Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 27 hari yang lalu
ronniefinancehome: 38 hari yang lalu
MTMKi: 48 hari yang lalu
usop79: 49 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Hukuman peniaga rogol pembantu rumah ditambah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Hukuman peniaga rogol pembantu rumah ditambah

Please Mendaftar To Post


Oleh Hukuman peniaga rogol pembantu rumah ditambah

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 00:17


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini memberikan amaran keras kepada majikan di Malaysia supaya tidak mendera pembantu rumah mereka, atau menghadapi hukuman berat mengikut undang-undang, seperti seorang penjual nasi ayam yang hukuman penjara terhadapnya ditambah kepada 32 tahun dan 18 sebatan bagi kesalahan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

Isteri Seow Eng Aik, Tan Seok Hoon, yang bersubahat dengan suaminya dengan memegang tangan pembantu rumah itu semasa suaminya merogol wanita itu dan juga memasukkan cili dan lobak merah ke dalam kemaluan pembantu rumah itu, dihukum penjara enam tahun.

"Mana-mana majikan yang berhasrat melakukan perbuatan kejam seperti kamu akan menerima nasib yang sama," kata Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar yang bersidang bersama-sama dua Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Adnan Muhamad dan Datuk Ahmad Maarop.

Ketiga-tiga hakim sebulat suara menolak rayuan pasangan itu dan turut menambah hukuman terhadap Seow daripada penjara 16 tahun dan sembilan sebatan kepada penjara 32 tahun dan 18 sebatan bagi tiga kesalahan merogol pembantu rumahnya.

"Alasan (bagi penambahan hukuman) ialah kerana ini perbuatan rogol yang sadis terhadap seseorang yang sepatutnya dilindungi. Sebaliknya, dengan bantuan isteri kamu, kamu merogolnya untuk memuaskan nafsu kamu.

"Gadis malang ini datang dari jauh Indonesia untuk mencari nafkah hidup tetapi sebaliknya dia dilayan dengan kejam dan dirogol," katanya.

Seow, 41, didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan merogol pembantu rumah berumur 19 tahun dari Blora, Semarang, Indonesia, di rumahnya di Tingkat Paya Terubong 3, Paya Terubong, Pulau Pinang pada Februari, Julai dan Ogos 2004.

Tan, 36, didapati bersalah bersubahat dengan suaminya dalam kejadian pada Julai.

Pada 23 Jun, 2005, Seow dihukum penjara 12 tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan dan hukuman penjara itu berjalan serentak, manakala Tan dipenjara enam tahun.

Mahkamah Tinggi pada 31 Mac, 2006, menolak rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman dan menambah hukuman penjara Seow kepada 16 tahun.

Seow ditahan pada 18 Oktober, 2004 selepas pembantu rumah itu yang melarikan diri dari rumah sebulan sebelum itu, membuat laporan di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Dia mendapatkan perlindungan di sebuah rumah anak-anak yatim Islam di Paya Terubong selama beberapa minggu sehingga wakil Tenaganita Pulau Pinang membawanya ke Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Seow dan Tan diwakili peguam S dan raya dan K H Chua, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya V Shoba. - Bernam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: :: Terengganu/Selangor ::

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 14:49


Bagi ana memang patut pun hukuman ditambah, dan lebih patut lagi dikenakan hukuman penjara seumur hidup. sebab ianya seolah-olah telah menghancurkan hidup dan masa depan si mangsa itu sendiri. Ana bersimpati dengan mangsa dan ana harap dia dapat bersabar dalam menjalani hidup lepas ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 15:47


orang macam ni tak layak di panggil manusia tapi patut di panggil binatang sebab memperlakukan manusia lain macam binatang setelah di kuasai oleh sifat kebinatangannya.....

dahlah menganiaya orang, membantu untuk menganiaya lagi......
memang patut pun di tambah hukumannya tak pun penjara seumur hidup saja....biar dia fikir balik kesalahan dia dan insaf akan perbuatan dia bila kat dalam penjara tu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 15:52


assalammualaikum

orang macam itu memang layak di penjara seumur hidup... sekurang-kurangnya sebat lah mereka 1000 kali... memusnahkan kehidupan orang lain saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 15:59


assalamualaikum

orang macam tu tak patut hidup kat muka bumi ni... kejam sungguh... patutnya perogol tu di hukum sula saja... tiap-tiap hari sebat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087119 saat. Lajunya....