Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 175
Ahli: 0
Jumlah: 175




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: MANA SUBSIDI MINYAK ?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» MANA SUBSIDI MINYAK ?

Please Mendaftar To Post


Oleh MANA SUBSIDI MINYAK ?

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 19-11-08 02:03


SALAM... TERLEBIH DAHULU MOHON IZIN MEMBUKA TOPIK BARU YANG BERKAITAN MINYAK..NAMUN INGIN SAYA JELASKAN FOKUSNYA BERBEZA...



DISINI SAYA INGIN MEMPERSOALKAN KEMANA HILANGNYA SUBSIDI MINYAK YANG DIJANJIKAN OLEH PM DATO' SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI ...SAYA MASIH INGAT JANJI NYA YANG MENYEBUT SUBSIDI 30 SEN ADALAH KEKAL WALAUPUN BERAPA SEKALIPUN HARGA MINYAK DIPASARAN DUNIA.. JADI APABILA HARGA MINYAK JATUH KEPARAS YANG SERENDAH INISEPATUTNYA KITA TIDAK MEMBAYAR PADA HARGA RM 2.00 / LITRE.. SAYA JANGKAKAN HARGA MINYAK RON 97 SEPATUTNYA LEBIH RENDAH DARI RM 1.92.. MUNGKIN HANYA PADA RM1.50 SELITER ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 19-11-08 02:06


Shahrir: Tidak perlu lagi subsidi petrol
Rahmah Ghazali | Nov 18, 08 6:39pm
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad mendedahkan bahawa kerajaan tidak lagi membayar subsidi untuk petrol sejak awal bulan November ini kerana harga minyak mentah dunia jatuh di bawah AS$65 setong.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen, Shahrir menjelaskan, walaupun harga minyak diturunkan sebanyak 15 sen lagi hari ini, kerajaan tidak perlu membayar subsidi.

Harga minyak petrol RON97 kini berharga RM2 seliter, manakala petrol RON97 dan diesel masing-masing diturunkan kepada RM1.90 seliter.

Menurutnya, kerajaan masih 'mendapat sedikit pendapatan' jika harga minyak turun ke paras asalnya seperti sebelum 5 Jun lalu, iaitu RM1.92 bagi RON97.

Subsidi petrol, katanya, tidak diperlukan lagi apabila harga minyak mentah dunia jatuh di bawah AS$65 setong. Harga minyak mentah sekarang ialah AS$55 setong.

Pada masa ini, katanya, harga kos bagi RON97 adalah di bawah RM1.61. Ini bermakna pengguna kini membayar 39 sen melebihi harga sebenar.

Shahrir berkata, walaupun selepas mengambil kira perolehan syarikat minyak dan operator stesen - masing-masing 19 dan 12 sen seliter - kerajaan masih boleh memperolehi keuntungan marginal bila harga di stesen RM1.92 seliter.

Lagi pula, katanya, syarikat minyak dan operator stesen membayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai.

Kenyataan Shahrir itu berbeza dengan apa yang telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu ucapan penggulungan Bajet 2009 pada 4 November lalu.

Najib berkata ketika itu bahawa kerajaan akan mengekalkan subsidi 30 sen untuk harga minyak.

Rebet kereta, motosikal kekal

Apabila ditanya mengenai penjimatan daripada dasar tidak membayar subsidi itu, Shahrir berkata, jumlahnya akan melebihi RM7 bilion.

Pengiraannya itu berdasarkan kepada rang undang-undang subsidi kerajaan pada 2007 ketika purata harga minyak mentah ialah AS$65 setong, iaitu RM8.8 bilion - sama dengan harga minyak sekarang.

"Jika harga minyak mentah kekal di bawah AS$60 setong, saya menjangka sekurang-kurangnya RM10 bila (akan dijimatkan)," katanya.

Di samping itu, katanya, subsidi diesel dan gas asli masih dikekalkan, terutama bagi pengangkutan awam, begitu juga dengan rebet untuk kereta dan motosikal.

"Kita masih membayar RM625 rebet untuk kereta dan RM150 untuk motosikal terus kepada pemiliknya," kata Shahrir.

-MALAYSIA KINI

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 19-11-08 08:56


biasalah janji ahli politik.. bukan boleh pakai pun....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 22-11-08 11:34


pemimpin yang pembohong ini tidak akan mampu membayar kesilapan serta dosanya pada rakyat malaysia... kita semua harus sentiasa sedar dan waspada dengan mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 11:39


Pada 22-11-08 11:34 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

pemimpin yang pembohong ini tidak akan mampu membayar kesilapan serta dosanya pada rakyat malaysia... kita semua harus sentiasa sedar dan waspada dengan mereka...

semalam harga minyak dah USD58, patut seringgit lebih saja... sekarang ni kita pula yang bagi subsidi kat govt!


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 22-11-08 11:56


ya ..tak ramai yang sedar hakikatnya kerajaan dalam diam penuh licik sapu duit rakyat.... bukan sahaja tak bagi subsidi malah wang kita pula disapu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 12:35


mereak yang diatas ni menganggap rakyat kurang bijak dalam hal ini...dahu bolehlah di ayam-ayamkan...sekarang ni..sorry lah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 13:04


Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter
Wan Nordin Wan Yaacob
tahu | Nov 20, 08 | 4:28:30 pm MYT
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.
    

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifly Ahmad bersetuju dengan fakta bahawa rakyat membayar harga minyak pada kadar RM2 seliter ini dengan turut membayar cukai kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika mencelah dalam penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Parlimen padi tadi.

Mengulas lanjut perkara yang ditimbulkan di Dewan Rakyat itu, Dr Dzulkifly menyatakan, penyelididkan yang dibuat PAS mendapati rakyat sebenarnya tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan untuk menanggung harga minyak.

"Satu tong minyak mentah yang ada 159 liter tergantung kepada convertion ratio nya menunjukkan sama ada kita guna minyak mentah pada harga USD 60 atau USD 70 satu tong,

"Kedua-dua nya menunjukan harga pada pam (stesen minyak), kalau diambil kira USD 60 setong harga di pam ialah RM1.32 sen seliter, kalau harga ambil USD 70 setong maknanya RM1.64 sen seliter," katanya.

Kini harga minyak berada pada sekitar USD 60 hingga USD 70 setong, justeru kata Dr Dzulkifly menyatakan kerajaan tidak lagi beri subsidi kepada rakyat.

Sebaliknya pada harga minyak di pam seliter RM2.00 yang diumumkan kerajaan hari ini makanya rakyat lah yang membayar cukai kepada kerajaan, katanya.

Dalam jawapannya, Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui hakikat yang dinyatakan Dr Dzulkifly bahawa harga minyak pada harga pam hari ini menyebabkan rakyat membayar cukai.

Ujar Shahrir, apapun yang dilakukan dalam perkiraana ia harus dimasukkan margin, seperti mana sebenarnya pada 17 November bila kita buat perkiraan harga purata mengikut USD 63.1 dan harga tanpa subsidi dalam RM1.62,

"Saya dah maklumkan, dan sebenarnya juga pada Oktober dua minggu pertama harga pada peringkat USD85.48 dan dua minggu akhir Oktober ialah pada 76.45 USD.

"Kalau kita lihat Oktober sahaja harga tanpa subsidi RM2.26 sen, ini bermakna harga komersil,. dan ketika itu dalam Oktober kita turunkan pada RM 2.15 sen," jelas Shahrir.

Menurut Shahrir pada September harga tanpa subdsidi ialah pada RM2.77 sen tetapi harga di pam 2.45 sen sementara pada Ogos RM 2.85 sen namun kerajaan turunkan kepada RM2.55 sen.

Ujar Shahrir lagi, bagi bulan Ogos, September dan Oktober harga yang di pam ialah lebih rendah daripada harga komersil.

Dalam keadaan itu kerajaan memberikan subsidi yang dijanjikan di bawah skim penstrukturan semula subsidi, katanya.

Tetapi pada bulan Oktober harga minyak turun dengan cepat, subsidi yang ditawar kerajaan untuk petrol sahaja telah kurang daripada RM344 juta Spetember kepada RM15 juta.

Dalam kes penurunan pada bulan November hari ini harga pada RM2 bukanlah subsidi yang dibayar rakyat kepada kerajaan sebaliknya ialah cukai. _


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18002&Itemid=50


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 22-11-08 17:08




The Formula is simple:

Price of 1 Barrel of crude oil in RM / 159 litre= Price of 1 liter
of crude oil (without subsidiary)

*1 Barrel=159 litre

During that time

International crude oil price (1 barrel)= 140 USD

1 USD= RM3.42

Promised subsidiary (Gvtmt)= 30 sen

So

(140 tak RM3.42) / 159 litre= RM3.00

RM3.00 - 0.30= RM2.70

That was how it was counted and also how it was promised to be
counted later on.

Currently

International crude oil price (apa barrel)= 60 USD

1 USD= RM3.585

Promised subsidiary= 30 sen

So

(60 tak RM3.585) / 159 litre= Rm1.35

RM 1.35 - RM0.30= RM1.05



Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 22-11-08 19:34


so sebagai pemimpin yang memimpin negara ini... pikirlah sendiri berapa besar hutang dan dosa kamu semua pada rakyat... tanggunglah.. sudah pasti ramai yang takkan redha dan maafkan kezaliman kamu dan parti kamu pada rakyat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 22-11-08 19:35


-malaysia kini-

Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi hujung bulan ini
Nov 22, 08 3:39pm
Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi hujung bulan ini - daripada RM2 seliter sekarang kepada RM1.85 seliter.
    
Ia juga lebih rendah daripada RM1.92 seliter sebelum kenaikan pada Jun lalu, sekaligus menjadikan ia harga terendah sejak lebih dua tahun lalu.
    
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata penurunan perlu dibuat secara berhemah serta tersusun dengan asas-asasnya dan penurunan sebanyak 15 sen itu adalah paling maksimum.
    
"Saya jangka harga minyak akan turun 15 sen juga pada hujung bulan ini. Pokoknya, kita akan turunkan harga berikutan harga minyak mentah menurun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga kementerian di Putrajaya hari ini, demikian dilaporkan oleh Bernama
    
Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.
    
Ia merupakan penurunan kali kelima harga bahan api itu selepas mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Harga lantai

Semalam, Shahrir berkata jika mengikut harga di pasaran, sehingga 20 November lalu harga minyak adalah RM1.60 seliter (tanpa subsidi) ketika harga purata minyak mentah di bawah AS$60 dolar setong, sekaligus, buat pertama kalinya harga runcit di pam lebih tinggi daripada harga pasaran.
    
Sehubungan itu, katanya mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Negara pada 1 Disember ini akan membincangkan mekanisme tertentu termasuk keperluan penetapan harga lantai memandangkan trend penurunan harga minyak sekarang menyebabkan satu harga minimum sukar ditentukan.
    
Beliau turut menyifatkan penurunan harga minyak mentah dunia adalah di luar ramalan dan dugaan serta tidak diketahui akan menurun sehingga ke tahap mana pada akhirnya.
    
"Pada mesyuarat 1 Disember ini, kena dibincangkan apa keputusan dan sasar dari segi kerajaan dalam melihat kepada menghadapi keadaan di mana sekarang harga minyak mentah turun dengan begitu pantas.
    
"Pada Ogos lalu, oleh kerana ada subsidi, ia dapat diturunkan dengan lebih cepat, jika tidak ada fakta subsidi, harga minyak RM2.70 hanya boleh diturunkan pada September, tetapi oleh kerana ada subsidi 30 sen, lagi cepat kita dapat turunkan harga runcit di pam," katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126437 saat. Lajunya....