Oleh |
Petrol, diesel turun lagi 15 sen pada 18hb November |
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 18-11-08 02:42
PUTRAJAYA: Kerajaan petang ini mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok. Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.15 seliter kepada RM2, RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter. Ia adalah penurunan kali kelima dibuat dengan pelarasan terakhir pada 1 November lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 18-11-08 02:43
|
aleyamaisara
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2007 Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor
|
Posting pada: 18-11-08 02:44
baguslah.. tupun kalau barang nak turun...selalu harga barang susa nak turun walaupun minyak da turun. p/s tiket bas naik walaupun minyak turun... waaa..nak balik kampung..
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 18-11-08 02:47
hmmm tau tak apa...tambang pulak nak dinaikkan...
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 18-11-08 02:51
Tambang pengangkutan awam disemak setiap tahun KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyemak semula tambang bagi semua pengangkutan awam setiap tahun berkuatkuasa Januari 2009, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar. “Kita lihat tambang pengangkutan awam ini kena disemak selalu. Semakan terakhir pada 2005. Maka kita akan semak semula kadar tambang ini setiap tahun. "Jika kita biarkan sehingga empat tahun baru nak kaji itu yang timbul kenaikan mendadak. Itu yang rakyat akan terasa Kenapa naik begitu banyak sekali,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 135 peserta kursus penambahbaik mutu kerjaya jurupandu kenderaan perdagangan di ibu pejabat Mara, di sini hari ini. Noh berkata, negara luar sering membuat kajian semakan semula tambang dan disebabkan itu setiap kenaikan harga yang diumum tidak membebankan rakyat negara berkenaan. Mengulas mengenai desakan persatuan pengusaha bas yang meminta tambang dinaikkan 100 peratus, Noh berkata, kerajaan akan menimbang pelbagai faktor sebelum membuat keputusan. Mengenai individu yang memperoleh permit teksi dan kemudian diberi kepada rakyat asing untuk membawa teksi, beliau berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur berhubung perkara itu. “Kalau kita dapat tangkap mana-mana syarikat yang mengajikan warga asing membawa teksi, kita akan ambil tindakan terus kepada syarikat itu, kalau syarikat itu ada 100 permit, kalau dia gaji orang asing, 100 permit ini kita akan tahan dulu, kita gantung. "Walau seorang dia gaji orang asing, kita tetap gantung 100 permitnya. Saya nak ingatkan syarikat-syarikat jangan sekali-kali cuba nak bagi warga asing membawa teksi mereka. "Kalau kita dapat tangkap satu teksi warga asing bawa, seluruh syarikat itu permitnya kita akan gantung, kita akan siasat perkara ini,” katanya. - Bernama
|
aleyamaisara
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2007 Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor
|
Posting pada: 18-11-08 02:58
baguslah tu.. pasne boleh lah balik kampung selalu...hehe
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 18-11-08 03:59
alhamdulilah..turun juga akhirnya..harap-harap akan turun lagi selepas ini..penurunan ini masih lagi dikira mahal berbanding dahulu..dan yang saya harapkan harga barang harap-harap dapat diturunkan...
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 18-11-08 08:24
alhamdulillah...turun lagi minyak. semoga bulan depan..minyak turun lagi..
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 18-11-08 08:24
alhamdulillah...turun lagi minyak. semoga bulan depan..minyak turun lagi..
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 18-11-08 09:30
baguslah semua org bagi respon positif, ingatkan ada lagi yang tak bersyukur dengan penurunan ni. tak apa, kita tunggu geng2 yang pasti akan bagi respon yang perli penurunan ni... ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
Abdullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 18-11-08 09:30
Alhamdulillah, Minta-minta turun lagi
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 18-11-08 10:40
Pada 18-11-08 09:30 , sya_ryn posting:!!! QUOTE !!! baguslah semua org bagi respon positif, ingatkan ada lagi yang tak bersyukur dengan penurunan ni. tak apa, kita tunggu geng2 yang pasti akan bagi respon yang perli penurunan ni...
kalau bersyukur pun bukan pada kerajaan. syukur pada ALLAH sebab gerakkan hati puak2 ini turun harga. banyak lagi isu lain xsettle yang boleh membuatkan kita rasa seolah-olah kerajaan begitu baik sekali pada kita. isu minyak turun barang lain xturun nak kena bagi respon positif jugak ke?
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 18-11-08 11:18
Pada 18-11-08 10:40 , hafeezzul posting:!!! QUOTE !!! Pada 18-11-08 09:30 , sya_ryn posting:!!! QUOTE !!! baguslah semua org bagi respon positif, ingatkan ada lagi yang tak bersyukur dengan penurunan ni. tak apa, kita tunggu geng2 yang pasti akan bagi respon yang perli penurunan ni...
kalau bersyukur pun bukan pada kerajaan. syukur pada ALLAH sebab gerakkan hati puak2 ini turun harga. banyak lagi isu lain xsettle yang boleh membuatkan kita rasa seolah-olah kerajaan begitu baik sekali pada kita.
isu minyak turun barang lain xturun nak kena bagi respon positif jugak ke? haha..kan da agak...pasti ada respon macam ni..biasalah org buat itu ini pasti semua org suka pun. memanglah bersyukur kepada ALLAH,budak-budak pun tau setiap syukur tu pada ALLAH... sekarang ni bincang pasal minyak...nanti awak buat tajuk pula tentang harga naik...ok...nanti kita respon semua negati pula...kalau yang turun kita respon positif, kalau yang naik, kita negatif...haha ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 18-11-08 11:51
ALhamdulillah...kurang sikit beban kos minyak..terima kasih kepada kerajaan yang prihatin..=)
|
ardani
WARGA SETIA Menyertai: 24.06.2008 Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake
|
Posting pada: 18-11-08 12:23
syukur sangat-sangat pening lah toke stesen minyak
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 18-11-08 12:26
kalau boleh turun sampai Rm1.62 sen kan bagus...rasanya minyak dah boleh turun sampai tahap tu agaknya...hehe
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 18-11-08 12:34
salam... masa mnyak RM2.70 dulu, tuang RM20 saja cuma tahan 2 hari.. sekarang ni RM20 boleh 4 hari... alhamdulillah turun juga... harap-harap selepas ini turun lagi...
|
ZuLLgp
Warga 2 Bintang Menyertai: 01.06.2008 Ahli No: 33592
Posting: 45
Dari: B.M
|
Posting pada: 18-11-08 15:56
Alhmdulillah..harap harga barang juga turn....dan minyak boleh trun lagi memandangkan harga setong us lagi rendah dari hargA asal petrol kita dulu... sukur pada allah...
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 18-11-08 16:02
Pada 18-11-08 11:18 , sya_ryn posting:!!! QUOTE !!! haha..kan da agak...pasti ada respon macam ni..biasalah org buat itu ini pasti semua org suka pun. memanglah bersyukur kepada ALLAH,budak-budak pun tau setiap syukur tu pada ALLAH... sekarang ni bincang pasal minyak...nanti awak buat tajuk pula tentang harga naik...ok...nanti kita respon semua negati pula...kalau yang turun kita respon positif, kalau yang naik, kita negatif...haha
terpulang lah kan..yang pasti tak ada yang positif pada kerajaan...terutama isu minyak ini...dunia dah turun hampir USD50 setong..walaupon negara OPEX tengah bincang nak stabilkan harga minyak dunia agar tak terus menjunam...tak ada apa nak terkejut...kerajaan saja lambat..macam biasala..cari alasan...so apa positif nya? sebab turun RM2? perlu ke nak puji sebab kerajaan turun harga? yang pasti worst tetap worst....maybe dah sampai masa Malaysia ini ada pengebom berani mati sendiri agaknya baru boleh buka mata kaki korupsi ini semua...
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 18-11-08 16:05
Ni kan musim cuti sekolah jadi bila minyak dah turun bolehlah ronda-ronda dengan keluarga. Selamat bercuti! Wallahuta'ala a'lam bissawab
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 18-11-08 16:10
Kenaikan tambang bas tahun depan tak dapat dielak KUALA LUMPUR: Kenaikan tambang bas ekspres awal tahun depan mungkin tidak boleh dielakkan walaupun harga minyak turun, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar. Beliau berkata, kenaikan atau penurunan harga minyak tidak ada kaitan dengan tambang kenderaan awam sebaliknya kos operasi yang semakin meningkat merupakan faktor penentu yang utama. Noh berkata tuntutan yang dibuat pengusaha bas untuk menaikkan tambang bukan semata-mata kerana kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kenaikan harga kos operasi mereka seperti harga bateri, tayar dan insurans. “Semua ini kita akan ambil kira dan kita rasa awal tahun depan kemungkinan besar kenaikan harga tambang ini kita tidak boleh elakkan walaupun harga minyak turun,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk menurunkan harga tambang bas ekspres memandangkan harga minyak telah turun. Noh berkata kali terakhir semakan tambang dibuat ialah pada 2005 dan sudah sampai masanya untuk pertimbangan dilakukan terhadap permohonan pengusaha bas berkenaan. Kepada soalan asal Abdul Aziz Abdul Kadir (PKR-Ketereh), beliau berkata pada masa ini terdapat sembilan syarikat bas ekspres yang beroperasi bagi laluan Kota Baharu-Kuala Lumpur dan ia membabitkan 157 bas. Noh berkata bilangan perjalanan bas akan ditetapkan berdasarkan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu tetapi lazimnya sebuah bas ekspres akan melakukan 30 perjalanan seminggu. “Ketika bilangan penumpang tidak ramai, pengusaha akan mengurangkannya bagi menjimatkan kos,” katanya. Berhubung saman terhadap pemandu bas, Noh berkata berdasarkan rekod saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis, sejumlah 8,067 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan sehingga Ogos tahun ini. — Bernama
|
adekuwan83
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.11.2007 Ahli No: 31792
Posting: 189
Dari: seremban
|
Posting pada: 18-11-08 16:57
alhamdulillah..... syukuur...... minyak turun lagi, moga berkekalan lah gamaknye ya
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 18-11-08 17:00
Dengan penurunan harga minyak, insyaAllah akan meringankan sedikit beban kewangan rakyat. tetapi untuk menggapaikan redha Allah, kita wajib menuntut minyak diurus dengan hukum Allah bukan sekadar menurunkan harga minyak. Islamkan satu bentuk cara hidup yang lengkap.
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 20-11-08 10:20
assalamualaikum cuma saya tak setuju bila shahril samad nak buat harga lantai...apa sibuk nak tetapkan harga lantai sedangkan nowaday RM2.00 seliter sedangkan maklumat saya dapat harga petrol adalah RM1.45 seliter di pasaran dunia tunggulah harga RM1.50 seliter baru boleh nak tetapkan harga lantai... hal ini sama seperti kisah Unta nabi saleh yang membekalkan susu percuma kepada umat nabi saleh...puak kapitalis kafir yang kaya sebab bisness susu dengan harga tinggi cuba mengupah seorang lelaki remaja yang di mabukkan dalam pesta arak...dalam keadaan mabuk remaja tadi telah membunuh unta nabi saleh yang diciptakan melalui mukjizat nabi saleh dari tanah bukit muncul unta yang mengeluarkan banyak susu berkhasiat bagi memberi minum susu kepada ore miskin... hal ini telah menyebabkan perniagaan susu puak kaya kafir kapitalis merasa tergugat perniagaan susu mereka yang mereka jual pada harga yang mahal... sedih unta nabi saleh...soalan terbit...susu yang aku berikan...puak kafir sanggup bunuh aku...maka kezalimam puak kafir kapitalis ini telah ditimpakan musibatul azab sehingga membinasakan mereka... iktibar....relax shahril samad...jangan sibuk nak tetapkan harga lantai (term ekonomi).... beri harga turun dulu...rakyat perlukan kemudahan... sekarang ini RM2.00 seliter kalau nak buat harga lantai tunggu sehingga RM1.50 seliter... sebelum kenaikan lalu harga RM1.92 seliter pandangan ana yang dhaif....
|
panahpena
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.11.2008 Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu
|
Posting pada: 20-11-08 10:41
Harga minyak mentah dunia sekarang USD57/ barrel = RM188 setong. satu tong 159liter (US barrel). Harga minyak pengguna, kena tanya wakil Petronas berapa kos penapisan dan pemprosesannya. Baru boleh dapat harga sebenar. Rakyat Malaysia sepatutnya menikmati harga 2 - 3 kali ganda lebih rendah dari Singapura / Thaniland yang mengimport minyak. Tetapi tak boleh jual harga yang sama kepada bukan pemegang myKad yang tulen (rakyat jati Malaysia).
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 20-11-08 11:29
setuju... bila harga bahan api murah kan merancakkan bisness transportation yang melibatkan banyak industri seperti factory yang perlu transport produk nya... logging industry, furniture industry and others industri which link with transportation by trellers... kawan saya dapat maklumat harga petrol bahan api pada harga RM1.45 seliter... maka kerajaan boleh turunkan lagi harga petrol yang nowaday RM 2.00. harga sebelum peningkatan harga adalah RM 1.92... mudah-mudahan hujung bulan ini harga masih menurun supaya rakyat boleh spend duit kepada hal yang lebih baik seperti persiapan anak nak ke sekolah serta tuisyen anak anak...
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 20-11-08 11:31
Tak perlu tanya PETRONAS sebab PETRONAS dah bagi apa yang patut kepada kerajaan. kalau lah PETRONAS ini independent macam SHELL or EXXONMOBIL dah lama kami yang kerja dengan company minyak malaysia ini kaya raya macam pekerja SHELL dan lain-lain. tapi bukan lah duit yang jadi ukuran, pengorbanan berkerja untuk industri minyak dan gas kepada petroliam nasional berhad lebih diutamkan untuk memajukan industri ini sendiri. kita sedia maklum reservoir or simpanan minyak ini adalah milik rakyat malaysia dan PETRONAS hanya diamanahkn untuk menguruskan amanah rakyat ini malah PETRONAS memberi balik kepada rakyat Malaysia (cukai yang berbibilion2 nilainya) kalau anda nak salahkan PETRONAS ianya tidak munasabah, kerana jika PETRONAS tidak diuruskan dengan amanah dan telus sudah tentu company ini tidak berjaya hingga ke hari ini malah pengikitirafan ini hingga mendapat kepercayaan menproses minyak di lebih 40 buah luar negara. Persoalan nya sekarang siapakah yang menguruskan cukai yang berbibilion ini? Dimanakah duit itu disimpan sekarang dan apakah ianya diuruskan secara baik dan telus? p/s: sebab tu aku melenting bila ada org cakap perlu bersyukur pada kerajaan sebab turunkan harga. (not all some people here) pelik sepatutnya kalau masa minyak RM1.92 dulu kita ikut USD65bbl apa day tapi bila now dah jatuh bawah USD55 setong minyak masih lagi RM2. lebih pelik ada org suruh berterima kasih lagi pada kerajaan. What the shame thinking?
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 20-11-08 11:40
Terima kasih hafeezul atas maklumat tersebut.... sepatutnya RM1.45 seliter sama dengan pasara antara bangsa...dahlah kereta import kita beli dengan harga 3 kali ganda setelah tax price... ini hasil bumi sendiri... bagaimana hal dengan gas asli serta petroleum di join venture area...yang hakikatnya seharusnya di bawa naik dari Tangok, bachok bukannya ikut songkla di segenting kra.... cet det punya musibah yang nak bawa naik iku songkla...what the stupid cet det... nowaday rakyat bertambah bijak setelah maklumat senang tersebar melalui media cetak dan media elektronik... jangan sampai allah murka lalu menghilangkan natural resources di dalam bumi negara ini... seperti tsunami...ianya amat mudah bagi allah seperti firmanNya wa Kunna nothing'ilin...mean sesungguhnya KAMI lah yang melakukannya... setiap pergerakan makhluq semua dalam Qudrat IradatNya...
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 20-11-08 11:48
betul ke kualiti Minyak Petronas Semakin jatuh? bila kualiti turun,harga confirm turun.. adakah ini salah satu sebab harga turun? hmm saya pernah try pakai minyak petronas dulu,memang jauh beza dengan shell.. dari segi penjimatan minyak memang shell lagi jimat..
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 20-11-08 11:58
Pada 20-11-08 11:48 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! betul ke kualiti Minyak Petronas Semakin jatuh? bila kualiti turun,harga confirm turun.. adakah ini salah satu sebab harga turun? hmm saya pernah try pakai minyak petronas dulu,memang jauh beza dengan shell.. dari segi penjimatan minyak memang shell lagi jimat.. Bila kualiti minyak turun..is tak elok untuk kereta..dan kereta cepat rosak..so kena lah ada budget untuk baiki kereta..
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 20-11-08 12:02
nak bertanya sahabat: minyak selinder apa yang fully sintetik yang terbaik serta murah... petronas...mahal fully sintetik nya saya biasa pakai fully sintetik untuk enjin kereta saya bagi jarak 10,000 km perjalanan... ada yang nak beri cadangan sebab saya sedang survey minyak selinder fully sintetik yang murah apa beza minyal selinder magnetik dengan minyak selinder fully sintetik minta pencerahan dari sahabat yang arif...
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 21-11-08 08:39
My car only using semi-synthetic oil. That is enough for engine oil to sustained for a long period and macam maintenance as usual. Read this articel below. Synthetic blends usually use some non-conventional, high-performance fluids in combination with conventional oil. It is the unique chemical formulation of synthetic oil that causes it to be highly resistant to viscosity breakdown from high temperature, friction, and chemical contaminants. Carmakers use full synthetics and semi synthetics in some of their engines today. In most cases, you will find that a synthetic lubricant is used when there's a high performance engine with tight engine tolerances, high compression, and high operating temperatures. Basically, Magnatec oil acts during the crucial Start Up and Warm Up periods in the same way as a conventional engine oil does at normal operating temperature. The result is Total Protection at all stages of the drive cycle. Magnatec oil contains a synthetic ester . The molecules of this ester cling to an engine’s surfaces like a magnet, leaving a continuous film of oil on engine parts long after conventional oils have drained away to the bottom of the engine. At the next oil change after using Magnatec oil, the oil will drain away with the exception of a thin film of oil that remains to protect your engine the next time you start your car.
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 21-11-08 08:47
Pada 18-11-08 11:18 , sya_ryn posting:!!! QUOTE !!! haha..kan da agak...pasti ada respon macam ni..biasalah org buat itu ini pasti semua org suka pun. memanglah bersyukur kepada ALLAH,budak-budak pun tau setiap syukur tu pada ALLAH... sekarang ni bincang pasal minyak...nanti awak buat tajuk pula tentang harga naik...ok...nanti kita respon semua negati pula...kalau yang turun kita respon positif, kalau yang naik, kita negatif...haha
p/s: bukan masalah budak-budak tau bersyukur ke tak. masalahnya mana keadilan dan hak rakyat dan diperjuangkan parti kesayangan barisan nasional ini. sembang boleh...bila dah turun buat-buat tak faham...tapi peliknya masih ada lagi yang suka backup. Harga terkini minyak mentah di pasaran dunia (NYMEX) telah turun di bawah USD50 iaitu USD48.63. mengikut article yang saya baca dalam TheSun hari ni, kerajaan mengaku bahawa jika minyak berlegar di sekitar USD60, kerajaan tidak perlu lagi memberi subsidi, ini bermakna kita sebagai rakyat telah membayar cukai bagi pembeliaan minyak pada harga sekarang iaitu RM2.00 seliter. Kerajaan juga menyatakan bahawa kos keseluruhan bagi minyak yang dijual yang telah diproses ialah harga minyak mentah +kos industri (syarikat minyak) + komisen stesen minyak ialah minyak mentah + 20 sen + 12 sen iaitu sama dengan yang saya khabarkan dahulu iaitu minyak mentah + 32 sen. So, kalau harga minyak mentah stabil di tahap USD50, harga yang sepatutnya rakyat bayar ialah RM1.45, kalau harga minyak mentah USD60, harga kita patut bayar ialah RM1.68.Walaupun kemungkinan besar kita tidak dapat menikmati harga tersebut, kita sebagai rakyat perlu peka dengan keadaan semasa.
|
BDK_SEMPOI85
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.11.2007 Ahli No: 31867
Posting: 115
Dari: johor
|
Posting pada: 21-11-08 09:57
ooo...macam itu ke...mksudnyer...mnyak lebih rndah lagi lah erk kat Malaysia ini...mungkin mereka trunkn sdikit2 sebab nak tmpung balik rebet mnyak yang mereka bagi kat kita agaknya.... ...gamaknyer lah...tapi jauh beza juga itu...kalau ikutkan sekarang ini kita bayar rm2...yang sptutnyer rm1.45...mknanyer...55sen lah bezanya...
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 21-11-08 10:39
Harga minyak menjunam bawah AS$50 setong NEW YORK: Harga minyak mentah di pasaran dunia menjunam ke paras bawah AS$50 setong, sekali gus menyaksikan kemelesetan ekonomi dunia semakin meruncing. Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi, “Light. Sweet’ bagi penghantaran Disember menurun AS$4 kepada AS$49.62 setong dalam dagangan elektronik New York Mercantile Exchange (Nymex) di Asia, petang semalam. Ketika dagangan ditutup, penghantar kontrak Disember ditutup kepada AS$48.64 setong, paras sama pada Mei 2005. Kontrok penghantaran tidak pernah di paras bawah AS$50 setong sejak 18 Januari 2007. Kontrak New York turut memberi kepada pasaran minyak Brent North Sea untuk Januari di London. Brent menjunam ke paras terendah AS$47.82 seting, turun AS$3.64 sebelum ditutup AS$48.08 setong. Penganalisis berkata sentimen penurunan minyak mentah itu dipengaruhi dengan laporan mengenai tahap pengangguran di Amerika, pasaran terbesar dunia bagi bahan api. - AFP ----------------- "Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 21-11-08 10:59
hafeezul menulis: So, kalau harga minyak mentah stabil di tahap USD50, harga yang sepatutnya rakyat bayar ialah RM1.45, kalau harga minyak mentah USD60, harga kita patut bayar ialah RM1.68. pandangan saya: memang sepatutnya kita bayar RM1.45 seliter...sokongan untuk memudahkan rakyat bergerak fi harakah barakah mean dalam bergerak ada keberkatan... tanpa minyak yang murah bagaiamana kita nak bergerak pakai kereta... nak melancong ke destinasi dalam negeri ...tak mampu... saya ni walau dah sampai ke london, makkah, sabah cuma tak samapai ke langkawi, pulau redang, pulau perhentian, singapura... teringin jua nak melancong dengan famili di musim cuti sekolah... dengarnya harga minyak akan turun pada hujung bulan ini atau awal bulan 12. doakanlah...
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 21-11-08 11:56
dengarnya harga minyak akan turun pada hujung bulan ini atau awal bulan 12. doakanlah...benda yang baik siapa yang tak nak kan..harap-harap turun lah lagi harga minyak sama-sama doakan..amin.. ----------------- "Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 22-11-08 18:20
Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi hujung bulan ini Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi hujung bulan ini - daripada RM2 seliter sekarang kepada RM1.85 seliter. Ia juga lebih rendah daripada RM1.92 seliter sebelum kenaikan pada Jun lalu, sekaligus menjadikan ia harga terendah sejak lebih dua tahun lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata penurunan perlu dibuat secara berhemah serta tersusun dengan asas-asasnya dan penurunan sebanyak 15 sen itu adalah paling maksimum. "Saya jangka harga minyak akan turun 15 sen juga pada hujung bulan ini. Pokoknya, kita akan turunkan harga berikutan harga minyak mentah menurun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga kementerian di Putrajaya hari ini, demikian dilaporkan oleh Bernama Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter. Ia merupakan penurunan kali kelima harga bahan api itu selepas mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong. Harga lantai Semalam, Shahrir berkata jika mengikut harga di pasaran, sehingga 20 November lalu harga minyak adalah RM1.60 seliter (tanpa subsidi) ketika harga purata minyak mentah di bawah AS$60 dolar setong, sekaligus, buat pertama kalinya harga runcit di pam lebih tinggi daripada harga pasaran. Sehubungan itu, katanya mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Negara pada 1 Disember ini akan membincangkan mekanisme tertentu termasuk keperluan penetapan harga lantai memandangkan trend penurunan harga minyak sekarang menyebabkan satu harga minimum sukar ditentukan. Beliau turut menyifatkan penurunan harga minyak mentah dunia adalah di luar ramalan dan dugaan serta tidak diketahui akan menurun sehingga ke tahap mana pada akhirnya. "Pada mesyuarat 1 Disember ini, kena dibincangkan apa keputusan dan sasar dari segi kerajaan dalam melihat kepada menghadapi keadaan di mana sekarang harga minyak mentah turun dengan begitu pantas. "Pada Ogos lalu, oleh kerana ada subsidi, ia dapat diturunkan dengan lebih cepat, jika tidak ada fakta subsidi, harga minyak RM2.70 hanya boleh diturunkan pada September, tetapi oleh kerana ada subsidi 30 sen, lagi cepat kita dapat turunkan harga runcit di pam," katanya.
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 22-11-08 20:45
alhamdulillah.harapan agar minyak turun lebih lagi mengikut harga sebenar (harga pasaran) ..................................................................................................... http://www.ezeezone.net/index.php?id=wafie86
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 24-11-08 11:29
Pada 20-11-08 11:48 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! betul ke kualiti Minyak Petronas Semakin jatuh? bila kualiti turun,harga confirm turun.. adakah ini salah satu sebab harga turun? hmm saya pernah try pakai minyak petronas dulu,memang jauh beza dengan shell.. dari segi penjimatan minyak memang shell lagi jimat.. dari segi kualiti??hmm..saya lebih suka minyak Petronas..dah lama tak isi di Shell..tak dapat nak buat comparison yang baik di antara keduanya.. apapun, harga tak boleh mempengaruhi kualiti dalam isu minyak ni..sebab harga dah standard..contohnya RON97 di Shell sama jeq harganya dengan yang di Petronas...harga pasaran adalah mengikut konsep dan teori permintaan dan penawaran..pada waktu sekarang, ekonomi merudum dan permintaan jatuh sedangkan penawaran masih di tahap yang tinggi, maka ia menyebabkan kejatuhan harga minyak di pasaran... apapun, memang ramai yang berpendapat bahawa minyak Shell lagi bagus.. saya?I choose Petronas....
|