Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 7 hari yang lalu
wyd1014: 15 hari yang lalu
haykal77: 23 hari yang lalu
Kakngah: 23 hari yang lalu
lidah-penghunus: 25 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: nikah cerai rujuk


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» nikah cerai rujuk

Please Mendaftar To Post


Oleh nikah cerai rujuk

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 01:32


kisah 1

setelah 10 tahun bergelar suami isteri, si suami yang tak bekerja di sara oleh isteri. Suami mengambil tugas menjaga anak-anak tapi keadaan itu tak lama suami terus saja ingin melafaskan cerai sebaik terjadi pertelingkahan. Sekarang canggih si suami melafaskan cerai melalui sms saja. Namun atas dasar perikemanusian mereka suami isteri bertekad mahu rujuk semula mugkin tidak sampai hati melihat anak-anak membesar tanpa kasih sayang mak ayah.

kisah 2

tak tau di mana silapnya, sikap panas baran suami semakin menjadi-jadi di kelar isterinya hingga isterinya menderita di hospital 6 bulan lamanya. Akhirnya anak-anak yang sudah meningkat dewasa sendiri berkata " Ayah tolong ceraikan mak, jangan terus menyiksa mak". Kini isteri bahagia tinggal bersama anak-anak tercinta, walau tanpa kasih sayang seorang suami lagi cukuplah anak-anak menjadi penganti.

ni kisah yang berlaku sendiri depan mata saya.......bila fikir-fikir balik tak kahwin pun tak pa lah........biar lah terus membujang....dari hidup terseksa.... :cry:

apa kata kawan-kawan di luar sana..........dulu masa kecil-kecil tengak dalam cerekarama TV tak real sekarang dengar luahan pihak isteri sendiri baru betul terasa....


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 14:00


Assalamualaikum

tertgk tajuk ni ingat Alkuliyyah jumaat baru-baru ini..
sekarang ini memang banyak kes2 kawin lepas itu cerai.. suka suki saja nak cerai.. cara melafazkan cerai main-main saja ..ingat main kawin2 ke?
Surah Annisa' ayat 1 menyatakan maksudnya:

!!! QUOTE !!!

1. Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu.


bernikah ini bukan sahaja berkawin dengan isterinya sahaja tapi seluruh kaum kerabat nya iaitu mengikat silaturahim... ini tidak,kawin lepas itu cerai lepas itu rujuk... fikir dulu sebelum buat keputusan..jangan fikir diri sendiri sahaja anak-anak juga serta kaum keluarga perlu difikirkan juga...

:jangan:



!!! QUOTE !!!

.bila fikir-fikir balik tak kahwin pun tak pa lah........biar lah terus membujang....dari hidup terseksa.... :cry:


kekadang terfikir juga macam itu.. :sopan:


-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH



Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 14:20


macam salah landing saja..patut pada topik isu semasa, pengetahuan am atau pun agama..anyway tak apa..maybe untuk panduan remaja agaknya..k ..

_________________________________________________________________________
(maaf menyebok..ingatkan ada kes budak-budak remaja yang macam ni..hhehe..)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-12-08 19:21


contoh kisah-kisah lain yang boleh dijadikan pedoman:

ISTERI MENDUAKAN SUAMI

!!! QUOTE !!!

DANG setia, saya ingin lontarkan racun bisa yang menjalar di setiap urat saraf kehidupan saya. Saya sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata yang menawan. Kehidupan saya juga bahagia selepas lebih 10 tahun berkahwin, namun bak kata pepatah, kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Dalam keindahan dan kebahagian meniti kehidupan, saya ditimpa dugaan yang bukan sedikit. Saya kini menjalin hubungan dengan suami orang. Apa yang berlaku ini tidak diketahui suami yang begitu baik pernah saya temui.

Kadangkala saya bertanya kepada diri sendiri mengapa ini terjadi sebab saya tahu semuanya salah. Terkadang saya rasa ini cubaan dan dugaan daripada Yang Maha Esa untuk menguji setakat mana kekuatan saya.

Saya seorang yang lantang bersuara lebih-lebih lagi dalam hal poligami. Baru-baru ini, saya membantu kawan menyelesaikan masalah rumah tangganya kerana suaminya yang sudah lanjut umur masih berlagak Romeo.

Saya memang marah dengan suami kawan saya sehingga benci yang teramat sukar dikawal. Namun, takdir menentukan kini saya pula menyayangi dan merindui suami wanita lain.


artikel asal

ISTERI CURANG BUAT JIWA TERTEKAN

!!! QUOTE !!!

SAYA sekarang dalam keadaan tertekan dengan isteri saya kerana masih lagi berhubung dengan kekasih lamanya melalui SMS dan emel. Kami berkahwin beberapa bulan lalu atas dasar suka sama suka dan kami berkenalan cuma dalam tempoh yang singkat.

Kami tinggal berasingan disebabkan faktor bertugas di kawasan yang jauh namun berjumpa hampir setiap hujung minggu. Saya menasihatinya beberapa kali supaya tidak lagi berhubung dan dia pernah berjanji untuk tidak buat demikian selepas kami berkahwin.

Namun, hati saya tergerak untuk menyiasat dengan mencari bukti dan akhirnya berjaya mendapatkan bukti yang mereka masih berhubung. Saya bertanya kepadanya Kenapa masih berhubung namun dia menyangkal pada mulanya. Selepas disoal berkali-kali, akhirnya dia mengaku.

Saya amat marah dan kecewa, tapi cinta saya padanya masih lagi menebal seperti sebelum ini. Apa yang menambah derita saya lagi ialah dia juga mengaku pernah terlanjur dengan kekasih lama sebelum berkenalan dengan saya.

Perkara ini menjadikan saya semakin tertekan dan tidak lagi merasa bahagia bersamanya. Setiap kali bersama isteri saya akan teringat yang dia pernah bersama dengan lelaki lain hingga mengakibatkan hubungan tidak sehangat sewaktu saya tidak mengetahuinya.

Sekarang isteri saya berbadan dua dan saya sayangkan hubungan ini walaupun terlalu pahit untuk ditelan. Saya berharap Datuk dapat memberi nasihat untuk menghadapi semua ini.

Isteri sudah memohon maaf dan berjanji tidak mengulanginya namun saya sudah hilang kepercayaan terhadapnya.


artikel asal

p/s: buat muslimah2 sekelian....jangan hanya anggap suami sahaja yang selalu timbulkan masalah selepas kahwin.....kaum isteri/wanita juga turut timbulkan masalah yang hampir sama....pendek kata....jagalah diri selepas kahwin....rasanya dugaan lepas kahwin lagi hebat daripada sebelum kahwin....kekadang ramai isteri menyalahgunakan lesen "SUDAH BERKAHWIN, SUDAH MEMPUNYAI SUAMI" dengan bersuka2 dengan lelaki lain TANPA PERLU RISAU akan anak yang bakal dilahirkan kelak.

p/s ke-2: zaman dulu....boleh jadi anak pertama datang dari benih yang masih tak sah (zina sebelum akad nikah)....zaman sekarang....boleh jadi anak ke-2 or ke-3 dan seterusnya itu....bukan datang dari benih suami, tapi hasil hubungan curang isteri dengan lelaki lain (di luar rumah mahupun dalam rumah suaminya sendiri)....takutnya bila baca berita2 kecurangan dalam newspaper dan kes2 di mahkamah syariah.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 19:37


ni kisah yang berlaku sendiri depan mata saya.......bila fikir-fikir balik tak kahwin pun tak pa lah........biar lah terus membujang....dari hidup terseksa.... :cry:







saya pernah baca HADITH NABI-SESUNGGUHNYA AKU MAKAN. Aku BERKAHWIN DAN TIDOR....BARANGSIAPA yang XIKOT SUNNAHKU MAKA DIA BUKAN DARI KALANGAN UMATKU......

saya baca SEKILAS saja HADITH TU,SEBAB baca kat KEDAI.XBLI pun....BELEK2 saja MAJALAH.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 23:37


Pada 14-12-08 19:37 , srikandi_islam posting:

!!! QUOTE !!!



saya pernah baca HADITH NABI-SESUNGGUHNYA AKU MAKAN. Aku BERKAHWIN DAN TIDOR....BARANGSIAPA yang XIKOT SUNNAHKU MAKA DIA BUKAN DARI KALANGAN UMATKU......

saya baca SEKILAS saja HADITH TU,SEBAB baca kat KEDAI.XBLI pun....BELEK2 saja MAJALAH.....


bukan tak nak berkahwin..........tapi perasaan takut tetiber menguasai diri.. :berfikir:


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 02:14


assaamulaikum...

last week alkuliyyah memang topik nikah cerai..
good topics for discuss...
benda yang sama sentiasa berulang walaupun..
ramai yang dah tahu hukumnya..
sepatutnya panjatkan kesyukuran kerana telah mendirikan rumahtangga...
bagaimana pula bagi orang yang nak berkahwin...
dah cukup syarat tapi tak betemu jodoh..
ingatlah hikmah sebuah perkahwinan tu..
ganjaran pahala berlipat ganda..
kalau kita benar-benar menghayati dan memahami..
erti sebuah perkahwinan..
insyaAllah sedikit sebanyak mengurangkan kes2 yang terjadi sekarang

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104989 saat. Lajunya....