak wujud lagi . Apa yang menarik ialah jika hasil ini dipadankan dengan masalah jasad dan roh, jelas bahawa sebahagian sifat kita ada dalam roh dan sebahagiannya dalam jasad kita. Kita tidak boleh meletakkan seratus peratus sesuatu sifat “ fizikal” semata-mata pada jasad. Ini dapat disahkan dalam banyak pengalaman “spiritual” mereka yang bernasib baik untuk mengalaminya.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 07:41


Ternyata tiada pertentangan antara sains dan agama..mahupun agama dan sains..inilah kesempurnaan alam yang diciptakan oleh Yang Maha Sempurna..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 07:44


Mekanik Kuantum dan Permasalahannya

Menurut Einstein , Mekanik Kuantum mencabul realisme lokal dan determinisme dan oleh itu katanya , Mekanik Kuantum gagal sebagai satu teori yang sempurna sedangkan Bohr menganggap bahawa Mekanik Kuantum sempurna walaupun tidak memenuhi kriteria tadi. Perbezaan ni akhirnya kita lihat sebagai pandangan Einstein yang ontic berbanding pandangan Bohr yang epistemik , tetapi juga dari segi falsafahnya , bagi Einstein bermazhab Realisme sedangkan Bohr mengikuti mazhab Positivisme. Tahun 1964 merupakan tahun penentu dengan pembuktian Teorem John Bell yang menyanggah pendapat Einstein dan memenangkan Niels Bohr.

Malah menurut John Bell(dalam Bernstein) : ” ...for me it is a pity that Einstein idea doesnt work, The reasonable thing just doesnt work.” Oleh itu , pandangan positivisme Bohr semakin diikuti ramai dan kenyataannya bahawa “ Nothing exists until it is measured” menjadi terkenal . Niels Bohr seterusnya menguatkan interpretasinya dalam Mekanik Kuantum dengan mencadangkan Prinsip Komplimentariti yang menyatakan bahawa jirim dan tenaga boleh menunjukkan sifat gelombang atau sifat zarah , tetapi tidak boleh kedua-dua sifat dalam sesuatu masa (i.e secara serentak). Kajian terkini menunjukkan terdapat banyak persamaan di antara pandangan Bohr tentang alam tabii ini dengan pandangan Immanuel Kant .


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 16:57


Menurut Ross (2007) : ” Einstein always objected to quantum mechanics because his metaphysical realism recoiled from the idea that observation would create a different kind of reality than what existed independently. Reality existed in a different way while under observation that it did in itself”.

Ini adalah seperti apa yang disebutkan oleh Immanuel Kant sebagai “things-in-itself”. Pada pandangan Barat Kant merupakan ahli falsafah pertama yang mengkaji bagaimana pemerhati mengenakan syarat kepada sifat objek yang diperhatikan, sedangkan ahli falsafah Islam seperti Mulla Sadra dan lain-lain telah mengkaji perkara lebih awal lagi.

Salah satu lagi kesan pelik di antara pemerhati (pencerap) dengan yang diperhatikan (yang dicerap) ialah kesan kuantum Zeno, di mana zarah meson atau radioaktif yang sedang mereput (decay) akan terbantut proses pereputannya jika dilihat atau dicerap.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 13:18


Perdebatan yang hebat di antara Al-Ghazali dengan Ibn Rushd, dan pertentangan dalam penulisan para ahli kalam (al Juwayni , Ashaari, al Maturidi, al Baqillani dan lain-lain) dengan ahli falsafah masyai’yun (Ibn Sina dan lain-lain).

Contohnya bagi Ibn Rushd “if God creates a knowledge in us, that knowledge is properly designated as knowledge only if it corresponds to a real nature"

Sedangkan bagi al-Ghazali “The habit of knowing brought about by experience is not knowledge of what is necessary; only a knowledge produced by God is certain.”

Seterusnya Majid Fakry menyatakan “Ibn Rushd assumes that the supernatural – which for al-Ghazali is fundamental - is a subject which cannot be understood nor even rationally discussed. For al Ghazali, scientific discourse is partial , because it cannot establish whether a given natural cause will be suprseeded by supernatural intervention. Thus, al Ghazali’s goal in Tahafut al Falasifah is to show that philosophy must be subsumed within an intellectual enterprise which includes revealation (wahyu) –and further , that revealation must be regarded as the most superior kind of knowledge.”

Oleh itu, terhadap usaha yang murni dari cendekiawan islam diseluruh dunia untuk membangunkan apa yang dipanggil “Islamic Science” atau “Tauhidic Science” dengan membangunkan semula pendapat dan doktrin yang dicadangkan oleh al-Ghazali dalam banyak penulisannya sebelum ini. Fenomena Asbab (causality) menjadi tunjang utama al-Ghazali menentang konsep falsafah Ibn Rushd dan ahli falsafah masya’iyun seperti yang dihurai dalam Bab 17 Tahafut al-Falasafah.

Menurut al-Ghazali “natural causes are only contingently causes , their effects only proceed if the True Agent (God) who gave them their causes wishes it. So, created causes are inherently contingent and provisional, relying on God’s continued will for their efficacy and very existence. This is al-Ghazali’s Occasionalisme”.

Bertentangan dengan itu pula menurut (Majid Fakhry) “Ibn Rushd view is that if any form of occasionalisme is accepted , there is no possibility for human knowledge.“

Kenyataan Ibn Rushd tentang occasionalisme ini sekarang terbukti salah/meleset apabila hasil penemuan Mekanik Kuantum menunjukkan bahawa “occasionalisme” ini berlaku yang menunjukkan sifat (attribute) kezarahan atau kegelombangan sesuatu zarah itu terpisah dari jirim tersebut dan hanya muncul apabila dilakukan sesuatu pengukuran/pencerapan terhadap jirim itu.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 10:10


Berdasarkan kepada fenomena tabii yang berlaku berserta kesebabannya maka kita lihat dua pandangan Kalam yang berbeza telah muncul:

Satu yang boleh dipadankan dengan pandangan Fizik Klasik moden iaitu pandangan al-Maturidi yang menyatakan secara am bahawa Tuhan menjadikan alam semesta beserta dengan hukum-hukumnya yang tetap dan setiap yang ada di dalam alam semesta akan mempunyai sifat-sifat yang telah ditetapkan dan oleh itu alam tabii adalah deterministic.

Pandangan yang kedua adalah pandangan Abu Hasan Asshaari yang menyatakan bahawa alam semesta itu sendiri tidak mempunyai kewujudannya yang berterusan (perpetual existence). Seperti yang dihurai oleh Majid Fakhry, pandangan Asshaari ini “Universe does not have a perpetual, established existence and reality. Nor do things have essential qualities of themselves. God creates the universe anew every moment and direct it continuously by ordering each thing to do what it must do.“

Kita lihat bahawa pandangan asShaari ini lebih mirip kepada pandangan pada tahap Kuantum, di mana alam serba serbi “chaotic” dan tidak deterministik (dari pandangan manusia) malah jirim sendiri bersifat dualistik.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 21:28


Dalam kajian termodinamik moden telah ditemui bahawa arah anak panah kesebaban (causal arrow of time) bukanlah sesuatu yang semesta (universal) sama ada secara klasik mahupun kuantum.

Namun semua teori interaksi (ada 4 interaksi asas iaitu Elektromagnet , Kuat, Lemah dan Graviti) mestilah mengikuti Teori Medan Kuantum yang wajib invarian cepat (C-konjugasi cas , P –Pairit dan T – songsangan masa).

Dengan penemuan pencabulan CP dalam beberapa sistem zarah meson (khasnya K-meson atau kaon dan B-meson), pencabulan T adalah sesuatu yang mungkin dan oleh itu mungkin pembuktian bahawa kesebaban (causality) iaitu sesuatu fenomena fizikal mesti mempunyai sebab (cause) untuk terjadi boleh acapkali berlaku tidak lagi diikuti atau hukum sebab-musabab itu tidak diikuti lagi (sekurang-kurangnya dalam dunia mikroskopik meson atau dalam erti lain, Tuhan berbuat apa yang Dia suka).

Mungkin itulah yang pernah diutarakan oleh Sadr al-Din Shirazi (Mulla Sadra) yang pernah menulis dalam kitabnya “ al Mazahir al Ilahiyyah fi asrar al Ulum Kamaliyyah” sebagai berikut: there is nothing in Existence except the Essence, Attributes and Doings (Actions) of God which are reflections of His Names and manifestations (mazahir) of His Attributes. Dalam erti lain, semua yang berlaku ini perbuatanNya dan Dialah juga yang menentukannya.

Nota:

4 interaksi: Elektromagnet, Nuklear Kuat, Nuklear Lemah dan Graviti


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-11-09 18:16


!!! QUOTE !!!

Berasaskan rumusan ini, maka kita dapat melihat bagaimana kehadiran fizik kuantum akhirnya telah mendorong komuniti sains untuk memikirkan kembali suatu bentuk sains alternatif yang boleh mengantikan kelemahan yang terhimpun dalam pandangan sains moden. Ini kerana pencirian sains moden (yang kuat menganut faham tentuisme, hukum kebersebaban, mantikisme akhirnya mendorong penolakan metafizik) sebenarnya telah diruntuhkan oleh fizik kuantum.


Fahaman tentuisme (deteministik), hukum kebersebaban dan lain-lain itu adalah bidang yang ada kaitan besar dengan bidang fizik yang cuba menginterpretasikan keadaan makhluk (dalam konteks ini alam mikrokosmos/mikroskopik) dengan cara cuba menolak elemen metafizik di dalamnya.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-09 19:28


saya pergi masa seminar metafizik ni di bangi,,kalau tidak silap masa AGM Asasi dekat equatorial ..tapi tak faham,,,terlalu berfalsafah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 25-11-09 08:16


Bila tu? Seminar Pemikiran Fizik Semasa ke? memang agak rumit juga...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 25-11-09 12:13


scalar energy tu pun quantum mechanics jugak ke?


-----------------




    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-11-09 13:05


tak ingat dah, yang saya ingat masa AGM asasi kat equatorial bangi..saya saja budak degree yang pergi time tu, yang lain semuanya org yang dah ada Phd, sebab tu saya tak faham apa yang dibentang..mungkin kena sambung belajar baru faham..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 23:25


Pada 25-11-09 12:13 , Martyr posting:

!!! QUOTE !!!

scalar energy tu pun quantum mechanics jugak ke?


Pada pendapat saya yang daif ini, ianya dalam lingkungan kuantum juga. Saya kurang ilmu dalam bidang ini, mungkin saudari boleh terangkan dengan lebih lanjut. Adakah ianya sejenis gelombang elektromagnetik yang lain karakteristiknya dengan gelombang elektromagnetik yang kita kenali sekarang?


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110508 saat. Lajunya....