Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 7 hari yang lalu
wyd1014: 15 hari yang lalu
haykal77: 23 hari yang lalu
Kakngah: 23 hari yang lalu
lidah-penghunus: 25 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: :: Misteri sebotol Budu : Something yang anda perlu tahu ::


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» :: Misteri sebotol Budu : Something yang anda perlu tahu ::

Please Mendaftar To Post


Oleh :: Misteri sebotol Budu : Something yang anda perlu tahu ::

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 08:19


Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sep erti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sep erti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram apa 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 moga bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (pijak) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sep iring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



huhuhuh.. sebenarnya aku ini tak makan budu..
Sebab terkenang proses buat budu..

Tapi lepas baca artikel (forwaded email)... terus terbuka minda..

Alhamdulillah..



HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 08:51


Uish, tak sangka budu diiktiraf sebagai makanan berkhasiat.hehehehe..bangganya saya..alwalid, mari kita meraikan kejayaan ini dengan makan budu direstoren sg.buloh bersama2.hehe,.Muddathsir787 sekali, meh2..terima kasih Muddathsir787!!..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

ladylolida_aina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2008
Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor

malaysia  


posticon Posting pada: 13-12-08 22:34


selepas ini siapa yang tak pandai makan budu tu bljr2 lah makan budu ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladylolida_ainaProfil   Hantar PM kepada ladylolida_aina   Quote dan BalasQuote

selembut_salju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2674
Posting: 121
Dari: damansara utama

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 22:50


banyak sungguh khasiat budu ni ye.........dulu suka sangat makan budu tapi sekarang kena kurangkan sebab resdung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For selembut_saljuProfil   Hantar PM kepada selembut_salju   Pergi ke selembut_salju's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 00:28


budu memang sedap.. tambah-tambah lagi perahkan dengan asam limau dan racikkan sedikit cili kampung ke dalam.. colet dengan jantung pisau or ulam2an.. hurmm best tapi saya tak boleh makan beria sebab takut gatal2.. sekadar rasa boleh lah... :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

MARIAH_SMILE
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12955
Posting: 71
Dari: banting, selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 01:20


banyak betul khasiat budu. tapi masin sangat.

p/s: pernah makan timun cicah budu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MARIAH_SMILEProfil   Hantar PM kepada MARIAH_SMILE   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 12:41


Pada 13-12-08 22:34 , ladylolida_aina posting:

!!! QUOTE !!!

selepas ini siapa yang tak pandai makan budu tu bljr2 lah makan budu ye...


kena belajar makan budu?? aisey..ada teori dan prektikel khusus ke?? :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 13:39


hohohoho...
saya ada masalah low blood preasure...
nak ok kan balek, makan lah buduhehehehheeh

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

sikinshaharudin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2008
Ahli No: 36109
Posting: 87
Dari: zi ji l0ng p0

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 15:47


betul ke boleh rawat hipertension???
ini sudah bagusss....... :kelip: :kelip:


-----------------
senYum s0km0 =)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sikinshaharudinProfil   Hantar PM kepada sikinshaharudin   Quote dan BalasQuote

True_Heart
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.11.2007
Ahli No: 31612
Posting: 86

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-12-08 17:32


~~ana orang singapore, yang pernah mengaji di kelantan.... and kali pertama makan budu, tak ada rasa apa-apa lah...hehe kawan-kawan pun pelik...takkan tak rasa apa-apa agaknya?? yup!! macam tak rasa apa-apa...tapi selepas dua minggu tak silap, barulah terasa budunya.. ok.lah..nice..~~~
paling best mestilah makan dengan nasi kerabu!! ada sahabat ana tu, makan dengan mee goreng pun dengan budu...semua dia makan dengan budu..tak sah kalau takdok budu! hee.. tapi yang paling best bagi ana...tempoyak lah.. ;) ~~~

Bookmark and Share

    


  Member Information For True_HeartProfil   Hantar PM kepada True_Heart   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 21:08


Budu orang Perak jarang makan. Kalau orang Perak memang tempoyak niie
ala-ala budu bagi orang Kelantan rasanya. HUHUUEE... EERR... Ada tak
sesiapa di sini yang gemarkan tempoyak? Atau, ada tak orang Kelantan di sini
yang gemarkan tempoyak trademark Perak niie? HHEEE...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 21:15


Pada 13-12-08 22:34 , ladylolida_aina posting:

!!! QUOTE !!!

selepas ini siapa yang tak pandai makan budu tu bljr2 lah makan budu ye...


:-o macam mana lah ye nak makan budu..tak lalu dek tekak..sama juga lah kesnya tempoyak...sebab saya tak makan durian :lol:


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 14-12-08 21:27


Pada 14-12-08 21:08 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

Budu orang Perak jarang makan. Kalau orang Perak memang tempoyak niie
ala-ala budu bagi orang Kelantan rasanya. HUHUUEE... EERR... Ada tak
sesiapa di sini yang gemarkan tempoyak? Atau, ada tak orang Kelantan di sini
yang gemarkan tempoyak trademark Perak niie? HHEEE...


owl budu ini lain rasa nya dengan tempoyak...tapi memang sedap lah...ala2 masin sikit...tapi sapo nak kecek klate bulehh belajar make budu...uhuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099997 saat. Lajunya....