Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 71
Ahli: 0
Jumlah: 71




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 11 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 12 hari yang lalu
nur_tinta: 18 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Info Mengenai Tali Gantung


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Info Mengenai Tali Gantung

Please Mendaftar To Post


Oleh Info Mengenai Tali Gantung

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 23:09


TALI GANTUNG

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

“Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan” jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

“Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza” kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

“Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)” kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk “perjumpaan terakhir”

Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk “hidangan terakhir” bernilai
RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman
gantung poie dengan rela setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

Jangan ikut tabiat buruk ayah antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.

Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih agaknya dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan
jenaka, cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila gear ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik gear yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.

Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu; kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas, katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 00:05


!!! QUOTE !!!

Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas, katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

betul tu..segala nya berpunca dari keluarga.....


owh macam ini rupanya kisah tali gantung...
info yang berguna..
terima kasih muslimin23..


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 11:29


sama-sama lemonchi..moga-moga kita muhasabah diri kita dan kita hindari perkara2 yang menyebabkan dosa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 11:37


ngerinya ana baca artikel ini....
ambil sebagai pengajaran......
mudah-mudahan kita tidak melalui pengalaman sebegitu...
Nauzubillahiminzalik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 25-11-08 12:04


Assalamualaikum
memang ngeri bila baca artikel ni..namun, ada sedikit kejengkelan di hati saya berkenaan ia seolah² mahu menghalalkan hukuman gantung sebagai hukuman yang terbaik...hakikatnya tidak...

apapun, artikel tetap menginsafkan..moga kita sentiasa menjauhi perbuatan haram, maksiat dan jenayah...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 12:42


hmm...
ismi suka akan ayat, biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum...


hakikatnya, masyarakat sekrang, lebih suka menjatuhkan hukuman... bio pun yang di hukum itu kesalahannya samar2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 12:45


http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=15985&forum=3

ini pula mengenai cerita tukang gantung


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 12:47


salam,
"biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum"...ayat ni dalam novel bagaikan puteri oleh ramlee awang murshid. tukang gantung tu kita panggil algojo kan?hmm.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 20:46


Pada 25-11-08 12:47 , syahadahtul_nur posting:

!!! QUOTE !!!

salam,
"biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum"...ayat ni dalam novel bagaikan puteri oleh ramlee awang murshid. tukang gantung tu kita panggil algojo kan?hmm.



algojo tu gelaran bagi mereka yang melaksanakan hukuman mati tak kisahlah tukang gantung ke,tukang pancung ke dan etc.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120283 saat. Lajunya....