Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 04-12-2024 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Berita Terkini dari Palestin |
---|---|
Laskar_Allah |
Posting pada: 22-12-08 18:21
Topik khusus untuk berita terkini dari Palestin. Dipetik daripada web palestinkini.info
Ukhwahian yang ada sumber lain & terbaru dialukan menyumbang berita di topik ini. Mari berikan secebis 'PEDULI' kita kepada saudara seiman disana. Gaza Makin Tenat !! Contributed by gunxx on Monday, December 22 @ 14:54:33 MYT Topic: Berita Semasa Isnin ,22/12/2008 -Pengerusi jawatankuasa popular pengepungan, MP Gaza, Jamal Al-Khudari Ahad lalu mengecam keras sekatan ekonomi Israel terhadap Semenanjung Gaza, sambil menegaskan bahawa pengepungan itu menjadikan Gaza terpinggir disamping bencana kemanusiaan yang membimbangkan. Menurut Khudari, penutupan semua mata lintasan di Semenanjung Gaza oleh Israel sehingga minggu ketujuh berturut-turut akan memburukkan krisis kemanusiaan di Gaza serta menyatakan penutupan loji kuasa utama di bandar itu menjadikan 80% wilayah itu berada dalam kegelapan. Dalam satu siaran akhbar beliau yang dikeluarkan di Gaza, Khudari menjelaskan bahawa sekatan itu telah menjejaskan seluruh aspek kehidupan sambil menambah lebih daripada 273 penduduk Palestin mati akibat pengepungan yang represif itu. Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : hijjaz79 ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 22-12-08 18:24
Tepung dan Gas habis di Gaza.
Contributed by gunxx on Monday, December 22 @ 12:20:57 MYT Topic: Berita Semasa Isnin ,22/12/2008 -Lembaga Pemilik Pembuat Roti Palestin mengingatkan bahawa semua pembuat roti di Gaza terpaksa berhenti sekiranya Zionis-Israel terus menghalang sempadan. Ini kerana bahan seperti tepung dan gas tidak dibenarkan di bawa masuk. Menurut Abdul An-Nasher Ajrumi, Pengerusi lembaga itu menegaskan sebanyak 27 pengusaha roti sudah beroperasi dari 47 pengusaha roti. Yang selebihnya terpaksa beroperasi pada kadar minimum. Abdul, turut menyeru pihak antarabangsa membantu menyelesaikan masalah di sempadan yang di halang oleh Zionis-Israel. Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : Abu Awatif ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 22-12-08 18:26
Brigade al-Qassam sudah sedia.
Contributed by gunxx on Friday, December 19 @ 16:33:54 MYT Topic: Berita Semasa Jumaat , 19/12/2008 -Seluruh Brigade al-Qassam sudah bersedia menghadapi sebarang serangan Zionis-Israel apabila tempoh genjatan senjata yang akan tamat Jumaat(19/12/2008). Sepanjang tempoh genjatan, Zionis-Israel langsung tidak menunjukkan minat dan komitmen untuk mematuhi aturan yang telah dipersetujui. Wakil Brigade al-Qassam Abu Ubaidah, menyatakan mereka bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan dilancarkan oleh Zionis-Israel. Menurut Abu Ubaidah lagi, serangan balas al-Qassan akan lebih hebat. Dalam pada itu beberapa kumpulan jihad yang sudah bersedia untuk bersama dalam memerangi Zionis-Israel. Antaranya, Brigade Nasher Shalahuddin dan Brigade Syahid al-Quds. Menurut pemimpin tertinggi Brigade Nasher, genjatan senjata ini tidak mendatangkan sebarang manfaat kerana Zionis-Israel sering melanggar apa yang telah dipersetujui. Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : Abu Awatif ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 22-12-08 18:29
Mofaz : Bunuh Hamas !
Contributed by Anonymous on Thursday, December 18 @ 17:37:47 MYT Topic: Berita Semasa Khamis , 18/12/2008 - Menteri Pengangkutan Israel, Shaul Mofaz ketika dipetik oleh radio Yahudi pada Rabu lalu sebagai berkata Israel harus menyekat ketua bagi pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza. Beliau telah mengisytiharkan sokongannya untuk mengembalikan semula dasar pembunuhan terhadap pemimpin-pemimpin Hamas. Mofaz sebelum ini berkhidmat sebagai menteri pertahanan dan dituduh melakukan banyak jenayah perang dimana wanita, kanak-kanak dan warga tua Palestin telah terbunuh di bawah arahannya di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : hijjaz79 ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 22-12-08 18:31
Jumlah mangsa kepungan di Gaza cecah 271.
Contributed by gunxx on Wednesday, December 17 @ 16:42:11 MYT Topic: Berita Semasa Rabu , 17/12/2008 - Mohammed Saad, 40, akhirnya meninggal dunia lewat petang Isnin lalu setelah lama bertarung dengan kanser dan setelah kerajaan perceroboh Israel menghalangnya daripada mendapat rawatan di luar negara menurut sebuah sumber perubatan Palestin. Pengarah ambulan dan kecemasan Palestin, Muawiya Hasanein di dalam sebuah sidang akhbar berkata jumlah mangsa akibat kepungan kerajaan penceroboh Israel (IOA) telah meingkat ke angka 271. Beliau juga memberi amaran bahawa lebih banyak lagi jumlah mangsa yang akan disaksikan di dalam hari-hari mendatang terutamanya pesakit kanser kerana kementeriannya telah kehabisan ubat-ubatan kanser. Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : fakhrul77 ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 22-12-08 18:37
Gencatan Senjata Berakhir, Pejuang Palestina Siap Hadapi Israel
Ahad, 21-12-2008 | 16:41:18 WIB | muslimdaily.net Delapan roket dan mortar ditembakkan ke kota Siderot di Israel selatan, dan berhasil menghancurkan satu rumah, demikian kata Tim Penyelamat Israel. Tidak ada yang korban dalam serangan yang diluncurkan pukul 7 pagi hari Ahad ini, dua hari setelah pengumuman pencabutan gencatan senjata secara resmi. Kelompok Pejuang Jihad Islami mengaku bertanggung jawab dalam serangan tersebut. Siap Melawan Faksi-faksi pejuang Palestina di Jalur Gaza siap siaga menyusul berakhirnya kesepakatan gencatan senjata dengan Israel hari Jumat kemarin. Mereka memperingatkan Israel untuk tidak melakukan agresi. Juru bicara pejuang Hamas, Fawzi Barhoum mengatakan bahwa seluruh faksi perlawanan yang ada di Palestina harus merespon seluruh serangan udara yang mulai diluncurkan Israel. "Setelah perjanjian berakhir, seluruh faksi perlawanan harus bersiap memulai tugasnya melindungi rakyat Palestina dan merespon setiap serangan Israel di Jalur Gaza," demikian kata Fawzi. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 22-12-08 18:37
Selama Gencatan Senjata, 49 Palestina Gugur Syahid
Sabtu, 20-12-2008 | 12:38:39 WIB | muslimdaily.net Selama masa gencatan senjata antara faksi-faksi perlawanan Palestina dengan pihak Teroris Zionis 'Israel' yang dimediasi oleh Mesir selama 6 bulan dan berakhir pada jam 6 pagi hari ini, Jum’at (19/12) telah tercatat 49 orang Palestina gugur syahid, baik di Tepi Barat maupun Jalur Gaza serta kota al-Quds (terjajah), di antara mereka tujuh dari kalangan anak-anak. Sebelumnya faksi-faksi Palestina pada tanggal 19 Juni lalu mengumumkan gencatan senjata dengan pihak terotis Zionis 'Israel' yang dimediasi oleh pihak Mesir. Gencatan senjata itu sendiri mengharuskan dihentikannya penyerangan Israel ke wilayah Palestina, membuka blokade dan membuka perlintasan dengan imbalan serangan rudal dan aksi-aksi syahid dari pihak Palestina dihentikan. Sesuai kesepakatan, gencatan senjata akan dimulai terlebih dulu di wilayah Jalur Gaza kemudian ke Tepi Barat. Dan gencatan senjata ini sendiri berakhir pada hari, Jum’at (19/12). Menurut data yang dimiliki oleh kantor berita Quds Press, menyebutkan bahwa 22 syahid gugur di wilayah Jalur Gaza dan di Tepi Barat tercatat juga angka 22 orang gugur syahid. Sementara di kota Al-Quds (terjajah) tercatat 5 syahid, tiga antarannya gugur saat melakukan aksi berani. Dari para syahid itu, tercatat ada tujuh syahid dari kalangan anak-anak dibawah usia 18 tahun dan dua dari kalangan orang tua. Selama gencatan senjata, delapan pejuang Palestina gugur syahid dalam berbagai operasi militer yang digelar oleh pasukan khusus (kopasus) teroris Zionis 'Israel' di Tepi Barat. Bulan November, dalam data itu, termasuk bulan yang paling banyak mencatat angka terbanyak dalam jumlah syuhada. Tercatat 17 syahid gugur, semuanya gugur dalam serangkaian serangan dan operasi yang digelar militer Zionis 'Israel' di wilayah Jalur Gaza. Kemudian bulan Juli yang mencatat 7 syahid gugur, lalu bulan September, Oktober, Desember yang masing-masing mencatat 6 syahid dalam setiap bulannya. Disusul bulan Juni yang mencatat hanya 4 syahid saja dan bulan Agustus yang mencatat hanya tiga syahid. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 22-12-08 19:36
Dokumentari siaran Al-Jazeera oleh Pejabat Penerangan Briged Izzudeen Al-Qassam. Lihat betapa kuatnya ruh 'survival' umat Palestin yang serba kekurangan. Dan lihatlah, betapa Allah s.w.t memberikan bantuan berupa Ilham kepada hambaNya yang dikehendaki:
--->Briged Izzudeen Al-Qassam --->KAMI TIDAK AKAN MENYERAH! ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Rashdin |
Posting pada: 22-12-08 20:33 |
Bulak_Lapok |
Posting pada: 22-12-08 21:40
MasyaAllah...berjihat lah wahai kaum muslimin dan muslimat..
sementara kita masih hidup... ----------------- |
Violet-8 |
Posting pada: 22-12-08 22:18
Ada saya terbaca laman web Arramah.com, rakyat Gaza, Palestin mula dah makan rumput kerana sekatan ekonomi. Malah ada yang terpaksa menjadi almari rumah mereka sebagai bahan api..
Selepas itu Persatuan Hak-Hak Asasi Afrika Selatan menyifatkan sekatan ekonomi ni lebih dasyhat dari tindakan apartheid yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kulit putih di sana. Kata persatuan tersebut, penduduk di Gaza kebanyakannya tidak tahu menahu apa yang terjadi diluar sana...Mereka terasing dari dunia luar.. P/S:Tertanya-tanya pula mana perginya OIC ni................... |
ummimq |
Posting pada: 22-12-08 23:11
MasyaAllah .... semoga Allah SWT memberi ketabahan dan kesabaran kepada rakyat Palestine. Hanya doa mampu dikirim. Semoga kita semua buatlah qunut nazilah terhadap zionis Israel.
WA |
Rashdin |
Posting pada: 23-12-08 00:09
Pada 22-12-08 22:18 , Violet-8 posting:
!!! QUOTE !!! Ada saya terbaca laman web Arramah.com, rakyat Gaza, Palestin mula dah makan rumput kerana sekatan ekonomi. Malah ada yang terpaksa menjadi almari rumah mereka sebagai bahan api.. OIC pemimpin dia kan suka tidur saja. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
broshahir |
Posting pada: 23-12-08 07:06
Kedaifan rakyat Palestin menjerut perasaan
Oleh W. RAHIMAH DRAMAN (yang berada di kem penempatan Palestin di Syria dan Lebanon baru-baru ini). PEPATAH Melayu menyebut, 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung' sebenarnya hanya sesuai bagi insan yang berkelana dan berhijrah untuk tujuan kelangsungan hidup secara pilihan. Namun, jika berkelana dan berhijrah kerana dipaksa atau dihalau keluar dari rumah kediaman di tanah air sendiri oleh penjajah, lain pula cerita dan kesannya. Hakikat di mana bumi dipijak, langit pasti terbentang untuk dijunjung tidak akan berubah, tetapi situasi dan implikasinya sangat berbeza. Itulah realiti hidup rakyat dan bangsa Palestin yang dihalau dan dipaksa keluar dari negara sendiri sejak rejim zionis Yahudi Israel mula menduduki dan menakluki bumi anbia Palestin sejak 1948 hingga hari ini. Memang bumi Allah ini luas dan manusia disuruh bertebaran untuk mencari rezeki kerana di mana sahaja telah tersedia rezeki bagi setiap makhluk yang sanggup berusaha mendapatkannya. Tetapi apalah erti bumi yang dipijak dan langit yang terpaksa dijunjung dengan rezeki yang ada di merata, jika hak dan kebebasan yang Allah berikan itu disekat oleh mereka yang berkuasa untuk menjajah. Sebab bagi rakyat, bangsa dan insan yang dihalau serta diusir secara paksa oleh penjajah, kesan emosi, spiritual, psikologi dan fizikalnya bukan sahaja terlalu sakit dan menyakitkan, tetapi terlalu pedih dan amat memilukan. Mungkin ia sukar diterima bagi insan yang hidupnya sentiasa dilimpahi kemewahan dan kenikmatan dalam suasana pesta-pestaan di negara yang aman dan makmur. Namun, itulah realiti yang terpaksa ditanggung dan dideritai oleh rakyat dan bangsa Palestin, terutamanya Muslim, sejak dihalau dari rumah kediaman di tanah air sendiri serta dibunuh dan diseksa jasmani, rohani dan psikologi oleh rejim zionis Israel hingga hari ini. Malah hak kebebasan hidup dan mencari serta mendapatkan rezeki yang Allah SWT sediakan untuk seluruh makhluk-Nya di muka bumi yang mereka diami juga tersekat. Tiada istilah dan peribahasa tepat untuk mereka yang hidupnya mungkin kais pagi untuk sarapan malam dan kais petang untuk mengalas perut pada tengah hari esok di bumi asing tanpa status kerakyatan mahupun identiti diri ini. Sejak dihalau rejim zionis Yahudi Israel, rakyat Palestin bertebaran di merata negara di muka bumi sekarang, tetapi hak mereka sebagai warganegara dinafikan. Malah hak kemanusiaan mereka pula bukan sahaja diragut secara kejam dan rakus oleh Israel yang telah membunuh, memusnah harta benda dimiliki dan menghalau mereka keluar dari bumi Palestin, tetapi diabai serta dipinggirkan oleh masyarakat dan kerajaan di mana mereka berkelana. Apa erti kenikmatan hidup jika satu keluarga yang mengandungi tidak kurang lima orang tinggal dalam sebuah 'rumah' bersaiz sekitar enam kaki lebar dan 12 kaki panjang dengan berkongsi ruang dapur serta tandas dengan beberapa keluarga lain pada kadar sewaan sehingga AS$200 (RM720) sebulan. "Kami tidak boleh memiliki apa yang harus dan perlu dimiliki oleh manusia lain walaupun berkelayakan. "Hak pendidikan, kesihatan dan kediaman yang menjadi perkara paling asas sebagai insan juga dinafikan," beritahu Jamaludeen Kamal yang bernaung di Syria bersama keluarganya sejak berusia 9 tahun lagi. Mesra dengan panggilan Abu Ammar, beliau dibawa oleh ibu bapanya membawa diri ke Syria setelah dihalau oleh askar Israel lebih 40 tahun lalu. Katanya, lebih satu juta rakyat Palestin berlindung dalam 25 buah kem penempatan yang disewa di negara yang subur dengan pertanian, Syria. Di sekitar Damsyik sahaja, kata salah seorang pemimpin kesatuan warga Palestin di Syria berusia 55 tahun itu, ada tujuh kem penempatan bangsanya yang dihalau keluar dari tanah air oleh rejim zionis Yahudi Israel sejak 1948 hingga kini. "Tujuh puluh peratus daripada satu juta bangsa kami di Syria berada di bawah paras kemiskinan," jelasnya sewaktu mengiringi rombongan Aman Palestin Malaysia mengunjungi kem penempatan atau mukhoyaam warga Palestin di Jaramanna dan Saidah Zainab di Damsyik, Syria, menjelang Hari Raya Aidiladha baru lalu. Menurut Abu Ammar, ada profesional Palestin berpeluang meneruskan kerjaya mereka dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan dan akademik di Syria, tetapi hanya beberapa orang sahaja. "Yang pasti semua rakyat Palestin yang dihalau dan dinafikan kerakyatan oleh rejim zionis Israel tidak diberi hak kerakyatan di negara yang kami menetap," jelasnya. Sebaliknya beritahu Abu Ammar lagi, mereka hanya hidup dengan dokumen khas sebagai pengenalan atau identiti diri sahaja. Sekali gus, menafikan semua hak termasuk peluang bekerja mengikut kelayakan dan kebolehan yang dimiliki, kecuali sebagai buruh kasar yang agak terhad dengan gaji yang amat rendah, tambahnya. Malah kehidupan rakyat Palestin di sekitar Damsyik kini semakin tertekan apabila kediaman yang mereka duduki sejak lebih 60 tahun lalu akan dirobohkan untuk memberi laluan bagi projek pembesaran jalan dan pembangunan. Dalam pada itu, kehidupan kira-kira 60 keluarga Palestin di penempatan atas puncak bukit di Zarout, kira-kira 40 kilometer dari bandar raya Beirut, Lebanon lebih naif. Kem ini mengandungi d ua buah bangunan dua tingkat yang hanya satu pertiga siap dan dibina sendiri mengguna ketulan batu-bata simen terbuang yang dipungut dari kawasan sekitar. T anpa sebarang kemudahan asas, mereka membina penempatan 'setinggan' untuk meneruskan kelangsungan hidup. Malah, sebahagiannya masih berlindung di 'bilik' yang berdindingkan plastik dan kepingan papan lapis serta beberapa ketulan batu bata simen terbuang dengan beratapkan zink terpakai sejak lebih 20 tahun lalu. Dengan pakaian yang seadanya, kanak-kanak mahu pun yang tua dan uzur meneruskan kelangsungan hidup walau perlu berkongsi bahang kehangatan daripada bakaran kertas dan sisa-sisa kayu setiap kali musim sejuk dan salji serta menadah air hujan sebagai sumber kehidupan. Jarang dilawati orang luar dan tidak mendapat perhatian masyarakat setempat, kunjungan rombongan Aman Palestin Malaysia bagi mengagihkan daging korban dan sedikit sumbangan derma kilat, menjadikan suasana pagi Hari Raya Korban dalam hujan renyai di penempatan atas bukit di Zarout ketika itu begitu sayu. Malah, dikatakan masih ramai yang tinggal di rumah beratapkan zink, berdinding plastik, kertas dan dan cebisan papan lapis di sekitar pinggir laut Mediterranean, di kota raya Beirut yang terkenal sebagai 'Paris Timur Tengah' itu. Berbeza dengan suasana sedikit ceria kalangan anak-anak yatim Palestin ketika diraikan oleh beberapa badan pertubuhan sukarela negara luar termasuk Aman Palestin Malaysia di salah sebuah pusat permainan kanak-kanak Kem Bir Hassan di barat laut Beirut. Tidak jauh dari kawasan tragis dalam tragedi penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin oleh tentera rejim zionis Israel di Kem Sabra dan Shatila (16-18 September 1982) di pinggir bandar Hamra di Beirut, keadaan di pusat permainan yang padat pengunjung ketika itu agak kelam kabut. Kerana jarang dirai sebegitu rupa, menyebabkan ada anak-anak yatim Palestin yang rata-rata berusia tiga hingga 17 tahun menangis kerana menerima 'hadiah' yang berbeza hasil sumbangan mereka yang prihatin. Sememangnya rakyat dan anak Palestin di bumi Lebanon dan Syria terutamanya, sangat memerlukan bantuan kita. Walaupun masih ada segelintir saudara kita yang miskin dalam kemakmuran di negara sendiri, namun kedaifan rakyat Palestin tanpa kerakyatan dengan peluang kerja terhad di kem- kem pelarian di negara asing jauh lebih menjerut perasaan. Sumbangan anda melalui badan sukarela untuk rakyat Palestin yang amanah dan ikhlas berbakti boleh menghidupkan harapan dan mengukuhkan akidah serta keimanan mereka dalam Tauhid Islami. Harus diingat, dalam, usaha rejim Israel menghapuskan bangsa Palestin di bumi sendiri, ada banyak organisasi kaum kafir yang bergerak untuk memberi 'nafas' baru kepada Muslim Palestin yang tertekan dengan pelbagai taktik. Ayuh hulurkan sumbangan mengikut kemampuan dan keikhlasan hati anda kerana setiap Muslim itu bersaudara dan mereka ada hak ke atas kita, sebelum ia dipersoalkan di neraca keadilan Allah SWT kelak. |
Wawa_83 |
Posting pada: 23-12-08 07:53
Ya ALLAH SWT .. Tolonglah saudara2ku d sana ... Aku mohon ya ALLAH SWT ..
Ya ALLAH, Sedih sangat Wawa tengok/baca berita ni .. macam yang Rashdin cakap, hanya doa yang mampu Wawa panjatkan untuk 'membantu' ... tapi .. ada ke cara lain?? ATTN: Laskar ALLAH, thank you 4 your 'reminder' my man. |
lailasuhaila |
Posting pada: 23-12-08 17:56
hanya doa yang mampu ku kirim kan...semoga Allah membalas perbuatan rejim zionis-israel yang kejam.......
|
lebai_y2k |
Posting pada: 23-12-08 18:09
bagi yang mampu,try lah pergi join jihad kat sana..tapi kalau balik Malaysia confirm masuk ISA...bukan nak mempolitikkan tapi itulah hakikatnya..
|
Laskar_Allah |
Posting pada: 23-12-08 20:45
Rentas artikel:
Nur Wahyu : at Taubah 40-41 Sunday, December 21, 2008 BismilLah, wal hamdulillah, wassolatu wassalamu ‘ala Saiyyidina Rasulillah wa ba’du ; Salam Islah buat pencinta perjuangan Islam sekalian, “Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negeriNya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” “Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (di sebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam), yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” - surah at Taubah : 40-41 JIKA KAMU ENGGAN Di dalam ayat ke 40 , Allah SWT telah memberikan penegasan bahawa jika tidak ada yang mahu menjadi penolong agama dan perjuangan Nabi SAW, maka Allah pasti akan menolong Rasulullah SWT dengan kekuatan dan qudrah yang tidak terlawan dan terbayang dek manusia. Di hujuang ayat ke 40, Allah telah memberikan janji dan kepastian kepada seluruh pejuang agama bahawa Allah pasti akan menjulang tinggi kalimah Allah yakni Islam dan Allah pasti akan mengalahkan seruan kufur dan syirik. Walaupun kemenangan itu lambat tiba, namun ia sesuatu yang pasti. Kebathilan itu tampak kuat namun ia tidak akan kekal. Kebenaran itu tampak lemah namun ia mendapat jaminan nusrah dan keteguhan dari Allah SWT. Dr Hamka telah menjelaskan juga bahawa ayat ke 40 ini adalah ayat yang jelas turun untuk menjelaskan kedudukan Saiyyiduna Abi Bakr rdh sebagai umat nombor satu di sisi Rasulullah SAW. Ayat ini juga menggambarkan betapa mendalamnya cinta dan kasih Abu Bakr terhadap Rasulullah SAW yang tergembar melalui keresahan dan kerisauan beliau terhadap keselamatan Rasulullah SAW sewaktu mereka berdua bersembunyi di dalam Gua Tsur sehingga terpaksa ditenangkan oleh Rasullah SAW serta diperteguhkan keyakinannya kepada pertolongan dan nusrah dari Allah SWT. WAJIB BERJUANG sama ada BERAT ATAU RINGAN Setelah Allah menegaskan pada ayat yang ke 40, bahwa meskipun kamu enggan menolong Rasulullah SAW dan para pejuang agama, Allah pasti akan menolongnya jua, Allah SWT dalam ayat berikutnya menjelaskan bahawa kita kita boleh menyerahkan saja kepada Allah untuk membela Nabi SAW dan menegakkan agama. Kita sendiri wajib berjuang melaksanakan perintah jihad sama ada ringan ataupun berat. Menurut Imam Mujahid maksud ringan ialah kaya dan maksud berat adalah miskin sedang al Hasan menafsirkan ringan dengan maksud muda dan berat sebagai tua. Zaid bin Ali dan al Hakam bin ‘Utbah pula memberi erti ringan ialah tidak banyak urusan yang merintangi dan berat adalah banyak urusan yang merintangi. Menurut Zaid bin Aslam, ringan ialah yang belum berkeluarga dan berat ialah yang telah banyak tanggungan keluarga. Menurut Ibnu Zaid pula, ringan ialah orang yang tidak mempunyai harta benda, berat ialah orang yang mempunyai banyak harta sehingga begitu payah dan susah untuk meninggalkannya. Ayat yang ke 41 juga menjelaskan juga bahawa wajib kita mengorbankan harta dan nyawa dalam menegakkan agama Allah. Allah juga memberikan jaminan bahawa orang yang mengorbankan harta dan nyawa pada jalan Allah telah melakukan satu tindakan yang tepat dan baik. Pengajaran ayat : * Allah SWT pasti akan memenangkan agamaNya walau kita tidak berjuang dan berjihad sekalipun. Maka kitalah yang akan beroleh kerugian disebabkan melepaskan peluang yang telah Allah berikan untuk mendapat pahala dan redha Allah melalui jihad, perjuangan dan pengorbanan harta dan nyawa. * Sedarlah bahawa tiada keringanan dan persoalan jihad dan perjuangan. Kecil, besar, tua , muda, kaya atau miskin dan siapa sahaja dari umat Muhammad, wajib bekerja dan berjuang menegakkan agama Allah SWT. * Setiap sen harta dan nyawa yang terkorban demi Islam akan mendapat nilai besar di sisi Allah. Posted by YUSSAINE YAHYA at 4:21 PM | jihadtegakislam.blogspot.com ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Violet-8 |
Posting pada: 23-12-08 22:59
Berjihad?? Masalahnya ramai umat Islam kat dunia ni dah ditimpa penyakit WAHAN......Penyakit ni dah merebak lebih dasyhat dari virus HIV, entah bila ada penawarnya....
|
pulu |
Posting pada: 24-12-08 00:20
Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun... Allaahuakbar! BOYCOTT adalah jalan terbaik dan berdoa diberi peluang dapat bergabung di garda depan Jihad fie sabilillah serbu yahudi!
|
Laskar_Allah |
Posting pada: 26-12-08 19:15
Serangan habis-habisan ke atas Gaza.
Contributed by gunxx on Friday, December 26 @ 07:19:25 MYT Topic: Berita Semasa Jumaat ,26/12/2008 -Ketua Tentera Rejim Zionis , Gabi Ashkenazi telah mengugut pada Khamis lepas akan mengerah seluruh kekuatan tentera bagi menyerang balas Gaza seperti yang di arahkan oleh kerajaan Israel . Beliau berkata serangan ini akan melibatkan kekuatan penuh ketenteraan ke atas fraksi pejuang Palestin di Gaza. Ashkenazi berkata tentera udara Israel turut telah bersiap sedia bagi melakukan serangan. Beliau turut menambah, situasi di Gaza tidak dapat bertahan lama kerana pejuang Palestin masih terus menyerang pendudukan Israel dengan roket buatan sendiri. PM Israel turut mengugut rakyat Palestin di Gaza agar menolak peraturan Hamas agar memberhentikan tembakan roket buatan sendiri. Note: sumber : http://www.imemc.org penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 26-12-08 19:17
Qassam : Awas Rejim Zionis , kami akan menyerang balas.
Contributed by gunxx on Friday, December 26 @ 07:55:49 MYT Topic: Berita Semasa Jumaat ,26/12/2008 -Fraksi Pejuang Palestin , Brigade al Qassam mengancam rejim Zionis akan memperluaskan wilayah serangan ke atas penempatan Israel di sekitar Jalur Gaza jika serangan Israel di teruskan. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan setelah menggempur wilayah Israel dengan puluhan roket Qassam dan Grad, Brigade al Qassam mengatakan "Apabila kebodohan Israel terus meningkat, maka akan mendorong kami meluaskan serangan ke atas ribuan orang Israel". Al Qassam menambah sejak Rabu lepas, para pejuangnya telah melancarkan serangan puluhan roket dan mortar ke atas pos pos kawalan dan penempatan Israel. Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 28-12-08 14:42
PAS kutuk Israel pengganas dunia, 229 terbunuh di Gaza
Harakahdaily Sun | Dec 28, 08 | 1:48:26 pm MYT KUALA LUMPUR, 28 Dis (Hrkh) - PAS hari ini mengutuk sekeras-kerasnya dan mengecam tindakan biadap Israel yang melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu melalui pesawat pejuang semalam, mengakibatkan kira-kira 229 terbunuh manakala lebih 300 lagi cedera. Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar berkata sikap zalim itu membuktikan bahawa Israel merupakan pengganas dunia yang sebenarnya dan bukan gerakan-gerakan Islam yang dilabel seumpamanya. "Kita merasa sedih dan kecewa apabila umat Islam yang tidak berdosa terbunuh dan selama 60 tahun konflik Palestin, tidak ada banyak yang berubah malah lebih banyak yang terkorban. "Ini satu kegagalan nyata dasar yang dilaksanakan oleh Bush dan Blair (Presiden Amerika dan bekas Perdana Menteri Britain) yang memberi keuntungan kepada Israel tetapi memusnah masa depan umat Islam Palestin malah negera-negara lain seperti Iraq dan Afganistan." tegas beliau ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi. PAS katanya mahu Persidangan Negara-negara Islam (OIC) bertindak segera malah bersatu mendepani 'musuh' utama yang perlu dihukum dan dilakukan tindakan drastik supaya nasib umat Islam dan penduduk Palestin terbela dan mencapaikan kemerdekaan sewajarnya. "Jangan OIC bersikap tunggu dan lihat sahaja. Jadikan ini sebagai kemuncak dan nokhtah bahawa kita tidak boleh diperkotak-katikkan dan kita beri pengajaran kepada mereka," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat. Semalam,pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza.Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain. Mangsa yang terkorban termasuk di bandar Gaza, Khan Younis dan Rafah, lapor Al- Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza. Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber. Sejurus selepas serangan itu, Hamas dan puak-puak Palestin lain mengisytiharkan, mereka telah mengarahkan pejuang masing-masing supaya menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu. "Semua pejuang diarah bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel," menurut kenyataan Hamas, Jihad Islam dan puak bersenjata lain yang dipetik daripada agensi berita. Tentera Israel mengesahkan mereka melancarkan serangan tersebut, yang menyusuli keputusan Kabinet keselamatan Perdana Menteri, Ehud Olmert untuk memperhebatkan tindakan balas ke atas pejuang Palestin yang melancarkan roket ke wilayah Israel. Israel sebelum ini memberi amaran akan melancarkan serangan ke atas kedudukan Hamas di Gaza berikutan tindakan pejuang Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel. Kira-kira 12 roket dan bom mortar dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza semalam. Tempoh gencatan senjata enam bulan antara kedua-dua pihak berakhir di Gaza minggu lepas. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 29-12-08 15:10
YAHUDI DENGAN ANGKUHNYA MEMULAKAN OPERASI MENJELANG HIJRAH 1430!!!
Rejim Zionis menyerang Universiti Islam Gaza. Contributed by gunxx on Monday, December 29 @ 08:20:07 MYT Topic: Berita Semasa Isnin,29/12/2008 - Tentera rejim Zionis terus menerus menyerang Jalur Gaza dengan mengebom Universiti Islam Gaza di bandar Gaza pada sebelah malam. Kamaleen Shaath, Ketua Universiti Gaza berkata tentera rejim Zionis tidak ragu-ragu mengebom mana-mana tempat termasuk masjid , hospital dan tempat2 awam yang lain. Dalam satu temubual menerusi telefon antara al Jazeera dan pensyarah universiti Gaza, Waleed al Mudallal, pihak universiti akan mengadakan 3 hari berkabung tanda protes terhadap serangan ganas rejim Zionis. Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 29-12-08 15:12
SEMOGA ALLAH S.W.T MELAKNAT PEMERINTAH MESIR YANG TERANG-TERANGAN MENJADI PEDANG PENYEMBELIHAN UMAT PALESTIN!!!
Mesir halang bantuan kemanusiaan ke Gaza. Contributed by gunxx on Monday, December 29 @ 08:40:49 MYT Topic: Berita Semasa Isnin,29/12/2008 -Pihak berkuasa Mesir melarang sebuah pesawat Libya yang membawa bantuan ke Gaza daripada melakukan pendaratan di Al Arish Airport di Mesir' Hannibal Al Gaddafi, anak lelaki Presiden Libya, Moammar Al Gaddafi, berkata dalam satu temubual telefon dengan al Jazeera yang berpusat di Qatar, Mesir bekerjasama dengan Israel dalam melakukan pengepungan di Gaza kerana bertindak melarang sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke sana melalui sempadannya. Hannibal menambah, Libya akan terus menghantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza walaupun ia akan bertukar menjadi 'misi maut' kerana berkemungkinan di bom rejim Zionis. Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 29-12-08 15:13
Angka kematian terkini 303 akibat serangan gila rejim Zionis bermula Sabtu.
Contributed by gunxx on Monday, December 29 @ 08:54:43 MYT Topic: Berita Semasa Isnin,29/12/2008 -Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di emenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk . Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya 1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius. Laman web berita Arabs48 melaporkan bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom satu bengkel tukang besi dan sebuah rumah dalam kawasan al Zeitoun di Gaza City, seorang lelaki dan seorang wanita maut. Di al Nusseirat, tentera rejim Zionis telah mengebom kenderaan dua Warga Palestin, sumber-sumber perubatan berkata. Saksi-saksi melaporkan beratus-ratus penduduk itu lari ke kawasan sempadan antara Gaza dan Mesir dalam satu percubaan untuk menyelamatkan diri tetapi pengawal sempadan Mesir telah menembak mereka, seorang anak terbunuh dan beberapa penduduk-penduduk lain cedera. Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
muhamad_azrul86 |
Posting pada: 29-12-08 15:14
ALLAH HU AKHBAR!!...
SEMANGKATKU SEMAKIN MEMBARA dengan KEKEJAMAN REZIM ZIONIS... MOGA DAPAT AKU PERJUANGKAN ISLAM SEBENARNYA... |
Laskar_Allah |
Posting pada: 29-12-08 16:08
FPI Buka Posko Jihad Ke Palestina
Posted : Ahad, 28-12-2008 | 19:52:11 WIB | muslimdaily.net FPI (Front Pembela Islam) bahkan berencana mengirim mujahidin ke Palestia pasca tragedi Sabtu 27 Desember dan membuka posko bagi mereka yang siap terjun ke sana. "FPI akan mengirimkan mujahidin ke Palestina, jika memungkinkan. Untuk sementara kami membuka posko pendaftaran mujahidin di Petamburan (markas FPI)," ujar Sekjen FPI Ahmad Sobri Lubis, pada acara Konferensi Pers Bombardemen Israel Terhadap Gaza Palestina, di Perguruan As-syafi'iyah, Tebet Jakarta Selatan, Minggu (28/12/2008). Sementara itu Sekjen Forum Umat Islam (FUI) dalam acara yang sama mengatakan FUI mengutuk keras tindakan yang dilakukan oleh Israel. Selain itu FUI juga meminta pemerintah mengambil sejumlah langkah. "FUI meminta pemerintah mengirim pasukan TNI ke jalur Gaza untuk membantu warga Palestina. FUI juga mendesak Departemen Luar Negeri mengirimkan nota protes ke PBB," ucap Muhammad Alkhaththath. Pimpinan perguruan As-syafiyah KH. Abdullah Assyafi'iah, mengatakan malam ini akan dilakukan penghimpunan dana pada acara tabligh akbar tahun baru Islam. Setelah dana tersebut terkumpul direncanakan akan disalurkan kepada lembaga kemanusiaan, Mer-C. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
shafiqah88 |
Posting pada: 29-12-08 17:26
Ya Allah, dosa2 kita yang telah mmbuatkan saudara kita disana terseksa...
baca qunut nazilah untuk keselamatan dan keamanan mereka.. ----------------- chayo! |
diella |
Posting pada: 29-12-08 20:19 |
affenry |
Posting pada: 29-12-08 22:59
salam.......
Kenapa ye boleh jadi begitu???? saya macam pelik pula. bukan nak salahkan sesiapa. tapi fikir secara logik lah negara kita merupakan negara OIC yang diwar-warkan sebagai negara islam. pemimpin-pemimpin kita lantang bersuara di dewan parlimen menghentam antara satu sama lain. tapi Kenapa bila isu palestin, tiada siapa pun yang bsuara??? Kenapa??????? jawapan pilihan: a-pemimpin bersandiwara b-pemimpin hanya mengikut telunjuk c-pemimpin berkepentingan peribadi d-pemimpin tak tau nak buat apa e-pemimpin beragam selain dr agama islam |
ibnutuki |
Posting pada: 30-12-08 03:23
Pada 29-12-08 22:59 , affenry posting:
!!! QUOTE !!! salam....... semua jawapan tersebut betul sangat.... kita seharusnya berjihad sehingga yang termampu wang, tenaga kudrat, bank pengguna (banned produk israel & sekutunya), doa.... igtlah, setiap muslim itu bersaudara "tidak sempurna iman sseorang melainkan ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencitai dirinya sendiri" p/s: jihad guna jiwa raga maybe banyak kekangan, jadi lakukan apa yang termampu. sdekah & bantuan boleh disalurkan kepada NGO2 terbabit seperti amanmalaysia, amanpalestin, PACE & sebagainya |
ghazi |
Posting pada: 30-12-08 06:45
Salam
Marilah bersama-sama menghadirkan diri ke Masjid Tabung Haji pada HARI INI (30 Disember 2008) untuk turut serta dalam demonstrasi membantah kekejaman Zionis, membantah sokongan Amerika terhadap Israel, dan juga menunjukkan solidariti kita terhadap umat Islam di Gaza. Ketepikanlah segala perselisihan dan perbezaan fahaman politik, marilah kita bersama berarak menunjukkan keazaman kita terhadap perjuangan umat Islam di Palestin... Ayuh! |
hid_uniten |
Posting pada: 30-12-08 09:41
semoga mereka sts tabah dan bjuang di jalan Allah..
bagaimana ya bacaan qunut nazilah tu ya? apa maksudnya.. |
Violet-8 |
Posting pada: 30-12-08 09:54
Salam,
Palestin sekarang ni tidak perlukan demonstrasi, tetapi perlukan jihad dan pembelaan dari umat Islam lain. Di sana, mereka telah mengalami sekatan ekonomi yang teruk dan serangan besar-besaran oleh Israel menambahkan lagi penderitaan saudara kita di sana. Kalau setakat demonstrasi tidak mampu juga meleraikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Palestin di sana... Di sana mereka telah kehabisan ubat-ubatan, makanan, gas dan bank disana ditutup kerana ketiadaan wang. Sehingga nelayan pun tidak mahu lagi turun ke laut untuk menangkap ikan kerana kekurangan sumber elektrik peti ais untuk menyimpan stok ikan.. Dengar kata FPI (Front Pembela Islam)di Indonesia tengah membuka pendaftaran sesiapa yang ingin berjihad di sana... |
zulman |
Posting pada: 30-12-08 10:11
ni bukan berita terkini..ni berita ulangan...
nothing new ....apa yang boleh buat..no action than word ..itu sahaja.... ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah. |
shafiqah88 |
Posting pada: 30-12-08 13:15
the latest one ~syuhada', 350 injured.. doakan mereka.. kalau semua ahli ukhwah.com doakan, tkkn tak ada satu doa pun termakbul...
|
muslimah83 |
Posting pada: 30-12-08 13:27
Isu Palestin noktanya hanya ALLAH yang tahu..mybe higga kiamat pun tak selesai juga agaknya...sebab orang-orang israil yahudi pengkianat....sehingga wanita palestin pernah berkata mereka tetap akan melahirkan..mujahid ALLAh yang akan membela agama & negara mereka.Allahu'alam.
|
ghazi |
Posting pada: 30-12-08 13:59
Pemimpin Arab dan kaum Muslimin kesemuanya telah mengkhianati umat Islam di Gaza. Marilah bersama berusaha menegakkan khilafah dan meruntuhkan kejahilan... Semoga Allah menyelamatkan kita semua melalui naungan khilafah ke atas seluruh umat Islam.
Imam itu adalah perisai... (mafhum hadis)... Apa yang kita perlukan sekarang ialah political unity. Kesedaran dan simpati terhadap umat Islam di Palestin seharusnya diterjemahkan dalam tindakan yang membumi. Ya, memang benar, bantuan kewangan, perubatan, dan sokongan moral itu sememangnya diperlukan. Namun usaha-usaha sebegini bukanlah penyelesaian tuntas terhadap penderitaan mereka. Kita memerlukan khilafah untuk kembali membela maruah dan nasib umat Islam. Ya, memang benar, usaha pembentukan akhlak dan peribadi Muslim itu penting. Namun perjuangan menegakkan khilafah itu juga tidak kurang pentingnya. Kerana khilafah adalah kewajipan yang tertanggung di bahu kita semua... Ya, memang benar jihad itu akan berlangsung sehingga ke hari kiamat. Itu janji Allah melalui Rasul-Nya (saw). Namun, dengan kekuatan kumpulan-kumpulan jihad semata tidak akan mampu menewaskan rejim Zionis yang mendapat dokongan US. Sebaliknya kita memerlukan khilafah yang mana kekuatannya akan mampu menyaingi kuasa ketenteraan Zionis dan sekutunya... Khilafah is a vital issue. It is a matter of life or death in Islam. Wallahu'alam... |
ghazi |
Posting pada: 30-12-08 14:01
Kita marah kepada sikap apathy di kalangan umat Islam, kita perlekeh sumbangan-sumbangan orang terhadap umat Islam di Palestin, tapi adakah kita pernah bertanya kepada diri kita sendiri, "Apa yang telah aku sumbangkan?"
Sedarlah insan... |
muslimah83 |
Posting pada: 30-12-08 14:02
Apapun...kita tetap tadahkan tangan doakan kesejaahteraan mereka...semoga mereka kuat menghadapinya..
|
Laskar_Allah |
Posting pada: 30-12-08 17:49
Angka kematian terkini , 345. Rumah PM Palestin hampir dibom.
Contributed by gunxx on Tuesday, December 30 @ 07:00:47 MYT Topic: Berita Semasa Selasa ,30/12/2008 -Sumber-sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan petang Isnin lalu, empat rakyat Palestin, termasuk seorang pemimpin Al Quds Brigades, sayap bersenjata Islam Jihad, telah terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. Jumlah maut terkini di Gaza adalah 345, manakala lebih daripada 1650 telah tercedera. Sumber-sumber itu berkata yang Ziad Abu Teir, anggota Al Quds Brigades, dan tiga warga Palestin lain telah terbunuh apabila rejim Zionis mengebom bandar Abasan , timur Khan Younis. Lima penduduk, ahli-ahli keluarga yang sama tercedera. Pada pagi Isnin lalu , tentera rejim Zionis telah mengebom sebuah rumah berhampiran rumah Ismail Haniyya, Perdana Menteri kerajaan Hamas . Juga pada hari Isnin, tentera rejim Zionis itu mengebom Kementerian Dalaman di Gaza, dan Islam University. Note: sumber : http://www.imemc.org penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 30-12-08 17:50
Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin.
Contributed by gunxx on Tuesday, December 30 @ 07:36:27 MYT Topic: Berita Semasa Serangan udara Israel yang berterusan dalam masa dua hari telah mengakibatkan beratus-ratus orang Palestin cuba melarikan diri dari Gaza ke Mesir pada pagi Isnin dengan menyerbu lintasan sempadan tertutup beramai-ramai. Laporan sumber-sumber tempatan, beratus2 warga Palestin telah membanjiri pihak berkuasa Mesir yang ditempatkan di lintasan sempadan Mesir. Pihak berkuasa Mesir menyokong tindakan rejim Zionis melakukan pengepungan pada Gaza dan kebuluran penduduk Palestin lebih dua tahun lepas, dan Mesir masih enggan membuka sempadan antara Gaza dan Mesir (satu-satunya laluan selain laluan melalui pemeriksaan rejim Zionis) Pihak rejim Zionis menghalang import ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada Gaza dua tahun lepas, meninggalkan semua pihak hospital Gaza tidak bersedia untuk menangani jumlah pesakit yang ramai. Note: sumber : http://www.imemc.org penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 30-12-08 17:52
Terkini Serangan Rejim Zionis di Gaza. 360 kematian dicatatkan.
Contributed by gunxx on Tuesday, December 30 @ 13:16:47 MYT Topic: Berita Semasa Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera . Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza. Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin. TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia. Note: sumber : http://www.imemc.org penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 30-12-08 17:54
Wajah wajah Gaza setelah hampir 4 hari di serang rejim Zionis.
Contributed by gunxx on Tuesday, December 30 @ 13:34:54 MYT Topic: Analisis Note: sumber gambar : http://jamna.blogspot.com/ ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 30-12-08 17:55
Bot "Dignity" akan bertolak dari Cyprus ke Gaza petang ini.
Contributed by gunxx on Tuesday, December 30 @ 15:45:11 MYT Topic: Berita Semasa Selasa ,30/12/2008 -Kempen antarabangsa Palestin bagi membatalkan kepungan di Gaza pada hari Isnin lalu berkata bot "Dignity" akan belayar dari Cyprus ke Gaza petang ini dengan membawa para doktor dan bekalan perubatan. Gerakan Pembebasan Gaza yang menganjurkan pelayaran bot laut itu ke Gaza akan menghantar para aktivis hak asasi manusia bersama dengan tiga tan ubat dan peralatan perubatan yang diderma oleh rakyat Cyprus. Para doktor yang tiba itu akan segera mengetuai hospital-hospital Gaza bagi membantu dalam merawat mangsa yang cedera ketika serangan udara tentera Israel, kata jurucakap kempen itu. Note: sumber : http://www.imemc.org penterjemah : hijjaz79 ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
kakisamun |
Posting pada: 30-12-08 18:02
.. Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim.. amin..
|
Laskar_Allah |
Posting pada: 30-12-08 18:18
500 sertai himpunan bantah kekejaman Israel ke atas Palestin
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir/ Wan Zahari itu | Dec 30, 08 | 1:45:47 pm MYT KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi. Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji. Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan. Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia.Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir. Tepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan. Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku. Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin. Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin. Tindakan biadap Israel itu dikecam keras dan seluruh masyarakat dunia kini turut membantah keras kekejaman Israel itu. Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin, katanya. Serangan tidak beradap ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya. Justeru rakyat Malaysia meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza. Sementara itu, Naib Presiden PAS yang bercakap selepas penyerahan memorandum menyifatkan Israel kini menjadikan Gaza seperti sebuah penjara yang memuatkan 1.6 juta penduduk Palestin. Gaza di kepung sejak serangan bermula Sabtu lalu tanpa sebarang bantuan boleh dibenarkan masuk ke sana, katanya. Namun pertubuhan-pertubuhan neghara bangsa dan umat Islam di dunia ini tidak pun bertindak bagi menekan Israel menghentikan tindakan biadap itu, katanya. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
muhamad_azrul86 |
Posting pada: 30-12-08 20:26
ALHAMDULILLAH DAPAT JUGAK SERTAI DEMO BANTAHAN ini....
SEMANGAT JIHAD KU SEMAKIN MEMBARA... AYUH SYABAB...KITA BERJUANG HABIS-HABISAN... JANGAN LEKA LAGI...TAKBIR!!! |
erwina |
Posting pada: 30-12-08 20:29 |
muhamad_azrul86 |
Posting pada: 30-12-08 20:52 |
maestra_dila |
Posting pada: 30-12-08 22:10
mudah2han penderitaan rakyat palestin akan berakhir.. mudah2han Allah memberikan azab kepada mereka-mereka yang melakukan kezaliman.. tak sanggup diri melihat mereka diperlakukan sedemikian.. anak-anak kecil yang tak berdosa jadi mangsa.. bertambah sayu melihat anak-anak kecil menangis hiba kehilangan insan tercinta..
|
shafiqah88 |
Posting pada: 30-12-08 22:19
ye buka mata besar-besar.. bangun berjuang!!!
taqarrub diri lagi pada Allah supaya allah kabulkn doa kita untuk saudara kita... |
Laskar_Allah |
Posting pada: 30-12-08 23:23
Qunut Nazilah:
Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
syemarly |
Posting pada: 30-12-08 23:36 |
shafiqah88 |
Posting pada: 31-12-08 00:00
hmm lubang yang pergi mesir tu pun dah kena tutup.. memang kena kepung habis ni... pesawat libya kata nya pun nak hantar bantuan, tak boleh...
|
niza_ati |
Posting pada: 31-12-08 00:41
semoga mereka terus tabah & sama-sama kita doakan moga cepat berlalu & mendapat bantuan
----------------- cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku |
iQbaL86 |
Posting pada: 31-12-08 00:46 |
kakisamun |
Posting pada: 31-12-08 00:47
Pada 31-12-08 00:41 , niza_ati posting:
!!! QUOTE !!! semoga mereka terus tabah & sama-sama kita doakan moga cepat berlalu & mendapat bantuan .. amin.. kapal untuk menghantar ubat2an dan bantuan kemanusian pun diserang oleh tentera yahudi di perairan antarabangsa.. Amerika seperti biasa menyalahkan Hamas kerana tidak mengikut genjatan senjata yang telah dipersetujui(kononya) dan menyuruh Hamas menghentikan serangan ke arah penempatan yahudi.. Amerika juga tidak memberi komen tentang pencerobohan peluru2 ke semenanjung Gaza.. begitu juga di pihak Republik Chech yang bakal menerajui kesatuan eropah pada 2009 turut meyalahkan Hamas kerana menyerang penempatan yahudi.. di pihak zionist pula mereka sekadar ingin mencari pengganas(Hamas) yang berselindung di sebalik org awam dan dengan alasan itu mereka menghalalkan peluru2 mereka untuk membedil kawasan org awam.. sebaliknya Hamas dianggap pengganas kerana membedil rakyat yahudi.. |
sirat82 |
Posting pada: 31-12-08 00:54
Aku nak pergi berperang tak mampu. Tapi nak kasi duit untuk bantu orang yang berperang di sana mampu. So? Jom pakat berperang pakai duit kita!!
ps:- err.. mana entah link nak kasi derma ini... |
Laskar_Allah |
Posting pada: 31-12-08 01:01
Ini diaaa:
--->http://amanpalestin.org/ ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
kakisamun |
Posting pada: 31-12-08 01:03 |
fikrul_mustanir |
Posting pada: 31-12-08 01:16
“Mereka (kaum muslimin) mendiami wilayah yang luas dan sumber daya alam yang kaya. Mereka mendominasi lalu lintas perjalanan dunia. Tanah mereka adalah pusat peradaban dan agama. Mereka memiliki satu keyakinan, satu bahasa, satu sejarah dan satu aspirasi. Tidak ada batas alam yang mampu memisahkan mereka, satu dari lainnya..kalau saja, bangsa mereka boleh disatukan dalam sebuah negara, ia akan menggenggam nasib dunia dan memisahkan Eropa dari belahan dunia lainnya. Mengingat betapa pentingnya masalah ini, entiti asing perlu ditancapkan di jantung mereka agar mereka tidak akan pernah boleh bersatu dan menghabiskan tenaga mereka dalam peperangan yang tidak berkesudahan. Entiti itu juga boleh menjadi alat bagi Barat untuk mendapatkan apa yang sangat dia idam-idamkan.” (Perdana Menteri Henry Bannerman dalam Laporan Campbell-Bannerman terbit di tahun 1907)
|
sirat82 |
Posting pada: 31-12-08 01:37
Pada 31-12-08 01:01 , Laskar_Allah posting:
!!! QUOTE !!! Ini diaaa: ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman |
shafiqah88 |
Posting pada: 31-12-08 01:42
haaa selain amal palestin, saya tak prcaye dengan mana-mana tabung untuk palestin yang lain.. takut tak sampai.. mereka buat entah apa-apa, kita yang tempah saham.. ish3,,,
|
ghazi |
Posting pada: 31-12-08 07:38
Salam
Kita bantu semampu mungkin... Mudah-mudahan Allah membantu kita dengan memberikan kemenangan ke atas musuh Allah Yahudia Zionis dan sekutunya... Besar dosa pemimpin-pemimpin Arab dan Islam kerana membiarkan penduduk Gaza menderita & tertindas. Wahai kaum Muslimin, Gaza menuntut haknya ke atasmu! |
sayatetapsaya |
Posting pada: 31-12-08 08:13 kita, umat islam ini..terlalu banyak dipupukkan dengan budaya hedonisme..sehingga ramai di antara kita lebih mementingkan kegembiraan (yang mengikut nafsu) berbanding dengan persaudaraan antara kita umat Islam di seluruh dunia..sudahnya, berita seperti ini dianggap sebagai picisan dan berita sampingan semata²..jika ia menjadi berita utama pun, kita hanya sekadar bersedih untuk seketika..kemudian lalai lagi dan leka.. seharusnya diperbanyak lagi berita seperti ini..moga kesedaran mula timbul bahawa Islam semakin diasak ketepi oleh musuh Allah...dan kesedaran itu dinatijahkan dengan tindakan untuk menguatkan lagi Islam, menolaknya semula ke tengah..menghapuskan segala yang menghalang pergerakannya..dan menjadi yang tertinggi di antara semua.. Islam ya'lu wala yu'lah 'alaih.. ALLAHU AKBAR!! bersabarlah wahai saudaraku di Palestin..!! |
lemochi_adachi |
Posting pada: 31-12-08 11:34
Seorang terbunuh serangan terbaru Israel
GAZA: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, membabitkan seorang doktor dalam siri serangan udara terbaru Israel di Semenanjung Gaza, awal pagi ini. Pasukan perubatan berkata, beberapa serangan udara dan tembakan darat dari sebuah kapal perang di pesisir teluk Israel ditujukan ke arah bangunan kerajaan, yang sebahagiannya sudah musnah dalam serangan sama beberapa hari lalu. Antara bangunan yang musnah ialah Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri. Sebuah rumah yang menempatkan pelarian Jabalia juga dibom, mengakibatkan doktor terbabit maut manakala beberapa lagi cedera. - AFP |
Laskar_Allah |
Posting pada: 31-12-08 17:55
Terbaru : 200 pemuda Palestin telah diculik.
Contributed by gunxx on Tuesday, December 30 @ 23:51:36 MYT Topic: Berita Semasa Rabu ,31/12/2008 -Sumber-sumber rejim Zionis melaporkan pada hari Selasa bahawa tentera rejim Zionis telah menculik sekurang-kurangnya 200 lelaki muda Penduduk Palestin daripada beberapa bahagian bandar raya Baitulmuqaddis sepanjang tempoh masa empat hari serangan bermula Sabtu lalu..membunuh lebih 363 rakyat Palestin. Akhbar Israel Yedot-Ahranot, mereka yang dilarikan adalah dari bandar lama Baitulmuqaddis , Shaofat Refugee Camp, dan kawasan Al Toor . Menurut akhbar tersebut , penangkapan dibuat kerana belia-belia tersebut membantah serangan-serangan rejim Zionis di Gaza yang setakat ini telah Note: sumber : http://www.imemc.org penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 31-12-08 17:58
GUNTING DALAM LIPATAN!
Terkini : Mahmoud Abbas sudah tahu tarikh sebenar serangan rejim Zionis ? Contributed by gunxx on Wednesday, December 31 @ 00:30:52 MYT Topic: Berita Semasa Rabu ,31/12/2008 -Pengerusi PA Mahmoud Abbas telah mengarahkan pegawai-pegawainya di Ramallah satu hari selepas serangan udara terbesar rejim Zionis ke arah Semenanjung Gaza untuk membentuk satu kumpulan pengganti menteri dalaman dan komander-komander keselamatan bagi pesiapan mengambil alih hal ehwal Gaza apabila Hamas digulingkan, satu laporan rahsia diperolehi oleh PIC. Ia menambah bahawa Abbas, yang sekarang ini berada di Kaherah dan dalam perjalanan ke Arab Saudi, beliau akan menyelaraskan pendirian bersama Mesir untuk berkonfrontasi sebarang perubahan di Gaza ekoran operasi ketenteraan rejim Zionis.. Sementara itu, MP Hamas , Mushir Al-Masri menuduh Abbas sebenarnya telah mengetahui sejak dari awal tarikh sebenar serangan rejim Zionis yang bermula Sabtu lalu. Beliau menambah bahawa maklumat itu bukan lagi rahsia . Abbas awal-awal lagi telah meninggalkan tanah Palestin untuk Arab Saudi dan tidak lama selepas itu , serangan oleh rejim Zionis secara besar-besaran telah dilancarkan ke Gaza. Note: sumber : http://www.imemc.org penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 31-12-08 17:59
Terkini : Kubu Hamas musnah dalam serangan udara terbaru pagi tadi.
Contributed by gunxx on Wednesday, December 31 @ 00:35:21 MYT Topic: Berita Semasa Rabu ,31/12/2008 -Beberapa kapal terbang rejim Zionis telah melancarkan beberapa serangan udara di semenanjung Gaza. Serangan tersebut telah mencederakan 3 rakyat Palestin termasuk seorang cedera parah. Beberapa saksi telah memberitahu bahawa serangan berlaku awal pagi di mana telah memusnahkan stesyen polis pihak Hamas dan beberapa bangunan lain. Serangan tersebut juga telah memusnakan bengkel-bengkel di tengah pekan Gaza termasuk kubu-kubu Hamas di utara Beit Lahiya. Kubu Hamas berdekatan Beit Hanoun juga turut musnah. Serangan susulan udara tersebut berlaku selepas rejim Zionis memusnahkan kubu ke tiga Hamas di Selatan Semenanjung Gaza Note: sumber : http://www.imemc.org penterjemah : mannn_26 ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 31-12-08 18:01
Terkini : Bot "Dignity" diserang tentera laut rejim Zionis !
Contributed by gunxx on Wednesday, December 31 @ 01:20:41 MYT Topic: Berita Semasa Rabu ,31/12/2008 -Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi. Jurucakap media berkata , beliau telah berhubungan dengan penumpang bot yang terdiri dari seorang bekas ahli kongres US dan seorang Ahli Parlimen Cyprian , tetapi sejurus sebelum hubungan telefon bimbit terputus , tembak-menembak jelas kendengaran . Tiada siapa dilaporkan tercedera pada masa itu pada masa terputus hubungan telefon namun selepas itu tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang kecederaan atau tidak, Dalam satu siaran akhbar, pergerakan Free Gaza menyatakan, “Bertentangan dengan undang-undang laut antarabangsa, tentera laut rejim Zionis menghalang bot Dignity daripada menghampiri Gaza atau mencari perlindungan sama ada di Mesir atau Lubnan. Note: sumber : http://www.imemc.org penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 31-12-08 18:04
Penganalisis Israel: Hamas akan bertindak lebih agresif.
Contributed by gunxx on Wednesday, December 31 @ 16:25:22 MYT Topic: Berita Semasa Rabu ,31/12/2008 -Para penganalisis Israel menegaskan bahawa perang yang dilakukan oleh militan Israel ke Gaza memasuki fasa sukar. Mereka menegaskan bahawa pukulan keras pertama dan mengejutkan oleh Israel sudah selesai. Kejayaan militan yang mengundang rasa kagum sudah mulai menurun dan musuh (pejuang Palestin) mulai bangkit dan berkobar, merujuk serangan roket Al-Qassam semalam. Penganalisis politik Israel di akhbar Haaretz Israel, Alov Ben menyebutkan bahawa konflik antara elit Israel berkenaan sama ada perang akan dilanjutkan atau dihentikan sudah mulai kedengaran. Beliau menyatakan, Israel sebelumnya ingin melanjutkan perangnya sehingga menguburkan Hamas. Namun bekalan yang sudah disiapkan sebelum perang sudah mulai kehabisan. Alov menunjukkan beberapa laporan media membuktikan bahawa perbezaan elit Israel itu seharusnya menjadi isyarat pentingnya mengambil pelajaran dari perang Lebanon tahun 2006. Beliau menyatakan bahawa ada kaitan yang rapat antara perang Israel kali ini dengan pilihanraya umum Israel tahun hadapan. Note: sumber : COMES penterjemah : osman ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 31-12-08 18:27
Malam Intifadhah Palestin
Saidah Hairan Wed | Dec 31, 08 | 4:05:49 pm MYT KUALA LUMPUR, 31 Dis (Hrkh) - Atas kesedaran dan keinsafan terhadap keganasan dan kekejaman zionis Israel membunuh rakyat Palestin MuslimCare dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) menganjurkan malam Intifadhah Palestin dan Kutipan Dana 1 Juta untuk Gaza. Malam Intifadhah Palestin itu akan diadakan pada Jumaat malam Sabtu 2 Januari bermula jam 8.30 malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam (belakang Hotel Bluewave). Pemidato Khas pada malam itu Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abd Samad; Dr Hafidzi Mohd Nor dari Palastine Center of Excellence (Pace) dan moderator, Dr Azhar Yaakob. Artis Muadz dan Fazs turut mengambil peluang mempersembahkan nasyid Intifadhah. Manakala khutbah khas Palestin akan berkumandang di seluruh Masjid di Negeri Selangor pada hari tersebut. Sumbangan amat dialu-alukan bagi meringankan penderitaan dan bebanan rakyat Palestin. Segala pertanyaan hubungi ahli Majlis MBSA merangkap Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron 019-2140240; Timbalan Pengerusi MuslimCare merangkap ahli PBT, Zulkifli Mohd Nani 019-.2401615 ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
dmz |
Posting pada: 31-12-08 18:58
Memang kasihan tengok mereka ni...tapi apa nak buat selain dari berdoa...atau mungkin kita boleh sama-sama berkongsi kata-kata dengan majoriti negara2 arab dengan kata-kata "OOOOO.....I SEE........"
----------------- http://studiouniversiti.blogspot.com/ |
lemochi_adachi |
Posting pada: 31-12-08 19:26
Israel kejam dirasuk hantu
REJIM Yahudi melakukan kekejaman lagi. Mereka kini bagaikan dirasuk hantu dengan membedil penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Alasan diberikan pemimpin Yahudi ialah menjaga kepentingan rakyatnya. Alasan diberikan penzalim itu ialah menentang atau menangkis roket Hamas. Rejim Yahudi bersikap tidak malu dan memekakkan telinga terhadap desakan dunia supaya mereka menghentikan keganasan di semenanjung itu. Tindakan kejam itu dilakukan beberapa hari sebelum tahun baru kalendar Islam. Kekejaman sebelum hijrah dilakukan dengan sifat tidak berhati perut. Itulah sikap Yahudi sejak dulu lagi. Sewaktu kereta kebal dan meriam Israel berkumpul di sempadan Gaza sebagai persiapan melancarkan serangan darat, pesawat perang melancarkan puluhan serangan di wilayah padat dengan penduduk di wilayah itu. Jet-jet pejuang Israel mengebom kedudukan Hamas di Genting Gaza menyebabkan lebih 370 orang terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak. Pasukan Darat Israel pula bersedia memburaikan perut rakyat Palestin yang tidak berdosa – penduduk awam. Antara mangsa terkorban awal ialah empat kanak-kanak perempuan berusia antara setahun hingga 12 tahun daripada sebuah keluarga. Kejadian ini amat menyayat hati apatah lagi memikirkan usia mereka terlalu muda mengetahui peperangan dan letupan bom. Mereka terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah masjid dekat rumah mereka di pekan Jabaliya, utara Gaza, manakala dua budak lelaki terbunuh dalam satu serangan di bandar Rafah, selatan wilayah ini. Mengikut laporan agensi peringkat awal, jet-jet pejuang Israel menyasarkan rumah Komander Kanan sayap bersenjata Hamas, Briged Izz el-Deen al-Qassam, Maher Zaqout, tetapi beliau terselamat kerana tidak berada di rumah itu ketika serangan berkenaan. Operasi ‘Cast Lead’ tentera Israel dilancarkan Sabtu lalu telah membunuh 370 rakyat Palestin termasuk puluhan penduduk awam dan mencederakan lebih 1,400 lagi, menurut pasukan perubatan Gaza. Serangan gila Israel itu bolehlah dilihat sebagai usaha baru menghancurkan umat Islam dengan alasan tertentu mereka. Kegilaan ini sudah tentu semakin menjadi-jadi berikutan 'kekalahan moral' mereka sebelum ini kepada pejuang Hizbullah pada 2006. Dalam pada itu, agensi melaporkan pemimpin Hizbullah di Lebanon, Sayyed Hassan Nasrallah berkata, beliau meletakkan pejuangnya dalam keadaan bersiap sedia terhadap kemungkinan Israel menyerang Lebanon selepas rejim Yahudi itu menyerang Genting Gaza tiga hari berturut-turut. Hassan memberitahu perhimpunan agama di selatan Beirut pada Isnin, serangan Israel ke atas Gaza tidak ubah seperti serangannya ke atas Lebanon semasa perang 34 hari dengan Hizbullah pada 2006. Di Indonesia, kumpulan militan Islamnya merancang menghantar 1,000 orang sukarelawan untuk mempertahankan Semenanjung Gaza. “Anggota rekrut mestilah yang benar-benar mempunyai tahap kesihatan fizikal terbaik dengan semangat perjuangan tinggi dan sedia untuk mati,” kata Setiausaha Agung Barisan Pembebasan Islam, Soebri Lubis. Ketika Israel meneruskan kegilaan mereka, beberapa kerajaan dan pertubuhan dunia terutama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta rejim zionis menghentikan segera tindakan kejam berkenaan. Tetapi segala permintaan itu hanyalah 'lips service' saja kerana rejim Zionis terus berani kerana dijaga oleh penjaga utama mereka Amerika Syarikat. Ini tidak terkecuali dengan kenyataan Presiden baru Amerika, Barack Obama, yang turut 'menyalahkan' kumpulan Hamas. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengulangi gesaannya supaya keganasan itu dihentikan segera dan mendesak Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah yang mengalami sekatan sejak Hamas menguasai wilayah itu pada Jun 2007. Hamas pula membidas masyarakat antarabangsa kerana tidak mengambil tindakan tegas menghentikan keganasan Israel itu. “Israel melakukan holocaust, sementara dunia hanya memerhati dan tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum. Dalam pada itu, pemimpin dunia dan Malaysia terus mengutuk serangan Israel di Genting Gaza. Bagi Kuala Lumpur, mereka mahu masyarakat dunia “bertindak secara bersekutu, kuatkan keazaman dan ada keberanian politik”. Nota diplomatik itu diserahkan Wisma Putra kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon, Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu dan Setiausaha Luar Amerika Syarikat, Condoleezza Rice. Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, memberitahu wartawan RTM bahawa Kuala Lumpur pada Mesyuarat Khas Eksekutif OIC di Jeddah, 3 Januari ini mahu OIC dan dunia Islam saling bersatu menentang Zionis. Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, pula berpandangan pengeboman dan serangan Israel itu mesti dihentikan kerana membabitkan nyawa rakyat tidak berdosa. Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar berkata, apa dibimbangkan serangan bakal mencetuskan konflik baru Asia Barat, sekali gus memberi kesan kepada harga minyak dan menyebabkan krisis kewangan bertambah parah. Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyifatkan apa yang berlaku di Genting Gaza sebagai satu ironi kerana serangan dan pembunuhan penduduk Palestin dilakukan di ambang umat Islam menyambut ketibaan Maal Hijrah. Naib Perdana Menteri China, Li Kegiang turut mengecam serangan Israel itu. Menurutnya, China terkejut dan sangat khuatir dengan operasi ketenteraan di Genting Gaza yang mengorbankan banyak jiwa dan ramai cedera. Selain itu, di beberapa bandar utama di dunia mengadakan demonstrasi kelmarin memprotes serangan udara Israel ke atas Genting Gaza itu. Seruan sama turut dibuat Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov yang telah berhubung dengan rakan sejawatannya di Israel, Tzipi Livni. Diplomat tertinggi Itali dan Sepanyol, Franco Frattini dan Miguel Angel Moratinos turut bercakap melalui telefon dengan Livni yang mengatakan “Israel akan cuba mengehadkan kesengsaraan penduduk Gaza. Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dalam perbualan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas juga menyatakan kebimbangan mengenai keganasan di rantau itu dan kedua-dua pihak perlu menghentikan serangan. Di sekitar Eropah, polis Denmark telah menahan seorang lelaki dalam protes di Copenhagen selepas dia membaling molotov cocktail ke arah polis. Di Paris, kira-kira 200 orang berkumpul di Champs Elysees, sementara di daerah Barbes, utara Perancis, 1,300 orang menyertai protes anti-Israel. Kesimpulannya Israel seperti biasa akan bermaharajalela dan bertindak zalim mengikut masa mereka untuk membunuh siapa saja sama ada penduduk Palestin atau penduduk Lebanon. Bagaimanapun, dunia menonton dan hanya berupaya mengeluarkan pandangan, teguran atau amaran, tetapi rejim Zionis terus mengganas di bawah lindungan penjaga mereka iaitu Amerika Syarikat. Melainkan sesuatu dilakukan secara bersama masyarakat dunia termasuk menentang penjaga Israel, penduduk tidak berdosa itu akan terus menjadi mangsa. Maka, sandiwara akan terus berlaku. * Datuk Ibrahim Yahaya pernah berkhidmat sebagai wartawan dengan beberapa media perdana tanah air, sebelum menjadi perunding berita di RTM. Beliau kini menjadi penulis bebas. ----------------- "Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..." |
sayatetapsaya |
Posting pada: 31-12-08 21:52 betul juga kata sirat..kenapa lah tak boleh transfer ke organisasi dalam maybank2u..aduih.. betul ke Mahmoud Abbas dah tahu..dan berkomplot dengan Mesir.. betul ke FreeGaza dengan bot Dignity diserang.. betul ke seorang doktor terbunuh... kita??sedih, rasa marah, geram, mengutuk, berarak... entahlah...kita benar² umpama buih...tak ada apa mampu dilakukan.. bangunlah wahai pemuda pemudi Islam..walaupun jihad akbar bukan di tangan kita sekarang, tapi jihad lain masih mampu digenggam..kejarlah ilmu, kuasailah ekonomi, terajui politik..wahai syababku.. |
sikinshaharudin |
Posting pada: 31-12-08 22:22 PROGRAM UNTUKMU PALESTIN.... anjuran UKM Join Aktiviti2 yang disediakan sambil beramal MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI http://untukmupalestin.blogspot.com p/s: minta maaf kalau posting ni rasa mengganggu, saya hanya mahu menyumbang usaha membantu mereka yang memerlukan walau hanya mem'forward'..... ----------------- senYum s0km0 =) |
Laskar_Allah |
Posting pada: 01-01-09 12:28
Pada 31-12-08 22:22 , sikinshaharudin posting:
!!! QUOTE !!!
Terima kasih atas makluman. Tiada istilah 'mengganggu' dalam menyampaikan amanah Islam, bahkan ia KEWAJIPAN kita semua. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Rashdin |
Posting pada: 01-01-09 12:34
Pada 26-12-08 19:15 , Laskar_Allah posting:
!!! QUOTE !!! Serangan habis-habisan ke atas Gaza. eh2 tu F16 jenis sufa.paling canggih dalam kelas ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 01-01-09 12:38
Keganasan Israel dan Kelesuan Pemimpin Arab
post info By Anwar Ibrahim Categories: Antarabangsa, Anwar, Catatan, Dunia Arab and Isu Semasa Suasana di Amman, Jordan muram bercampur berang. Saban hari rakyat Arab menyaksikan kebiadapan dan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin. Presiden Bush, mengulangi kenyataan angkuh pimpinan regim Israel menuntut Hamas menghentikan serangan. Buat mereka nyawa, tanah dan harta rakyat di Ghazza tidak berharga lagi! Isu penjajahan, rampasan tanah, sekatan dan penindasan serta pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin tidak dibicara. Rakyat Arab berang dan tunjuk rasa, bukan sekadar membantah tindakan Israel, malah mengecam kelesuan pimpinan negara Arab. Dan dalam acara semalam manakala disentuh tindakan dunia Arab, seorang wakil menempelak lantang dihadapan saya- “mana ada dunia Arab!” ANWAR IBRAHIM ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Laskar_Allah |
Posting pada: 01-01-09 13:47
Himpunan Aman Palestin di Masjid Negara esok
Harakahdaily tahu | Jan 01, 09 | 8:51:16 am MYT KUALA LUMPUR, 1 Jan (Hrkh) - Pemuda PAS akan menganjurkan perhimpunan aman Palestin di Masjid Negara esok ( 2 januari 2009) selepas menunaikan solat Jumaat. Perhimpunan ini akan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub. Perhimpunan ini bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati umat Islam terhadap kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin yang mana kejahatan dan kekejaman Israel tidak boleh dibiarkan begitu sahaja malah seluruh umat Islam wajib mempertahankan negara di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam itu, demikian kenyataan yang dihantar ke Harakahdaily. Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut akan mengadakan Himpunan Aman Intifadah pada hari yang sama. "Kita akan mengadakan himpunan mengutuk kezaliman regim zionis selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh. Kita berharap orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan penduduk Palestin dapat turut serta dalam himpunan itu untuk menyatakan bantahan atas kekejaman Israel itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Sehingga semalam jumlah yang maut ialah seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel. Pada hari Sabtu lalu Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin. Memorandum bantahan telah diserahkan oleh Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada wakil kedutaan Amerika pukul 12.00 tengahari 30 Disember lalu dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut. Perhimpunan aman palestin di masjid Negara pada Jumaat ini adalah siri seterusnya bantahan umat Islam kepada kebiadapan Israel selama ini. Pemuda PAS juga turut mengajak semua seluruh umat Islam yang cintakan Islam bersama bersatu membantah kejahatan Israel ini. Ini termasuk juga masyarakat bukan Islam yang cintakan keamanan turut diseru menyertai himpunan ini bersama-sama. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 01-01-09 14:59
Hospital di Gaza dalam keadaan tenat.
Contributed by gunxx on Thursday, January 01 @ 14:18:06 MYT Topic: Berita Semasa Khamis ,01/01/2009 - Hospital utama Gaza, al-Shifa, kini sibuk melayan kemasukan ramai mangsa yang cedera dalam serangan udara Israel bermula 27 Disember lalu, menurut sumber hospital. Kakitangan dan para pesakit berasa takut kemungkinan Israel akan menyasarkan tempat berikutan pemimpin Hamas, pergerakan Islam yang mengawal wilayah tersebut melakukan sidang akhbar di situ. Hospital itu telah memindahkan beberapa peralatan perubatan ke tingkat bawah tanah. Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Kesihatan Gaza, Medhat Abbas memberitahu IRIN: "Al-Shifa tidak pernah menerima kesemua ratusan pesakit secara serentak. Kakitangan hospital hanya menggunakan kain untuk memberhentikan pendarahan dan banyak pesakit telah mati akibat kekurangan bekalan dan peralatan." Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : hijjaz79 ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 01-01-09 15:01
Olmert : Pemimpin Arab galakkan kami menyerang Gaza.
Contributed by gunxx on Thursday, January 01 @ 14:33:43 MYT Topic: Berita Semasa Khamis ,01/01/2009 -Perdana Menteri Israel , Ehud Olmert telah mengesahkan Rabu lalu bahawa beliau di galakkan oleh segolongan pemimpin-pemimpin Arab bukan untuk menghentikan pencerobohan terhadap Semenanjung Gaza. Pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Gaza telah membunuh hampir 400 nyawa Penduduk Palestin, kebanyakan adalah anak dan wanita, dan yang tercedera di sekitar 2000 , sekurang-kurangnya 200 yang tercedera dilaporkan kritikal. Akhbar Haaretz turut melaporkan Olmert menyatakan empat syarat sebelum bersetuju menghentikan serangan ke atas Gaza. Syarat tersebut termasuklah , pejuang Palestin di kehendaki menghentikan sebarang tembakan roket buatan sendiri terhadap penempatan Israel (baca : tanah asal rakyat Palestin 1948 ), menghentikan penyeludupan senjata melalui terowong sepanjang sempadan-sempadan Gaza Mesir, dan menubuhkan sistem penyeliaan bagi memastikan Hamas akan melaksanakan syarat tersebut. Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 01-01-09 15:02
Terkini : 58 Roket Qassam dan 14 Roket Grad gempur Israel.
Contributed by gunxx on Thursday, January 01 @ 14:40:19 MYT Topic: Berita Semasa Khamis ,01/01/2009 -Brigade al Qassam menyatakan pihaknya telah melepaskan 58 roket ke arah bandar-bandar Israel. Sebanyak 14 roket jenis Grad. Antara bandar yang terlibat ialah Asdod, Ashkelon, Yabna dan Sderot. Serangan ini semua sebagai serang balas terhadap keganasan Zionis-Israel. Al Qassam menambah lagi, “Kami tegaskan bahawa Zionis-Israel telah mengambil tindakan yang bodoh yang menyebabkan mereka sendiri yang telah membuka pintu-pintu neraka. Oleh itu, tunggulah balasan daripada kami!". Note: sumber : COMES penterjemah : Abu Awatif ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
An-Naqib |
Posting pada: 01-01-09 16:41
Salamu alaykom,
You've got to see this video... I can't believe that the current foreign minister of Israel says: "it doesn't matter how many Palestinians dia" !!!!! See the truth about Israel. * Pass this email on to EVERYONE you know... Muslim or otherwise. * Aims: o To get at least 60,000 people to watch it on it's first day. o To get 15 MILLION views in a week - MAKE THIS VIRAL. There are many millions of people who don't know the truth about Israel and it's oppression of the Palestinian people - watch this video What do we do? Do we march? Yes! But that doesn't educate the masses who get fed what the media wants to feed them about the people marching. Do we write letter to our MPs / senators / members of government? Yes... and then sit tight and hope they do something. But none of that changes public opinion! And you have to realise that the reason you're burning up inside about Gaza is because you know the truth. You know the injustice. What if more people found out? Thank God for You Tube, Facebook, MySpace and the other social media. Did you know that more people watch You Tube a day than TV? That You Tube gets 3 times as much traffic as the google search pages? Facebook is used by everyone and can even be accessed by phone. i.e. if we're on the first page of You Tube, more people will see that video than watch the news (for example) Watch this video and pass this email on to everyone you know AbdelRahman Mussa Head of the MABYouth Department, www.MabYouth.com p/s: tengok video ni juga. Doa untuk Gaza |
An-Naqib |
Posting pada: 01-01-09 16:44
http://uk.youtube.com/watch?v=D5ZbGrHK4Tw- Link yang pertama
http://uk.youtube.com/watch?v=IdKULGBYNU4 link doa untuk gaza |
hid_uniten |
Posting pada: 02-01-09 09:19
Pada 31-12-08 01:37 , sirat82 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 31-12-08 01:01 , Laskar_Allah posting: maybank2u tak boleh transfer kalau 3rd party tu company/business account..ni yang saya quote dr m2u bila try transfer ke aman.. You cannot perform 3rd Party Funds Transfer to a company/business account. Reject code: |
wuzaraa |
Posting pada: 02-01-09 11:26
Sandiwara Israel berterusan.
Menteri Luar, Tzipi Lizni, kononnya ke Paris untuk mengaturkan usaha rundingan damai tetapi dalam masa yang sama terus pengobom Palestin. Sandiwara Liga Arab berterusan. Negara-negara Arab (yang telah menyerahkan Palestin kepada Israel), terus berlakon menganjurkan rundingan damai dan mendesak US untuk campur tangan. Satu lagi kezaliman pemerintah2 Arab yang terus menjilat ketua mereka US terutama Arab Saudi dan Jordan. Walhal, sepatutnya negara2 ini melancarkan jihad terhadap Israel. Sandiwara Syeikhul Azhar Syeikh Tantawi baru saja beberapa minggu lepas berjabat mesra dengan Ehud Olmert yang berterusan membantai dan melanyak ummat Islam. Teringat hadith nabi... ulamanya(akhir zaman) adalah sejahat2 makhluk di muka bumi. |
lemochi_adachi |
Posting pada: 02-01-09 11:48
Pengajaran dari Gaza
HARI ini hari Jumaat. Tengah hari nanti, kaum muslimin akan diperdengarkan dengan khutbah yang telah menjadi syariat sejak zaman berzaman. Maka hari Jumaat boleh juga dianggap hari untuk menimba pengajaran, bermuhasabah dan menjana keinsafan. Tetapi dalam amalan mazhab kita, hanya lelaki sahaja disyariatkan untuk ke masjid pada hari Jumaat. Ketika berkunjung ke Iran beberapa tahun lepas, saya melihat wanita di sana juga turut bersolat Jumaat. Tetapi jika mahu diambil pengajaran daripada khutbah, wanita di negara kita tidak perlu ke masjid. Mereka boleh mengisi masa luang tengah hari ini untuk mengikuti siaran khutbah dari Masjid Negara yang disiarkan di TV. Itu adalah lebih baik daripada merayap membuang masa dan duit di kompleks beli belah meskipun anda mungkin berasa, ini adalah hari beli belah yang paling ‘merdeka’ kerana suami tidak ikut bersama. Apatah lagi dalam menghadapi kegawatan ekonomi sekarang, berjimat cermat adalah lebih baik. Sebelum ke masjid atau menghadap TV untuk mengikuti siaran khutbah dari Masjid Negara, saya mahu mengajak anda semua untuk memejamkan mata beberapa kita dan kita bayangkan suatu suasana yang penuh dengan kecemasan, ancaman, ketakutan dan usaha yang amat tipis untuk kita menyelamatkan diri serta anggota keluarga daripada maut yang sedang memburu dengan begitu hampir. Bayangkan juga, rumah yang kita bina atau beli daripada hasil kerja selama bertahun-tahun dengan penuh susah payah demi untuk memberi perlindungan kepada keluarga, dan itulah satu-satunya atau satu daripada harta kita ada yang tidak seberapa, musnah atau ranap dalam sekelip mata akibat peluru atau bom berangkai yang dilepaskan oleh pihak yang memburu kita dengan hanya satu tekanan punat. Dan hidup kita pun menjadi sengsara, amat sengsara. Segala-galanya musnah dalam sekelip mata. Bayangkan juga wajah anak, isteri atau suami, ibu, ayah dan sesiapa sahaja yang kita sayang, hancur berkecai menjadi mangsa peluru musuh. Anak yang kita tatang dan kita belai, dalam usia yang masih sangat muda malah langsung tidak mengenal erti konflik yang sedang dihadapi, turut menjadi mangsa. Makhluk tuhan yang senaif itu, terpaksa menanggung azab yang sangat pedih, kesengsaraan yang tidak terperi daripada percaturan oleh mereka yang sekadar membuat keputusan untuk menghancurkan hidup berjuta-juta manusia lain, dari dalam bilik berhawa dingin tanpa sebarang rasa berdosa. Mereka turunkan tanda tangan pada dekri arahan menyerang tanpa sedikit pun rasa bersalah. Mereka tidak pernah mahu menghitung nasib hidup orang lain, yang bagi mereka adalah ‘goyem’ (binatang) dan hanya mereka sendiri sahaja ‘manusia’. Nyawa orang lain sama sekali tidak ada harga melainkan hanya layak menjadi bidak-bidak pada papan catur kuasa mereka! Sedangkan apabila mereka sendiri baru sekadar dibaling dengan kasut oleh orang yang sudah lama teraniaya, gegak-gempita satu dunia dibuatnya! Meskipun balingan kasut itu tidak mengena dan memang tidak berbaloi dengan balasan yang diterima, namun oleh orang yang sudah sekian lama hidup sengsara tetap menganggap itu adalah kemenangan. Kemenangan oleh orang yang sebenarnya tidak ada keupayaan untuk menentang dengan cara yang lebih sepadan. Meskipun bagi kita itu mungkin hanya sekadar bayangan, ilusi yang sengaja dibuat-buat, tetapi itulah juga realiti yang sedang menghambat rakyat Palestin sekarang. Pernah berlaku di Iraq, di Afghanistan dan sekarang, satu kisah benar di Gaza. Mangsanya adalah mereka yang hanya sekadar berharap untuk hidup dengan selamat, aman damai dan berpeluang memberikan anak-anak mereka makanan dan mainan, bukan batu atau lastik untuk melindungi diri daripada makhluk berseragam tidak berperasaan yang dilengkapi senjata canggih untuk membunuh orang kosong tangan. Adakah ini hanya sekadar bayangan? Mustahilkah hal yang sebegini akan turut menimpa diri kita? Jika kita tidak berhati-hati, lupa diri, mungkin jawapannya, ya! Malam kelmarin, sebilangan daripada kita, bersorak gembira apabila melihat letusan bunga api di udara. Sejurus kemudian, kita sama-sama menghulurkan tangan sesama sendiri mengucap selamat tahun baru. Acara selepas itu diteruskan sama ada dengan konsert atau apa sahaja yang berbaur keseronokan. Syaitan-syaitan pun bergentayangan. Dalam keadaan seperti itu, kita lazimnya terlupa pada perkara yang tidak baik. Kita terlupa ada saudara seagama yang sedang hidup sengsara, lari dari buruan maut yang sedang mengekori dengan rupa yang sangat ganas. Mereka menangis ketakutan melihat percikan bunga api pembunuh yang berlegar di bumbung rumah mereka. Senjata termoden, tercanggih mana mampu dibalas dengan lastik atau batu. Tetapi itulah satu realiti pertandingan paling tidak setara yang sedang berlaku. Skrip pelakon utama di peringkat antarabangsa juga sangat berpihak. Mereka bukan sahaja memejamkan mata pada pertandingan yang tidak setara, malahan juga sering menyalahkan si mangsa sebagai angkara sengketa. Si tukang sembelih dibiarkan bermaharajalela! Sambutan tahun baru, menyerlahkan lagi sikap tidak sensitif sebilangan besar orang kita. Tidak ramai yang berdoa, melainkan lebih ramai yang berfoya-foya, melayan syaitan yang bergentayangan. Kita juga menjadi seperti mereka, tidak menghitung nasib saudara seagama yang teruk menderita. Saya paling bimbang jika ini juga petanda bahawa kita semakin lupa diri, tidak ambil pengajaran kerana itu sebenarnya semakin mendekatkan kita kepada kejatuhan. Minta dijauhkan segala bayangan tadi daripada menjadi kenyataan! Rencana penulis boleh dilayari di http://muhamadmatyakim.blogspot.com |
tasbih_30 |
Posting pada: 02-01-09 12:48
celakalah pemimpin-pemimpin yang berdiam diri ketika israel lakhnatullah memerangi islam secara terang-terangan... celakalah pemimpin oic yang bacul ...celakalah pemimpin-pemimpin liga arab yang bacul....
|
Violet-8 |
Posting pada: 02-01-09 13:46
Betul tu....mana pemimpin OIC, mana pemimpin Arab, buat sesuatu untuk membantu Saudaramu di Palestin, berbuatlah sesuatu untuk melepaskan sekatan ekonomi supaya ubat-ubatan dapat disalur masuk untuk merawat rakyat Palestin yang banyak tercedera, supaya makanan dapat disalurkan kerana ramai rakyat Palestin sendiri kebuluran...
OIC, pemimpin Arab, ................... mana suara kamu untuk membela rakyatmu yang sedang menderita???? |
Laskar_Allah |
Posting pada: 02-01-09 17:16
BETAPA BONGKAKNYA YAHUDI LAKNATULLAH MENYEBARKAN RAKAMAN OPERASI PENGEBOMAN KEATAS UMAT PALESTIN!!:
--->SERANGAN BOM --->SERANGAN BOM II ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 02-01-09 17:20
20 roket buatan sendiri Brigade Qassam telah dilancarkan ke arah rejim Zionis.
Contributed by gunxx on Friday, January 02 @ 07:11:34 MYT Topic: Berita Semasa Jumaat ,02/01/2009 -Sumber-sumber media Israel melaporkan pada hari Khamis , sekurang-kurangnya 20 buah roket buatan sendiri Qassam ditembak dari Gaza yang mana telah mencecah beberapa kawasan penempatan utara Israel. Menurut sumber tersebut , roket buatan sendiri telah mengenai bandar Negev Ashdod dan berdekatan Sederot.. Tentera rejim Zionis melaporkan ada kerosakan, tetapi tiada kecederaan . Pergerakan Hamas dan fraksi2 lain mangaku bertanggungjawab dalam serangan itu dan berkata itu merupakan satu reaksi ke atas serangan mereka terhadap Semenanjung Gaza. Pihak tentera rejim Zionis telah melancarkan serangan udara besar besaran di Gaza pada Sabtu lalu . Hari ini, jumlah maut telah meningkat kepada 412 orang rakyat Palestin. Roket buatan sendiri Palestin telah membunuh empat orang rakyat Israel sepanjang tempoh yang sama Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : gunx ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 02-01-09 17:33
Pemimpin Senior Hamas di Jabalia Syahid Digempur Pesawat Tempur
Posted : Jum'at, 02-01-2009 | 08:15:58 WIB Salah seorang pimpinan senior Mujahidin Hamas, Dr. Nazar Royan, syahid oleh serangan udara pesawat tempur milik militer penjajah Israel petang hari waktu setempat, Kamis (1/1/09). Penjajah Zionis melakukan serangan udara langsung ke rumah pemimpin Hamas, Dr. Nazar Royan. Akibat pembantaian ini, wilayah pemukiman penduduk sipil hancur berantakan, termasuk Dr. Nazar sendiri gugur syahid bersama sepuluh anggota keluarganya. Puluhan penduduk lainnya menjadi korban luka-luka. Dr. Nazar Royan merupakan tokoh masyarakat Palestina yang pemberani. Royan berada di garda terdepan dalam pasukan Mujahidin saat terjadi penyerangan militer Zionis Israel ke kamp Jabalia pada awal-awal Intifadah Al-Aqsha. Ayman Mohyeldin, koresponden Al Jazeera di Gaza, mengatakan pembunuhan terhadap Rayyan merupakan sebuah pelanggaran hukum Internasional yang berat, demikian dikatakannya sebagaimana dikutip dari Al Jazeera. “Meskipun Israel beralasan membidik pemimpin Hamas dan para komandan militernya, namun tidak ada keraguan lagi bahwa mereka tinggal di tengah-tengah pemukiman penduduk sipil. Ini melanggar hukum internasional.” demikian katanya. (muslimdaily.net) ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Laskar_Allah |
Posting pada: 02-01-09 18:15
Lihat antara rakaman disaat hidupnya as-Syahid Dr. Nazar Royan:
--->As-Syahid Dr Nazar Royyan ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Violet-8 |
Posting pada: 02-01-09 18:16
Salam,
AlFatihah...... semoga beliau dan rakyat Palestin yang terbabit termasuk dalam golongan syuhada. P/s : rasa cemburu pula melihat orang yang dapat mati syahid ni.............. |
wuzaraa |
Posting pada: 03-01-09 09:08
Di doakan rohnyaa tergolong dalam lingkungan para syuhadaa.
Yang pergi biarlah pergi, tetapi mana tentera2 ummaat Islam? Mana tentera arab Saudi, tentera Malaysia, tentera Pakistan, tentera Uzbekistan, tentera Indonesia, tentera Iran? Baitul Maqdis menuntut pembelaan dari tentera ummat Islam. Sesungguhnya tentera ummat islam itu kuat tetapi dilemahkan oleh pemimpin-pemimpin celaka dan bangsat seperti Pak Lah, Asif Gillani, Raja Saud, Islam Karimov, dll. TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!! |
Jue_Effendy |
Posting pada: 03-01-09 09:16
semalam sahabat jue dari Sri Lanka ada mesej jue....ingatkan jue supaya sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara2 kita di Palestin yang dizalimi zionis....
semua umat islam diseluruh dunia bersedih dengan keadaan mereka...... marilah kita semua mendoakan mereka...... Al-Fatihah kepada para syuhada...... ----------------- bila waktu telah terhenti.... teman sejati hanyalah amal.... |
lemochi_adachi |
Posting pada: 03-01-09 10:41
Jet tempur Israel bedil masjid di Gaza
Dunia Islam makin hebat bantah keganasan Zionis GAZA: Pesawat tempur Israel terus menerus menyerang sasaran pejuang Palestin di Gaza termasuk memusnahkan sebuah masjid dalam serangan hari ke-7 semalam, ketika bantahan terhadap operasi itu semakin meluas di Dunia Islam, yang menyaksikan angka kematian meningkat kepada 422 orang. Tentera Israel menyerang wilayah yang padat dengan penduduk itu bagi hari ketujuh, dengan melancarkan kira-kira 30 serangan semalaman, mengebom pusat pelancar roket dan bangunan Hamas. Antara sasaran, sebuah masjid di bandar utara Jabaliya yang didakwa rejim Zionis sebagai pusat keganasan kerana digunakan sebagai tempat menyimpan senjata dan pusat operasi Hamas Di bandar Ramallah, Tebing Barat, beribu-ribu warga Palestin membanjiri jalan raya dengan remaja yang melempar batu bertembung dengan polis Israel di Baitulmaqdis, berikutan gesaan Hamas agar mereka mengadakan perarakan selepas solat Jumaat. "Kami akan mengorbankan jiwa dan darah kami demi Gaza," kata penunjuk perasaan berkali-kali, sambil melaungkan slogan pro Hamas dan menggesa anggota pergerakan Islam itu supaya 'menyerang Tel Aviv'. Hamas menganjurkan supaya bantahan diadakan selepas jet tempur Israel menggugurkan bom satu tan ke kediaman Nizar Rayan yang membunuh pemimpin kanan pergerakan itu termasuk empat isteri serta 10 anaknya. Daripada bilangan yang maut, sekurang-kurangnya 25 peratus adalah orang awam Palestin, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Nizar adalah tokoh paling kanan pergerakan itu yang terkorban sejak pembunuhan Abdel Aziz al-Rantissi pada 2004 menyebabkan Hamas memberi amaran ia akan menyambung operasi bunuh diri terhadap Israel bagi kali pertama sejak Januari 2005 bagi membalas dendam kematian Nizar. "Selepas kejadian terbaru itu, semua pilihan kini dibuka bagi menentang serangan berkenaan, termasuk tindakan mati syahid terhadap sasaran Zionis di tempat lain," ikrar pegawai Hamas, Ismail Radwan. Bantahan anti Israel turut disaksikan di Jakarta dengan berpuluh ribu rakyat Indonesia berdemonstrasi di Jakarta. Beribu-ribu lagi mengadakan tunjuk perasaan di Afghanistan dan lebih 4,000 penduduk Muslim Sydney turut mengadakan tunjuk perasaan manakala beratus-ratus Muslim membakar bendera Israel di kawasan Kashmir ditadbir India. Ketika kereta kebal Israel dan tenteranya dikumpulkan di sekitar Gaza bagi mengancam tindakan darat dan tanpa sebarang harapan bagi gencatan senjata, pihak tentera memberi kebenaran kepada rakyat asing keluar daripada kawasan peperangan itu. ----------------- "Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..." |
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |