Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 72
Ahli: 0
Jumlah: 72




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 23 hari yang lalu
ronniefinancehome: 34 hari yang lalu
MTMKi: 44 hari yang lalu
usop79: 46 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Sekolah khas untuk mak nyah


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Sekolah khas untuk mak nyah

Please Mendaftar To Post


Oleh Sekolah khas untuk mak nyah

sedamai_muslimah
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2008
Ahli No: 35795
Posting: 5
Dari: ~~~Di bawah Lembayung~~~

sierraleone  


posticon Posting pada: 12-11-08 21:19


~~Sekadar berkongsi~~
YOGYAKARTA - Rumah seorang mak nyah, Maryani menjadi sekolah pendidikan Islam untuk golongan transeksual pertama di Yogyakarta, Indonesia.
Sekolah itu diberi nama Senin-Kamis dan dalam tempoh dua kali seminggu, kira-kira 20 mak nyah yang memakai seluar jeans ketat dan skirt mengunjunginya.
Mereka mengunjunginya untuk belajar membaca al-Quran dan memahami dengan lebih mendalam mengenai agama Islam.
Di negara itu, golongan mak nyah dikenali dengan gelaran waria.
"Waria (mak nyah) adalah juga manusia, kami mahu menjadi orang yang beriman.
"Kami turut mempunyai satu hak untuk pergi ke syurga dan kami mempunyai hak untuk pergi ke neraka.
"Kami perlu mengingati Tuhan kerana kami sudah diberikan kehidupan," kata Maryani.
"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan takdir ini dan saya menjalani hidup seperti ini," jelasnya.
Maryani yang berumur 48 tahun dilahirkan sebagai seorang lelaki dan dibesarkan sebagai penganut agama Kristian Katholik.
Dia menghabiskan masa bertahun-tahun meminum minuman keras dan menawarkan perkhidmatan seks di jalanan sebelum menganut Islam dan kini mempunyai seorang anak angkat perempuan, Rizky Aryani berumur lapan tahun.
Menurut Maryani, kini adalah menjadi tugasnya untuk membawa Islam kepada rakan-rakan mak nyahnya.
Waria di Indonesia juga membawa maksud lelaki yang memilih untuk hidup sebagai wanita.
Sebahagian mereka menjalani pembedahan atau mengambil hormon untuk meningkatkan penampilan kewanitaan termasuk menanam implan bagi memiliki payu dara.
Bagaimanapun, mereka tidak melakukan operasi pembedahan untuk menukar jantina.
Setakat ini dianggarkan terdapat 300 mak nyah dalam komuniti di Yogyakarta.
Golongan mak nyah menjual tubuh sebagai salah satu daripada punca pendapatan.
Mereka mencari pelanggan pada waktu malam di jalanan dan di landasan kereta api.
Namun, sekolah Senin-Kamis yang ditubuhkan pada Julai lalu mempunyai polisi untuk tidak memberi khutbah dan mengelak desakan kepada mak nyah supaya menjadi lelaki sejati atau wanita.
Maryani turut menyatakan dia gembira dengan kehidupannya sekarang dan tidak merancang untuk menjalani pembedahan menukar jantina.
"Saya tidak mahu menjalani pembedahan kerana saya bersyukur kepada Tuhan berhubung apa yang diberikan kepada saya.
"Jika saya telah menjalani pembedahan, saya sebenarnya melanggar kehendak Tuhan," katanya.
Guru-guru di sekolah itu adalah terdiri daripada 25 ustaz dari sebuah sekolah agama yang dikendalikan oleh Hamrolie Harun dan terletak berdekatan rumah Maryani.
Seorang guru, Heri Suchaeri yang sudah berkahwin dan mempunyai anak berkata, pada mulanya dia mengajar di sekolah Senin-Khamis dengan diselubungi dengan perasaan bimbang.
"Tetapi, apabila kami pergi kesana dan kami mengikuti kehidupan mereka, mereka turut mempunyai perasaan, mahu bersolat dan mempunyai Tuhan," katanya.
"Sasaran kami adalah dengan tidak menyatakan anda perlu menjadi seorang lelaki, kami tidak mempunyai hak untuk menyatakan sedemikian," jelas Heri.
Bagi pelajar-pelajar di sekolah itu, terdapat perasaan bersalah dan tentangan dalam sebuah masyarakat.
"Jika anda bertanya kepada saya bahawa keluar pada waktu malan adalah tidak baik, tetapi itu merupakan satu-satu caranya untuk kami memperoleh pendapatan untuk keperluan seharian," kata seorang mak nyah, Tika Aurora.
Dia yang berumur 26 tahun menyatakan demikian berhubung bayaran sebanyak AS$1.86 (RM6.67) bagi mendapatkan khidmat seksnya.
"Prinsip saya adalah jika saya menjalani kehidupan seperti ini pada masa depan,apabila tua, saya masih seperti ini," katanya.
"Kami turut mempunyai harapan seperti wanita lain. Kami berharap untuk hidup dengan seseorang bersama saya, berharap mendapatkan anak lelaki. Hidup seperti manusia biasa," kata Tika.
Bagi pelajar-pelajar itu, sekolah itu memberikan mereka peluang untuk mengikuti ajaran Islam.
- AFP

Dipetik dari :-Kosmo 12/11/2008


-----------------
~Jadikanlah yang tebal itu IMAN, yang nipis itu LIDAH, yang tajam itu AQAL, yang lembut itu HATI, yang ringan itu SOLAT, yang halus itu


Bookmark and Share

    


  Member Information For sedamai_muslimahProfil   Hantar PM kepada sedamai_muslimah   Quote dan BalasQuote

jebat_86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2008
Ahli No: 35674
Posting: 121

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 00:30


Alhamdulillah masih ada insan yang sudi mengambil tahu pasal mereka..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jebat_86Profil   Hantar PM kepada jebat_86   Quote dan BalasQuote

nurul_wardina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.08.2005
Ahli No: 18153
Posting: 40
Dari: sarawak

Sarawak  


posticon Posting pada: 13-11-08 10:18


wah..alhamdulilah
im have kawan macam nijugak,
tapi entah.tapi dia baik,,,sungguh baik
dah nasihat tapi tak dengar,,tapi dia non muslim lah.Kalau dia islam tak tau nak cakap apa,,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_wardinaProfil   Hantar PM kepada nurul_wardina   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 11:13


wah tak sangka ada golongan mak nyah yang sanggup nak belajar macam ni..erm kat malaysia??

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 19:39


alhamdulillah jika mereka ada hati untuk belajar agama... boleh di katakan syabas untuk mereka kerana sanggup untuk belajar

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 19:57


selalu kita lihat dan kutuk lelaki yang melaram berpakaian wanita..memang tak pelik..tapi lagi pelik kalu2 mayk nyah tu tetiba rasa insaf dan taubat, nak tutup 'aurat' mereka..pakai tudung dan baju labuh...hhu..kelakonye..but macam lebih 'baik' agaknya..tapi kedua2 keadaan adalah sama hukumnya..hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 20:08


Pada 13-11-08 10:18 , nurul_wardina posting:

!!! QUOTE !!!

wah..alhamdulilah
im have kawan macam nijugak,
tapi entah.tapi dia baik,,,sungguh baik
dah nasihat tapi tak dengar,,tapi dia non muslim lah.Kalau dia islam tak tau nak cakap apa,,,


:kelip: kita punya kisah yang sama nurul_wardina. saya pun ada kawan macam tu..non muslim juga..time kenal dia masa mula-mula kat u dia masih ada gaya seorang lelaki.Tapi bila dah lama kat u dia dah mula berubah.Mula guna baju ketat2..guna sandal perempuan..Sekarang ni bila dia contact saya pas habis study kat fs Ya rabbi betul-betul saya tak kenal..dah macam perempuan tulen pula..tak tahu lah nak..mujur bukan seagama dengan kita..kalau tak dah lama saya basuh dia.. :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 14-11-08 15:32


salam alaik..
em.. bayangkan kalau ada sekolah ni kelak..
begini ekkkk??
tak dapat nak gambarkan.. sebab tak pandai lukis orang..hihi

sekolah convent / sekolah untuk kaum HAWA sahaja dah ada..
untuk kaum ADAM sahaja pun dah ada..
kalau sekolah seperti tajuk ni.. erm..erm.. kena fikir banyak kali ni.

kena tanya bincg dengan menteri pendidikan ni..
tungguu lah ss buat portfolio..
tapi.. tak ketahuan lah bila nak buat research ni..ehehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-11-08 15:40


alangkah bagusnya kalau di'implement'kan kat malaysia...
soal mereka nak atau tidak itu kedua...yang penting, laksanakan dulu...dan consistent...buat promosi besar2an...
insyaAllah bencana maknyah ni akan berkurangan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

nahdatul_adawiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5697
Posting: 79

Selangor  


posticon Posting pada: 18-11-08 00:38


deme ni ada jugak perasaan untuk menuju ke arah kebaikan. tapi tak ada yang nak membimbing mereka. yang tau cuma mengutuk dan mengeji mereka sahaja. bagus jugak diaplikasi program macam ni di tempat kita. moga-moga mereka akan terus berubah ke arah kebaikan dan lebih dari itu lagi.:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nahdatul_adawiyahProfil   Hantar PM kepada nahdatul_adawiyah   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 02:10


Sebab tu bila ada yang berbuat maksiat,jangan kita pandang hina pada mereka..kita tanya,Kenapa mereka berbuat sedemikian..kadang-kadang mereka tak tahu..kadang-kadang mereka nak berubah tapi tak siapa nak membantu,ditambah pandangan jelik orang terhadap mereka..maka,menjadi tanggungjawab kita untuk membantu dan menyedarkan..kalau tidak kita,siap lagi..kalau tidak bermula sekarang,bila lagi?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089243 saat. Lajunya....