Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Manusia akan mati sekali sahaja, tetapi orang yang berhutang akan mati berkali-kali
-- Peribahasa India

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: AYAH PIN RETURN


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» AYAH PIN RETURN

Please Mendaftar To Post


Oleh AYAH PIN RETURN

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 18:31


Kepulangan 'yang ditunggu'. Ayah Pin akan dijangka berkenan untuk mencemar duli turun dari Kerajaan Langit kayangan. Sambutan meriah akan diberikan oleh JHEAT & PDRM:

Rabu November 19, 2008
Lokasi Ayah Pin dikesan, polis dan JHEAT susun tindakan bawa keluar

Oleh WAHIDA ASRANI | mstar.com.my

/

SERDANG: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah berjaya mengesan lokasi persembunyian ketua kumpulan Ajaran sesat, Arifin Muhamad, 65 atau lebih dikenali sebagai ayah Pin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, JHEAT akan bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa Ayah Pin keluar dari lokasi tersebut dalam jangka masa terdekat.

Zahid berkata, beliau telah menerima maklumat tentang lokasi tersebut daripada pegawai-pegawainya awal pagi tadi.

"Laporan terbaru yang saya terima setakat pukul 10 pagi tadi, pegawai saya melaporkan mereka sudah tahu di mana ayah Pin berada dan disembunyikan.

"Mereka akan bekerjasama dengan pihak polis untuk keluarkan Ayah Pin dan diambil tindakan sivil dan syariah,"
katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Menurutnya, sejak Ayah Pin muncul semula di Terengganu baru-baru ini, JHEAT telah diarahkan memulakan penyiasatan.

"Apabila 'kelibat' ayah Pin dilihat di sana, saya telah hubungi JHEAT untuk ambil tindakan seterusnya berdasarkan undang-undang sivil dan syariah.

"Walaupun ada sesetengah pihak menuduh kami membiarkan dan melambatkan kes ini, tapi JHEAT telah lakukannya dengan segera,"
katanya.

Tambah beliau,bahagian pemulihan akidah Jakim dan JHEAT telah mengambil tindakan membetulkan akidah pengikut-pengikut Ayah Pin.

"Proses yang dibuat ini sama seperti apa yang dibuat Jakim terhadap kumpulan ajaran sesat, Darul Arqam dan usaha ini nampaknya berhasil," katanya.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, berkata Ayah Pin yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat dilaporkan berada di Terengganu.

Beliau berkata, polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah JHEAT memaklumkan kepada polis untuk tidak menahan Ayah Pin sehingga siasatan selesai.

Ayah Pin pernah menggemparkan tanah air kira-kira tiga tahun lalu apabila beliau mengetuai 'Kerajaan Langit' mempunyai sekumpulan pengikut yang amat taksub dengannya.

Kumpulan yang melanggari lunas-lunas Islam itu berjaya dihapuskan, manakala Ayah Pin pula menghilangkan diri.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 18:40


aiyak,sudah kembali dari terima "wahyu" ke?apa pula kandungan "wahyu" yang terbaru?.dari mana dapat "wahyu" tu?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-11-08 10:36


pak pin ini musuh negara...sesat dan menyesatkan
maka sebaiknya diambil tindakan segera


jangan hanya mujahidin diseksa,,,thaghut bebas...

mana ADIL nya.


maka Jabatan Agama perlu cepat bertindak...hukum tembak seperti Imam Samudera Mujahidin dari Indonesia yang telah dijatuhkan hukuam tembak oleh pemimpin sekular Indonesia...


hukuman tembak...hukuman gantung adalah sekular tiada Roh Islam dalam perlaksanaan hukuman...


ikut arab saudi yang amalkan hukuman pancung untuk hantar pesalah ke alam barzakh dengan mengurangkan siksaan
sedangkan kalau kita nak bunuh cicak kita disuruh jangan menzaliminya dengan hanya sekali pukul hingga mati saja...


Hadis 2094 jilid 4 Muslim
Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) .a. katanya “ Sesungguhnya Nabi saw. Telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakanya “Si penjahat kecil)=Puwaisiqan

jika cicak di suruh kita bunuh secara tidak menyiksakan..Inikan manusia sebaik- makhluk.

0.1 saat sekelip mata pesalah dihantar ke alam barzakh...


jika hukuman gantung sampai 5 minit hingga 12 minit...betapa siksanya ...


jika hukuman tembak mungkin ambil masa 5 minit....



hanya pandangan ana yang dhaif....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 10:40


Pada 19-11-08 18:40 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

aiyak,sudah kembali dari terima "wahyu" ke?apa pula kandungan "wahyu" yang terbaru?.dari mana dapat "wahyu" tu?.




tolong eh,,jangan guna perkataan wahyu untuk insan biasa,,wahyu adalah untuk pangkat rasul sahaja,,,,,walaupun sekadar gurauan...apatah lagi mempersenda,,,



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-11-08 11:32


thaghut selalu mendegar bisikan syaitan....
hanya rasul yang ma'sum saja yang dapat wahyu
Tiada rasul selepas Nabi Muhammad...
saya setuju dengan nasihat umar_khalil...
pak pin ini adalah musuh... hapuskan musuh supaya rakyat AMAN dari dakyah pak pin yang sesat

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Hasrulllah92
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.08.2006
Ahli No: 25933
Posting: 49
Dari: ATAS BUMIE

Pahang  


posticon Posting pada: 20-11-08 12:48


:-o :-o :-o :-o :-o :-o :-o

dah mai...?? :berfikir: :berfikir:

takut nya :-(

hapuskan segera... :-|


-----------------
cari lah ALLAH bila bermasalah dan jangan lupa ALLAH bila dah selesai..


Bookmark and Share

    


  Member Information For Hasrulllah92Profil   Hantar PM kepada Hasrulllah92   Quote dan BalasQuote

OT
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.04.2008
Ahli No: 33283
Posting: 27
Dari: kangar

hong_kong  


posticon Posting pada: 20-11-08 13:45


tengok muka pun macam tak bersih saja....tak ada cahaya.....hairan lah bagaimana lah orang-orang boleh ikut dia

Bookmark and Share

    


  Member Information For OTProfil   Hantar PM kepada OT   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 14:03


Pada 20-11-08 13:45 , OT posting:

!!! QUOTE !!!

tengok muka pun macam tak bersih saja....tak ada cahaya.....hairan lah bagaimana lah orang-orang boleh ikut dia


hehehe...


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 14:26


Pada 20-11-08 13:45 , OT posting:

!!! QUOTE !!!

tengok muka pun macam tak bersih saja....tak ada cahaya.....hairan lah bagaimana lah orang-orang boleh ikut dia


Hmm..ye tak ye juga.. :berfikir: ayah pin ni sama macam haji kahar, yang mengaku Rasul bagi umat melayu..selalu ulang tengok video edisi siasat, yang saya download..nauzubillah..jauh sesatnya dia dan pengikut dia..saya pun pelik, macam mana ada profesional yang boleh terpengaruh dengan ajaran sesat Hj Kahar tu..dah lah naik haji..last2 masa kat mahkamah, dia letak jawatan sebagai 'rasul' bagi umat Melayu kerana pada hari itu dia kata 'telah sempurnalah agama yang dibawa,...jadi tugas dia sebagai 'rasul melayu tamat hari tu'... :lucu: :lucu:..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 14:45


kasihan sungguh bila tengok wajahnya...nak kena kasihan ke?? :berfikir:

patutnya umur macam dia dah banyak mnyumbang kepada agama..ni bukan menyumbang..tapi menyesatkan umat islam...rugi sangat-sangat..

harap lah org tua ni cepat bertaubat dari mati dalam kekufuran dan bertuhankan Syaitan.. :-|


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

nurul_wardina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.08.2005
Ahli No: 18153
Posting: 40
Dari: sarawak

Sarawak  


posticon Posting pada: 20-11-08 15:15


erm,,ya ALLAH
HAPUSKAN,
BIMBING DIA, DIA TERPESONG JAUH,,
harap-harap org TUA TU BERTAUBAT

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_wardinaProfil   Hantar PM kepada nurul_wardina   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 18:37


Pada 20-11-08 15:15 , nurul_wardina posting:

!!! QUOTE !!!

erm,,ya ALLAH
HAPUSKAN,
BIMBING DIA, DIA TERPESONG JAUH,,
harap-harap org TUA TU BERTAUBAT



pancung terus kepala dia saja.menyusahkan dan mengancam keselamatan negara!!!


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 18:43


kalaulah malaysia ni mengamalkan hudud..ana pasti tiada orang mengaku persuruh Allah..bukan ayah pin sahaja..malahan banyak lagi ajaran sesat yang belum dibongkar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

rabiatuladawiyahabdlatif
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.12.2006
Ahli No: 27800
Posting: 77
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 19:39


Pada 20-11-08 13:45 , OT posting:

!!! QUOTE !!!

tengok muka pun macam tak bersih saja....tak ada cahaya.....hairan lah bagaimana lah orang-orang boleh ikut dia


sama-sama doakan mereka semua ditunjukkan jalan yang benar..
sama-sama kita membantu mereka..
sama-sama juga kita doakan moga kita semua thabat dalam Islam dan perjuangan..

"sesungguhnya hati setiap manusia itu menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan, terpulanglah pada manusia memilih siapa pemenangnya."

"ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة انك انت الوهاب "

Bookmark and Share

    


  Member Information For rabiatuladawiyahabdlatifProfil   Hantar PM kepada rabiatuladawiyahabdlatif   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 20:34


Assalamualaikum

hal ni sangat membimbangkan kita sebagai umat islam...
perkara yang terbaru saya ketahui.."AYAHPINgu" ni
mempunyai surat yang menyatakan dia ini telah keluar dari Agama Islam(murtad),ni yang merumitkan kerja JHEAT.silap-silap; JHEAT pulak disaman nya(Kalau ikut undang-undang dunia).Hal ini semakin rumit..dahlah sesat nak mnyesatkan orang lagi... :-|
Pihak JHEAT berusaha untuk memulihkan pengikut2 "AYAHPIN" ni...

!!! QUOTE !!!

"sesungguhnya hati setiap manusia itu menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan, terpulanglah pada manusia memilih siapa pemenangnya."

ya benar itu...


p/s: sedihnya kes2 begini..dahlah kes murtad blum2 selesai makin bertambah ada lah... :cry:


-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH



Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-11-08 00:27


hmm...sekadar tertanya-tanya,tak ada ke komen dari syabab HT kita?bukan provokasi eh,nak minta pandangan saja dari mereka...jangan salah faham..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-11-08 09:39


assalammualaikum

Kenapa lah susah sangat nak tangkap 'ayah pin' itu... semakin tua...sepatutnya semakin dekatkan diri pada yang Esa... ini makin tua...makin menyesatkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-11-08 11:44


kamu berdoa 70 kali sekali pun ..mereka tetap kufur....maksud ayat bagi golongan kafir serta munafik....




kisah ini semasa saiyidina Umar melarang rasulullah solat jenazah...kira doa...kepada ketua munafikin di madinah....


Umar dibenarkan allah setelah turun ayat supaya tidak mendoakan munafikin yang engine...software nya kufur.


masalah timbul..bagaimana kita nak lihat software setiap orang...

huzaifah Ibnu yaman di anugerahkan allah untu lihat akan isi dalam seseorang...sama hal dengan saiyidina Usman yang kasyaf....kita ni di akhir zaman ...dhaif...


pak pin ni sudah lama menyesatkan rore ramai...
maka saya setuju dengan Rashdin saja...penggal kepada hukuman bagi penyesat....


rashdin ni askar sebab tu tegas...kita ni sehaluan cara pemikiran...


Saiyidina Umar memenggal kepada penyesat orang yang lakukan sihir merosakkan masyarakat....
Zaman ini adake insan seperti Saiyidina Umar
baru nak ikut saiyidina Umar dah ditahan dihukum mati seperti Allahyarham Imam Samudra. Muhammad Amin


sehingga jadi berfikir banyak kali...boleh ke aku ikut jejak Saiyidina Umar yang tegas serta Adil ikut Islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.157147 saat. Lajunya....