Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 9 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 19 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 20 hari yang lalu
eme86: 20 hari yang lalu
sunan-faqih: 25 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: KAABAH ENGGAN BERGERAK


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» KAABAH ENGGAN BERGERAK

Please Mendaftar To Post


Oleh KAABAH ENGGAN BERGERAK

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-11-08 19:00


Iktibarnya, lebih baik ke tanah suci dulu, menunaikan umrah ataupun haji........ke Disneyland, Perth, Gold Coast, London, Bali, Bandung, Phuket dll.... kemudiankan....demi kehidupan kita yang kekal kelak.

Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid kampong berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit gelap.Ketika melalui ' Karak Highway ' hujan mula turun setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjalanan. Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke rumah dan mandi. Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya    
lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah bulanan yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman. Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel.Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah    
yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya Kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi Kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan    
adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya. Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka..Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....


-----------------
aku insan biasa :)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

khairulmukminah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2007
Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 00:04


Subhanallah...terasa sayu hati ni...betapa kasihnya Allah pada kita...tapi ramai antara kita yang masih terleka...ampuni kami Ya Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairulmukminahProfil   Hantar PM kepada khairulmukminah   Pergi ke khairulmukminah's Website   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 09:20


assalammualaikum

Ya Allah... tiba-tiba saja menitis air mata.... begitu hebatnya kasih Allah kepada makhluknya... Ya Allah...buka kan lah pintu hatiku dan seluruh makhlukMu untuk terus bertaubat dan beriman pada Mu... amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 09:36


hebat kasih sayang Allah..
baca memang menitis air mata..
DIALAH MAHA PENYAYANG

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

MuazKarimi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.11.2003
Ahli No: 5300
Posting: 22
Dari: somewhere in Middle East

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-11-08 14:01


syukur alhamdulillah..syukran 'ala haza...ana semakin semangat untuk malakukan tawaf sebentar lagi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuazKarimiProfil   Hantar PM kepada MuazKarimi   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 18:08


memang menarik artikel ni.dari mana dapat ya?.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ladylolida_aina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2008
Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor

malaysia  


posticon Posting pada: 22-11-08 23:28


sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani...
Ampunkanlah dosa hambamu ini...Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladylolida_ainaProfil   Hantar PM kepada ladylolida_aina   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-11-08 10:37


Pada 22-11-08 18:08 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

memang menarik artikel ni.dari mana dapat ya?.



kawan ana yang email artikel ni
moga-moga ia boleh memberi ransangan pada kita untuk
melakukan ibadah haji satu hari nanti insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 23-11-08 11:21


Assalamualaikum
sekali lagi diingatkan, ada baiknya peringatan begini, namun jika ia bukanlah dari sumber yang sahih, ia boleh dipersoalkan...walaupun niatnya baik..



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-11-08 11:25


Pada 23-11-08 11:21 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
sekali lagi diingatkan, ada baiknya peringatan begini, namun jika ia bukanlah dari sumber yang sahih, ia boleh dipersoalkan...walaupun niatnya baik..



betul juga kata sayatetapsaya...
ana pun tak pernah dengar dari mana-mana tok guru even ceramah
pasal benda ini.
tapi sekadar peringatan sesama kita
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.142256 saat. Lajunya....