Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.
-- at-Taubah: 129

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 23 hari yang lalu
ronniefinancehome: 34 hari yang lalu
MTMKi: 44 hari yang lalu
usop79: 46 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Keutamaan Bertaubat


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Keutamaan Bertaubat

Please Mendaftar To Post


Oleh Keutamaan Bertaubat

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 00:23


KEUTAMAAN BERTAUBAT

Amalan bertaubat ini memiliki banyak keutamaannya. Di antaranya adalah seperti berikut.

1) Bertaubat dapat mensucikan seseorang dari dosa-dosanya

Rasulullah s.a.w. bersabda:


التَّائِبُ مِنْ الذَّنْبِ كَمَنْ لاَ ذَنْبَ لَهُ

Seseorang yang bertaubat dari dosanya itu adalah sama dengan orang yang tidak mempunyai dosa lagi. – Hadis Riwayat Ibnu Majah, no: 4240

Baginda juga menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan solat Sunat Taubat sebanyak dua rakaat akan memudahkan pengampunan ALLAH S.W.T terhadap dosa-dosanya.

Sabdanya:


مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَقُومُ فَيَتَطَهَّرُ ثُمَّ يُصَلِّي ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ لَهُ

Tiada seorang yang melakukan suatu dosa kemudian dia pergi berwuduk dan mengerjakan solat dua rakaat, kemudian memohon ampun kepada ALLAH melainkan ALLAH akan mengampuninya. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi, no: 2932.

2) Bertaubat dapat mensucikan hati seseorang dari noda yang mengotorinya. Rasulullah s.a.w bersabda:




إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صُقِلَ قَلْبُهُ فَإِنْ زَادَ زَادَتْ فَذَلِكَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَهُ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ.
Sesungguhnya seorang mukmin bila melakukan dosa, maka akan timbul satu titik noda hitam di hatinya, Jika dia bertaubat, meninggalkan perbuatan tersebut dan memohon keampunan , maka hatinya kembali bersih. Tetapi bila menambah , maka bertambahlah noda hitam tersebut sampai memenuhi hatinya. Maka itulah al-Raan yang telah disebutkan ALLAH dalam firman-NYA: Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. : 14] – Hadis riwayat Ibnu Majah, no: 4234.

3) ALLAH mengasihi mereka yang bertaubat.

SesungguhNya ALLAH mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. – al-Baqarah : 222

4) Sikap bersegera untuk bertaubat merupakan ciri-ciri mereka yang berjaya.

…dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. – al-Nuur : 31

5) Mereka yang bertaubat akan diberi ganjaran syurga

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada ALLAH dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai… - Al-Tahriim : 8

6) Bertaubat dapat mengelakkan seseorang dari menerima balasan yang pedih daripada ALLAH S.W.T di dunia mahupun di akhirat. Firman-NYA:

Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), ALLAH akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong. – al-Tawbah : 74

Sebaliknya bagi mereka yang bertaubat ALLAH S.W.T memberi nikmat kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat. Firman-NYA:

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada TUHAN kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepada-NYA; supaya DIA memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) DIA akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). – Hud : 3

7) Mereka yang bertaubat bebas dari sifat gololongan yang zalim kerana ALLAH S.W.T menyifatkan mereka yang enggan bertaubat sebagi zalim. Firman ALLAH S.W.T.:

Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. – al-Hujuraat : 11

Demikianlah beberapa keutamaan bertaubat yang sempat penulis perturunkan. Semoga ianya dapat menjadi sumber motivasi kepada kita semua untuk bersegera melakukan taubat di atas segala kesalahan yang telah kita lakukan.

DOA YANG TERBAIK DALAM MEMOHON KEAMPUNAN

Lafaz doa yang terbaik dalam memohon keampunan daripada ALLAH S.W.T untuk bertaubat dari segala kesalahan-kesalahan kita adalah doa yang diamalakan oleh Rasulullah s.a.w. yang digelarسَيِّدُ الاِسْتِغْفَارِ (Sayyid al-Istighfar) iaitu:




اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ.

Ya ALLAH, ENGKAUlah TUHANku. Tiada yang layak disembah melainkan ENGKAU. ENGKAU menciptakanku. Aku adalah hamba-MU. Aku berada dalam perjanjian dengan-MU, ikrar kepada-MU dari kejahatan segala yang telah aku lakukan. Aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-MU kepadaku dan aku mengakui dosaku. Oleh itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa selain ENGKAU.

http://akob73.blogspot.com/2008/11/mari-bertaubat.html


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 17-11-08 00:00


Pada 13-11-08 00:23 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!



DOA YANG TERBAIK DALAM MEMOHON KEAMPUNAN

Lafaz doa yang terbaik dalam memohon keampunan daripada ALLAH S.W.T untuk bertaubat dari segala kesalahan-kesalahan kita adalah doa yang diamalakan oleh Rasulullah s.a.w. yang digelarسَيِّدُ الاِسْتِغْفَارِ (Sayyid al-Istighfar) iaitu:




اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ.

Ya ALLAH, ENGKAUlah TUHANku. Tiada yang layak disembah melainkan ENGKAU. ENGKAU menciptakanku. Aku adalah hamba-MU. Aku berada dalam perjanjian dengan-MU, ikrar kepada-MU dari kejahatan segala yang telah aku lakukan. Aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-MU kepadaku dan aku mengakui dosaku. Oleh itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa selain ENGKAU.




thanks ummiq for sharing this info

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 08:36


salam...alhamdulilah..info yang berguna..terima kasih ummimq..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-11-08 09:41


assalammualaikum

terima kasih ummimq atas maklumat yang di beri... semoga hati ini sentiasa untuk bertaubat pada yang satu...amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 17-11-08 16:13


time kasih ummiq info ni..terima kasih..terima kasih tapi ada seorang sahabat saya, menyatakan terima kasih pada ALLAH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089603 saat. Lajunya....