Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 148
Ahli: 0
Jumlah: 148




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: perut buncit pendek umur


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» perut buncit pendek umur

Please Mendaftar To Post


Oleh perut buncit pendek umur

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 13:31


assalammualaikum

kepada sesiapa yang berkenaan...perlu lah ambil perhatian


isnin (27 november 2008) - berita harian



LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.

Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.


"Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik," katanya.

Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.

Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.

"Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita," katanya.

Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.

"Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya," kata beliau.


p/s: jaga kesihatan anda

:kelip: :kelip: :kelip: :sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

nahdatul_adawiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5697
Posting: 79

Selangor  


posticon Posting pada: 17-11-08 13:41


Pada 17-11-08 13:31 , bintanghati2008 posting:

!!! QUOTE !!!

assalammualaikum

kepada sesiapa yang berkenaan...perlu lah ambil perhatian


isnin (27 november 2008) - berita harian




:kelip: :kelip: :kelip: :sopan:


hari ini baru 17 nov.. ;-)
anyway, that is a good information for us. so keep up our health.. :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For nahdatul_adawiyahProfil   Hantar PM kepada nahdatul_adawiyah   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 13:44


assalammualaikum...

silap daaa.... heheh maaf ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 14:04


Hargai perut anda..jagalah ia agar tidak menjadi seperti itu..tapi org kata susah sikit bila dah kawin, sebab isteri masak sedap2..suami pun makan berselera.hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 17-11-08 14:47


Assalamualaikum
ni bukan yang nama dia selulit tu ke?yang kat depan bahagian perut tu? :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 15:16


salam...
kepada yang bermasalah begini, jangan risau, macam-macam cari yang boleh mengurangi msalh ni..
kebetulan saya pernah terbaca bkenaan produk terbaru keluaran bumiputera..
namanya d-qila..xmahal dalam RM35 saja..
tapi dah ramai yang puas ht dengan lotion ni..
botol pun cntik nampak macam barang import saja..
kalau sahabat semua nak try boleh call no agent stokis 0196955752
tak salah kita mencuba kan??
sambil membantu produk keluaran 100% muslim..
gerenti halalan toyyiban :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 15:32


salam ardani,
kegunaan ubat ni untuk apa ye? mengurangkan lemak di perut ke? hm, kena ambil berat juga mengenai perut kita. lagipun perut ni lubuk segala penyakit jika kita tidak mengawal pemakanan dan cara hidup.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

advastrade
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2008
Ahli No: 35882
Posting: 55

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 15:48


salam..baguslah jika ada kesedaran tentang kesihatan, sebab kesihatan itu adalah mahkota kita..jadi hargai dengan sepenuhnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For advastradeProfil   Hantar PM kepada advastrade   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 15:49


Pada 17-11-08 15:32 , syahadahtul_nur posting:

!!! QUOTE !!!

salam ardani,
kegunaan ubat ni untuk apa ye? mengurangkan lemak di perut ke? hm, kena ambil berat juga mengenai perut kita. lagipun perut ni lubuk segala penyakit jika kita tidak mengawal pemakanan dan cara hidup.


betul tu..saya pun risau ni..semenjak praktikal ni..asyik makan saja..hehe..takut tahun depan nak pakai blazer tak muat..:sopan:


-----------------
::teruskan kejayaan menuju keunggulan::



Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 16:06


Pada 17-11-08 15:32 , syahadahtul_nur posting:

!!! QUOTE !!!

salam ardani,
kegunaan ubat ni untuk apa ye? mengurangkan lemak di perut ke? hm, kena ambil berat juga mengenai perut kita. lagipun perut ni lubuk segala penyakit jika kita tidak mengawal pemakanan dan cara hidup.


wsalam..
ni bukan ubat..
ni lotion untuk hapus lemak, buangkan angin..
elok sangat untuk ibu2 yang dalam pantang
pakai pas mandi..



Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 16:08


Pada 17-11-08 15:49 , imni_1612 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-11-08 15:32 , syahadahtul_nur posting:

!!! QUOTE !!!

salam ardani,
kegunaan ubat ni untuk apa ye? mengurangkan lemak di perut ke? hm, kena ambil berat juga mengenai perut kita. lagipun perut ni lubuk segala penyakit jika kita tidak mengawal pemakanan dan cara hidup.


betul tu..saya pun risau ni..semenjak praktikal ni..asyik makan saja..hehe..takut tahun depan nak pakai blazer tak muat..:sopan:



salam..
haaa cepat-cepat lah cari jalan nak buang semua 2..



Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 16:10


Assalamualaikum wr wbt

Erk..betul ek begitu..hm..selepas ini kena kempiskan perut lah..gunala losyen mustajab..hehe..

Jaga lah perut anda..makan makanan yang kurang berlemak..sikit-sikit tak apa..tapi jangan selalu..dan berhentilah sebelum kenyang...(^-^)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 16:18


Pada 17-11-08 16:10 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wr wbt

Erk..betul ek begitu..hm..selepas ini kena kempiskan perut lah..gunala losyen mustajab..hehe..

Jaga lah perut anda..makan makanan yang kurang berlemak..sikit-sikit tak apa..tapi jangan selalu..dan berhentilah sebelum kenyang...(^-^)


kena ada ikhtiar..dengan lotion dan senaman
baru ok :-)
jangan pas dengan lotion, bantai makan beger
pula :jangan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 16:18


ok, syukran ardani. lotion ni sesuai untuk semua golongan atau untuk ibu2 saja?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 16:44


Pada 17-11-08 16:10 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wr wbt
..dan berhentilah sebelum kenyang...(^-^)


Kalau tak kenyang kenyang??hehe..bagi org yang kurang berat, elok ke makanan berlemak ni?..

Lagi satu lagi punca perut buncit yang dialami oleh golongan berumur ialah disebabkan minum ais yang banyak dimasa muda..info ni saya dapat dari seorang kwan..wallahua'lam..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 17:19


betul jugak..banyak minum ais..salah satu punca jugak..so, kurang2la minum ais ye..kalau nak tengok menjadi ke tak perut tu tak buncit..cuba jangan minum ais langsung...kakak saya kata..kawan dia tak minum ais..dan perut dia pun tak buncit..huhu..

azemi..kalau tak kenyang2 tu..masalah dia lah..makan tak baca Bismillah agaknya..(^-^)

org yang kurang berat..kena banyak sikit makan karbohidrat agaknya..hehe..memandai saja ni..boleh saja makan yang berlemak tu..tapi kena lah exercise ke lepas tu..jangan lepas makan terus tidur pula (nasihat untuk diri sendiri juga ni)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 20:38


hampir terbaca juga kat BH online ni...da ada kat ukhwah rupanya...hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 18-11-08 01:34


Pada 17-11-08 16:10 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

gunala losyen mustajab..hehe..

salam~saya pernah guna dulu,mbr yang rekemen...tapi xistiqomah dan lambat habis...
aleh2 bawa balik rumah umi dok guna untuk urut kaki....huhu.. :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 08:35


asalammualaikum

mak saya guna losyen mustajab... alhamdulillah nampak lah kesannya.. suami saya pun sama.. kempis lah juga perutnye...hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 08:48


Pada 17-11-08 17:19 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!



org yang kurang berat..kena banyak sikit makan karbohidrat agaknya..hehe..


Hm..makan karbohidrat banyak?ke makan makanan yang mengandungi karbohidrat?hehe..Tak apalah, saya dah banyak berusaha tetapi tak berjaya..jadi saya bersyukur sahajalah dengan kekurangan berat badan ini.hehe..

berbalik kepada minum ais salah satu punca perut buncit..memang betul sangat, cuma kita tengok org yang dah berumur, jarang yang tak perut buncit.hehe..makin berumur, makin buncit..memang org kita di malaysia ni, disebabkan cuacanya panas, jadi ais sdap diminum..saya pun kerap juga minum..dengan anggapan masih muda.hehe..tapi apapun, kena kurang2kanlah sikit..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 12:14


Pada 17-11-08 16:18 , syahadahtul_nur posting:

!!! QUOTE !!!

ok, syukran ardani. lotion ni sesuai untuk semua golongan atau untuk ibu2 saja?


ok saya bagitahu iklan yang pernah saya baca..
saya pun dah try, angin2 dalam badan makin kurang..
rasa ringan ket.. rasa segar saja :-)

antara kelebihan dia ada-Qila Slim Shaping Lotion:.
*membuang lemak berlebihan melalui tindakbalas perkumuhan
*sesuai untuk ibu2 kembali lansing selepas bsalin
*mengeluarkan angin dalam badan..

harga promotion : RM 38.00
promotion smpaibulan dec saja

harga asal : RM 45

stokis : 019-6955752


so, cepat-cepat dapatkan produk 100% muslim
made in Malaysia




Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 15:12


Pada 18-11-08 08:48 , azemi posting:

!!! QUOTE !!!



Tak apalah, saya dah banyak berusaha tetapi tak berjaya..jadi saya bersyukur sahajalah dengan kekurangan berat badan ini.hehe..



oo...nak tambah berat badan ke..boleh lah tanya umar_khalil...dia boleh bagi tips yang bernas...hehe..jangan mara yo umar..den guro jo.... :bunga:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 15:21


jaga makan saja.... saya dah try seminggu tak makan nasi tapi gantikan dengan roti, turun 1 kg... tapi kena banyakkan buah2an dan sayur2..senaman pun jangan abaikan.. kalau tak, tak turun lah... hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 18:00


Losyen untuk tambah lemak tak ada ke?hehehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 18:10


urm.... sebarang urusniaga dan promosi mana-mana produk adalah tidak dibenarkan di ukhwah melainkan mendapat keizinan daripada MT dan berbincang dahulu. cik ardani please take note.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 18:11


Teman tengok perempuan lagi buncit, tu lagilah pendek umur....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Maslynda
Warga Rasmi
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35969
Posting: 4
Dari: Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah, Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 20-11-08 10:54


alamak risaulah..nak cari tip untuk ukur pinggang hehehe Tapi ajal maut ditangan Allah.Apapun terima kasih info yang menarik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaslyndaProfil   Hantar PM kepada Maslynda   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 11:04


pakcik saya perut buncit jugakramai saja
umo2 mereka pun dah > 55
ajal maut semua kerja Allah.......
doa2 sajalah
walopong perut buncit
tapi masih sihat tubuh badan
Allah Maha Mengetahui

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 20-11-08 12:59


Pada 20-11-08 11:04 , srikandi_islam posting:

!!! QUOTE !!!

pakcik saya perut buncit jugakramai saja
umo2 mereka pun dah > 55
ajal maut semua kerja Allah.......
doa2 sajalah
walopong perut buncit
tapi masih sihat tubuh badan
Allah Maha Mengetahui


Assalamualaikum
tak bestlah cakap macam ni... :jangan:
tugas kita adalah ikhtiar sebaik mungkin dalam apa jua urusan..bukan dengan mudah berkata ajal maut semua kerja Allah...
hakikatnya memang begitu, tapi Allah meletakkan usaha sebagai matlamat Kenapa kita dihidupkan di dunia ni..jika tak, nanti boleh jadi sama macam kita berkata..
"buat apa kita berusaha, Allah dah tetapkan ajal maut rezeki jodoh kita..."..doaČ sajalah.... :jangan:

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
(Surah ar-ra'd:11)



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 13:19


kalau ukur lilit bahagian perut tu berlebihan maknanya risiko untuk menghidap penyakit kencing manis tinggi.. bila dah risiko kencing manis tinggi boleh lead tu CVD, renal failure dan etc..

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 13:40


Pada 20-11-08 13:19 , smile_roses posting:

!!! QUOTE !!!

kalau ukur lilit bahagian perut tu berlebihan maknanya risiko untuk menghidap penyakit kencing manis tinggi.. bila dah risiko kencing manis tinggi boleh lead tu CVD, renal failure dan etc..



Kalau orang tu memang saiz badan dia besar, mesti ukur lilit pinggangnya besar, yang tu macam mana pula?hehe..saya tanya saja.hehe..saya ni saiz kekurangan berat..kadang-kadang yang tak makan manis pun boleh kena kencing manis, sebab ada penyakit keturunan..so, bagi sesiapa yang ada sejarah keluarganya mengidap kencing manis, hati-hati sikit..kena check selalu..saya setuju dengan sts..(silap dulu, bukan sys.hehe).., kena usaha dulu, baru berserah..maknanya, kena usaha makan yang baik-baik, dan seimbang..then, Kalau kena juga penyakit, itu ketentuan Allah.. :-)


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 23:49


ni ukur lilit yang berlemak incik azemi.. uhuk2..
kiranya kalau org memang rangke besar tak pelik lah ukur lilit pun besar..

=======================================================

kencing manis @ diabetes mellitus ni terbahagi kepada dua DM type I and DM type II

DM type I ni yang inherited, kekurangan insulin so treatment dia exogenous insulin..

while, type II pula disebabkn receptor insulin kurang sensetive tapi penghasilan insulin tetap ada.. selalunye DM type II ni terjadi disebabkn kegemukkan.. receptor tu jadi tak sensetip..
harap dapat membantu :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.145116 saat. Lajunya....