Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 14 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 15 hari yang lalu
nur_tinta: 21 hari yang lalu
kasih_kekasih: 37 hari yang lalu


Sampaikan
Topik: ..::Salam AidilAdha::.


Carian Forum

Moderator: Administrator, limah
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sampaikan
    »» ..::Salam AidilAdha::.

Please Mendaftar To Post


Oleh ..::Salam AidilAdha::.

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 11:23


/

Assalamualaikum

Tinggal cuma seminggu saja lagi untuk kita menyambut Hari Raya AidilAdha @ Hari Raya Korban..

Di sini ingin saya ucapkan Salam AidilAdha untuk semua warga UKHWAH.COM.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 11:24


HIKMAH IBADAT KORBAN SERTA HUKUMNYA



Hari Raya Aidildha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Dalil disyariatkan Aidiladha adalah sebagaimana dikhabarkan oleh Anas bin Malik .a, dia berkata:

Nabi s.a.w. pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah, maka baginda bersabda:

Maksudnya:

“Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya ALLAH telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai Hari Raya Haji kerana ianya diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadat yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima iaitu ibadat Haji. Di samping itu Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban kerana di antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan kambing biri-biri dalam rangka beribadat kepada ALLAH S.W.T.. Ibadat korban ini adalah sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. kerana taat akan perintah ALLAH S.W.T... Namun begitu berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini kepada kehendak ALLAH S.W.T. maka ketika Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya itu, ALLAH gantikannya dengan seekor kibas. Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam al-Qur’an sebagaimana firman-NYA:

Maksudnya:

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya ALLAH, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar" Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (KAMI sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). Serta KAMI menyerunya: "Wahai Ibrahim! "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. – (Surah al-Saaffaat (37): 101-108)

Rentetan dari peristiwa ini maka saban tahun ketika merayakan Hari Raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik yang berada di dalam masyarakat seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

KEUTAMAAN MENGERJAKAN IBADAT KORBAN

Ibadat korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya. Ini sebagaimana ditekankan oleh ALLAH S.W.T. melalui firman-NYA:

Maksudnya:

Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH, tetapi yang sampai kepada-NYA ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah DIA memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat nikmat petunjuk-NYA. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. – (Surah al-Hajj (22): 36-37)

Melalui ayat di atas dapat kita senaraikan beberapa keutamaan ibadat korban seperti berikut:

1 - Ibadat korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyrakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang diantara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dan dengan golongan yang bernasib baik yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T. dengan kekayaan dan kelapangan hidup melalui pengagihan daging-daging korban tersebut.

2 - Ibadat korban juga berupaya membentuk insan yang bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepadanya melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadat dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T..

3 - Ibadat korban juga dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan hanya demi untuk mendapat keredhaan ALLAH S.W.T..

4 - Ianya juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH S.W.T. kerana menurut perintahnya.

5 - Ibadat korban merupakan amalan yang mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadat tersebut bakal menerima khabar gembira daripada ALLAH S.W.T. iaitu balasan serta ganjaran yang baik daripada-NYA.

HUKUM IBADAT KORBAN

Tentang hukum melaksanakan ibadat korban ini maka para ulamak berbeza pendapat yang dapat kita bahagikan kepada dua iaitu:-

1 - Wajib bagi yang mampu. Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Rabi’ah al-ra’yi, al-Auza’i, al-Laits bin Saad, salah satu dari pendapat Imam Ahmad Ibnu Hanbal dan pendapat ini telah dirajihkan (dibenarkan) oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah. Dalil-dalil yang dipakai oleh mereka yang menyokong pendapat ini adalah seperti berikut:-

Maksudnya:

Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). – (Surah al-Kauthar (108): 2)

Ayat ini menggambarkan kewajipan ibadat korban sebagaimana solat kerana kedua ibadat tersebut dihubungkan dengan huruf? (dan) yang menunjukkan kesamaan hukum.

Maksudnya:

Daripada Jundab bin Abdillah bin Sufyan al-Bajali, dia berkata: Nabi s.a.w. solat pada hari Nahr (Aidiladha) kemudian berkhutbah lalu menyembelih (binatang) korbannya dan bersabda:

Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat (hari raya Aidiladha), maka sembelihlah yang lain sebagai penggantinya. Dan barangsiapa yang belum menyembelih maka sembelihlah dengan nama ALLAH. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 985.

Perintah Rasulullah s.a.w. untuk mengulangi ibadat korban jika ianya dilakukan sebelum solat hari raya Aidiladha menunjukkan ianya wajib. Jika tidak wajib pasti baginda tidak akan mengarahkan agar ianya diulang semula.

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Barangsiapa yang memiliki kemampuan (keluasan rezeki) dan tidak menyembelih, maka jangan dekati tempat solat kami. – Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, hadis no: 3114

Hadis ini berupa ancaman bagi mereka memiliki kemampuan tetapi tidak mengerjakan ibadat korban. Ancaman yang berat ini tidak akan dilakukan oleh baginda melainkan ianya sebagai bukti akan kewajipannya.

Maksudnya:

Dari Mikhnaf bin Sulaim, dia berkata: Kami bersama Rasulullah dan baginda wukuf di Arafah, lalu berkata:

Wahai manusia. Sesungguhnya wajib bagi setiap keluarga pada setiap tahunnya (mengerjakan ibadat) korban dan ‘atirah. Baginda berkata: Tahukah kalian apakah ‘atirah itu?. Iaitu yang dikatakan orang Rajabiyah (kambing yang disembelih pada bulan Rejab). – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam kitab Sunan Tirmidzi, hadis no: 1438.

Hadis ini jelas membuktikan bahawa ibadat korban dan ‘atirah itu diwajibkan kepada semua umat Islam yang berkemampuan. Walaubagaimanapun hukum untuk ‘atirah telah dimansuhkan namun ianya tidak mengharuskan pemansuhan ibadat korban dan hukumnya yang wajib masih terus sah sampai sekarang.

1 - Sunat atau Sunat Mu’akkad bagi yang mampu. Pendapat ini pula merupakan pendapat jumhur (majoriti) ulamak dan pendapat Imam al-Syafi’i .h. Golongan ini pula berpegang kepada dalil-dalil seperti berikut:-

Maksudnya:

Daripada Ummu Salamah, dia berkata: Bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Jika masuk sepuluh hari pertama Dzulhijjah dan salah seorang dari kalian ingin menyembelih (haiwan) korban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1977.

Ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa ibadat korban itu tidak wajib dengan dasar sabda Nabi dan salah seorang dari kalian ingin yang menggambarkan baginda menyerahkan kepada kehendak seseorang. Seandainya ibadat korban itu wajib pasti baginda tidak akan menyerahkannya kepada kehendak seseorang dengan bersabda “maka janganlah memotong rambut dan kukunya sehingga selesai menyembelih haiwan korban.”

Maksudnya:

Daripada Jabir, dia berkata. Aku menyaksikan bersama Nabi s.a.w. solat Aidiladha di musholla (tanah lapang). Ketika selesai khutbahnya, baginda turun dari mimbarnya, lalu dibawakan seekor kambing dan Rasulullah menyembelihnya dengan tangannya sendiri dan berkata: “Bismillah wa Allahu Akbar hadza ‘anni wa ‘amman lam yudhahi min ummati (Dengan nama ALLAH dan ALLAH Maha Besar, ini dariku dan dari umatku yang belum meyembelih. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, hadis no: 2427.

Sabda Rasulullah s.a.w ini dariku dan dari umatku yang belum menyembelih disampaikan secara mutlak tanpa perincian merupakan dalil tidak wajibnya ibadat korban. Sekiranya ianya wajib tentu bagi mereka yang meninggalkan ibadat tersebut berhak dihukum dan tidak memadai baginda mewakilkan korbannya itu kepada meereka.

Diriwayatkan daripada Abu Sarihah al-Ghiffari, beliau berkata:

Maksudnya:

Aku mendapati Abu Bakar atau melihat Abu Bakar dan Umar tidak menyembelih (haiwan) korban – dalam sebahagian hadis mereka – khuatir dijadikan panutan. – Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra, 9/295. Syaikh al-Albani telah mensahihkan riwayat ini di dalam Irwa’ al-Ghalil hadis no: 1139.

Seandainya ibadat korban itu wajib nescaya kedua Abu Bakar dan ‘Umar .a akan mendahului umat Islam yang lain dalam melakukan ibadat korban.

Sebelum penulis membuat rumusan tentang hukum ibadat korban hendaklah kita fahami bahawa pengajian hukum sunat atau wajib berkaitan sesuatu amalan itu hanyalah berbentuk kajian ilmiah dan bertujuan untuk mengetahui sama ada sesuatu amalan itu dibenarkan untuk ditinggalkan ataupun tidak. Namun begitu bagi
mereka yang mencintai sunnah Nabi s.a.w., sekiranya sesuatu amalan itu sabit datangnya daripada baginda maka mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengerjakannya tanpa memikirkan sama ada ianya wajib atau sunat.

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Seorang Muslim selayaknya mematuhi syariat tanpa memandang apakah itu fardu atau sunat. Yang terpenting dia melakukan kerana mematuhi syariat ALLAH S.W.T, kerana mengikuti Nabi-NYA dan mencari pahala. Pembahasan mengenai hukum hanya diperlukan saat ingin meninggalkannya, apakah yang akan ditinggalkannya itu sesuatu yang wajib atau yang sunat. Demikian kewajipan seorang hamba yang serius beribadat. Adapun dalam kajian ilmiah dan mengetahui hukum-hukumnya maka perlu mengetahui antara yang fardu dan yang sunat. – Rujuk kitab Taudhih al-Ahkam min Bulughi al-Maraam, karya Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam (edisi terjemahan dengan tajuk Syarah Bulughul Maram, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid 1, masa. 217.

Apa pun jua kedua-dua pendapat tersebut memiliki hujah sabit daripada baginda s.a.w. dan seharusnya kita berlapang dada dalam permasalahan khilafiyah sebegini.

Syaikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti .h berkata:

Saya telah meneliti dalil-dalil sunnah pendapat yang mewajibkan dan yang tidak mewajibkan, dan keadaannya pada pandangan kami bahawa tidak ada satupun dalil dari kedua pendapat tersebut yang tegas, pasti dan selamat dari bantahan, baik yang menunjukkan wajib mahupun yang tidak wajib… Yang rajih bagi saya dalam perkara seperti ini yang tidak jelas penunjukkan nas-nas kepada satu hal tertentu kepada satu hal tertentu dengan tegas dan jelas adalah berusaha sekuat mungkin keluar dari khilaf dengan berkorban apabila mampu kerana Nabi bersabda:

“Tinggalkanlah yang ragu kepada yang tidak ragu.” Sepatutnya seseorang tidak meninggalkannya bila mampu kerana menunaikannya sudah pasti menghilangkan tanggung jawabnya. Wallahu’alam. – Rujuk kitab Adhwaa’ al-Bayaan Fi Idhah al-Qur’an bil Qur’an karya Syaikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti, jilid 5 masa. 618.

Namun begitu penulis lebih cenderung dengan pendapat jumhur (majoriti) ulamak kerana mustahil bagi Abu Bakar dan ‘Umar .a untuk meninggalkan sesuatu amalan yang wajib apatah lagi mereka berdua merupakan imam yang layak manjadi ikutan dan kelayakkan mereka telah dijamin oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang diriwayatkan daripada Irbadh bin Sariyah:

Maksudnya:

Sungguh barangsiapa di antara kalian yang hidup sesudahku, maka akan mendapati perselisihan yang banyak. Maka wajib baginya untuk memegang sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin. – Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16521.

Hadis di atas ini diperkuatkan lagi dengan sabda baginda:

Maksudnya:

Kerana jika mereka mengikuti Abu Bakar dan ‘Umar, nescaya mereka mendapat petunjuk. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 681

Apa pun jua hendaklah kita mengikuti saranan Syaikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti agar senantiasa mengerjakan ibadat korban ini apabila memiliki kemampuan bukan sahaja kerana menyahut seruan baginda s.a.w. agar “Tinggalkanlah yang ragu kepada yang tidak ragu” namun ianya demi membuktikan kepatuhan kita kepada perintah ALLAH S.W.T. serta kesungguhan kita untuk menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. dengan penuh keikhlasan.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١;)

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). - (Surah al-Ahzaab (33): 21)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-11-08 11:42


saya pun nak wish selamat menyambut hari raya aidiladha
maaf zahir batin....

p/s kenapa kat wilayah persekutuan KL cuti satu hari saja....???

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 11:44


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA WARGA UKHWAH.COM :bunga: :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

nur_awatif174
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.03.2008
Ahli No: 32840
Posting: 62
Dari: bangi,selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 11:51


selamat menyambut Hari raya aidiladha...kepada semua ahli2 ukhwah.com,sahabat-sahabat ku tak kira berada dimana jua...hayatilah makna sebenar korban itu...semoga kita semua memperoleh rahmat dr Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_awatif174Profil   Hantar PM kepada nur_awatif174   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-11-08 11:54


nur_awatif174 dan jue_effendy berkorban ke tahun ni????

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 12:24


SALAM AIDILADHA dari ana untuk semua warga ukhwah.com......

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-11-08 12:33


Salam aidiladha untuk semua warga UKHWAH..tahun ni tak buat Qurban tapi kurban tenaga untuk jawab exam sebelum balik raya:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 19:23


... aiwaa .. happy adha day to UC members ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 19:30


:kelip: Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha a.k.a Hari Raya korban kepada semua sahabat Ukhwah.. Semoga segala pengorbanan kita pada tahun ini beroleh keberkatan...Bersama-samalah kita menghayati makna raya korban ni..


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

areyien
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34006
Posting: 168
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 21:20


Assalamualaikum ..
Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha
untuk semua warga ukhwah.. :bye:


-----------------
Insan yang mulia ialah insan yang selalu mengakui kelemahannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For areyienProfil   Hantar PM kepada areyien   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 21:27


salam sayang semua...

SALAM AIDILADHA!

mari sama-sama panjat syukur padaNya kerana bagi ruang untuk kita kekal bernafas sekarang..moga kita juga tetap kekal bernafas pada eid mendatang :)

selamat berkorban apa sahaja demi Nya..

p/s- Jemput datang bagi ahli ukhwah yang berada di Terengganu khususnya(yang jauh-jauh pun di jemput jua), ke teratak saya di Seberang Takir untuk majlis Aqiqah anakanda Ainul Izzah + Majlis Kesyukuran Walimah abang saya pada 13 hb12 2008. Jemputlah datang~~:welcome:


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

sofya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.06.2007
Ahli No: 30381
Posting: 156
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 23:01


salam...

selamat hari raya aidiladha...
maaf zahir batin...
sedihnya...tak tahu dapat balik ke tak raya ni...
entah-entah raya kat usm dengan kawan-kawan saja... :cry:
da kursus intensif kat sini..da exam dan kelas :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For sofyaProfil   Hantar PM kepada sofya   Quote dan BalasQuote

rabiatuladawiyahabdlatif
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.12.2006
Ahli No: 27800
Posting: 77
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 23:49


selamat hari raya eidul adha..
maaf zahir dan batin..
selamat berkorban kepada sesiapa yang menjalankan ibadah korban pada tahun ini..

sama-sama kenangi dan insafi sirah para nabi2 terdahulu..
besarnya pengorbanan mereka..
bagaimana pula dengan kita?
banyak mana telah kita korbankan harta, tenaga, masa dll demi ISLAM tercinta?
peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang disayangi semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rabiatuladawiyahabdlatifProfil   Hantar PM kepada rabiatuladawiyahabdlatif   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 00:22


oo

SALAM AIDIL ADHA BUAT SAHABAT UKHWAH SEMUA...
MOGA KITA KENAL APA ITU ERTI PENGORBANAN..


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 425
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 02:05


selamat menyambut ibadah korban kepada semua warga ukhwah.com

Bersama-samalah kita menghayati semangat pengorbanan ini. Mudah-mudahan tempoh 5 tahun ukhwah di alam cyber terus mekar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

atirazah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2008
Ahli No: 34224
Posting: 80

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 08:49


assalamualaikum...
selamat menyambut hari raya aidiladha...
semoga diri kalaian semua di berkatiNya...
amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For atirazahProfil   Hantar PM kepada atirazah   Quote dan BalasQuote

advastrade
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2008
Ahli No: 35882
Posting: 55

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 09:12


salam..selamat menyambut hari raya aidiladha..kepada semua ahli ukhwah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For advastradeProfil   Hantar PM kepada advastrade   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 10:15


:kelip: SALAM AIDILADHA..... :welcome:
:bunga: maaf zahir batin kepada semua warga ukhwah.com

:bunga: mari lah datang rumah kat kluang..... :bunga:


-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 12:19


Salam AidilAdha untuk semua...Maaf zahir batin
/

senyum bahagia seekor kambing di hari raya korban... :-D


-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH



Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 14:24


selamat menyambut hari raya aidiladha..kepada semua ahli ukhwah..dan juga kepada umat islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

nur_awatif174
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.03.2008
Ahli No: 32840
Posting: 62
Dari: bangi,selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 15:27


Pada 29-11-08 11:54 , sasuke-kun posting:

!!! QUOTE !!!

nur_awatif174 dan jue_effendy berkorban ke tahun ni????



masih tak mampu lah kalau nak korban seekor binatang....
sasuke-kun bagaimana pula?ada buat korban ke tahun ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_awatif174Profil   Hantar PM kepada nur_awatif174   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 20:33


Salam Aidiladha buat semua warga Ukhwah..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

lie_na
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 777
Posting: 55
Dari: DARI PERAK-KUALA LUMPUR

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 04:18


salam aidiladha kepada semua ahli ukhwah.....semoga pengorbanan yang di lakukan kerana ALLAH S.W.T.dan memberi seribu erti kepada kita semua.insyallah........

Bookmark and Share

    


  Member Information For lie_naProfil   Hantar PM kepada lie_na   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 08:13





-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

mie05
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.11.2005
Ahli No: 20348
Posting: 318
Dari: melaka

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 09:50


:kelip: :kelip: :kelip:
selamat menyambut aidilAdha pada semua umat islam ek..
walaupun kita tak berkorban, tapi ingat lah..
konsep korban itu ek..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mie05Profil   Hantar PM kepada mie05   Quote dan BalasQuote

jubahputih
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.10.2008
Ahli No: 35515
Posting: 23
Dari: pantai timur tawau

Sabah  


posticon Posting pada: 01-12-08 10:31


Assalamualaikum ......
Disini saya ingin mngucapkan selamat hari raya AidilAdha kepada semua ahli ukhwah tak kira d mana jua brada... semoga prshabatan antara kat semua brtambh erat lagi.. Amin... :bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
ku akui kelemahan diri, ku insafi kekurangan ini, ku kesali kejahilan ini, terimalah..terimalah..terimalah..
taubatku ini..d hamparan ini ku meminta


Bookmark and Share

    


  Member Information For jubahputihProfil   Hantar PM kepada jubahputih   Quote dan BalasQuote

amancalledboy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.07.2008
Ahli No: 33940
Posting: 128
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 11:43


salam aidiladha buat semua teman-teman ukhwah..

salah dan silap mohon maap ye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amancalledboyProfil   Hantar PM kepada amancalledboy   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 01-12-08 15:11


salam aidiladha buat semua..
ingat konsep korban ye...
ibadat korban yang ikhlas akan mendapat ganjaran yang setimpalnyer..
insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 16:55


Salam aidil adha.. ampun dan maaf dipinta, jika ada yang kecik hati ke, atau apa apa kesalahan yang dayah ada buat... harap di maaf kan ye.. dayah manusia biasa saja...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 19:12


Salam Edul Adha ..untuk semua warga Ukhwah.com..semoga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran yang ditunjukkan dalam sebarang peristiwa yang terjadi dalam bulan ini..insyaallah..semoga semua dapat mafaat darinya...alhamdulillah.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

khumaira_84
Warga Rasmi
Menyertai: 08.08.2008
Ahli No: 34352
Posting: 20
Dari: bumi Allah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 20:03


Pada 30-11-08 12:19 , sutera_kasih85 posting:

!!! QUOTE !!!

Salam AidilAdha untuk semua...Maaf zahir batin
/

senyum bahagia seekor kambing di hari raya korban... :-D



alahai comeiiinyaaa kambing 2.. :sopan:
selamat menyambut aidiladha untuk semua umat Islam...bila lah nak boleh pergi mekah ini...rindunya..huhuhu :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For khumaira_84Profil   Hantar PM kepada khumaira_84   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 20:08


selamat menyambut eiduladha.semoga mendapat pelajaran dan pengajaran dariNYA.... :oops:


-----------------
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 20:23


salam aidiladha buat semua sahabat-sahabat ukhwah.com
buat ahli ukhwah.com yang lama akhi saiful, selamat menunaikan ibadah haji :)

1-10 ni perbyakkan amalan, puasa sunat, zikir etc :)
moh sama-sama kita tingkatkan amalan bukan dalam 1-10 ni saja tapi biarlah istiqomah selagi bernafas di bumi ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 01-12-08 23:34


salam aidiladha buat semua sahabat-sahabat ukhwah.com :kelip: :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

haff
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6251
Posting: 253
Dari: Darul Aman

malaysia  


posticon Posting pada: 01-12-08 23:43


assalamualaikum....

saya ucapkan Selamat Hari Raya Kepada semua umat islam seduania....
disamping itu doakan saya succeed dalam exam ini k.....exam tetap exam,tapi raya mseti punya bro....



Bookmark and Share

    


  Member Information For haffProfil   Hantar PM kepada haff   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 09:50


salam,,,lagi seminggu saja lagi hari raya qurban tahun ni,.,..lagi seminggu berkumandang lah laungan takbir,,,,selama 3 hari,,,hebat2...

kepada yang memunaikan haji tahun ni,,ana mengucapakan selamat menunaikan haji,,,selamat pergi dan selamat balik..semoga memperolehi haji mabrur...

dan di malaysia ni,,,selamat menunaikan ibadah korban,,bilamana yang kita sedia maklum ganjranya memang cukup baik,....dimana sehelai bulu binatang korban itu bersamaan 1 kebajikan,,,masyaAllah.....

dan wishes saya untuk semua warga ukhwah...selamat berhari raya korban,,,berhati-hati balik raya bagi yang beraya di kampung,,,,jangan anda pula terkorban,....ingatlah org tersayang dan YANG MAHA PENYAYANG.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 12:20


lah
dah nak raya ke?
macam baru saja lagi raya puasa
cepat nya masa blalu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 14:52


Salam Eiduladha kepada semua sahabat ukhwah.com..semoga dapat bersama menghayati falsafah ibadah korban yang dituntut dalam Islam..kepada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya..biar lambat, asal perlahan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 11:07


Assalamualaikum...

dikesempatan ini, ana nak mengucapkan..

"selamat menyambut hari raya korban pada semua warga ukhwah.com"

tak dilupakan juga, IbuAyah tercinta dikampung halaman tu... :-)

balik ini, moh lah, pakat tolong-tolong melapah... dan lain-lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 11:10


Yaa... Selamat Hari Raya AidilAdha jugaak kepada antum semua....
Korban, korban, korban....

p/s: Pandu berhati-hati kalau balik kampung dan selamat tukar langsir baru.
Eeii mohamad, pinjam PC umar_khalil ke kaat office tuue? Suruh dia jangan YM selalu. HIIHIIEE!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 11:22


eerrkk....

jangan lari topik lah akhi...

karng ada yang kena, baru tahu.

:-)

ana bukan pinjam, tapi.. PC kosong

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 11:32


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA......

:bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 11:48


salam aidiladha saya ucapkan...buat semua warga ukhwah.com... :malu:


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 03-12-08 13:38


Salam ... Jemput datang rumah Wawa d Seri Kundang ek .. :-) sesiapa nak datang boleh inform Wawa 0136288581.. ok?

tak ada sesiapa nak anjurkn JK Aidil Adha ke ..?? :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

_norlidahashim_
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.09.2008
Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-12-08 13:46


SALAM AIDILADHA untuk SEMUA WARGA UKHWAH.COM :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For _norlidahashim_Profil   Hantar PM kepada _norlidahashim_   Quote dan BalasQuote

khairulmukminah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2007
Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 21:25


Salam AidilAdha buat semua muslimin & muslimat di seluruh dunia...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairulmukminahProfil   Hantar PM kepada khairulmukminah   Pergi ke khairulmukminah's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 23:32


Ana pun nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari raya AidilAdha kepada semua warga Portal ukhwah. sama-sama kita insafi yang tersirat di sebalik Sirah korban ini. Moga dapat juga mendidik kita menjadi insan yang bersyukur.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 23:38


Salam Aidil Adha.....buat semua warga-wirgi portal Ukhwah.......
semoga Aidil Adha kali ini mengajar kita bahawa korban tu bukan sekadar hanya melakukan ibadah sembelihan haiwan ternakan..... sembelihan tu hanya sebagai satu simbolik erti pengorbanan.......
selebih erti korban tu kita semua belajar setiap hari, bukan pada Hari Raya Aidil Adha sahaja........
:-D

p/s: raya kali ni, ada sesiapa yang nak buat open house ke?????


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 23:40


Alwalid, teman tak buat open house, teman tukoor langsir jeqq...
Meke ada beli baju ghaye ke? Smart bebenor meke niie yeer...

Yeer, Selamat Hari Raya Aidil Adha jugaak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

adh_ham
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.01.2005
Ahli No: 13658
Posting: 37
Dari: Tsik Pmysuree, Cheras

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-12-08 07:30


Salam Iduladha buat ayah bonda dan sanak saudara serta sahabat handai di kg halaman...diri ini xbisa pulang berhari raya tahun ini. terpaksa mengutamakan tuntutan kerja.

Tahun ni bukan korban binatang yang saya lakukan..namun rasanya pengorbanan yang saya buat nanti lebih besar daripada itu. diharapkan diri ini makin hampir kepada Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For adh_hamProfil   Hantar PM kepada adh_ham   Quote dan BalasQuote

nie_nadia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 09:11


selamat menyambut hari raya aidil adha kepada samua warga ukhwah dan selamat menjalani ibadah korban. terutama kepada pengantin baru akhi Mulya dan isteri. katanya nak raya di indonesia ya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nie_nadiaProfil   Hantar PM kepada nie_nadia   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 09:20


Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat Menyambut Hari Raya korban

Selamat Iman dan Aqidah

Selamat Dunia & Akhirat

Selamat Beribadat & Beramal

Selamat Diberkati dan Dirahmati....Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 14:31


Selamat Hari Raya AidilAdha semua warga ukhwah.com.

:bunga: :bunga:



Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 10:46


Lupa tertinggal satu ucapan Selamat Pengantin Baru... kepada sahabat yang khawin dalam dekat nak kita rai Hari Raya Aidilfitri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 13:27


Selamat Menyambut AidilAdha buat warga Ukhwah.com yang diingati..

mana yang balik kampung tu,hati-hati balik ke kampung.. sekarang musim banjir..
InsyaAllah saya akan pulang ke kampung pada pagi esok sesudah subuh.. Doakan perjalanan pergi dan pulang dengan selamat..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

alam_kubur24
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35967
Posting: 36

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 15:39


salam

selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua sahabat ukhwah terutama kak shida,k.hannan,k.sadiqah,adik83,ardani,wawa_83,tiara,iman_suci,anna_atiqah,kak ika,shy,wani,muslimin23 dan lain-lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For alam_kubur24Profil   Hantar PM kepada alam_kubur24   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 16:01


SELAMAT HARI RAYA EID UL ADHA KEPADA WARGA UKHWAH DAN TETAMU. YANG MENUNAIKAN HAJI MOGA PEROLEH HAJI MABRUR DAN YANG BERKORBAN PADA JALAN ALLAH SUKSES HANDAKNYA. YANG MEMBUAT SEMBELIHAN MOGA DITERIMA ALLAH JUA.


-----------------
Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771


Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 16:33


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga ukhwah.com..kepada ayahanda dan bonda, ini adalah raya haji yang ke 6 kita tidak bersama. :-( . semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. tak dilupakan buat kakak dan abang ipar yang akan menunaikan haji pada tahun ini, semoga memperolehi haji yang mabrur dan selamat kembali ketanah air. insyaallah.

kepada sahabat-sahabat yang akan meraikan raya haji dkampung halaman, hati-hati dijalan raya..ingatlah orang yang tersayang dan menyayangi..kepada perantau, janganlah bersedih..(huhuhu, ucapan untuk diri sendiri.. :cry: )..anggaplah ini pengorbanan yang tidak pernah kita kesalkan kerana berjauhan dengan keluarga. semoga sentiasa tabah dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran..HIDUP MESTI TERUS.. :bunga: :bunga:


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

Munira_mms
Warga Rasmi
Menyertai: 17.04.2008
Ahli No: 33247
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 16:44


Salam..Selamat menyambut Hari Raya Qorban..jadikan pengorbanan Nabi ibrahim dan anaknya Nabi ismail panduan dalam melayari kehidupan berlandaskan syariat Allah..amin insyallah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Munira_mmsProfil   Hantar PM kepada Munira_mms   Quote dan BalasQuote

imanimtiaz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15548
Posting: 32
Dari: selangor

egypt   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 16:50


salamun 'alaik..

saya pun nak ucapkan selamat mnymbut yaumul EidulAdha kepada semua warga ukhwah. semoga segala ibadah diterima Allah dan menjadi bekalan di akhirat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For imanimtiazProfil   Hantar PM kepada imanimtiaz   Pergi ke imanimtiaz's Website   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 16:52


salam..
bestnya raya haji kali ni berjaya pujuk mak ayah dan adik2 beraya kat bangi..
saja nak bawa mak ayah rasa suasana raya tempat lain..kadang-kadang boring juga raya kat kg 2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 18:35


BismiLlah wal HamduliLlah...
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh...


لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك... إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك

Salam `Eidul Adha 1429H, Mohon Maaf Zahir dan Batin.


Semoga keteladanan NabiyuLlah Ibrahim `Alaihisalam dan Anak nya NabiyuLlah Ismail `Alaihisalam
dalam Kecintaan mereka terhadap ALLAH `Azzawajalla terpatri didalam jiwa kita.

Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...

Fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab. :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

alam_kubur24
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35967
Posting: 36

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 20:20


Pada 05-12-08 16:52 , ardani posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
bestnya raya haji kali ni berjaya pujuk mak ayah dan adik2 beraya kat bangi..
saja nak bawa mak ayah rasa suasana raya tempat lain..kadang-kadang boring juga raya kat kg 2..


nanti boleh alam_kubur datang raya eh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alam_kubur24Profil   Hantar PM kepada alam_kubur24   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 07-12-08 21:30


Assalamualaikum
buat baik berpada²..buat jahat jangan sekali...
begitu jugak, berkorban berpada²...terkorban, jangan sekali..
:-D

ucapan ditujukan khas buat semua umat Islam..kira khas ke? :berfikir:



pengorbanan, apa sahaja yang memerlukan pengorbanan, itulah sebenarnya erti pengorbanan yang paling dekat dengan diri...bukan sekadar di hariraya Aidiladha ini, malah sepanjang kehidupan kita memerlukan begitu banyak pengorbanan terutama dalam menegakkan agama yang tercinta ini...namun, inilah benchmark, mercu tanda, peringatan tertinggi dalam pengorbanan seorang Nabi yang juga merupakan hamba Allah, terhadap Tuhannya, dalam melaksanakan apa jua yang diperintahkan oleh Penciptanya...

berkorban apa saja,
harta ataupun nyawa,
itulah kasih mesra,
sejati dan mulia...

bukan dipetik, bukan sedutan, bukan apa..
entah apa entah lagu ni..teringat jeq... :welcome:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 22:13


Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam sabdanya bermaksud : "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya. Sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah 'Azza wajalla"
(Hadis Riwayat At-Thabarani)

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Marilah kita perbanyakkan takbir.. Allahu Akbar.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 22:21


Salam Aidil Adha buat semua warga Ukhwah.com.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 22:28


heh sok raya...salam aidiladha semua..

:bunga: :bunga:


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 23:05


salam aidiladha buat semua warga ukhwah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

MARIAH_SMILE
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12955
Posting: 71
Dari: banting, selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 23:41


salam...

salam aidiladha buat semua yang mengenali diri ini (MARIATUN QIBTIAH buat MOHAMMAD JASNI)... dan buat semua pengunjung ukhwah.com...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MARIAH_SMILEProfil   Hantar PM kepada MARIAH_SMILE   Quote dan BalasQuote

scenario
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31016
Posting: 181
Dari: Inti nilai..

Perak  


posticon Posting pada: 08-12-08 00:35


Assalamualaikum..

salam indah,
salam ukhwah,
salam aidiladha,

Buat semua rakan-rakan yang mengenali diri..biar pun yang mengenali diri ini dari secara fantasi ataupun realiti. :D:D

Bookmark and Share

    


  Member Information For scenarioProfil   Hantar PM kepada scenario   Pergi ke scenario's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 08-12-08 11:05


Salam Aidiladha buat semua warga ukhwah..

/

sudah bertahun-tahun tak menyambut AidilAdha :cry: ,
p/s:berkorban, berkorban..biar sekecik-kecik pengorbanan hanya Dia yang tahu. Aku sekali-sekali tidak minta d balas, biarlah..biarlah :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-12-08 11:09


salam,saya wafi hayat bin mohd hanapi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidil adha moga-moga segala pengorbanan dan ibadah kita diterima oleh allah....insya allah

p/s tahun ini ana beraya di kampung walaupun cuti sekejap saja


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 08-12-08 17:32


Pada 30-11-08 12:19 , sutera_kasih85 posting:

!!! QUOTE !!!

Salam AidilAdha untuk semua...Maaf zahir batin
/

senyum bahagia seekor kambing di hari raya korban... :-D



:) Selamat Hari Raya Idul Adha 1429 H :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-08 22:52


salamun alaik..
alahai comelnya gambar cik kambing 2..hehe..
di kesempatan ini,ana ingin mgucapkan salam aidil adha kepada semua ahli portal ukhwah.. :-)

p/s:1st time ana kena kerja time raya..berkorban sggh raya korban tahun ini..org sambut raya kita p kerja..huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-12-08 22:56


Sekadar berkongsi.. untuk mereka yang tertidur semasa khutbah Aidiladha pagi tadi atau yang bersolat secara sendirian..

Khutbah Aidiladha 1429H

Khutbah Pertama:




Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,

Marilah kita perkasakan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat.
Pada pagi yang berbahagia ini mimbar akan membicarakan tajuk " KORBAN: BUKTI PEMATUHAN PERINTAH ALLAH ".




Alhamdulillah, hari ini 10 Zulhijjah 1429 hijriah, seluruh umat Islam menyambut hari raya Haji atau hari raya Korban. Hari ini lebih daripada 27,000 ribu saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dari negara kita berada di Makkah menunaikan ibadah haji. Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk ke tanah suci, maka pada hari ini kita berhimpun, bertakbir, bertahmid dan menunaikan solat sunat iduladha. Seterusnya pada hari ini juga, umat Islam diperintah dan disunatkan berkorban binatang ternakan sebagai korban untuk disedekahkan dagingnya kepada fakir misikin semata-mata kerana Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:



Mafhumnya: " Sesungguhnya pertama-tama amalan yang kita lakukan pada hari ini (iduladha) ialah supaya kita solat kemudian kembali ke rumah lalu kita menyembelih korban, maka barangsiapa yang mengerjakan sedemikian ia telah mengikut sunnahku. Adapun orang yang menyembelih sebelum melakukan solat, maka itu hanyalah merupakan daging yang hendak dipergunakan untuk keluarganya sahaja, tidak termasuk amalan ibadah penyembelihan korban".



Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,

Iduladha merupakan hari perayaan yang sangat istimewa dalam syariat Islam. Keistimewaannya ialah kerana mempunyai dua tuntutan ibadah besar yang dilaksanakan secara serentak di seluruh dunia iaitu:

Pertama, di tanah suci Mekah dilaksanakan ibadah haji. Pada 9 Zulhijjah berjuta-juta orang Islam menyempurnakan ibadah haji dengan berwukuf di padang Arafah, tawaf di kaabah dan melontar jamrah. Meskipun di padang Arafah matahari panas terik, berjuta manusia dari pelbagai bangsa,bahasa, warna kulit, namun berpakaian yang sama dengan tujuan yang sama iaitu mengabdikan diri kepada Allah SWT. Syiar ibadah haji juga merupakan perhimpunan tahunan yang disyariatkan oleh Allah dalam bentuk yang amat berkesan iaitu mengikatkan kesatuan dan perpaduan melalui pegangan akidah yang satu dan bukannya melalui fahaman bangsa dan material. Inilah asas perpaduan yang dipraktikan oleh Nabi SAW yang berjaya menegakkan negara Islam Madinah hanya dalam masa 10 tahun.



Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,

Perkara kedua, ialah seluruh kaum muslimin disegenap ceruk rantau dunia semenjak hari Arafah hingga tamat hari Tasyrik mengumandangkan gema takbir, tahlil dan tahmid dengan suara yang penuh keyakinan mengisytiharkan pengakuan bahawa hanya Allah Azza wa jalla sebagai yang perlu disembah, dipatuhi dan ditakuti. Pengajarannya kepada kita ialah supaya seluruh kehidupan, setiap perjuangan dan segenap pekerjaan yang dilakukan mestilah atas dasar penyerahan diri kepada Allah Azza wa jalla.

Pengabdian diri kepada Allah mestilah diterjemahkan melalui pelaksanaan syariat Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan as-Sunnah. Perlu kita insafi bahawa timbulnya pelbagai isu dan permasalahan dalam masyarakat seperti peningkatan jenayah rompakan, rogol, bunuh, penagihan dadah, penghidap AIDS, kes-kes rasuah, pecah amanah dan sebagainya; adalah kerana belum menyeluruhnya penghayatan kita kepada tuntutan-tuntutan syarak. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 85:



Maksudnya: "Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain?. Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia; dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat, dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."



Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,

Iduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.

Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia. Ini bermakna sama ada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya alahimussolatuwassalam.

Firman Allah SWT dalam surah As-Saafaat ayat 103-107:

Maksudnya: "Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian."



Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,

Mimbar ini ingin mengingatkan kita semua bahawa kedudukan umat Islam akhir-akhir ini semakin dicabar oleh pihak yang longgar akidah dan pihak yang tiada kaitan dengan Islam. Apa maknanya kita beragama Islam, tetapi bersifat was-was dengan hukum Islam. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan pelbagai fatwa dalam usaha menyelesaikan masalah umat. Fatwa yang dikeluarkan bukan mengikut hawa nafsu atau kepentingan diri, tetapi ia dikeluarkan atas permintaan umat Islam sendiri bagi memperjelaskan kekeliruan yang timbul. Justeru keputusan yang dibuat adalah hasil kajian teliti pakar-pakar agama dengan merujuk kitab-kitab muktabar. Namun demikian, sejauh mana pematuhan sesuatu fatwa yang dikeluarkan itu adalah bertunjangkan kepada pengorbanan umat Islam mematuhi perintah Allah SWT.

Bagaimanapun, malang sekali apabila terdapat orang Islam bersekongkol dengan orang bukan Islam mempertikaikan Islam dan fatwa yang dikeluarkan. Apa yang nyata akhir-akhir ini orang bukan Islam semakin berani mempertikaikan Islam. Keadaan ini berpunca daripada kelemahan orang Islam sendiri. Mimbar ingin mengingatkan umat Islam jangan membiarkan pihak yang tiada kaitan dengan Islam bertindak sesuka hati mempertikai Islam dan hukumnya. Marilah kita bergandingan dan terus mempertahankan kesucian Islam ini sesuai dengan semangat cinta kepada Allah SWT berdasarkan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S, Nabi Ismail A.S dan Hajar. Insaflah bahawa, ibadah haji dan ibadat korban mengingatkan kita agar jangan lupa bahawa kita berada dalam satu kesatuan kemanusiaan dan jangan pula kita hancur dikorbankan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,

Mengakhiri khutbah, mimbar ini menyeru, marilah kita menghayati tuntutan-tuntutan syarak yang terkandung dalam amalan ibadah haji dan ibadah korban yang berpaksikan hubungan kita yang erat dengan Allah SWT dan hubungan kita sesama kita, demi kecemerlangan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Mimbar ini berpesan bahawa hari raya korban yang dirayakan tanpa pengorbanan, tidak mampu memberi apa-apa makna dan kesan kepada kita. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang suci, Nabi Ismail A.S yang berani dan bondanya Hajar yang begitu tabah hati, mampu menyuntik semangat kepada kita semua.




Khutbah Kedua



Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.



Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita memperbanyakkan syukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kita nikmat keamanan dan keharmonian dalam negara ini. Dengan nikmat tersebut kita dapat berhimpun di masjid-masjid dan surau seluruh negara, sama-sama melaungkan takbir hari raya. Marilah juga kita suburkan perpaduan antara kita kerana akhir-akhir ini bibit perpecahan di kalangan masyarakat mencetuskan reaksi yang kurang menyenangkan. Renungkan sejenak tentang nasib saudara seagama kita yang kini hidup diburu ketakutan, kelaparan, sengsara di negara masing-masing. Saban hari ada sahaja nyawa yang hilang tanpa mengenal kanak-kanak atau orang tua. Hari ini kita menangis kerana kematian orang tersayang sama ada sakit atau kemalangan, tetapi di negara-negara lain mereka menangis disebabkan kematian yang berpunca daripada persengketaan dan kekacauan. Sesungguhnya keamanan adalah nikmat yang sangat berharga dan wajib dipertahankan.

Justeru, dengan nikmat keamanan ini, kita dapat berhimpun dan bertemu saudara mara, sahabat handai juga jiran tetangga. Dengannya juga, kita dapat menunaikan ibadah korban serta berziarah tanpa sebarang halangan. Tidak hairan ramai pengunjung yang datang ke negara ini merasa tenang, gembira di atas keselamatan diri mereka. Walau bagaimanapun keadaan ini perlu dipertingkatkan sejajar dengan pembangunan negara berasaskan prinsip keimanan dan ketakwaan yang lebih teguh.




Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi; wahai orang yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan."

Marilah kita sama-sama mengucapkan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW:



Dan marilah kita bermohon kepada Allah SWT, semoga Allah meredhai khalifah-khalifah Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar bin As-Siddiq, Saidina Umar bin Al-Khattab, Saidina Othman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Juga sahabat-sahabat baginda yang telah berjuang menyebar dan meninggikan agama Allah yang Maha Suci ini. Termasuklah juga bapa saudara junjungan kita Saidina Hamzah dan Saidina Abbas, cucunda-cucunda baginda Saidina Hassan dan Saidina Hussin, puteri-puteri baginda Saidatina Fatimah Al-Zahra', isteri-isteri baginda seterusnya kepada sekalian sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan mereka yang berjuang dari semasa ke semasa hingga hari kiamat.



Ya Allah ampunkanlah sekalian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Kurniakanlah Ya Allah taufik dan hidayah, kekuatan, kesejahteraan dan pertolongan kepada ketua-ketua negara Islam dan raja-rajanya khasnya kepada hambamu Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah.

Ya Allah wahai tuhan kami, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal soleh kami, kukuhkanlah perpaduan kami, tambahkan rezeki kami, kayakan kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan akhlak yang mulia, lindungilah kami daripada segala bahaya, banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan supaya dengan demikian negara kami bertambah makmur dan berkat.





-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ToK_iMaM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI [email protected] ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 12:27


"apabila tibanya Eiduladha, ramai yang tertanya2 apa yang patut dikorbankan??
sesungguhnya tidak cukup sekadar binatang ternakan, kita patut korbankan apa yang kita sayang untuk Islam.."
Hasan Al-Banna..

Hayati korban kita..salam Eiduladha..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ToK_iMaMProfil   Hantar PM kepada ToK_iMaM   Pergi ke ToK_iMaM's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.207026 saat. Lajunya....