Oleh |
TAHU SIKIT-SIKIT, CAKAP BANYAK-BANYAK |
panahpena
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.11.2008 Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu
|
Posting pada: 17-11-08 16:53
Jangan begitu wahai sahabat semua. Ambil tahu tentang keseluruhan cerita barulah beri komen dan kritikan. Media arus perdana suka colek sikit kemudian buat rumusan. Menutup banyak perkara dasar untuk mengelirukan masyarakat. Di forum ini juga ramai yang mengambil tindakan yang serupa. Mereka inilah yang suka menabur fitnah dengan penakrifan yang berat sebelah. Saya mohon maaf atas nasihat ini. Saya tidak suka mengutuk dan mengeji mana-mana pihak sekalipun. Saya bukan ahli politik bukan juga ahli PAS atau UMNO. Saya tak sokong pun BN ataupun BA. Yang salah tetap salah yang benar tetap benar. Saya sokong tindakan yang baik dan betul, tak kira oleh BN ataupun BA. Saya bersuara demi Allah tuhan yang berhak disembah, demi Islam yang telah disempurnakan oleh Rasullullah mengikut Al Quran dan Sunnah. Tetapi, nampak jelas saya lebih tertarik kepada cara dan pendekatan PAS daripada UMNO. Itu saja yang dapat saya simpulkan. Lebih aman dan tenteram. Lebih berakal dan berilmiah. Lebih sopan dan beretika. Lebih berhemah kepada rakyat dibawahnya. Lebih tenang daripada bergelora. Lebih jelas perjuangannya daripada politik wang yang mereka sendiri mengakui kewujudannya. Lebih Islam daripada bangsanya. Itu saja... ----------------- Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-11-08 17:09
As salamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah panahpena. Selamat datang ke Ukhwah.com Di sini memang jelas cara pembawaan UMNO dan PAS kerana kedua Parti ini adalah kedua parti yang berbeza misi dan visinya. Perbezaan bak langit dan bumi. Namun, apa pula pandangan panahpena perbezaan PAS dan HT? dua Parti yang senada tapi berbeza. Dimanakah perbezaan itu dan apakah titik persilangan antara dua Parti ini.
|
Nil
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 17-11-08 18:02
Apa yang pasti, ahli HT (kalau dia ahli HT) dalam ukhwah ni semacam sentiasa mencari kesalahan PAS di dalam setiap perancangan yang ingin dilakukan (apa yang timbul di dalam ukhwah ini lah) dengan serangan yang seolah-olah ingin menjatuhkan dan memburukkan orang PAS tanpa ada satu cadangan atau pendapat yang lain (jika betul ianya salah). Dah lah itu pulak, mereka sibuk mencanang berbagai-bagai kesalahan PAS sedangkan sepatutnya mereka boleh terus bersua muka dengan TG Nik Aziz dan pimpinan PAS yang lain jika benar mereka ingin menyelamat dan membetulkan PAS. rasa-rasanya begitu lah. Apa ye pandangan panahpena..??
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 17-11-08 20:43
Sabarlah, usaha menemui pimpinan tu dahpun berjalan... Insya Allah dalam masa terdekat ni (sekiranya tiada aral melintang), akan dianjurkan forum yang menghimpunkan pimpinan kedua-dua belah pihak... Sebenarnya perkara ni tak sepatutnya di war-warkan prematurely, tetapi saya tak nyatakan siapa pimpinan PAS dan HT serta di mana forum tersebut akan dianjurkan... Rasanya kita sebagai orang awam / penyokong ni saja yang kelihatan seolah-olah tak ngam, tetapi di pihak pimpinan sudah ada usaha ke arah persefahaman... Aduhai, maklumat admin ni... Maaf kalau tak sepatutnya dihebahkan...
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 17-11-08 20:51
assalamualaikum,,saya setuju dengan panahpena(nick yang unik).....dan kalau nak ikutkan,,kebanyakan org sekarang,,,terlalu percaya kepada blog,,akhbar,,..dan copy paste sesuatu berita....lebih kepada berita politik lah...kadang-kadang isu tu boleh bercanggah,,belum lagi yang fanatik pemimpim,,apapun...anda semua bijak menilai... hurm....sokong SLOGAN owl...HAPUSKAN...............
|
panahpena
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.11.2008 Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu
|
Posting pada: 18-11-08 10:50
Saya tak nafikan, PAS juga pernah menampar kepercayaan saya terhadap kewibawaannya menjadi parti yang memimpin Malaysia. Adat manusialah katakan, saya juga sering tersalah anggap. Latar sosial di Brunei dan Malaysia amat berbeza. Tetapi, demi Islam perjuang hanya satu. Demi Allah dan Rasul. Jadi, selagi berpegang kepada kedua-dua itu, bagi saya PAS dan HT adalah sama. ----------------- Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771
|
Hasrulllah92
Warga 2 Bintang Menyertai: 20.08.2006 Ahli No: 25933
Posting: 49
Dari: ATAS BUMIE
|
Posting pada: 18-11-08 11:13
4 me....Pas Is The bESt..MeNJalAnKan apa Yang sebenarnya di maksudkan dengan IslAM.....BUkan sekadar agAMa...Tapi cARA HIDUp.....
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 18-11-08 13:05
Pada 18-11-08 10:50 , panahpena posting:!!! QUOTE !!! Saya tak nafikan, PAS juga pernah menampar kepercayaan saya terhadap kewibawaannya menjadi parti yang memimpin Malaysia. Adat manusialah katakan, saya juga sering tersalah anggap.
Latar sosial di Brunei dan Malaysia amat berbeza. Tetapi, demi Islam perjuang hanya satu. Demi Allah dan Rasul. Jadi, selagi berpegang kepada kedua-dua itu, bagi saya PAS dan HT adalah sama.
dr segi matlamat maybe sama pas dan ht..tapi dr segi perlaksanaan...maybe berlainkan agaknya,,,
|
Benevolent_girl
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 3370
Posting: 22
Dari: alostaq
|
Posting pada: 18-11-08 14:02
politics is lie.betul ka?rasa macam betul saja
|
aleyamaisara
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2007 Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor
|
Posting pada: 18-11-08 14:10
bersama bekerjasama demi kebangkitan Islam.. saling menguatkan antara satu sama lain nescaya Islam kembali gemilang seperti dulu.. jihad.........ALLAHUAKBAR!!!
|
lat-terang
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.03.2008 Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu
|
Posting pada: 18-11-08 15:54
Pada 18-11-08 14:02 , Benevolent_girl posting:!!! QUOTE !!! politics is lie.betul ka?rasa macam betul saja Hmm  ambe punya pendapat politician is lying...politics is always right, but its depend to people make it GOOD OR BAD.. dalam Islam pun ada politik (siasah) tapi cara dan pendekatan yang berbeza dengan politik sekarang...ideologi akan mempengaruhi cara dan percaturan politik..what say you? ----------------- kepada NYa kita kembali...
|
panahpena
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.11.2008 Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu
|
Posting pada: 19-11-08 10:51
Oleh kerana politik adalah wadah penyatuan setiap penduduk di sesuatu negara, maka politik menjadi keperluan kepada setiap individu sama ada mereka tahu, mahu atau keliru. Ada rakyat yang tahu tapi tidak mahu berpolitik = pengikut. Ada yang mahu tetapi keliru = pembangkang. Ada yang tahu, mahu dan tidak keliru itulah pemimpin. Kita perlu beritahu pemimpin apa yang kita mahu dan kita perlu tahu apa yang pemimpin mahu. Jadi ambil tahu (bergaul, menyelidik, membaca dan prihatin) keadaan semasa. Sikap sebegitu juga adalah politik.
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 20-11-08 12:32
jika berkata perkara yang benar tiapa masalah... lelaki nampak hebat bila bercakap banyak akan hal yang benar serta betul wanita nampak tidak hebat bila banyak bercakap...khuatir akan dosa mengumpat/ ghibah... fitnah itu adalah dari kata-kata dusta si penzalim... sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat dari dosa membunuh seperti hadis ini Al fitnatul asaddu minal qatli
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 20-11-08 12:32
jika berkata perkara yang benar tiapa masalah... lelaki nampak hebat bila bercakap banyak akan hal yang benar serta betul wanita nampak tidak hebat bila banyak bercakap...khuatir akan dosa mengumpat/ ghibah... fitnah itu adalah dari kata-kata dusta si penzalim... sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat dari dosa membunuh seperti hadis ini Al fitnatu asaddu minal qatli
|