Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila sesuatu telah sempurna akan mulalah kelihatan cacat celanya.

-- Saidina Abu Bakar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 160
Ahli: 0
Jumlah: 160




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Tempoh Pengajian PhD


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Tempoh Pengajian PhD

Please Mendaftar To Post


Oleh Tempoh Pengajian PhD

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 12:57


ILLIAS ZAIDI,
Gombak, Selangor.

SAYA secara peribadi beranggapan tidak praktikal cadangan memendekkan tempoh pengajian Doktor Falsafah (PhD), kecuali bagi calon yang sudah bersedia. Iaitu persediaan dari segi penyediaan dan pengumpulan bahan, kajian literatur, kaedah kajian, teori dan pendekatan dan yang lebih penting sudah cukup mahir dari aspek penulisan disertasi secara mantap dan jitu.

Doktor Falsafah, ijazah paling tinggi dalam kerjaya seseorang seandainya mampu berbuat demikian, sesudah memperoleh keputusan cemerlang tahap ijazah pertama dan kedua.

Memang ada kekecualiannya dalam perkara ini tetapi yang bernasib baik mendapat anugerah kepintaran dan cerdik akal (IQ) daripada Ilahi tidak banyak, malah daripada segelintir, itupun ada yang tergelincir.

Barangkali rasional di sebalik cadangan itu hendak mempercepat jumlah staf akademik institusi pengajian tinggi tempatan berijazah PhD sebanyak 60 peratus menjelang 2010 nanti.

Pemilikan ijazah PhD bukan milik mutlak staf akademik saja, bahkan orang awam yang berminat boleh berbuat demikian, persis kegigihan warga emas melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama.

Islam mengajar umatnya menuntut ilmu sampai ke liang lahat.

Ertinya mati saja noktah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dunia. Ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan jika ura-ura pemendekan tempoh pengajian daripada tiga-empat tahun sekarang hendaklah juga dilaksanakan katakan hanya dua setengah tahun.

Faktor itu ialah:

l Ijazah tertinggi ini menuntut kajian teramat padu, terperinci dan selektif-komprehensif sebelum membuat rumusan-kesimpulan konkrit. PhD bererti sumbangan pemikiran pemegangnya kepada tamadun ilmu demi kepentingan peradaban insan dan kemanusiaan sejagat.

l Pengalaman membuktikan peruntukan tempoh tiga tahun pun dikatakan tidak cukup bagi staf akademik menyiapkan disertasi sehingga terpaksa memohon lanjutan enam bulan, sekurang-kurangnya kerana pada anggapan penyelia kajian bahan dan literatur belum lagi lengkap.

l Ini belum diambil kira kegagalan calon mempertahankan disertasi ketika majlis 'vivavoce' dan itu pun mujur jika panel baik hati menghendaki calon membuat pembetulan, tetapi apa kata jika mereka mendapatinya sebagai tidak mencapai tahap doktor falsafah?

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan ilmu cepat berubah dan berkembang mengakibatkan maklumat disertasi ketinggalan zaman.

l Bukan tidak banyak kes kegagalan calon kita di luar negara akibat kerenah penyelia bangsa kulit putih khusus berketurunan Yahudi. Dasar negara kita yang mengamalkan 'Buy the British last' dulu dan disusuli Peristiwa 11 September apabila Barat mengaitkan Islam dengan keganasan menyebabkan banyak calon kita hilang peluang memperoleh ijazah kecuali sesudah melalui pengalaman perit yang berpanjangan.

l Kecerewetan juga dialami calon PhD di IPTA tempatan sehingga ada kes pelajar meninggalkan pengajian begitu saja dan membuat enrolmen baru di luar negara, perit dari segi membazir masa setahun dua begitu saja.

l Ada universiti mengenakan syarat awal sekurang-kurangnya dua tahun sebelum dibenarkan mendaftar sebagai calon PhD untuk meneruskan pengajian tiga tahun lagi.

Proses penyemakan disertasi perlu mengambil masa panjang, malah sampai setahun. Apa kata jika pemeriksa dalaman dan luaran akibat sikap prejudis ataupun paling lumrah kesibukan membuat kajian dan pembentangan kertas kerja di sana sini, terpaksa mengambil sikap sambil lewa terhadap tugas pemeriksaan yang diamanahkan?

Ijazah PhD menjadi manifestasi keintelektualan dan kematangan berfikir sekali gus keluasan dan kedalaman ilmu pemiliknya berkat keramat usaha gigih mengkaji dan menyelidiki bahan tanpa jemu-jemu hatta sampai puluhan tahun lamanya. Inilah falsafah dan rasionalnya PhD.

Sumber: Berita Harian


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.145381 saat. Lajunya....