Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Dapur
Topik: RINGKAS DAN SEDAP


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Dapur
    »» RINGKAS DAN SEDAP

Please Mendaftar To Post


Oleh RINGKAS DAN SEDAP

MohdZakri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4163
Posting: 76
Dari: Bandar Baru Bangi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 21:01


AYAM GORENG BERKUNYIT

-1/2KG ayam
-2 ulas bawang besar
-4 batang serai
-5 biji cili api (jk mahu)
-serbuk kunyit
-mesej (jk mahu)
-jintan manis.

CARA

1-potong ayam dadu (2 macam persegi)
2-hiris bawang merah(india) dan tumbuk jintan manis dengan lesung batu bersama cili api.
3-tumis bawang merah bersama jintan manis,cili api dan serai yang diketuk..tumis sehingga garing,masukkan garam dan serbuk kunyit...
4-akhir masukkan ayam,tumis sehingga garing.masukkab bawang besar bila dah garing.
5-tutup api,hidang,baca doa dan makan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdZakriProfil   Hantar PM kepada MohdZakri   Pergi ke MohdZakri's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 21:48


ayam black pepper

bahan2
-daging ayam di potong ikut suka
-sedikit daging dnegan tulang(sebagai pemanis rasa)
-5 cendawan shitaki di belah 3
-2 biji kentang di potong & digoreng separuh masak

-lada hitam di tumbuk atau sos lada hitam secukup rasa
-sos tiram 3 sudu
-kicap sesenduk / secukup rasa
-garam secukup rasa
-sesudu tepung jagung secukup rasa(kalau nak kuah likat)

rempah yang di titik / ketuk sahaja
-4 ulas bawang putih
-haila sebesar hujung jari telunjuk
-2-3 batang serai (untuk serap hanyir ayam)

cara
goreng rempah tumbuk dalam sedikit minyak sampai naik bau
masukkan semua bahan di atas gaul & masak sampai ayam empuk
sebelum angkat, masukkan tepung jagung dan kacau lagi

sedap di makan panas. lebih sedap, masak dengan api kecil. semua bahan kan menyerap dan sebati rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 23:19


AYAM SOS OREN/LEMON

Bahan
400 gm ayam tanpa tulang, dipotong ke 2 kepingan sama
2 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI
lada sulah secukup rasa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan tepung jagung (auntuk menyalut ayam)
minyak untuk goreng terendam
2 ulas bawang putih (cincangkan)

A
1 cawan Jus Oren sunkist
1 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI
1 c/k gula atau secukup rasa
1 s/k minyak bijan (jika suka)
2 s/k tepung jagung dicampur dengan
2 s/b air
1 biji oren, dihiris
2 biji tomato, dipotong berbaji
pasli & cili merah


Cara
1. Buat hirisan pangkah di atas permukaan daging ayam.
Perapkann ayam dengan Pati MAGGI dan lada hitam selama 10 minit.

2. Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung
Goreng terendam ayam hingga kekuningan dan tuskan.

3. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 s/besar dalam kuali.

4. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan A dan masak hingga mendidih.

5. Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung.

6. Potong ayam ke kepingan yang disukai dan senduk sos ke atasnya.
Hias dengan hirisan oren, tomato, pasli dan cili.

**pasti sedap dan menyelerakan semua yang memakannya..
*cuba jangan tak cuba

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-11-08 08:24


LEMPENG BODOH aka PAN CAKE (kata mat saleh)

Bahan :-
tepung gandum
telur
air (sukatan sehingga adunan likat )
sedikit garam dan gula

Cara-cara

masukkan tepung dalam mangkuk selepas itu pecahkan telur dan kemudian air.selepas itu kacau sehingga likat dan kemudian masukkan sedikit garam dan gula.
panaskan kuala leper dan kemudian curahkan adunan tadi bergantung kepada ketebalan yang kita mahu.sebelum tu letak planta sedikit kat permukaan kuali
kemudian siap selepas itu bolehlah cicah dengan apa-apa pun mengikut selera masing-masing
selamat mencuba

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 10:46


wah ramainya bagi resipi kat sini..erm banyak ramai yang suka masak ea..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 20:01


AYAM PEDAS

bahan:

Chili kering yang di blender
Ayam
Bawang putih
Garam secukup rasa
mushroom

Cara:

Tumiskan bawang putih yang di kisar... kemudian taruk cili... tumiskan sehingga garing... kemudian. tauk lah ayam.... gaulkan nya hingga masak..
akhir sekali, taruk mushroom, jika mahu ye....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 15:55


nasi ayam

-ayam ikut suka : dibersihkan dan disiang sebesar yang dikehendaki. dan direbus separuh masak dan ditos (kalau nak goreng)
-beras : ikut berapa ramai nak makan

bahan rempah 1
-bawang putih 3 ulas : ketuk
-halia sebesar jari ibu : ketuk
-bawang merah besar seulas
- 2 ketul kiub ayam

bahan rempah ni dimasukkan dalam periuk yang mengandungi air rebusan ayam tadi (selepas ayam dikeluarkan). rebus hingga mendidih. senduk sedikit sup (tanpa bahan2 rempah tadi) ke dalam mangkuk sup dan ditabur bawang goreng & daun sup.

nasi:
air rebusan tadi dimasukkan sedikit planta. masukkan beras dan ta_nak nasi sehingga masak.

ayam goreng:
ayam yang dah ditos ditabur garam & kunyit secukup rasa. goreng hingga garing @ berwarna keemasan.

rempah cili:
-cili boh 2 sudu makan
-cuka 2 senduk
-garam & gula secukup rasa

masak bahan2 ni sehingga cili masak. cili boh boleh diganti dengan cili hidup yang dikisar kasar untuk lebih rasa 'thai'

**masak yang diperuntukkan: 30 minit -1 jam


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 16:04


cucur jagung

-jagung manis setongkol (ambil jagungnya sahaja)
-tepung gandung 2 cawan
-telur 1 biji
-air garam secukup rasa
-gula 2 sudu
-udang geragau setengah cawan(tak ada pun ok)
-bawang putih 2 ulas-ditumbuk halus

campur semua bahan.
gaulkan satu arah agar sebati. biarkan sekejap dan panaskan kuali.
goreng sehingga keemasan.

sos cecah:
-cili merah & hijau dalam 5 batang dikisar kasar
-cuka 2senduk(lebih ok tapi mesti sekata dengan rasa gula)
-gula & garam(secukup rasa)
-tepung jagung sesudu makan

campur smeua bahan kecuali tepung jagung. bila dah hampir maak, masukkan tepoung jagung tadi agar bahan sos jadi likat. kacau bahan sehingga mendidih & matikan api.. siap.

***peringatan:
apa-apa sos yang dimasak perlu sentiasa dikacau sentiasa / dijaga untuk mengelakkan dari menggelegak dan tumpah dari periuk.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 17:35


uish..sedap-sedap resepi atas ni..boleh cuba ini.....huhuhu... :berfikir: :welcome:


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 21:18


nurkamar ni banyak resepi lah.....
bila agaknya nak buat open house heheheheh
buat Jk Ziarah ke rumah nurkamar boleh tak kak shida?????

huhuhuhuhu

p/s: ni kalau nurkamar buat open house, umar mesti yang 1st sampe....kawan tu cheras juga hahahaha

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 21:44


Pada 13-11-08 10:46 , imni_1612 posting:

!!! QUOTE !!!

wah ramainya bagi resipi kat sini..erm banyak ramai yang suka masak ea..:-)


;-) resepi saya ada banyak lagi...kalau nak posting kat sini memang ada yang pening nak buat mana satu...memasak memang dah menjadi hobi.. tu strawbery_ungu pun minat masak tu...


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 21:44


Pada 23-11-08 21:18 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!


buat Jk Ziarah ke rumah nurkamar boleh tak kak shida?????



awat pula di tanya ss... ss tu penggerak JK.... tn khemahnya abang shinfay_de.. zaujun saya. Kalau penggerak 2 thumbs up tapi tn khemah say no.. tak jadi juga ;)

**insyallah 2010 kata abang shinfay :). mudah mudahan allah permudah urusan dikala itu.

** saya ni bukan geti masak bebenonye. copy paste saja tu.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 23:38


Ayam Berempah

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis     Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 macam kunyit hidup
Cara:
Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 23:39


Kueteau Ladna Pedas

Bahan-Bahan:
100 gm kueteau
50 gm udang
50 gm sotong (dipotong)
50 gm daging ayam (dipotong)
1 tangkai sawi (dipotong)
sedikit kobis     1 cawan stok daging
2 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar tepung jagung + air
1 biji telur
Minyak masak & garam
Cara:
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan kueteau & kicap pekat. Gorengkan selama 2 minit. Angkat & masukkan ke dalam mangkuk. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan sos
tiram, sawi, kobis, ayam, sotong, udang, garam & stok daging. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung & masak hingga mendidih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 23:40


Sambal Daun Asam Gelugur

Bahan-Bahan:
Pucuk daun asam gelugur (pucuk kecil warna merah)
Bawang Merah - 2 Ulas
Cili Masak - 1 biji
Cili api - 5 biji
Belacan
sebiji limau kasturi (separuh masak)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
    
Cara:
basuh bersih semua bahan2.. hiris2kan pucuk daun asam gelugur,tumbuk semua bahan bersama pucuk tadi ( macam buat sambal belacan) , tak perlu lumat sangat.. agak-agak pecah2 saja.. nak lumat pun Boleh ikut suka hati lah... limau kasturi tu potong2 dengan kulit2nya sekali dan dibuang biji - pemecah selera tuu.. sedikit gula dan garam sebagai bahan perasa..


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.387436 saat. Lajunya....