Oleh |
Kenali Kekuatan Handset Kalian |
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 16:52
As salamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah, Topik ini saya akan menyenaraikan Jadual yang menerangkan mengenai Had Keselamatan Radiasi Tidak Mengion bagi setiap model telefon bimbit. Segala maklumat ini bersumberkan ICNIRP, ANSI dan IEEE (List of Type-approved Hand-Held Mobile Phones in compliance with Radiation Safety Standard) Permulaannya:  -----------------
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 11-12-08 16:59
argghh ... tak paham ... tak paham .... nampak menarik ... tapi tak paham ... tapi nak tau juga ... explen sikit pakcik ...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 17:00
'Kekuatan' di sini bermaksud kekuatan Radiasi yang dibebaskan oleh setiap model telefon bimbit. Terdapat dua (2) standard Had Keselamatan yang digunakan dalam hazad radiasi tidak mengion ini. Bersumberkan ICNIRP dan IEEE/ANSI. Berdasarkan ICNIRP Had Keselamatan yang dibenarkan adalah 2 Watt/kg, manakala Had Keselamatan bagi IEEE/ANSI adalah 1.6 Watt/kg. Jadi ayuh kita buat perbandingan kekuatan handset kita yang dinisbahkan dengan standard had keselamatan yang disenaraikan.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 17:02
Baiklah, mari kita teruskan dengan kepelbagaian model telefon bimbit yang ada di dunia ini;  -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 17:07
Seterusnya izinkan saya menerangkan beberapa singkatan yang ada dalam jadual di atas: SAR Value bermaksud Kadar Serapan Spesifik ataupun Spesific Absoption Rate. Nilai SAR ini dijadikan penanda aras bagi had keselamatan dedahan kepada manusia dengan unitnya Watt/kg ICNIRP = International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection ANSI = American National Standards Institute IEEE = Institute of Electrical and Electronics Engineers
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 17:21
Mari kita tengok yang seterusnya, adakah hanset kalian tersenarai?  -----------------
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 11-12-08 17:47
macam mana nak tengok ni??pening den..
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 11-12-08 17:55
den pong pening juga adui!aiyak  ----------------- "Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 18:32
Baiklah, biar saya terangkan bagaimana caranya hendak memahami jadual di atas. Kelihatan jadual berkenaan mempunyai 5 kolum yang mewakili 5 aspek iaitu: Kolum 1 dari kiri;Mewakili Nama Brand (Brand Name), contohnya Nokia Kolum 2;Nombor Model (Model Number), contohnya RH 30 (3200) Kolum 3;Nombor Sijil (Certificate Number), contohnya RM204011 Kolum 4 dan 5;Nilai Maksimum SAR (Maximum SAR Value) yang terbahagi kepada dua (2) iaitu Standard ICNIRP dan IEEE/ANSI -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 18:38
Kemudian, Katakanlah telefon bimbit kalian berjenis Nokia 3200, Kalian terus kepada jadual berkenaan cari Nama Brand Nokia dan tengok data-data yang telah disenaraikan. Berdasarkan jadual, Nokia 3200, mempunyai Nombor Model RH-30 (3200), dan Nombor sijil RM204011. Nilai SARnya pula ialah 0.56 berdasarkan standard ICNIRP. Secara keseluruhannya nilai SAR 0.56 bernisbahkan Had Keselamatan ICNIRP 2.0. 0.56 : 2.00 -----------------
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 11-12-08 18:45
penerangan ni tetap memeningkan kepala den
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 18:49
baiklah, shimaku berikan jenama/model henset shimaku beserta nombor modelnya... p/s Masih banyak lagi model yang teman tak paparkan. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 18:51
Sambungan model2 yang tersenarai dalam senarai;  -----------------
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 11-12-08 18:59
Pada 11-12-08 18:49 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! baiklah, shimaku berikan jenama/model henset shimaku beserta nombor modelnya...
p/s
Masih banyak lagi model yang teman tak paparkan.
 NOKIA - 3230 ----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer**
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 11-12-08 19:12
!!! QUOTE !!! p/s
Masih banyak lagi model yang teman tak paparkan. patut lah tak jumpa model nokia...ada lagi rupanya ----------------- "Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 19:31
Baiklah, bagi menjimatkan masa, rasanya ramai warga ukhwah yang mempunyai henset jenama Nokia. Jadi saya akan memaparkan data yang berkaitan dengan Nokia. Kemudian kalian beritahulah spesifikasi data kalian dan nilai SAR nya. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 19:32
Baiklah, di bawah ini data-data yang berkaitan dengan model telefon bimbit Nokia;  -----------------
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 11-12-08 19:33
yaya...den menunggu dengan penoh kesasapenan ini
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 19:34
Sambungan bagi telefon bimbit model Nokia;  -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 19:35
Keratan terakhir data model Nokia;  -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 19:36
Shimaku, dah jumpakah data-data berkaitan dengan Nokia 3230? jadi bolehlah Shimaku berkongsi nilai SAR nya...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-12-08 19:38
lemochi_adachi, marilah berkongsi sama data-data yang awak dapat?
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 11-12-08 19:43
NOKIA RM133(N73)(N73-1)) no sijil RM206402 Nilai SARnya 0.82 standard ICNIRP.
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 11-12-08 22:40
Pada 11-12-08 19:36 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Shimaku, dah jumpakah data-data berkaitan dengan Nokia 3230? jadi bolehlah Shimaku berkongsi nilai SAR nya... En.Daeng dapat da ni data-data telefon saya: Nokia RM-51 (3230) no.sijil RM205120 Nilai SAR 0.39 standard ICNIRP  ----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer**
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 12-12-08 08:14
Akhirnya dapat juga shimaku mengenalpasti spesifikasi telefon bimbit dan nilai SARnya. Namun begitu apakah motif kita mengetahui nilai SAR ini? Tujuannya bukan apa, supaya kita tahu nilai SAR telefon bimbit kita bernisbahkan nilai Had Keselamatan yang dibenarkan di peringkat antarabangsa. Nilai SAR yang dinisbahkan samaada standard ICNIRP ataupun IEEE/ANSI lebih bermakna jikalau kita lihat dari sudut ’Magnitud Hazad’. Contohnya nilai SAR Nokia 3230 adalah 0.39 bernisbahkan 2.00 standard ICNIRP. Jadi magnitud hazadnya adalah 0.39/2.00 = 0.195 Sebagai skala 0 hingga 1.00, lagi besar magnitud hazad lagi besar potensi bahayanya. p/s Konsep Magnitud Hazad adalah ciptaan saya sendiri jadi konsep ini boleh dipertikaikan. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 12-12-08 08:19
Sebagai pembandingan telefon bimbit milik lemochi_adachi dan shimaku, Nilai SAR Nokia N73 adalah 0.82 Nilai SAR Nokia 3230 adalah 0.39 Jadi Magnitud Hazad bagi Nokia N73 adalah 0.41 manakala Nokia 3230 pula bernilai 0.195. MgHz N73 > MgHz 3230 dengan nilai 0.41 > 0.195-----------------
|
PerMataHiJau
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.10.2007 Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA
|
Posting pada: 12-12-08 08:29
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 12-12-08 08:38
Wa alaikumusalam wbt Nanti saya kongsikan model2 telefon bimbit yang lain.
|
PerMataHiJau
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.10.2007 Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA
|
Posting pada: 12-12-08 08:39
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 12-12-08 08:39
Sekarang saya senaraikan model telefon bimbit Sony Ericsson;  -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 12-12-08 08:50
Sambungan bagi model telefon bimbit Sony Ericsson;  Dan yang terakhir;  -----------------
|
hid_uniten
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.09.2005 Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::
|
Posting pada: 12-12-08 08:51
o..baru hid tau..lagi tinggi lagi bahaya lah ya..selepas ini siapa nak beli hp baru, boleh cek jadual di atas sebelum beli...
|
True_Heart
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.11.2007 Ahli No: 31612
Posting: 86
|
Posting pada: 12-12-08 09:52
Pada 12-12-08 08:51 , hid_uniten posting:!!! QUOTE !!! o..baru hid tau..lagi tinggi lagi bahaya lah ya..selepas ini siapa nak beli hp baru, boleh cek jadual di atas sebelum beli... bila hid bagitahu begini, baru true_heart faham...aduh...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 12-12-08 11:46
Kongsian untuk telefon bimbit model O2 pula;  -----------------
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 14-12-08 19:33
Pada 12-12-08 08:19 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Sebagai pembandingan telefon bimbit milik lemochi_adachi dan shimaku,
Nilai SAR Nokia N73 adalah 0.82 Nilai SAR Nokia 3230 adalah 0.39
Jadi Magnitud Hazad bagi Nokia N73 adalah 0.41 manakala Nokia 3230 pula bernilai 0.195. MgHz N73 > MgHz 3230 dengan nilai 0.41 > 0.195
 so it's means hp saya mendatangkan bahaya lah ye en daeng?? ----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer**
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 15-12-08 16:58
Sebenarnya shimaku, setiap telefon bimbit di atas merbahaya. Cuma darjah ke'merbahaya'annya yang berbeza. Jadi untuk memudahkan perbandingan, saya telah terbitkan konsep ’Magnitud Hazad’ untuk jangkaan dan perbandingan yang lebih ringkas secara kuantitatifnya. Di bawah saya cuba takrifkan perkataan ’Hazad’ Hazad bermaksud keadaan sumber ataupun situasi yang berpotensi untuk menyebabkan bahaya, kemusnahan harta, bencana, kesan fizikal (seperti penyakit dan kemalangan kepada manusia), bencana alam dan sebagainya.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 15-12-08 17:04
magnitud hazad yang P.D cipta tu tak boleh nak dipertikaikan sebab dia memang ambil direct daripada nisbah dengan safety limitnya...betul tak P.D..ni kan konsep nisbah antara 0 dan 1..maknanya lagi mendekati 1, maka lagi bahaya lah kan.. apapun, handset saya tak ada dalam senarai..makna kata..handset saya selamat lah eh..
|
BDK_SEMPOI85
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.11.2007 Ahli No: 31867
Posting: 115
Dari: johor
|
Posting pada: 15-12-08 17:11
a'a lah...hp saya pun tak ada kat atas...mknanyer,...tak bhaya lah erk...  ...slmat..
|
adieq85
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.08.2008 Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi
|
Posting pada: 15-12-08 17:17
Pada 11-12-08 19:32 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Baiklah, di bawah ini data-data yang berkaitan dengan model telefon bimbit Nokia;

tak berapa fahamlah..saya guna N73..apa yang saya dapat, ni lah.. Brand - Nokia, Model Number - RM-133(N73(N73-1)) Certificate No. - RM206402 Based On ICNIRP - 0.82 Betul ke apa yang saya dapat ni???
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 15-12-08 17:20
hui ana punya SAR 1.31 tinggi juga hiss bahaya ini ... p/s kena cari telefon bimbit yang rendah SAR nya lepas ni pepun thanks atas perkongsian ini.. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 15-12-08 17:21
erm... saya ada banyak lagi senarai2 model telefon bimbit ni... Mana yang tiada dalam senarai itu lagilah patut dibimbangi kerana taksiran nilai SARnya tidak diketahui.... -----------------
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 16-12-08 15:45
Pada 15-12-08 16:58 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Sebenarnya shimaku, setiap telefon bimbit di atas merbahaya. Cuma darjah ke'merbahaya'annya yang berbeza. Jadi untuk memudahkan perbandingan, saya telah terbitkan konsep ’Magnitud Hazad’ untuk jangkaan dan perbandingan yang lebih ringkas secara kuantitatifnya. Di bawah saya cuba takrifkan perkataan ’Hazad’
Hazad bermaksud keadaan sumber ataupun situasi yang berpotensi untuk menyebabkan bahaya, kemusnahan harta, bencana, kesan fizikal (seperti penyakit dan kemalangan kepada manusia), bencana alam dan sebagainya.  kalau macam tu kena tukar hp lah ni ek... ----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer**
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-12-08 16:10
Shimaku, Sepertimana yang saya nyatakan sebelum ini setiap telefon bimbit merbahaya, namun darjah ke’ merbahaya’annya berbeza. Jadi tidak dapat tidak, kita kena hadapinya juga sebab kita ini pengguna. Namun tahap risikonya yang perlu diberi perhatian. Risiko ditakrifkan sebagai kombinasi kebarangkalian dan darjah keterukan keadaan sesuatu itu. Ataupun dirumuskan sebagai = S . L = Risk S = Severity L = Likelihood Contohnya begini, untuk mengetahui tahap risikonya kita tengok tahap keterukannya dan kebarangkalian/kekerapan terjadi. Kajian epidemiologi ada menyatakan gelombang elektromagnetik, EMF (contoh: Gelombang telefon bimbit) adalah penyebab kanser (Carsinogen). Untuk ditakrifkan ianya sebagai berisiko, darjah keterukannya dan kekerapan dedahan kita nilaikan. Ini diwakilkan sebagai ‘ Magnitud Risiko’. Ada pelbagai kaedah untuk memperolehi ‘Magnitud Risiko’ ini, bergantung kepada penyelidik untuk memilihnya. Sebagai orang awam, apa yang boleh dilakukan adalah mengurangkan risiko. Tidak perlu pendekatan kejuruteraan mahupun perubatan, cuma pendekatan yang boleh sama-sama kita laksanakan. p/s sama ada kita sedar atau tidak, kita memang tidak dapat mengelak dari terkena dari dedahan kepada gelombang elektromagnetik ini. Sama ada secara buatan (Artificial) ataupun semulajadi. -----------------
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 16-12-08 16:19
thanks for da info...so lepas ni pastikan jangan biarkan anak-anak anda main hp anda ye...anda mampu mengubahnya
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 16-12-08 16:20
Pada 12-12-08 08:14 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Contohnya nilai SAR Nokia 3230 adalah 0.39 bernisbahkan 2.00 standard ICNIRP. Jadi magnitud hazadnya adalah 0.39/2.00 = 0.195 Sebagai skala 0 hingga 1.00, lagi besar magnitud hazad lagi besar potensi bahayanya.
 En.daeng bila baca penerangan ni terbukti bahwa hp yang saya gunakan sekarang ni memang tahap keterukan bahayanya memang bahaya lah ye..so saya kena lah berusaha untuk menukar hp lain...  ----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer**
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-12-08 16:24
Pada 15-12-08 17:04 , sayatetapsaya posting:Waalaikumusalam wbt... kiraan ringkas saja tu ehehehe...eh, sayetetapsaye lagi bahaya kalau tak ada dalam senarai tu. mana tau... -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-12-08 10:33
Waspada risiko radiasi telefon bimbitSATU laporan Reuters dari Philadelphia, Amerika Syarikat minggu lalu menyatakan bahawa satu class action (tindakan mahkamah oleh seorang plaintif bagi pihak sekumpulan plaintif yang ramai) telah difailkan di mahkamah terhadap syarikat pembuat dan pembekal telefon bimbit di negara itu. Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan pada Jumaat, 20 April lalu itu, plaintif mendakwa bahawa bahang radiasi dari telefon bimbit yang digunakan oleh plaintif mendatangkan bahaya (menyebabkan mudarat) kepada kesihatan, termasuklah pelbagai infeksi (kesan paling ringan) dan kerosakan otak (kesan yang lebih teruk). Dalam pernyataan tuntutan setebal 58 muka surat yang difailkan di mahkamah negeri Maryland di Baltimore, plaintif mendakwa bahawa pembuat dan pembekal telefon bimbit di negara itu tahu bahawa produk mereka ada mengeluarkan gelombang mikro radiasi di tahap yang tidak selamat bagi pengguna, tetapi sengaja tidak mendedahkan fakta itu kepada pengguna. Sehubungan itu, satu lagi tuntutan yang serupa difailkan oleh plaintif lain di New York pada hari Khamis sebelumnya. Antara syarikat yang disebutkan sebagai defendan dalam tuntutan mahkamah itu adalah Motorola Inc., Nokia Corp., Verizon Communications dan Sprint PCS. Sehingga hujung minggu lalu, defendan tersebut enggan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung tindakan mahkamah ini, selain mengatakan bahawa kes itu sedang diteliti oleh peguam masing-masing. Jurucakap Verizon Communications, Nancy Stark, bagaimanapun dilaporkan berkata bahawa standard keselamatan telefon bimbit ada ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan dan Pentadbiran Dadah dan Makanan (nothing) dan syarikatnya telah lama mematuhi standard tersebut. Nancy menambah bahawa berasaskan kajian dan data sainstifik, nothing telah menyatakan bahawa telefon bimbit yang dipasarkan oleh syarikatnya tidak mendatangkan apa-apa risiko kepada kesihatan pengguna. ASAS TUNTUTANDalam tuntutannya, plaintif mendakwa bahawa cara biasa telefon bimbit digunakan (yang menghendaki pengguna meletakkannya rapat ke telinga) mendedahkan otak seorang itu kepada radiasi gelombang mikro yang boleh merosakkan DNA, menjejaskan fungsi sel dan aktiviti asas otak. Dalam tuntutan mereka, plaintif tidak menuntut ganti rugi am kerana mudarat sebenar yang ditanggung (boleh jadi kerana kesukaran mengemukakan bukti mengenainya). Sebaliknya, plaintif menuntut wang pampasan untuk membeli peralatan telefon yang lebih selamat (tidak menimbulkan risiko), serta ganti rugi punitive (menghukum) yang akan ditaksirkan oleh juri. INDUSTRI TELEFON BIMBITIndustri telefon bimbit di Amerika Syarikat dianggarkan bernilai AS$53 bilion, manakala penggunanya dianggarkan berjumlah 113 juta orang, iaitu kira-kira kurang sedikit dari satu perlima pengguna seluruh dunia, yang dianggarkan (pada awal tahun 2001) berjumlah 625 juta orang. Pada setiap hari, lebih 30,000 pengguna baru telefon bimbit didaftarkan di Amerika. Setakat ini, lebih sedozen tuntutan mahkamah telah difailkan oleh beberapa kumpulan plaintif terhadap industri ini. Boleh dikatakan semuanya gagal, baik yang difailkan di Amerika Syarikat mahupun di negara lain (seperti di China). Kebanyakan tuntutan itu ditolak di peringkat awal. Belum ada yang sampai hingga ke peringkat perbicaraan di hadapan mahkamah. Dalam kes terbaru minggu lalu ini, ia difailkan oleh seorang peguam bernama Peter Angelos, yang banyak pengalaman mengendalikan kes serupa ini terhadap syarikat-syarikat rokok dan asbestos di Amerika dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Pada Januari lalu, Angelos mewakili seorang pakar neurologis dari Baltimore dalam tindakan mahkamahnya, di mana pakar itu mendakwa telefon bimbitnya telah mengakibatkan ketumbuhan pada otaknya. Akhbar tempatan, Baltimore Sun, dalam satu laporannya berhubung kes yang difailkan ini, menyarankan pengguna telefon bimbit di negeri itu untuk sentiasa memakai alat telinga apabila menggunakan telefon bimbit. Akhbar itu selanjutnya memetik Angelos sebagai berkata bahawa kaedah `lebih selamat' menggunakan alat telinga ini dengan sendirinya menunjukkan ada bahayanya menggunakan telefon bimbit tanpa alat telinga. KAJIAN TERDAHULUMengikut kajian yang sebelum ini dijalankan oleh New England Journal of Medicine dan Persatuan Perubatan Amerika (AMA) tiada terdapat apa-apa bukti kukuh bahawa penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan ketumbuhan dalam otak kepada penggunanya. Tetap bertahanNamun begitu, Angelos tetap bertahan dengan dakwaannya bahawa risiko radiasi (RFR) dari penggunaan telefon bimbit sudah diketahui oleh ahli sains sejak pertengahan tahun 1960-an. Kata Angelos lagi, kajian sains sudah lama membuktikan bahawa antenna yang dipakai pada telefon bimbit itu boleh mendeposit atau menyampaikan radiasi (RFR) pada badan manusia, boleh menembusi tisu manusia, apatah lagi menembusi otak manusia yang sudah pasti organ manusia paling lembut dan paling sensitif. Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan olehnya itu, Angelos menekankan bahawa kesemua defendan tahu tentang penemuan sains ini tetapi mereka sengaja `menyembunyikannya, meremehkan kesahihannya dan berusaha terus menolaknya' supaya mereka boleh terus berleluasa menjual dan mendagangkan produk mereka kepada pengguna, tanpa terikat kepada (mematuhi) standard keselamatan yang sewajarnya. Satu laporan CNN Julai 2000 lalu memetik nothing sebagai berkata bahawa kajian mengenai risiko radiasi telefon bimbit di negara itu masih belum muktamad. Manakala ada kajian yang mengatakan ada bahaya, ada pula kajian lain yang menafikannya. Oleh itu, kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan. Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, nothing menyarankan pengguna telefon bimbit untuk sentiasa menggunakan alat telinga bila menggunakan telefon. nothing juga menasihatkan pengguna supaya menggunakan telefon bimbit untuk jangka waktu yang pendek sahaja. Andainya mereka berhasrat berbual atau berbincang panjang, gunakan telefon biasa dan jangan gunakan telefon bimbit. MENGUKUR KADAR RADIASIMengikut Persatuan Industri Telekomunikasi Selular, satu cara menentukan sama ada radiasi yang dipancarkan oleh sebuah telefon bimbit itu sampai ke paras bahaya ataupun sebaliknya ialah dengan mengesan dan menentukan kadar penembusan radiasi itu (dipanggil specific absorption rate, SAR) kepada badan manusia. Mengikut Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), kadar SAR paling maksimum yang dibenarkan ialah 1.6W/kg (1.6 watt bagi setiap satu kilogram). Jika sebuah telefon bimbit itu mengeluarkan kadar radiasi yang lebih tinggi daripada kadar tersebut, ia tidak lagi dikira selamat kerana kadar radiasi yang lebih tinggi itu boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. Mengikut satu carta yang disediakan dalam sebuah laman web tajaan CNET, 10 jenis telefon bimbit di Amerika Syarikat yang dianggap hampir ke tahap merbahaya (tapi masih lagi di bawah paras maksimum yang ditetapkan oleh FCC) adalah seperti berikut - (a) Ericsson T28 World - kadar SAR 1.49 (b) Nokia 5170i - kadar SAR 1.49 (c) Nokia Digital 5160 - kadar SAR 1.45 (d) Nokia 5170 - kadar SAR 1.45 (e) Denso tapi 2200 - kadar SAR 1.44 (f) Samsung Uproar - kadar SAR 1.437 (g_) Nokia 6162 - kadar SAR 1.42 (h) Nokia 6185i - kadar SAR 1.41 (i) Qualcomm QCP - 1960 - kadar SAR 1.41 (j) Kyocera QCP-6035 - kadar SAR 1.41 Alangkah baik sekali jika Kementerian Komunikasi dan Multimedia negara kita ini juga dapat mengeluarkan maklumat terperinci tentang kadar radiasi yang dipancarkan oleh beberapa jenis telefon bimbit yang ada dipasarkan di negara ini. Dengan maklumat itu, kita boleh tahu apakah telefon bimbit yang kita miliki sekarang ini masih berada di bawah paras bahaya yang dinyatakan oleh FCC itu atau sebaliknya. Sementara kita menunggu data sedemikian itu diumumkan oleh kerajaan kita, wajarlah sebagai langkah awalan kita gunakan alat telinga setiap kali kita berbual panjang menerusi telefon bimbit. Sumber: Utusan Malaysia 25 April 2001 p/s Bagaimana pula ya keadaannya di Malaysia? Kanak-kanak pun sudah pandai menggunakan telefon bimbit. -----------------
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 17-12-08 10:41
tips penggunaan HP banyak gunakan handsfree.... kurang lah radiasi kerana radiasi adalah pancaran foton yang kekuatannya berkurang kuasa due dengan jaraknya......... lagi satu kalau tak ada h/free, masa hp tu dialing jangan terus letak kat telinga sebab pada masa tu lah hp akan keluarkan radiasi yang lebih kerana hp sedang cuba untuk mencari frekuensi untuk no yang didail........... negara china mempunyai syarat yang ketat dalam kadar radiasi ni tapi tak ingat berapa......
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-12-08 11:28
terima kasih alwalid kerana sudi berkongsi sama. Diharap alwalid sudi berkongsi ilmu yang bermanfaat disini khususnya dalam bidang fizik gelombamg ini yang sememangnya bidang saudara alwalid. Diharap juga warga ukhwah dari lain-lain lapangan seperti perubatan, bioperubatan, biokejuruteraan, kejuruteraan elektrik dan elektronik sudi berkongsi maklumat bersama. Warga ukhwah yang lain, marilah sama-sama berkongsi idea dan pendapat...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-12-08 11:30
!!! QUOTE !!! negara china mempunyai syarat yang ketat dalam kadar radiasi ni tapi tak ingat berapa...... Syarat yang ketat? tak sangka pula China ada dasar sebegitu, kerana setahu saya China kurang menitikberatkan soal keselamatan dan kesihatan ini.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-12-08 11:34
Sepertimana yang telah saya katakan dulu, ada ujikaji berkenaan kesan radiasi telefon bimbit dilakukan di Jepun; Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah: Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut: 15 minit - tiada apa yang berlaku. 25 minit - telur mulai panas. 45 minit - telur telah panas. 65 minit - telur telah masak. Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit. Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?  p/s Sumber: Dipetik dari Internet -----------------
|
hid_uniten
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.09.2005 Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::
|
Posting pada: 17-12-08 11:51
Pada 12-12-08 09:52 , True_Heart posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-12-08 08:51 , hid_uniten posting:!!! QUOTE !!! o..baru hid tau..lagi tinggi lagi bahaya lah ya..selepas ini siapa nak beli hp baru, boleh cek jadual di atas sebelum beli...
bila hid bagitahu begini, baru true_heart faham...aduh... hid pun pening juga, cuba pahamkn sikit-sikit.hehe..
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 17-12-08 12:02
daeng, mas tak jumpa jenama telefon mas pun.. puas check.. sakit mata... Sony Ericsson K530i..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-12-08 14:30
Ada saja mas_ayu, cuba tengok betul-betul. Telefon bimbit mas_ayu mempunyai nilai SARnya = 1.17 W/kgJadi Magnitud Hazadnya ialah 0.59 dalam skala 0 hingga satu. Agak tinggi juga. Sememangnya telefon jenama Sony Ericsson ini agak tinggi nilai SARnya berbanding jenama telefon bimbit lain seperti Nokia.
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 18-12-08 14:05
Pada 17-12-08 14:30 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Ada saja mas_ayu, cuba tengok betul-betul. Telefon bimbit mas_ayu mempunyai nilai SARnya = 1.17 W/kg
Jadi Magnitud Hazadnya ialah 0.59 dalam skala 0 hingga satu. Agak tinggi juga. Sememangnya telefon jenama Sony Ericsson ini agak tinggi nilai SARnya berbanding jenama telefon bimbit lain seperti Nokia.  ye ke En Daeng?? mujur lah tak pernah guna model sony ericson ----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer**
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 18-12-08 14:56
Saya ada membaca buku yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang bertajuk “Radiasi, Telefon Mudah Alih, Stesen Pangkalan dan Kesihatan Anda”. Namun saya masih sangsi dengan kejujuran kerajaan berkenaan dengan isu ini. Kebanyakan isi buku ini seakan-akan menafikan gejala yang berlaku. Semuanya berdasakan bukti kajian epidemiologi yang menyatakan ketidakpastian dengan keputusan. p/s Susah nak percaya Kerajaan sekarang ni... -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-12-08 10:35
Pada 18-12-08 14:05 , shimaku posting:!!! QUOTE !!! Pada 17-12-08 14:30 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Ada saja mas_ayu, cuba tengok betul-betul. Telefon bimbit mas_ayu mempunyai nilai SARnya = 1.17 W/kg
Jadi Magnitud Hazadnya ialah 0.59 dalam skala 0 hingga satu. Agak tinggi juga. Sememangnya telefon jenama Sony Ericsson ini agak tinggi nilai SARnya berbanding jenama telefon bimbit lain seperti Nokia.
ye ke En Daeng?? mujur lah tak pernah guna model sony ericson Tak salah nak guna henset apa pun, cuma langkah kawalan tu yang penting. ianya jadi bahaya jika langkah2 kawalan yang sepatutnya tidak diambil. Langkah kawalan macam kawan-kawan ukhwah cakapkan kat atas tu contohnya tidak memberi kanak-kanak menggunakan henset, bercakap terlampau lama dan lain-lain... -----------------
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 12-01-09 14:23
Bagaimana pula ye dengan handphone jenama CSL.. ataupun nama penuhnya Commitment Service loyalty..
|