Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 115
Ahli: 0
Jumlah: 115




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 44 hari yang lalu
al-biruni03: 73 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: bagaimana nak rawat hati???


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» bagaimana nak rawat hati???

Please Mendaftar To Post


Oleh bagaimana nak rawat hati???

nithtah_hujannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.08.2008
Ahli No: 34427
Posting: 89
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 14:34


assalammualaikum..

Dah lama rasanya saya tak memosting apa-apa kat dalam ukhwah ni..
tapi xdelah lama bebeno..
:kelip: :keli

tb2 saja terasa nak mengarang..
bukan apa-apa.. tiba-tiba jugalah hati ni terasa semacam..
rasa susah hati ada..sedih..pun ada..
tapi tak tahu apa kebenda yang nak disedih kan..
mungkin adalah tu kesilapan yang xdiperasankan yang telah dilakukan..


tak tahu nak buat bagaimana ni..
kawan-kawan ada tak cara nak menghilangkan kesedihan ni???
buat lawak ke bagi terhibur sikit hati ni..
hehehe :berfikir: :berfikir:

tlong ek???
:-( :-( :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For nithtah_hujannahProfil   Hantar PM kepada nithtah_hujannah   Quote dan BalasQuote

syahbi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 15-12-08 14:46


Haha...syah pun kadang-kadang rasa begitu...tiba-tiba saja sedih..rasa semacam lah...even kadang-kadang tiada apa untuk disedihkan...
Kadang-kdanag bangun pagi saja rasa nak menangis....tapi tak nangis lah ek

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahbiProfil   Hantar PM kepada syahbi   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 15-12-08 15:07


Baca buku ... :- "lah Tahzan" :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 15:08


selagi kita bernadi delam hayat kehidupan ini..maka selama itu lah kita akan tetap dipalitkan dengan berbagai rasa dari kehendak perasaan itu...semesti nya kita dalam waktu tertentu akan berasa sedih atau pun gembira,atau apa saja perasaan yang memungkin kan terjadi pada seseorang itu...pertamanya bila hati kita dalam wajah kesedihan atau pun dalam kata lain berduka lara...yang harus kita fahami benar,yakni kita harus bersabar dengan semua musibah yang menimpa itu...kemudian palingkan hati itu untuk mengadu pada Allah yang maha pengasih...insyAllah akan kita temui jalan selamat untuk tenangkan hati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 15:34


kalau ana bila time sedih ana suka bersendirian,nyanyi seorang-seorang .sibukkan diri degan pelbagai aktiviti supaya kesedihan tu hilang.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-12-08 16:33


Merawat Hati dengan mendampingkn diri kepada-Nya... :-)


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 17:31


rawat hati tu dengan zikir pada ALLAH SWT..selawat banyak-banyak buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..solat hajat dan yang penting berkawan rapat dengan kitab suci Al-Quran..InsyaALLAH memang dapat rawat hati..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

syahbi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 16-12-08 14:38


Tak tenang sungguh hati syah..Kenapa ek?sebab syah banyak buat dosa agaknya....ada perkara yang tak lepas...macam mana ini...hati syah tak tenang lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahbiProfil   Hantar PM kepada syahbi   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-12-08 14:54


dekatkan diri pada Allah.InsyaAllah rasa kosong dan tak tenang terubat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-12-08 15:20


cik boleh rawat hati ...
kalau hati cik deman..ambillah "panadol" zikir sebagai ubat

InsyAllah hati yang rawan akan menjadi menawan..

"ingat Allah hati akan tenang...."


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-12-08 16:16


banyakkan membaca kitabullah.....
InsyaALLAH hati akan tenang....
takkan sedih-sedih lagi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-12-08 17:43


!!! QUOTE !!!

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

PuteraAlamMaya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.01.2009
Ahli No: 36871
Posting: 51
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 29-01-09 16:19


Pada 17-12-08 17:43 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah



Macam pernah ana dengar lagu ini tapi di mana ya....
tak silap ana ni lagu jawa mula2nya...
Enggak begitu kakang shahir?


-----------------
REMEMBER!!!!
WHERE EVER YOU'RE.....
DEATH WILL FIND YOU OUT.....!!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteraAlamMayaProfil   Hantar PM kepada PuteraAlamMaya   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 16:27


AKIBAT MENGABAIKAN HATI

Peranan hati atau roh amat penting sekali. Ia penentu hidup mati manusia. Ia penentu kepada kebaikan atau penentu kepada kejahatan setiap individu. Kemudian bertolak dari individu yang baik atau jahat inilah menggambarkan
kehidupan seluruhnya sama ada di sudut ekonomi, pendidikan, perubatan, perhubungan, pentadbiran, politik, sosial dan sebagainya.

Jadi semuanya berpunca dari hati. Hati ini merupakan satu makhluk yang sangat tersembunyi, rahsia dan sulit untuk mengesannya. Tambah pula
ia dibentengi oleh kubu-kubu kebal jasad manusia itu sendiri. Ia jadi raja dalam diri. Duduknya di atas singgahsana hati daging. Istananya diri manusia itu sendiri.

Jarang manusia pedulikan raja dirinya. Sedangkan raja (hati) inilah yang menguasai manusia itu. Yang mengarahkan anggota lahir (tentera-tenteranya) supaya buat kebaikan atau kejahatan, yang jadi penentu selamat di dunia dan penentu selamat di Akhirat.

Inilah menjadi rahsia hidup manusia. Bagaimana corak hidup seseorang begitulah corak hatinya. Hati yang menentukan manusia.Segala bentuk perjalanan hidup yang ada di dunia, hati yang mencoraknya. Hal-hal yang dapat kita saksikan dengan mata kepala, sama ada yang menyenangkan kita atau menyusahkan adalah merupakan buah-buah yang wujud berpunca
daripada sebatang pokok yang tidak dapat dilihat oleh mata kepala iaitu hati atau roh.

Kedamaian dan keharmonian yang berlaku, membayangkan kedamaian dan keharmonian hati-hati manusia itu sendiri. Jadi kalau berlaku sebaliknya yakni huru-hara, haru-biru, hirukpikuk,berlakunya pergaduhan, perselisihan, pertarungan antara manusia dengan manusia, krisis yang tidak habis-habis,
perbalahan di mana-mana, tekanan, penindasan, penzaliman yang wujud di muka bumi ini, peperangan yang memusnahkan kehidupan manusia serta menghancurkan tamadun mereka, semuanya adalah berpunca daripada hati atau roh.

Hati yang jadi penentu kepada kebaikan dan kejahatan itu sudah tidak dipedulikan oleh manusia, sudah tidak diambil pusing lagi oleh pemimpin-pemimpin manusia, sudah tidak dihiraukan lagi oleh ulama-ulama. Cuma yang terfikir oleh mereka ialah bila hendak baiki keadaan atau suasana, mereka buatlah akta. Akta yang dijangka boleh membendung sedangkan yang buat akta itu sendiri pun tidak mahu ikut peraturan tersebut.
Dia mahu aktakan orang lain saja. Kalau sudah semuanya jahat, siapa lagi yang mahu ikut akta itu?

Dia tidak benarkan atau aktakan jangan mencuri. Tapi dia sendiri merompak. Dia katakan orang lain jangan rasuah tapi dia sendiri pecah amanah. Dia aktakan orang lain jangan bergaduh,tapi dia sendiri cetuskan pergaduhan. Dia aktakan orang jangan main pedang, tapi dia sendiri jadi pembunuh. Jadi sampai bila pun dunia tidak akan aman. Sebab yang hendak diaktakan ialah orang lain, sedangkan untuk diri sendiri terlepas.

Oleh kerana tidak mahu kembali memikirkan membaiki hati masing-masing, maka manusia di dunia hari ini sudah tidak oleh dipimpin lagi. Kejahatan-kejahatan yang dibuat oleh manusia itu akhirnya menyusahkan mereka sendiri. Para-para pemimpin, ulama-ulama, para pemikir masyarakat terus bingung dan langsung tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Mereka tahu penyakit tetapi tidak tahu mana sumbernya. Mereka tahu penyakit tetapi tidak tahu bagaimana mengubatnya. Mereka
rasa mereka pakar-pakar masyarakat tapi makin diubat, makin bertambah kronik sakitnya. Makin parah. Hingga doktor pun turut sama sakit. Pening dan bingung.

Payahnya kerana mereka hendak membaiki kejahatan manusia yang sudah majoritinya jahat. Cuma kejahatan-kejahatan itu bentuknya tidak sama. Ibarat doktor pakar lemah jantung tapi dia sendiri kencing manis yang serius. Dia ubat orang tapi dia juga sakit. Paling tidak mereka hanya mampu melihat penyakit-penyakit dengan mata lahir tapi tidak dapat melihat dengan
mata batin.

Apa yang termampu mereka lakukan untuk mengatasi masalah penyakit masyarakat yang sudah serius sampai boleh memusnahkan manusia, misalnya Aids, mereka kempen gunakan kondom sebanyak-banyaknya. Kalau timbul perbalahan, pergeseran atau peperangan, mereka buatlah akta-akta dan undang-undang untuk membendungnya. Walhal dalam masa
yang sama mereka juga buat peluru dan senjata-senjata perang
sebanyak-banyaknya. Mereka laga-lagakan satu sama lain supaya timbul peperangan. Bila perang berlaku, senjata mereka akan jadi satu income negara. Itulah kerja pakar-pakar internasional yang dikagumi oleh dunia. Padahal mereka itu bagaikan orang yang sesat di padang pasir di siang hari.

Kalau jentera-jentera pemerintah atau pegawai-pegawainya malas bertugas, tidak serius bekerja maka dibuatlah akta dan peraturan supaya bersih, cekap dan amanah. Tetapi pemerintah sendiri yang buat akta tersebut, tidak juga amanah, salahgunakan kuasa, seleweng wang negara dan sebagainya. Dia yang kaya raya, tetapi rakyat tetap miskin. Hidup tetap berkasta-kasta.

Apabila banyak perceraian yang berlaku di kalangan orang yang sudah bernikah kahwin, maka dibuatlah pelbagai enakmen untuk membendungnya. Oleh kerana ditekan oleh undang-undang dan akta, maka akhirnya suami isteri tinggal serumah tapi bilik masing-masing. Hendak bercerai takut dikenakan tindakan undang-undang atau tuntut-menuntut. Alhasil masalah tidak juga selesai-selesai. Undang-undang tadi bahkan menimbulkan
satu masalah baru yang lebih membingungkan.

Kalau anak-anak dianiayai oleh ibu ayah mereka, maka dibuatlah undang-undang untuk hukum saja ibu ayah itu, agar perkara itu tidak berlaku lagi. Tidak juga selesai masalah. Bila ibu ayah terpenjara, anak-anak akan terbiar. Akhirnya jadi sampah masyarakat. Buat lagi undang-undang baru. Tidak selesai-selesai juga. Akhirnya bingung.

Kalau berlaku pergeseran di antara buruh dan majikan, kadang- kadang buat demonstrasi untuk melahirkan rasa tidak puas hati. Lalu dibuat akta atau peraturan supaya krisis tidak berlanjutan. Diharapkan dengan itu dapat membendung ekonomi negara jangan sampai musnah. Krisis tetap juga berlaku. Ekonomi tetap merosot. Bahkan bemacam-macam akta, seribu
satu macam enakmen dibuat tetapi masalah masyarakat tidak juga selesai-selesai.

Di setengah-setengah negara yang mata hatinya sudah tertutup dan buta, yang selalu menggunakan fikiran yang dikatakan genius, pakar-pakar pemikir dunia, mereka jammed terus tidak dapat berfikir lagi. Sudah tidak tahu bagaimana lagi hendak selesaikan masalah dunia hari ini. Masalah perbalahan suami isteri saja sudah bingung untuk diselesaikan kerana tidak
pernah habis-habis. Lumrah berlaku di mana-mana saja. Sudah tidak ada kedamaian rumah tangga. Hidup nafsi-nafsi walaupun satu rumah. Akhirnya buat akta yang membolehkan manusia kahwin dengan binatang, kahwin dengan anjing atau bab*.

Begitulah manusia sekarang ini setelah hatinya buta, otaknya yang pandai melangit tidak boleh memimpin manusia lagi. Hati kalau sudah rosak, rosaklah tindakannya. Binasalah masyarakat. Otak yang bergeliga itu sudah tidak berfungsi dan berguna lagi.Tindakannya akan merosakkan lagi suasana yang sudah rosak itu. Manusia sudah tidak berjiwa manusia lagi. Sebaliknya sudah berjiwa binatang atau syaitan. Akhirnya lahirlah masyarakat haiwan
dan syaitan yang dilahirkan oleh manusia-manusia tadi.

Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami masukkan manusia ke Neraka kebanyakan daripada jin dan manusia yang mereka mempunyai hati tapi tidak mahu memahami dengannya dan mereka mempunyai mata tapi tidak melihat dan mereka mempunyai telinga tapi tidak mahu mendengar.
Mereka itu umpama binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi.” (Al A’raf: 179)

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

nizam_maniz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.02.2008
Ahli No: 32740
Posting: 65
Dari: S'gOr-terGaNu-M'kA

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 16:34


Jiwa atau hati adalah merupakan wadah atau tempat simpanan, sama ada tempat simpanan intan berlian maknawi dan rohani mahmudah yang amat berharga, atau tempat simpanan najis-najis maknawi dan rohani mazmumah yang jijik lagi kotor. Ia terpulang kepada kita mengisinya. Kita boleh buat pilihan sama ada hendak mengisinya dengan intan berlian mahmudah atau hendak mengisi dengan najis-najis mazmumah yang kotor.

Dari situlah ia akan dikeluarkan atau dialirkan kembali ke dalam kehidupan bermasyarakat melalui saluran tangan, kaki, mata, telinga, mulut dan perilaku kita dengan dibantu oleh kepandaian akal.

Apa yang disimpan di dalam khazanah hati atau jiwa itu, ia akan keluar setiap waktu sama ada kita sedari atau tidak. Sasarannya adalah di tengah kehidupan bermasyarakat. Ertinya masyarakatlah yang akan menerimanya, berkongsi sama dengan yang empunyanya. Kalau apa yang dikeluarkan dari khazanah hati atau jiwa itu sesuatu yang berharga seperti yang keluar itu ialah intan berlian maknawi dan rohani iaitu sifat-sifat mahmudah yang sangat memberi manfaat kepada empunyanya dan seluruh manusia seperti sifat-sifat ikhlas, pemurah, kasih sayang, lemah lembut, tawadhuk, bertolak ansur, simpati, sabar, redha, bekerjasama, tawakal dan lain-lain lagi sifat mahmudah yang berharga maka alangkah indahnya kehidupan bermasyarakat. Masyarakat mendapat keuntungan yang besar iaitu antaranya:

1.Yang miskin terbela.
2.Yang mendapat bala ditolong.
3.Yang kaya tidak didengki.
4.Orang tua, ibu bapa, guru, pemimpin dihormati.
5.Pemimpin adil.
6.Orang bawahan, kanak-kanak, orang yang lemah disayangi.

Aman, damai, bahagia dan harmoni. Inilah dia faedah yang didapati oleh manusia di dalam kehidupan dari intan berlian maknawi dan rohani iaitu sifat-sifat mahmudah yang mengalir dari simpanan khazanah hati atau jiwa yang murni.

Tapi alangkah malangnya kalau yang keluar daripada khazanah simpanan hati atau jiwa itu najis mazmumah yang busuk, yang jijik, yang menjadi racun di dalam kehidupan bermasyarakat. Sudah tentu punah dan rosak masyarakat. Binasalah masyarakat bilamana yang mengalir ke dalam masyarakat itu najis maknawi dan rohani seperti mengumpat, najis hasad dengki, najis pemarah, najis tamak, najis sombong, najis ego, najis mementingkan diri, najis adu domba, najis tidak bertimbang rasa, najis pembohong, najis memfitnah, najis khianat dan lain-lain lagi. Busuklah masyarakat. Cemarnya masyarakat. Kotorlah masyarakat. Ini adalah bala bencana yang dibuat oleh manusia sendiri.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah neneruskan azab kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka (kembali ke jalan yang benar)." (Ar Rum: 41)

Dari racun najis mazmumah yang mengalir itu, porakperandalah masyarakat. Bergaduhlah masyarakat. Bermusuhlah masyarakat. Berkrisislah masyarakat, pecah belahlah masyarakat, ketakutanlah masyarakat, huru-haralah masyarakat, berperanglah masyarakat. Berbagai-bagai gejala maksiat dan kemungkaran akan memenuhi masyarakat. Berbagai-bagai bentuk jenayah mengisi masyarakat.

Justeru itu hendaklah kita berusaha dan berjuang mengumpulkan sedaya upaya dengan bersungguh-sungguh intan berlian maknawi dan rohani di dalam simpanan khazanah hati dan jiwa kita agar ia akan jadi kekayaan dan aset agama kita, negara kita dan Akhirat kita yang sangat menguntungkan.

Begitulah juga hendaklah kita bersungguh-sungguh menghalang, membendung, menyekat najis-najis mazmumah yang busuk dan jijik itu daripada masuk ke dalam khazanah hati atau jiwa kita sebagai barang simpanan yang mana ia akan menjadi racun perosak kepada agama kita, diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nizam_manizProfil   Hantar PM kepada nizam_maniz   Quote dan BalasQuote

miss_pedusi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.02.2009
Ahli No: 37102
Posting: 74
Dari: putrajaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 15:50


dari pembacaan saya..

sekiranya hati resah, berduka, banyak2lah membaca surah ad-dhuha, al-insyirah...

saya dah amalkan sikit-sikit, sejak kes putus cinta di hari itu.. (aduhai... :oops: )
insyaAllah.. masa yang akan healkan...
:bunga:


-----------------
kita mahukan hari yang cerah. hakikatnya Tuhan tahu hujan perlu diturunkan.
...Tuhan lebih mengetahui bahawa kesusahan itulah yang mengajar erti


Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_pedusiProfil   Hantar PM kepada miss_pedusi   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 17:32


Pada 15-12-08 17:31 , adieq85 posting:

!!! QUOTE !!!

rawat hati tu dengan zikir pada ALLAH SWT..selawat banyak-banyak buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..solat hajat dan yang penting berkawan rapat dengan kitab suci Al-Quran..InsyaALLAH memang dapat rawat hati..



-----------------
http://www.dapatwang.com/?id=laila82


Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

are_dik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2004
Ahli No: 12567
Posting: 93
Dari: student

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 21:06


kalau sedih jangan lupa baca buku penawar bagi hati..abdul aziz ismail...ada jual di kedai buku....:-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_dikProfil   Hantar PM kepada are_dik   Pergi ke are_dik's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114619 saat. Lajunya....