Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 43
Ahli: 0
Jumlah: 43




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 3 hari yang lalu
Jaafar072286: 16 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: cinta....jiwang...?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» cinta....jiwang...?

Please Mendaftar To Post


Oleh cinta....jiwang...?

saujana_soleh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 210
Posting: 32
Dari: Alam fi Duniah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-10-03 22:47


bismillah
assalamualaikum saudaraku sekalian..

Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang
lampau…
Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan
pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita
cantik rupawan dan berbudi luhur.
Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran
cemerlang dan berkedudukan
tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri
yang sebegitu sempurna menurut pandangan manusia.

Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah
Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah
di masjid. Namun apabila beliau dapati
anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan
lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan
meneruskan perjalanan ke masjid.

Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali
lagi melalui jalan
di
rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar RA apabila
beliau dapati
anaknya
masih begurau senda dengan isterinya sebagaimana
sebelum beliau
menunaikan
solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil
Abdullah,
seterusnya
bertanya : “ Wahai Abdullah, adakah kamu solat
berjemaah ?†Tanpa
berhujah
panjang Abu Bakar berkata : ““Wahai Abdullah, Atikah
telah melalaikan
kamu
dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga
telah melengahkan
kamu
dari solat fardhu, ceraikanlah dia!†Demikianlah
perintah Abu Bakar
kepada
Abdullah. Suatu perintah ketika Abu bakar dapati
anaknya mula
melalaikan hak
Allah. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan
isterinya yang
cantik. Ketika beliau dapati Abdullah terpesona
keindahan dunia
sehingga
menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.

Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak
dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus
menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan
isteri yang cantik dan amat dicintainya.
Subhanallah!!!

-----------------pengajaran------------------

Dari dua petikan kisah di atas, marilah kita sama-sama
merenung tentang hakikat dan bagaimana cinta sejati ,
tulus dan suci itu sebenarnya.
Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa
dipenuhi dengan warna-warna cinta. Malah boleh kita
ungkapkan bahawa kehadiran manusia di muka bumi ini
disebabkan Allah SWT mencampakkan suatu perasaan di
dalam jiwa manusia, itulah CINTA.

Membicarakan tentang cinta ibarat menuras air lautan
dalam yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Tak kan
pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta
macam benda. Dari sekecil-kecil ikan hingga
ikan paus yang terbesar. Dari kerang sampai mutiara
malah jika diizinkan
Allah,kita mungkin menemui bangkai kapal dan bangkai
manusia!!!

Usia sejarah cinta seumur dengan sejarah manusia itu
sendiri. Jika di suatu tempat ada 1000 manusia maka di
situ ada 1000 kisah cinta. Dan jika di muka bumi ini
ada lebih 5 million manusia, maka sejumlah itu
pulalah kisah cinta akan digelar.

Walau berapa banyak pun nuansa cinta yang menjelma
menjadi
sebuah syair, drama, filem, lagu dan berbagai bentuk
hasil seni lain,
namun pada hakikatnya cinta itu hanya ada dua buah
versi sahaja. Versi cinta nafsu
(syahwat) dan cinta Rabbani.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah
mampukah kita membezakan yang mana cinta syahwat dan
mana cinta Rabbani?
Derasnya arus ghazwul fikr (serangan
pemikiran) dalam kesenian terutamanya, telah mampu
membungkus cinta syahwat sehingga ia tampil
sebagai cinta “suci†yang mesti diperjuangkan,
dimenangkan dan diraih seterusnya
untuk dinikmati.
Manusia seakan lupa pada sejarah. Lupa pada
kisah-kisah tragik yang berakhir di hujung pisau atau
dalam segelas ‘penawar’ rumpai.
Mereka semua rela diseret dan dijeremuskan ke dalam
lubang ‘neraka’ hanya untuk
mengejar salah satu rasa dari sekian banyak rasa yang
ada disudut hati manusia, itulah cinta.
Cinta memiliki kekuatan luar biasa. Dan
kekuatan cinta (the power of love) mampu menjadikan
manusia peribadi yang sangat nekad atau
sangat taat. Nekad dalam konteks sangat berani dalam
melanggar peraturan-peraturan Allah seperti berkhalwat
(berdua-duaan dengan bukan mahram), berkasih-kasihan
lelaki dan perempuan, berpegangan tangan,
mempertontonkan adegan berahi percuma di khalayak
ramai apatah lagi dalam sembunyi. Atau jika cinta tak
mendapat restu dari orang tua, pasangan
akan nekad, terus lari dari rumah atau berzina
(na’udzubillah min dzalik).
Dan tidak sedikit pula yang begitu nekad sanggup
melakukan perbuatan yang dilaknat Allah iaitu membunuh
diri demi cinta.
Peribadi-peribadi nekad seperti ini
menjadikan cinta sebagai tujuan bukan sebagai sarana
mencapai tujuan. Oleh itu tidak hairanlah
jika kita temui pelbagai kelakuan aneh para pencari
cinta yang tak masuk akal.
Sebab apa yang mereka tuju adalah suatu yang abstrak,
tidak jelas dan kan perkara yang pokok. Mereka sibuk
mencari dan mengertikan makna cinta sementara lalai
terhadap Dzat yang menganugerahkan cinta. Dzat yang
menumbuh suburkan rasa cinta. Dzat yang memberikan
kekuatan cinta. Dzat yang paling layak dicintai,
kerana Dia juga Empunya nikmat cinta. Allah Rabbul
‘Alamin.
Kisah tragik di awal tulisan ini
memberikan gambaran jelas
sikap manusia yang rela mengorbankan diri demi
sepotong cinta. Muda-mudi yang
nekad bunuh diri dengan pelbagai cara ini pada
dasarnya belum mengenali
hakikat cinta. Cinta yang mereka kenal selama ini
adalah cinta yang
ditunggangi oleh nafsu syahwat. Dan joki penunggangnya
adalah syaitan
laknatulllah. Pada momen ini syaitan berteriak
keriangan sambil
mengibar-ngibarkan bendera kemenangan kerana berhasil
menjerumuskan anak cucu Nabi Adam dalam neraka
jahannan dengan dalih cinta yang begitu
murah nilainya.

Sebuah kisah lain tentang tragedi cinta dan kebodohan
manusia yang amat memalukan berlaku di Dhaka. Menurut
laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri
tersebut, seorang ayah dan anaknya mati
saling tikam menikam hanya kerana merebut cinta
seorang gadis. Tragedi bermula
apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang
sering menjadi teman
asmaranya pada waktu yang berbeza adalah ayah dan
anak. Sampailah pada suatu saat mereka terserempak
pada waktu yang sama. Maka tragedi pun bermula.
Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada
pertengkaran dan akhirnya pergelutan dan perkelahian
yang berakhir dengan si ayah mati akibat
tertusuk di perutnya. Namun sebelum rebah ia berjaya
menancapkan belati di jantung anaknya. Matilah
keduanya. Dan pastilah neraka tempat kembalinya.
Itulah tragedi cinta. Cinta memang tak kenal
warna. Cinta tak kenal baik-buruk. Cinta tak kenal
rupa dan pertalian darah. Memang
begitulah adanya. Kerana yang mampu mengenal warna dan
baik-buruk adalah pelaku-pelaku cinta yang menggunakan
akal fikirannya.
Sebaliknya cinta juga mampu melahirkan
peribadi-peribadi yang mengagumkan. Peribadi yang tak
takut kehilangan suatu apa pun walau ia amat
cinta pada sesuatu. Namun kerana cinta yang hadir
dipenuhi dengan nuansa keimanan, maka mereka rela
mengorbankan apa saja yang mereka amat cintai
demi memperolehi keredhaan Dzat Pemberi cinta. Jiwa
mereka tidak gundah gulana kerana kehilangan cinta
duniawi kerana Allah sebagai Dzat pemberi
ketenteraman Peribadi-peribadi taat ini amat menyedari
bahawa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan.
Mereka yakin kenikmatan cinta tak ada
ertinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta.
Maka yang mereka cari adalah redha dan cinta Allah,
bukan cinta yang bersifat sementara.

Kisah Abdullah putera Abu Bakar RA menjadi
contoh kematangan pemuda yang mengenal erti cinta.
Bayangkan!! Dia memiliki isteri yang
amat cantik, berakhlak mulia, berkedudukan tinggi dan
berharta. Namun apabila ayahandanya memerintahkan
untuk menceraikan isterinya, dengan alasan
isterinya telah melalaikan Abdullah dalam menunaikan
hak Allah seterusnya
akan melengahkan Abdullah berjihad di jalan Allah.
Maka apa reaksi Abdullah?
Tidak!! Abdullah tidak marah langsung pada ayahnya.
Atau berusaha mengambil
pedang dan ingin memenggal kepala si ayah yang
berusaha memisahkan jalinan cinta yang memang sudah
sah itu. Sekali lagi tidak!! Pemuda yang
bernama Abdullah melihat perintah itu dengan kacamata
cinta yang diberikan Allah. Ia
rela menceraikan isteri yang dicintainya demi
mempererat hubungan cinta
dengan Allah. Subhanallah… Masih adakah pemuda-pemuda
seperti peribadi
Abdullah di zaman globalisasi kini?
Begitulah cinta. Ia mampu melambungkan
manusia pada derajat kemuliaan yang tak terhingga.
Manakala frekuensi atau gelombang
cintanya juga sudah selari dengan frekuensi atau
gelombang cinta yang Allah
kehendaki. Semuanya akan senada seirama. Tak ada
dengung sumbang, tak ada nada ternoda. Demikian indah
dan asli irama cinta sejati.




-----------------
Bila bercinta kerana Allah s.w.t,berpisahnya tidak gelisah,
Bila rindunya pada yang satu,bertemunya pasti tak jemu,
Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For saujana_solehProfil   Hantar PM kepada saujana_soleh   Pergi ke saujana_soleh's Website   Quote dan BalasQuote

Qudwah_hasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 121
Posting: 211

Sarawak  


posticon Posting pada: 23-10-03 11:24


subhanallah....begitu dalam sekali cinta Abdullah pada ALLAH swt...alangkah baik kalau kita insan biasa ini macam tu juga...

-----------------
TIDAK AKAN KAMU MERASA GUNDAH WALAUPUN SEKALI JIKA KAMU TAHU APA YANG DICARI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qudwah_hasanahProfil   Hantar PM kepada Qudwah_hasanah   Quote dan BalasQuote

islamic_princess
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-10-03 21:19


assalamualaikum
shukran jazilan di atas info yg telah diberikan

wassalam

-----------------
HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN
MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN
MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_princessProfil   Hantar PM kepada islamic_princess   Pergi ke islamic_princess's Website   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 28-10-03 12:52


Alangkah beertinya pengorbanan abdullah terhadap agamanya iaitu islam tercinta.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09917 saat. Lajunya....