Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 25 hari yang lalu
nur_takwa88: 31 hari yang lalu
kismis: 31 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 46 hari yang lalu
Rashdin: 52 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: dengarkan suara hatiku buat sahabat ukhwah...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» dengarkan suara hatiku buat sahabat ukhwah...

Please Mendaftar To Post


Oleh dengarkan suara hatiku buat sahabat ukhwah...

muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 11-11-08 18:50


ana nak kongsikan suara hati ana....kalau boleh, ana nak tau juga pendapat sahabat-sahabat ana di ukhwah.com ini...

ana berusia 19 tahun..sejak melangkah ke alam remaja, ana bertekad untuk tidak bercouple seperti rakn2 ana yang lain dan ana letakkan itu sebagai prinsip hidup ana selama ini. muslim yang meminta peluang untuk bercouple dengan ana, ana tolak dengan cara yang baik, dan mereka terima. ana bukan nak bermegah di sini..tapi hya sebagai seorang insan biasa yang cuba untuk mempertahankan prinsip hidup. kerana ana menganggap, once ana bercouple, hya dengan org itu saja lah yang ana ingin jadikan sebagai teman hidup ana. memang betul, jodoh ketentuan di tangan Tuhan..tapi kita yang berusaha...
apa yang ana nak ceritakan di sini adalah kelemahan ana sebagai insan biasa. ana tidak tahu Kenapa ia berlaku, dan ana tidak faham. prinsip yang ana pegang selama ini gagal ana pertahankan. sekarang,hampir 5 bulan ana bercouple. emm....apa yang nak dikesalkan ana? sebab lelaki yang ana couple sekarang ini, bukan lah lelaki yang baik...Kenapa ana berkata demikian? ana pun bukanlah baik mana pun untuk mendapat lelaki yang baik juga..tapi itu yang diharapkan oleh muslimah agar dirnya sebagai insan yang lemah ini dapat dibimbing ke jalan yang benar...oleh lelaki yang benar-benar soleh dan diredhai Allah s.w.t.
selepas bercouple, lelaki ini menceritakan kepada ana segala kejahilan yang dilakukannya dahulu, yang sememangnya dimurkai Allah. tak perlulah ana nyatakan, takut membuka aibnya pula...tapi ana yakinkan diri ana bahawa si dia akan berubah dan akan menyesal. tapi apa yang ana kesalkan adalah si dia tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan berubah dan ingin berubah biarpun ana berusaha untuk mengubahnya...sememangnya dia seorang yang keras hati dan ego...memang ana perlu banyak bersabar untuk mengubhnya. tapi apa yang merisaukan ana adalah ana yang akan berubah...nau'zubillah...ramai rakan ana pelik kerana ana masih boleh menerima dia sebagai couple ana, sedangkan ana sudah tahu akan kejahilan dia...tapi, kerana prinsip ana juga ana kekalkan hubungan ini..tetapi, ana tidak mengharapkan apa-apa pun...

sekarang ana mengganggap ini sebagai takdir ana...Allah pertemukan kami mesti ada hikmahnya...ana menganggap pertemuan ana dengan si dia ni adalah sebagai tanggungjawab dan amanah Allah kepada ana untuk membawanya ke jalan yang benar...segalanya ana serahkan pada yang Maha Mengetahui..Andai ada jodoh ana dengan si dia, maka adalah..jika tidak, ana pasrah, ana redha... apa yang ana harapkan adalah dia akan menyesal dan berubah...tapi, bukan mudah...

bukan mudah untuk merubah hati yang sudah beku itu...buat sahabat-sahabat ukhwah...bantulah ana...bagaimana nak melembutkan hati dia untuk kembali ke jalan yang benar..dengan keegoaannya mempertahankan benda yang salah..ana pun tidak faham..ana keliru Kenapa ana dipertemukan dengan si dia..tapi ana tidak boleh menolak ketentuan Illahi..ana benar-benar berharap dia akan berubah. ana hanya mampu berdoa agar si dia berubah di samping memberi nasihat buat dia..tapi semua terpulang pada si dia untuk menerima atau tidak..soal jodoh ana ketepikan dulu. itu ana pasrahkan segala-galanya pada yang Esa..

tolonglah wahai sahabat-sahabat untuk memberikan pendapat dan sokongan dari anda yang ana harapkan..ana perlukan kekuatan untuk mengubahnya..tapi ana ni insan lemah..kadang-kadang ana rasa tewas dan hampir nak mengalah,tapi, ana niatkan dalam hati ana untuk membantu sesama kita sebagai umat Islam...moga niat ana diterimaNya...amiiin...


:bunga:


-----------------
Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah89Profil   Hantar PM kepada muslimah89   Quote dan BalasQuote

muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 11-11-08 19:16


bukan mudah untuk menjadi muslimah yang sebenar-benar muslimah yang diredhai Allah...


huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah89Profil   Hantar PM kepada muslimah89   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 19:35


Nasihat ana..Janganlah jadi seorang perempuan..janganlah jadi seorang wanita..janganlah jadi seorang gadis..Janganlah jadi seorang betina..Jadilah diri anda seorang muslimah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 22:10


Masalah macam ni kena tunggu Cik Shye @ Kaunsengineer kita jawapkan ini.. :-D Tapi memandangkan cik Shye kita tak timbul lagi, mari lah saya tolong jwbkan sesikit..

Masalah hati dan perasaan macam kena lah kembali kepada asalnya hubungan tu dibina.. apa pasal memula dulu boleh suka dengan dia? apa pasal sekarang ini mula berbolak balik? Jawapannya adalah kerana adik sebenarnya menerima dia sebab nak rasa cemana bercouple tu saja.. maaf lah kalau tekaan ni tak betul dan menyakitkan hati adik.. tapi fikirlah balik dik.. insyaAllah.. adik akan akui hakikat ini..

p/s: Cintai seseorang bukan sebab kita nak ubah dia menjadi somebody yang kita suka, tetapi menerima kelemahan dia sebagai kekuatan kita.. :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 12-11-08 01:10


Pada 11-11-08 22:10 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Masalah macam ni kena tunggu Cik Shye @ Kaunsengineer kita jawapkan ini.. :-D Tapi memandangkan cik Shye kita tak timbul lagi, mari lah saya tolong jwbkan sesikit..

Masalah hati dan perasaan macam kena lah kembali kepada asalnya hubungan tu dibina.. apa pasal memula dulu boleh suka dengan dia? apa pasal sekarang ini mula berbolak balik? Jawapannya adalah kerana adik sebenarnya menerima dia sebab nak rasa cemana bercouple tu saja.. maaf lah kalau tekaan ni tak betul dan menyakitkan hati adik.. tapi fikirlah balik dik.. insyaAllah.. adik akan akui hakikat ini..

p/s: Cintai seseorang bukan sebab kita nak ubah dia menjadi somebody yang kita suka, tetapi menerima kelemahan dia sebagai kekuatan kita.. :-)




adik tak rasa macam tu...adik minta pendapat rakan-rakan lain..mereka pun kata dan minta adik berikan peluang untuk diri adik ni menerima somebody..sebab tu adik terima dia mula-mula tu...bukan sebab suka..
dan adik bukan nak ubah dia menjadi seseorang yang adik suka, tapi yang islam tuntut..sebab pada adik, dia dah jauh terpesong kerana pengaruh kawan-kawan dia..huhu


-----------------
Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah89Profil   Hantar PM kepada muslimah89   Quote dan BalasQuote

carbuqem
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.11.2006
Ahli No: 27181
Posting: 59
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 01:22


Apa susah sangat.... portal ini kan ada kaunselornya sendiri.... hubungi sajalah ummimq

Bookmark and Share

    


  Member Information For carbuqemProfil   Hantar PM kepada carbuqem   Quote dan BalasQuote

muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 12-11-08 01:28


Pada 12-11-08 01:22 , carbuqem posting:

!!! QUOTE !!!

Apa susah sangat.... portal ini kan ada kaunselornya sendiri.... hubungi sajalah ummimq



macam mana tu?


-----------------
Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah89Profil   Hantar PM kepada muslimah89   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 08:31


huh .. perempuan ... kalau hati dah suka maka tiada apa lagi yang boleh diperkatakan ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 10:11


Pada 11-11-08 18:50 , muslimah89 posting:

!!! QUOTE !!!

prinsip yang ana pegang selama ini gagal ana pertahankan. sekarang,hampir 5 bulan ana bercouple. emm....apa yang nak dikesalkan ana? sebab lelaki yang ana couple sekarang ini, bukan lah lelaki yang baik...

ni INTROnya...

dalam intro, muslimah89 dah terang-terang cakap yang lelaki tu bukan seorang yang baik, so Kenapa nak teruskan juga? "fazfar bizatil-din, taribat yadak!"

!!! QUOTE !!!

selepas bercouple, lelaki ini menceritakan kepada ana segala kejahilan yang dilakukannya dahulu, yang sememangnya dimurkai Allah. tak perlulah ana nyatakan, takut membuka aibnya pula...tapi ana yakinkan diri ana bahawa si dia akan berubah dan akan menyesal. tapi apa yang ana kesalkan adalah si dia tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan berubah dan ingin berubah biarpun ana berusaha untuk mengubahnya...sememangnya dia seorang yang keras hati dan ego...memang ana perlu banyak bersabar untuk mengubhnya. tapi apa yang merisaukan ana adalah ana yang akan berubah...nau'zubillah...

nu pula MAIN POINTnya...

apa yang dirisaukan adalah, anda gagal mengubah dia kepada kebaikan sebaliknya dia pula yang akan ubah anda kepada keburukan, betul tak?

ingat, tugas tarbiah itu sebenarnya adalah tugas suami kepada isteri, sebab suami adalah ketua keluarga, dan sikap serta pegangan agama si suami akan mempengaruhi si isteri. sebab itu, lelaki muslim dibolehkan nikah dengan ahli kitab, sebaliknya wanita muslim diharamkan nikah dengan lelaki ahli kitab!

jangan pandang ringan bab jodoh ni, suami yang baik kalau dapat isteri yang jahat, dia boleh ceraikan isteri itu dengan 1 lafaz saja... tapi kalau isteri yang baik dapat suami yang jahat, apa jadinya? terpaksa bermakankan hati berjantungkan pisang lah jawabnya (kata-kata ahli kelab kanibal ukhwah suatu ketika dahulu) :sopan:

!!! QUOTE !!!

sekarang ana mengganggap ini sebagai takdir ana...Allah pertemukan kami mesti ada hikmahnya...ana menganggap pertemuan ana dengan si dia ni adalah sebagai tanggungjawab dan amanah Allah kepada ana untuk membawanya ke jalan yang benar...segalanya ana serahkan pada yang Maha Mengetahui..Andai ada jodoh ana dengan si dia, maka adalah..jika tidak, ana pasrah, ana redha... apa yang ana harapkan adalah dia akan menyesal dan berubah...tapi, bukan mudah...

dan ini, KONKLUSInya...

konklusi dari saya: anda sepatutnya putuskan saja hubungan dengan lelaki tersebut... dan jangan letakkan itu sebagai amanah Allah s.w.t., sebab Allah tidak pernah syariatkan sebegitu! :jangan:

dia bukan suami anda pun, bukan tunang anda pun, anda dengan dia tak ada apa-apa ikatan dari segi syarak pun selain saudara sesama Islam... malah, kalau tunang pun, kalau tau lelaki tu tak baik, anda berhak putuskan tunang, sebab Nabi ajar kita pilih pasangan yang beragama.

alasan anda sebab nak mengubahnya kan... sedangkan bukan tugas anda nak mengubah lelaki tersebut, tiada apa-apa sandaran pun yang mewajibkan anda mengubahnya, tau Kenapa? sebab hidayah itu datangnya dari Allah, bukan manusia... Nabi s.a.w. pun tak dapat dakwah bapa saudara baginda masuk Islam sampai akhir hayatnya, apa lagi kita manusia biasa, tak mampu nak ubah orang selagi dia sendiri yang tak nak berubah! hidayah itu milik Allah, hanya Dia yang mampu berikan hidayah, tugas kita hanya berusaha, dan berusaha...

atas dasar nak ubah seseorang, tak semestinya kena bercouple kan... tak bolehkah anda mengubahnya sebagai seorang sahabat? atau kalau anda betul-betul berani ambil risiko, silalah ikut jalan yang betul, ikatkan terus tali pertunangan, dan seterusnya bernikah... kerana saya khuatir, sebelum anda berjaya mengubahnya, anda terlebih dahulu dirosakkan, sebab anda sendiri yang akui yang lelaki itu bukan seorang yang baik.

sekadar pandangan, wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 10:21


Assalamualaikum.... setuju dengan IM. Bukan apa... jika dilihat di sini... awak tiada apa-apa hubungan dengan lelaki tersebut... apa nak dirisaukan... tak ada hukum mengatakan anda mesti meneruskan hubungan ini...nati silap-silap; anda akan rosak... na'uzubillah... anda perempuan, dia lelaki... sepatutnya dia yang membimbing anda...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

nazliahnazeer
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2008
Ahli No: 34872
Posting: 56
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 10:30


19 tahun????oh masyaAllah..better tak payah bercinta lah.
u are still a girl, banyak tanggung jawab lain lagi sebagai khalifah yang memikul amanah paling berat di dunia. Kena belajar, bekerja..etc..etc..

hmm saya minta maaf, tapi sangat lah tak sesuai.Anda masih muda, banyak lagi ilmu dan pengalaman yang perlu anda kutip. Ingat lah jasa mak ayah, kalau ingat mak ayah pun kita tak sampai hati nak couple macam ni.

dugaan memang banyak dalam dunia penuh tipu daya zaman sekarang ni, cuba lah bertahan dan kuatkan hati!

Ingatlah janji Allah yang sentiasa memujuk hatimu:"Wanita yang baik itu dijanjikan untuk lelaki yang baik & sebaliknya." (An-Nur:26)

Zaman sekarang ni masalah cinta bagaikan masalah dunia yang besar.seolah-olah tak ada masalah lain lagi yang perlu diselesaikan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazliahnazeerProfil   Hantar PM kepada nazliahnazeer   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-11-08 10:53


Pada 11-11-08 19:35 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

Janganlah jadi seorang perempuan..janganlah jadi seorang wanita..janganlah jadi seorang gadis..Janganlah jadi seorang betina..Jadilah diri anda seorang muslimah..


ini lah yang terbaik...untuk kita.


-----------------
ilmu itu penyuluh hidup


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 11:25


Pada 12-11-08 01:10 , muslimah89 posting:

!!! QUOTE !!!



adik tak rasa macam tu...adik minta pendapat rakan-rakan lain..mereka pun kata dan minta adik berikan peluang untuk diri adik ni menerima somebody..sebab tu adik terima dia mula-mula tu...bukan sebab suka..
dan adik bukan nak ubah dia menjadi seseorang yang adik suka, tapi yang islam tuntut..sebab pada adik, dia dah jauh terpesong kerana pengaruh kawan-kawan dia..huhu



huhu... jap2. rakan-rakan ni rakan-rakan jenis macam mana ye? cuba kalau rakan-rakan tu betul-betul muslimah yang baik-baik... atau cuba kalau rakan-rakan tu rakan-rakan yang berumur 20++.. maksud saya yang dah lebih matang berbanding umur 19 tahun. saya yakin rakan-rakan muslimah yang baik dan lebih matang tidak akan menggalakkan saudari untuk 'menerima somebody' dalam usia ni.

ni lah bahayanya. dah start, susah nak patah balik. lagi-lagi kalau hati dah suka (dah suka ke belum kat lelaki tu ek? saya rasa kalau dah mengaku 'couple', tu tandanya saudari pun dah suka lah kan)... sebab tu dari awal lagi sepatutnya saudari tetap tegas dengan pendirian saudari untuk tidak melayan.... walaupun dengan 'permintaan rakan-rakan'.

mula-mula memang lah terima bukan dengan alasan suka. tapi lama2 boleh jadi suka.

masalahnya sekarang ini, saudari nak ubah lelaki tu menjadi lebih baik. mengenai perkara ni, saudari kena ikut nasihat IM... saudari tidak dipertanggungjawabkan untuk membantunya. so kalau boleh saudari ikhtiarkan, carikan seorang sahabat muslimin untuk dijadikan teman rapat dan sahabat kepada lelaki tersebut. bukannya saudari.

niat nak membantu sesama muslim tu bagus... tapi caranya salah lah dik... huhuhu. masih ada banyak cara lain untuk membantu kawan tu. tak perlu rasa bertanggungjawab ke atasnya...

katakan lah, saudari dapat mengubahnya... ni katakan jeq. dibimbangi niatnya berubah kerana saudari sahaja, bukan kerana Allah. dibimbangi juga niat saudari untuk mengubahnya adalah kerana saudari dah mula sukakannya dan inginkan dia menyukai saudari kembali, bukan kerana Allah semata-mata. dan sekalipun saudari berniat baik untuk mengubahnya kerana Allah, dan sekalipun dia akhirnya dapat berubah (tapi tu pun kita tak pasti niatnya berubah kerana apa), saya bimbang ia tidak diberkati Allah pun... sebabnya, dah nama perhubungan di antara lelaki dan wanita, bukan senang nak letakkan satu garis pemisah berhubung kerana suka dan sayang kepada pasangan atau berhubung kerana 'Allah suruh kita bantu sesama muslim' semata-mata. tambahan pula saudari dengannya tiada sebarang ikatan pun (kalau dah bertunang, masih boleh diterima). proses sepanjang 'berdakwah' tu pun entah selamat dari sebarang maksiat atau pun tidak.

jadi saudari fikir-fikirkanlah, di manakah letaknya keberkatan Allah dalam 'dakwah' yang ingin saudari lakukan ni.... untuk lebih selamat dan jiwa lebih tenang, saya cadangkan carikan muslimin yang dipercayai untuk membantu lelaki ni... tak usah letakkan tanggungjawab tu ke atas bahu saudari.... saudari pun tak pening kepala.


p/s: Dr. Meow, ukhwah ni ramai lah kaunselor.. huhuhu.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 11:37


Pada 12-11-08 08:31 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

huh .. perempuan ... kalau hati dah suka maka tiada apa lagi yang boleh diperkatakan ...

Ya, saya sependapat dengan transmissionline. Wah, lama sungguh tak bersua dengan saudara transmissionline. Sepanjang kajian dan telitian saya terhadap wanita dan saikologi wanita, begitulah inferensi yang saya dapat berdasarkan bukti-bukti.

p/s

Transmissionline, kenapa lah dah lama tak masuk Ukhwah? meke ni buat teman mengamuk dan memberontak kat ukhwah tau?

p/s

jangan sesiapa 'delete' posting teman ini....


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 14:04


adik kita ni mencari jalan penyelesaian... minta pendapat.. jangan lah diperli2 pula dia...

hmm, actually what most of them said are true.... adik tak ada apa-apa relation dengan lelaki tu.. bukan tanggungjawab adik untuk bimbing dia... kalau adik ni lelaki, still ok sebab boleh ajak kawan perempuan tu terus kawin dan dibimbing.. sebab tugas isteri memang taat pada suami.. tapi sebab adik ni perempuan, susah nak apply benda sama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 12-11-08 18:02


emmm...betul-betul.adik betul-betul setuju dengan semua yang memberi pendapat. adik pernah terfikir untuk putuskan hubungan ni, tap adik tak tau macam mana...kami ni sekelas. member2 dia, member2 adik semua dalam satu geng...huhu itu yang buat adik rasa payah nak ambil keputusan tu..tak nak antara kami ada yang bermasam muka..termasuk juga dengan kawan-kawan kami..huhu
tapi kalau dia yang ambil keputusan untuk putus, adik memang akan terima..dan adik dah tekad...ini adalah first dan last couple dalam hidup adik...
tapi itu kalau dia putuskan...doakan yang terbaik untuk adik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah89Profil   Hantar PM kepada muslimah89   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 12-11-08 21:26


Assalamualaikum
nak menjawab, rasanya dah ramai kaunselor yang membantu secara percuma ni.. :-D tapi, moh saya bantu berikan isi˛ pentingnya..

-- tidak disyariatkan pun oleh Allah bagi seorang yang tiada apa˛ hubungan mahram untuk mengubah orang lain
-- seorang lelaki yang baik..ataupun ada kebaikan dalam diri dia, pasti hatinya lebih mudah untuk diajak kepada kebaikan
-- tanggungjawab sendiri pun masih tidak tertanggung, inikan nak menanggung 'amanah' yang sengaja dipikulkan terhadap diri sendiri
-- setiap perkara ada hikmahnya, tapi fahamkan apa maksud 'hikmah' yang sebenar pada pandangan Allah
-- sifat seorang perempuan, hatinya halus..mudah terusik, senang tertawan...ketahuilah bahawa kepunyaanmu cuma ada satu, dan perlu diletakkan di tempat yang betul
-- hidayah itu milik Allah, kita hanya boleh berusaha, tapi usaha itu mestilah dengan jalan yang betul
-- faktor sekeliling memang sangat mempengaruhi, pemilihan persekitaran yang betul akan membantu anda ke jalan yang baik

result : pilihan di tangan Anda...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

NisaAdDeen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2008
Ahli No: 32631
Posting: 92
Dari: ulu kinta,perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 21:42


Assalamualaikum w.b.t, dik...

Alahai, terasa macam akak sebagai orang dewsa bertanggungjwb membantu adik, sama ada dari segi nasihat, sokongan dan pandangan..teringt kat adik2 akak..mereka juga lalui prkra yang sama macam adik, inilah dunia remaja,penuh dengan cinta dan khayalan..akak juga pernh laluinya..mungkin kbnykkn orang melalui prkra yang sama macam adik lalui, COUPLE...tapi bagaimana kita mnghdapainya, sama ada melaui jalan yang bertntgn dengan syariat Islam atau dengan ajran ISlam..

Adik yang disayangi, dulu akak juga pernh menyimpn prinsip yang sama dalam diri akak, sungguhpun begitu banyak godaan dan ujian yang Allah beri melalui kdtgn muslim, tak kirala sama ada baik ataupun tidak...tapi macam adik cakap, setiap mslimh menginginkan calon suami yang baik sebagai pebimbing diri dalam melyari khdpn bersama...

Adik, selagi mana kita mampu berdepan dengan masalah couple, kita cuba elakkan, melainkan kita yakin akan ke gerbng pernikhn dengan pilhn hati, itupn setelah berdoa, beristikharah...kita sebagai manusia biasa, memang tak boleh lari dari naluri cinta, ingin disayangi dan menyayangi...itu lumrah hidup dan nikmat yang Allah kurniakan...istilah COUPLE terpulang pada tafsirn indvidu, ada yang pandang dari sudut positif, ada yang negatif..

tapi setelah Allah aturkan prtmuan adik dengan Muslim itu, pasti ada hikmah yang kita tak tau...mungkin melalui adik, adik boleh mngubahnye...memang bukan perkara mudh, adik kena kuat, adik kena cuba usaha mengubah diri adik dulu kepada arah yang lebih baik, dan jangan lupa, bnykkan berdoa..buatla solat istikharah..couple bukan hendak seronk2..kerana salah cara, kita boleh hnyut di alam itu, shingga boleh memusnhkan diri sendiri..

setelah adik dah berusaha banyak cara, dan memhn petnjuk dari Allah, dia tetap sama, adik berhak membuat pilhn untuk meninggalkannya...akak takla pandai or baik sangat, tapi akak cuma bagi pndagn dan nasihat dari penglamn hidup disamping sedikit pembacaan..

Semoga hidup adik terus berada di bawah limbayung rahmat Allah SWT..

Waallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NisaAdDeenProfil   Hantar PM kepada NisaAdDeen   Quote dan BalasQuote

jebat_86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2008
Ahli No: 35674
Posting: 121

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 00:17


Assalamualaikum :welcome:


Bila tiba hati dan perasaan
Susah untuk membuat keputusan
Bukan senang untuk memutuskan
Apa yang terbaik untuk masa hadapan

Senang nasihat yang diberi kerana
bukan diri yang merasa
Empunya diri yang terkesima
Keliru diri tidak terkata..

Terlajak perahu boleh diundur
terlajak pilih buruk padahnya
namun bukanlah ini yang diminta
Kepada Allah segalanya dihulur
Pada-Nya kita berdoa
Semoga jalan penyelesaian dibuka-Nya

Saudariku muslimah89 , :bunga:

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya." Keputusan terletak di tangan saudari. Saudari yang menetukan tindakan yang akan saudari buat berdasarkan KEBERANIAN yang saudari ada.

Kalau lelaki itu betul-betul cintakan saudari dan sanggup berubah (kerana Allah) dan asbabnya adalah disebabkan saudari maka dia adalah lelaki yang paling bahagia di dunia ini kerana memperolehi orang seperti saudari yang suci hatinya.

Namun sekiranya dia tidak mahu berubah, maka itu adalah disebabkan dirinya sendiri dan ia adalah satu kerugian buat dirinya.

Ulama romantis nusantara telah banyak kali menyatakan hal ini..“Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.”

"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia (cinta itu) laksana setetes embun yang turun dari langit. Bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlainan menerimanya. Ada kepada tanah yang tandus atau gersang. Dan ada pula kepada tanah yang subur." :-D

Moral of d story : Ada dua jalan penyelesaian sahaja. Teruskan atau Tinggalkan. tapi kalau agak-agak si dia tu tanah yang tandus atau gersang, TINGGALKAN saja lebih baik. Banyak lagi orang yang lebih baik dan lebih layak menagih kasih suci dari saudari.

Saya yakin dalam ukhwah.com ni pun ramai.. :-D :-D :-D :-D

:bye: :bye: Assalamualaikum

Bookmark and Share

    


  Member Information For jebat_86Profil   Hantar PM kepada jebat_86   Quote dan BalasQuote

muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 13-11-08 00:41


emm..buat masa ini apa yang terlintas pada fikiran ana, adalah mengambil keputusan untuk tinggalkan dia..tapi ana masih tetap teruskan niat ana untuk tolong si dia untuk berubah..tetapi bukan sebagai couple. cuma sebagai sahabat dan teman buat si dia....itu pun seandainya diri dia masih sudi untuk menerima dan mendengar pendapat ana..
memang ana kasihankan dia, tapi ana perlu kasihankan diri ana terlebih dahulu sebelum memikirkan orang lain..supaya ana tidak terjerumus ke arah yang tidak diredhaiNya . si dia mungkin akan berubah sedikit..tapi dalam perubahan dia yang sedikit itu, ana takut ana yang berubah banyak..na'uzubillah...
ana sedar yang masalah ana timbul sejak bercouple..hubungan kami memang tak ada masalah...tapi masalah dalam diri ana sendiri..konflik dalam diri...ana salahkan diri ana Kenapa ana berubah...jadi..ana memang menyesal kerana melanggar prinsip ana dahulu..
dan insyaAllah..ana tekad lepas ini, ana takkan bercouple..biarlah ini yang first dan last couple ana..lagipun couple tu haram..huhu
biarlah hubungan yang dibina berlandaskan Islam dan moga mendapat keredhaan Allah..cukuplah sekadar untuk menjadi kawan, teman dan sahabat... :bunga:


-----------------
Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah89Profil   Hantar PM kepada muslimah89   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 00:48


bagi saya, stop sajalah hubungan tu.macam saya sendiri yang 'jahat' ni boleh membuatkan couple or kawan saya boleh terikut dengan'jahat' saya ni.mybe boleh berubah, hope memang kita inginkan diri berubah.tapi pada awalnya sahaja...tapi kalau dah membuatkn kita terikut dengan gaya dia yang tak berubah(hope tak lah) jauhkan lah, maksud jauhkan elakkan lah.,..biarlah sekadar kawan untuk membuatkan dia berubah....

kadang-kadang masa nak berkenalan saya pasti akan beritahu sapa saya, saya ni jahat ke tak...tak pastilah cara saya ni membuatkn mereka menjauhkn diri or sebaliknya. saya buat macam tu untuk bagi mereka berhati-hati dengan saya.takut2 mereka terikut dengan kejahatan saya. mybe masa awal-awal kenal tu mereka tak tau lagi 'jahat' saya macam mana...kalau dah lama pasti tau...so, saya lebih suka bagitahu kejahatan saya...tak tahu cara saya ni betul atau tak ...

p/s : sekadar isi hati sebagai pengalaman yang dah dilalui....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 09:43


Pada 12-11-08 01:22 , carbuqem posting:

!!! QUOTE !!!

Apa susah sangat.... portal ini kan ada kaunselornya sendiri.... hubungi sajalah ummimq


betul tu.. mntak nasihat dengan kaunselor kita.. ummiq... PM saja ummiq.. insyaallah dia akan bantu...


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 11:07


muslimah89..
kita sebaya so saya rasa saya pangil awak saja lah ye..
erm..pendapat saya pulak..
saya juga pernah berpendapat macam awak..tapi akhirnya saya tak mampu nak tipu diri saya sendiri bila saya dah sukakan seseorang..
erm..tapi alhmdulilah..orang yang saya pilih banyak membantu saya mendekatkan diri saya dengan yang Maha Esa..
erm..saya faham perasaan awak..awak mesti nak orang yang awak couple sekarang ni jadi psangn hidup awak kan..erm nampaknya kalau awak masih susah nak lepskan dia..awak kena banyak berdoa dan minta pda DIA jalan yang terbaik untuk hidup awak...
wallahua'alam..:bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 13-11-08 20:57


imni_1612


Alhamdulillah..awak dipertemukan dengan orang yang boleh membantu awak mendekatkan diri dengan yang Maha Esa..berbeza dengan saya..
memang bukan mudah nak lepaskan..tapi bila direnung2kan semula..saya berhak memilih yang terbaik untuk diri saya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah89Profil   Hantar PM kepada muslimah89   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 22:11


Pada 13-11-08 20:57 , muslimah89 posting:

!!! QUOTE !!!

imni_1612


Alhamdulillah..awak dipertemukan dengan orang yang boleh membantu awak mendekatkan diri dengan yang Maha Esa..berbeza dengan saya..
memang bukan mudah nak lepaskan..tapi bila direnung2kan semula..saya berhak memilih yang terbaik untuk diri saya...
saya da tengok FS awak...xpalah saya panggil awak adik...adik memang cantik dan memang nampak seorang yang baik (bukan sekadar puji ye, nak bagitahu ikhlas pun ..tak tahulah)..janganlah persiakan kebaikan adik tu untuk perkara2 yang rasanya tak perlu lagi adik menjoinkan diri. mungkin lebih baik difikirkan, kalau ada jodoh tu...adalah...apa pun mesti berusaha juga kan...mungkin paling bagus sekali, brcintalah sebelum kawin....


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108316 saat. Lajunya....