Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 11 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: ...bincang fatwa warta haram rokok...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» ...bincang fatwa warta haram rokok...

Please Mendaftar To Post


Oleh ...bincang fatwa warta haram rokok...

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 15:17


alangkah baiknya Kalau ianya jadi kenyataan..
________________________________________________________

bincang fatwa warta haram rokok.

Menteri minta pandangan pakar Islam berhubung cadangan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak yang arif mengenai agama Islam berhubung cadangan Ahli Parlimen supaya fatwa pengharaman rokok diwartakan dengan segera.

Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai, berkata perbincangan dengan pakar agama itu akan membolehkan pihaknya mendapat penjelasan lanjut Kenapa sehingga kini fatwa yang dibuat pada 1997 tidak diwartakan.



"Mengenai fatwa ini, kita akan bincangkan jika ia dapat memastikan jumlah perokok dapat dikurangkan," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Sebelum itu, Dr Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yang bangun mencelah ketika sesi penggulungan itu ingin mengetahui mengapa fatwa berkenaan tidak diwarta dan adakah kerajaan bimbang langkah itu akan menyebabkan ramai perokok beragama Islam ditangkap.

Mujahid juga menyifatkan langkah kerajaan membelanjakan kira-kira RM22 juta bagi 'Kempen Tak Nak Merokok' kurang berjaya kerana masih ramai yang tidak membuang tabiat buruk berkenaan.

Beliau juga mencadangkan supaya digunakan istilah najis rokok sama seperti ungkapan najis dadah yang diguna sekarang bagi mewujudkan budaya tidak sukakan bahan berkenaan.

Liow berkata, berdasarkan kepada perangkaan 2006, jumlah perokok berusia 18 tahun ke atas sudah berkurangan.

"Pada tahun berkenaan jumlah perokok sudah berkurangan dua peratus berbanding 2005 dan ini membuktikan 'Kempen Tak Nak Merokok' sebenarnya berjaya," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, jumlah doktor di seluruh negara sekarang sebanyak 23,738 orang.

"Nisbah sekarang ialah seorang doktor bagi setiap 1,145 penduduk dan ia jauh ketinggalan berbanding nisbah yang sepatutnya iaitu seorang doktor bagi setiap 600 penduduk," katanya.

Bagi menampung kekurangan itu, katanya, kerajaan membuat keputusan untuk meningkatkan jumlah doktor warga asing di negara ini daripada 490 orang kepada 1,000 orang.

"Bagi meningkatkan bilangan doktor pakar, kita membuat keputusan menambah pengambilan pelajar sarjana perubatan daripada 450 orang setahun kepada 600 orang," katanya.

Sementara di luar Dewan Rakyat, Liow berkata, kementerian sudah mendapat kelulusan Kabinet untuk menambah bilangan doktor, termasuk doktor pakar dari luar negara untuk berkhidmat di hospital kerajaan yang sedang menghadapi kekurangan kakitangan yang amat kritikal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-12-08 09:33


assalamualaikum
jika rokok diharamkan...maka kilang membuat rokok di negara ini mesti di tutup...penanaman tembakau mesti di tutup sekiranya fatwa pengharaman rokok diwartakan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 09:44


ala,,,,arak tu da terang-terang diharamkan,,,,tapi kilang punya lah besar kat shah alam tu.....hurm.....camno nak kobakan tu???

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-12-08 09:51


kilang arak di batu 3 diluluskan semasa rafidah aziz jadi menteri...pada tahun 1980an lagi...


kilang guiness stout dan kilang carlsberg di batu 3...telah diluluskan pada tahun 1980an...





adalah tanggungjawab kerajaan yang mentadbir negeri Selangor hari ini untuk menutup kilang arak itu sebelum lebih rtamai remaja terjebak ke kancah maksiat minum arak...


kerajaan selangor menyatakan yang arak akan di kawal secara beransur-ansur ...supaya akhirnya dalam mencontohi kerajaan Kelate.
dilaporkan Shah Alam dari seksyen 1 hingga seksyen 24 dilarang penjualan arak di 7 eleven...cuma di hotel belum dapat dibendung lagi...


mengawal premis baru yang mungkin tidak akan dikeleuarkan lagi lesen baru premis arak..

dihotel hotel masih belum dibendung...kita doakan saja... arak dihapuskan semuanya di negara kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

qing_er
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.01.2004
Ahli No: 6711
Posting: 45
Dari: Pontian,Johor D.Takzim

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 10:35


Teringat masa dalam class terakhir international marketing... seorang manager berbangsa chinese dan mengaku bahawa dia quick smoker turut memberi pendapat pada kami... katanya bagaimana mahu dilaksanakan undang-undang tidak merokok ini sedangkan orang-orang yang buat undang-undang juga merokok.. lihat sajalah siapa yang selalu merokok... kamu semua sendiri tahu... di lihat kat mana-mana saja.. siapa ye? di kedai kopi? di tepi surau atau masjid? ada saja....

Semasa kami membincangkan case tobacco ini dalam class.. ramai audience adalah perokok dan mereka muslim tak mampu bersuara bila kami keluarkan fatwa haram merokok... dan ada juga seorang manager dari tobacco company terbesar kat malaysia dalam tu juga terpaksa berdiam diri macam kutu..

Maknanya ini bukan sahaja soal fatwa yang dikuat kuasa pada muslim sahaja... yang non muslim pun tahu itu salah dari segi ethics... dan syarikat tobacco juga menghadapi tekanan untuk promosi product mereka sebenarnya tapi barangan jualan mereka tetap laku sebab ketagihan perokok ini yang sebenarnya tak perlukan promosi agaknya.. mungkin..... so.. jangan lah cuba rokok tu... sebab kerajaan pun tak boleh nak larang kamu merokok... kamu yang cuba...


ada satu ustat tu kata ... orang malaysia ni terbalik.. yang suruh tu dia tak buat.. yang dilarang tu dibuat..

katanya: bila kerajaan letak " jangan merokok kerana merbahayakan kesihatan" mereka terus merokok.. cuba tukarkan saja " sila merokok kalau nak mampos" ... try ada tak yang nak berhenti...

Apa-apa pun terserah pada muslim itu sendiri.. disuruh solat itu wajib ada ramai tinggalkan.. dah bagitahu arak itu haram .. ramai juga yang minum... fatwa merokok? hmm.. kuat kuasakan cepat!! kita nengok... apa pula jadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qing_erProfil   Hantar PM kepada qing_er   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 03-12-08 12:02


Susah betul nak bnti smoke kan..?? tapi kan, kawan-kawan Wawa (Mostly perempuan lah...) yang smoke, kulit mereka caaannnnnntik sangat tau..?? Kenapa eeeeekk??

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 12:41


assalammualaikum

setuju sangat jika merokok di haramkan... banyak mendandatangkan masalah saja jika merokok... bila lah nak di laksanakan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

pewaris_negeri86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.11.2006
Ahli No: 27427
Posting: 116
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 13:00


saya memang setuju sangat Kalau rokok di haram kan. tapi kan kita tengoklah masyarakat kita sekarang. berapa ramai yang merokok. Kalau merokok tu haram habis lah semua ibadah yang dibuat tu tak sah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For pewaris_negeri86Profil   Hantar PM kepada pewaris_negeri86   Pergi ke pewaris_negeri86's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 14:34


selagi arak tidak didiambil tindakan..selagi itulah rokok tidak diharamkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-12-08 14:40


Kenapa lah orang2 tertentu buta kan...
benda dah jelas, terang lagi bersuluh haram...pun boleh
fikir lagi, ambil masa lagi untuk ambil tindakan mengharamkan nya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 14:53


Hehe...Semalam ada pakcik tu beli rokok...Siap bagi ceramah agama lagi...Dia kata orang tak hisap rokok pun mati juga...Tak cepat/lambat walaupun satu saat...Insaf saya mendegarnya... :-D


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 04-12-08 15:58


Assalamualaikum

pengharaman rokok sebenarnya telah terlalu lama difatwakan...

pihak universiti kolej universiti insaniah(KUIN) bersama ahli majlis fatwa Al-Azhar sendiri telah mebuat kajian mengenai rokok dimana didalam rokok juga terdapat arak didalam...dari situ pengharaman nya telah difatwakan oleh pihak fatwa Al-Azhar...

maaf ana tak ada artikel nya secara rasmi..kerana ana mendengarnya dari sahabat ana yang mempunyai sahabat di kolej insaniah tersebuat...

tahun ini jugak,seorang ahli fatwa Al-Azhar telah datang ke kolej ana(KIPSAS),syeikh muhamad abduh syeikh al-ghonim(orang arab cakap kelate tu)dia merupakan seorang ahli fatwa Al-Azhar sekarang ni

seorang pelajar telah menanyakan mengenai merokok dan fatwanya..beliau menjawab..

fatwa adalah fatwa...
sekarang ni fatwa rokok haram,tetapi bergantung kondisi seseorang untuk berhenti merokok,kerana bukan mudah untuk berhenti merokok..tapi walaupun begitu,seseorang yang merokok hendaklah mencuba dah berusaha untuk berhenti merokok..kerana fatwa telah mengharamkan dan tidak ada sebab untuk orang tersebut untuk terus merokok.. :malu:


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 01:10


/

Rokok memang belum ada di masa Rosulullah Shallallohu ‘alaihi Wa Sallam. Namun Islam telah datang dengan membawa kaidah-kaidah yang umum yang mengharomkan setiap perkara yang membahayakan badan atau mengganggu orang lain atau merugikan harta.

Berikut ini dalil-dalil tentang hukum rokok :


Allah Ta’ala berfirman (yang artinya): “Dan Alloh menghalalkan bagi mereka semua perkara yang baik dan mengharomkan semua yang buruk.

"(Al-A’rof:157) . Rokok termasuk hal yang buruk yang memudharatkan lagi busuk baunya.

Allah pun berfirman (yang artinya): “Dan Janganlah kalian menjatuhkan diri sendiri dalam kebinasaan.”( Al Baqoroh:195) .

Rokok menimbulkan penyakit-penyakit yang membinasakan seperti kanker, TBC, dan lain-lain.

Allah juga berfrman (yang artinya):“Dan janganah kalian membunuh diri-diri kalian.”(An Nisaa:59). Rokok membunuh jiwa secara perlahan.

Allah berfirman tentang bahaya khamr (yang artinya): “Dan dosanya lebih besar daripada manfaatnya.”( Al Baqoroh:219) .

Bahaya rokok pun lebih besar dari manfaatnya, bahkan keseluruhannya merupakan kemudharatan.

Allah berfirman (yang artinya): “Dan janganlah engkau menghambur-hamburka dan harta dengan boros, sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara setan."(Al-Isro: 26-27).

Rokok adalah pemborosan dan penghambur-hamburan terhadap harta, termasuk amalan setan.

Rosululloh Shallalohu ‘alaihi Wa Sallam bersabda (yang artinya): “Tidak boleh ada kemudharatan, tidak boleh ada perbuatan memudharatkan.” (Shohih diriwayatkan Imam Ahmad).

Rokok memudharatkan (membahayakan) penghisapnya, mengganggu orang-orang di sekitarnya dan memboroskan harta.

Beliau pun bersabda (yang artinya): “Dan Alloh membenci bila kalian membuang-buang harta.”(Mutaffaqun ‘Alaih).

Rokok merupakan pembuang-buangan terhadap harta maka Alloh membencinya.

Sabda Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam (yang artinya), "Perumpamaan kawan duduk yang baik dengan kawan duduk yang jelek adalah adalah seperti pembawa minyak wangi dan peniup api tukang besi."(Riwayat Bukhary-Muslim) . Perokok adalah kawan duduk yang jelek yang meniup api.

Sabda Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam (yang artinya), "Barangsiapa yang meniup racun hingga mati maka racun tesebut akan berada di tangannya lalu dihirupkan selama-lamanya di neraka Jahannam."(Riwayat Muslim).

Rokok mengandung racun nikotin yang membunuh penghisapnya perlahan-lahan dan menyiksanya.

Sabda Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam (yang artinya), "Barangsiapa yang memakan bawang putih atau bawang merah, maka hendaknya menyingkir dari kita dan menyingkir dari masjid dan duduklah di rumahnya."(Riwayat Bukhari-Muslim) .

Rokok lebih busuk baunya dari bawang putih maupun bawang merah.


/

Sebagian ahli fiqih mengharamkan rokok. Sedang yang tidak mengharamkannya belum melihat bahaya yang nyata yang ditimbulkan, seperti bahaya penyakit kanker. Apabila orang membayar uang 1 lira, kita pasti mengatakannya ia orang gila. Bagaimana orang yang membakar rokok yang harganya ratusan lira yang berakibat membahayakan dirinya dan orang-orang di sekitarnya? Dari semua hadits maupun ayat Al Qur’an tersebut di atas, maka jelas bahwa rokok termasuk diantara semua yang negatif yang membahayakan penghisapnya dan orang-orang di sekitarnya.

Apakah anda masih termasuk orang yang beragama dan berperasaan? Apabila rokokmu membuat orang terganggu dan mengotori udara, maka mengotori udara hukumnya haram sebagaimana mengotori air yang dapat membahayakan orang. Andaikata kita bertanya kepada orang yang merokok, apakah perbuatanmu (merokok) akan dimasukkan ke dalam amal baik atau amal buruk? Pasti ia menjawab bahwa rokoknya tersebut termasuk dalam amal buruk.

Memohonlah kamu agar kamu bisa meninggalkan rokok, karena barang siapa yang meninggalkan sesuatu karena Allah, maka Allah akan memberi pertolongan. Dan bersabarlah kamu, karena Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

Dinukil dari kitab "Risalah Taujihat Islamiyah"
Judul dalam edisi Indonesia "Bimbingan Islam untuk Pribadi dan Masyarakat"
Penerbit Darul Khair, Jeddah



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 01:12


HIMPUNAN FATWA HARAM MEROKOK

1. Fatwa Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Merokok haram hukumnya berdasarkan makna dari zahir ayat Al-Qur’an dan As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar. Allah berfirman (yang bermaksud), “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195).

Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu. Wajhud dilalah (aspek pendalilan) dari ayat di atas bermaksud merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.

Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadis sahih dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam bahwa beliau melarang membazirkan harta. Makna membazirkan harta adalah memperuntukkannya kepada hal-hal yang tidak bermanfaat. Sebagaimana dimaklumi bahwa memperuntukkan harta dengan membeli rokok adalah termasuk pengperuntukan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan peruntukan harta kepada hal-hal yang mengandung kemudaratan.

Dalil yang lain, Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, “Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.” (hari. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).

Jadi, menimbulkan bahaya (dharar) adalah ditiadakan (tidak berlaku) dalam syari’at, baik bahayanya terhadap badan, akal, ataupun harta. Sebagaimana dimaklumi pula merokok adalah berbahaya terhadap badan dan harta.

Adapun dalil dari iktibar (logik) yang benar yang menunjukkan keharaman rokok adalah kerana dengan perbuatan itu perokok mencampakkan dirinya ke dalam hal yang menimbukan bahaya, rasa cemas, dan keletihan jiwa. Orang yang berakal tentu tidak rela hal itu terjadi pada dirinya sendiri. Alangkah tragisnya keadaannya, dan demikian sesaknya dada si perokok bila tidak menghisapnya. Alangkah berat ia melakukan puasa dan ibadah-ibadah lainnya kerana hal itu menghalagi dirinya dari merokok. Bahkan, alangkah berat dirinya berinteraksi dengan orang-orang saleh kerana tidak mungkin mereka membiarkan asap rokok mengepul di hadapan mereka. Oleh itu anda akan melihat perokok demikian tidak selesa bila duduk dan berinteraksi dengan orang-orang saleh.

Semua iktibar itu menunjukkan merokok hukumnya diharamkan. Oleh itu, nasihat saya untuk saudara-saudara kaum muslimin yang masih didera oleh kebiasaan menghisap rokok agar memohon pertolongan Allah dan tekad untuk meninggalkannya. Ini kerana di dalam tekad yang tulus disertai dengan memohon pertolongan Allah, mengharap pahala dari-Nya dan menghindari siksaan-Nya, semua itu adalah amat membantu di dalam usaha meninggalkan hal tersebut.


Jawapan Atas Berbagai Dalihan

Jika ada orang yang berdalih, “Sesungguhnya kami tidak menemukan nas, baik di dalam kitabullah ataupun sunnah Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam perihal haramnya rokok.”

Maka, jawapan atas kenyataan ini kita nyatakan nas-nas Al-Qur’an dan sunnah terdiri dari dua jenis;
1. Jenis yang dalil-dalilnya bersifat umum seperti Adh-Dhawabith (ketentuan-ketentuan) dan kaedah-kaedah yang mencakup perincian yang banyak sekali hingga hari kiamat.
2. Jenis yang dalil-dalilnya memang diarahkan kepada suatu itu sendiri secara langsung.

Bagi jenis pertama, ayat Al-Qur’an dan dua hadis yang kami sebutkan di atas yang menunjukkan keharaman merokok secara umum meskipun tidak diarahkan secara langsung kepadanya. Manakala bagi jenis kedua, ialah fiman Allah (yang bermaksud), “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging bab*, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah.” (Al-Maidah: 3).

Dan firman-Nya, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamr, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dari amalan syaitan. Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu.” (Al-Maidah: 90).

Jadi, baik nas-nas itu termasuk jenis pertama atau kedua, ia bersifat keharusan bagi semua hamba Allah kerana dari sisi pengambilan dalil menunjukkan hal itu.

Sumber: Program Nur ‘alad Darb, dari Fatwa Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin, dari kitab Fatwa-Fatwa Terkini 2.

1. Syeikh Muhammad bin Ibrahim

Rokok haram kerana di dalamnya ada racun. Al-Qur’an menyatakan, “Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran).” (al-A’raf: 157). Rasulullah juga melarang setiap yang memabukkan dan melemahkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah ra. Merokok juga termasuk melakukan pembaziran yang tidak bermanfaat. Selanjutnya, rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada jamaah solat.

1. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab

Rokok haram kerana melemahkan dan memabukkan. Dalil nas tentang benda memabukkan sudah cukup jelas. Hanya saja, penjelasan tentang mabuk itu sendiri perlu penyesuaian.

1. Ulamak Mesir, Syria, Saudi

Rokok haram iaitu terlarang, dengan alasan membahayakan. Di antara yang mendokong dalil ini ialah Syeikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby dan Syeikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry as-Syafi’i dari Syria, dan ulamak Mekkah Abdul Malik al-Ashami.

1. Dr Yusuf Qardhawi

Rokok haram kerana membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya ‘Halal & Haram dalam Islam’. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah. Qardhawi menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk membazir masa dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak memerlukan.

1. SyariahOnline.com

Keharaman rokok tidaklah berdasarkan sebuah larangan yang disebutkan secara mutlak dalam nas Al-Quran Al-Kariem atau pun As-Sunnah An-Nabawiyah.

Keharaman rokok itu disimpulkan oleh para ulamak semasa ini setelah dipastikannya fakta setiap batang rokok itu mengandung lebih dari 4000 jenis racun berbahaya. Oleh kerana racun itu merosak tubuh manusia yang sebenarnya amanah Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara, maka merokok itu termasuk melanggar amanat itu dan merosak larangan.

Namun banyak orang yang menganggap hal itu terlalu mengada-ada, sebab buktinya terdapat jutaan orang di muka bumi ini yang setiap hari merokok dan buktinya mereka masih bernafas iaitu tidak langsung mati secara mendadak.

Kerana itulah kita masih menemui rokok di sekeliling kita dan ternyata rokok masih bertahan. Bahkan mampu memberikan pulangan kepada pemerintah melalui cukainya. Sehingga tidak pernah muncul keinginan baik dari pembuat undang-undang untuk melarang rokok.

Ini merupakan salah satu ciri ketidak-sampaian maklumat kepada masyarakat atau memang masyarakat tidak prihatin. Di negara yang sudah maju, maklumat berkaitan tidak dianggap penting. Dan kedua jenis masyarakat ini memang sama-sama tidak tahu apa yang terbaik buat mereka.

Di dalam hukum Islam, apabila sesuatu itu telah dipastikan yang ia membahayakan kesihatan, maka menggunakannya adalah diharamkan. Inilah bentuk ketegasan hukum Islam yang sudah menjadi ciri khas. Maka khamar itu tetap haram meski hanya seteguk ditelan untuk sebuah malam yang dingin menusuk.

Demikian pula para ulamak ketika menyedari kewujudan lebih 4000 racun dalam batang rokok dan mengetahui akitab-akibat yang diderita para perokok, mereka pun sepakat untuk mengharamkannya. Sayangnya, umat Islam masih lagi menganggap sekiranya tidak ada ayat yang tegas atau hadits yang eksplisit yang mengharamkan rokok, maka mereka masih menganggap rokok itu halal, atau makruh paling minima.

1. Ustaz Ahmad Sarwat , Konsultan eramuslim.com

Pada peringkat permulaan, tidak ada ulamak yang mengharamkan rokok. Mereka hanya memakruhkannya yang dasarnya amat berbeza dengan dasar pengharaman yang dibuat sekarang ini. Dahulu para ulamak hanya menganggap bau mulut perokok agak kurang sedap yang mengganggu orang lain semasa bergaul. Akibatnya si perokok kurang disukai dan dikatakan hukumnya makruh tahrim (makruh terlarang).

Sebahagian ulamak di negara kita yang menghisap rokok, bila ditanyakan tentang hukum rokok, mereka terus menjawab rokok itu tidak haram, tetapi hanya makruh sahaja.

Mengapa mereka menganggap demikian?

Mereka menganggapnya demikian kerana kajian secara jelas tentang nikotin dan zat beracun dalam sebatang rokok kurang jelas dan penelitian dan fakta belum ditemui ketika itu. Maka hukum rokok hanya sekedar makruh lantaran membuat mulut berbau busuk serta mengganggu pergaulan.

8. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (yang ke 37, Tahun 1995)

MFKM ke 37 memutuskan rokok adalah haram berdasarkan hujjah yang hamper sama dengan fatwa di atas, malah Majlis Fatwa Sedunia yang berpengkalan di Arab Saudi juga menghukum haram merokok atas maklumat terkini mengenai rokok.

Penelitian Terbaru

Seandainya para ulamak tersebut tidak hanya terpaku pada naskah lama dan mengikuti perkembangan terbaru di Negara umat Islam yang agak maju, sudah tentu pandangan mereka berubah 360 darjah. Apalagi bila mereka membaca penelitian terbaru tentang lebih 200 jenis racun berbahaya terdapat dalam sebatang rokok, sudah pasti mereka beubah pandangan dan bersetuju rokok mendatangkan mudarat yang amat besar kepada penghisapnya dan orang di sekeliling. Malah mereka akan bersetuju dan menerima rokok bukan sekadar makruh akibat bau busuk mulut perokok tetapi haram, lantaran ia telah banyak meragut manusia. Statistik menunjukkan kadar kematian disebabkan menghisap rokok lebih tinggi daripada akibat peperangan dan kemalangan jalanraya.

Badan kesihatan dunia WHO melaporkan di Amerika, sekitar 346 ribu orang meninggal setiap tahun disebabkan rokok, dan tidak kurang dari 90% daripada 660 orang yang terkena penyakit kanser di salah satu rumah sakit Shanghai di Cina disebabkan rokok.

Penelitian juga menyebutkan 20 batang rokok sehari akan menyebabkan berkurangnya 15% hemoglobin, yakni zat asasi pembentuk darah merah.

Seandainya para ulamak mengetahui penelitian terakhir tentang rokok mengandungi lebih kurang 4.000 elemen-elemen dan setidaknya 200 di antaranya dinyatakan berbahaya bagi kesihatan, pastilah pandangan mereka akan berubah.

Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar adalah bahan hidrokarbon yang bersifat lekit dan melekat pada paru-paru. Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi saraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen dan mampu menyebabkan kanser paru-paru yang mematikan. Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.

Kesan racun pada rokok ini membuat penghisap asap rokok mengalami risiko 14 kali lebih besar kemungkinan terkena kanser paru-paru, mulut, dan tenggorokan berbanding mereka yang tidak merokok.

Perokok juga berkemungkinan 4 kali lebih besar untuk terkena kanser esophagus dari mereka yang tidak menghisapnya. Di samping mereka juga berisiko 2 kali lebih besar untuk terkena serangan jantung berbanding dengan yang tidak merokok.

Rokok juga meningkatkan risiko keparahan bagi penderita pneumonia dan jantung gagal serta tekanan darah tinggi. Menggunakan rokok dengan kadar nikotin rendah tidak akan membantu, kerana perokok cenderung menyedut asap rokok secara lebih keras, lebih dalam, dan lebih lama untuk mengikuti keenakan zat adiktif.

Tidak ada seorang pun yang menyangkal semua fakta di atas, kerana ia hasil penelitian ilmiah. Bahkan pengusaha rokok pun mengiakan hal tersebut, dan menuliskan pada kotak rokok amaran begini: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

Kalau pengeluar rokok sendiri sudah menyatakan bahaya produknya berbahaya dan mendatangkan penyakit, bagaimana mungkin perokok masih mahu mengingkarinya?

Walau pun hampir jumhur para ulamak menghukumkan rokok sebagai haram ada ulamak yang menghukumkan harus dan memperincikan hokum tetapi tidak mewakili pandangan ulamak ramai. Di samping itu mereka juga kekurangan maklumat tentang kandungan rokok dan kesan kesihatan yang serius kepada perokok dan orang di sekeliling.

Secara ringkas diperturunkan pendirian beberapa ulamak terkemuka mengenai kedudukan rokok dalam Islam:-

1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok.

2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok.

3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok.

4. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wa’izh al-Hanafi condong kepada hukum
makruh.

5. Syeikh Abdul Ghani al-Nabilisi mengatakan Harus.

6. Syeikh Athiyah Saqr condong kepada pendapat yang memperincikan hukum
merokok.

Wallahu a’lam



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 10:33


Pada 03-12-08 12:02 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Susah betul nak bnti smoke kan..?? tapi kan, kawan-kawan Wawa (Mostly perempuan lah...) yang smoke, kulit mereka caaannnnnntik sangat tau..?? Kenapa eeeeekk??



sebab mungkin kawan-kawan wawa yang merokok tu kebanyakan non-muslim, chinesse...sebab tu kulit mereka cantik agaknya.....semulajadi lah tu...takkan lah rokok boleh mencantikkan kulit pulak..... :berfikir:
kebanyakan kawan-kawan jue tak merokok pun still kulit cantik juga.... :-D

nak seribu daya tak nak seribu dalih....
yang penting rokok tu membahayakan kesihatan....
ingatlah orang2 yang tersayang.....

Wassalam......


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 14:55


biasanya perempuan ni merokok supaya kurang selera makan so boleh lah menten berat badan...yelah nak slim....bila terasa lapar saja, hisap rokok....
itu yang kawan-kawan perempuan non-muslim saya cakap lah...
kalau kaum lelaki muslim merokok biasa di dengar lah tapi kalau perempuan muslim merokok, ada tu memang ada tapi jarang.....

walau apapun alasannya, merokok itu membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.....
ana pun merokok juga tapi atas nasihat orang-orang tersayang terutama isteri tercinta, ana pun cuba kurangkan sedikit demi sedikit..... :-D

betul kata jue tu...
nak seribu daya, taknak seribu dalih.....



Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 15:00


merokok membahayakan kesihatan...
membawa kemudaratan...
seakan sama seperti membunuh diri secara perlahan-lahan...
bukankah membunuh diri itu haram?
so..merokok itu haram. :berfikir:


-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 06-12-08 18:16


jom PULAU DAN BOIKOT risikan, luahan hati, pinangan dari perokok.

mari kita wujudkan keluarga muslim yang sihat dan bebas dari rokok....mari kita wujud dan lahirkan masyarakat muslim yang bebas dari gelaja rokok.

kuasa di tangan kita....marilah kita buat reformasi...marilah kita buat perubahan.

BOIKOT & PULAU pinangan dari perokok tegar yang degil lagi keras kepala yang asyik perasan macho!!!!

p/s: peringatan.....orang Islam kenalah bijak sikit.....kenakan syarat STATUS TELAH BERHENTI merokok sebelum kahwin....jangan cair dan termakan dengan janji2 indah perokok yang berjanji akan BERHENTI LEPAS KAHWIN....itu hanya lah bohongan dan cerita karut marut dari perokok.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 06-12-08 22:49


Assalamualaikum
hmm...dah diharamkan..Kenapa perlu tunggu diwartakan..??adakah undang² sekular telah mendahului undang² Islam...??inilah akibatnya, apabila Islam tidak diambil sebagai tunjang kehidupan..dah 10 tahun diharamkan, tiada pun disebarkan, malah disorokkan lagi..dengan itu, kita melihat umat masih lagi bebas dengan gejala merokok..

sudah seharusnya (patutnya dah lama), kerajaan menyedari bahawa merokok tak membawa kebaikan pun..dan cara yang digunakan untuk kononnya, membantu masayarakat kurang merokok, tidak berkesan pun..sebab bila dah ketagih, jual lah mahal mana pun, orang tetap beli.. :jangan:

baguslah, kementerian kesihatan dah sedar..walaupun dah lambat, tapi belum terlambat...

P/s : tak sabar² diharamkan (pewartaan) merokok ni..sebab saya sangat benci kepada orang yang merokok...jujur ni.. :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 14:27


SELAGI ARAK, JUDI, RASUAH BERLELUASA...SELAGI ITU lah ROKOK MUDAH DI EDAR DAN DIDAPATI DIMANA2....

KALAU DADAH ITU DIANGAP NAJIS OLEH PIHAK KERAJAAN,
BAGAIMANA ARAK?...DAH SEMEMANGNYA NAJIS.

TAK SABAR NAK DENGAR FATWA SAHIH "PENGHARAMAN ROKOK"...

JOM BENCI, BOIKOT & PULAU!!!.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 15:36


Sudah terang lagi bertorch light, besar harapan MFK dapat turut 'bertegas' terhadap soal rokok.

Antara yang perlu ditarbiah kembali adalah segelintir pak imam, bilal, & ajk masjid / surau, ustaz yang bibirnya setia menyebut kalimah tauhid tetapi disamping itu masih tegar berkongsi asap dengan Jin.

Macam mana nak nasihat orang lain berhenti tapi sendiri tak jadi..?


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 16:08


Pada 07-12-08 15:36 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Sudah terang lagi bertorch light, besar harapan MFK dapat turut 'bertegas' terhadap soal rokok.

Antara yang perlu ditarbiah kembali adalah segelintir pak imam, bilal, & ajk masjid / surau, ustaz yang bibirnya setia menyebut kalimah tauhid tetapi disamping itu masih tegar berkongsi asap dengan Jin.

Macam mana nak nasihat orang lain berhenti tapi sendiri tak jadi..?




betoll.betul..betul...kawan ana yang bertitle ustaz ramai jugak yang merokok..bodoh betul lah..bodoh sangat-sangat...!!!

ada dikalngan kawan-kawan yang asalnya merokok adalah untuk menunjukkan yang mereka tu da besar..da boleh fikir sendiri..atau juga kononnya da matang...nak elak digelar childish dan so on...ada jugk nak kelihatan macho..bodoh betul lah..bodoh!!! (Sorry..sedikit emo...huhuhu) :-|

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 07-12-08 16:12


Pada 07-12-08 15:36 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Sudah terang lagi bertorch light, besar harapan MFK dapat turut 'bertegas' terhadap soal rokok.

Antara yang perlu ditarbiah kembali adalah segelintir pak imam, bilal, & ajk masjid / surau, ustaz yang bibirnya setia menyebut kalimah tauhid tetapi disamping itu masih tegar berkongsi asap dengan Jin.

Macam mana nak nasihat orang lain berhenti tapi sendiri tak jadi..?


bagaimana pulak dengan doktor perubatan yang merokok???


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 16:22


Doktor merokok? Kes parah ni. :berfikir:

Mungkin solusinya sang doktor tersebut perlu gantung title 'Dr.' buat sementara waktu & jalani proses rawatan pemulihan, then sarung semula lab coat kebanggaannya.

p/s: Pesakit yang paling degil adalah Doktor itu sendiri.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 20:10


apa-apa saja yang memudharatkan diri kita,hukum nya haram....
itu yang ustaz saya cakap dulu waktu ada org tanya pasal rokok......

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-12-08 11:58


Pada 03-12-08 14:34 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

selagi arak tidak didiambil tindakan..selagi itulah rokok tidak diharamkan...





saya setuju ,kedua-duanya perlu di haramkan


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-12-08 22:07


Satu fakta yang menarik dari member aku (doktor). dia kata seseorang yang berenti merokok selama dua tahun baru boleh dikatakan bekas perokok. Kalau setakat berenti hisap enam bulan, masih belum di kategorikan dalam kategori bekas perokok.

Tapi kalau bekas perokok tu (yang dah berenti dua tahun ) start balik hisap rokok, dia mungkin jadi perokok tegar yang jitu. lepas itu dah susah nak nerenti merokok dah....

So, sila beringat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 09-12-08 22:37


Pada 08-12-08 22:07 , sirat82 posting:

!!! QUOTE !!!

Satu fakta yang menarik dari member aku (doktor). dia kata seseorang yang berenti merokok selama dua tahun baru boleh dikatakan bekas perokok. Kalau setakat berenti hisap enam bulan, masih belum di kategorikan dalam kategori bekas perokok.

Tapi kalau bekas perokok tu (yang dah berenti dua tahun ) start balik hisap rokok, dia mungkin jadi perokok tegar yang jitu. lepas itu dah susah nak nerenti merokok dah....

So, sila beringat...


pengajarannya....

katakan TIDAK kepada pinangan perokok.....BOIKOT & PULAU lamaran dari perokok!!!


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 22-12-08 16:30


Kawan sekerja saya(perempuan) ada cerita masa dia bertunang dulu(sekarang dah kawin), dia pernah ambil rokok suami dia lepas tu hisap depan suami dia...Dia kata lepas kejadian tu suami dia tak hisap rokok lagi...Terkejut juga bila dia cerita macam tu...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 22-01-09 02:50


rokok memang sudah difatwakan haram, setahu saya sejak tahun 90-an lagi. lama dah.
tapi ia tidak diwartakan, dan kerajaan negeri masing-masing jugak tidak mewartakan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 22-01-09 03:27


alangkah baik & cantiknya...sekiranya kedai2 runcit dan restoren2 kepunyaan orang Islam....tidak menjual rokok yang haram itu.

kalau kita semua mainkan peranan masing-masing dalam memboikot rokok ini...kan bagus....orang biasa jauhkan diri, tidak melibatkan diri, tidak membeli rokok....peniaga2 muslim tidak menjual rokok di kedai2 runcit & restoren2 mereka.....muslimah2 patut memulau & boikot pinangan & luahan perasaan dari perokok.....ibu bapa patut menolak lamaran & pinangan dari perokok....menteri muslim menggunakan kuasa yang ada mengharamkan import & jualan rokok dalam malaysia.....businessman muslim yang kaya menyaman syarikat2 rokok...yang diharap akhirnya nanti akan gulung tikar sebab bankrup kena bayar saman.

masing-masing ada peranan masing-masing....jangan kata "saya tidak upaya" sebab ianya tak releven.

mari lakukan reformasi.....jom BOIKOT rokok....jom BOIKOT perokok....caranya....TOLAK PINANGAN PEROKOK!!!!.....


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

orgkampung
Warga Rasmi
Menyertai: 20.01.2009
Ahli No: 36827
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-02-09 16:21


saya tak merokok... juga tak menjual rokok, bujang pula tu.
so ada sesiapa nak terima pinangan saya? :lol: :lol: :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For orgkampungProfil   Hantar PM kepada orgkampung   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-02-09 17:04


Hukumnya makruh..tapi..jika sampai membahayakan kesihatan...hukumnya haram...ana pernah terbaca kat portal e-fatwa...

hmmm...sebenarnya hukum merokok haram dah lama...sekarang ni dah jadi sensasi sebab fatwa nak dikeluarkan...Biasa lah org kat Malaysia ni..selagi tak keluar fatwa..selagi tu lah tak berubah...

cuba majlis fatwa keluarkan fatwa pasal wanita yang tak bertudung...apa macam???
kalau tak keluarkan fatwa....org buat tak kisah pasal hukum2 islam ni..hukum tak menutup aurat juga haram...keluarkan juga lah fatwa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 03-02-09 17:10


dalam banyak brgn yahudi yang kita boikot, Kenapa rokok tak di masukkan sekali, bukan ke rokok juga ada myubng ke israel laknatullah

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 03-02-09 20:07


Pada 03-02-09 17:10 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

dalam banyak brgn yahudi yang kita boikot, Kenapa rokok tak di masukkan sekali, bukan ke rokok juga ada myubng ke israel laknatullah



entah nya..ada yang lupa agaknya bab tu..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141647 saat. Lajunya....