Oleh |
Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi |
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 16-12-08 11:26
Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi Oleh Haika Khazi [email protected]Penurunan kali kedua bulan ini, ketujuh sejak naik berikutan penyusunan semula subsidi PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 10 sen lagi berkuat kuasa hari ini, menjadikan harga petrol RON97 kini RM1.80 seliter, manakala petrol RON92 dan diesel RM1.70 seliter. Penurunan kali kedua bulan ini dan ketujuh sejak dinaikkan berikutan penyusunan semula subsidi minyak pada 5 Jun lalu juga menjadikan harga runcit petrol RON97 12 sen lebih rendah berbanding RM1.92 seliter, iaitu paras sebelum dinaikkan 78 sen kepada RM2.70 seliter. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu kenyataan semalam berkata, pengurangan harga runcit petrol dan diesel sejajar penurunan harga minyak mentah dunia. "Berkuat kuasa tarikh sama, harga petrol dan diesel subsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter daripada RM1.43 sen seliter kepada RM1.30 seliter seperti diumumkan sebelum ini," katanya. Mengikut formula penyelarasan harga bahan api berikutan penstrukturan semula subsidi minyak 5 Jun lalu, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia, selepas ditolak subsidi kerajaan. Bagaimanapun, kerajaan mempercepatkan penurunan harga runcit sejajar aliran harga minyak mentah dunia supaya rakyat dapat menikmatinya segera. Kerajaan mengumumkan penurunan harga pertama pada 23 Ogos lalu dengan petrol RON97 dan RON92 masing-masing turun 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel dikurangkan lapan sen kepada RM2.50 seliter. Ini diikuti pada 25 September lalu, apabila harga runcit bahan api berkenaan sekali lagi diturunkan 10 sen menjadikan harga petrol RON97 pada RM2.4; RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40) seliter. Pada 15 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan penurunan harga kali ketiga dengan harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter kepada RM2.30, RON92 turun 10 sen seliter kepada RM2.20 dan diesel 20 sen seliter kepada RM2.20. Penurunan kali keempat harga runcit bahan api sebanyak 15 sen seliter pula berkuat kuasa 1 November dengan harga petrol RON97 pada RM2.15 seliter dan RON92 pada RM2.05 seliter, manakala diesel pada RM2.05 seliter. Ini diikuti penurunan kali kelima, juga 15 sen berkuat kuasa 18 November, menjadikan harga petrol RON97 RM2 seliter, RON92 RM1.90 seliter dan diesel RM1.90 seliter. Berkuat kuasa 3 Disember lalu, harga runcit petrol dan diesel diturunkan 10 sen lagi menjadikan harga RON97 hanya RM1.90 seliter berbanding RM2 seliter sebelumnya manakala petrol RON92 dan diesel RM1.80 seliter berbanding RM1.90 seliter. Syukur ----------------- http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 16-12-08 14:29
... alhamdulillah... turun lagi harga minyak... makin rendah berbanding sebelum harga minyak naik mendadak.. apa-apa pun terima kasih atas keprihatian pihak yang tertentu..
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 16-12-08 14:29
alhamdullah..kalau boleh kasi lah turun lagi kepada harga yang sepatutnya....
|
Maricella
Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas
|
Posting pada: 16-12-08 14:31
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 16-12-08 14:47
kalau turun lagi sampai RM1.50 ke, jalan jauh lah saya... hehehe....
|
ladylolida_aina
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.08.2008 Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor
|
Posting pada: 16-12-08 14:51
harga minyak turun tapi harga barang tak turun jugak... bila minyak naik semua barang turut naik... teruk lah begini.
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 16-12-08 14:55
kalau lah kerajaan bersabar...tak ada nya barang naik
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 16-12-08 15:05
Pada 16-12-08 14:55 , lemochi_adachi posting:!!! QUOTE !!! kalau lah kerajaan bersabar...tak ada nya barang naik kalau lah kerajaan bersabar dan berpegang pada janji ( janji nak naik bulan 8 tapi naik bulan 6) .. barang tak tak naik, rakyat tak sengsara...turun harga petrol pun untung bagi yang ada kenderaan , orang-orang miskin yang tak ada kenderaan derita tanggung barang naik
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 16-12-08 15:23
eh2... sekarang ni kan dah ada kempen turun harga barang...
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 16-12-08 15:36
.. Kenapa nak salahkan kerajaan? sedangkan ini salah satu cara pihak kerajaan membantu rakyat.. kita sepatutnya menyokong. bila harga minyak naik.. kita marah.. tapi bila harga minyak dah turun.. Kenapa kita tak berterima kasih? kerajaan ke yang mengawal semua harga barang? Kenapa kita tak salahkan pengeluar atau penjual? meraka yang menetapkan harga.. macam mas_ayu katakan .. sekarang sudah ada kempen turun harga... kita sebagai pengguna.. kita berhak memilih yang terbaik bagi kita. jangan letak asyik letakkan kesalahan pada kerajaan.. p/s: saya tidak sokong mana-mana pihak.. hanya beri pendapat... maaf
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 16-12-08 15:39
terima kasih kepada kerajaan.... sekurang2nya ada juga inisiatif dari kerajaan untuk menurunkan harga petrol... * tension bebudak syarikat minyak yang jaga bahagian kawalan meter di stesen minyak... mereka tidak dimaklumkan lebih awal mengenai penukaran harga tersebut.. mereka terpaksa melakukan kerja tersebut dalam keadaan urgent.. dan kasihan pengusaha stesyen petrol...yang mana baru ambil stok..kerugian 10 sen dari harga yang diambil..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 16-12-08 15:53
huh..dah ada bibit˛ permulaan kepada suatu perbincangan yang tak berkesudahan..moh kita tengok apa yang akan berlaku... TT : tetap bersyukur kepada Allah..Dia yang memberikan nikmat, Dia juga yang menariknya...
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 16-12-08 16:08
harga petrol dan diesel turun tapi harga barang tak turun-turun juga.... gaji pun tak naik-naik macam mana ini.... ----------------- bila waktu telah terhenti.... teman sejati hanyalah amal....
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 16-12-08 16:29
Pada 16-12-08 15:05 , izdham posting:!!! QUOTE !!! Pada 16-12-08 14:55 , lemochi_adachi posting:!!! QUOTE !!! kalau lah kerajaan bersabar...tak ada nya barang naik
kalau lah kerajaan bersabar dan berpegang pada janji ( janji nak naik bulan 8 tapi naik bulan 6) .. barang tak tak naik, rakyat tak sengsara...turun harga petrol pun untung bagi yang ada kenderaan , orang-orang miskin yang tak ada kenderaan derita tanggung barang naik setuju,tapi bersyukur juga atas penurunan dan berterima kasih atas keperihatinan. -----------------
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 16-12-08 16:45
kalau betul kerajaan bantu rakyat Kenapa harga minyak nak turun punyelah lembab...lepas seposen... seposen...tapimasa nak naik macam ribut...zapppp!terus naik.sekarang harga minyak dunia murah mak datuk...Kenapa mereka tak nak turunkan selaras dengan penurunan harga minyak dunia??kemasa naik saja kena selaras dengan harga minyak dunia???tepuk dada tanya lah kerajaan.bagi yang gaji beribu-ribu mungkin tak terasa..cuba fikir mereka yang gaji tujuh lapan ratus...anak pulak tujuh lapan orang.
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 16-12-08 16:56
Pada 16-12-08 15:36 , bintanghati2008 posting:!!! QUOTE !!! ..
Kenapa nak salahkan kerajaan? sedangkan ini salah satu cara pihak kerajaan membantu rakyat.. kita sepatutnya menyokong. bila harga minyak naik.. kita marah.. tapi bila harga minyak dah turun.. Kenapa kita tak berterima kasih?
kerajaan ke yang mengawal semua harga barang? Kenapa kita tak salahkan pengeluar atau penjual? meraka yang menetapkan harga.. macam mas_ayu katakan .. sekarang sudah ada kempen turun harga...
kita sebagai pengguna.. kita berhak memilih yang terbaik bagi kita. jangan letak asyik letakkan kesalahan pada kerajaan..
p/s: saya tidak sokong mana-mana pihak.. hanya beri pendapat... maaf kempen turun barang??? cuba tengok banyak mana barang yang turun harga, pergilah tengok dekat tesco ke carefour ke, giant ke.. banyak saja barang yang naik. kempen tu cuma muslihat saja , bukan cakap kosong tapi setiap minggu beli barang keperluan, so dah biasa banding harga barang yang mana turun dan naik ....bukan salah kerajan tapi bila di lantik oleh rakyat jadi kerajaan, kenalah bela rakyat, kalau tak apa guna dipanggil wakil rakyat....
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 16-12-08 17:06
!!! QUOTE !!! kita sebagai pengguna.. kita berhak memilih yang terbaik bagi kita. jangan letak asyik letakkan kesalahan pada kerajaan.. yes..thats right...memang kita berhak memilih apa yang terbaik..tapi jangan sangka pengguna ni bodoh tak tahu nak bezakan harga...salah siapa??? yang menaikkan minyak = kerajaan yang naikkan harga barang = pemborong ataupun pengeluar tukang kawal harga barang = kerajaan so minyak dah turun harga barang tetap tak turun..so dalam hal ni nak salahkan pengguna ke??
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 16-12-08 17:12
sokong muslimin23......fikir lah sendiri wahai sahabat ku yang bijaksana yang kawal harga KERAJAAN...apa rasionalnya mengurangkan percentage EPF????untung rakyat ke kalau percentage EPFdikurangkan??mana jaminan masa depan mereka????
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 16-12-08 17:31
Pada 16-12-08 17:06 , muslimin23 posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! kita sebagai pengguna.. kita berhak memilih yang terbaik bagi kita. jangan letak asyik letakkan kesalahan pada kerajaan..
yes..thats right...memang kita berhak memilih apa yang terbaik..tapi jangan sangka pengguna ni bodoh tak tahu nak bezakan harga...salah siapa???
yang menaikkan minyak = kerajaan yang naikkan harga barang = pemborong ataupun pengeluar tukang kawal harga barang = kerajaan
so minyak dah turun harga barang tetap tak turun..so dalam hal ni nak salahkan pengguna ke??
cuba tengok artikel ini.saya ada postkan dia di link ini http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=40013&forum=3MINYAK kat AMERIKA CUMA RM1.43 SELITER TERMASUK CUKAI.... Mak aiiii....budak masuk cukai bang...... kat Amerika minyak dipanggil gasoline.... Harga bebas.... Suka hatilah toke minyak nak jual hage berapa.... Hage pada 1.12.2008 ialah USD 1.81 segelen. 1 gelen = 4.55 liter anda boleh layari link ini http://www.eia.doe.gov/oil_gas/petroleum/data_publications/wrgp/mogas_home_page.html----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
ewanz
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29954
Posting: 30
Dari: taiping
|
Posting pada: 16-12-08 17:32
eh turun lagi ke sebelum ni ada terbaca satu artikel katanya harga minyak tak turun dah tetap 1.90 tapi sekarang ni turun lagi alhamdulillah prihatin jugak kerajaan harap penurunan yang dibuat ni ikhlas bukannya sebab lain agaknya lah ada udang di sebalik mee yelah plihanraya kat terengganu kan dah nak dekat mungkin jugak penurunan minyak ni sebab nak ambik hati rakyat hmmmm....
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 16-12-08 18:12
yang penting berharap harga barang akan turun,jangankan kerna nak ambil hati rakyat pasai pilihanraya akan datang ini baru turun harga minyak. moga-moga banyak lagi penurunan minyak yang akan dilakukan akan datang selaras dengan harga pasaran dunia. p/s bukan aku tak bersyukur ,tapi sebagai pemimpin dah menjadi tanggungjawab meringankan beban rakyat.ingat setiap pemimpin akan disoal oleh allah diatas pimpinannya.(apa yang dilakukan) -----------------
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 16-12-08 18:32
tadi isi minyak RM10... dapatlah dalam 5.555 liter oklah, alhamdulillah...
|
ansarullah
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.07.2004 Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila
|
Posting pada: 16-12-08 19:59
alhamdulillah, harga minyak turun lagi. Memang tepat jangkaan Anwar Ibrahim, harga minyak akan turun. ana jangka ia akan turun lagi. Masa Anwar cakap dalam bahas TV-turun 50 sen sekaligus-kerajaan tak rugi apa-apa pun. tapi menteri masih dalam sindrom "DENIAL". 2-3 hari lepas debat itu, ana ingat lagi-berita ekonomi harga minyak sedunia jatuh sepertimana jangkaan pakar ekonomi. andainya kabinet menteri betul-betul ambil kira pandangan pakar ekonomi sebelu buat keputusan dan tidak gelabah, taklah rakyat menderita seperti sekarang. Memang ana sebagai rakyat bersyukur harga minyak ini turun. tapi tindakan tidak bijak pemimpin negara telah menyusahkan rakyat !! Penurunan 10-20 sen ini tak banyak impak sangat pada rangsangan ekonomi. Harga barang pun takkan turun! kali turun 50 sen sekaligus seperti cadangan Anwar, baru ada impak dan gempak. ia akan dapat mempercepatkan proses pemulihan rangsangan ekonomi. bukannya nak merungut...tapi ANDAINYA PEMIMPIN NEGARA AKU ini BIJAK DAN CERMAT BUAT KEPUTUSAN????! Haia....
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 16-12-08 20:46
Pada 16-12-08 19:59 , ansarullah posting:!!! QUOTE !!! alhamdulillah, harga minyak turun lagi. Memang tepat jangkaan Anwar Ibrahim, harga minyak akan turun. ana jangka ia akan turun lagi. Masa Anwar cakap dalam bahas TV-turun 50 sen sekaligus-kerajaan tak rugi apa-apa pun. tapi menteri masih dalam sindrom "DENIAL".
2-3 hari lepas debat itu, ana ingat lagi-berita ekonomi harga minyak sedunia jatuh sepertimana jangkaan pakar ekonomi. andainya kabinet menteri betul-betul ambil kira pandangan pakar ekonomi sebelu buat keputusan dan tidak gelabah, taklah rakyat menderita seperti sekarang.
Memang ana sebagai rakyat bersyukur harga minyak ini turun. tapi tindakan tidak bijak pemimpin negara telah menyusahkan rakyat !!
Penurunan 10-20 sen ini tak banyak impak sangat pada rangsangan ekonomi. Harga barang pun takkan turun!
kali turun 50 sen sekaligus seperti cadangan Anwar, baru ada impak dan gempak. ia akan dapat mempercepatkan proses pemulihan rangsangan ekonomi.
bukannya nak merungut...tapi ANDAINYA PEMIMPIN NEGARA AKU ini BIJAK DAN CERMAT BUAT KEPUTUSAN????!
Haia.... tu dah menjadi kebiasaan pemimpin kita tak boleh orang lain lebih bijak,musti tak boleh terima punya -----------------
|
ann_1
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor
|
Posting pada: 16-12-08 22:01
Pada 16-12-08 15:23 , mas_ayu posting:!!! QUOTE !!! eh2... sekarang ni kan dah ada kempen turun harga barang... negara kita bab berkempen memang baaaanyaaakkk sangat...tapi perlaksanaan.......... -----------------
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 16-12-08 22:07
tengok cara pun kerajaan ikut formula DSAI tentang penurunan harga minyak ini
|
PerMataHiJau
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.10.2007 Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA
|
Posting pada: 16-12-08 22:10
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 16-12-08 22:20
Yang pasti org melayu jugak kena main. Minyak turun lah sampai seringgit pun yang rugi org melayu. Sedih pemimpin org melayu. Laungan mempertahankan semangat melayu sangat kuat. Kata UMNO pembela melayu walhal menjahamkan org melayu. Yang menyokong pun dua kali lima. Cuba fikir, bila harga minyak naik, kaum Cina (yang majoriti memegang ekonomi) memaksa kerajaan menaikkan harga barang. Minyak naik automatik barang semua naik. Sapa supplier barang2 semua? Takkan org melayu agaknya? Bila minyak turun harga barang nak turun?? maafla..puak2 ini tak akan turun punya? nak protes? sapa yang buat protes??yang kaya sapa? org melayu kemana? jadi mangsa sajalah...orang-orang kampung yang beli barang-barang buat goreng pisang, petani, nelayan... tu semua org cina ke? Maafla, memang ana dah muak dengan pemerintahan yang semakin hari semakin menindas kita? tengok sahaja kaum India minta apa pada negara kita? Zaman dulu sapa berani persoalan ini semua? Tapi apabila pemimpin berdiam dan tak tahu lah apa yang dibuatnya. Sedar lah yang semakin hari kita semakin tertindas.
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 17-12-08 06:52
itulah yang di gembar gemburkan "tradisi membela rakyat kononnya"bukan membela tapi menindas adalah.dalam 50 tahun pemerintahan amno apela sangat perubahan pada orang melayu khususnya,makin sedih memikirkan.entahla apa nak jadi dengan malaysia ini.
|
adieq85
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.08.2008 Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi
|
Posting pada: 17-12-08 07:52
Alhamdulillah...syukur banyak-banyak...lega sikit rasanya bila harga minyak dah turun..lepas bajet bulanan...
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 17-12-08 10:27
Alhamdulillah minyak turun lagi... maybe kerajaan ingin tutup kelemahan mereka sebab gagal turunkan harga barangan di pasaran Malaysia.....dan nak tutup belanjawan untuk maitanance rumah pm dan tpm tu agaknya?????
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 17-12-08 11:46
Dulu beri alasan harga minyak tinggi..masa harga barang naik dulu, peniaga sibuk menyalahkan harga minyak menjadi punca menaikkan harga barang...Tapi, bila dah tujuh kali minyak turun, peniaga tetap mengekalkan harga yang sama....
|