Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 151
Ahli: 0
Jumlah: 151




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Diet: Apa Jenis Darah Anda?


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Diet: Apa Jenis Darah Anda?

Please Mendaftar To Post


Oleh Diet: Apa Jenis Darah Anda?

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 22-11-08 21:36


Assalamualaikum

Diet: Apa Jenis Darah Anda?

LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu. Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?

Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda. Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.

Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek : Yogurt

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Sumber: Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
31 January 2008
Susunan NOORZIHAN MOHAMED YIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 21:43


ana darah jenis 0 terima kasih atas info yang di berikan









........................
http://www.ezeezone.net/index.php?id=wafie86

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 21:46


oo.kita darah o
kena kurangkan susu..
adoi,kita suka sangat minum susu sebelum tidur,nak tinggi..
hahah
tapi tak tinggi-tinggi pun..
tambah berisi adalah..hahaha
takper2,
lepas ni kena kurang ambil susu
thank you..
bguih info ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 21:51


eh..saya lupala jenis darah apa..huhu..nak kena tengok balik ini..huhu

;-) :-? :berfikir:


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 21:53


aiseh..tu perut mat saleh lah.. perot melayu punya menu tak ada ke?? :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 21:53


Waalaikumsalam

Terima kasih hafeezzul. Ana darah jenis B.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 22-11-08 21:55


Sama-sama. Aik lebih kurang lah kita. Boleh lah menderma. Ana jenis B+

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 22:17


Darah O kena menghindari produk susu dan gandum?? ye ke?? tapi saya suka minium susu dah tu kena menghadkan pengambilan buah-buahan..tak boleh jadi ni..buah memang makanan utama saya..pas tu kena makan sayur-sayuran banyak (memang tak makan sayur hijau pun) dah baca ni baru tahu yang darah O ni leceh juga dalam berdiet..Mujur saya tak perlu berdiet..hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

aleyamaisara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2007
Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor

Sabah  


posticon Posting pada: 22-11-08 22:28


Pada 22-11-08 22:17 , shimaku posting:

!!! QUOTE !!!

Darah O kena menghindari produk susu dan gandum?? ye ke??


saya pun darah O.. tapi hari2 minum susu. kalau keluar mesti carik buah.. huhu.. sedeynya.. tepaksa lah kurangkan minum susu dan makan buah..
p/s :nasib baik sayur boleh makan :berfikir:


-----------------
Image Hosted by ImageShack.us



Bookmark and Share

    


  Member Information For aleyamaisaraProfil   Hantar PM kepada aleyamaisara   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 00:08


mm..kena jadi vegetarian ke? saya pernah dengar, yang tak berapa elok untuk jadi vegetarian ni.. yelah..makan sayur....saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

mfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.06.2006
Ahli No: 24950
Posting: 198
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 23-11-08 01:22


OO iyakah? darah ana ni berjenis O, penderma universal.. huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For mfirdausProfil   Hantar PM kepada mfirdaus   Pergi ke mfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 04:43


rasanya buku di dikeluarkn kat jepun..
ayah saya beli.. urm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 23-11-08 08:18


Assalamualaikum
wahh...ramainya yang berdarah O...sama jugak saya... :welcome:
cumanya, apa yang saya fikirkan, makanya tidak haruskah orang yang berdarah O ni makan nasi?? :berfikir: :-o sukar jugak tu..menu diet dia terlalu 'simplistik'..tak boleh nak amalkan jeq..waduhh... :oops:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

dr_nik
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.09.2007
Ahli No: 31081
Posting: 206
Dari: KL

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 08:33


IKLAN: Kepada semua sahabat Ukhwah, kalau ada kesempatan tolong derma darah dan jadikan amalan menderma darah sebagai rutin kehidupan kita. Saya dapat tahu daripada PDN (Pusat Darah Negara), mereka amat memerlukan bekalan darah untuk kuantiti yang banyak kerana bekalan darah agak berkurangan buat masa sekarang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dr_nikProfil   Hantar PM kepada dr_nik   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-11-08 11:19


Pada 22-11-08 21:53 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Waalaikumsalam

Terima kasih hafeezzul. Ana darah jenis B.



eh..eh..eh sesama lah kita cik hanan tiru kita ek...
hehehehehe
ana kumpulan darah B+ agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 13:54


derma darah .. alamak .. aku tak cukup syarat nak derma .. huhu .. sebab under medical lagi..kena makan ubat.. hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 23-11-08 14:32


Assalamualaikum

saya pun darah B macam kak hanan~
dok tunggu Hospital Seremban or PDN datang kolej saja ini..hehe
InsyaAllah saya akan mula mengamalkan....(chaiyOo~)
;-) :-D


    *

!!! QUOTE !!!

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan , telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu , kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.


pebret tuuhh....hukhuk

:-(



Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

yoma
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14789
Posting: 60
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 15:52


saya baru saja dapat tau tentang diet ikut jenis darah memang nak cari info tak sangka jumpa di sini...thank you...

saya darah jenis O. makan banyak pun badan tak berisi...kurus saja huhuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For yomaProfil   Hantar PM kepada yoma   Quote dan BalasQuote

NisaAdDeen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2008
Ahli No: 32631
Posting: 92
Dari: ulu kinta,perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 16:04


Salam ukhwah..

shukran atas info kesihatan yang berguna..
ana dari darah jenis O...
tapi ana nak badan ana berisi, tapi dalam keadaan yang sihat..
bukan apa...ramai sahabat-sahabat yang dah lama tak jumpa, cakap ana semakin kurus..
yang lebih teruk, depa cakap ana cengkung..
rasa macam orang sakit pula..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NisaAdDeenProfil   Hantar PM kepada NisaAdDeen   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 23:58


kalau darah orang tu warna hijau macam alien tu macam mana pula diet dia ya? :-D :-D :-D :-P :-P :-P


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 00:08


salam alaik
syukran hafeezul, memang dah lama cari artikel ni
darah O juga....tak boleh makan nasi, roti pun tak boleh
nak makan apa????
takkan tempoyak saja agaknya????

uhuhuhuhu
:lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-11-08 11:49


Pada 23-11-08 23:58 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

kalau darah orang tu warna hijau macam alien tu macam mana pula diet dia ya? :-D :-D :-D :-P :-P :-P


Assalamualaikum
diet dia macam alien jugak lah agaknya..huhu..makang budok...:hammer:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 11:55


saya jenis darah B+
Diet ek? ahakas... rasa macam tak mampu lah berdiet dengan makanan ala-ala perut orang putih ni.. dah pernah try seminggu tak makan nasik.. ganti dengan roti gardenia saja.. aduih..tak boleh tahan.. nak nasik juga akhirnya..
bijirin-bijirin ni nestum saja yang lalu nak makan..oat dll memang tak mahu masuk perut..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 12:10


asslamualaiku...

terima kasih atas info tu ye... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

ainanursafiya
Warga Rasmi
Menyertai: 17.11.2008
Ahli No: 35917
Posting: 18
Dari: sh alam

Johor  


posticon Posting pada: 24-11-08 12:31


saya pun darah O.alhamdulillah setakat ini jarang kena penyakit..cuma baru-baru ni saja check kolesterol tgi daa..risau juga..dah lama tak menderma darah..terasa macam dah penuh sangat darah dalam badan..hehe..anyway thanks for this info..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainanursafiyaProfil   Hantar PM kepada ainanursafiya   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 12:57


Pada 22-11-08 21:46 , nadia_khalit posting:

!!! QUOTE !!!

oo.kita darah o
kena kurangkan susu..
adoi,kita suka sangat minum susu sebelum tidur,nak tinggi..
hahah
tapi tak tinggi-tinggi pun..
tambah berisi adalah..hahaha
takper2,
lepas ni kena kurang ambil susu
thank you..
bguih info ni..


eh,.;-)
macam sama..:sopan:


-----------------
::teruskan kejayaan menuju keunggulan::



Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 12:31


darah O...
:-D :-D :-D ...
sama ke jenis O +ve dengan O-ve, dietnye???

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 15:20


Pada 26-11-08 12:31 , ziyah posting:

!!! QUOTE !!!

darah O...
:-D :-D :-D ...
sama ke jenis O +ve dengan O-ve, dietnye???


macam mana pula nak tau O +ve or O-ve??:-?


-----------------
::teruskan kejayaan menuju keunggulan::



Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 15:41


tak tahu imni_1612...
chek O+ve masa derma darah...
nak tahu juga beza O+ve dengan O-ve...
apa beza nya... :-D :-D :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 08:54


Pada 26-11-08 15:41 , ziyah posting:

!!! QUOTE !!!

tak tahu imni_1612...
chek O+ve masa derma darah...
nak tahu juga beza O+ve dengan O-ve...
apa beza nya... :-D :-D :-D


imni tak pernah derma darah tapi buat experimen time sekolah dulu tu tau kelas darah tu..:-D


-----------------
::teruskan kejayaan menuju keunggulan::



Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 09:16


tak tahu imni_1612...
ok, tanya yang pakar pasal darah ye...

:-D :-D :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 16:19


ok thank you ye ziyah..:welcome:
doktor tolong..tolong..
hehe:-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 16:23


Pada 23-11-08 23:58 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

kalau darah orang tu warna hijau macam alien tu macam mana pula diet dia ya? :-D :-D :-D :-P :-P :-P



adakah orang yang darah dia hijau macam alien.... :berfikir: :-P


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 17:17


saya darah o...
setiap hari minum susu soya...bagaimana ini?
suka makan buah....adui2..


-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 27-11-08 17:43


Assalamualaikum
ada tak yang jenis darahnya..darah manis?? :berfikir: :-P :-P
darah tinggi yang banyak kena diet ni.. :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 19:55


Pada 27-11-08 17:17 , cikgu84 posting:

!!! QUOTE !!!

saya darah o...
setiap hari minum susu soya...bagaimana ini?
suka makan buah....adui2..



tak mengapa lah cikgu84 apa boleh buat dah nasib orang-orang yang berdarah O..tapi takkan nak ikut sepenuhnya kan....ada juga yang tak berapa nak logik..misalnya menghindari nasi...kalau tak makan nasi alamat lembik lah jawabnya..sebab dah tu makanan ruji masyarakat asia.. So mana yang baik kita ikut mana yang kurang elok kita fikir-fikirkan.. :berfikir:


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 19:58


Pada 27-11-08 17:17 , cikgu84 posting:

!!! QUOTE !!!

saya darah o...
setiap hari minum susu soya...bagaimana ini?
suka makan buah....adui2..



tak mengapa lah cikgu84 apa boleh buat dah nasib orang-orang yang berdarah O..tapi takkan nak ikut sepenuhnya kan....ada juga yang tak berapa nak logik..misalnya menghindari nasi...kalau tak makan nasi alamat lembik lah jawabnya..sebab dah tu makanan ruji masyarakat asia.. So mana yang baik kita ikut mana yang kurang elok kita fikir-fikirkan.. :berfikir:

**ehmm ramai juga ye darah O... :welcome:


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 14:33


Pada 24-11-08 11:49 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-11-08 23:58 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

kalau darah orang tu warna hijau macam alien tu macam mana pula diet dia ya? :-D :-D :-D :-P :-P :-P


Assalamualaikum
diet dia macam alien jugak lah agaknya..huhu..makang budok...:hammer:




reti ke alien nak makan orang?.gigi pun tak ada takkan nak telan saja


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 14:40


Pada 27-11-08 17:43 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
ada tak yang jenis darahnya..darah manis?? :berfikir: :-P :-P
darah tinggi yang banyak kena diet ni.. :kelip:



selalunye darah manis tak lama dietnye...
paling2 lama pun 2 tahun saja agaknya org yang darah manis kena diet....ahaks.. :berfikir:


-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 15:16


DARAH ANA JENIS 'B'..

BAGUS sangat-sangat INFO DI ATAS TU..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 15:16


Pada 22-11-08 21:53 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Waalaikumsalam

Terima kasih hafeezzul. Ana darah jenis B.




SAMA JENIS LAH DARAH KITA KAK HANAN
BOLEH MENDERMA NI.. ;-)


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 15:40


Pada 27-11-08 19:58 , shimaku posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-11-08 17:17 , cikgu84 posting:

!!! QUOTE !!!

saya darah o...
setiap hari minum susu soya...bagaimana ini?
suka makan buah....adui2..



tak mengapa lah cikgu84 apa boleh buat dah nasib orang-orang yang berdarah O..tapi takkan nak ikut sepenuhnya kan....ada juga yang tak berapa nak logik..misalnya menghindari nasi...kalau tak makan nasi alamat lembik lah jawabnya..sebab dah tu makanan ruji masyarakat asia.. So mana yang baik kita ikut mana yang kurang elok kita fikir-fikirkan.. :berfikir:

**ehmm ramai juga ye darah O... :welcome:



betul juga tu.... :kelip:


-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134832 saat. Lajunya....