Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 77
Ahli: 0
Jumlah: 77




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: masuk perut mak lain lah...


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» masuk perut mak lain lah...

Please Mendaftar To Post


Oleh masuk perut mak lain lah...

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 13:22


Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai tanggungjawab
kamilah. Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.
Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut' dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan suami
dibuatnya. Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih. Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna beberapa ketika kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa.
Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.

"Dah sembahyang?" suami saya bertanya.

"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya.

"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.

Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak apalah..h..h... Adik boleh usaha lagi."

"Cakap saja tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak pandai."

"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba memujuk dengan suara lembut.

"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya.

"Apa asyik nak beli buku saja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang ajalah!" saya menyampuk.

"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!"

"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa untuk berusaha."

"Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!"

"Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni."

"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."

Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik.

"Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata perlahan.

"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara sambil menangis teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika. Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya.
Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.

"Tak baik Adik berkata begitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.
"Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar Kasih-Sayang," kata saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.
"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya.
"Kerana Kasih-Sayanglah Adik lahir dan kerana Kasih-Sayang juga kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih-Sayang. Adik tak besar dengan duit!"

Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir..... Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau. Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.
Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu... - terharu sungguh.......!!


Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih-Sayang sehinggakan dalam hadis Qudsi,

Allah sendiri menyatakan kepada. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad, kalau tidak kerana Kasih-Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia ini......."
Manusia yang hidup tanpa Kasih-Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah dan lauk

" wahai tuhan ku. Aku tak layak kesyurgamu ...namun tak
pula aku sanggup keNerakamu........., kami lah hamba yang
mengharap belas darimu ........, Ya Allah jadikan lah kami
hamba2 mu yang bertaqwa......, ampunkan dosa2 kami,
kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal dunia



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 17-11-08 13:44


salam...

Begitu hebat cabaran untuk menjadi ibu bapa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 15:40


tabahnya halesorun_84...:bunga:
kagum..;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 12:04


alamak.. bukan saya lah.. cerpen saja.. moga saya pun setabah itu,insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 13:05


erk cerpen ke...ingat halesolurun_84 punya cerita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 13:31


huhu..pandai betul akak ek...ingatkan akaknye kesah..haha :berfikir:


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 14:53


Pada 17-11-08 15:40 , imni_1612 posting:

!!! QUOTE !!!

tabahnya halesorun_84...


:lol: :opss.. tutup mulut:
halesolurun memang tabah imni... :sopan:

teringat adik kepada sahabat ismi yang menyalahkan ayahnya kerana dia seorang saja yang agak gelap dalam femeli,bila kawan-kawan dia ejek dia..
"bapakla ni, kenapa bapak gelap"
alahai... kasihan si bapanya... :oops:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-11-08 15:33


insyaAllah moga jadi seorang yang tabah.. :-D
moga cik ismi_atiqah juga tabah dengan interviewnye hari esok.. :lol:
maricella.. opsss.. :jangan: :jangan: :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-11-08 11:22


Pada 17-11-08 15:40 , imni_1612 posting:

!!! QUOTE !!!

tabahnya halesorun_84...:bunga:
kagum..;-)


Assalamualaikum
erk...halesolurun dah ada 3 anak ke... :-o
:sopan:

P/S : syahdu kisah ni... :-(



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092449 saat. Lajunya....